ifolio.ukm.my · web viewsyukur alhamdulillah ke hadrat illahi kerana dengan izinnya, kajian dan...

44
KERTAS PROJEK KUMPULAN 7 KURSUS ZZZT1062 SET 27 SESI 2013/2014, PUSAT PENGAJIAN UMUM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. PENYELIA : PROF MADYA DR. LATIFAH BT AMIN TAJUK : PROGRAM ANJAKAN PARADIGMA MATEMATIK AHLI KUMPULAN : 1. RASHDAM AMIRUL ASHRAF BIN ROSLAN (A146040) 2. RAZIK RIDZUAN BIN MOHD TAJUDDIN (A145999) 3. NUR FARAHANA BINTI SAMSUDIN (A145984) 4. AKID ATHIRAH BINTI KAMARZUMAN (A145992) 5. NUR AQILAH BINTI AHMAD FUAD (145985) 6. ERIEN BINTI LAHATA (A145986) 7. SITI NAZIRAH BINTI MAZLAN (A146970) 8. NUR SHAFEERA BINTI KAMARUZZAMAN (A146963) 9. NURHAZYYAH BINTI ZAHRI (A146008) 10. NURUL AIMI RAIHANA BINTI MUDZAKIR (A146013) PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

KERTAS PROJEK

KUMPULAN 7

KURSUS ZZZT1062 SET 27 SESI 2013/2014,

PUSAT PENGAJIAN UMUM,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

PENYELIA : PROF MADYA DR. LATIFAH BT AMIN

TAJUK :

PROGRAM ANJAKAN PARADIGMA MATEMATIK

AHLI KUMPULAN :

1. RASHDAM AMIRUL ASHRAF BIN ROSLAN (A146040)

2. RAZIK RIDZUAN BIN MOHD TAJUDDIN (A145999)

3. NUR FARAHANA BINTI SAMSUDIN (A145984)

4. AKID ATHIRAH BINTI KAMARZUMAN (A145992)

5. NUR AQILAH BINTI AHMAD FUAD (145985)

6. ERIEN BINTI LAHATA (A145986)

7. SITI NAZIRAH BINTI MAZLAN (A146970)

8. NUR SHAFEERA BINTI KAMARUZZAMAN (A146963)

9. NURHAZYYAH BINTI ZAHRI (A146008)

10. NURUL AIMI RAIHANA BINTI MUDZAKIR (A146013)

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini

berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada penyelia kursus ZZZT1062

set 27 bagi sesi 2013/2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Prof. Madya Dr.

Latifah binti Amin di atas segala keprihatinan dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan

sepanjang kami menjalankan kajian ini. Sepanjang 14 minggu ini, beliau telah banyak

membantu kami dalam penyediaan proposal, progress dan laporan akhir projek. Jutaan terima

kasih kami ucapkan.

Selain itu, terima kasih buat pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4 serta guru-guru

yang bertugas terutamanya guru kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Puan

Zanariah binti Kadir kerana memberi peluang kepada kami untuk menjalankan kajian ini di

sekolah tersebut. Terima kasih kepada pelajar - pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan

4 yang telah menjadi peserta bagi program yang kami kendali ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah di Pusat Pengajian Sains Matematik,

Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Eddie Shahril Ismail

kerana sudi berkongsi modul KRIPTO yang direka oleh beliau. Modul tersebut telah dapat

kami tunjukkan kepada pelajar - pelajar yang telah menjadi peserta program.

Kemudian, kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya pihak Jabatan

Perwakilan Pelajar (JPPEL). Jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas pertimbangan,

kelulusan program, keprihatinan, sokongan moral serta bantuan kewangan diberikan bagi

menyudahkan kajian ini.

Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan projek bagi Program Anjakan Paradigma

Matematik iaitu ahli-ahli Kumpulan 7, rakan-rakan kursus ZZZT1062 set 27 bagi sesi

2013/2014 dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan

sumbangan, pandangan dan sudi berkongsi pengetahuan di sepanjang kajian kami. Jutaan

terima kasih sekali lagi buat anda semua.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

2 KAEDAH KAJIAN

3 HASIL KAJIAN

4 PERBINCANGAN

5 KESIMPULAN

6 CADANGAN

7 SENARAI RUJUKAN DAN LAMPIRAN

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kursus ZZZT1062 melatih pelajar mengaplikasikan empat kemahiran insaniah yang telah

dipelajari semasa semester 1 yang lepas iaitu (1) komunikasi yang berkesan dalam

pelbagai situasi, (2) kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan

saintifik, (3) kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan (4) kemahiran pengurusan

maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Pengaplikasian empat kemahiran ini akan

dilaksanakan mengggunakan mod kontrak pembelajaran berasaskan projek, aktiviti dan

khidmat yang dilakukan secara berkumpulan. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan ke

empat-empat kemahiran insaniah tersebut secara praktikal bagi mengukuhkan dan

memantapkan elemen-elemen kemahiran insaniah tersebut dalam diri mereka.

Kami bersepakat mengambil keputusan untuk mengadakan Program Anjakan Paradigma

Matematik dengan tema “Matematik Pencetus Keunggulan Minda” di Sekolah Menengah

Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 29 April 2014. Kami telah

mengambil seramai 31 orang pelajar yang merupakan pelajar Tingkatan 3 di sekolah itu.

Program Anjakan Paradigma Matematik ini telah dilaksanakan oleh Kumpulan 7, Pelajar

Kursus ZZZT1062 Set 27 Sesi 2013/2014 yang rata - ratanya terdiri daripada pelajar

program Matematik, Statistik dan Sains Aktuari, Pusat Pengajian Sains Matematik,

Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia bertujuan untuk memupuk minat pelajar-pelajar

sekolah menengah untuk mendalami ilmu matematik. Pelbagai aktiviti bersifat akademik

yang menghubungkan matematik dan kehidupan akan disediakan. Ini bagi memastikan

peserta program mendapat pelbagai manfaat di samping membina budaya cintakan ilmu.

Kami yakin program seumpama ini dapat memberikan pengajaran dan pengalaman yang

berguna buat kami selaku pelajar yang merangka kerja dan modul aktiviti bagi program

ini dan juga pelajar yang menyertai program ini. Adalah menjadi harapan agar program ini

dapat dijadikan platform untuk membangunkan modal insan yang mempunyai kriterium-

kriterium pemimpin berkualiti yang dapat membimbing mahasiswa universiti dan pada

masa yang sama membantu pihak pentadbiran pusat pengajian dan universiti untuk

menyampaikan hasrat dan citranya kepada mahasiswa dalam bersama-sama mendukung

aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1.2.1 Aktiviti ini bertujuan menjadi pelengkap kepada kurikulum akademik untuk

membentuk dan melahirkan graduan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi,

dan intelek melalui pengalaman serta memberikan pengisian yang berguna kepada

pelajar yang menyertai program ini.

1.2.2 Mengaplikasikan empat kemahiran insaniah yang telah dipelajari semasa semester 1

yang lepas iaitu komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, kemahiran

pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik, kemahiran

kepimpinan dan kerja berpasukan, dan kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat.

1.2.3 Mendedahkan pelajar sekolah terhadap subjek Matematik dan aplikasinya dalam

kehidupan sejajar dengan pembelajaran sepanjang hayat.

1.2.4 Mengasah dan memberikan pengalaman kepada ahli jawatankuasa pelaksana tentang

pengurusan sebuah organisasi.

1.2.5 Menarik minat para pelajar sekolah menengah terhadap program yang menekankan

subjek matematik serta menimbulkan sifat cinta akan matematik dalam diri masing-

masing seiring dengan tema program ‘Matematik Pencetus Keunggulan Minda’.

1.2.6 Memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk mengaplikasi kemahiran berfikiran

secara kritis melalui pendekatan saintifik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

1.2.7 Memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai ilmu kepimpinan dan cara

berkomunikasi dengan baik.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam projek Program

Anjakan Paradigma Matematik pada kali ini. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan

maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah soal selidik dan

menggunakan perisian “SPSS”.

Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat,

lengkap dan betul. Soal selidik adalah sesuatu yang seragam dan semua responden

yang menjawab soalan akan menjawab soalan-soalan yang sama. Kami telah mereka

bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan program yang kami kendali. Borang itu

akan kami edarkan kepada peserta program sebelum menjalankan aktiviti dan selepas

menjalankan aktiviti. Maklumat yang kami inginkan datang daripada borang soal

selidik ini. Kami meminta peserta untuk menilai fasilitator berdasarkan empat

kemahiran insaniah yang telah dipelajari semasa semester 1 yang lepas iaitu

komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, kemahiran pemikiran kritikal,

penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik, kemahiran kepimpinan dan kerja

berpasukan, dan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Menggunakan Perisian “SPSS”

Kaedah menggunakan perisian “SPSS” ini dijalankan selepas kami mendapatkan

maklumat daripada borang soal selidik. Kaedah ini digunakan untuk menganalisis dan

mengurus data-data yang telah kami kumpul daripada kaedah soal selidik. Dengan

menggunakan perisian “SPSS” ini, kami lebih mudah untuk menganalisis data dan

perisian ini juga menjimatkan masa dan tenaga kami. Perisian “SPSS” ini juga

dipercayai oleh peneliti statistik lain kerana ketepatannya dalam menganalisis data

yang bagus.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

Kawasan Kajian

Kawasan yang dikaji adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru

Bangi, Selangor. Kami memilih sekolah tersebut kerana ia berdekatan dengan UKM

dan hanya mengambil masa selama 15 minit untuk tiba di sana. Hal ini dapat

menjimatkan masa dan perbelanjaan untuk sewa kenderaan ke sana.

Kaedah Pemilihan Responden

Kajian ini telah dilakukan terhadap kumpulan pelajar di Sekolah Menengah

Kebangsaan Jalan 4. Pelajar - pelajar ini merupakan pelajar Tingkatan 3 Ibnu Sina.

Kami memilih pelajar Tingkatan 3 kerana bersesuaian dengan modul yang telah kami

bawa untuk ditunjukkan kepada pelajar - pelajar sekolah menengah.

Bilangan Responden

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar - pelajar tingkatan 3 Ibnu Sina di Sekolah

Menengah Kebangsaan Jalan 4 yang seramai 31 orang iaitu 12 orang lelaki dan 19

orang perempuan. Kami menggunakan keseluruhan populasi sebagai responden untuk

kajian kami ini.

Latar Belakang Responden

Semua responden yang kami pilih adalah rata - ratanya berbangsa Melayu, beragama

Islam dan berumur 15 tahun.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

HASIL KAJIAN

Hasil kajian kami ini terbahagi kepada dua iaitu hasil kajian berkaitan program dan hasil

kajian berkaitan fasilitator berdasarkan empat kemahiran insaniah yang dipelajari. Maklumat

yang diperoleh daripada kedua - dua hasil kajian tersebut adalah didapati daripada borang soal

selidik yang telah kami berikan kepada responden - responden.

HASIL KAJIAN (PROGRAM)

JADUAL 1 dan CARTA PAI 1 di bawah menunjukkan hasil analisis yang telah

dijalankan ke atas jumlah responden berdasarkan jantina.

Hasil ini telah menunjukkan bilangan pelajar perempuan pada masa itu yang lebih

ramai iaitu 19 orang berbanding pelajar lelaki iaitu 12 orang.

Hal ini seterusnya membawa kepada peratusan pelajar perempuan Tingkatan 3 Ibnu

Sina yang tinggi iaitu 61.3% berbanding peratusan pelajar lelaki Tingkatan 3 Ibnu

Sina pula yang rendah iaitu 38.7%.

Frequency Percent (%) Valid Percent

(%)

Cumulative

Percent (%)

Valid Lelaki

Perempuan

Total

12

19

31

38.7

61.3

100.0

38.7

61.3

100.0

38.7

100.0

JADUAL 1 ( JANTINA )

JANTINA

LELAKIPEREMPUAN

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

CARTA PAI 1 ( JANTINA )

JADUAL 2 dan CARTA PAI 2 di bawah ini pula menunjukkan hasil analisis yang

telah dijalankan ke atas jumlah responden berdasarkan minat terhadap subjek

Matematik sebelum mengikuti program. Ia bertujuan untuk mengetahui peratusan

pelajar yang minat terhadap subjek Matematik sebelum aktiviti program dijalankan.

Hasil ini telah menunjukkan bilangan pelajar yang minat terhadap subjek Matematik

sebelum mengikuti program yang lebih ramai iaitu 23 orang berbanding pelajar yang

tidak minat iaitu 8 orang.

Hal ini seterusnya membawa kepada peratusan pelajar yang minat terhadap subjek

Matematik sebelum mengikuti program yang tinggi iaitu 74.2% berbanding peratusan

pelajar yang tidak minat terhadap subjek Matematik sebelum mengikuti program pula

yang rendah iaitu 25.8%.

Frequency Percent (%) Valid Percent

(%)

Cumulative

Percent (%)

Valid TIDAK

YA

Total

8

23

31

25.8

74.2

100.0

25.8

74.2

100.0

25.8

100.0

JADUAL 2 ( MINAT SEBELUM PROGRAM )

MINAT SEBELUM PROGRAM

TIDAKYA

CARTA PAI 2 ( MINAT SEBELUM PROGRAM )

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

JADUAL 3 dan GRAF BAR 1 di bawah ini menunjukkan hasil analisis yang telah

dijalankan ke atas jumlah responden mengikut jantina berdasarkan minat terhadap

subjek matematik sebelum mengikuti program.

Hasil ini telah menunjukkan bilangan pelajar perempuan yang minat terhadap subjek

Matematik sebelum mengikuti program yang lebih ramai iaitu 14 orang berbanding

pelajar lelaki yang minat iaitu 9 orang.

Hal ini seterusnya membawa kepada peratusan pelajar perempuan yang minat

terhadap subjek Matematik sebelum mengikuti program yang tinggi iaitu 60.9%

berbanding peratusan pelajar lelaki yang minat terhadap subjek Matematik sebelum

mengikuti program pula yang rendah iaitu 39.1%.

Hasil ini juga telah menunjukkan bilangan pelajar perempuan yang tidak minat

terhadap subjek Matematik sebelum mengikuti program yang lebih ramai iaitu 5 orang

berbanding pelajar lelaki yang tidak minat iaitu 3 orang.

Hal ini seterusnya membawa kepada peratusan pelajar perempuan yang tidak minat

terhadap subjek Matematik sebelum mengikuti program yang tinggi iaitu 62.5%

berbanding peratusan pelajar lelaki yang tidak minat terhadap subjek Matematik

sebelum mengikuti program pula yang rendah iaitu 37.5%.

Minat Sebelum Program Total

TIDAK YA

Jantina Lelaki Count

% within jantina

% within minat sebelum program

3

25.0%

37.5%

9

75.0%

39.1%

12

100.0%

38.7%

Perempuan Count

% within jantina

% within minat sebelum program

5

26.3%

62.5%

14

73.7%

60.9%

19

100.0%

61.3%

Total Count

% within jantina

% within minat sebelum program

8

25.8%

100.0%

23

74.2%

100.0%

31

100.0%

100.0%

JADUAL 3 ( MINAT SEBELUM PROGRAM BERDASARKAN JANTINA )

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

LELAKI PEREMPUAN0

2

4

6

8

10

12

14

16

TIDAKYA

GRAF BAR 1 ( MINAT SEBELUM PROGRAM BERDASARKAN JANTINA )

Kemudian, JADUAL 4, 5 dan 6 di bawah ini menunjukkan hasil analisis yang telah

dijalankan ke atas jumlah responden berdasarkan minat terhadap subjek matematik selepas

mengikuti program. Kami menyerahkan borang soal selidik untuk hasil analisis ini setiap kali

selepas aktiviti program dijalankan iaitu aktiviti KRIPTO, MATH MAGIKA dan RUNNING

MATH.

Hasil ini telah menunjukkan peratusan pelajar yang minat terhadap subjek Matematik selepas

mengikuti ketiga – tiga aktiviti program ini meningkat dengan capaian 100%. Hal ini

seterusnya telah menunjukkan objektif kami untuk meningkatkan peratusan minat pelajar –

pelajar tersebut terhadap subjek Matematik telah berjaya.

Minat Selepas KRIPTO Total

YA

Minat TIDAK Count

Sebelum % within minat sebelum program

Program % within minat selepas KRIPTO

8

100.0%

25.8%

8

100.0%

25.8%

YA Count

% within minat sebelum program

% within minat selepas KRIPTO

23

100.0%

74.2%

23

100.0%

74.2%

Total Count 31 31

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

% within minat sebelum program

% within minat selepas KRIPTO

100.0%

100.0%

100.0%

100.0%

JADUAL 4 ( MINAT SELEPAS KRIPTO )

Minat Selepas MATH

MAGIKA

Total

YA

Minat TIDAK Count

Sebelum % within minat sebelum program

Program % within minat selepas MATH

MAGIKA

8

100.0%

25.8%

8

100.0%

25.8%

YA Count

% within minat sebelum program

% within minat selepas MATH

MAGIKA

23

100.0%

74.2%

23

100.0%

74.2%

Total Count

% within minat sebelum program

% within minat selepas MATH

MAGIKA

31

100.0%

100.0%

31

100.0%

100.0%

JADUAL 5 ( MINAT SELEPAS KRIPTO )

Minat Selepas

RUNNING MATH

Total

YA

Minat TIDAK Count

Sebelum % within minat sebelum program

Program % within minat selepas

RUNNING MATH

8

100.0%

25.8%

8

100.0%

25.8%

YA Count

% within minat sebelum program

% within minat selepas

RUNNING MATH

23

100.0%

74.2%

23

100.0%

74.2%

Total Count

% within minat sebelum program

31

100.0%

31

100.0%

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

% within minat selepas

RUNNING MATH

100.0% 100.0%

JADUAL 6 ( MINAT SELEPAS RUNNING MATH )

HASIL KAJIAN ( FASILITATOR )

Selain melakukan hasil analisis untuk mengetahui peratusan minat pelajar terhadap

subjek Matematik, kami juga melakukan hasil analisis dengan menyuruh pelajar

menilai fasilitator. Hal ini dilakukan untuk mengetahui adakah fasilitator dapat

menggunakan 4 kemahiran insaniah dengan baik dan cemerlang.

JADUAL 7 dan CARTA PAI 3 di bawah ini menunjukkan hasil analisis yang telah

dijalankan ke atas jumlah responden berdasarkan penilaian pelajar terhadap fasilitator

dalam Kemahiran Komunikasi Yang Berkesan Dalam Pelbagai Situasi. Manakala

JADUAL 8 pula menunjukkan hasil analisis yang telah dijalankan ke atas jumlah

responden yang amat sangat setuju bahawa semua fasilitator mempunyai Kemahiran

Komunikasi Yang Berkesan Dalam Pelbagai Situasi.

Hasil ini telah menunjukkan peratusan pelajar sebanyak 100% iaitu semua pelajar

amat sangat setuju bahawa semua fasilitator dapat menggunakan Kemahiran

Komunikasi Yang Berkesan Dalam Pelbagai Situasi dengan baik dan cemerlang

sewaktu program dijalankan.

Kemahiran Fasilitator 1 Total

AMAT SANGAT

SETUJU

Minat TIDAK Count

Sebelum % within minat sebelum program

Program % within kemahiran fasilitator 1

8

100.0%

25.8%

8

100.0%

25.8%

YA Count

% within minat sebelum program

% within kemahiran fasilitator 1

23

100.0%

74.2%

23

100.0%

74.2%

Total Count

% within minat sebelum program

% within kemahiran fasilitator 1

31

100.0%

100.0%

31

100.0%

100.0%

JADUAL 7 ( KEMAHIRAN FASILITATOR 1 )

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

Frequency Percent

(%)

Valid

Percent (%)

Cumulative

Percent(%)

Valid AMAT SANGAT SETUJU 31 100.0 100.0 100.0

JADUAL 8 ( AMAT SANGAT SETUJU KEMAHIRAN FASILITATOR 1 )

KEMAHIRAN FASILITATOR 1

AMAT SANGAT SETUJUSANGAT SETUJU

CARTA PAI 3 ( KEMAHIRAN FASILITATOR 1 )

JADUAL 9 dan CARTA PAI 4 di bawah ini menunjukkan hasil analisis yang telah

dijalankan ke atas jumlah responden berdasarkan penilaian pelajar terhadap fasilitator

dalam Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan

Saintifik. Manakala JADUAL 10 pula menunjukkan hasil analisis yang telah

dijalankan ke atas jumlah responden yang amat sangat setuju serta sangat setuju

bahawa semua fasilitator mempunyai Kemahiran Komunikasi Yang Berkesan Dalam

Pelbagai Situasi.

Hasil ini telah menunjukkan dengan peratusan sebanyak 83.9% hanya 26 orang pelajar

yang amat sangat setuju manakala dengan peratusan sebanyak 16.1% hanya 5 orang

pelajar sangat setuju bahawa semua fasilitator dapat menggunakan Kemahiran

Komunikasi Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan Saintifik

dengan baik dan cemerlang sewaktu program dijalankan.

Kemahiran Fasilitator 2 Total

SANGAT

SETUJU

AMAT

SANGAT

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

SETUJU

Minat TIDAK Count

Sebelum % within minat sebelum program

Program % within kemahiran fasilitator 2

0

0.0%

0.0%

8

100.0%

30.8%

8

100.0%

25.8%

YA Count

% within minat sebelum program

% within kemahiran fasilitator 2

5

21.7%

100.0%

18

78.3%

69.2%

23

100.0%

74.2%

Total Count

% within minat sebelum program

% within kemahiran fasilitator 2

5

16.1%

100.0%

26

83.9%

100.0%

31

100.0%

100.0%

JADUAL 9 ( KEMAHIRAN FASILITATOR 2 )

Frequency Percent

(%)

Valid

Percent (%)

Cumulative

Percent(%)

Valid SANGAT SETUJU

AMAT SANGAT SETUJU

Total

5

26

31

16.1

83.9

100.0

16.1

83.9

100.0

16.1

100.0

JADUAL 10 ( SANGAT SETUJU DAN AMAT SANGAT SETUJU KEMAHIRAN

FASILITATOR 2 )

KEMAHIRAN FASILITATOR 2

AMAT SANGAT SETUJUSANGAT SETUJU

CARTA PAI 4 ( KEMAHIRAN FASILITATOR 2 )

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

JADUAL 11 dan CARTA PAI 5 di bawah ini menunjukkan hasil analisis yang telah

dijalankan ke atas jumlah responden berdasarkan penilaian pelajar terhadap fasilitator

dalam Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan. Manakala JADUAL 12 pula

menunjukkan hasil analisis yang telah dijalankan ke atas jumlah responden yang amat

sangat setuju bahawa semua fasilitator mempunyai Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja

Berpasukan.

Hasil ini telah menunjukkan peratusan pelajar sebanyak 100% iaitu semua pelajar

amat sangat setuju bahawa semua fasilitator dapat menggunakan Kemahiran

Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan dengan baik dan cemerlang sewaktu program

dijalankan.

Kemahiran Fasilitator 3 Total

AMAT SANGAT

SETUJU

Minat TIDAK Count

Sebelum % within minat sebelum program

Program % within kemahiran fasilitator 3

8

100.0%

25.8%

8

100.0%

25.8%

YA Count

% within minat sebelum program

% within kemahiran fasilitator 3

23

100.0%

74.2%

23

100.0%

74.2%

Total Count

% within minat sebelum program

% within kemahiran fasilitator 3

31

100.0%

100.0%

31

100.0%

100.0%

JADUAL 11 ( KEMAHIRAN FASILITATOR 3 )

Frequency Percent

(%)

Valid

Percent (%)

Cumulative

Percent(%)

Valid AMAT SANGAT SETUJU 31 100.0 100.0 100.0

JADUAL 12 ( AMAT SANGAT SETUJU KEMAHIRAN FASILITATOR 3 )

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

KEMAHIRAN FASILITATOR 3

AMAT SANGAT SETUJUSANGAT SETUJU

CARTA PAI 5 ( KEMAHIRAN FASILITATOR 3 )

JADUAL 13 dan CARTA PAI 6 di bawah ini menunjukkan hasil analisis yang telah

dijalankan ke atas jumlah responden berdasarkan penilaian pelajar terhadap fasilitator

dalam Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Manakala JADUAL 14 pula menunjukkan hasil analisis yang telah dijalankan ke atas

jumlah responden yang amat sangat setuju bahawa semua fasilitator mempunyai

Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Hasil ini telah menunjukkan peratusan pelajar sebanyak 100% iaitu semua pelajar

amat sangat setuju bahawa semua fasilitator dapat menggunakan Kemahiran

Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan baik dan

cemerlang sewaktu program dijalankan.

Kemahiran Fasilitator 4 Total

AMAT SANGAT

SETUJU

Minat TIDAK Count

Sebelum % within minat sebelum program

Program % within kemahiran fasilitator 4

8

100.0%

25.8%

8

100.0%

25.8%

YA Count

% within minat sebelum program

% within kemahiran fasilitator 4

23

100.0%

74.2%

23

100.0%

74.2%

Total Count 31 31

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

% within minat sebelum program

% within kemahiran fasilitator 4

100.0%

100.0% 100.0%

100.0%

JADUAL 13 ( KEMAHIRAN FASILITATOR 4 )

Frequency Percent

(%)

Valid

Percent (%)

Cumulative

Percent(%)

Valid AMAT SANGAT SETUJU 31 100.0 100.0 100.0

JADUAL 14 ( AMAT SANGAT SETUJU KEMAHIRAN FASILITATOR 4 )

KEMAHIRAN FASILITATOR 4

AMAT SANGAT SETUJUSANGAT SETUJU

CARTA PAI 6 ( KEMAHIRAN FASILITATOR 4 )

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah kami peroleh, peratusan pelajar yang minat terhadap

subjek matematik sebelum mengikuti program hanya 74.2%. Namun, selepas pelajar

mengikuti program yang kami kendali, peratusan pelajar yang minat terhadap subjek

matematik meningkat daripada 74.2% kepada 100%. Ternyata modul-modul yang kami

dedahkan kepada para pelajar mampu menarik minat pelajar terhadap subjek matematik.

Kemudian, kami juga meminta pelajar menilai fasilitator berdasarkan empat kemahiran

insaniah yang telah dipelajari semasa semester 1 yang lepas iaitu komunikasi yang berkesan

dalam pelbagai situasi, kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan

saintifik, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan kemahiran pengurusan maklumat

dan pembelajaran sepanjang hayat.

Hasil kajian yang kami peroleh menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila semua

pelajar 100% amat sangat bersetuju bahawa semua fasilitator dalam program ini mempunyai

kemahiran komunikasi yang berkesan, mempunyai kemahiran kepimpinan dan kerja

berpasukan, dan juga menerapkan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran

sepanjang hayat semasa program dijalankan.

Namun pada masa yang sama, berdasarkan hasil kajian yang kami peroleh, kami mendapati

bahawa hanya 83.9% pelajar yang amat sangat bersetuju semua fasilitator memiliki ciri-ciri

pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran saintifik. Oleh itu fasilitator hendaklah

memperbaiki lagi kemahiran ini untuk digunakan pada masa akan datang.

Secara tuntasnya, objektif kami untuk menaikkan peratusan pelajar yang minat terhadap

subjek Matematik telah berjaya. Di dalam program ini, kami berusaha untuk mengaplikasikan

empat kemahiran insaniah yang telah dipelajari semasa semester 1 yang lepas iaitu

komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian

masalah dan pendekatan saintifik, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan

kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan

modul – modul yang berkaitan kemahiran – kemahiran tersebut.

Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

KESIMPULAN / CADANGAN

Dalam rangka memupuk integrasi di kalangan masyarakat intelektual yang mendokong

aspirasi falsafah universiti, paduan ilmu dan amal adalah diharapkan agar program ini dapat

memberi peluang kepada mahasiswa untuk turut melibatkan diri di dalam aktiviti ekstra

kurikulum selain menumpukan masa di dalam mengejar kecemerlangan akademik semata-

mata. Di samping itu, objektif mendedahkan pelajar sekolah terhadap subjek sains matematik

dan aplikasinya dalam kehidupan dapat dicapai dengan mendedahkan modul yang disediakan

selain daripada memupuk semangat kerjasama dan integrasi sesama peserta dan menerapkan

nilai kepimpinan yang sejati sama ada dengan cara berorganisasi mahupun sebagai peserta

serta menyemaikan dalam diri mahasiswa akan peri pentingnya mendukung aspirasi

Universiti Kebangsaan Malaysia. Fasilitator juga dapat mengaplikasikan empat kemahiran

insaniah yang dipelajari semasa semester yang lepas iaitu komunikasi yang berkesan dalam

pelbagai situasi, kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan

saintifik, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan kemahiran pengurusan maklumat

dan pembelajaran sepanjang hayat. Fasilitator akan cuba untuk memperbaiki lagi kemahiran –

kemahiran ini untuk digunakan pada masa akan datang. Sesungguhnya kejayaan program

adalah kejayaan semua pihak yang sama-sama berganding bahu untuk menjayakannya. Oleh

itu diharapkan semua pihak dapat memberi komitmen dan sumbangan yang sepenuhnya

sepanjang program ini dijalankan.

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

RUJUKAN

Pembangunan Diri, 2013, Cetakan Kedua. UKM, Bangi, Selangor: Pusat Pengajian Umum

Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM, 2010, Edisi Semak Kedua. UKM, Bangi Selangor:

Pusat Pengurusan Siswazah

http://kbatsm.my/

http://emisportal.moe.gov.my/emis/emis2/emisportal2/doc/fckeditor/File/

senarai_sekolah_jan2011/menengah/SelangorM.pdf

http://spss.en.softonic.com/

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

LAMPIRAN

REFLEKSI - PEMBANGUNAN DIRI II

NURUL AIMI RAIHANA BINTI MUDZAKIR ( A146013 )

KUMPULAN 7 SET 27 ( PROGRAM ANJAKAN PARADIGMA MATEMATIK )

1 ) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Saya mudah menerapkan kemahiran komunikasi pada awal pembahagian kumpulan kerana

sudah mengenali ahli kumpulan lain sejak semester 1. Komunikasi secara tidak lisan seperti

komunikasi atas talian sering saya gunakan terhadap ahli kumpulan lain. Kumpulan saya

menubuhkan sebuah kumpulan Facebook bagi memudahkan komunikasi di antara kami.

Namun terdapat masalah tidak dapat diselesaikan seperti membuat kesimpulan sesuatu

tugasan. Kami membuat perjumpaan di Perpustakaan Tun Seri Lanang untuk menyelesaikan

masalah tersebut. Komunikasi secara lisan juga berlangsung sewaktu program diadakan. Saya

menjadi fasilitator program dan saya mempelajari adab berkomunikasi terhadap pelajar yang

tidak dikenali. Selama 14 minggu melakukan projek ini saya mempelajari 2 jenis komunikasi

iaitu komunikasi secara lisan dan komunikasi secara tidak lisan. Saya mendapati bahawa

komunikasi secara tidak lisan tidak dapat menyelesaikan masalah secara keseluruhannya.

Saya juga mempelajari beberapa cara dan adab untuk berkomunikasi dengan responden yang

akan saya gunakan untuk projek lain pada masa akan datang.

2 ) KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan telah saya terapkan sewaktu program diadakan

di mana saya telah menjadi fasilitator program dan saya dikehendaki memegang satu

kumpulan pelajar yang terdiri daripada 4 orang pelajar iaitu Muzaffar, Amin, Qamarina dan

Fatin. Kami menamakan kumpulan kami dengan Aljabar. Sewaktu program, saya beramah

mesra dengan mereka supaya mereka tidak berasa janggal kerana tidak mengenali saya. Saya

merangsang intelektual mereka dengan menggalakkan mereka berfikir kaedah untuk

menyelesaikan masalah sewaktu aktiviti program. Pada waktu itu juga ada pelajar yang berasa

putus asa untuk menyelesaikan masalah tersebut, lalu saya lantas memberi semangat dan

motivasi kepada mereka supaya mereka berasa bersemangat semula. Saya sebagai ketua

menjadi fasilitator kumpulan Aljabar cuba membimbing mereka dengan baik. Kerja

berpasukan menjadi lebih mudah kerana mereka sering membuat perancangan dan

Page 23: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

persetujuan bersama sebelum membuat sesuatu keputusan. Hasil kerja berpasukan ini

membuatkan kumpulan Aljabar mendapat hadiah di tempat ketiga secara keseluruhan.

3 ) KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENYELESAIKAN MASALAH

Saya telah menggunakan pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah sepenuhnya bagi

menyiapkan projek ini. Saya sebagai setiausaha kumpulan hendaklah menyediakan minit

mesyuarat setiap kali perjumpaan diadakan. Saya juga hendaklah meneliti setiap

permasalahan yang berlaku untuk mengadakan projek ini. Sebagai contoh, kumpulan saya

memerlukan perbelanjaan untuk program ini dan saya mengambil inisiatif untuk meminta

sumbangan daripada Jabatan Perwakilan Pelajar (JPPEL) dan juga rakan-rakan sekuliah untuk

menambah pendapatan kumpulan saya. Selain itu, kemahiran ini juga diterapkan sewaktu

program diadakan. Setiap modul yang diberikan kepada pelajar dalam program tersebut

merangsang pemikiran kritis untuk menyelesaikannya. Saya bersedia dengan sebarang

kemungkinan dengan memahami modul-modul tersebut supaya mudah untuk menerangkan

kepada pelajar sekiranya mereka bertanya. Kemudian, sewaktu menyediakan kertas projek,

saya menyoal kepada ketua kumpulan saya tentang format kertas projek yang dikehendaki.

Saya juga dikehendaki untuk menyiapkan laporan akhir untuk diberikan kepada JPPEL.

Kesimpulannya, saya dapat mempelajari cara-cara untuk berfikir secara kritis untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.

4 ) KEMAHIRAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Dalam sesebuah projek, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat adalah kemahiran yang

sangat penting untuk diterapkan dalam seseorang pelajar. Sepanjang 14 minggu menjalankan

projek Pembangunan Diri 2 Set 27 ini, saya telah mempelajari cara untuk mencari dan

mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber. Sebagai setiausaha, saya perlu

menyiapkan minit mesyuarat, borang soal selidik, kertas kerja, laporan aktiviti ukm dan kertas

projek. Bagi menyiapkan segala tugasan yang diberi, saya perlu mencari maklumat tentang

format-format yang diperlukan daripada pelbagai sumber termasuklah sumber dari internet,

rujukan buku, dan juga beberapa artikel dari majalah serta surat khabar. Di samping itu, saya

mampu mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu sewaktu program dijalankan

kerana program tersebut adalah lebih berkaitan kepada akademik. Secara kesimpulannya, saya

mampu menerapkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam projek ini dan akan lebih

berguna pada masa akan datang.

Page 24: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

REFLEKSI

AKID ATHIRAH BT KAMARZUMAN(145992)

Program Anjakan Paradigma telah diadakan di Sekolah Jalan 4,Bandar Baru

Bangi,Selangor pada 29/April/2014 dengan tema “Matematik Pencetus Keunggulan Minda”.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menerapkan empat nilai kemahiran yang

telah dipelajari semasa semester 1 yang lepas iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis

dan kreatif, pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Kemahiran komunikasi saya perolehi dalam banyak keadaan misalnya semasa

perbincangan sesama kami sewaktu melantik ahli jawatankuasa kecil, kami bebas

melontarkan pendapat dan semasa menerangkan modul kepada pelajar sekolah itu sendiri.

Seterusnya, pemikiran kreatif dan kritis dapat saya pelajari sewaktu menyelesaikan modul dan

membina origami matematik. Di sini saya memerlukan daya kretiviti yang tinggi untuk

menyempurnakan tugas yang diberi. Sewaktu program berjalan saya ditanggungjawabkan

untuk menjaga pendaftaran, secara tidak langsung saya dapat mempelajari tentang pengurusan

maklumat dan program ini merupakan pembelajaran sepanjang hayat kerana walaupun

program sudah selesai ,kami akan membantu pelajar pelajar sekolah di luar sana yang kurang

berminat dengan subjek matematik dengan cara memberi aktiviti bimbingan kepada mereka.

Di akhir program didapati penyelidikan berterusan perlu dijalankan melihat kepada

masalah yang dihadapi pelajar dari segi psikologi mahupun minat mereka terhadap subjek

matematik. Program ini juga telah membentuk dan melahirkan mahasiswa yang seimbang dari

segi aspek jasmani, emosi dan intelek melalui pengalaman serta memberikan pengisian yang

berguna kepada pelajar yang menyertai program ini walaupun terdapat pelbagai masalah

sewaktu menjayakan program ini seperti kekurangan sumbangan atau dana tetapi kami pantas

mencari jalan penyelesaian dengan cara kerap kali berhubung dengan pihak yang sepatutnya

agar memudahkan gerak kerja program.

Page 25: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

RAZIK RIDZUAN BIN MOHD TAJUDDIN

A145999

REFLEKSI DIRI

Dalam Program Anjakan Paradigma Matematik, saya telah mempamerkan keempat-empat kemahiran yang telah dipelajari dalam Pembangunan Diri 1. Pertama sekali, kemahiran komunikasi. Sepanjang perancangan program ini, saya telah berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Sebagai contoh, saya telah berkomunikasi dengan Pn. Muzawaro Hj. Jamal, Penolong Pendaftar dari Pusat Pengajian Umum dan Prof. Dr. Maslina Darus, Timbalan Dekan Prasiswazah dan Alumni dari Fakulti Sains dan Teknologi untuk memohon sumbangan dana. Seterusnya, saya telah mengadakan komunikasi berorganisasi sesame ahli jawatankuasa pelaksana program. Sepanjang pelaksanaan program, saya juga telah berkomunikasi dalam kumpulan kecil bersama pelajar SMK Jalan 4 di bawah seliaan saya. Saya juga telah berkomunikasi dengan pegawai korporat dalam memohon bantuan dana untuk program.

Kemahiran kedua yang diaplikasikan dalam program ini ialah kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran saintifik. Demi melaksanakan program ini dengan berjaya kami telah berhempas-pulas berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyediakan modul-modul yang sesuai dengan umur pelajar-pelajar tersebut. Saya dan rakan-rakan saya telah berfikir secara rasional dan minda yang terbuka dalam pemilihan modul-modul yang diketengahkan. Saya dan rakan-rakan saya juga telah mengaplikasikan prinsip-prinsip asas logik seperti identity dan kontradiksi dalam menyediakan modul-modul tersebut.

Selain itu, saya telah mempamerkan sifat kepimpinan dan kerja berpasukan sepanjang perancangan dan pelaksanaan program. Sebagai bukti, saya telah memimpin sekumpulan pelajar sepanjang program ini dan kami telah bekerjasama dalam menyelesaikan setiap modul yang diberikan kepada mereka. Di samping itu, saya telah bekerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program supaya Program Anjakan Paradigma Matematik berjalan lancar.

Akhirnya, kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat diterapkan secara tidak langsung dalam diri saya dan diri para pelajar yang menyertai program ini. Memandangkan kesemua modul yang diketengahkan memerlukan penggalian, pentafsiran dan penciptaan idea, konsep literasi maklumat diaplikasikan. Bukan itu sahaja, modul-modul yang diketengahkan melibatkan dunia realiti, jadi saya sebagai antara pelopor modul-modul

Page 26: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

tersebut telah menimba ilmu di luar dewan kuliah dan memupuk semangat saya supaya meneruskan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Secara amnya, program ini telah mematangkan saya dan meningkatkan keyakinan diri saya untuk berkomunikasi dengan berbagai-bagai lapisan masyarakat dengan lebih berhemah. Melaui program ini, perasaan peka saya terhadap permasalahan pelajar dalam subjek matematik meningkat dan seterusnya menguatkan keinginan saya dalam membantu dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Oleh yang demikian, saya telah mendaftarkan diri saya sebagai fasilitator kem PRISMA, suatu kem Matematik anjuran Pusat Pengajian Sains dan Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi.

Page 27: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

Refleksi Diri

Nur Shafeera binti Kamaruzzaman A146963

Pada 29 April 2014, saya dan kumpulan 7 telah menganjurkan Program Anjakan

Paradigma Matematik di SMK Jalan 4 yang bermatlamat untuk mendedahkan pelajar sekolah

terhadap subjek matematik dan aplikasinya dalam kehidupan. Ini sejajar dengan pembelajaran

sepanjang hayat yang telah kami pelajari semasa Sem 1 2014 yang menekankan pencarian

ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan secara sukarela.

Selain itu, program ini bertujuan untuk member pendedahan kepada mahasiswa

mengenai ilmu kepimpinan di mana kami diketuai oleh Mohd Rashdam selaku Ketua

Pengarah Program yang mempunyai sifat tolak ansur yang tinggi terhadap ahli kumpulannya.

Selain itu, kami juga membahagikan pelajar 3 Ibnu sina kepada beberapa kumpulan supaya

ini mampu meningkatkan sifat kepimpinann di kalangan mereka. Ilmu kepimipinan yang

dipelajari melibatkan tiga jenis iaitu kemahiran mentadbir, interpersonal dan mengkonsepsi.

Kemahiran mentadbir dapat dilihat ketika kami menguruskan sumber kewangan program dan

juga mengatur cara tentatif program. Bagi kemahiran interpersonal dan mengkonsepsi, ianya

dapat dilihat semasa kami sekumpulan membantu ketua dengan mengagihkan tugasan yang

berlainan mengikut jawatan. Walaupun berlaku pelbagai konflik, namun kami dapat

mengurusnya dengan berkesan selain merancang segala penyelesaian masalah dengan

strategik.

Malahan, cara berkomunikasi dengan baik juga dipelajari dengan berkesan. Hal ini

demikian kerana kumpulan kami banyak mengadakan diskusi apabila berlakunya masalah

serta mengadakan mesyuarat supaya tugasan masin-masing dapat dijalankan dengan lancar.

Kemahiran komunikasi yang dipelajari melibatkan dua jenis iaitu interpersonal di mana saya

bermuhasabah diri apabila ditimpa dugaan, intrapersonal dengan membina hubungan sosial

terhadap ahli kumpulan supaya dapat menghasilkan persepsi yang lebih matang serta

melibatkan komunikasi lisan apabila member arahan kepada pelajar 3 Ibnu sina.

Terakhir sekali, dengan mengadakan program ini, kami dapat mengaplikasikan

pemikiran kritis dan kreatif. Melalui program ini ahli jawatankuasa pelaksana dapat mengasah

dan pengalaman tentang pengurusan sebuah organisasi selain melatih kami untuk berfikiran

Page 28: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

rasional dan mampu membuat keputusan tanpa ragu-ragu. Kami amat menekankan kejituan

objektif iaitu memupuk budaya cintakan subjek matematik di kalangan pelajar tingkatan 3

Ibnu sina. Menjadi seorang pemikir kreatif mempunyai banyak kelebihan iaitu menjadi lebih

matang dalam menyelesaikan sebarang konflik, tidak mudah terpengaruh untuk mengalah dan

bersifat objektif dalam membuat penilaian serta lebih berhemah dan bertanggungjawab

apabila diberikan tugasan.

Bagi saya secara individual, saya mendapati program sebegini sememangnya bagus

untuk pelajar dalam mendalami dan memupuk budaya mencintai ilmu matematik, nilai-nilai

murni serta sifat bermasyarakatan memandangkan kita menghuni di sebuah Negara yang amat

berkembang dari sudut pendidikan. Selain itu juga, penganjuran program ini di bawah pelajar

membolehkan pelajar dan ahli program mendapat banyak nilai positif seperti nilai kerjasama,

social dan kebertanggungjawaban, kepimpinan dan kemahiran komunikasi. Nilai-nilai seperti

inilah yang menjadikan seorang pelajar tersebut luar biasa dan amat dicari oleh syarikat luar

untuk dijadikan pekerja. Banyak yang dapat saya pelajari dan pengalaman menganjurkan

program amat memberi impak yang positif dan mematangkan fikiran ke arah yang lebih baik.

Page 29: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

REFLEKSI

NUR FARAHANA BT SAMSUDIN ( A145984)

Program Anjakan ParadigmaMatematik telah dijalankan pada 29/4/2013 iaitu pada hari

Selasa bertempat di SMK Jalan 4 , Bangi. Program ini telah dilaksanakan kepada pelajar-

pelajar tingkatan 3 kelas ibnu sina dari sekolah tersebut. Pelbagai modul telah diketengahkan

dalam program ini antaranya ialah kripto, math magika, running math dan selanjutnya.

Program ini dijalankan untuk menerapkan elemen-elemen penting dalam diri pelajar seperti

kemahiran komunikasi, kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran saintifik,

kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dan akhirnya kemahiran pengurusan maklumat

dam pembelajaran sepanjang hayat.

Program anjakan paradigma ini dapat mengasah kemahiran komunikasi fasilitator iaitu

kami sendiri ahli kumpulan 7. Kemahiran komunikasi dapat diasah sepanjang program di

mana setiap fasilitator perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam kumpulannya. Dalam

pada yang sama kami sendiri perlu memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam

menjayakan setiap slot, oleh itu kami sendiri sebagai fasilitator perlu banyak berkomunikasi

dan memberi nasihat yang baik kepada mereka. Malahan, komunikasi yang mantap

diperlukan dalam menjayakan program ini dan agar setiap pelajar dapat menerima maklumat

yang ingin kami sampaikan.

Seterusnya, kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran saintifik juga wujud

dalam usaha kami menjayakan program ini. Pertamanya, kami mengalami masalah

pengangkutan pada hari kejadian di mana van yang membawa kami ke sekolah tersebut

lambat tiba. Jadi kami mengambil jalan penyelesaian dengan kerap kali menelefon pihak yang

bertanggungjawab mengambil kami dan meminta agar pemandu tersebut tiba di lokasi dengan

segera. Malahan, terdapat juga masalah tenaga elektrik sewaktu program berjalan tetapi kami

telah berfikir secara saintifik dan berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya semua

kembali pulih.

Page 30: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

Di samping itu, kemahiran kepimpinan jelas sekali terbentuk dalam program ini di mana

kami sebagai fasilitator perlu memimpin semua pelajar di dalam kumpulan mereka agar

mereka tidak ketinggalan dan sentiasa mengikuti perjalanan program yang dijalankan.

Kemahiran kepimpinan juga dapat diasah dengan bagaimana kreatifnya kami sebagai

fasilitator menerangkan apa yang perlu mereka lakukan dalam setiap slot. Melalui program ini

juga kepimpinan telah membawa kepada kematangan kami sebagai fasilitator berfikir.

Akhirnya, kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat berjaya

di pupuk dalam diri setiap fasilitator. Hal ini dapat dilihat dengan adanya modul-modul yang

telah kami laksanakan. Modul-modul tersebut juga merupakan perkara asas matematik yang

seterusnya akan kami aplikasikan dalam pembelajaran kami sendiri dan juga akhirnya akan

digunakan sepanjang hayat. Ilmu tersebut juga akan digunakan sepanjang hayat tidak kira di

mana kami berada. Di samping itu, program ini juga dapat mengajar kami sebagai fasilitator

bagaimana mengawal keadaan sekiranya muncul situasi yang kelam kabut. Hal ini demikian

kerana perkara tersebut berlaku tanpa diduga. Itu juga merupakan sesuatu yang dapat kami

belajar dan akan dibawa ke masa akan datang.

Kesimpulannya, program seperti ini banyak mematangkan kami sebagai pelajar UKM

yang masih dahagakan ilmu dan pengalaman. Program seperti ini juga dapat membuka minda

kami tentang dunia luar sekali gus akan membuatkan kami lebih berfikiran jauh. Akhir kata,

kursus pembangunan diri ZZZT1062 SESI 2013/2014 memberi manfaat kepada kami pelajar

yang masih setahun jagung merasa hidup seperti di universiti ini. Semoga kursus

pembangunan diri dapat melahirkan lebih ramai mahasiswa/mahasiswi yang berkaliber.

Page 31: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

REFLEKSI

NUR AQILAH BINTI AHMAD FUAD (A145985)

Program Anjakan Paradigma Matematik telah diadakan pada 29 April 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Program yang dianjurkan oleh Kumpulan 7 Pembangunan Diri ini telah dapat menerapkan empat elemen kemahiran yang dipelajari semasa sem satu yang lepas dalam diri saya, iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran saintifik, kepimpinan dan kerja berpasukan, dan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Elemen kemahiran komunikasi dapat diterapkan apabila saya ditugaskan untuk menjadi fasilitator bagi kumpulan lapan semasa program. Sebagai fasilitator, saya perlu mengenali sesama sendiri untuk memberi semangat kepada ahli kumpulan dan memudahkan perjalanan program. Saya dapati ahli kumpulan saya iaitu Octagon kurang selesa berinteraksi sesama sendiri maka saya adakan ice-breaking bagi mengenali sesame sendiri. Sepanjang program, saya galakkan mereka berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan keserasian supaya dapat memudahkan perjalanan program. Saya turut menyelitkan serba sedikit cerita mengenai kehidupan di universiti di antara slot untuk menarik minat mereka mencintai matematik. Mereka tanpa segan silu memberitahu saya sebab mereka minat mahupun tidak minat matematik. Dari situ, saya tahu apakah pendekatan yang paling sesuai untuk menerapkan sifat cintakan matematik dalam diri mereka. Akhirnya, mereka semakin serasi dan tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikan permasalahan yang diberi sehinggakan mereka dijulang sebagai juara program pada hari itu.

Page 32: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

Elemen pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran saintifik turut saya dapati apabila kami mempunyai kesukaran mendapat kata sepakat daripada pihak sekolah mengenai tarikh yang sesuai untuk program dijalankan kerana guru ingin membuat program pada hari sekolah kerana pelajar-pelajar yang akan mengikuti program ini merupakan pelajar sekolah harian. Walaupun bertentangan dengan idea asal kami iaitu untuk menjalankan program pada hari Sabtu, kami bersepakat untuk menyahut idea guru tersebut untuk menjalankan program pada hari Selasa bersamaan 29 April 2014 meskipun kami mempunyai peperiksaan pada Selasa malam dan pada hari Rabu. Kami turut perlu mempunyai pemikiran yang kritis untuk membantu menyelesaikan masalah yang diajukan pelajar-pelajar seperti origami yang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Elemen kepimpinan dan kerja berpasukan juga dapat saya perolehi apabila saya bertanggungjawab sebagai Pengarah Makanan bagi program ini. Saya turut memimpin ahli kumpulan apabila ada kalanya saya lihat mereka tidak mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah yang diberi selain semakin tersasar daripada kehendak soalan. Kami bekerja sebagai satu pasukan apabila kami bersama-sama pergi membeli barang-barangan yang diperlukan untuk membuat hamper hadiah. Kami turut menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti fail, pensil, kertas dan lain-lain bersama-sama. Kami telah mengadakan perjumpaan berkala sama ada direkod ataupun tidak untuk memastikan kelancaran program. Kami turut membantu satu sama lain sekiranya mempunyai masalah seperti kekurangan dana dan sebagainya.

Saya dapat mengasah elemen pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat apabila saya ditugaskan untuk menjaga bahagian pendaftaran. Kami turut mengedarkan borang soal selidik kepada setiap pelajar sebelum mula program, selepas habis setiap slot dan juga selepas habis program untuk mengetahui sejauh mana para pelajar mempunyai minat dalam matematik dan bagaimana program ini

Page 33: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

dapat memberi gambaran baru kepada mereka selepas habis program. Alhamdulillah, menggunakan SPSS , kami mendapat feedback yang positif selepas habisnya program. Rata-ratanya mengatakan program ini seronok dan ingin menghadirinya sekali lagi sekiranya dijalankan.

Akhir sekali, dapat saya katakan di sini bahawa minat dapat dipupuk sekiranya menggunakan cara yang sesuai. Pengalaman adalah sesuatu yang dapat membentuk minat dalam diri pelajar. Selain dapat menerapkan empat nilai kemahiran ini dalam diri saya, saya berharap program seperti ini semakin giat dijalankan kerana ianya ternyata mendapat sambutan dari para pelajar kerana dari segi pendekatannya yang kreatif dan inovatif yang ternyata menarik minat pelajar masa kini.

REFLEKSI DIRI

ERIEN BINTI LAHATA A145986

JAWATANKUASA BENDAHARI

PROGRAM ANJAKAN PARADIGMA MATEMATIK

“MATEMATIK PENCETUS KEUNGGULAN MINDA”

Bidang tugas dalam menjadi Bendahari untuk Program Anjakan Paradigma Matematik

dapat melatih seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik

dengan pelbagai situasi contohnya ketika membina hubungan baik dengan pihak bendahari

Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga dengan jawatankuasa yang lain sama ada sebelum,

semasa dan selepas program berlangsung.

Disamping itu, program kami yang lebih menerapkan unsur-unsur matematik yang

mampu meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan

pendekatan saintifik. Hal ini kerana, kami telah memikirkan secara kritis dan perlu inovatif

agar aktiviti yang kami jalankan bertepatan dengan misi dan sasaran kami untuk menarik

minat pelajar berjaya untuk menjayakan program ini. Kami juga telah berjaya menyelesaikan

masalah modul dengan mengubah suai segala modul yang dijalankan agar lebih bersesuaian

dengan pelajar target kami iaitu pelajar tingakatan dua.

Page 34: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

Seterusnya, bidang tugas bendahari ini juga dapat melatih seseorang individu

melakukan kerja dengan cekap dan pantas dimana perkara ini melatih saya menjadi

pemimpin yang bertanggungjawab dan menerapkan semngat kerja berpasukan dalam

suatu program. Hal ini kerana,bidang tugas bendahari ini yang melibatkan kewangan

memerlukan ketepatan sebagai contoh, saya perlu menyiapkan laporan kewangan, dan bajet

perbelanjaan serta membentangkan bajet kepada ahli yang lain untuk mendapat persetujuan

agar peruntukan yang diberikan bersesuaian dengan perbelanjaan yang kami gunakan untuk

menjayakan program. Secara tidak langsung, bidang tugas ini membantu melicinkan

perjalanan sesuatu program untuk mengelakkan masalah yang mungkin berlaku pada masa

hadapan.

Page 35: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

Untuk mengatasi cabaran globalisasi dimasa hadapan, saya perlu mengatur strategi serta

mengambil langkah proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus maju

melalui pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Maka, program ini telah melatih saya untuk berkebolehan mengaplikasikan kemahiran

pengurusan maklumat dan menjadikan proses pembelajaran sepanjang hayat sebagai

cara pembelajaran saya dalam meningkatkan potensi saya untuk berdaya saing di peringkat

globalisasi. Sebagai contoh, apa yang telah saya pelajari dalam subjek matematik dan subjek

lain-lain dapat saya aplikasikan dalam membuat kajian dan penyelidikan mengenai unsur-

unsur matematik yang digunakan dalam kehidupan seharian dan mampu diterapkan dalam

jiwa-jiwa pelajar untuk minat kepada matematik dimana memberi pendedahan kepada pelajar-

pelajar mengenai matematik yang diperlukan dalam banyak pengurusan maklumat seperti

pengklasikfikasi data-data.

Page 36: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

Secara keseluruhannya, melalui aktiviti dan program ini, saya dapat megaplikasikan empat

kemahiran insaniah iaitu berupaya mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan

berkesan dalam pelbagai situasi, berupaya mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis

dan dapat menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan saintifik, berkebolehan

mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam memimpin diri sendiri dan orang lain serta

mampu bekerja secara berpasukan dan kemahiran yang terakhir iaitu berkebolehan

mengaplikasikan kemahiran pengurusan maklumat dan menjadikan proses pembelajaran

sepanjang hayat sebagai cara pembelajaran saya.

Page 37: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

NURHAZYYAH BT ZAHRI (A146008)

REFLEKSI INDIVIDU

Pada 29 April 2014, group kami dari kumpulan 7 untuk pembangunan diri 2 telah

melaksanakan Program Anjakan Pagadigma Matematik. Program itu telah dilaksanakan di

SMK Jalan 4, di Bandar Baru Bangi, Selangor. Program yang dilaksanakan ini telah mengajar

saya dan kumpulan saya untuk mengendalikan sesuatu program dengan kerjasama antara

kumpulan ini sahaja. Program ini juga memberikan pengalaman yang sangat bermakna

kepada kami. Untuk melaksanakan program ini dengan jayanya, kami telah membahagikan

tugas-tugas kepada setiap ahli kumpulan. Saya merupakan pengarah tugas-tugas khas. Semua

perkara dan barang yang perlu digunakan untuk program itu telah disediakan oleh saya.

Banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang program ini berlangsung. Program ini

membantu saya berkomunikasi dengan ramai pihak. Dalam program ini, saya menjadi salah

satu fasilitator kepada pelajar-pelajar tingkatan 3. Jadi, perkara ini memerlukan komunikasi

dua hala antara saya dengan pelajar-pelajar dibawah kawalan saya itu. Saya telah

mempraktiskan apa yang saya pelajari di pembangunan diri 1 sepanjang program ini

berlangsung. Dengan menjadi fasilitator juga, saya telah mempelajari cara untuk memimpin

pelajar-pelajar dengan berkesan. Selain itu, kami mempunyai masalah kerana cikgu di sekolah

SMK Jalan 4 lupa untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 2 iaitu pelajar yang

sepatutnya kumpulan kami kendalikan pada hari itu. Jadi, pelajar-pelajar tingkatan 2 tidak

dapat hadir kerana mereka memulai sesi persekolahan pada waktu petang dan program kami

berlangsung pada waktu pagi. Jadi, kumpulan kami menyelesaikan masalah ini dengan

meminta cikgu sekolah SMK Jalan 4 untuk menggantikan pelajar-pelajar tingkatan 2 dengar

pelajar-pelajar tingkatan 3. Disitu, kami telah menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif.

Tambahan pula, kami telah menyediakan modul-modul kami sendiri dengan kretif. Untuk

memikirkan modul-modulyang perlu disediakan itu, kami memerlukan pemikiran kritis dan

kreatif. Kami telah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang mempelajari

matematik dengan mudah dan membuatkan mereka berasa seronok untuk mempelajari

matematik. Kami mendedahkan kepada mereka modul- modul yang telah disediakan oleh

pensyarah-pensyarah ppsm untuk memudahkan mereka memahami dengan lebih dalam

tentang konsep matematik. Kumpulan kami juga telah menghasilkan modul kami sendiri yang

telah kami bincangkan bersama-sama. Ini memberikan pengalaman baru kepada saya dan

saya telah mempelajari sesuatu yang bermakna. Di samping itu, kami juga telah mengumpul

maklumat tentang minat pelajar-pelajar sekolah terhadap matematik dengan memberikan

Page 38: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

borang survey kepada dan kami mencari statistik tentang peratusan survey yang telah kami

perolehi. Ini merupakan satu pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat yang

telah saya pelajari di pembangunan diri 1. Kesimpulannya, banyak perkara telah saya pelajari

sepanjang program ini berlangsung termasuklah semua perkara yang saya pelajari di

pembangunan diri 1 iaitu kemahiran komunikasi, kepimpinan, pemikiran kritis dan kreatif,

dan pengurusan maklumat dan pempelajaran sepanjang hayat.

Page 39: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

SITI NAZIRAH BINTI MAZLAN (A146970)

Refleksi Pembangunan Diri

Kemahiran Komunikasi

Penglibatan dalam projek ini telah meningkatkan kemahiran komunikasi antara ahl kumpulan.

Masing-masing lebih mengenali antara satu sama lain dam mempermudahkan lagi proses .

Kemahiran komunikasi adalah penting dalam menjayakan sesuatu projek. Tanpa komunikasi,

projek ini tidak mungkin berjaya. Setiap perjumpaan yang diadakan membuka peluang untuk

semua ahli kumpulan untuk memberi idea-idea dan pendapat dalam menjayakan projek.

Ketua kumpulan juga berjaya menyampaikan idea dengan baik agar setiap ahli kumpulan

memahami perjalanan program ini.

Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik

Modul - modul yang digunakan dalam program bukan sahaja menjana minda para pelajar

malah para facilitator. Para facilitator perlu memahami penyelesaian untuk modul-modul

terlebih dahulu sebelum para pelajar. Oleh itu,modul - modul ini dijalankan untuk facilitator

dahulu. Modul-modul ini mencabar minda agar berfikiran lebih kritis dalam penyelesaian

masalah . Selain itu, sepanjang program ini terdapat beberapa isu yang timbul yang

menjejaskan perjalanan program seperti menghubungi sekolah dan mendapat kebenaran

untuk menjalankan program ini serta untuk mendapatkan dana. Walaubagaimanapun, isu-isu

ini telah berjaya diselesaikan dan program berjalan lancar. Permasalahan yang timbul dalam

program ini telah membantu setiap ahli kumpulan untuk berfikiran lebih kritis untuk

mengatasi segala isu -isu.

Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Tanpa setiap ahli kumpulan, program ini tidak mungkin akan berjaya. Setiap ahli kumpulan

telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini dengan menjalankan

segala tugasan yang diberikan. Kepimpinan ketua kumpulan juga berkesan kerana berjaya

mengetuai semua ahli kumpulan dalam program ini. Beliau telah memimpin dengan baik agar

semua ahli kumpulan menjalankan tanggungjawab masing masing. Selain daripada ketua

kumpulan,sifat kepimpinan juga dapat dipupuk dalam setiap ahli kumpulan yang lain. Hal ini

kerana setiap ahli kumpulan perlu memimpin diri sendiri untuk menjalankan tanggungjawab

masing-masing agar program ini berjaya. Selain itu, sebagai facilitator, ahli kumpulan juga

Page 40: ifolio.ukm.my · Web viewSyukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kajian dan kertas projek ini berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada

bertanggungjawab untuk memimpin para pelajar dalam setiap modul agar aktiviti modul

tersebut berjalan lancar.

Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Berdasarkan soal selidik yang lepas, program ini pernah mendapat sambutan baik daripada

para pelajar. Program ini meningkatkan minat para pelajar kepada subjek matematik.Selain

itu, terdapat statistik yang menunjukkan subjek matematik semakin kurang diminati. Dengan

sumber informasi ini, idea untuk program ini timbul bagi memantu para pelajar agar

meningkatkan minat para pelajar terhadap subjek matematik. Modul-modul yang digunakan

merupakan hasil usaha daripada para pensyarah UKM. Dengan modul-modul ini, ilmu

matematik dapat disebarkan dalam medium lebih menarik berbanding pembelajaran dalam

kelas sahaja. Para fasilitator juga mendapat manfaat dengan mendapat ilmu pengetahuan yang

baru. Ilmu pengetahuan yang didapati dalam program ini bukan sahaja dapat diaplikasi pada

hari ini malah pada masa hadapan. Selain daripada ilmu matematik, ahli kumpulan mendapat

pengalaman sebagai fasilitator dan juga pengalaman menjalankan sesuatu program.

Pengalaman adalah sumber pembelajaran amat berkesan kepada setiap individu dan

memberikan kesan jangka panjang sepanjang hayat seseorang individu. Melalui program ini,

setiap ahli kumpulan mempelajari pelbagai kemahiran seperti kemahiran

komunikasi,pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kepimpinan dan kerja berpasukan ,

dan pengurusan maklumat. Kemahiran-kemahiran yang diperolehi ini akan memberikan

manfaat kepada setiap ahli kumpulan pada masa hadapan.