ifolio.ukm.my · web viewhasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar bandaraya terhadap...

24
PROPOSAL KAJIAN TAJUK KAJIAN: PERSEPSI MASYARAKAT DI SEKITAR BANDARAYA TERHADAP PENGEMIS JALANAN BIL NO. MATRIK NAMA AHLI 1 A 144446 MUHAMMAD ALIF BIN OTHMAN@ KASIM (ketua) 2 A 144493 PUTERI SULIMA BT HASSAN 3 A 144513 NORISA BINTI JAUHAL 4 A 144517 MUHAMMAD FAZLEE BIN MUSTAFFA 5 A 144528 NUR SAKINA BT RAHMAT 6 A 144535 NUR HAFIQAH BINTI ROZALEI 7 A 144552 GORDON PENGIRAN 8 A 144628 NABILAH BINTI ISMAIL PENYELIA : ENCIK AHMAD RAFIZI BIN SALLEH

Upload: others

Post on 12-Feb-2020

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

PROPOSAL KAJIAN

TAJUK KAJIAN:

PERSEPSI MASYARAKAT DI SEKITAR BANDARAYA TERHADAP PENGEMIS JALANAN

BIL NO. MATRIK NAMA AHLI1 A 144446 MUHAMMAD ALIF BIN OTHMAN@ KASIM (ketua)2 A 144493 PUTERI SULIMA BT HASSAN 3 A 144513 NORISA BINTI JAUHAL4 A 144517 MUHAMMAD FAZLEE BIN MUSTAFFA5 A 144528 NUR SAKINA BT RAHMAT6 A 144535 NUR HAFIQAH BINTI ROZALEI7 A 144552 GORDON PENGIRAN8 A 144628 NABILAH BINTI ISMAIL

PENYELIA : ENCIK AHMAD RAFIZI BIN SALLEH

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Adakalanya di sekitar bank, lima atau enam pengemis menunggu pelanggan yang keluar dari institusi kewangan itu untuk menagih simpati. Di medan selera atau restoran, tidak kurang banyaknya malah kadangkala berulang-ulang pengemis yang sama dan kebanyakan diantara mereka orang buta yang dipimpin oleh seorang yang celik.Taktiknya sama iaitu menagih simpati daripada pelanggan restoran dengan sebungkus tisu. Walaupun mereka tidak memaksa,perbuatan mereka ini merimaskan jika setiap kali makan di restoran yang sama dan bertemu pengemis yang sama, seolah-olah pengemis tetap di tempat tersebut. Di stesen minyak pula, anda akan dikejar pengemis kanak-kanak yang mengaku dari pusat tahfiz dan meminta derma untuk pembangunan sekolah mereka.

Amat malang sekali dalam usia yang masih muda mereka sudah dilatih meminta derma seorang diri dan menempuh pelbagai risiko yang berkemungkinan diculik atau diperlakukan dengan cara tidak baik.Walaupun menderma itu sifat mulia dan dituntut dalam agama, jika keadaan atau cara meminta derma keterlaluan, masyarakat menjadi tidak mahu menderma lebih-lebih lagi melihat gelagat peminta sedekah memaksa orang ramai menghulurkan wang.Cara atau ‘modus operandi’ mereka agak sama, menggunakan kanak-kanak dan remaja sekolah yang nampak kepenatan dan boleh menarik simpati orang ramai.Adakalanya budak-budak ini pandai membuka cerita seperti ibu dan ayah sakit, mereka minta derma nak beli ubat.Walaupun ada diantara mereka masih kanak-kanak, cara mereka menagih simpati dan mengemis menampakkan mereka bijak menipu masyarakat dengan menggunakan pendekatan psikologi. Kes lima adik-beradik warga Myanmar di Shah Alam yang siang harinya bekerja sebagai pengemis dan malam harinya berjoli dengan hasil kutipan sedekah dan bermain ‘game’ di kafe siber didedahkan sebuah akhbar tempatan selama dua minggu berturut-turut.

Begitu juga kisah pengemis yang melibatkan pelajar Tahfiz, Madrasah dan rumah anak yatim serta pelajar sekolah untuk mengutip derma sehingga jam 3 pagi setiap hari sepanjang Ramadan lalu membuka mata masyarakat bahawa ada segelintir manusia yang menjadikan perniagaan meminta sedekah jalan pintas untuk hidup senang. Adakalanya melihat seorang budak perempuan di stesen minyak di sekitar Shah Alam, beroperasi dari sebuah kereta ke kereta lain meminta derma sambil menjual barangan. Berdasarkan kisah dan kes di atas, tidak hairan jika kita sering terserempak pengemis dan mereka yang mengutip derma dalam kalangan kanak-kanak yang digunakan individu tertentu untuk mengutip wang dari orang ramai dengan menagih simpati.

Adakah mereka melakukan perkara ini semua atas dasar sukarela dan tiada paksaan daripada individu yang berkepentingan.Kebanyakkan daripada mereka hanya berdiri di sebelah pelanggan sambil menunjukkan muka simpati yang boleh meluluhkan hati sesiapa saja yang melihat. Dengan berpakaian lusuh dan adakalanya mereka boleh menangis di hadapan masyarakat.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Masyarakat Malaysia yang murah hati, mulia dan mudah kasihan, pastinya tidak tergamak melihat kanak-kanak yang dalam keadaan begitu berdiri di samping mereka ketika mahu menyuap rezeki ke mulut. Masyarakat Malaysia yang terlalu pemurah menjadi faktor utama pengemis terus mengemis kerana mereka tahu boleh menipu masyarakat dengan pakaian compang-camping, air mata, kecacatan dan wajah simpati memerangkap mangsa.Beliau menasihatkan masyarakat menderma mengikut saluran tertentu seperti masjid, rumah anak yatim dan orang tua. Masyarakat diminta bekerjasama membanteras pengemis jalanan dengan lebih prihatin terhadap isu ini dan berhati-hati jika mahu menderma atau menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik.

PENYATAAN MASALAH

Sedekah adalah salah satu amalan mulia yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim di mana ianya akan menghasilkan faedah yang banyak kepada penerima dan pemberi sedekah. Kepada penerima, ia akan meringankan bebanan kesusahan, melapangkan kesempitan kehidupan dan melegakan kesabaran sementara. Kepada pemberi, ianya menambahkan pahala, menyucikan harta, meningkatkan perasaan pemurah dan mengembangkan pendapatan. Kepada ekonomi Negara, ianya akan menambahkan dan memperkembangkan ekonomi dengan peningkatan jumlah perbelanjaan keseluruhan rakyat dan akhirnya akan melahirkan kesatuan masyarakat yang peduli di mana yang senang akan peduli kepada yang susah dan sebaliknya.

Keimanan untuk bersedekah sering kali diuji apabila tangan mereka yang di bawah ini kehadapan dengan menghulurkan tabung-tabung mereka dengan mengharapkan hati-hati pemurah para tangan di atas. Ujian hati sering mendatang dengan terdetiknya ‘Betul ker si dia ni meminta sedekah, daif sangatkah dia dan adakah si dia ini datangnya daripada golongan pengemis?’. Detikan hati ini sering datang apabila si peminta kelihatan tidak berpuas hati dengan apa yang diminta.

Disini kami menimbulkan beberapa persoalanan bagi mengetahui dan mengenalpasti:

1. Mengapakah aktiviti seumpama ini berlaku secara berleluasa?

2. Apakah akibat yang akan berlaku sekiranya aktiviti seperti ini berterusan?

3. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk membanteras aktiviti ini?

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti punca berlakunya aktiviti pengemis jalanan.

2. Mengenal pasti kesan daripada aktiviti pengemis jalanan.

3. Mencadangkan langkah untuk mengatasi aktiviti pengemis jalanan.

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian yang akan dijalankan ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan idea mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur mengenai aktiviti pengemis jalanan yang semakin berleluasa, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Selain itu, kajian ini dilakukan supaya memperolehi punca-punca seseorang terlibat dalam aktiviti pengemis. Kesan-kesan daripada aktiviti pengemis jalanan juga boleh didapati dalam kajian ini. Seterusya, dari kajian ini cara untuk mengatasi aktiviti pengemis jalanan diperolehi berdasarkan data yang dikumpul melalui temubual dan soal selidik.

METHODOLOGI KAJIAN

Sumber data primer:

1. Menemubual Orang awam : 5 orang Peniaga : 4 orang

2. Soal selidik Orang awam : 10 orang Pelajar : 10 orang Peniaga : 10 orang

Sumber data sekunder:

1. Pengambilan foto.2. mendapatkan data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif

dan data kualitatif.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

PENYATAAN MASALAH

Rizky Ameliah (2012)  Pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan berbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain. Meskipun menjadi pengemis adalah halal, tidak semua orang boleh menjadi pengemis. Orang yang boleh menjadi pengemis adalah orang yang sangat miskin sehingga ia terpaksa mengemis untuk bertahan hidup.

Nazirah Lokman (2012) Tidak sampai hati dan terlalu kasihan melihat pengemis meminta wang untuk membeli makanan menyebabkan ramai individu menjadi pemurah dan menghulurkan derma tanpa membuat usul periksa. Jika peminta derma daripada sesebuah pertubuhan atau sekolah tahfiz, orang ramai dikatakan lebih menjadi pemurah dan dengan mudah menghulurkan sumbangan tanpa mengetahui sama ada si peminta benar-benar dari organisasi yang sah atau tidak pernah wujud.

Lim Huey Teng (2014) Berdasarkan kajian saya , golongan penagih dan pendatang ini hanya meliputi kurang 10 peratus daripada bilangan warga pengemis, manakala yang selebihnya adalah insan biasa yang terhimpit dengan cabaran hidup sehingga tersisih ke jalanan dan tidak mampu bangkit kembali. Berikut adalah hasil kajian saya yang boleh membantu orang ramai lebih memahami mengenai golongan pengemis terutamanya pihak berkuasa:

i. Pengemis adalah orang yang malas bekerjaii. Pengemis adalah orang yang tidak layak terima bantuan

iii. Pengemis adalah orang yang sukar mendapat pekerjaan

Ayu (2014) Di kota metropolitan Kuala Lumpur, golongan ini mudah dilihat. Ibarat burung pulang ke sarang, apabila malam menjelma sekitar jam 11 malam kelihatan susuk tubuh tanpa mengira usia dan jantina membentangkan sekeping kotak, beralaskan sehelai surat khabar dan berbantalkan lengan menjadikan kaki lima jalan sebagai tempat beradu.

Datanglah hujan atau kilat sabung-menyabung, namun semua ini langsung tidak dapat menukar pemikiran mereka untuk beralih kepada kehidupan normal seperti orang lain. Jika dilihat pada usia, ada yang masih muda malah mempunyai kudrat untuk bekerja. Namun, di manakah silapnya sehingga mereka memilih untuk berumah di tepi jalan dan di bawah bangunan? 

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Kawasan tertentu sekitar ibu negara menjadi tempat berkeliaran golongan gelandangan ini. Kawasan yang menjadi tumpuan mereka ialah Hentian Puduraya, Kompleks Daya Bumi, kompleks Kotaraya dan kawasan lapang perhentian bas di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Rata-rata mereka mempunyai pekerjaan tetap dan ada yang tidak bekerja disebabkan tidak berpelajaran, sering ditipu dan mempunyai keyakinan yang sangat rendah.

LIMITASI KAJIAN

Kekangan kajian ini adalah kami berisiko untuk terdedah kepada ancaman yang berkemungkinan datangnya daripada pengemis dan responden. Selain itu, kurangnya pengetahuan responden mengenai aktiviti pengemis akan menjejaskan hasil kajian kami. Kurang kerjasama daripada responden juga mempengaruhi masa pengumpulan data soal selidik kajian. Di samping itu, lokasi kajian juga menghadkan pengumpulan data kerana lokasi kajian kami hanya tertumpu di sekitar Bandaraya sahaja.Akhir sekali, kekangan masa untuk melaksanakan kajian itu turut mempengaruhi kajian kami.Hal ini kerana jadual kelas yang padat menyukarkan kami untuk memilih hari dan waktu yang sama untuk melaksanakan kajian ini.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

DAPATAN KAJIAN

Borang Soal Selidik

SOALAN BAHAGIAN B

Graf Jumlah Responden Yang Bersetuju Melawan No. Soalan Bahagian B

Huraian:

Bagi soalan yang pertama, kebanyakan golongan pelajar dan peniaga bersetuju

bahawa pengemis didefinisikan sebagai orang yang tidak mempunyai tempat

tinggal.

Bagi soalan yang kedua, majoriti golongan orang awam bersetuju bahawa

pengemis ialah orang yang tidak mempunyai pekerjaaan.

Bagi soalan yang ketiga dan keempat, rata-rata golongan pelajar dan peniaga

bersetuju bahawa pengemis ialah orang yang meminta sedekah dan simpati atau

belas kasihan daripada orang lain.

Bagi soalan yang keempat, kebanyakkan orang awam bersetuju bahawa pengemis

ialah orang yang meminta simpati atau belas kasihan daripada orang lain.

Bagi soalan kelima, majoriti orang awam dan golongan peniaga dan kebanyakan

pelajar bersetuju bahawa pengemis ialah orang yang malas berkerja.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Graf Jumlah Responden Yang Tidak Bersetuju Melawan No. Soalan Bahagian B

Huraian:

Bagi soalan yang pertama, majoriti orang awam dan kebanyakan golongan

peniaga dan pelajar tidak bersetuju bahawa pengemis ialah orang yang tidak

mempunyai tempat tinggal.

Bagi soalan kedua, kebanyakan peniaga dan pelajar serta minoriti golongan awam

tidak bersetuju bahawa pengemis ialah orang yang tidak memiliki pekerjaaan.

Bagi soalan ketiga, majoriti golongan awam dan kebanyakan peniaga dan pelajar

tidak bersetuju pengemis didefinisikan sebagai orang yang meminta sedekah.

Bagi soalan keempat, kebanyakan peniaga dan pelajar serta minoriti golongan

awam tidak bersetuju bahawa pengemis isalah orang yang meminta simpati atau

belas kasihan daripada orang lain.

Bagi soalan yang kelima, majoriti pelajar serta kebanyakkan golongan awam dan

peniaga tidak bersetuju bahawa pengemis ialah orang yang malas berkerja.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

SOALAN BAHAGIAN C

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Huraian

Bagi soalan pertama mengenai punca seseorang menjadi pengemis, majoriti

pelajar, peniaga dan orang awam bersetuju bahawa seseorang itu mengemis

kerana tidak mampu dan berupaya untuk bekerja.

Bagi soalan kedua pula, majoriti pelajar, peniaga dan orang awam bersetuju

bahawa seseorang itu mengemis kerana diabaikan oleh pihak keluarga.

Bagi soalan ketiga pula, bilangan orang awam yang bersetuju lebih tinggi

berbanding dengan pelajar dan peniaga bahawa seseorang itu mengemis kerana

peningkatan kos sara hidup masa kini.

Bagi soalan keempat, majoriti golongan peniaga bersetuju bahawa seseorang itu

mengemis kerana malas mencari pekerjaan.

Bagi soalan kelima, majoriti golongan pelajar tidak bersetuju bahawa seseorang

itu mengemis kerana tiada kelayakan akademik untuk memohon pekerjaan.

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

SOALAN BAHAGIAN D

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Berdasarkan kedua-dua graf bilangan responden yang bersetuju dan tidak bersetuju

terhadap

soalan-soalan di bahagian D , dapat disimpulkan bahawa :

Bagi soalan pertama, graf bar di atas menunjukkan majoriti pelajar,orang

awam dan peniaga bersetuju dengan pernyataan bahawa pengemis

menyusahkan masyarakat setempat .

Bagi soalan kedua, graf bar menunjukkan kebanyakkan orang

awam,pelajar dan peniaga bersetuju bahawa pengemis merosakkan imej

sesebuah negara.

Bagi soalan ketiga, graf bar menunjukkan hampir semua responden dari

kalangan orang awam,pelajar dan peniaga bersetuju bahawa pengemis

mengganggu suasana persekitaran.

Bagi soalan keempat, graf bar menunjukkan sebahagian besar responden

dari kalangan pelajar tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa pengemis

menjejaskan aktiviti perniagaan mereka manakala sebahagian besar

responden dari kalangan orang awam dan peniaga bersetuju bahawa

pengemis menjejaskan aktiviti perniagaan mereka.

Bagi soalan kelima, sebahagian besar orang awam dan peniaga bersetuju

bahawa pengemis mendorong orang lain untuk mengemis manakala

hampir semua responden dari kalangan pelajar tidak bersetuju bahawa

pengemis mendorong orang lain untuk mengemis .

SOALAN BAHAGIAN E

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Graf Jumlah Yang Bersetuju Lawan Nombor Soalan

Huraian:

Bagi soalan yang pertama, rata-rata golongan pelajar dan orang awam bersetuju

bahawa cara untuk mengatasi aktiviti mengemis ialah dengan menyedikan

peluang pekerjaan.

Bagi soalan yang kedua, golongan pelajar bersetuju dengan menyediakan kursus

kemahiran dan memberi modal perniagaan, masalah aktiviti pengemis dapat

dibanteras.

Bagi soalan yang ketiga dan keempat, rata-rata golongan pelajar bersetuju dengan

memberikan khidmat kaunseling dan motivasi serta menyediakan tempat tinggal

sementara, masalah aktiviti pengemis dapat dibanteras.

Bagi soalan yang keempat, kebanyakkan orang awam bersetuju bahawa aktiviti

pengemis dapat dibanteras dengan meningkatkan pemantauan dari pihak berwajib

dalam menangani gejala pengemis yang semakin menular.

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Graf Jumlah Yang Tidak Bersetuju Lawan Nombor Soalan

Huraian:

Bedasarkan graf di atas, rata-rata golongan awam tidak bersetuju bahawa dengan

menyediakan peluang pekerjaan, menyediakan kursus kemahiran dan memberi

modal perniagaan, memberi khidmat kaunseling, dan menyediakan tempat tinggal

sementara tidak dapat mengatasi aktiviti pengemis.

Bagi soalan yang kelima, kebanyakkan golongan pelajar tidak bersetuju dengan

meningkatkan pemantauan dari pihak berwajib dalam menangani gejala pengemis

dapat mengatasi masalah aktiviti pengemis.

RUMUSAN

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Hasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target utama dalam menjalankan kajian ini mendapati bahawa setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai isu pengemis jalanan ini.Setiap daripada individu yang ditemu bual dan yang melengkapkan borang soal selidik yang telah diedarkan mempunyai definasi yang berlainan mengenai pengemis dimana pelajar dan peniaga mendefinasikan pengemis sebagai orang yang tidak mempunyai tempat tinggal,orang yang meminta sedekah dan simpati atau belas kasihan daripada orang lain manakala para peniaga pula menggagap pengemis sebagai orang yang tidak mempunyai pekerjaan. Walaubagaimanapun, segelintir pelajar,peniaga dan orang awam tidak bersetuju mengenai definasi pengemis sebagai orang yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Berdasarkan kepada objektif kajian ini iaitu untuk mengenal pasti punca, kesan serta mencadangkan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah pengemis jalanan ini daripada terus menghantui semua pihak terutama sekali negara. Kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan persepi masyarakat mengenai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku mendapati bahawa kebanyakkan orang awam,pelajar dan peniaga bersetuju mengenai sebab seseorang itu mengemis iaitu kerana tidak mampu dan berupaya untuk bekerja,diabaikan oleh keluarga sendiri,peningkatan kos sara hidup dan disebabkan oleh sikapgolongan pengemis itu sendiri malas mencari pekerjaan. Namun,segelintir daripada masyarakat tidak bersetuju atas kenyataan bahawa punca seseorang itu mengemis adalah disebabkan oleh tiada kelayakan akademik untuk memohon sesuatu pekerjaan.

Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan aktiviti pengemis jalanan terhadap masyarakat. Kebanyakkan masyarakat bersetuju akan kenyataan yang menyatakan bahawa kesan aktiviti pengemis ini diantaranya menyusahkan masyarakat setempat, merosakkan imej sesebuah Negara, dan mengganggu suasana persekitaran. Hanya segelintir sahaja yang berpendapat bahawa aktiviti mengemis ini tidak menjejaskan aktiviti perniagaan serta tidak mendorong orang lain untuk mengemis.

Objektif yang terakhir adalah untuk mendapatkan cadangan daripada masyarakat mengenai cara untuk mengatasi aktiviti pengemis jalanan ini dan diantara cadangan yang dipersetujui untuk dilaksanakan bagi membenteras aktiviti ini daripada terus berleluasa adalah menyediakan peluang pekerjaan,venyediakan kursus kemahiran dan member modal perniagaan, member khidmat kaunseling dan motivasi serta menyediakan tempat tinggal selain daripada meningkatakan pemantauan daripada pihak berwajib akan aktiviti mengemis ini.

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

Akan tetapi,segelintir daripada masyarkat yang telah mengisi borang soal selidik tidak bersetuju dengan cadangan diatas dilakukan untuk mengatasi masalah ini akan sebab-sebab tertentu mereka yang mungkin berbeza daripada masyarakat yang bersetuju dengan langkah-langkah diatas.

Oleh yang demikian, selain daripada memperolehi persepi masyarakat terhadap masalah pengemis jalanan ini,kajian ini turut member impak yang besar bagi setiap ahli daripada kumpulan ini emasa menjalani kajian ini kerana ianya membuka mata dan pemikiran kami sebelum menjalankan kajian ini terhadap kehidupan sebenar pengemis yang betul-betul berada dalam kesusahan bukan hanya untuk mendapatkan smpati daripada orang lain malahan mengajar kami agar bersyukur dengan setiap pemberian dan nikamat pinjaman yang sementara ini digunakan sebaik mungkin.

PENUTUP

Syukur Alhamdulillah atas berkat rahmat serta izin Allah SWT kami dapat menyelesaikan proposal kajian ini tepat pada waktunya. Dalam pelaksanaan kajian ini, kami telah berusaha dengan sepenuh hati dan semaksima mungkin untuk memperoleh hasil yang sebaik-baiknya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perlaksanaan kajian ini terutamanya kepada pensyarah kursus kami iaitu Encik Ahmad Rafizi Bin Salleh atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang perlaksanaan kajian ini.Tidak lupa juga kepada semua ahli kumpulan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan. Mudah-mudahan dengan adanya proposal kajian ini dapat memberikan manfaat bagi semua pihak.

Sebagai penutup, dalam masyarakat terdapat pelbagai persepsi pro dan kontra mengenai keberadaan pengemis. Namun hendaknya diambil sikap positif untuk menyikapi hal ini dengan cara bersikap lebih peduli terhadap sesama dan dicari solusi agar masyarakat yang kekurangan mendapatkan kehidupan yang lebih baik sehingga mereka tidak perlu mengemis untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kerana tangan yang memberi tentu lebih baik daripada meminta. Akan tetapi dalam pelaksanaannya harus diseimbangkan antara keperluan duniawi dan keperluan spiritual. Selain itu perlu adanya motivasi dan penglibatan dari berbagai pihak sehingga dapat ditemukan solusi tepat untuk menyelesaikan permasalahan pengemis jalanan ini.

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

RUJUKAN

Ayu.2014.Hidup gelandangan di tengah kota. myMetro.12 Disember 14.12

Lim Huen.2014.Isu gelandangan:tenkuadnanreal Akan bersemuka dengan NGO #soupkitchen.Bernama.5 julai 2014.8

Hasbullah Faudzi.2014.Gelandangan di kota:Perkasakan masyrakat kita!.Buku tulisan kru UTAM

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewHasil kajian mengenai persepsi masyarakat di sekitar Bandaraya terhadap pengemis jalanan yang melibatkan orang ramai,pelajar dan peniaga yang menjadi target

LAMPIRAN

Berikut adalah lampiran hasil kajian kami di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang memuatkan borang soal-selidik , skrip temu bual dengan peniaga serta identiti beberapa orang pengemis yang sempat di temu bual :