unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · web viewhasil...

26
[MLL 205] [Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom] STUDY UNIT [3]

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL 205][Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom]

STUDY UNIT [3]

Page 2: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Bab 1:

OBJEKTIF

Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:

(a) Aspek-aspek yang berkaitan dengan kemahiran menulis

(b) Beberapa domain yang dapat membantu menghasilkan sesuatu jenis karangan

(c) Pelbagai kaedah menulis karangan

SIM UNIVERSITY SU1-2

Page 3: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Kemahiran Menulis

Menulis atau mengarang merupakan satu proses untuk menyampaikan idea atau

pendapat dengan tepat kepada pembaca atau khalayak. Menulis seperti membaca

merupakan satu kemahiran yang perlu untuk menjalani kehidupan pada zaman

moden ini. Seorang pembaca akan membina makna berdasarkan teks yang dibaca

dengan menggerakkan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan apa yang

dibaca.Begitu juga seorang penulis yang menulis untuk membina makna mengenai

topik yang ditulis serta menjadikan bahan penulisannya lebih jelas untuk memberi

keyakinan kepada pembaca.

Kajian mengenai proses kognitif menunjukkan bahawa membaca dan menulis

mempunyai pertalian yang erat dan banyak menggunakan strategi metakognitif yang

sama. Penulisan membantu meningkatkan pencapaian membaca, begitu juga

membaca dapat meningkatkan kebolehan menulis. Jelaslah bahawa kedua-dua

kemahiran saling membantu secara serentak dan dengan kaedah penggabungjalinan

serta meningkatkan kemahiran berfikir, pelajar dapat meraih faedah daripada strategi

yang digunakan.

Ciri-ciri Kemahiran Menulis

Aktiviti menulis merangkumi kemahiran menulis grafik dan kemahiran menulis

karangan. Kemahiran menulis grafik bermula dengan menguasai simbol-simbol atau

huruf-huruf yang mempunyai hubungan dengan bunyi bahasa. Huruf-huruf dalam

kumpulan abjad perlu disusun bagi mengeja sesuatu perkataan. Murid-murid belajar

mengeja sebagai satu proses pembinaan konsep dan pelajaran mengeja perlu

disepadukan dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada pada murid.

Perkataan-perkataan yang dipelajari harus disusun dalam ayat untuk

menggambarkan sesuatu idea atau buah fikiran. Kemahiran memilih perkataan dan

kemahiran tatabahasa diajar secara tidak formal tetapi terancang mengenai undang-

undang bahasa yang merangkumi aspek morfologi dan sintaksis agar murid-murid

boleh menggunakan perkataan-perkataan itu dengan tepat menurut gaya bahasa

sesuatu penulisan.

SIM UNIVERSITY SU1-3

Page 4: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Ayat-ayat pula disusun kemas antara satu sama lain sehingga terjalin satu

perenggan. Dengan susunan perenggan akan terjalinlah sebuah teks yang terikat

kemas. Unsur-unsur yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah bahan penulisan

dapat diringkaskan seperti dalam rajah berikut.

Kemahiran Menulis Karangan

Aspek Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

Kemahiran menulis peringkat awal bermula ketika kanak-kanak didedahkan dengan

pelbagai aktiviti tulisan seperti membuat corak, mewarnakan bentuk, membuat

lukisan berbentuk geometri, menekap dan membentuk huruf. Aktiviti menconteng

dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka juga merupakan asas kebolehan

menulis. Dengan latihan dan pengalaman asas ini yang bertujuan untuk menguasai

mekanik tulisan, kanak-kanak berasa seronok dan mereka dilatih untuk mendapatkan

kematangan urat saraf. Latihan ini penting bukan sahaja mereka berpeluang untuk

mematangkan urat saraf yang mengawal jari dan tangan tetapi mereka juga dapat

SIM UNIVERSITY SU1-4

Page 5: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

menghasilkan penyelarasan kordinasi tangan dengan mata.

Pada peringkat pramenulis ini guru mengajar mereka cara yang betul memegang

pensel, kedudukan badan dan perkara-perkara lain yang membolehkan mereka mula

dengan tabiat yang baik serta berasa selesa ketika menulis. Guru juga harus memberi

peluang kepada mereka menggunakan pelbagai alat untuk memperkembangkan

kemahiran menulis.

Setelah mereka tahu menulis dengan kemas serta dengan kepantasan yang sesuai,

guru mengajar mereka kemahiran mengeja menurut strategi-strategi yang tertentu.

Aktiviti ini bukan sahaja mengajar mereka mengeja tetapi dapat membantu mereka

untuk mengingat, menghafaz bunyi perkataan serta melatih mereka menulis dengan

tepat dan pantas.

Pada peringkat sekolah rendah murid-murid boleh mengarang menurut tanggapan

mereka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Mereka telah

didedahkan dengan berbagai-bagai jenis karangan berdasarkan pelbagai tajuk dan

untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi. Mereka dapat melahirkan perasaan,

keinginan, menyampaikan maklumat dan idea.

Kemahiran Menulis Peringkat Menengah

Objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran karangan berbeza menurut

peringkat umur murid-murid. Kemahiran yang sudah diperolehi di sekolah rendah

diperkembangkan di sekolah menengah. Kecekapan mengarang amat penting pada

peringkat ini. Mereka perlu melakukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai

kaedah menyampaikan maklumat, idea dan pendapat untuk menghadapi masa

hadapan yang lebih sempurna dan berkesan.

Ada beberapa kaedah baru yang dianjurkan yang dapat membantu para pelajar

dalam kemahiran menulis.Walaupun hasil penulisan atau produk karangan

dianggap penting tetapi proses menulis karangan yang melalui beberapa tahap juga

diberikan perhatian yang sewajarnya.

SIM UNIVERSITY SU1-5

Page 6: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Jenis-jenis Karangan

Berikut merupakan beberapa domain atau kategori yang dapat membantu penulis

mengatur kognitifnya bagi menghasilkan sesuatu jenis karangan.

Deskriptif

Karangan yang berbentuk deskriptif berupa penggambaran yang menghuraikan

sesuatu secara terperinci mengenai seseorang, tempat, suasana, pemandangan dan

sebagainya. Karangan jenis deskriptif membolehkan seseorang pembaca atau

pendengar seolah-olah dapat merasa atau melihat situasi yang dihuraikan.

Sekiranya deskripsi itu mengenai sesuatu yang menggambarkan kegembiraan maka

pembaca akan merasai serta berkongsi kegembiraan itu. Jika penulisan itu mengenai

sesuatu yang menjijikkan, pembaca akan berasa mual mengenai sesuatu yang

digambarkan yang begitu jijik. Kejayaan penulis bergantung pada penggunaan kata-

kata yang tepat untuk memberi gambaran yang begitu jelas.

Contoh karangan jenis deskriptif adalah seperti yang berikut:

(i) Seorang yang saya sanjungi.

(ii) Pemandangan di sebuah pasar raya.

Naratif

Karangan jenis naratif menggunakan ragam bahasa sastera yang fokusnya adalah

mengenai penceritaan semula sesuatu kejadian, pengalaman atau peristiwa yang

telah berlaku dan diceritakan semula. Karangan jenis ini meliputi cerita, berita,

laporan rencana dan sebagainya. Penulisan yang menarik membolehkan pembaca

mengikuti cerita dengan penuh khusyuk.

Contoh karangan jenis naratif adalah seperti yang berikut:

(i) Satu pameran sains yang saya lawati.

(ii) Satu mimpi yang menggembirakan yang pernah saya alami.

SIM UNIVERSITY SU1-6

Page 7: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Imaginatif

Karangan jenis imaginatif berkait rapat dengan pengalaman dan yang berbentuk

kreatif seperti contoh tajuk yang berikut:

(i) Terperangkap dalam bangunan akibat satu bencana alam.

(ii) Kehidupan manusia di planet Marikh.

Argumentatif

Karangan berbentuk argumentatif merupakan karangan yang terlibat dalam

perbincangan, perbahasan dan kritikan. Karangan jenis ini memerlukan pendapat

atau pandangan tentang sesuatu perkara. Dalam karangan jenis perbahasan, biasanya

penulis akan mengambil satu sudut pandangan atau pendirian sama ada menyokong

atau menentang. Ini berbeza dengan karangan jenis perbincangan yang mana penulis

akan memberi pendapat mengenai aspek kebaikan dan juga keburukan.

Contoh topik:

(i) Perkahwinan campur membawa banyak kebaikan daripada

keburukan.

(ii) Trend dan fesyen pakaian pada masa kini.

Ekspositori

Karangan jenis ekspositori ialah karangan yang mendedahkan sesuatu fakta, idea

dengan tujuan untuk memberitahu mengenai sesuatu atau menjelaskan sesuatu

perkara. Kekuatan karangan jenis ekspositori terletak pada sejauh mana penulis

dapat berhujah mengenai sesuatu isu yang dibincangkan itu.

Contoh topik:

(i) Keburukan ketagihan subutex

(ii) Pelbagai latihan yang membolehkan rakyat mempersiapkan diri

dalam menghadapi saat kecemasan.

SIM UNIVERSITY SU1-7

Page 8: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Pelbagai Kaedah Menulis Karangan

Aktiviti penulisan boleh dijalankan secara perseorangan, berkongsi atau kaedah

penulisan bergabung. Jika penulis dikehendaki menulis sesuatu karangan yang

menyampaikan pengalaman atau pemikiran peribadi maka penulis akan mengarang

secara perseorangan. Ini bererti bahawa semua proses penulisan mulai daripada

persiapan sehingga terciptanya sesuatu karangan dilakukannya seorang diri.

Kaedah penulisan berkongsi yang dianggap berkesan melibatkan dua atau lebih

pelajar berbincang bersama sebelum penulisan bermula untuk menghasilkan sesuatu

karangan. Perbincangan itu bermula dengan merangka draf penulisan, membina ayat

dan menyusun perenggan. Kaedah ini memerlukan kebijaksanaan guru untuk

membolehkan pelajar bekerjasama sebagai satu kumpulan, berkongsi idea untuk

menghasilkan sesuatu karangan yang bermutu.

Kaedah penulisan bergabung pula melibatkan setiap kumpulan pelajar bekerjasama

untuk menghasilkan sebahagian daripada bahan penulisan yang dirancang serta

menggabungkan dengan bahagian-bahagian lain yang disediakan oleh kumpulan

yang lain. Guru boleh mulakan perbincangan dengan mengenalkan topik yang

hendak dikarang kemudian pelajar-pelajar bersama-sama membina perenggan

pengenalan dan perenggan kedua. Perenggan selanjutnya disiapkan oleh kumpulan

tertentu yang kemudiannya digabungkan untuk menjadi sebuah karangan yang

lengkap.

Memandang kepada perbezaan murid-murid dalam berbagai hal, guru harus bersikap

terbuka ketika mengajar mereka kemahiran menulis. Guru boleh menggunakan

pelbagai kaedah untuk membolehkan pelajar-pelajar menghasilkan karangan.

Pengajaran Penulisan

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai

selepas pelajar-pelajar telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan

membaca. Aktiviti mengarang menggabungkan pengetahuan ketiga-tiga kemahiran

tersebut.

SIM UNIVERSITY SU1-8

Page 9: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Terdapat berbagai-bagai pendekatan dan teknik pengajaran penulisan. Teknik

menggunakan bahan-bahan bacaan, gambar dan sebagainya memerlukan strategi-

strategi tertentu untuk menggunakannya. Kadangkala guru berasa bingung mengenai

teknik yang difikir sesuai yang harus digunakan. Guru harus memikirkan aktiviti-

aktiviti yang sesuai yang dapat membantu murid-murid agar mereka dapat

menggunakan bahasa dengan baik dan berkesan.

Mereka harus tahu bahawa sesebuah karangan mengandungi bahagian-bahagian

yang berikut:

(a) Pengenalan

(b) Isi karangan

(c) Penutup

Dalam bahagian pengenalan penulis akan memperkenalkan sesuatu berdasarkan

tajuk yang ditulis untuk menarik perhatian pembaca supaya ingin terus membaca

karangan itu. Ini diikuti dengan memperkembangkan isi karangan menurut

perenggan-perenggan tertentu. Pada bahagian penutup, penulis akan cuba membuat

kesimpulan atau mengakhiri karangan dengan saranan atau sesuatu yang menarik

yang memberi kepuasan kepada pembaca.

Dalam peringkat persediaan untuk menulis, guru harus merangsangkan minat murid-

murid melalui aktiviti lisan dengan menggunakan gambar, pengalaman,

perbincangan atau sesuatu yang menarik perhatian mereka. Dengan perbincangan

lisan secara pasangan atau kumpulan, murid-murid dapat mengingat kembali

pengalaman mereka yang lalu yang mereka boleh jadikannya sebagai bahan

penulisan.

Sebagai contoh, untuk menjana idea mengenai tajuk “Tempat-tempat pelancongan

yang menarik di negara kita” mereka dikehendaki mendapatkan brosur percutian

yang menyenaraikan nama tempat-tempat yang menarik sebagai destinasi

pelancongan. Murid-murid dikehendaki membaca brosur itu serta membandingkan

senarai mereka dan membincangkan mengapa mereka memilih tempat-tempat yang

mereka ingin mengunjungi.

SIM UNIVERSITY SU1-9

Page 10: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Setiap kumpulan dikehendaki membuat pembentangan mengenai perkara yang

mereka telah bincangkan bersama. Guru akan membimbing mereka dengan menulis

kosa kata atau peribahasa yang diperlukan. Guru sebagai pemudah cara atau

fasilitator harus membantu mereka dengan membaca draf karangan mereka serta

memberi komen-komen tertentu.

SIM UNIVERSITY SU1-10

Page 11: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Rujukan

1. Kamarudin Hj. Husin, Perkaedahan Mengajar Bahasa (Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., 1993).

2. Norton, Donna E., The Effective Teaching of Language Arts. (New Jersey:

Pearson Education, 2004).

3. Ogle, Donna, Engaging in the Language Arts: Exploring the Power of

Language. (USA: Pearson Education, 2009).

4. Tompkins, Gail E, Teaching Writing: balancing process and products (New

Jersey: Pearson Education, 2004).

SIM UNIVERSITY SU1-11

Page 12: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

OBJEKTIF

Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:

(a) Pelbagai pendekatan dalam pengajaran penulisan

(b) Cara memeriksa dan menilai karangan

SIM UNIVERSITY SU1-12

Page 13: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Pendekatan Pengajaran Penulisan

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan.

Raimes (1983) telah mencadangkan pendekatan-pendekatan yang berikut:

1. Pendekatan Terkawal

2. Pendekatan Bebas

3. Pendekatan Pola-Perengganan

4. Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi

5. Pendekatan Komunikatif

6. Pendekatan Proses

Pendekatan Terkawal

Pendekatan ini mengutamakan bahasa lisan daripada penulisan dan juga

mengutamakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis. Pada peringkat awal murid-murid

dipandu dengan ketat agar mereka tidak membuat banyak kesalahan. Kawalan ini

beransur-ansur kurang pada peringkat selanjutnya.

Ada pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan pendekatan ini seperti:

Mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan atau frasa.

Melengkapkan ayat dengan frasa yang diberi.

Mengarang berpandukan alat-alat mengajar seperti gambar, slaid

filem dan sebagainya.

Menulis karangan berdasarkan rangka karangan yang dibincangkan

bersama murid-murid.

Menulis karangan berpandukan arahan perincian yang diberikan.

Pendekatan Bebas

Pendekatan ini mengutamakan isi dan kebolehan murid-murid menulis karangan

tanpa memikirkan bentuk. Apabila mereka sudah boleh mencatatkan idea-idea

mereka dengan baik, unsur-unsur lain seperti pemerengganan, wacana, organisasi

idea, stail dan sebagainya akan dikuasai bersama.

SIM UNIVERSITY SU1-13

Page 14: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Untuk menulis karangan bebas ini, murid-murid mungkin memerlukan bahan-bahan

tambahan yang dapat membantu mereka dalam penulisan karangan seperti rencana-

rencana akhbar atau majalah atau bahan-bahan rujukan yang lain yang dapt

membantu mereka dalam penulisan .yang berkaitan dengan tajuk karangan.

Pendekatan Pola-Perengganan

Pendekatan ini menitikberatkan kepada pembentukan perenggan dan kesepaduan isi.

Murid-murid dilatih untuk menyampaikan idea dalam perenggan. Antara aktiviti-

aktiviti yang boleh dijalankan ialah:

Mengkaji contoh-contoh perenggan karangan yang baik.

Menyusun ayat yang dicampuradukkan agar susunan itu membentuk satu

perenggan yang kemas dan sepadu.

Mengenal pasti isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.

Mengkaji contoh-contoh perengganan yang baik.

Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi

Melalui pendekatan ini guru dapat menumpukan perhatian murid mengenai

beberapa kemahiran kecil yang harus dikuasai secara sekaligus. Murid-murid harus

memberi perhatian terhadap tatabahasa dan sintaksis serta penyusunan perenggan

yang perlu digunakan dalam sesuatu penulisan.

Sebagai contoh murid-murid kurang mahir menghubungkan idea secara berkesan.

Kata hubung yang digunakan terbatas kepada yang mudah sahaja seperti

sungguhpun demikian, walau bagaimanpun, namun demikian, oleh kerana itu dan

sebagainya jarang digunakan. Kata hubung yang dinyatakan itu dapat

menggabungkan idea dengan lebih berkesan.

Aspek penyusunan dalam apa jua bentuk karangan (surat, laporan, rencana, dan

sebagainya) dianggap penting. Jadi, selain kejelasan bahasa, teknik menyusun isi

karangan dan aspek perengganan memudahkan penulis menyampaikan idea secara

teratur dan berkesan.

SIM UNIVERSITY SU1-14

Page 15: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Pendekatan Komunikatif

Dalam pendekatan komunikatif sesuatu penulisan dihasilkan menurut apa yang

terdapat dalam kehidupan seharian. Hasil penulisan murid akan dibaca oleh guru dan

juga oleh murid-murid yang lain dalam kelas.Murid-murid akan cuba

menghasilkan karangan yang baik apabila mereka sedar bahawa hasil karangan

mereka akan menjadi tatapan ramai.

Pendekatan Proses

Pendekatan ini mengutamakan proses penulisan untuk menghasilkan sesuatu

karangan. Walaupun hasil penulisan dianggap penting tetapi latihan melalui

beberapa peringkat menulis sebelum menghasilkan karangan dianggap lebih

penting. Sesuatu penulisan yang sempurna harus melalui proses penulisan yang

betul.

Pada peringkat awal guru mengendalikan aktiviti prapenulisan. Peringkat ini

memberi peluang bagi murid-murid menerokai tajuk karangan sebelum menulis.

Aktiviti ini boleh dijalankan melalui pembacaan, rujukan, perbincangan, sumbang

saran, perbahasan dan sebagainya untuk mendapatkan isi karangan.

Berdasarkan isi karangan yang telah diperoleh, murid-murid membuat rangka dan

menulis draf karangan. Draf itu disemak dan diperkemaskan untuk memperbaiki

karangan tersebut. Perkara-perkara berikut boleh dilakukan:

(i) Menukar atau menambah isi serta susunannya.

(ii) Membaiki ayat atau perenggan.

(iii)Membaiki ejaan dan tanda baca.

(iv)Membaiki pilihan kata dan tatabahasa

(v) Membaiki ekspresi dan gaya bahasa.

Draf yang telah diperkemaskan diberikan kepada rakan atau guru untuk

mendapatkan maklum balas tentang penulisan tersebut. Setelah karangan itu

disemak, murid menyalin semula draf dengan mengambil kira pandangan atau idea-

idea baru yang diberi oleh guru atau pembaca yang lain.

SIM UNIVERSITY SU1-15

Page 16: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Pendekatan ini mengambil masa yang agak panjang dan tidak dapat diselesesaikan

dalam jangka waktu yang terbatas. Namun demikian pendekatan ini dapat

membantu pelajar lebih bertanggungjawab ke atas kerja penulisan mereka serta

dapat meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan mereka.

Jelaslah bahawa murid-murid harus melaksanakan beberapa proses sebelum

menyerahkan karangan itu kepada guru untuk dinilai serta melakukan tindakan

selanjutnya. Dalam latihan mengedit atau menyunting draf karangan, guru boleh

melatih murid-muridnya mengedit karangan rakan mereka.

Kita sedia maklum bahawa proses menyunting berkait rapat dengan kemahiran

kebahasaan. Seorang penyunting harus menguasai bahasa. Keindahan sesuatu

karangan terletak pada cara penulis menggunakan pelbagai ragam bahasa yang dapat

menarik perhatian pembaca.

Hasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk

membolehkan pelajar yang lain membacanya. Dari semasa ke semasa guru harus

menggantikan dengan hasil karangan terbaik yang lain untuk mengelakkan daripada

hasil kerja yang sama ditayangkan terlalu lama.

Satu lagi aktiviti yang menarik untuk menghargai hasil kerja pelajar serta memberi

motivasi kepada yang lain ialah dengan memperkenalkan konsep “kerusi penulis”.

Pelajar yang ingin membaca hasil karangannya diberi peluang untuk duduk di kerusi

khas di suatu sudut yang tertentu serta membaca hasil karangannya manakala rakan-

rakan lain akan mendengar persembahannya itu.

Memeriksa dan Menilai Karangan

Tujuan utama guru memeriksa dan menilai karangan murid-murid ialah untuk

memberitahu mereka kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan untuk

membolehkan mereka mempelajari aspek-aspek bahasa dan perkara-perkara lain

bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis.

SIM UNIVERSITY SU1-16

Page 17: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Guru boleh menilai karangan murid dengan memberitahu reaksinya mengenai apa

yang dirasakan paling menarik dalam penulisan mereka atau perkara-perkara yang

mengelirukan pembaca. Dengan cara yang demikian guru boleh mendorong dan

menggalakan mereka untuk terus menulis. Pernyataan-pernyataan seperti, “Gaya

penyampaiaan dalam karangan ini terlalu menarik dan berkesan”, atau “Perenggan

pertama dalam karangan ini terlalu panjang” dan sebagainya.

Ketika memeriksa karangan, guru tidak seharusnya menandakan semua kesalahan

murid malah memadailah kalau guru menggunakan sistem lambang sendiri bagi

menandakan kesalahan seperti ejaan, struktur ayat tatabahasa dan sebagainya. Bagi

karangan murid di sekolah rendah, guru boleh membetulkan kesalahan-kesalahan

mereka.

Bagi kesalahan-kesalahan yang lumrah dilakukan murid, guru bolehlah

menerangkannya secara menyeluruh di dalam bilik darjah ketika memulangkan

buku karangan mereka. Bagi murid yang lemah, guru bolehlah membuat komen

secara individu.

Pemberian markah diasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang harus diketahui

oleh murid. Ada dua cara menilai karangan murid iaitu dengan menggunakan teknik

perincian (atau teknik analisis) dan teknik tanggapan menyeluruh (atau teknik

global).

Dalam teknik global, guru akan membaca keseluruhan karangan kemudian

menilainya secara umum berdasarkan satu skema yang ditetapkan atau kesannya

secara keseluruhan kepada guru. Guru harus tentukan ciri-ciri karangan yang

dikatakan “cemerlang”, “baik”, “sederhana” dan “lemah”. Ini bererti bahawa guru

harus ada model bagi setiap kategori itu.

Penilaian boleh dilakukan dengan memberi gred atau ukuran markah biasa seperti

yang berikut:

Penilaian menurut gred:

i. Gred A (Cemerlang)

SIM UNIVERSITY SU1-17

Page 18: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

ii. Gred B (Baik)

iii. Gred C (Sederhana)

iv. Gred D (Lemah)

v. Gred E (Sangat lemah)

Penilaian menurut markah:

i. 10 markah: Cemerlang (semua aspek)

ii. 9 markah: Amat baik

iii. 8 markah: Baik

iv. 7 markah: Hampir baik

v. 6 markah: Sedang

vi. 5 markah: Boleh memahami tetapi terdapat beberapa kesalahan

vii. 4 markah: Terhad kosa kata dan lemah struktur ayat

viii. 3 markah: Lemah-serba serbi.

ix. 2 markah: Terlalu lemah sehingga sukar difahami

x. 1 markah: Terlalu sukar difahami, tidak berkemampuan langsung.

Dalam teknik perincian guru harus mengasingkan setiap aspek yang diperiksa

kemudian menentukan markahnya. Semasa memeriksa setiap kesalahan murid

ditandakan (bulatan, garis, pangkah dan sebagainya) kemudian ditolak markah bagi

setiap kesilapan itu.

Untuk teknik perincian skema yang meliputi aspek-aspek berikut dengan pemberian

markah yang tertentu dapat digunakan untuk pemarkahan.

Isi : Setiap isi harus diperkembangkan atau diulas.

Tatabahasa: Setiap kesalahan tatabahasa dan ejaan dipotong markah.Markah

maksimum ditentukan.

Gaya bahasa: Cara penyampaian dengan menggunakan bahasa yang menarik.

Pengolahan: Kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerganan.

Keseluruhan: Peruntukan markah berdasarkan pemarkahan secara global terhadap

keseluruhan penghasilan karangan.

SIM UNIVERSITY SU1-18

Page 19: unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/mll205... · Web viewHasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan

[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [3]

Rujukan

1. S. Abbas, Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bahasa (Singapura: Alfa

Media,2003)

2. Chapman, Carolyn et al, Differentiated Instructional Strategies for Writing

in the Content Areas (California:Corwin Press, 2003)

3. Tompkins, Gail E, Teaching Writing: balancing process and product (New

Jersey: Pearson Education, 2004)

SIM UNIVERSITY SU1-19