ifolio.ukm.my€¦  · web viewsemester 1 sesi 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka...

14
SEMESTER 1 SESI 2014/2015 HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME TUGASAN 2: PLAGIARISME SET 5: PROF MADYA DR. ZALEHA BINTI ABDUL SHUKOR Nama : No Matrik: Vanessa Richard Lupang A143363 Tan Kar Joo A143411 1

Upload: donhan

Post on 19-May-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TUGASAN 2:

PLAGIARISME

SET 5: PROF MADYA DR. ZALEHA BINTI ABDUL

SHUKOR

Nama : No Matrik:

Vanessa Richard Lupang A143363

Tan Kar Joo A143411

Johnny Bong Lip Fun A143329

Lam Katie A143524

Tan Xiu Ling A143401

1

Page 2: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

ISI KANDUNGAN

BUTIR MUKA SURAT

Pengenalan 3-4

Isi 5-9

Kesimpulan 10-11

Rujukan 12

2

Page 3: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

PENGENALAN

Terdapat pelbagai definisi plagiat yang boleh diperolehi pada masa kini. Antara

definisi yang boleh didapati adalah merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua yang

menyatakan bahawa ”plagiat merupakan hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang

disiarkan kembali sebagai karya sendiri(biasanya dalam hal karang-mengarang)1”. Selain

itu, definsi memplagiat yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat adalah

“mencedok kata-kata, idea, dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya

sebagai karyanya sendiri, menjiplak2.” Plagiat berlaku apabila tiadanya sikap kejujuran,

hormat-menghormati dan ikhlas dalam melakukan sesuatu tugasan penulisan dan tugasan

bukan penulisan. Apabila sikap ini ada dalam diri seseorang, mereka akan berpotensi untuk

melakukan plagiat iaitu mereka akan menyatakan bahawa idea orang lain itu adalah ideanya

sendiri atau mereka tidak menyatakan dari mana sumber yang mereka dirujuk untuk perolehi

maklumat tersebut. Golongan ini menganggap seolah-olah idea orang lain merupakan idea

mereka sendiri. Plagiat ini berlaku apabila idea orang lain diambil daripada buku yang telah

diterbitkan, perbincangan dalam forum atau seminar, jadual atau foto orang lain dan

sebagainya.

Plagiat merupakan aktiviti mendatangkan kesan negatif kepada diri, masyarakat dan

terutamanya untuk sesebuah negara. Aktiviti ini boleh mendatangkan bahaya kepada negara

jika ia tidak diatasi dengan serius. Kegiatan plagiat ini boleh mula berlaku dari Institusi

pengajian tinggi(IPT) kerana mahasiswa dan mahasiswi banyak membuat tugasan seperti

penulisan, tesis ataupun kerja ilmiah. Ini mendorong pelajar mencari maklumat daripada

pelbagai sumber seperti media sosial, jurnal, buku dan sebagainya. Walaubagaimanpun,

pencarian maklumat atau sumber rujukan ini tidak dinyatakan oleh pelajar dalam tugasan

tersebut. Mereka memplagiat sepenuhnya penulisan orang lain dimana mereka menggangap

idea atau maklumat tersebut merupakan milik mereka sendiri atau mereka tidak menganggap

plagiat ini merupakan hal yang serius. Jika plagiat ini tidak dihapuskan dalam institusi

pengajian tinggi, kemungkinan besar akan menjatuhkan maruah institusi dalam jangka masa

yang lama dan bukan sahaja institusi, malah menjatuhkan maruah negara. Disamping

menjejaskan maruah institusi dan negara, ia juga dapat menjejaskan minda dan perasaan

pelajar tersebut dimana mereka akan merasa sangat bersalah, malu dan kurang keyakinan diri.

1 Kamus Pelajar Edisi kedua. Diperoleh dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=plagiat

2 Kamus Dewan Edisi Keempat. Diperoleh dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=plagiat

3

Page 4: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

Kini, dengan teknologi yang begitu canggih lagi memudahkan individu untuk

melakukan kegiatan plagiat ini. Mereka boleh mendapat maklumat dari pelbagai sumber

melalui internet. Sebagai contoh, di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), jurnal boleh

diperolehi oleh pelajar dari laman web perpustakaan UKM iaitu gemilang UKM. Dengan

adanya teknologi sebegini, ini memudahkan pelajar untuk mencari maklumat yang

diperlukan. Masalah timbul apabila pelajar tidak menyatakan sumber rujukan dalam tugasan

mereka atau mereka menganggap idea orang lain merupakan idea mereka dimana mereka

tidak mengiktiraf idea orang tersebut. Walaubagaimanapun, masalah sebegini dapat

diselesaikan disebabkan adanya perisian komputer seperti Word Check System, Turnittin,

Scan my essay dan sebagainya. Perisian ini boleh memastikan jika tugasan, tesis atau kertas

ilmiah tersebut ada wujudnya elemen plagarisme atau tidak.

Pihak kerajaan amat memandang serius terhadap perkara ini. Tindakan yang tegas

perlu dikenakan terhadap mereka yang melakukan plagarisme. Kerajaan juga menekankan

supaya institusi-institusi pengajian tinggi untuk mengambil berat terhadap perkara ini dan

jangan menganggap perkara ini sesuatu yang bukan masalah besar. Salah satu contoh kes

plagiat yang telah berlaku di institusi pengajian tinggi Malaysia seperti kes dua anggota

akademik Universiti Putra Malaysia yang didapati telah melakukan plagarisme.

4

Page 5: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

ISIJenis-jenis Plagiarisme(a) Plagiarisme penuh

Plagiarisme penuh merujuk kepada tindakan plagiasi yang dilakukan oleh seorang penulis

dengan cara mencuri hasil karya orang lain seluruhnya untuk menjadi hasil karya sendiri.

Melalui cara plagiasi ini, seorang penulis hanya mengganti nama penulis asal dengan nama

penulis sendiri. Selain itu, penulis tersebut akan cuba mengubah sedikit tajuk artikel, abstrak,

kata-kata kunci tertentu, sub-tajuk artikel, kata dan ayat tertentu supaya berbeza dengan

artikel asal. Kaedah ini mudah dikesan oleh para penyemak yang kompeten.

(b) Plagiarisme separa/ sebahagian

Plagiarisme separa atau sebahagian merujuk kepada tindakan plagiasi yang dilakukan oleh

seorang penulis dengan cara mencuri sebahagian hasil karya orang lain untuk menjadi hasil

karya sendiri. Untuk jenis plagiarisme ini, seorang penulis akan cuba mengambil pernyataan,

landasan teori, sampel, kaedah analisis, perbincangan, dan kesimpulan tertentu daripada hasil

karya orang lain menjadi karya sendiri tanpa menyebutkan sumber rujukan asal. Terdapat

banyak karya tulis akademik seperti skripsi, tesis dan dokumen-dokumen kajian adalah jenis

plagiat ini. Jenis plagiarisme ini juga mudah dikesan oleh para penyemak yang kompeten

dengan cara memadankan dengan karya asalnya. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan

penulis tersebut melakukan plagiasi, maka beliau akan dimansuh gelar sarjana, pemecatan

atau penurunan pangkat.

(c) Auto-plagiasi

Auto-plagiasi merujuk kepada tindakan plagiasi yang dilakukan oleh seorang penulis

terhadap karya sendirinya, samada sebahagian atau seluruhnya. Sebagai contoh, ketika

menulis suatu artikel ilmiah seorang penulis dengan cara “copy and paste” bahagian tertentu

dari hasil karyanya dalam suatu buku yang sudah diterbitkan tanpa menyebut sumbernya.

Jenis plagiasi ini banyak dilakukan oleh para penulis yang mempunyai banyak karya tulis dan

khusus pada bidang-bidang ilmu tertentu sehingga antara satu tulisan dengan tulisan lain

mempunyai banyak persamaan. Misalnya, persamaan dalam pangkalan teori dan cadangan,

hasil penemuan dan kesimpulan kerana mempunyai persamaan ketika menulis suatu karya

tulis baru penulis lalu melakukan “copy and paste” pada bahagian-bahagian tertentu dari

karya tulisnya yang sudah diterbitkan sebelumnya.Jenis auto-plagiasi ini dikategorikan

5

Page 6: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

sebagai plagiasi ringan.Biasanya, penulis yang diketahui melakukan plagiasi jenis ini

diberikan teguran atau pemahaman yang komprehensif oleh suruhanjaya kod etika akademik

agar tidak boleh lagi berbuat demikian pada masa akan datang.

(d) Plagiarisme silang bahasa

Plagiarisme silang bahasa merujuk kepada tindakan plagiasi yang dilakukan oleh seorang

penulis dengan cara menterjemahkan suatu karya tulis yang berbahasa asing ke dalam bahasa

negara sendiri. Kemudian, penulis akan menjadikan hasil terjemahan tersebut sebagai hasil

karyanya tanpa menyebut sumber aslinya. Kaedah operasi untuk jenis plagiarisme silang

bahasa ini hampir sama dengan jinis plagiarisme penuh dan plagiarisme separa dengan

andaian para pembaca tidak tahu bahawa artikel tersebut adalah hasil terjemahan kerana

berbeza bahasa.

Elemen penting dalam keselamatan data dan maklumat

Kerahsiaan maklumat

Maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan diakses tanpa

kebenaran. Penerima maklumat sulit secara umumnya dilarang daripada menggunakannya

untuk mengambil kesempatan daripada si pemberi.

Akauntibiliti sebagai pengguna maklumat

Menurut Salamon & Warmsley (1975) setiap ahli organisasi perlulah tahu siapa pelanggan

mereka, perlu peka dengan kehendak pelanggan mereka dan perlu mengetahui ciri-ciri

kehendak pelanggan mereka. Justeru, sekiranya elemen tersebut dapat dipenuhi tenaga

universiti bukan sahaja dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

mereka malah ianya turut membantu kejayaan sesebuah institusi. Di antara perkara utama

yang perlu dipegang oleh pengguna maklumat ialah kepentingan sebagai penjaga amanah dan

juga menjaga kepentingan umum.

Integriti pengguna maklumat

Pengguna maklumat perlu mempunyai integriti yang tinggi di mana mereka dikehendaki

melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kepentingan umum. Secara individu

integriti wujud bila ada keselarasan di antara apa yang dilakukan dengan prinsip moral, etika,

6

Page 7: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

undang-undang dan juga keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan

organisasi. Sebagai contoh, seseorang pelajar dalam satu organisasi akan melaksanakan

amanah dan tanggungjawab mengikut kepentingan organisasi. Dia tidak akan

menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan diri dan kawan terdekatnya.

Justeru, para pelajar perlu penekanan terhadap integriti sebagai individu serta bijaksana

dalam menguruskan organisasi berlandaskan proses dan prosedur kerja yang ‘standard’ di

sesebuah universiti.

Profesionalisme pengguna maklumat

Keupayaan dan kecekapan melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada

panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran pengguna maklumat.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PLAGIARISME PELAJAR

(a) Kaedah dan Peluang

Interner dan jurnal akademik dalam talian telah menyumbang kepada kejadian yang semakin

meningkat tentang plagiarisme kerana pelajar berkemungkinan untuk mencari dan mendapati

maklumat yang banyak daripada pelbagai sumber dengan sedikit bacaan, usaha dan keasilian

(McKenzie, 1998). Terdapat juga laman web yang menyediakan esei atau journal yang

lengkap secara percuma kepada pelanggannya. Tambahan pula, perkhidmatan dalam talian

yang mengenalkan bayaran memnyebabkan kesukaran untuk mengesankan bahawa kerja-

kerja atau tugasan yang dibuat oleh pelajar merupakan plagiarisme atau tidak dengan dengan

menggunakan software yang sedia ada.

Penguatkuasaan yang tidak ketat oleh pensyarah untuk mengelakkan plagiarisme boleh

menggalakkan pelajar menikmati amalan (Davis et al., 1992; CWPA, 2003) dan sikap tidak

peduli oleh fakulti dalam universiti dalam hal tersebut. (Davis et al., 1992; Phillips and

Horton, 2000). Faktor penting yang menyebabkan hal tersebut terjadi adalah meneruskan

plagiarists terutamanya semasa akhir semester pelajar dalam “tempoh penyerahan” projek.

(b) Ciri-ciri Peribadi

Kepercayaan dalaman untuk menipu dalam akademik adalah tidak bermoral dan tidak jujur

akan menggalakkan plagiarisme (Franklyn-Stokes and Newstead, 1995). Sutton and Huba

(1995) mendapati bahawa kemungkinan pelajar yang beragama berkelakuan tidak jujur

7

Page 8: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

adalah rendah berbanding dengan yang lain. Walaubagaimanapun motif yang paling kuat

mendorong pelajar untuk meniru adalah keinginan untuk mendapat gred yang tinggi. Haines

et al. (1986) mendapati bahawa pelajar yang mendapati gred purata yang lebih rendah lebih

cenderung untuk meniru kerja daripada rakan selekas yang mempunyai potensi yang tinggi

dalam kerjanya. Individu yang menerima sokongan kewangan daripada keluarganya beradad

di bawah tekanan yang besar daripada ibu bapanya untuk mencapai kejayaan yang tinggi dan

hal ini menyebabkan mereka menakuti kegagalan .

Houle (1961) menyatakan bahawa sebahagian pelajar memasuki universiti disebabkan

mereka mempunyai “matlamat” yang berat dimana keinginan untuk emncapai hasil utilitarian

tertentu seperti prospek pekerjaan yang lebih baik dan kejayaann yang tinggi pada masa

depan. Terdapat kadar yang semakin meningkat dalam penglibatan dalam pendidikan tinggi

akan menghasilkan jurnag pendapatan antara orang yang berkelayakan tinggi dengan mereka

yang tanpa kelayakan.

(c) Situasi Individu

Pelajar-pelajar yang mengambil pekerjaan sampingan yang dibayar untuk kerana menghadapi

masalah kewangan. Hal ini menybebkan mereka tiada mempunyai masa yang mencukupi dan

beban kerja akademik yang tinggi menyumbang kepada faktor pelajar melakukan

plagiarisme. Lelaki telah didapati lebih bersedia untuk mengakui kesalahan akademil

berbanding dengan perempuan (Haines et al., 1986; Davis and Ludvigson, 1995; Ameen et

al., 1996; Bjorklund and Wenestam, 1999). Keinginan untuk mengumpul pengetahuan

dengan cepat, kaedah pengajian dan pembelajran “cepat” dan keinginan untuk “belajar

bagaimana untuk melakukkannya” menyebabkan pelajar pada masa kini melakukan

plagiarisme.

Kesan Plagiarisme kepada Pelajar

(a) Self-Sabotage

Dalam banyak kes, plagiarizers hanya mempertimbangkan kesan luar menipu. Walau

bagaimanapun, sama ada anda terperangkap atau tidak, plagiarisme mempunyai beberapa

kesan kritikal. Pertama, anda menafikan diri anda satu objektif pembelajaran yang

dicadangkan bagi tugasan, kertas atau laporan dengan tidak menjalankan kajian yang

terperinci dan menggubal dokumen asal. Anda juga boleh merosakkan hubungan dengan

rakan sebaya dan pengajar. Pelajar bertakwa mungkin kecewa jika mereka mengemukakan

usaha besar dan menonton anda memotong sudut.

8

Page 9: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

(b) Kegagalan

Sekolah tinggi dan kolej biasanya menyatakan dasar yang menggariskan proses disiplin untuk

plagiarisme. Ia biasanya sehingga pengajar untuk menangkap dan memulakan proses disiplin.

Penalti yang kadang-kadang berbeza-beza berdasarkan kepentingan tugas tersebut. Pada

tugasan kerja rumah yang mudah, kemungkinan menerima sifar pada kerja. Pada kertas atau

projek besar, berkemungkinan gagal projek atau kelas pada kesalahan pertama. Jika

kesalahan yang pertama menyebabkan kegagalan projek, kesalahan yang berikutnya boleh

menyebabkan kegagalan kelas automatik. Pengajar sering meletakkan prosedur khusus

mereka dalam kelas sukatan pelajaran.

(c) Penggantungan atau Pemecatan

Sekolah tinggi atau kolej biasanya terlibat jika kejadian plagiarisme diulangi atau teruk. Ini

berpunca dari satu atau lebih ramai pengajar melaporkan kejadian ini melalui formal proses

laporan disiplin sekolah. Di peringkat sekolah tinggi, pendengaran lembaga sekolah biasanya

diadakan untuk menentukan sama ada tingkah laku pelajar melanggar kod ke mana

memerlukan penggantungan atau dibuang sekolah. Di kolej, lembaga kehakiman biasanya

adjudicates pendengaran tatatertib pelajar jika ia sampai ke tahap di dalam kod tingkah laku

yang mewajarkan penggantungan atau pembuangan pendengaran.

(d) Catatan dalam Transkrip

Dalam artikel 2007, Middlebury College Profesor William Harris menegaskan bahawa

pentadbir kolej telah menghamburkan kata-kata penalti untuk plagiarisme untuk membantu

membendung wabak yang semakin meningkat. Satu akibat itu banyak kolej telah ditambah

ialah catatan rasmi pada transkrip jika didapati bersalah atau diadili memplagiat ketika berada

di sekolah. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di beberapa buah

sekolah mempunyai peluang sedikit untuk perbicaraan yang adil walaupun dalam kes-kes

"tidak sengaja" plagiarisme di mana pelajar hanya gagal untuk memasukkan sebut harga pada

frasa yang dipinjam. Namun, hukuman itu adalah bertujuan untuk menghalang pelajar sejak

transkrip boleh memberi kesan kepada keupayaan mereka untuk memindahkan atau masuk ke

sekolah siswazah.

9

Page 10: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

KESIMPULANPlagiat merupakan sesuatu aktiviti yang memberi kesan negatif kepada diri,

masyarakat dan negara. Terdapat banyak faktor dan kesan daripada gejala plagiat ini dan

kesemuanya memberikan impak yang negatif dan bukannya positif. Sikap hormat-

menghormati, jujur dan ikhlas perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak kecil supaya ia

dapat kekal dalam diri sehingga meningkat dewasa kelak. Peranan daripada semua pihak

amat diperlukan untuk membanteras aktiviti yang tidak mendatangkan faedah ini. Setaip

universiti perlu memainkan peranan yang penting dimana setiap penyarah perlu semak juka

tugasan, tesis atau kertas ilmiah yang ditulis oleh pelajar tidak mempunyai ciri-ciri plagiat.

Ini dapat dilakukan dengan menggunakan perisian komputer dimana ia boleh semak jika

wujudnya plagiat atau tidak.

Teknologi yang semakin pesat merupakan faktor utama berlakunya plagiarisme dalam

kalangan mahasiswa/mahasiswa di IPT. Gejala plagiarisme merupakan satu perbuatan yang

tidak beretika dan ia bermakna mencuri atau menciplak hasil ilmiah orang lain dalam bentuk

seperti idea-idea, penemuan, perkataan dan lain-lain.

Dalam usaha menangani gejala plagiarisme, terdapat beberapa cadangan yang boleh

diamalkan dan dilaksanakan. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Pihak universiti harus mewujudkan peraturan. Sekiranya sudah wujudnya peraturan,

pihak universiti berperanan untuk memaklumkan kesalahan dan kesan negatifnya kepada

semua pensyarah dan juga mahasiswa/mahasiswi. Selain itu, pihak universiti berperanan

untuk memastikan bahawa dalam buku panduan akademik di setiap fakulti mengandungi

maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau bibliografi yang tepat sebagai usaha

mencegah dan menangani gejala plagiarisme.

2. Mahasiswa/mahasiswi harus bertanggungjawab dalam menghasilkan tesis yang tidak

mengandungi unsur plagiarisme. Setiap universiti mempunyai buku panduan penulisan

akademik dan mereka perlu mengikuti semua sistem dan disiplin penulisan yang telah

ditetapkan. Mahasiswa/mahasiswi perlu sedar bahawa penulisan akademik adalah satu usaha

universiti untuk mengasah dan menyerlahkan tahap kebolehan akademik mereka sendiri.

3. Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas talian yang

dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan

10

Page 11: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

mahasiswa/mahasiswi. Perisian-perisian seperti ini diaplikasikan oleh kebanyakan universiti

di seluruh dunia yang digunakan secara meluas dalam menangani isu plagiarisme dalam

penulisan akademik oleh pelajar. Misalnya, perisian-perisian komputer seperti Turnitin, Scan

My Essay(Viper) dan Word Check System, cukup komprehensif dan efektif dalam mengesan

sebarang unsur plagiarisme tesis dan penulisan akademik secara atas talian.

Para pensyarah adalah berperanan untuk membimbing konsep plagiarisme kepada

para pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan,

pembentangan dan sebagainya. Pensyarah juga perlu tegas mangambil tindakan terhadap

pelajar yang masih degil membuat tugasan akademik secara plagiat samada meminta pelajar

mengubahsuai tugasan tersebut atau melaporkannya kepada pihak universiti.

Kaedah “copy and paste” dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi bukan faktor yang

boleh membawa kepada kelahiran modal insan yang kreatif dan inovatif. Ia hanya akan

mencalar kewibaan dan kualiti mahasiswa/mahasiswi yang dikatakan golongan cerdik. Pihak

universiti di Malaysia harus bersikap tegas dan mengambil tindakan yang sewajarnya

terhadap mahasiswa/mahasiswi dan juga pensyarah yang terlibat dalam aktiviti plagiarisme

supaya dapat menjana mahasiswa/mahasiswi yang bermutu tinggi dan menjadi contoh teladan

kepada univerisiti di seluruh dunia.

Kegiatan plagiarisme akan wujud adalah kerana informasi teknologi yang semakin

berkembang pada zaman yang moden ini. Penggunaan komputer dan Internet telah

memudahkan mahasiswa untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang diperlukan. Ini

telah mencetuskan budaya “copy and paste” di mana ia merupakan proses yang mudah dan

tidak melibatkan sebarang kos. Walaupun proses ini menjimatkan masa, ia telah

mengakibatkan pelajar sekarang mengabaikan proses penyelidikan. Unsur plagiat ini perlu

diperhentikan dalam kalangan pelajar kerana ia merupakan amalan yang tidak beretika. Kami

haruslah menggunakan minda kami sendiri secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan kerja

kami. Marilah bersama mengelakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan plagiarisme.

Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea

untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan

akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh

pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet

untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.

11

Page 12: ifolio.ukm.my€¦  · Web viewSEMESTER 1 SESI 2014/2015. ... sumber rujukan dalam tugasan mereka atau mereka menganggap idea orang lain ... adanya perisian komputer seperti

RUJUKAN

Academia. Plagarisme. Tarikh diperoleh pada Disember 5, 2014 dari

https://www.academia.edu/6241623/Plagiarisme

Dewan Bahasa dan Pustaka. Definisi Plagiat. Tarikh diperolehi pada Disember 10, 2014 dari

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=plagiat

Madzlina Nordin (2009, September 28). Plagiat jejas imej, integriti pendidikan. Utusan

Online. Tarikh diperolehi pada Disember 10, 2014 dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Nur Idad Abdul Hamis.(2012, Disember 8). Isu teknologi dan plagarisme dalam kalangan

mahasiswa IPT. Tarikh diperoleh pada Disember 10,2014 dari

http://idadsmile.blogspot.com/2012/12/isu-teknologi-dan-plagiarisme-dalam.html

Universiti Malaya. Garis panduan menangani kes plagiat oleh pelajar atau calon. Tarikh

diperolehi pada Disember 20, 2014 dari

http://www.fsktm.um.edu.my/web/agenda/2012/Garis%20Panduan%20Kes%20Plagiat

%20%5BIPS%201112012%5D.pdf

Roger Bennett, London Metropolitan University(2005), “Factors Associated with Student

Plagiarism in A Post-1992 University”, Assessment & Evaluation in Higher Education Vol.

30, No.2, April 2005, pp. 137-162

12