file · web viewcerpen: kasih semanis jala mas (natasya puteri) ... tok mek dan tok wan...

3
Cerpen: Kasih Semanis Jala Mas (Natasya Puteri) Sinopsis Mariani baru berpindah dari Kelantan ke Kuala Lumpur bersama ibu bapanya. Walaupun sudah lapan bulan tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Lumpur Mariani masih berasa bosan dengan kehidupannya. Setiap hari Mariani merindui suasana tinggal bersama Tok Mek dan Tok Wannya di Kota Baharu, Kelantan. Suatu hari Mariani menyuarakan keinginannya untuk makan kuih kesukaannya iaitu kuih jala mas. Namun Bibi Tugini iaitu orang gaji di rumah Mariani memberitahu bahawa dia tidak tahu membuat kuih tersebut. Bibi Tugini membawa Mariani pergi ke pasar malam kerana di sana terdapat pelbagai jenis kuih tradisional Kelantan. Mariani berasa gembira namun kuih jala mas yang dibelinya tidak sesedap kuih yang dibuat oleh Tok Meknya di Kelantan. Papa Mariani mencadangkan mereka sekeluarga pulang ke kampung pada cuti sekolah nanti. Namun setelah dua kali cuti sekolah berlalu papa Mariani masih tidak menunaikan janjinya untuk membawa mereka sekeluarga pulang ke kampung. Kesibukan papa bekerja menjadi alasan mereka tidak dapat pulang ke kampong. Mariani terus dibelit perasaan rindu yang teramat sangat terhadap Tok Mek,Tok Wan, Mak Ngah, Pak Su dan Normi. Papa memohon maaf kepada Mariani kerana mungkir janji. Papa mencadangkan Mariani memujuk Tok Mek dan Tok Wan untuk datang ke Kuala Lumpur. Mariani juga memohon untuk pulang sendiri ke kampung tetapi tidak dibenarkan mama dan papanya. Mariani teringat sewaktu ibu bapanya ingin membawa Mariani pulang ke Kuala Lumpur, Tok Mek dan Tok Wan sangat sedih. Papa Mariani tidak mahu Mariani mengikut jejak langkah Tok Mek, Tok Wan, Mak Ngah, Pak Su dan Normi yang menjadi pemain makyung dan bermain wayang kulit. Papa Mariani tidak mahu anaknya mengabaikan pelajaran. Cuti sekolah berikutnya Papa Mariani mengajaknya untuk bertemu dengan Tok Mek dan Tok Wan. Mariani berasa gembira sangat

Upload: vuongtu

Post on 06-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web viewCerpen: Kasih Semanis Jala Mas (Natasya Puteri) ... Tok Mek dan Tok Wan sangat sedih. Papa Mariani tidak mahu Mariani mengikut jejak langkah Tok Mek,

Cerpen: Kasih Semanis Jala Mas

(Natasya Puteri)

Sinopsis

Mariani baru berpindah dari Kelantan ke Kuala Lumpur bersama ibu bapanya. Walaupun sudah lapan bulan tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Lumpur Mariani masih berasa bosan dengan kehidupannya. Setiap hari Mariani merindui suasana tinggal bersama Tok Mek dan Tok Wannya di Kota Baharu, Kelantan.

Suatu hari Mariani menyuarakan keinginannya untuk makan kuih kesukaannya iaitu kuih jala mas. Namun Bibi Tugini iaitu orang gaji di rumah Mariani memberitahu bahawa dia tidak tahu membuat kuih tersebut. Bibi Tugini membawa Mariani pergi ke pasar malam kerana di sana terdapat pelbagai jenis kuih tradisional Kelantan. Mariani berasa gembira namun kuih jala mas yang dibelinya tidak sesedap kuih yang dibuat oleh Tok Meknya di Kelantan. Papa Mariani mencadangkan mereka sekeluarga pulang ke kampung pada cuti sekolah nanti. Namun setelah dua kali cuti sekolah berlalu papa Mariani masih tidak menunaikan janjinya untuk membawa mereka sekeluarga pulang ke kampung. Kesibukan papa bekerja menjadi alasan mereka tidak dapat pulang ke kampong. Mariani terus dibelit perasaan rindu yang teramat sangat terhadap Tok Mek,Tok Wan, Mak Ngah, Pak Su dan Normi. Papa memohon maaf kepada Mariani kerana mungkir janji. Papa mencadangkan Mariani memujuk Tok Mek dan Tok Wan untuk datang ke Kuala Lumpur. Mariani juga memohon untuk pulang sendiri ke kampung tetapi tidak dibenarkan mama dan papanya.

Mariani teringat sewaktu ibu bapanya ingin membawa Mariani pulang ke Kuala Lumpur, Tok Mek dan Tok Wan sangat sedih. Papa Mariani tidak mahu Mariani mengikut jejak langkah Tok Mek, Tok Wan, Mak Ngah, Pak Su dan Normi yang menjadi pemain makyung dan bermain wayang kulit. Papa Mariani tidak mahu anaknya mengabaikan pelajaran. Cuti sekolah berikutnya Papa Mariani mengajaknya untuk bertemu dengan Tok Mek dan Tok Wan. Mariani berasa gembira sangat kerana impiannya untuk bertemu dengan Tok Mek dan Tok Wan tercapai. Sewaktu pulang dari sekolah Mariani terkejut kerana orang yang dirinduinya selama ini sudah menunggunya di ruang tamu. Ibu Mariani memaklumkan bahawa kumpulan wayang kulit Tok Wan dan kumpulan makyung Mak Ngah dijemput untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya sepanjang cuti persekolahan nanti. Papa Mariani yang mengaturkan persembahan itu agar Mariani dapat melepaskan rindunya terhadap Tok Mek dan Tok Wannnya.

Page 2: file · Web viewCerpen: Kasih Semanis Jala Mas (Natasya Puteri) ... Tok Mek dan Tok Wan sangat sedih. Papa Mariani tidak mahu Mariani mengikut jejak langkah Tok Mek,

Tema:

Kerinduan seorang gadis kepada ahli keluarga serta warisan bangsanya.

Contoh: Mariani yang berpindah ke Kuala Lumur dari Kota Bharu amat merindui Tok Mek dan Tok Wannya kerana mereka amat rapat. Selain itu Mariani juga terkenang masakan Tok Mek dan sering rindu melihat Tok Wan bermain wayang kulit. Mariani juga rindu mendengar suara Mak Ngah mengalunkan irama makyung.

Persoalan:

1. Kesibukan ibu bapa atau masyarakat kota sehingga mengabaikan tanggungjawab.Contoh : Papa Mariani telah berkali-kali mungkiri janji untuk membawa Mariani pulang ke kampung pada cuti sekolah untuk bertemu Tok Mek dan Tok Wan kerana kesibukan kerja.

2. Seni budaya warisan tradisional nenek moyang yang semakin dipinggirkan.Contoh: Papa Mariani tidak mahu Mariani mengikut jejak langkah Tok Wan sebagai tukang wayang dan Tok Mek sebagai penari Makyung. Papa Mariani mahu anaknya menceburi bidang lain yang lebih menjamin masa depan.

3. Perbezaan cara hidup anak-anak kota dan bandar.Contoh: Mariani tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup di kota yang sibuk dan aktiviti sosial pada hujung minggu. Mariani lebih suka membantu dan menghabiskan masa bersama-sama Tok Mek dan Tok Wan dalam aktiviti seni budaya.

4. Tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak.Contoh: Papa Mariani mahukan Mariani berjaya dalam kehidupan dan pelajarannya sehingga mendapat ijazah.