wanita dan agama.ppt

Upload: anonymous-cqcwq2

Post on 09-Mar-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • WANITA ISLAM DAN KERJAYANUR SYAHIRA BT MOHD YUSOFD20101039195SITI NUR ATIKAH BT MOHD NORD20101039200SITI AISYAH BT ABDULLAH SANID20101039159MOHD HUSAIRI B SAADD20101039210MUHAMAD FIKRIBILLAH BIN KAMARUL ZAMAN D20101039243

  • SIAPAKAH WANITA.? Wanita adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang dihiasi dengan sifat-sifat mulia. Dijadikan dari jiwa yang satu dan dari tanah yang sama dengan kaum lelaki. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud "Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang mencipta kamu dari jiwa yang satu dan daripadanya (Allah) menciptakan isterinya". (An-Nisa 4:1).

    Mereka bersifat pemalu, cantik, lemah lembut, penyantun dan halus perasaan, sesuai dengan sifat-sifat mereka sebagai wanita. Mereka merupakan ibu, pendidik dan isteri, yang mana nantinya suami akan merasa tenang dan bahagia di samping mereka. Ketenangan dan kebahagiaan ini akan membawa kepada kebahagiaan individu dan seterusnya kepada kebahagiaan masyarakat dan negara.

  • KEDUDUKAN WANITA PADA ZAMAN JAHILIYAH ARABPada zaman jahiliyah, wanita mendapat penghormatan yang amat sedikit sekali dan selalu dianiayai.

    Beberapa contoh perlakuan paling kejam ialah menguburkan bayi hidup-hidup. Bayi perempuan di kalangan Arab zaman jahiliyah amat menyedihkan dan sangat hina. Banyak kes penguburan hidup-hidup bayi yang tidak berdosa.

  • Allah S.w.t berfirman yang maksudnya,Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Surah An Nahl : Ayat 58

    Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. Surah An Nahl : Ayat 59

  • Wanita juga bertindak bengis terhadap anak perempuan di zaman jahiliyah seperti yang dilakukan oleh lelaki. Menurut Ibnu Abbad, wanita di zaman jahiliyah ada yang bila mengandung, ia menggali lubang dan berbaring di tepinya. Apabila lahir bayi perempuan, ia akan mencampakkannya ke dalam lubang tersebut dan menanamnya hidup-hidup, tetapi apabila bayi lelaki yang lahir maka ia pun membiarkannya hidup.

  • Menurut Qatadah, suku Mudlar dan Khuzaah menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup dan yang paling kejam antara mereka ialah dari Bani Tamim. Mereka takut tertindas.Penghinaan terhadap wanita di zaman jahiliyah Arab bukan hanya terbatas kepada penguburan bayi hidup-hidup, tetapi kehinaan itu meliputi seluruh segi kehidupan mereka, seperti wanita dijadikan hamba seks, hamba abdi yang boleh diperintahkan apa saja dan tidak mempunyai apa-apa hak.

  • KEDUDUKAN WANITA SELEPAS KEDATANGAN ISLAM Kedatangan Islam telah merubah segala penghinaan, penindasan dan kezaliman yang dilakukan kepada kaum wanita. Islam telah mengangkat martabat wanita, mengembalikan kedudukannya, dimuliakan, dikembalikan haknya yang telah dirampas dan diiktiraf oleh lelaki dalam kehidupan. Wanita juga diberikan kedudukan yang sama sebagai individu dalam masyarakat. Menurut Islam yang membezakan manusia bukan lelaki atau wanita, tetapi ketakwaan kepada Allah Taala adalah pengukurnya seperti firman Allah:

  • Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal - Surah al-Hujurat, 49:13

  • Islam meletakkan wanita dalam tiga kategori penting mengikut keupayaannya iaitu sebagai ibu, isteri dan anak perempuan. Ibu diletakkan di tempat paling tinggi selepas Allah dan RasulNya. Bagi wanita Islam yang berkahwin, mereka mempunyai hak-hak tersendiri sepanjang perkahwinannya sama seperti lelaki serta masing-masing mempunyai tanggungjawab dan peranan terhadap keluarga dan masyarakat . Sebagai seorang Islam, wanita perlu mempunyai penghayatan Islam yang jelas dan keimanan yang kukuh supaya dapat dimanifestasikan keimanan dan jiwa Islam itu dalam ibadah, akhlak, pergaulan, pekerjaan dan segala aktiviti dalam kehidupannya.

  • Ini penting supaya wanita tetap menjaga maruah dan kehormatan dirinya dari kaca mata Islam seperti sentiasa menjaga aurat, menjaga tutur kata dalam pergaulan, menjauhkan segala yang mendekatkan diri wanita kepada zina, bersikap positif dan berdaya saing sesuai dengan kesucian dan kemuliaan agama Islam.

  • KEDUDUKAN WANITA PADA ZAMAN KINIMartabat wanita pada zaman kini sudah setaraf dengan kaum lelaki.Ini kerana jika dilihat di kebanyakan universiti negara kita sekarang, rata2 nya dipenuhi oleh kaum wanita. Maka tidak mustahil lah suatu masa nanti akan semakin banyak isteri berkerjaya sedangkan suami menjadi suri rumah, yang mana telah pun wujud sekarang.

  • Keadaan ini adalah begitu bertentangan sekali dengan lumrah hidup manusia sendiri iaitu dari dahulu lagi , orang lelaki yang mencari rezeki sedangkan perempuan jaga rumah dan anak2. Keadaan yang mula berubah sekarang adalah satu rekod sejarah, kerana tidak pernah berlaku di zaman dahulu.

  • WANITA DAN KERJAYAKebanyakan wanita pada zaman sekarang sudah pandai berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kaum lelaki.Kini, kita dapat melihat wanita banyak mendominasi dalam pelbagai sektor pekerjaan awam mahupun swasta.

  • Islam tidak menghalang wanita untuk melakukan pekerjaan di luar rumah sekiranya ia merupakan keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    Malahan Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam.

  • Wanita bekerja biasanya membantu keluarga & penglibatan mereka tidak menimbulkan masalah kerana dalam budaya masyarakat Malaysia tugas-tugas di luar rumah sudah menjadi perkara biasa dan sangat diharapkan bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga yang nyata memerlukan sumber kewangan lebih.

    Secara lazimnya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir keluarga serta melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu

  • Faktor pertama yang menyebabkan wanita bekerja ialah pendidikan yang mereka miliki dan keinginan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara total.Tidak dapat disangkal lagi wanita yang bekerja dapat mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dan dalam masa yang sama mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

  • Bagi falsafah barat, Prof. Samuel Smiles di dalam bukunya Akhlak: Sesungguhnya undang-undang menentukan bahawa kaum wanita harus keluar bekerja di pejabat-pejabat, dan di industri-industri, meskipun telah menghasilkan kekayaan, akan tetapi kesudahanya amat buruk dan merobohkan kerukunan hidup rumahtangga. Sebab dia telah menentang struktur rumahtangga, mengancam kerukunan kekeluargaan, serta mengoyak-goyak pertalian kemasyarakatan.

  • Apabila kita memperbolehkan wanita bekerja, maka wajib diikat dengan beberapa syarat, yaitu:1. Hendaklah pekerjaannya itu sendiri disyariatkan. Ertinya, pekerjaan itu tidak haram atau mendatangkan sesuatu yang haram, seperti wanita yang bekerja untuk melayani lelaki bujang atau menjadi penari yang merangsang nafsu hanya demi mengaut keuntungan duniawi, atau bekerja di bar-bar untuk menghidangkan minum-minuman keras padaha Rasulullah saw. telah melaknat orang yang menuangkannya,membawanya, dan menjualnya. Atau menjadi pramugari di kapal terbang dengan menghidangkan minum-minuman yang memabukkan bepergian jauh tanpa disertai mahram bermalam di negeri asing sendirian. yang diharamkan oleh Islam, baik yang khusus untuk wanita maupun khusus untuk laki-laki, ataupun untuk keduanya.

  • 2. Memenuhi adab wanita muslimah ketika keluar rumah, dalam berpakaian, berjalan, berbicara, dan melakukan gerak-geri. "... dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ..." (an-Nur: 31 ) "... Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik" (al-Ahzab 32)

  • 3. Janganlah pekerjaan atau tugasnya itu mengabaikan kewajiban-kewajiban lain yang tidak boleh diabaikan, seperti kewajiban terhadap suaminya atau anak-anaknya yang merupakan kewajiban pertama dan tugas utamanya.

  • KESIMPULANPeranan wanita dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun, perubahan masa menjadikan kedudukan wanita menjadi semakin penting. Akibatnya ia memberi kesan kepada struktur sosial, ekonomi, politik dan bahkan kepada institusi keagamaan.Kaum wanita sendiri terutamanya yang telah berumahtangga mestilah bijak menguruskan masa dan sentiasa menghormati tuntutan agama. Kaum lelaki pula seharusnya bertimbangrasa dan sama-sama bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana bahagia dalam rumahtangga kerana keluarga bahagia negara sejahtera.