warisan bangunan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman

1
Warisan bangunan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman seperti Muzium Daerah Dungun. Sungguhpun begitu, generasi pada masa kini semakin memandang sepi terhadapnya kerana tahap kesedaran mereka terlalu rendah terhadap kepentingan warisan tinggalan ini. Antara kepentingan memelihara warisan bangunan ini adalah menjadi daya tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun luar negara. Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan ciptaan masyarakat terdahulu. Senario ini dapat dibuktikan melalui pameran artifak dan monument tinggalan sejarah dimana boleh meningkatkan aktiviti pelancongan. Di samping itu, nilai seni dan estetika juga berupaya dikekalkan. Bangunan-bangunan lama seperti Muzium Daerah Dungun yang dikaji mempunyai nilai seni yang tinggi dan tidak terdapat pada bangunan-bangunan sekarang. Seni binanya sangat unik dan indah serta menggambarkan cita rasa arkitek pada ketika itu. Oleh itu, bangunan-bangunan lama ini mungkin menjadi sumber inspirasi kepada arkitek baharu untuk membina bangunan-bangunan yang bukan sahaja indah malah mempunyai nilai seni yang sangat mengagumkan. Justeru, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan bangunan tinggalan sejarah ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas .

Upload: noor-faizah

Post on 07-Jul-2016

249 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pt3 sej

TRANSCRIPT

Page 1: Warisan Bangunan Merupakan Khazanah Penting Yang Telah Diwarisi Sejak Zaman

Warisan bangunan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman seperti Muzium Daerah Dungun.  Sungguhpun begitu, generasi pada masa kini semakin memandang sepi terhadapnya kerana tahap kesedaran mereka terlalu rendah terhadap kepentingan warisan tinggalan ini.

      Antara kepentingan memelihara warisan bangunan ini adalah menjadi daya tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun luar negara.  Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan ciptaan  masyarakat terdahulu.  Senario ini dapat dibuktikan melalui pameran artifak dan monument tinggalan sejarah dimana boleh meningkatkan aktiviti pelancongan.

           Di samping itu, nilai seni dan estetika juga berupaya dikekalkan.  Bangunan-bangunan lama seperti Muzium Daerah Dungun yang dikaji mempunyai nilai seni yang tinggi dan tidak terdapat pada bangunan-bangunan sekarang.  Seni binanya sangat unik dan indah serta menggambarkan cita rasa arkitek pada ketika itu.  Oleh itu, bangunan-bangunan lama ini mungkin menjadi sumber inspirasi kepada arkitek baharu untuk membina bangunan-bangunan yang bukan sahaja indah malah mempunyai nilai seni yang sangat mengagumkan.

Justeru, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan bangunan tinggalan sejarah ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.