dicetak oleh pemangku pencetak kerajaan, sabah, … · mereka (ansar) mencintai orang yang...

16

Upload: others

Post on 06-Oct-2020

11 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Page 2: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Kebimbangan dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sabah sejak seminggu lalu makin menghantui masyarakat kini. Sabah kini sudah mempunyai enam kluster COVID-19 yang aktif apabila satu lagi kluster dikesan di daerah Tongod. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata kluster itu dikenalpasti hasil saringan yang dijalankan di sekitar daerah Tongod, susulan saringan COVID-19 terhadap seorang petugas kesihatan yang didapati positif ujian saringan RTK Antigen pada 4 September lalu. Saringan di sekitar daerah Tongod yang bermula pada 6 September lalu membabitkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan Kl inik Kesihatan berkenaan. Lima kes positif COVID-19 dikenal pasti setakat ini.

Kementerian Kesihatan merekodkan 14 kes baharu dalam Kluster Pulau, menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 29 kes. Dr. Noor Hisham berkata, daripada jumlah 29 kes positif COVID-19, 26 adalah kalangan warga Malaysia manakala tiga adalah warga Filipina. Beliau berkata, sebanyak 12 kes baharu dikesan dalam Kluster Selamat, menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 19 kes. Katanya, semua 19 kes positif COVID-19 dalam kluster ini membabitkan seramai 18 warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. Terdapat lima kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD, menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 583 kes. Daripada jumlah 583 kes positif COVID-19, 290 adalah dalam kalangan warganegara Malaysia manakala 293 adalah warga asing membabitkan Filipina (192 kes) dan Indonesia (101 kes). Satu kes baharu bagi Kluster Sungai juga direkodkan menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 74 kes. Semua 74 kes positif dalam kluster ini adalah warga tempatan.

Apa yang menjadi kerisauan ialah pertambahan pesakit yang disahkan positif Covid-19. Pencegahan yang boleh dibuat ialah menjauhi tempat-tempat sesak, tidak mengunjungi daerah-daerah yang berisiko, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri. Sama-samalah kita berkerjasama dalam mencegah penularan wabak ini. Kita Jaga Kita.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohd Fauzee bin HarithEncik Mohamad Fikri bin Putung

Cik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Lawatan Kerja Program Penilai Keindahan (Taman Perkuburan) Ar Raudhah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1442H/2020M, di enam Bahagian iaitu Pantai Barat Selatan,

Pantai Barat Utara, Pedalaman Bawah, Pedalaman Atas, Sandakan dan Tawau di ketuai oleh Ustaz Haji Baharudin Haji Alwi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Sebaran

Am JHEAINS bermula 24 Ogos hingga 22 September 2020

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 15

Peristiwa

Page 3: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Sambutan tahun baharu hijrah perlu mencapai matlamat sebenar, tepat dan selari dengan kehendak Islam, apatah lagi dalam konteks hari ini, masih ramai yang tidak menyedari falsafah di sebalik peristiwa agung itu.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabat dari Makkah ke Madinah, sebaliknya membuahkan hikmah-hikmah yang cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, manakala Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia. Allah SWT memuji mereka di dalam al-Quran:

"Dan orang (Ansar) yang menetap di kota Madinah dan (beriman) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan." (Surah al-Hasyr, ayat 9).

● MenamatkanPermusuhanTradisiGolonganAnsarKonflik di antara puak Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesamamereka.

Peperanganyangterakhir ialahPerangBuathpada618MdiantarapuakAusdanKhazrajyangmengorbankanbanyak nyawa dan harta benda.

● PenubuhanNegaraIslamKotaMadinahmenjadinegaraIslamygpertamadiduniaapabilaNabiberjayamembentukPiagamMadinah.Lalumenukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam.

Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana, ia mencatatkan negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

● PerubahanKehidupanMasyarakatMadinahSebelum Nabi berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak hanya pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi SAW, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan.

Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, politik, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.

Begitulahdiantarahikmah-hikmahdisebalikperistiwahijrahBagindaSAWdanparasahabatkekotaMadinah.Semoga kita semua dapat menghayati makna di sebalik peristiwa agung ini dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian.

Abu Qirsafah RA pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan." (HR Tabrani).

FALSAFAH HIJRAH AL-KUBRAOleh:

Mohammad Fikri bin Putung

Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS danUstaz Mohammad Sidik Haji Ag. Adi, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam bersama di Majlis

Meraikan Jasamu Dikenang sempena Persaraan Puan Zuriah Zulkifli, Timbalan PengarahPentadbiran JHEAINS pada 4 September 2020 di Kota Kinabalu.

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 4: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

MUHASABAH DARI MUSIBAHOleh:

Anakmalayindo

Musibah pandemik yang kini melanda manusia beberapa bulan lamanya benar-benar mengingatkan kita tentang kecil dan lemahnya kekuatan manusia di hadapan kebesaran dan kekuasaan Allah Rabb penguasa alam semesta. Meskipun demikian, bagi seorang mukmin musibah itu adalah ladang pahala. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

"Apabila menimpa padanya kesulitan maka dia pun bersabar, maka hal itu baik baginya." (HR. Muslim).

Musibah bukan saja menjadi ladang pahala bagi mereka yang bersabar menghadapinya. Akan tetapi,musibah juga mengingatkan manusia akan dosa-dosa yang telah dilakukan. Kerana tidaklah turun bala dan malapetaka kecuali disebabkan dosa-dosa umat manusia. Sebagaimana hal itu pernah dinasihatkan olehAli bin Abi Thalib radhiyallahu’anhu. Ini menuntut kita sebagai hamba untuk selalu menyedari dosa dan kekurangan kita dalam menghamba kepada Allah SWT.

Inilah yang disebut oleh para ulama dengan istilah muthola’atu ‘aibin nafsi wal ‘amal; menelaah aib padadiri dan amal perbuatan. Seperti terukir dalam untaian doa sayyidul istighfar yang diajarkan kepada kita. Penggalan doa itu berbunyi ‘wa abuu’u bi dzanbii, faghfi rlii’ ertinya, "Dan aku pun mengakui atas dosa-dosaku. Maka ampunilah diriku.."

Seorang hamba betapa pun tinggi kedudukan dan prestasi yang dapat dia gapai, sesungguhnya iaadalah lemah dan fakir sentiasa memerlukan bantuan dan bimbingan Allah SWT; Dzat yang menciptakan dirinya dan segenap alam ini. Lihatlah keadaan manusia yang telah menggantungkan hatinya kepadaselain Allah SWT. Mereka malah terjebak dalam kebingungan dan kesengsaraan. Kerana selain Allah SWTtidak menguasai manfaat maupun mudarat. Padahal, bagi kaum beriman tiada tempat bergantung bagimereka kecuali kepada Rabbnya. Sebagaimana karakter orang-orang yang masuk syurga tanpa hisabadalah,

"Mereka bertawakal hanya kepada Rabbnya." (HR. Bukhari).

Dalam kondisi musibah dan kesulitan semacam ini, seorang muslim ditempa kesabaran dan tawakalnyakepada Allah SWT. Dengan kesabaran dia akan mendapatkan pertolongan. Dengan tawakal kepada AllahSWT maka dia akan mendapatkan kecukupan. Tawakal mengandung sikap berserah diri kepada AllahSWT dan tidak bergantung hati kepada sebab yang ditempuh.

Inilah kiranya yang perlu untuk kita asah dan kita murnikan kembali. Sejauh mana hati kita bergantungkepada Allah SWT dan tidak bersandar kepada selain-Nya. Di sinilah keimanan kita diuji. Di sinilahpenghambaan seorang dinilai dan diukur. Mungkin saja selama ini kita telah mengangkat makhluk yang lemah sebagai tempat bergantungnya hati dan sesembahan tandingan tanpa kita sedari. Semoga AllahSWT mengampuni dosa dan kesalahan kita selama ini.

KEBAIKAN VS DOSAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADIS:Daripada Nawwas bin Sam’an RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Kebaikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah apa yang menggetarkan jiwamu dan engkautidak suka jika orang lain mengetahuinya." (Riwayat Imam Muslim)

Dan daripada Wabishah bin Ma’bad RA beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: "Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan? Saya menjawab: Ya. Baginda SAWbersabda: "Mintalah fatwa daripada hatimu. Kebaikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang mengganggu jiwa danmenimbulkan keraguan dalam hati, meskipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka telah berfatwa (dan menyalahinya)."(Riwayat lmam Ahmad dan Imam al-Darimi). HURAIAN HADIS:Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa kebaikan merangkumi semua perbuatan yang baik, sifatyang makruf dan akhlak yang mulia. Manakala dosa ialah merangkumi semua perbuatan yang burukserta dosa kecil dan besar. Secara fi trahnya, sesuatu kebaikan yang dilakukan boleh menyebabkan hati merasa tenang. Manakala apabila melakukan dosa, hati akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, resah gelisah dan bimbang apabila diketahui oleh orang lain. Kebaikan yang dibenarkan untuk kita meminta fatwa hati ialah kebaikan yang masih kesamaran dan fatwa hati tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak.

PENGAJARAN HADIS:1. Kebaikan itu adalah dengan mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala

larangan-Nya.

2. Hati seorang merasa tenang dan tenteram dengan perbuatan yang halal dan merasa gelisah dancemas dengan perbuatan dosa.

RUJUKAN:● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 13

Remaja

Page 5: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Penulis bersama Pengarah ILIM, Fasilitator dan peserta kursus di ILIM, Kundasang

TAAT IBU TIRI: SYURGA IBU BERPINDAH?Oleh:

Anna Amelia binti Daen Mokhtar

Dalam satu hadis:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "saya ingin berjihad(berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "apakah ibumu masih hidup?" Orang itumenjawab, "ya". Rasulullah SAW bersabda, "tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani).

Merujuk kepada hadis di atas, Rasulullah SAW menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu itu lebih baik daripada keluar berjihad. Dalam riwayat lain juga ada menyatakan yang kita sebagai anak wajiblah mentaatikedua ibu bapa, namun begitu ibu lah yang lebih diutamakan tiga kali ganda daripada bapa. Demikiandapat kita simpulkan betapa besar pengorbanan seorang ibu dan besarnya tuntutan memuliakannya dan haram berlaku derhaka kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Dalam permasalahan lain ada diutarakan tentang status 'ibu tiri'. Adakah Ibu tiri wajib kita taati? Adakah syurganya juga berpindah tempat saat ibu kandung tidak menjaga kita sedari kecil? Adakah statusnyasama seperti ibu kandung yang wajib kita berbuat bakti? Jawapannya, syurga seorang anak tetap padaibu kandungnya. Hal ini ada disebutkan di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan syurgaseseorang itu terletak pada insan yang melahirkannya. Bagaimana pula keadaan di mana ibu tiri yangmenjaga dari kecil? Manakah yang lebih utama sekiranya ibu kandung datang menuntut? Dalam keadaan seperti ini, menurut ulama, ibu tiri itu adalah insan yang menjaga kita dari kecil, maka tugas sebagaiseorang ibu juga telah dia ambil, justeru itu wajib juga kita taati dia walaupun bukan ibu kandung. Kerana dalam konteks ini, ibu tiri sebagai wali yang menjaga kita. Berbakti kepada ibu tiri bermakna kita berbakti kepada ayah. Meninggikan suara kepada ibu tiri bermakna kita tinggikan suara pada ayah juga. Ini kerana ibu tiri ialah insan yang dikahwini oleh ayah kita. Ibu kandungnya pula? Masih wajib kita menghormati dan memuliakannya kerana dia adalah insan yang melahirkan kita.

Tuntasnya, kita lihatlah syariat cantik dan adil yang Islam bawakan. Walaupun insan bergelar ibu tiri itutidak melahirkan, malah wajib juga ditaati atas pengorbanan membesarkan. Tapi tidaklah Islam melucutkan tuntutan wajib menghormati ibu kandung. Wajib hormat ibu kandung yang melahirkan dan wajib mentaatiibu tiri, insan yang menjaganya.

Wallahu 'alam.

RUNDINGCARA DI ILIM, KUNDASANGOleh:

Adi Pitang

Jam menunjukan pukul 7.36 malam ketika kamisampai di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),Jabatan Kemajuan Islam Sabah (JAKIM), Mesilau,Kundasang, Ranau, yang dulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Islam (PLI) Kundasang. Cuaca berkabus sepanjang perjalanan dari Tamparuli menunju ke Pekan Kundasang suatu fenomena biasa yang akan ditempuhi oleh penguna jalanraya di kawasan ini

Justeru cuacanya yang agak dingin dan segar, menjadikan Kundasang sebagai tempat yang palingpopular untuk dikunjungi. Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini, manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan keduaterpenting.

Ketibaan kami, aku, Yullyana, Hadi dan Fadli disambut oleh Hafi z pegawaiku yang tiba lebih awal bersama rakan-rakan fasilitator yang lain. Malam itu, kami sempat berbincang persiapan akhir Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syarie dan Rundingcara Keluarga Islam anjuran bersama ILIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Kursus yang mendapat sokongan kuat dari Ustaz Syamsuri bin Ghazali, Pengarah baru ILIM itu diadakan sebanyak 3 siri. Kursus ini di antara lain bertujuan mendalami bidang kaunseling keluarga dan memahami hak-hak dan undang-undang yang boleh dikaitkan dengan isu-isu perkahwinan, perceraian dan kekeluargaan. Kursus ini dihadkan kepada 30 orang peserta sahajadi kalangan pegawai dan kakitangan JHEAINS di seluruh daerah di Sabah, 2 orang dari pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang peserta dari JAKIM Sabah.

ILIM yang ditubuhkan pada 1997 di Bangi, Selangor bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia dan kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat. ILIM mempunyai 7 pusat cawangan utama iaitu ILIM Kampus Besut, ILIM Kampus Jelebu, ILIM Kampus Kundasang, ILIM Kampus Lawas dan ILIM Kampus Lahad Datu.

Apa yang menarik dalam kursus siri pertama ini ialah percambahan fi kiran, ilmu dan pengalaman pesertatelah menghasillkan satu manual yang dinamakan Manual Rundingcara Keluarga Islam Sabah, yangbertujuan untuk memberi pengetahuan tatacara pengurusan rundingcara Islam yang kepada pegawai dan kakitangan JHEAINS yang terlibat dalam pengurusan rundingcara. Melalui manual ini pelaksanaan rundingcara akan dapat dilaksanakan lebih berkesan dan berwibawa. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam kursus ini.

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M12

Page 6: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Maksudnya: "Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku (segumbal darah)"

Dalam ayat ini, Allah SWT Yang Maha Pencipta berbangga mengisytiharkan penciptaan-Nya berupa manusia sebagai "Asyraful Makhlukat" yang terakam dalam lauh mahfuz dan kitab suci al-Quran.

Menurut bahasa arab insan atau manusia membawa makna senang, jinak, mesra harmoni dan lupa. Ada juga yang menterjemahnya sebagai gerak atau dinamik. Kata insan menggambarkan manusia dengan kepelbagaian sifat dan ragamnya.

Manakala a’laq juga bermaksud gantung. Penciptaan manusia yang bermula dari proses pencantuman dua sperma menjadi segumpal darah yang bertempel di dinding rahim seorang ibu. Segumpal darah yang tergantung dan terus bergantung kepada pengaliran darah dari sang ibu selama 40 hari untuk proses kesinambungan hayat 40 hari seterusnya.

Senario ini mengisyaratkan bahawa semenjak awal penciptaan manusia sudah memiliki kepergantungan kepada pihak lain kerana sikap kelemahan. Lantaran itu, manusia seharusnya tidak sombong dan ingkar, tetapi bersyukur serta patuh kepada Allah SWT, saling mengukuhkan tali silaturrahim kerana manusia tidak dapat lari dari konsep berjemaah dan bermasyarakat.

Rasulullah SAW telah menyarankan untuk umatnya membina kebersamaan melalui sabdanya: "Bersama itu adalah rahmat, dan berpecah itu adalah laknat". Bahkan, kebersamaan itu bukan hanya perlu dalam kehidupan bermasyarakat, malah diperlukan dalam beribadah. Rasulullah SAW bersabda: "Sembahyang berjama’ah lebih baik dari sembahyang bersendirian dengan perbezaan 27 derajat".

Umat Islam ibarat satu badan yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi. Ianya terbina menerusi ikatan persaudaraan dalam Islam. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling lengkap melengkapi dalam apa jua situasi. Ketika bergembira akan dinikmati bersama begitu juga ketika ditimpa kedukaan tetap diharungi bersama.

Misi dan visi utama kehadiran Islam di celah-celah kehidupan himpunan manusia yang terdiri dari kepelbagaian bangsa, bahasa, budaya, cara hidup dan agama adalah untuk membangunkan kebersamaan demi meningkatkan semangat persaudaraan, keharmonian, kerohanian, akhlak, intelektual dan keseragaman budaya yang luhur.

Tentunya tidak dapat disangkal kehebatan Islam mampu mengangkat dan menjulang kewibawaan ummah menerusi elemen-elemen yang mendokong kebersamaan tersebut yang akhirnya kesejagatan rumpun manusia akan menemui titik persefahaman dalam meraihkan perbezaan hingga melenyapkan persengketaan dan perpecahan.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-A'LAQ: 2“INDAHNYA KEBERSAMAAN DALAM ISLAM”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

INTEGRITI DALAM MEMELIHARA WAKTUOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

Daripada Ibn ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda:"Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi (kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." (Hadith Riwayat Imam Bukhari no. 6412).

Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad berkata:"Saudaraku, jagalah baik-baik dan berhati-hatilah dengan waktu yang kamu miliki kerana ia sangat terbatas, tidak boleh dimajukan atau ditangguh walaupun sesaat. Kehidupan dunia amatlah singkat berbanding kehidupan di akhirat nanti. Setiap hembusan dan tarikan nafas, setiap denyut nadi dan degup jantung, seluruhnya itu mustahil berlaku tanpa izin Allah SWT. Bahkan pada hembusan nafas kita yang terakhir, pada denyut nadi kita yang terakhir dan pada degup jantung kita yang terakhir, hendaklah digunakan waktu itu untuk berbakti kepada Allah SWT, sama ada ketika jaga mahupun tidur. Gunakanlah untuk sesuatu yang berfaedah dan jangan biarkan berlalu seminit pun dengan perkara yang sia-sia. Inilah yang wajib kamu perhatikan mulai sekarang. Setelah meninggalkan dunia fana ini, barulah kita mengetahui betapa ruginya mensia-siakan waktu sekalipun hanya seminit sahaja."

Renungi nasihat imam besar sufi itu. Apakah kita selama ini sudah memanfaatkan waktu dengan tepat? Kita tidak sedar waktu begitu cepat berlalu. Bila sudah pergi maka tidak akan kembali lagi. Ramai di antara kita yang rugi besar kerana tidak mampu memanfaatkan waktu sebaik mungkin. Padahal umur semakin berkurang. Seandainya hari ini kita dapat melakukan suatu tindakan yang mendekati matlamat, tentu esok hari atau lusa kita dapat mencapai kejayaan.

Apabila seseorang menginginkan supaya umurnya diberkati oleh Allah SWT maka ia pasti memanfaatkan waktu-waktu yang dimiliki dengan sebaiknya, yakni dengan cara beribadah dan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa ada sedikitpun waktu yang terbuang dengan sia-sia.

Firman Allah SWT:Maksudnya: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al-’Asr: 1 - 3).

Daripada Ibn ‘Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: "Rebutlah lima peluang sebelum datangnya lima: Hidupmu sebelum mati, sihatmu sebelum sakit, waktu lapangmu sebelum sempit, mudamu sebelum tua, dan kayamu sebelum fakir." (Hadith riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak 4/306 dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, 7/263).

Oleh itu jika kita ingin berjaya dalam segala hal baik untuk dunia mahupun akhirat, maka gunakanlah waktu dengan sebaiknya. Dalam erti kata lain, perlu ada ilmu dalam pengurusan masa serta serius dalam mendekati matlamat yang kita inginkan.

Wallahu 'alam.

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 7: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 7)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Ulama' Salaf yang muktabar seperti Imam Syafi 'e RA telah mentahzir golongan Mujassimah. Beliau mengatakan kufur kepada golongan Mujassimah yang mengatakan Allah SWT duduk di atas 'Arasy.

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi 'e RA (W. 203 H) berkata:

Maksudnya: "Barangsiapa berkata atau berkeyakinan bahawaAllah duduk di atas `Arasy maka ia telah kafi r" (Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitabnya Najmal Muhtadi Wa Rajm al Mu`tadi. h. 155).

Ini bermakna pandangan yang mengatakan Allah SWT duduk di atas 'Arasy tetapi tidak sama dengan duduk manusia, maka ia juga dihukum kufur kerana ia telah menisbahkan tempat bagi Allah SWT yang menjatuhkannya ke lembah Mujassimah (Menjisimkan Allah). Ini jelas dalam kalam Imam Syafi e RA:

Maksudnya: "Barangsiapa yang beraqidah (berpegang/berkeyakinan) bahawa Allah bersemayam (duduk) di atas'Arasy, maka dia menjadi kafi r dan tidak boleh solat (makmum) di belakangnya". (Diriwayatkan oleh al-Imamal-Qadhi Najm al-Din dalam kitabnya Kifayah al-Nabih dan al-Imam Ibn Mu`allim al-Qurasyi (W 725 H) di dalam kitabnya Ibn Mu`allim al-Qurasyi dalam kitabnya Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu`tadi).

Malah Imam Suyuti yamg merupakan ulama' yang memiliki ribuan karangan juga berpandangan sedemikian mengesahkan kalam Imam Syafi 'e ini.

Al-Imam al-Hafi z Jalal al-Din `Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr al-Suyuti (W. 911 H) berkata di dalam kitabnyaal-Ashbah wa al-Naza’ir:

Maksudnya: "Imam Syafi `e berkata: "Tidak dikafi rkan ahli Kiblat kecuali dari hal itu ialah Mujassimah (orang beraqidah tajsim) dan orang yang mengingkari ilmu (Allah berkenaan) juz’iyyat." (al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu` Fiqh al-Syafi `e, c-4, Beirut: al-Kutub al-Arabiy, h. 744. - lihat dalam Kitab al-Riddah).

Daripada kalam ulama tersebut, sangat jelas pengkufuran kepada akidah Mujassimah yang menganggap Allah SWT itu berbentuk dan duduk di atas 'Arasy.

Apabila ideologi Mujassimah ini diresapi dalam akidah, maka ia telah menyamakan Allah SWT dengan makhluk kerana memasuk ruang dan tempat.

Ia adalah salah satu bentuk kesyirikan dan kekufuran tanpa disedari. Ia merupakan akidah yang perlu dijauhioleh masyarakat agar "Keimanan Kepada Allah SWT" terus dijaga dan dipelihara melalui metode ulamamuktabar Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

v Wadi Wadi iaitu air putih kental yang keluar dari kubul mengiringi air kencing. Ia adalah najis.

Berkata Aisyah RA: "Adapun wadi, ia adalah keluar setelah kencing, maka hendaklah seseorang mencuci kemaluannya

lalu berwuduk dan tidak mandi" (Riwayat Ibnul Mundzir).

Dari Ibnu Abbas Riwayat Al-Baihaqi dikatakan: "Adapun wadi dan mazi, katanya, cucilah kemaluanmu atau tempat kemaluanmu, dan lakukanlah

pekerjaan wudukmu buat solat".

v Mazi Mazi adalah air putih bergetah yang keluar sewaktu mengingat senggama atau ketika sedang

bergurau, baik lelaki mahupun perempuan. Hukumnya najis yang harus disucikan dan dibersihkan seperti Wadi.

Dari Abu Thalib, katanya: "Aku adalah seorang lelaki yang banyak mazi, maka ku suruh seorangkawanku menanyakan kepada Nabi SAW, mengingat aku adalah suami puterinya. Kawan itu pun menanyakan, maka nabi menjawab: Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu" (Hadis RiwayatAl-Bukhari).

v Mani Mani adalah air putih bergetah yang keluar waktu bersenggama atau mimpi bersenggama. Mani ini

bukanlah najis tetapi suci. Disunnahkan mencucinya bila ia basah, dan mengoreknya bila kering. Berkata Aisyah RA: "Ku korek mani itu dari kain Rasulullah SAW, bila ia kencing, dan ku cuci bilaia basah" (Riwayat Ad-Daruqutni, Al-Baihaqi dan Ath-Thahawi).

v Kencing dan Kotoran Binatang Keduanya merupakan najis yang harus dibersihkan seperti kencing dan kotoran manusia. Dalam

hadis diriwayatkan bahawa Nabi hendak buang air besar, maka disuruhnya aku mengambilkan tigabuah batu. Dapatlah aku dua buah, dan kucari sebuah lagi tapi tidak bertemu. Maka kuambilah tahi binatang yang kering lalu kuberikan kepadanya. Kedua batu itu diterima oleh Nabi, tetapi tahi tadi dibuangnya, katanya: "Ini Najis". (Dari ibnu Mas’ud Riwayat Al-Bukhari).

JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 7

Tasawwur

Page 8: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

PAHLAWAN WANITA YANG TERLUKAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Pada Perang Uhud, Ummu, Imarah, Nusaibah binti Ka’ab al-Maziniyyah ikut berperang dengan gagah berani. Ummu Sa’ad bin al-Rabi’ berkata:

Aku mendatangi Ummu Imarah. "Wahai Bibi, tolong ceritakan tentang kisahmu!" ujarku kepadanya.

Ia pun bercerita, "Aku keluar pada awal siang. Aku menyaksikan apa yang mereka lakukan. Ketika itu aku membawa tempat air dari kulit. Kemudian aku berhasil mendekat pada Rasulullah yang saat itu bersama para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, aku segera menghampiri baginda. Aku ikut serta dalam perang. Aku melindungi baginda dengan pedang dan ikut memanah. Sampai akhirnya aku mengalami luka."

Ummu Sa’ad berkata, "Aku melihat luka terbuka lebar dan cukup dalam di pundaknya. 'Siapa yang melukaimu?' tanyaku."

Ia menjawab, "Ibnu Qami’ah. Semoga ia binasa. Ketika orang-orang meninggalkan Rasulullah, ia datang seraya berkata, 'Tunjukkan padaku mana Muhammad! Aku tidak akan selamat bila ia selamat.' Mendengar hal itu segera saja aku dan Mush’ab ibn Umayr menghalangnya. Aku termasuk yang tetap bersama Rasulullah SAW. Ibnu Qami’ah memukulku dengan kuat. Aku membalasnya dengan sejumlah pukulan. Namun musuh Allah itu memakai dua perisai."

Ummu Imarah tetap berperang sampai anaknya Ubaid ibn Zaid terluka. Darah mengucur darinya. Namun, Ummu Imarah sibuk melindungi Rasulullah SAW. Akhirnya Rasulullah SAW berteriak kepada anaknya, 'balutlah lukamu!' ketika itulah Ummu Imarah tersedar dan ingat kepada anaknya. Ia segera mengeluarkan kain yang ia siapkan untuk membalut luka. Ia mengikat luka anaknya seraya berkata, "Anakku, bangkit dan lawanlah musuh!"

Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang dapat berbuat seperti yang dilakukan Ummu Imarah?"

Kemudian orang yang telah melukai anaknya datang. Segera saja Ummu Imarah memukulkan pedang ke betisnya hingga terjatuh. Rasulullah SAW tersenyum seraya berkata, "Segala puji milik Allah yang telah memenangkanmu, membuatmu tenang melihat jatuhnya musuh, serta memperlihatkan pembalasanmu terhadap musuh secara langsung."

Pada Perang Uhud tersebut Ummu Imarah terkena tiga belas luka. Semoga Allah SWT Redha kepadanya.

KHURAFAT MEROSAKKAN AKIDAH(BAHAGIAN 7)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Daripada Abdullah bin 'Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW juga bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang menangguhkan sesuatu hajat kerana al-Tiyarah maka dia telah berbuat syirik." (Riwayat Imam Ahmad).

Sebaliknya Rasulullah SAW menyuruh agar kita bersangka baik dengan menyebut yang baik-baik sahaja sekiranya berlaku sesuatu yang tidak pasti dan tidak jelas. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Tidak ada 'adwa dan tidak ada tiyarah. Dan yang menyenangkanku adalah al-fa'lu. Para sahabat bertanya: Apakah al-fa'lu itu? Baginda menjawab: Iaitu kata-kata yang baik." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Al-Hulaimi berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW menyukai kepada al-fa'l (sikap optimis) kerana sikap menganggap sial adalah buruk sangka kepada Allah SWT tanpa sebab yang pasti dan jelas. Sementara al-tafa’ul adalah berbaik sangka kepada-Nya. Seorang mukmin diperintahkan untuk berbaik sangka kepada Allah SWT dalam segala hal." (Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 10/215).

Al-Tibi berkata, "Maksud dibolehkan al-fa'l dan larangan kepada kesialan ialah seseorang seandainya melihat sesuatu dan merasa ia baik dan dapat mendorongnya untuk mendapatkan hajatnya, maka hendaklah dia melakukannya. Apabila melihat kebalikan dari hal itu (seperti ada sial), maka janganlah dia mempedulikannya, tetapi hendaklah dia teruskan untuk mendapatkannya. Jika dia mengambil peduli terhadapnya dan berhenti daripada mendapatkan hajatnya, maka itulah tiyarah yang dipergunakan untuk kesialan." (Rujuk Syarh al-Thibi ‘ala Mishkat al-Masabih, 9/2978).

Larangan terhadap al-Tiyarah adalah didasarkan beberapa perkara. Antaranya seperti menjadikan manusia bergantung kepada selain Allah SWT, menyebabkan perasaan takut, tidak tenang dalam banyak keadaan dalam diri seseorang sehingga boleh menyebabkan jiwa dan keimanan bergoncang selain itu ia boleh membuka jalan penyebaran khurafat dalam masyarakat dengan cara memberi kemampuan mendatangkan manfaat dan mudarat kepada pelbagai jenis makhluk yang sebenarnya mereka tidak miliki. (Rujuk kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah wa al-Jama’ah).

Antara perkara-perkara al-Tiyarah yang masyarakat Islam kita menganggapnya sebagai sial atau petanda tak baik ialah seperti bulan-bulan tertentu tidak elok mengadakan walimah kenduri kahwin, membina rumah dan sebagainya dan menganggap sial angka tertentu seperti angka 13. Antara amalan al-Tiyarah yang masyhur khususnya di negeri Sabah ini adalah Pesta Mandi Safar yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang masih jahil dan menganggap perkara ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kehidupan mereka. Upacara mandi beramai-ramai dan bersuka ria ini dilakukan dengan kepercayaan perbuatan tersebut kononnya boleh menghapuskan dosa dan menolak bala.

Akidah

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 9

Iktibar Kisah

Page 9: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Page 10: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 7)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Ulama' Salaf yang muktabar seperti Imam Syafi 'e RA telah mentahzir golongan Mujassimah. Beliau mengatakan kufur kepada golongan Mujassimah yang mengatakan Allah SWT duduk di atas 'Arasy.

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi 'e RA (W. 203 H) berkata:

Maksudnya: "Barangsiapa berkata atau berkeyakinan bahawaAllah duduk di atas `Arasy maka ia telah kafi r" (Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitabnya Najmal Muhtadi Wa Rajm al Mu`tadi. h. 155).

Ini bermakna pandangan yang mengatakan Allah SWT duduk di atas 'Arasy tetapi tidak sama dengan duduk manusia, maka ia juga dihukum kufur kerana ia telah menisbahkan tempat bagi Allah SWT yang menjatuhkannya ke lembah Mujassimah (Menjisimkan Allah). Ini jelas dalam kalam Imam Syafi e RA:

Maksudnya: "Barangsiapa yang beraqidah (berpegang/berkeyakinan) bahawa Allah bersemayam (duduk) di atas'Arasy, maka dia menjadi kafi r dan tidak boleh solat (makmum) di belakangnya". (Diriwayatkan oleh al-Imamal-Qadhi Najm al-Din dalam kitabnya Kifayah al-Nabih dan al-Imam Ibn Mu`allim al-Qurasyi (W 725 H) di dalam kitabnya Ibn Mu`allim al-Qurasyi dalam kitabnya Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu`tadi).

Malah Imam Suyuti yamg merupakan ulama' yang memiliki ribuan karangan juga berpandangan sedemikian mengesahkan kalam Imam Syafi 'e ini.

Al-Imam al-Hafi z Jalal al-Din `Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr al-Suyuti (W. 911 H) berkata di dalam kitabnyaal-Ashbah wa al-Naza’ir:

Maksudnya: "Imam Syafi `e berkata: "Tidak dikafi rkan ahli Kiblat kecuali dari hal itu ialah Mujassimah (orang beraqidah tajsim) dan orang yang mengingkari ilmu (Allah berkenaan) juz’iyyat." (al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu` Fiqh al-Syafi `e, c-4, Beirut: al-Kutub al-Arabiy, h. 744. - lihat dalam Kitab al-Riddah).

Daripada kalam ulama tersebut, sangat jelas pengkufuran kepada akidah Mujassimah yang menganggap Allah SWT itu berbentuk dan duduk di atas 'Arasy.

Apabila ideologi Mujassimah ini diresapi dalam akidah, maka ia telah menyamakan Allah SWT dengan makhluk kerana memasuk ruang dan tempat.

Ia adalah salah satu bentuk kesyirikan dan kekufuran tanpa disedari. Ia merupakan akidah yang perlu dijauhioleh masyarakat agar "Keimanan Kepada Allah SWT" terus dijaga dan dipelihara melalui metode ulamamuktabar Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

v Wadi Wadi iaitu air putih kental yang keluar dari kubul mengiringi air kencing. Ia adalah najis.

Berkata Aisyah RA: "Adapun wadi, ia adalah keluar setelah kencing, maka hendaklah seseorang mencuci kemaluannya

lalu berwuduk dan tidak mandi" (Riwayat Ibnul Mundzir).

Dari Ibnu Abbas Riwayat Al-Baihaqi dikatakan: "Adapun wadi dan mazi, katanya, cucilah kemaluanmu atau tempat kemaluanmu, dan lakukanlah

pekerjaan wudukmu buat solat".

v Mazi Mazi adalah air putih bergetah yang keluar sewaktu mengingat senggama atau ketika sedang

bergurau, baik lelaki mahupun perempuan. Hukumnya najis yang harus disucikan dan dibersihkan seperti Wadi.

Dari Abu Thalib, katanya: "Aku adalah seorang lelaki yang banyak mazi, maka ku suruh seorangkawanku menanyakan kepada Nabi SAW, mengingat aku adalah suami puterinya. Kawan itu pun menanyakan, maka nabi menjawab: Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu" (Hadis RiwayatAl-Bukhari).

v Mani Mani adalah air putih bergetah yang keluar waktu bersenggama atau mimpi bersenggama. Mani ini

bukanlah najis tetapi suci. Disunnahkan mencucinya bila ia basah, dan mengoreknya bila kering. Berkata Aisyah RA: "Ku korek mani itu dari kain Rasulullah SAW, bila ia kencing, dan ku cuci bilaia basah" (Riwayat Ad-Daruqutni, Al-Baihaqi dan Ath-Thahawi).

v Kencing dan Kotoran Binatang Keduanya merupakan najis yang harus dibersihkan seperti kencing dan kotoran manusia. Dalam

hadis diriwayatkan bahawa Nabi hendak buang air besar, maka disuruhnya aku mengambilkan tigabuah batu. Dapatlah aku dua buah, dan kucari sebuah lagi tapi tidak bertemu. Maka kuambilah tahi binatang yang kering lalu kuberikan kepadanya. Kedua batu itu diterima oleh Nabi, tetapi tahi tadi dibuangnya, katanya: "Ini Najis". (Dari ibnu Mas’ud Riwayat Al-Bukhari).

JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 7

Tasawwur

Page 11: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Maksudnya: "Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku (segumbal darah)"

Dalam ayat ini, Allah SWT Yang Maha Pencipta berbangga mengisytiharkan penciptaan-Nya berupa manusia sebagai "Asyraful Makhlukat" yang terakam dalam lauh mahfuz dan kitab suci al-Quran.

Menurut bahasa arab insan atau manusia membawa makna senang, jinak, mesra harmoni dan lupa. Ada juga yang menterjemahnya sebagai gerak atau dinamik. Kata insan menggambarkan manusia dengan kepelbagaian sifat dan ragamnya.

Manakala a’laq juga bermaksud gantung. Penciptaan manusia yang bermula dari proses pencantuman dua sperma menjadi segumpal darah yang bertempel di dinding rahim seorang ibu. Segumpal darah yang tergantung dan terus bergantung kepada pengaliran darah dari sang ibu selama 40 hari untuk proses kesinambungan hayat 40 hari seterusnya.

Senario ini mengisyaratkan bahawa semenjak awal penciptaan manusia sudah memiliki kepergantungan kepada pihak lain kerana sikap kelemahan. Lantaran itu, manusia seharusnya tidak sombong dan ingkar, tetapi bersyukur serta patuh kepada Allah SWT, saling mengukuhkan tali silaturrahim kerana manusia tidak dapat lari dari konsep berjemaah dan bermasyarakat.

Rasulullah SAW telah menyarankan untuk umatnya membina kebersamaan melalui sabdanya: "Bersama itu adalah rahmat, dan berpecah itu adalah laknat". Bahkan, kebersamaan itu bukan hanya perlu dalam kehidupan bermasyarakat, malah diperlukan dalam beribadah. Rasulullah SAW bersabda: "Sembahyang berjama’ah lebih baik dari sembahyang bersendirian dengan perbezaan 27 derajat".

Umat Islam ibarat satu badan yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi. Ianya terbina menerusi ikatan persaudaraan dalam Islam. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling lengkap melengkapi dalam apa jua situasi. Ketika bergembira akan dinikmati bersama begitu juga ketika ditimpa kedukaan tetap diharungi bersama.

Misi dan visi utama kehadiran Islam di celah-celah kehidupan himpunan manusia yang terdiri dari kepelbagaian bangsa, bahasa, budaya, cara hidup dan agama adalah untuk membangunkan kebersamaan demi meningkatkan semangat persaudaraan, keharmonian, kerohanian, akhlak, intelektual dan keseragaman budaya yang luhur.

Tentunya tidak dapat disangkal kehebatan Islam mampu mengangkat dan menjulang kewibawaan ummah menerusi elemen-elemen yang mendokong kebersamaan tersebut yang akhirnya kesejagatan rumpun manusia akan menemui titik persefahaman dalam meraihkan perbezaan hingga melenyapkan persengketaan dan perpecahan.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-A'LAQ: 2“INDAHNYA KEBERSAMAAN DALAM ISLAM”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

INTEGRITI DALAM MEMELIHARA WAKTUOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

Daripada Ibn ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda:"Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi (kecewa) dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." (Hadith Riwayat Imam Bukhari no. 6412).

Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad berkata:"Saudaraku, jagalah baik-baik dan berhati-hatilah dengan waktu yang kamu miliki kerana ia sangat terbatas, tidak boleh dimajukan atau ditangguh walaupun sesaat. Kehidupan dunia amatlah singkat berbanding kehidupan di akhirat nanti. Setiap hembusan dan tarikan nafas, setiap denyut nadi dan degup jantung, seluruhnya itu mustahil berlaku tanpa izin Allah SWT. Bahkan pada hembusan nafas kita yang terakhir, pada denyut nadi kita yang terakhir dan pada degup jantung kita yang terakhir, hendaklah digunakan waktu itu untuk berbakti kepada Allah SWT, sama ada ketika jaga mahupun tidur. Gunakanlah untuk sesuatu yang berfaedah dan jangan biarkan berlalu seminit pun dengan perkara yang sia-sia. Inilah yang wajib kamu perhatikan mulai sekarang. Setelah meninggalkan dunia fana ini, barulah kita mengetahui betapa ruginya mensia-siakan waktu sekalipun hanya seminit sahaja."

Renungi nasihat imam besar sufi itu. Apakah kita selama ini sudah memanfaatkan waktu dengan tepat? Kita tidak sedar waktu begitu cepat berlalu. Bila sudah pergi maka tidak akan kembali lagi. Ramai di antara kita yang rugi besar kerana tidak mampu memanfaatkan waktu sebaik mungkin. Padahal umur semakin berkurang. Seandainya hari ini kita dapat melakukan suatu tindakan yang mendekati matlamat, tentu esok hari atau lusa kita dapat mencapai kejayaan.

Apabila seseorang menginginkan supaya umurnya diberkati oleh Allah SWT maka ia pasti memanfaatkan waktu-waktu yang dimiliki dengan sebaiknya, yakni dengan cara beribadah dan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa ada sedikitpun waktu yang terbuang dengan sia-sia.

Firman Allah SWT:Maksudnya: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al-’Asr: 1 - 3).

Daripada Ibn ‘Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: "Rebutlah lima peluang sebelum datangnya lima: Hidupmu sebelum mati, sihatmu sebelum sakit, waktu lapangmu sebelum sempit, mudamu sebelum tua, dan kayamu sebelum fakir." (Hadith riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak 4/306 dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, 7/263).

Oleh itu jika kita ingin berjaya dalam segala hal baik untuk dunia mahupun akhirat, maka gunakanlah waktu dengan sebaiknya. Dalam erti kata lain, perlu ada ilmu dalam pengurusan masa serta serius dalam mendekati matlamat yang kita inginkan.

Wallahu 'alam.

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 12: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Penulis bersama Pengarah ILIM, Fasilitator dan peserta kursus di ILIM, Kundasang

TAAT IBU TIRI: SYURGA IBU BERPINDAH?Oleh:

Anna Amelia binti Daen Mokhtar

Dalam satu hadis:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "saya ingin berjihad(berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "apakah ibumu masih hidup?" Orang itumenjawab, "ya". Rasulullah SAW bersabda, "tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani).

Merujuk kepada hadis di atas, Rasulullah SAW menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu itu lebih baik daripada keluar berjihad. Dalam riwayat lain juga ada menyatakan yang kita sebagai anak wajiblah mentaatikedua ibu bapa, namun begitu ibu lah yang lebih diutamakan tiga kali ganda daripada bapa. Demikiandapat kita simpulkan betapa besar pengorbanan seorang ibu dan besarnya tuntutan memuliakannya dan haram berlaku derhaka kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Dalam permasalahan lain ada diutarakan tentang status 'ibu tiri'. Adakah Ibu tiri wajib kita taati? Adakah syurganya juga berpindah tempat saat ibu kandung tidak menjaga kita sedari kecil? Adakah statusnyasama seperti ibu kandung yang wajib kita berbuat bakti? Jawapannya, syurga seorang anak tetap padaibu kandungnya. Hal ini ada disebutkan di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan syurgaseseorang itu terletak pada insan yang melahirkannya. Bagaimana pula keadaan di mana ibu tiri yangmenjaga dari kecil? Manakah yang lebih utama sekiranya ibu kandung datang menuntut? Dalam keadaan seperti ini, menurut ulama, ibu tiri itu adalah insan yang menjaga kita dari kecil, maka tugas sebagaiseorang ibu juga telah dia ambil, justeru itu wajib juga kita taati dia walaupun bukan ibu kandung. Kerana dalam konteks ini, ibu tiri sebagai wali yang menjaga kita. Berbakti kepada ibu tiri bermakna kita berbakti kepada ayah. Meninggikan suara kepada ibu tiri bermakna kita tinggikan suara pada ayah juga. Ini kerana ibu tiri ialah insan yang dikahwini oleh ayah kita. Ibu kandungnya pula? Masih wajib kita menghormati dan memuliakannya kerana dia adalah insan yang melahirkan kita.

Tuntasnya, kita lihatlah syariat cantik dan adil yang Islam bawakan. Walaupun insan bergelar ibu tiri itutidak melahirkan, malah wajib juga ditaati atas pengorbanan membesarkan. Tapi tidaklah Islam melucutkan tuntutan wajib menghormati ibu kandung. Wajib hormat ibu kandung yang melahirkan dan wajib mentaatiibu tiri, insan yang menjaganya.

Wallahu 'alam.

RUNDINGCARA DI ILIM, KUNDASANGOleh:

Adi Pitang

Jam menunjukan pukul 7.36 malam ketika kamisampai di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),Jabatan Kemajuan Islam Sabah (JAKIM), Mesilau,Kundasang, Ranau, yang dulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Islam (PLI) Kundasang. Cuaca berkabus sepanjang perjalanan dari Tamparuli menunju ke Pekan Kundasang suatu fenomena biasa yang akan ditempuhi oleh penguna jalanraya di kawasan ini

Justeru cuacanya yang agak dingin dan segar, menjadikan Kundasang sebagai tempat yang palingpopular untuk dikunjungi. Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini, manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan keduaterpenting.

Ketibaan kami, aku, Yullyana, Hadi dan Fadli disambut oleh Hafi z pegawaiku yang tiba lebih awal bersama rakan-rakan fasilitator yang lain. Malam itu, kami sempat berbincang persiapan akhir Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syarie dan Rundingcara Keluarga Islam anjuran bersama ILIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Kursus yang mendapat sokongan kuat dari Ustaz Syamsuri bin Ghazali, Pengarah baru ILIM itu diadakan sebanyak 3 siri. Kursus ini di antara lain bertujuan mendalami bidang kaunseling keluarga dan memahami hak-hak dan undang-undang yang boleh dikaitkan dengan isu-isu perkahwinan, perceraian dan kekeluargaan. Kursus ini dihadkan kepada 30 orang peserta sahajadi kalangan pegawai dan kakitangan JHEAINS di seluruh daerah di Sabah, 2 orang dari pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang peserta dari JAKIM Sabah.

ILIM yang ditubuhkan pada 1997 di Bangi, Selangor bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia dan kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat. ILIM mempunyai 7 pusat cawangan utama iaitu ILIM Kampus Besut, ILIM Kampus Jelebu, ILIM Kampus Kundasang, ILIM Kampus Lawas dan ILIM Kampus Lahad Datu.

Apa yang menarik dalam kursus siri pertama ini ialah percambahan fi kiran, ilmu dan pengalaman pesertatelah menghasillkan satu manual yang dinamakan Manual Rundingcara Keluarga Islam Sabah, yangbertujuan untuk memberi pengetahuan tatacara pengurusan rundingcara Islam yang kepada pegawai dan kakitangan JHEAINS yang terlibat dalam pengurusan rundingcara. Melalui manual ini pelaksanaan rundingcara akan dapat dilaksanakan lebih berkesan dan berwibawa. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam kursus ini.

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M12

Page 13: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

MUHASABAH DARI MUSIBAHOleh:

Anakmalayindo

Musibah pandemik yang kini melanda manusia beberapa bulan lamanya benar-benar mengingatkan kita tentang kecil dan lemahnya kekuatan manusia di hadapan kebesaran dan kekuasaan Allah Rabb penguasa alam semesta. Meskipun demikian, bagi seorang mukmin musibah itu adalah ladang pahala. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

"Apabila menimpa padanya kesulitan maka dia pun bersabar, maka hal itu baik baginya." (HR. Muslim).

Musibah bukan saja menjadi ladang pahala bagi mereka yang bersabar menghadapinya. Akan tetapi,musibah juga mengingatkan manusia akan dosa-dosa yang telah dilakukan. Kerana tidaklah turun bala dan malapetaka kecuali disebabkan dosa-dosa umat manusia. Sebagaimana hal itu pernah dinasihatkan olehAli bin Abi Thalib radhiyallahu’anhu. Ini menuntut kita sebagai hamba untuk selalu menyedari dosa dan kekurangan kita dalam menghamba kepada Allah SWT.

Inilah yang disebut oleh para ulama dengan istilah muthola’atu ‘aibin nafsi wal ‘amal; menelaah aib padadiri dan amal perbuatan. Seperti terukir dalam untaian doa sayyidul istighfar yang diajarkan kepada kita. Penggalan doa itu berbunyi ‘wa abuu’u bi dzanbii, faghfi rlii’ ertinya, "Dan aku pun mengakui atas dosa-dosaku. Maka ampunilah diriku.."

Seorang hamba betapa pun tinggi kedudukan dan prestasi yang dapat dia gapai, sesungguhnya iaadalah lemah dan fakir sentiasa memerlukan bantuan dan bimbingan Allah SWT; Dzat yang menciptakan dirinya dan segenap alam ini. Lihatlah keadaan manusia yang telah menggantungkan hatinya kepadaselain Allah SWT. Mereka malah terjebak dalam kebingungan dan kesengsaraan. Kerana selain Allah SWTtidak menguasai manfaat maupun mudarat. Padahal, bagi kaum beriman tiada tempat bergantung bagimereka kecuali kepada Rabbnya. Sebagaimana karakter orang-orang yang masuk syurga tanpa hisabadalah,

"Mereka bertawakal hanya kepada Rabbnya." (HR. Bukhari).

Dalam kondisi musibah dan kesulitan semacam ini, seorang muslim ditempa kesabaran dan tawakalnyakepada Allah SWT. Dengan kesabaran dia akan mendapatkan pertolongan. Dengan tawakal kepada AllahSWT maka dia akan mendapatkan kecukupan. Tawakal mengandung sikap berserah diri kepada AllahSWT dan tidak bergantung hati kepada sebab yang ditempuh.

Inilah kiranya yang perlu untuk kita asah dan kita murnikan kembali. Sejauh mana hati kita bergantungkepada Allah SWT dan tidak bersandar kepada selain-Nya. Di sinilah keimanan kita diuji. Di sinilahpenghambaan seorang dinilai dan diukur. Mungkin saja selama ini kita telah mengangkat makhluk yang lemah sebagai tempat bergantungnya hati dan sesembahan tandingan tanpa kita sedari. Semoga AllahSWT mengampuni dosa dan kesalahan kita selama ini.

KEBAIKAN VS DOSAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADIS:Daripada Nawwas bin Sam’an RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Kebaikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah apa yang menggetarkan jiwamu dan engkautidak suka jika orang lain mengetahuinya." (Riwayat Imam Muslim)

Dan daripada Wabishah bin Ma’bad RA beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: "Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan? Saya menjawab: Ya. Baginda SAWbersabda: "Mintalah fatwa daripada hatimu. Kebaikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang mengganggu jiwa danmenimbulkan keraguan dalam hati, meskipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka telah berfatwa (dan menyalahinya)."(Riwayat lmam Ahmad dan Imam al-Darimi). HURAIAN HADIS:Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa kebaikan merangkumi semua perbuatan yang baik, sifatyang makruf dan akhlak yang mulia. Manakala dosa ialah merangkumi semua perbuatan yang burukserta dosa kecil dan besar. Secara fi trahnya, sesuatu kebaikan yang dilakukan boleh menyebabkan hati merasa tenang. Manakala apabila melakukan dosa, hati akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, resah gelisah dan bimbang apabila diketahui oleh orang lain. Kebaikan yang dibenarkan untuk kita meminta fatwa hati ialah kebaikan yang masih kesamaran dan fatwa hati tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak.

PENGAJARAN HADIS:1. Kebaikan itu adalah dengan mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala

larangan-Nya.

2. Hati seorang merasa tenang dan tenteram dengan perbuatan yang halal dan merasa gelisah dancemas dengan perbuatan dosa.

RUJUKAN:● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 13

Remaja

Page 14: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Sambutan tahun baharu hijrah perlu mencapai matlamat sebenar, tepat dan selari dengan kehendak Islam, apatah lagi dalam konteks hari ini, masih ramai yang tidak menyedari falsafah di sebalik peristiwa agung itu.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabat dari Makkah ke Madinah, sebaliknya membuahkan hikmah-hikmah yang cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, manakala Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia. Allah SWT memuji mereka di dalam al-Quran:

"Dan orang (Ansar) yang menetap di kota Madinah dan (beriman) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan." (Surah al-Hasyr, ayat 9).

● MenamatkanPermusuhanTradisiGolonganAnsarKonflik di antara puak Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesamamereka.

Peperanganyangterakhir ialahPerangBuathpada618MdiantarapuakAusdanKhazrajyangmengorbankanbanyak nyawa dan harta benda.

● PenubuhanNegaraIslamKotaMadinahmenjadinegaraIslamygpertamadiduniaapabilaNabiberjayamembentukPiagamMadinah.Lalumenukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam.

Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana, ia mencatatkan negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

● PerubahanKehidupanMasyarakatMadinahSebelum Nabi berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak hanya pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi SAW, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan.

Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, politik, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.

Begitulahdiantarahikmah-hikmahdisebalikperistiwahijrahBagindaSAWdanparasahabatkekotaMadinah.Semoga kita semua dapat menghayati makna di sebalik peristiwa agung ini dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian.

Abu Qirsafah RA pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan." (HR Tabrani).

FALSAFAH HIJRAH AL-KUBRAOleh:

Mohammad Fikri bin Putung

Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS danUstaz Mohammad Sidik Haji Ag. Adi, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam bersama di Majlis

Meraikan Jasamu Dikenang sempena Persaraan Puan Zuriah Zulkifli, Timbalan PengarahPentadbiran JHEAINS pada 4 September 2020 di Kota Kinabalu.

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 15: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September

Kebimbangan dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sabah sejak seminggu lalu makin menghantui masyarakat kini. Sabah kini sudah mempunyai enam kluster COVID-19 yang aktif apabila satu lagi kluster dikesan di daerah Tongod. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata kluster itu dikenalpasti hasil saringan yang dijalankan di sekitar daerah Tongod, susulan saringan COVID-19 terhadap seorang petugas kesihatan yang didapati positif ujian saringan RTK Antigen pada 4 September lalu. Saringan di sekitar daerah Tongod yang bermula pada 6 September lalu membabitkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan Kl inik Kesihatan berkenaan. Lima kes positif COVID-19 dikenal pasti setakat ini.

Kementerian Kesihatan merekodkan 14 kes baharu dalam Kluster Pulau, menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 29 kes. Dr. Noor Hisham berkata, daripada jumlah 29 kes positif COVID-19, 26 adalah kalangan warga Malaysia manakala tiga adalah warga Filipina. Beliau berkata, sebanyak 12 kes baharu dikesan dalam Kluster Selamat, menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 19 kes. Katanya, semua 19 kes positif COVID-19 dalam kluster ini membabitkan seramai 18 warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. Terdapat lima kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD, menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 583 kes. Daripada jumlah 583 kes positif COVID-19, 290 adalah dalam kalangan warganegara Malaysia manakala 293 adalah warga asing membabitkan Filipina (192 kes) dan Indonesia (101 kes). Satu kes baharu bagi Kluster Sungai juga direkodkan menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 74 kes. Semua 74 kes positif dalam kluster ini adalah warga tempatan.

Apa yang menjadi kerisauan ialah pertambahan pesakit yang disahkan positif Covid-19. Pencegahan yang boleh dibuat ialah menjauhi tempat-tempat sesak, tidak mengunjungi daerah-daerah yang berisiko, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri. Sama-samalah kita berkerjasama dalam mencegah penularan wabak ini. Kita Jaga Kita.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohd Fauzee bin HarithEncik Mohamad Fikri bin Putung

Cik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Lawatan Kerja Program Penilai Keindahan (Taman Perkuburan) Ar Raudhah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1442H/2020M, di enam Bahagian iaitu Pantai Barat Selatan,

Pantai Barat Utara, Pedalaman Bawah, Pedalaman Atas, Sandakan dan Tawau di ketuai oleh Ustaz Haji Baharudin Haji Alwi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Sebaran

Am JHEAINS bermula 24 Ogos hingga 22 September 2020

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 23 - 7 Safar 1442H/25 September 2020M 15

Peristiwa

Page 16: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tiada ... 7 Safar 1442H/25 September