file · web viewcontoh pengajaran bahasa melayu menggunakan ... tahun: hari: pendekatan:...

Download file · Web viewContoh pengajaran Bahasa Melayu menggunakan ... Tahun: Hari: Pendekatan: Koperatif. ... Guru memperdengarkan rakaman suara cerpen kepada pelajar sebanyak 2

If you can't read please download the document

Upload: vankhue

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Contoh pengajaran Bahasa Melayu menggunakan alat CoRT:

Nama guru:

Tahun:

Hari:

Pendekatan: Koperatif

Kaedah: Perbincangan

Teknik: Permainan Bahasa

Bahan: Bahan Sastera (cerpen) dan Multimedia

Alat CoRT1 : CAF dan C & S

Prosedur Pengajaran

Langkah

Cara penyampaian

ABM

Set induksi

(5 minit)

Guru mengarahkan pelajar untuk membentuk kumpulan.

Guru memaparkan sebuah video mengenai akibat merokok.

Guru bersoal jawab mengenai video tersebut dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

Video Akibat Merokok

Langkah 1

(15 minit)

Guru memperdengarkan rakaman suara cerpen kepada pelajar sebanyak 2 kali.

Guru mengarahkan pelajar untuk menganalisis cerpen yang didengar menggunakan alat CoRT CAF bagi meninjau semua aspek yang terdapat dalam cerpen.

Rakaman suara

Kertas warna

Langkah 2

(15 minit)

Guru mengarahkan pelajar untuk menyenaraikan kesan dan akibat merokok dengan menngunakan alat CoRT C & S.

Wakil daripada setiap kumpulan diarahkan untuk menyebutkan kesan dan akibat merokok hasil penggunaan C&S.

Guru juga menyemak jawapan yang dihasilkan oleh setiap kumpulan.

Kertas warna

Langkah 3

(10 minit)

Permainan Bahasa

Guru mengadakan aktiviti kuiz berkaitan dengan cerpen (watak, latar tempat, pengajaran, peristiwa penting yang terdapat dalam cerpen).

Powerpoint -Kuiz

Penutup

(15 minit)

Guru akan merumuskan pelajaran pada hari ini dan bertanya beberapa soalan.

Guru memberi teks cerpen dan latihan fahaman kerja kelas.