write-up produk penyelidikan yang akan ... · web viewpenggunaan baja kamilatm crf untuk...

23
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD. RINGKASAN EKSEKUTIF Baja KAMILA TM CRF TM (Controlled-Release Fertilizer) adalah baja lepas terkawal yang dilengkapi dengan 16 nutrien- nutrien makro dan mikro. Baja larut air secara terkawal ini diformulasikan secara seimbang khas untuk keperluan pemakanan bagi tanaman sawit di tanah tropika. Baja lepas terkawal atau CRF ini mengandungi semua nutrien dan ia adalah baja yang paling lengkap dan pertama dibangunkan di Malaysia dengan kerjasama saintis-saintis dari UPM menggunakan teknologi dari Jerman iaitu melalui proses agglomerasi dan salut polimer bagi meningkatkan efisiensi pengambilan nutrien dan mengurangkan proses kehilangan nutrien akibat hujan lebat. Kesan gabungan teknologi agglomerasi polimer dan pengambilan nutrien yang efisien ini berpotensi mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan secara signifikan. Baja KAMILA TM CRF TM berteknologi nano ini telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2010 sebagai Baja Lepas Terkawal (CRF) bagi mengurangkan larutlesap dan kehilangan nutrien akibat hujan lebat (PI 2010003922) dan sebagai Komposisi baja untuk mengawal penyakit Ganoderma pada pokok sawit (PI 2010003921). Inovasi formulasi baja ini juga telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) diantara 20 - 30% melalui kajian saintifik selama lebih 8 tahun yang dijalankan 1

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Baja KAMILATM CRFTM (Controlled-Release Fertilizer) adalah baja lepas terkawal yang dilengkapi

dengan 16 nutrien-nutrien makro dan mikro. Baja larut air secara terkawal ini diformulasikan

secara seimbang khas untuk keperluan pemakanan bagi tanaman sawit di tanah tropika. Baja

lepas terkawal atau CRF ini mengandungi semua nutrien dan ia adalah baja yang paling lengkap

dan pertama dibangunkan di Malaysia dengan kerjasama saintis-saintis dari UPM menggunakan

teknologi dari Jerman iaitu melalui proses agglomerasi dan salut polimer bagi meningkatkan

efisiensi pengambilan nutrien dan mengurangkan proses kehilangan nutrien akibat hujan lebat.

Kesan gabungan teknologi agglomerasi polimer dan pengambilan nutrien yang efisien ini

berpotensi mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan secara signifikan.

Baja KAMILATM CRFTM berteknologi nano ini telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek

Malaysia pada tahun 2010 sebagai Baja Lepas Terkawal (CRF) bagi mengurangkan larutlesap

dan kehilangan nutrien akibat hujan lebat (PI 2010003922) dan sebagai Komposisi baja untuk

mengawal penyakit Ganoderma pada pokok sawit (PI 2010003921).

Inovasi formulasi baja ini juga telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) diantara

20 - 30% melalui kajian saintifik selama lebih 8 tahun yang dijalankan bersama UPM di ladang-

ladang terpilih (Rajah 1). Kenaikan hasil BTS adalah disebabkan kenaikan berat tandan dan

peningkatan bilangan tandan. Satu lagi keunggulan baja KAMILATM CRF ini ialah ia adalah satu-

satunya baja NPK yang pusingan pembajaannya hanya 2 kali setahun. Ini dapat mengurangkan

penggunaan tenaga buruh dan lebihan pula pekerja dapat ditumpukan kepada aktiviti penuaian

yang akan memberikan pulangan yang tinggi kepada pihak ladang.

Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja KAMILATM CRF ini,

pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar pihak Perak Agro Management

Services Sdn Bhd. (PAMS) dapat menggunakan baja ini di ladang-ladang sawit milik PAMS

supaya peningkatan hasil sawit yang mampan dan pengurangan kos pembajaan serta

pengawalan penyakit Ganoderma secara berkesan dapat dicapai.

1

Page 2: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

PENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG

PENGENALAN Baja KAMILATM (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) adalah sejenis baja

lepas terkawal yang lengkap dengan 16 nutrien-nutrien makro dan mikro tanaman

yang diformulasikan secara seimbang khas untuk tanaman sawit dan buah-

buahan di tanah tropika. Baja jenis terkawal yang mengandungi nutrien mikro

lengkap ini adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia melalui penyelidikan

oleh saintis-saintis dari UPM dengan menggunakan Teknologi dari Jerman iaitu

melalui teknik Agglomerasi yang disaluti dengan Polimer bagi meningkatkan

efisiensi pengambilan nutrien, mengurangkan proses larutlesap nutrient sehingga

40%, serta meningkatkan hasil tanaman sawit. Kesan gabungan teknologi

agglomerasi polimer dan pengambilan nutrien yang efisien ini berpotensi

mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan secara signifikan.

Inovasi formulasi baja ini telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar

(BTS) di antara 20 - 30 % melalui kajian saintifik selama lebih 8 tahun yang

dijalankan bersama pihak UPM dengan ladang-ladang terpilih (Rajah 1).

Kenaikan hasil BTS adalah disebabkan kenaikan berat tandan dan peningkatan

bilangan tandan.

Gambar 1. Proses agglomerasi boleh menghasilkan baja berbentuk granule ataupun briquette dalam berbagai-bagai gred dan saiz baja dengan mudah dan kos penghasilan yang efektif.

2

Page 3: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

Gambar 2. Kajian di Ladang palong RISDA.

Rajah 1. Kajian bandingan formulasi baja KAMILATM dengan 16 Jenis baja di Ladang Palong, Espek, RISDA (tahun 2002-2008).

KEBERKESANAN

900

10001100

12001300

14001500

16001700

18001900

2000

T3 T10 T13 T5 T11 T4 T6 T15 T8 T7 T2 T9 T1 T12 T16 T14

BTS

(kg/

plot

)

16 Jenis Baja

Berat Tandan Segar Tahun 07/08

Baja Tunggal NPK (T13)

Formulasi Baja KAMILATM

30 %

3

Page 4: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

Baja KAMILATM lepas terkawal ini berbentuk oval atau “briquette” dengan

mempunyai saiz samada 8 g atau 15 g. Ianya adalah 100% larut dalam air tetapi

kandungan nutrien dilepaskan secara terkawal iaitu dalam tempoh sehingga 2

bulan. Kadar perlepasan nutrien ini adalah selari dengan keperluan fisiologi

pokok sawit bagi memberi masa yang cukup untuk pengambilan nutrien oleh

tanaman melalui proses transpirasi. Kajian saintifik menunjukkan jika jumlah

hujan yang turun dalam 1-2 hari sekitar 35 - 85 mm, hampir semua baja tunggal

(straight fertilizer) atau baja sebatian akan habis larut ataupun dibawa arus melalui

larian permukaan. Ini menyebabkan kerugian yang besar kerana hanya kurang

dari 50% sahaja nutrien yang dapat diambil oleh tumbuhan.

Melalui Teknologi Agglomerasi dan Salut Polimer dari German, baja KAMILATM ini

berupaya mengurangkan proses larutlesap dan kehilangan dari larian permukaan

kerana disaluti oleh jaringan polimer yang bersifat ”hydrophobic” iaitu nyah air

yang melarutkan kandungan nutrien baja ini secara terkawal serta saiz baja yang

besar sukar dilarikan air.

Baja KAMILATM juga telah diperkayakan dengan nutrien-nutrien mikro (B, Cu, Mn,

dan Zn) dengan kuantiti mengikut keperluan spesifikasi tanah tropika. Nutrien-

nutrien mikro ini berupaya mengaktifkan lebih 80 ”Enzymes” untuk menggalakkan

pembentukan tandan (bunga betina) dan debunga (bunga jantan) yang subur dan

aktif. Di antara keunggulan baja KAMILATM pada tanaman sawit ialah:

4

Page 5: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

i. Meningkatkan aktiviti enzim-enzim tanaman

ii. Meningkatkan kandungan klorofil dan kadar fotosintesis

iii. Meningkatkan kesuburan bunga jantan (debunga).

iv. Meningkatkan berat tandan dan bilangan tandan sawit

v. Meningkatkan kadar perahan minyak (O.E.R)

vi. Mengandungi mikronutrien (Cu, Zn, B, Mn, Mo) untuk meningkatkan imuniti

pokok dari serangan oleh penyakit seperti ganoderma.

vii. Menambahkan pendapatan ladang.

PENDAFTARAN HARTA INTELEK

Baja KAMILATM CRFTM berteknologi nano ini telah didaftarkan dengan

Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2010 sebagai Baja Lepas

Terkawal (CRF) bagi mengurangkan larutlesap dan kehilangan nutrien akibat

hujan lebat (PI 2010003922) dan sebagai komposisi baja untuk merawat penyakit

Ganoderma pada pokok sawit (PI 2010003921).

RINTANGAN TERHADAP PENYAKIT GANODERMA

Melalui laporan penyelidikan saintifik, nutrien-nutrien mikro terpilih yang

terkandung dalam baja KAMILATM bukan sahaja meningkatkan hasil berat tandan

segar (BTS) tetapi juga boleh meningkatkan proses lignifikasi dalam batang dan

akar pokok sawit. Proses lignifikasi ini adalah salah satu cara tindakbalas

semulajadi biokimia dalam pokok bagi meningkatkan ketahanan mekanikal oleh

tisu tanaman dari serangan kulat dan penyakit.

Selepas selulos, bahan organik yang banyak terdapat dalam tanaman ialah lignin

yang dijumpai dalam dinding sel xylem. Lignin menambahkan kekuatan pada

dinding sel secara mekanikal dan ini mengurangkan serangan patogen terhadap

tisu tanaman. Beberapa nutrien mikro terpilih yang terdapat dalam Baja KAMILATM

berupaya meningkatkan proses biosintesis lignin dalam kebanyakan tanaman bagi

mengurangkan potensi serangan ganoderma.

5

Page 6: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

Paterson et al. (2008) menyatakan perlu mencari kultivar pokok sawit yang

mempunyai kandungan lignin yang tinggi sebagai langkah untuk mengurangkan

infestasi penyakit Ganoderma. Beberapa nutrien mikro seperti yang terdapat

dalam baja KAMILATM berupaya meningkatkan biosintesis lignin dalam tanaman

dan unsur-unsur ini adalah seperti Cu, Mn dan B (Marschner, 1995; Fairhurst dan

Hardter, 2003; Datnoff et al., 2007). Kandungan lignin ini akan membentuk seperti

perisai disekeliling saluran xylem bagi mengurangkan serangan hypa dari kulat

ganoderma.

Gambar 3. Serangan Ganoderma amatlah mudah bagi pokok sawit yang

mempunyai kandungan lignin yang rendah dibahagian saluran xylem.

JUSTIFIKASI KENAIKAN HASIL BAJA KAMILATM

Kekurangan sesuatu nutrien akibat pemberian nutrien-nutrien dari bekalan baja-

baja tunggal (straight fertilizers) yang dibuat secara tidak serentak iaitu diberi pada

masa yang berlainan akan mengakibatkan berlakunya kejadian “law of minimum”

iaitu hasil sesuatu tanaman akan dihadkan oleh nutrien yang tidak mencukupi

pada sesuatu masa. Keadaan ini boleh berlaku kerana setiap pusingan baja

tunggal yang diberi mempunyai interval antara 1-2 bulan. Jarak yang lama ini

boleh mengakibatkan nutrien yang diberi lebih awal itu akan kehilangan melalui

6

Page 7: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

proses larutlesap dan larian permukaan. Pemberian unsur-unsur nutrien secara

serentak (simulteneous) melalui penggunaan baja kompaun atau baja lepas

terkawal seperti KAMILATM akan mengurangkan insiden berlakunya “law of

minimum” dan seterusnya akan meningkatkan hasil tanaman. Ini adalah kerana

nutrien-nutrien dalam tanaman tidak bertindak secara berasingan tetapi secara

bersama, oleh itu respon maksimum dari pemberian sesuatu baja itu dari segi

hasil dan ketahanan pokok terhadap penyakit hanya akan berlaku apabila nutrien-

nutrien ini semuanya berada dalam keadaan seimbang dan tersedia mengikut

keperluan fisiologi sesuatu tanaman.

Gambar 4. Pokok yang di rawat sejak tahun 2002 dengan formulasi Baja Kamila

mendapat rekod pengeluaran hasil yang tinggi oleh pekebun kecil.

KAEDAH APLIKASI BAJA KAMILATM CRF

KAMILATM CRF Blue: 10:6:20:2 + 5% Micronutrients

Jadual 1. Kadar dan kos penggunaan baja KAMILATM Blue:

Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok Harga (RM)/t Kos (RM)

per pokok Kos (RM)/ha

1 Tahun 0.6 kg x 2 kali 1.20 kg 2,550.00 3.06 416.16*

7

Page 8: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

2 Tahun 1.5 kg x 2 kali 3.0 kg 2,550.00 7.65 1,040.40

3 Tahun 1.8 kg x 2 kali 3.6 kg 2,550.00 9.18 1,248.48

4 Tahun 2.25 kg x 2 kali 4.5 kg 2,550.00 11.48 1,561.28

> 6 Tahun 2.7 kg x 2 kali 5.4 kg 2,550.00 13.77 1,872.72

*Kos sehektar = kos sepokok x 136 pokok/ha

Cara-cara Membaja KAMILATM Blue

Bagi kawasan tanah rata dan landai, membaja boleh dilakukan dengan

menabur baja KAMILATM Blue di bawah kanopi. Jika kawasan berbukit dan

curam, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 4 lubang sedalam 2-3

inci di kawasan bawah kanopi.

PERBEZAAN KOS BAJA KAMILA CRFTM BERBANDING BAJA LAIN.

Perbandingan dari segi kos dan faedah yang akan diperolehi dengan penggunaan baja KAMILA TM CRF

telahpun ditunjukkan dalam Jadual 2, 3, 4, dan 5. Faedah penggunaan baja KAMILA TM CRF selain

mengurangkan kos pembajaan (berbanding baja kompaun dan baja tunggal), ia juga meningkatkan

hasil Berat Tandan Segar (BTS), kedua-dua faktor ini akan memberi kesan impak yang positif dalam

memberikan keuntungan di ladang berbanding pembajaan yang dibuat secara konvensional. Selain itu

faktor yang amat penting juga ialah pengurangan penggunaan tenaga buruh diladang kerana

pembajaan menggunakan KAMILA CRF hanya memerlukan 2 pusingan setahun.

Jadual 2. Baja Kompaun

8

Page 9: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

Jenis kg/pokok Kekerapan RM/t RM/pokokCF 3 3 1700.00 15.30Pembajaan (RM0.15/pokok) 4 0.60Mikronutrien Lain (B, Cu, Zn, Mn, Mo) 1 0.23

Jumlah Kos / pokok 16.13Jadual 3. Baja Tunggal

Jenis kg/pokok Kekerapan RM/t RM/pokokAS 2.50 2 900.00 4.50PR 1.50 1 480.00 0.72MOP 2.50 2 1700.00 8.50Kie 1.50 1 750.00 1.12Pembajaan (RM 0.15/pokok) 7 1.05Mikronutrien Lain (B, Cu, Zn, Mn, Mo) 1 0.23

Jumlah Kos / pokok 16.12

Jadual 4. KAMILATM (CRF)

Jenis kg/pokok Kekerapan RM/t RM/pokokKAMILATM 2.7 2 2550.00 13.77Pembajaan (RM0.15/palm) 2 0.30

Jumlah Kos / pokok 14.07

Jadual 5. Analisis Faedah / Kos

Jenis BajaRM/pokok RM/ha

Kompaun 16.13 2,193.68

Tunggal 16.12 2,192.3

2

KAMILATM 14.07 1,913.5

2

9

Page 10: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

Penjimatan Kos dengan Penggunaan KAMILATM berbanding Kompaun 2.07 280.16

Penjimatan Kos dengan Penggunaan KAMILATM berbanding Tunggal 2.05 278.80

Faedah KAMILATM CRF

i) Meningkatkan hasil berat tandan segar sehingga 30% ii) Meningkatkan kadar perahan minyak (OER)

Jangkaan

Hasil (t/ha) Jangkaan Kenaikan Kenaikan Hasil (t/ha)

Harga BTS (RM/t)

20 20% 4.00 600.00

b) Faedah

KAMILATM vs Kompaun RM/haUntung dari Penurunan Kos Baja 280.16Untung dari Peningkatan Hasil BTS 2400.00

Jumlah Keuntungan (RM) 2,680.16

KAMILATM vs Tunggal RM/haUntung dari Penurunan Kos Baja 278.80Untung dari Peningkatan Hasil BTS 2400.00

10

Page 11: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

Jumlah Keuntungan (RM) 2,678.8

0

Efisiensi dalam kuantiti penggunaan baja KAMILATM dan peningkatan hasil BTS adalah faktor-faktor penting yang menyumbang kepada keuntungan penggunaan baja KAMILA di ladang.

SYOR DAN CADANGAN

Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja KAMILATM CRF ini,

pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar pihak Perak Agro Management

Services Sdn Bhd. (PAMS) dapat menggunakan baja ini di ladang-ladang sawit milik PAMS

supaya peningkatan hasil sawit yang mampan dan pengurangan kos pembajaan serta

pengawalan penyakit Ganoderma secara berkesan dapat dicapai.

11

Page 12: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

SPESIFIKASI BAJA KAMILATM CRFTM

1. KAMILATM CRFTM 10:6:20:2 + 5% Micronutrients Tanah Mineral

Baja KAMILATM CRFTM (Controlled-Release Fertilizer) adalah sejenis baja lepas terkawal yang dilengkapi dengan nutrien-nutrien makro dan mikro. Baja ini sekiranya ditabur di atas tanah ianya akan larut dengan air secara perlahan iaitu nutrient akan dilepaskan dalam tempoh kurang dari 60 hari atau dengan anggaran hujan 400 mm yang mana terdahulu.

Jadual 1. Kadar penggunaan baja KAMILATM CRFTM bagi sasaran hasil BTS 25 t/ha

Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok/Tahun

1 Tahun 0.6 kg x 2 kali setahun 1.20 kg

2 Tahun 1.5 kg x 2 kali setahun 3.0 kg

3 Tahun 1.8 kg x 2 kali setahun 3.6 kg

4-5 Tahun 2.25 kg x 2 kali setahun 4.5 kg

12

Page 13: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

> 6 Tahun 2.7 kg x 2 kali setahun 5.4 kg

A) Pokok 2-6 TahunBagi kawasan tanah yang rata dan landai, membaja boleh dilakukan dengan menabur baja KAMILATM mengikut Jadual 1 disekeliling bawah kanopi iaitu 5 kaki dari pangkal pokok. Jika kawasan berbukit dan curam atau kawasan mudah banjir membaja hendaklah dilakukan dengan kaedah menanam iaitu dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.

B) Pokok > 6 Tahun atau apabila Pelepah mula bertemu.Membaja boleh dilakukan di atas lorong timbunan pelepah (frond stacking) bagi kawasan rata dan landai iaitu 5-6 kaki dari pangkal pokok sawit . Jika sangat curam dan kawasan mudah banjir, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.

C) Pihak Diversatech Fertilizer akan menerangkan kaedah pembajaan di Ladang-ladang tersebut melalui Pakar Runding UPM apabila tiba masa membaja hendak dilakukan.

KAMILATM CRF FERTILIZER (For Mineral Soils)10 : 6 : 20 : 2 + 5% Micronutrients + 5% Sulphur

Nitrogen (N) 10 %

Phosphorus (P2O5) (Water Soluble) 6 %

Potassium (K2O) 20 %

Magnesium (MgO) 2 %

Sulphur (S) 5 %

Boron (B2O3) 0.5%

Copper (CuO) 0.1%

13

TECHNICAL DATA SHEET

GUARANTEED CHEMICAL ANALYSIS

Page 14: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

Zinc (ZnO) 0.1%

Manganese (MnO) 0.1%

Others Micronutrients (Mo, Fe, Cl) 4.2%

Size : Approximately 8.5 g per nugget

Color : Light blue

Moisture : < 2%

Free flow (Product Shelve Life): 2 years

pH : 6.0

All nutrients shown above are water soluble

2. KAMILATM CRFTM 7:5:32:2 + 5% Micronutrients (Tanah Gambut)

Baja KAMILATM CRFTM (Controlled-Release Fertilizer) adalah sejenis baja lepas terkawal yang dilengkapi dengan nutrien-nutrien makro dan mikro. Baja ini sekiranya ditabur di atas tanah gambut ianya akan larut dengan air secara perlahan iaitu nutrient akan dilepaskan dalam tempoh kurang dari 60 hari atau dengan anggaran hujan 400 mm yang mana terdahulu.

Jadual 2. Kadar penggunaan baja KAMILATM CRFTM bagi sasaran hasil BTS 25 t/ha

Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok

1 Tahun 0.5 kg x 2 kali setahun 1.0 kg

2 Tahun 1.4 kg x 2 kali setahun 2.8 kg

3 Tahun 1.6 kg x 2 kali setahun 3.2 kg

4-5 Tahun 2.1 kg x 2 kali setahun 4.2 kg

> 6 Tahun 2.5 kg x 2 kali setahun 5.0 kg

14

PHYSICAL PROPERTIES

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.Tel: +603-89269103 (4 Lines) Fax: +603-8926835127-2-B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Page 15: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

sehektar = 150 pokok/ha

A) Pokok 2-6 TahunBagi kawasan tanah yang rata dan landai, membaja boleh dilakukan dengan menabur baja KAMILATM di bawah kanopi iaitu 5 kaki dari pangkal pokok. Jika kawasan mudah banjir membaja hendaklah dilakukan dengan kaedah menanam iaitu dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.

B) Pokok > 6 Tahun atau apabila Pelepah mula bertemu.Membaja boleh dilakukan di atas lorong timbunan pelepah (frond stacking) bagi kawasan rata dan landai iaitu 5-6 kaki dari pangkal pokok sawit . Jika kawasan mudah banjir, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.

C) Pihak Diversatech Fertilizer akan menerangkan kaedah pembajaan di Ladang-ladang tersebut melalui Pakar Runding UPM apabila tiba masa membaja hendak dilakukan.

KAMILATM CRF FERTILIZER (For Peat Soil)7 : 5 : 32 : 2 + 5% Micronutrients + 5% Sulphur

Nitrogen (N) 7 %

Phosphorus (P2O5) (Water Soluble) 5 %

Potassium (K2O) 32 %

Magnesium (MgO) 2 %

Sulphur (S) 5 %

Boron (B2O3) 0.8%

Copper (CuO) 0.2%

15

TECHNICAL DATA SHEET

GUARANTEED CHEMICAL ANALYSIS

Page 16: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG AKAN ... · Web viewPENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG PENGENALAN Baja KAMILATM

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

Zinc (ZnO) 0.2%

Others Micronutrients (Mn, Cl, Fe, Cl) 4.0%

Size : Approximately 15g per nugget

Color : Light blue

Moisture : < 2%

Free flow (Product Shelve Life): 2 years

pH : 6.0

All nutrients shown above are water soluble

RUJUKAN:

Datnoff, L.E., W.H. Elmer, and D.M. Huber. 2007. Mineral Nutrition and Plant Disease.

ESPEK. 2006. Keseimbangan unsur nutrien bagi sawit di kawasan kering dan tanah padat. Espek Research and Advisory Services, Persiaran Institusi 43000, Kajang Selangor.

Fairhurst, T. and R. Hardter. 2003. Oil palm: management for large and sustainable yield. Marschner, H. 1995. Mineral Nutrition of Higher Plants. Academic Press.

Paterson, R.R.M, M. Sariah, and M.A. Zainal Abidin. 2008. Altered lignin in oil palm: a novel approach to Ganoderma control. The Planters, 84 (985):219-228.

16

PHYSICAL PROPERTIES

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.Tel: +603-89269103 (4 Lines) Fax: +603-8926835127-2-B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia