wawasan 2020

10
CABARAN KETIGA MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT DEMOKRATIK YANG MATANG Cabaran ketiga ini memperlihatkan hasrat Wawasan 2020 untuk memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan sistem demokrasi Malaysia yang berorientasikan masyarakat dan berasaskan muafakat dan musyawarah. Cabaran ini merujuk kepada corak Kerajaan dan pentadbiran kerana sebuah kerajaan yang bersih dan mantap adalah amat penting di dalam perjalanan dan pembangunan sesebuah negara. Sebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang sah dan kukuh akan menghadapai kekacauan dan huru hara. Kita melihat bagaimana beberapa negara di dunia menjadi kucar-kacir akibat tidak ditadbir oleh kerajaan yang kuat dan diterima oleh rakyat. Kerajaan adalah payung yang melindungi rakyat. Kerajaan memegang teraju dan menentukan perjalanan negara. Kestabilan kerajaan adalah sesuatu yang amat diperlukan di dalam usaha kita untuk menuju taraf negara maju. Oleh kerana itulah, Malaysia perlu mempunyai kerajaan yang kuat yang dapat melindungi dan meninggikan taraf hidup rakyat. Kita berpegang kepada sistem demokrasi kerana kita yakin bahawa ia adalah sistem yang terbaik. Rakyat Malaysia amat mengharapkan yang kemurnian demokrasi di negara ini akan terus terpelihara. Rakyat diberi hak untuk memilih Kerajaan kerana kita ingin memelihara hak sebagai warga negara Malaysia yang berdaulat. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang adalah cita-cita kita bersama. Dengan sistem demokratik yang matang bererti rakyat memiliki kebebasan dalam memilih kerajaan yang akan memegang teraju pemerintahan negara. Rakyat juga memiliki kebebasan untuk melahirkan pendapat dan idea. Kematangan di sini menunjukkan bahawa idea yang disuarakan oleh rakyat itu pula

Upload: wida-wasli

Post on 19-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

peranan guru

TRANSCRIPT

CABARAN KETIGA

MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT

DEMOKRATIK YANG MATANG

Cabaran ketiga ini memperlihatkan hasrat Wawasan 2020 untuk memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan sistem demokrasi Malaysia yang berorientasikan masyarakat dan berasaskan muafakat dan musyawarah.

Cabaran ini merujuk kepada corak Kerajaan dan pentadbiran kerana sebuah kerajaan yang bersih dan mantap adalah amat penting di dalam perjalanan dan pembangunan sesebuah negara. Sebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang sah dan kukuh akan menghadapai kekacauan dan huru hara. Kita melihat bagaimana beberapa negara di dunia menjadi kucar-kacir akibat tidak ditadbir oleh kerajaan yang kuat dan diterima oleh rakyat. Kerajaan adalah payung yang melindungi rakyat. Kerajaan memegang teraju dan menentukan perjalanan negara. Kestabilan kerajaan adalah sesuatu yang amat diperlukan di dalam usaha kita untuk menuju taraf negara maju.

Oleh kerana itulah, Malaysia perlu mempunyai kerajaan yang kuat yang dapat melindungi dan meninggikan taraf hidup rakyat. Kita berpegang kepada sistem demokrasi kerana kita yakin bahawa ia adalah sistem yang terbaik. Rakyat Malaysia amat mengharapkan yang kemurnian demokrasi di negara ini akan terus terpelihara. Rakyat diberi hak untuk memilih Kerajaan kerana kita ingin memelihara hak sebagai warga negara Malaysia yang berdaulat.

Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang adalah cita-cita kita bersama. Dengan sistem demokratik yang matang bererti rakyat memiliki kebebasan dalam memilih kerajaan yang akan memegang teraju pemerintahan negara. Rakyat juga memiliki kebebasan untuk melahirkan pendapat dan idea. Kematangan di sini menunjukkan bahawa idea yang disuarakan oleh rakyat itu pula adalah idea yang matang dan bernas. Kematangan juga bererti rakyat menyuarakan sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab, dengan fikiran yang waras dan berlandaskan kepada kebenaran. Mereka menyuarakan sesuatu hanya setelah berfikir dengan teliti dan rasional dan sentiasa mengutamakan kepentingan golongan terbanyak.

Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasi mereka dengan cara yang sewajarnya. Mereka sentiasa peka akan keadaan di sekeliling dan sentiasa berusaha agar semua rakyat dilindungi. Jika ada sesuatu bantahan maka bantahan itu disampaikan dengan cara yang bersopan dan berbudaya. Sepertimana mereka mahukan pendapat mereka didengar dan dihormati mereka juga bersedia untuk mendengar dan menghormati fikiran orang lain. Masyarakat dikatakan telah matang dengan adanya sikap bertolak ansur dan bertoleransi sesama sendiri. Dengan kematangan ini tidak akan wujud kumpulan-kumpulan pelampau yang menuntut sesuatu dengan menggunakan kekerasan. Sifat-sifat kesederhanaan menjadi amalan masyarakat.

Di dalam perkataan Dr. Mahathir Sesebuah negara atau masyarakat hanya akan selamat dan stabil jika rakyatnya mempunyai sifat-sifat kesederhanaan. Kita harus ingat bahawa dalam mana-mana masyarakat pun tidak ada sesiapa yang akan mendapat semua kehendak hatinya. Sudah tentu ada pihak yang tidak puas hati dengan tuntutan pihak lain. Dengan itu perselisihan faham akan berlaku. apatah lagi dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Jika ada sikap yang rasional serta perasaan bertanggungjawab dan bertimbangrasa, maka perbezaan pendapat tidak akan membawa rusuhan. Sebaliknya akan wujud kesanggupan untuk bertolak ansur. (Perutusan Tahun Baru 1992)

Rakyat yang demokratik tidak membiarkan negara diperintah dengan cara kuku besi dan sentiasa berusaha agar setiap rakyat dilindungi. Unsur demokrasi di dalam masyarakat Melayu terlihat di dalam pepatah yang berbunyi Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Oleh itu setiap orang tidak seharusnya membiarkan sesuatu kezaliman berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sebarang tindakan yang diambil untuk membetulkan pemimpin tidak boleh diambil dengan cara yang melanggar peraturan negara. Kedaulatan undang-undang perlu dipelihara. Setiap rakyat harus menghormati hak-hak yang telah dipersetujui bersama yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia kerana perlembagaan itulah tonggak yang menegakkan negara.

Sikap bertolak ansur antara kaum mesti diteruskan. Di dalam konteks ini, Perdana Menteri, Dr. Mahathir sering menekankan bahawa demokrasi bukanlah bererti kebebasan yang tidak terbatas. Beliau berkata Demokrasi hanya boleh hidup, boleh mendatangkan kemajuan, kalau kita tahu menggunakan hak kita sebagai rakyat yang berpegang kepada demokrasi. (Ucapan ketika melancarkan Gerakan Semarak di Lubuk Jong, Pasir Mas, Kelantan pada 6 Mac 1988)

Memetik kata-kata Dato Seri Dr. Mahathir, Kita perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab kita menurut kehendak Perlembagaan, samada yang berhubung dengan politik,kewarganegaraan, peluang-peluang sosio ekonomi, bahasa, agama atau berkaitan dengan kuasa Kerajaan Pusat dan Negeri. Kita semua telah berikrar untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab ini bila kita mencapai persetujuan dahulu. Ikrar yang dibuat ini mesti ditunaikan sepenuhnya dengan ikhlas dan jujur (Ucapan di Majlis Makan Malam anjuran Kelab Harvard Malaysia, Kuala Lumpur, pada 31 Januari, 1992)

Ini bererti rakyat merasa komited untuk menjamin kestabilan negara. Pemimpin yang demokratik juga bersedia menerima teguran dan sanggup bertindak mengikut pendapat yang bernas dalam usahanya untuk menjayakan Wawasan 2020. Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan adalah hasil kesanggupan Kerajaan membentuk pendekatan-pendekatan berdasarkan cadangan-cadangan baru dari dalam dan luar Kerajaan.

Sikap terbuka Kerajaan akan diteruskan tetapi Kerajaan juga tidak akan lupa akan tanggungjawab terutamanya mengenai keselamatan dan kestabilan negara. Orang asing tidak berhak menentukan apa yang baik untuk negara ini. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang berhak dan mereka boleh menyarankan pendirian mereka dengan cara yang tertib khususnya melalui proses pilihanraya yang diperuntukkanoleh Perlembagaan. Walau bagaimanapun kita merasa agak kesal bila mengetahui masih ramai rakyat negara ini yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Kita merasa hairan kerana peratus rakyat yang keluar mengundi adalah rendah. Hal ini amat mendukacitakan kerana di sesetengah negara rakyat bermati-matian dan terpaksa bertumpah darah untuk mendapat hak mengundi. Di negara-negara lain rakyat terpaksa menempuh huru-hara bila diadakan pilihanraya. Seseorang rakyat yang keluar mengundi terpaksa pula menghadapi berbagai risiko. Malah ada yang terkorban di tengah jalan. Kita patut bersyukur yang keadaan sedemikiantidak berlaku di negara kita. Kita tidak perlu bersusah-payah untuk mendaftar sebagai pemilih. Malah ada gerakan melawat dari rumah ke rumah untuk mendaftar pemilih baru. Bila tiba hari mengundi kita akan dijemput dengan kereta hingga ke pintu pagar. Namun begitu masih ramai yang tidak mendaftar dan masih ramai yang tidak mahu keluar mengundi. Ini adalah realiti yang menyedihkan.

Demokrasi dianggap sebagai sistem yang terbaik untuk menjamin kesejahteraan rakyat kerana pemimpin rakyat di negara yang demokratik sebenarnya terdiri dari rakyat sendiri, Pemimpin juga adalah rakyat yang telah dipilih oleh rakyat untuk memimpin. Mereka adalah rakyat yang telah dipilih oleh rakyat hanya untuk mewakili rakyat. Untuk bekerja bagi kepentingan rakyat supaya rakyat di negara ini dapat hidup lebih bahagia.

Mengikut Dr. Mahathir demokrasi dipilih kerana kerajaan yakin akan kematangan rakyat untuk memilih kerajaan. Kita telah memilih demokrasi sebgai dasar pemerintahan negara kita. Kita percaya rakyat bijak menentukan pilihan.Rakyat boleh dipercayai untuk menggunakan hak untuk memilih pemimpin-pemimpin yang boleh berkhidmat kepada mereka. Sebab itu kita dapat mendirikan kerajaan yang sentiasa memikirkan tentang kepentingan rakyat. (Ucapan di pelancaran Gerakan Semarak, Kelantan, 6 Mac 1988).

Mewujudkan Masyarakat Demokratik yang matang adalah penting untuk menjamin kestabilan negara. Dr. Mahathir mengingatkan Kalau di negara kita ini asyik berlaku kekacauan politik maka kerajaan tidak dapat menumpukan masa untuk mempertingkatkan kemajuan. Kitalah yang akan rugi. Oleh itu sistem demokrasi dan kemulian demokrasi haruslah dipelihara dengan sebaik-baiknya.

CABARAN KEEMPAT

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKATYANG BERMORAL DAN BERETIKA

Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang mampan. Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan ini bukanlah di bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri sering menjelaskan bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi, maruah dan martabat sebagai suatubangsa yang dihormati.

Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Di kota-kota besar, termasuk di Kuala Lumpur terdapat krisis moral yang membimbangkan. Oleh yang demikian kemajuan sesuatu bangsa tidak dapat diukur dari segi kebendaan semata-mata. Dr. Mahathir menerangkan Sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohaniah.

Negara kita sedang menjalankan berbagai usaha bagi mencapai Wawasan 2020. Generasi muda menjadi golongan yang terpenting kerana merekalah yang akan mewarisi negara ini sebagai pemimpin dan sebagai penyumbang kepada kemajuannya. Segalanya akan gagal jika mereka tidak bersedia untuk menerima dan meneruskan tanggungjawab ini. Oleh itu adalah amat membimbangkan andainya masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, masalah ponteng sekolah, penagihan dadah dan berbagai kejadian jenayah juvana tidak dapat dibendung dengan segera. Segala perancangan dan cita-cita negara akan gagal jika sekiranya kita tidak dapat mengatasi dan menghapuskan keruntuhan akhlak dan hakisan nilia-nilai murni yang sedang berlaku di kalangan rakyat terutama golongan remaja.

Tercapai atau tidaknya cita-cita untuk membina negara maju terletak di bahu rakyat sendiri. Cita-cita ini hanya dapat dicapai jika setiap rakyat bersedia untuk bekerja dengan rajin,jujur berdisplin dan amanah. Segalanya akan gagal jika rakyat tidak rajin dan berdisplin. Tanpa sifat-sifat jujur dan amanah akan berlaku tipu menipu, yang satu cuba menjatuhkan dan merosakkan yang lain.

Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan Wawasan 2020. Berjaya atau tidaknya Wawasan ini bergantung kepada kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Kejayaan Wawasan tidak hanya bergantung kepada kecanggihan teknologi atau kesempurnaan sesuatu sistem yang diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang canggih akan gagal jika rakyat tidak mengamalkan nilai-nilaimurni seperti kejujuran, kerajinan, berdisplin, amanah dan sebagainya.

Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai dan sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama akan membantu pemupuk budaya dan membina bangsa. Nilai dan sikap positif harus diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara memberi penekanan kepada faktor pembangunan manusia. Kita memberi penekanan kepada sistem keluarga kerana keluarga yang sejahtera adalah asas kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera. Anak-anak yang terdidik di dalam suasana keluarga yang penyayang akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilai-nilai positif, memiliki keyakinan diri dan mewarisi sifat-sifat yang murni.

Dr. Mahathir memberi penekanan kepada kepentingan nilai-nilai murni di dalam menjayakan Wawasan. Kita harus sedar akan betapa pentingnya kita mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang boleh menjayakan kita. Berjaya atau tidaknya seseorang, atau satu kaum, atau satu bangsa bergantung kepada sifat-sifat yang ada kepada individu, kaum ataupun bangsa itu. Jika pihak-pihak ini tidak rajin, tidak jujur, tidak mempunyai pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang mulia, mereka tetap akan gagal.

Etika merupakan tingkah laku atau perangai yang boleh dibandingkan dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat terbina di atas tiga unsur iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Untuk membentuk etika yang baik mestilah seseorang itu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk dan seterusnya dihayati bagi melahirkan individu yang dinamik dan dapat meningkatkan hasil kerja yang cemerlang.

Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap amal ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi ganjaran pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan Islam kerana jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan supaya membetulkan saf-saf. Kemajuan tercapai bila anggota masyarakat terdidik dan menjalankan hidupnya dengan berperaturan atau displin. Menghormati dan mengurus waktu dengan sempurna adalah juga ciri penting di dalam Islam. Dengan moral dan etika yang tinggi terbentuklah masyarakat yang berbudaya tinggi yang mengutamakan kejujuran, displin, etika kerja, kegigihan, daya tahan, daya saing, adil, berbudi, produktiviti, kecemerlangan, musyawarah, muafakat, demokratis, adil, berbudi, kebajikan, penyayang, nilai kekeluargaan, bertanggungjawab dan apa saja nilai yang positif dan dinamik. Islam juga percaya bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan ia suka kepada segala yang baik dan ia benci pada segala yang buruk.

Dengan masyarakat yang bermoral dan beretika bangsa Malaysia akan mempunyai identiti yang sendiri yang dapat dicontohi oleh seluruh dunia. Negara Malaysia akan menjadi maju dari segi ekonomi dan berkualiti dan menghayati satu set nilai universal, yang memungkinkan kewujudan warganegara yang maju dalam bidang kerohanian dan kejiwaan. Kita sedang menjalankan berbagai usaha untuk membina negara maju. Sebagai negara berbilang kaum kita boleh memilih beberapa nilai-nilai bersama yang penting seperti toleransi, berdisplin, hormat-menghormati.

Sistem keluarga adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika. Di samping itu Dasar Pendidikan Kebangsaan juga diasaskan kepada hasrat yang sama. Falsafah Pendidikan memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Negara mementingkan kemajuan potensi insan yang seimbang dan harmonis. Generasi muda tidak sahaja didedahkan dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguasai aspek kemahiran tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Generasi penerus ini harus menerima pendidikan yang berkualiti, dan disepadukan pembentukan akal-fikir, nilai-budi dan keterampilannya. Mereka akan memiliki keupayaan bersaing di segenap bidang yang melibatkan pembangunan dan kemajuan. Mereka ini diharapkan akan dapat memerangi dan mencegah perkara-perkara yang boleh meruntuhkan kemuliaan dirinya.

Di dalam membina masyarakat bermoral dan beretika ini kita menghadapi berbagai ancaman. Teknologi komunikasi yang canggih menyebabkan kita menerima beberapa maklumat dari luar negeri. Teknologi dan pelaburandari luar negara mempunyai unsur-unsur yang negatif. Di dalam negeri pulaada beberapa golongan yang mengeksploitasikan pembangunan ekonomi yang pesat untuk mencari kekayaan sendiri tanpa mengambil kira apakah kesannya kepada generasi muda dan golongan yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Di samping itu ada juga ancaman dari dalam diri setiap individu itu sendiri. Manusia sentiasa lemah untuk mempertahankan diri dari unsur negatif sehingga Islam menganggap melawan kecenderungan kepada keburukan itu sebagai jihad yang besar. Kisah dalam sejarah Islam ada menyebut tentang kepulangan masyarakat Islam ke Madinah setelah menang di medan perang. Mereka melaung-laungkan Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar (peperangan kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar (peperangan besar). Mengapa mereka mengatakan mereka akan menghadapi peperangan yang lebih besar sedangkan mereka kembali ke kota yang aman? Sebenarnya peperangan besar yang mereka maksudkan ialah satu faktor yang akan menghalang usaha ke arah kebaikan dan faktor itu ialah hasutan yang datangnya dari jiwa kita sendiri, yang sentiasa menghasut kita agar kita melakukan perkara-perkara yang buruk yang counter-produktif terhadap usaha-usaha murni yang dilakukan oleh keluarga dan kerajaan.

Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama, budaya dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga, institusi-institusi sosial seperti sekolah dan tempat bekerja. Masyarakat harus membantu segala usaha untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam menjayakan Wawasan 2020.