wanita melayu, kesedaran pendidikan dan pembentukan

24
WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN Mahani Musa* Pengenalan Mengimbas kembali sejarah perkembangan pendidikan di kalangan kaum wanita sejak sebelum Perang Dunia Kedua khususnya wanita Melayu membawa kepada beberapa persoalan dan penemuan menarik. Benarkah ibu bapa Melayu, sebagaimana dakwaan pegawai-pegawai kolonial British, merupakan kelompok yang secara umumnya bersikap pasif terhadap sebarang usaha pihak British membawa pemodenan dalam pendidikan di negara ini? Apakah pula penjelasan yang harus diberikan terhadap prinsip "lelaki sebagai pencari rezeki utama" lalu harus diberi lebih peluang untuk mendapatkan pendidikan berbanding kaum wanita yang dikesan dalam laporan pendidikan yang dikeluarkan oleh pihak kolonial? Apakah pula penjelasan sejarah yang harus diberikan terhadap usaha segelintir wanita Melayu menggerakkan emansipasi di kalangan kaum sejenis melalui karya mereka sarna ada dalam bentuk cerpen, dan cerita, dan seruan-seruan dalam majalah dan akhbar sejak dekad pertama abad ke-20 yang lalu? Bagaimana keupayaan wanita Melayu menuntut ilmu ke Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan wanita Melayu yang menjadi doktor wanita pertama di negara ini pada dekad tersebut harus dinilai dalam sejarah negara ini? Dengan menumpukan kepada zaman sebelum Perang, dan selepas Perang dan Merdeka, persoalan-persoalan terse but akan dirungkai bagi meninjau semula kedudukan dan pencapaian kaum wanita khususnya wanita Melayu dalam konteks pendidikan dan pembentukan negara Malaysia moden. Pendidikan dan Emansipasi Wanita Sebelum Perang Dunia Kedua Frank Swettenham merupakan an tara pentadbir British yang pemah mengulas tentang sikap kaum Melayu terhadap pendidikan anak perempuan. Menurut Swettenham, oleh kerana orang Melayu amat terikat kepada adat, dan berikutan dengan itu sangat mengongkong kehidupan anak-anak perempuan mereka, maka pendidikan yang perlu diberikan atau yang diperiukan oleh kanak-kanak perempuan Melayu hanyalah sedikit sahaja. 1 Pengkaji dan sejarawan terkemudian memperincikan lagi tanggapan Swettenham. Manderson, misalnya, mencatat sikap prejudis orang Melayu bahawa sekolah menjadi tempat penyebaran agama kristian, percampuran bebas lelaki dengan perempuan, ibu bapa Dr. Mahani Musa ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Frank Swettenham, The Real Malay, London: John Lane, 1899, him. 272

Upload: haanh

Post on 31-Dec-2016

314 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

Mahani Musa*

Pengenalan

Mengimbas kembali sejarah perkembangan pendidikan di kalangan kaum wanita sejak sebelum Perang Dunia Kedua khususnya wanita Melayu membawa kepada beberapa persoalan dan penemuan menarik. Benarkah ibu bapa Melayu, sebagaimana dakwaan pegawai-pegawai kolonial British, merupakan kelompok yang secara umumnya bersikap pasif terhadap sebarang usaha pihak British membawa pemodenan dalam pendidikan di negara ini? Apakah pula penjelasan yang harus diberikan terhadap prinsip "lelaki sebagai pencari rezeki utama" lalu harus diberi lebih peluang untuk mendapatkan pendidikan berbanding kaum wanita yang dikesan dalam laporan pendidikan yang dikeluarkan oleh pihak kolonial? Apakah pula penjelasan sejarah yang harus diberikan terhadap usaha segelintir wanita Melayu menggerakkan emansipasi di kalangan kaum sejenis melalui karya mereka sarna ada dalam bentuk cerpen, dan cerita, dan seruan-seruan dalam majalah dan akhbar sejak dekad pertama abad ke-20 yang lalu? Bagaimana keupayaan wanita Melayu menuntut ilmu ke Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan wanita Melayu yang menjadi doktor wanita pertama di negara ini pada dekad tersebut harus dinilai dalam sejarah negara ini? Dengan menumpukan kepada zaman sebelum Perang, dan selepas Perang dan Merdeka, persoalan-persoalan terse but akan dirungkai bagi meninjau semula kedudukan dan pencapaian kaum wanita khususnya wanita Melayu dalam konteks pendidikan dan pembentukan negara Malaysia moden.

Pendidikan dan Emansipasi Wanita Sebelum Perang Dunia Kedua

Frank Swettenham merupakan an tara pentadbir British yang pemah mengulas tentang sikap kaum Melayu terhadap pendidikan anak perempuan. Menurut Swettenham, oleh kerana orang Melayu amat terikat kepada adat, dan berikutan dengan itu sangat mengongkong kehidupan anak-anak perempuan mereka, maka pendidikan yang perlu diberikan atau yang diperiukan oleh kanak-kanak perempuan Melayu hanyalah sedikit sahaja. 1 Pengkaji dan sejarawan terkemudian memperincikan lagi tanggapan Swettenham. Manderson, misalnya, mencatat sikap prejudis orang Melayu bahawa sekolah menjadi tempat penyebaran agama kristian, percampuran bebas lelaki dengan perempuan, ibu bapa

Dr. Mahani Musa ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Frank Swettenham, The Real Malay, London: John Lane, 1899, him. 272

Page 2: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

takut kehilangan bantuan tenaga anak perempuan di rumah dan soal ketepatan masa untuk ke sekolah yang amat asing kepada ibubapa Melayu di samping anak perempuan sendiri di katakan tidak berminat untuk ke sekolah adalah merupakan antara faktor mengapa orang Melayu tidak berminat dengan pendidikan sekular. 2 Kenyataan Swettenham sebenarnya amat senada dengan catatan rasmi pihak kolonial yang menegaskan matlamat utama pendidikan yang dirancang pihak British untuk kaum wanita di negeri-negeri Melayu hanyalah setakat untuk menjadikan mereka suri rumah yang baik bagi lelaki Melayu yang baik.3 Stevenson dalam kajiannya menghujahkan bahawa pihak British, sejak dari awal penaklukannya di Tanah Melayu sehinggalah awal abad ke-20, sebenamya tidak berminat untuk memajukan pendidikan untuk anak -anak perempuan kerana aspek ini dianggap tidak mendatangkan apa-apa faedah dari segi ekonomi.4

Meskipun sikap dan prejudis orang Melayu tidak dapat dinafikan kebenarannya namun beberapa perkara lain harus juga diberi perhatian. Awang Had Salleh, misalnya, melihat salah satu sebab mengapa orang Melayu menanam prasangka terhadap pendidikan moden (sekular) yang cuba diperkenalkan oleh pihak British ialah berpunca daripada kegagalan pihak penjajah itu memahami citarasa orang Melayu. Memperkenalkan unsur baru (dari Barat) dalam satu amalan pendidikan yang telah diamalkan sejak sekian lama (mementingkan pendidikan al-Quran) tentulah tidak mudah diterima. 5 Sementelahan kebanyakan sekolah yang dibina oleh pihak kolonial pula terletak di kawasan bandar. Hal ini turut menghalang orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah lantas sekolah akhimya menjadi monopoli orang Melayu elit dan golongan kaya yang rata-rata menghuni kawasan bandar. Dari satu segi, orang Melayu dan wanita Melayu sendiri dikatakan tidak begitu terdesak untuk berubah kerana secara tradisinya hanya kaum lelaki dianggap sebagai pencari rezeki manakala ruang legar kaum wanita ialah alam rumahtangga.6 Alasan ini sebenamya turut dido kong oleh pihak British yang kelihatan lebih mengutamakan pembinaan sekolah lelaki kerana menganggap kaum lelaki sebagai pencari rezeki utama dan juga penyumbang utama kepada ekonomi kerajaan.7 Dengan alasan-alasan ini di samping sikap pihak British sendiri yang tidak berminat memperkembangkan pendidikan kanak-kanak perempuan, tidaklah luarbiasa apabila sehingga meletusnya Perang, pembinaan sekolah kanak-kanak perempuan sangatlah perlahanjika dibandingkan dengan sekolah lelaki. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menjelang tahun 1902, misalnya, hanya terdapat 12 buah sekolah perempuan: sepuluh di Perak dan dua buah di Selangor dengan jumlah murid berdaftar untuk keseluruhan sekolah tersebut hanyalah 234 orang.8

2 Lenore Manderson, "The Development and Direction of Female Education in Peninsular Malaysia", JMBRAS, Vol. 51, PI. 2, 1978, hIm. 106-107.

3 CO 717143/51898 Durbar of Rulers of FMS, 25 November 1939. 4 Rex Stevenson, Cultivators and Administrators: British Educational Policy Towards the Malays, 1875-1906,

London: Oxford University Press, 1975. 5 Awang Had Salleh, "Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah". Kertas Kerja Konvensyen Sejarah

Negeri Kedah, Kedah Darulaman, 1981, hIm. 16. 6 Caroline Rose Gerhold, "Factors Relating to Educational Opportunity for Women Residents of the Malay

Peninsular", Tesis Ph. D., Faculty of the Graduate School, Cornell University, 1971, hIm 70. 7 SUK Kedah 2076/1349 District Officer Baling, 8 December 1930 Establishment of a Malay Girls' School at

Baling. S Rex Stevenson, Cultivators and Administrators, hIm. 94.

2

Page 3: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WAN ITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

Secara umumnya, pendidikan kanak-kanak perempuan Melayu terbahagi kepada dua kelompok. Pertama, mereka yang mendapat pendidikan Inggeris yang jumlahnya sebelum 1 920-an amatlah kecil. Kelompok yang mendapat pendidikan Inggeris ini biasanya terdiri daripada anak-anak keluarga Melayu yang kaya yang menghuni kawasan bandar. Satu lagi kelompok datangnya daripada mereka yang mendapat pendidikan sekolah Melayu sehingga darjah lima dan enam dan kemudiannya dilantik sebagai pembantu guru selepas tamat sekolah. Kelompok ini biasanya terdiri daripada anak-anak elit kampung seperti penghulu, tuan tanah dan sebagainya.

Namun pada dekad pertama abad ke-20, masyarakat Melayu semakin memperlihatkan perubahan termasuklah pandangan mereka terhadap pendidikan anak­anak perempuan. Perkara ini tidak dapat dielakkan. Harper menghujahkan Perang Dunia Pertama, dan Kemelesetan Ekonomi telah memberi tekanan bam kepada ekonomi orang Melayu. Orang Melayu bukan sahaja berdepan ketakutan kehilangan tanah malah berdepan dengan hakikat bahawa di bandar, orang Cina mula diterima pihak British sebagai penggerak utama kepada perkembangan kapitalisme di Tanah Melayu.9 Bilangan mereka bukan sahaja bertambah ramai malah sekolah-sekolah Cina semakin bercambah. 1O Jurang budaya dan pendidikan antara orang Asia dengan orang Eropah semakin mengecil apabila orang­orang Asia semakin meniru dan menyesuai diri dengan aktiviti-aktiviti yang sebelum ini menjadi monopoli orang Eropah. Kepada pihak kolonial, aktiviti-aktiviti 'moden' ini temyata memudahkan us aha mereka mengagihkan kuasa sebagai langkah awal ke arah pembentukan suatu unit politik yang bersepadu namun dari segi yang lain, perkembangan ini sebenamya turut menjadi medan etnik-etnik berlainan mengasah kepimpinan politik." Di sinilah bermula titik peralihan besar dalam sejarah pendidikan wanita Melayu di negara ini, awalnya diperjuangkan oleh kelompok terpelajar Islam lulusan Timur Tengah di bandar dikenali sebagai "Kaum Muda," yang memperjuangkan 'pemodenan' Islam mengikut acuan mereka sendiri dan dilihat sebagai ancaman politik kepada pihak kolonial.

Perbincangan ten tang peranan wanita dan pemodenan sebenamya merupakan fenomena global yang memuncak pada 1930-an. Hal ini bukanlah perkara baru malah bagi golongan Kaum Muda yang terpengaruh dengan gerakan Turki Muda pada awal abad ke-2012

, idea pembaharuan termasuk membentuk 'wanita baru' (new women)l3 yang berkembang di Eropah pada abad ke-19 dan kemudiannya merebak ke Turki turut diserapkan

9 T. N. Harper. The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge University Press. 1999. him. 29.

10 Tan Liok Ee. The Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961. New York: Oxford University Press. 1997, him. 26. Di seluruh Tanah Melayu pada tahun 1938, misalnya, terdapat 996 sekolah Cina dengan bilangan murid seramai 86,147 orang di Tanah Melayu berbanding 788 buah sekolah Melayu dengan 56,904 bilangan murid.

II T. N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya. him. 27-30. 12 Gerakan Turki Muda bertujuan mewujudkan kerajaan sekular di Turki. 13 'Wanita baru' di sini bermaksud wanita yang meningkat kualiti hidupnya berbanding masa lalu. Walaupun

merupakan fenomena global namun tujuan dan ciri perubahan yang ditekankan adalah berbeza-beza, misalnya, ada yang melihat wanita baru itu perlu mengikut budaya dan bahasa Barat, cara berpakaian barat dan sebagainya. Tenninologi ini menampakkan pengaruh yang besar apabila buku dan majalah yang menggunakan jodol 'new women' muncul di seluruh dunia pada abad ke-19.

3

Page 4: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

dalam peIjuangan mereka. Keperluan kepada 'wanita baru' di negara-negaraAsia merupakan petanda merebaknya idea feminisme barat dan meninggalkan pengaruh yang besar kepada gerakan emansipasi negara-negara Asia dan Timur Tengah yang kebanyakannya digerakkan oleh reformis-reformis lelaki. 14 Namun bagi pengkaji seperti Kumari Jawardena, feminisme Barat tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemunculan perjuangan feminis di sebelah timur. Sebaliknya beliau menegaskan ciri-ciri feminisme sudah dapat dikesan lebih awal dalam masyarakat Asia dan perkembangannya banyak ditentukan oleh perkembangan sejarah yang turut merubah sikap dan pemikiran kaum wanitanya. 15 Penegasan ini agak selari dengan hujahan Rosnah Baharuddin yang melihat kecenderungan dan cara perjuangan feminisme di Negara Dunia Ketiga agak berbeza dengan apa yang berlaku di barat. Menurut Rosnah, di Malaysia, perjuangan ke arah mendapat hak wanita sebenarnya tidak diiringi oleh gerakan atau pembentukan persatuan pembebasan wanita yang jelas sebaliknya dikobar atau dirintis oleh golongan intelektuallelaki dan wanita melalui wacana dalam bidang penulisan. Di tangan intelektual dan pemikir termasuk golongan guru, wartawan dan penulis awal abad ke-20 inilah, feminisme mula teras a di negara ini - sekalipun istilah tersebut belum wujud namun semangatnya tetap ada. 16

Wanita Melayu yang celik huruf sebenamya telah berusaha menulis dengan cara dan buah fikiran tersendiri demi menyampaikan reaksi mereka terhadap peru bah an Tanah Melayu ke arah pemodenan. Meskipun jauh daripada berbau reformasi, tulisan-tulisan yang diminati seperti petua rumahtangga dan buku resepi sebenamya mengandungi aspirasi kaum wanita sendiri bahawa pemodenan yang dikejar tidaklah harus menghancurkan nilai-nilai mumi berhubung peranan wanita dalam alam rumahtangga. Idea ini sebenarnya tidakjauh berbeza dengan idea-idea yang disampaikan dalam majalah kelolaan kaum wanita dan' suara' wanita dalam majalah kelolaan lelaki pada dekad pertama abad ke-20. Salah satu buku petua rumahtangga yang popular dan dicetak beberapa kali ialah tulisan Sarifah Allwiah bt. Syed Teh Alhabshi berjudul Syair Nasihat Perempuan, yang diterbit pada 1903 dan dicetak kali kedua pada 1906. Antara lain, buku yang menggunakan kaedah bersyair ini memberi nasihat dan panduan kepada kaum wanita untuk menjadi wanita yang berguna kepada agama, keluarga dan negara. Antara perkara yang dibangkitkan dalam tulisan ini ialah tentang perlunya wanita Melayu menambah pengetahuan dengan membaca buku ilmu pengetahuan dan mendengar, tentang tatatertib wanita yang telah berkahwin dan yang belum berkahwin, tidak meninggalkan sembahyang, tahu memasak dan menguruskan rumahtangga dan sebagainya. 17

14 Contoh reformis lelaki yang memperjuangankan emansipasi wanita ialah Fukuzawa Yukichi dan Soho (zaman Meiji). ahli Turki Muda seperti Ziya Gokalp dan Ahmed Agaoglu. Kang Yu Wei dan Sun Yat Sen (reformis China abad ke- I 9 dan 20). Dr So Chae-p'il (Korea) dan Jose Rizal (Filipina).

15 Kumari Jayawardena, Feminism and Nationalism in the Third World. London; Zeds Book, 1994. him, 2, 16 Rosnah Baharudin, Wacana Wanita Melayu dan Sastera, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

2003, him, 16, 17 S,P 1321140 1l-l/19 Sarifah AIIwiah bl. Syed Teh Alhabshi 1906, Syair Nasihat Perempuan (edisi kedua),

Pulau Pinang: Criterion Ltd,

4

Page 5: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

Meskipun sekolah perempuan telah dibuka di beberapa buah negeri atas usaha golongan kerabat diraja dan elit serta orang perseorangan sejak penghujung abad ke-19, 18

namun kesedaran masyarakat Melayu tentang kepentingan pendidikan untuk anak-anak perempuan sebenamya banyak didokong oleh akhbar dan majalah Melayu pada awal abad ke-20, khususnya yang digerakkan oleh Kaum Muda, Majalah AI-Imam, sebuah majalah Islam moden yang diterbitkan di Singapura pada 1906 hingga 1908, misalnya, mengungguli majalah-majalah lain yang terbit pada waktu itu dalam memperkatakan hak wanita dan amat menyokong kepada pendidikan kaum wanita. 19 Namun pendidikan yang dituntut oleh majalah tersebut harus berdasarkan batas tertentu. Majalah tersebut yang turut dilanggani kaum wanita temyata bimbang sekiranya pendidikan yang diberikan kepada anak-anak perempuan kelak dan pergaulan lelaki dengan perempuan di sekolah bakal membawa keruntuhan akhlak yang akhimya menghancurkan masyarakat. 20 Kebimbangan ini terus kelihatan dalam akhbar-akhbar yang digerakkan oleh Kaum Muda yang terkemudian. Akhbar Saudara (terbit 1926-41), meskipun menggesa orang Melayu memberi pendidikan kepada anak-anak perempuan bukan setakat tahu membaca, menulis dan mengira, namun ada dalam kalangan pembacanya menyuarakan kebimbangan sekiranya kemajuan pendidikan akhimya mendorong kaum wanita menceburi bidang pekeIjaan kaum lelaki, dan tidak mahu berkahwin sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat Eropah kerana menganggap mereka sudah boleh berdikari dan tidak perlu bergantung kepada kaum lelaki. 21 Selain akhbar, kaum Muda turut menggunakan novel untuk menyedarkan masyarakat MeJayu tentang pentingnya memberi pendidikan kepada anak-anak perempuan sebagaimana yang diketengahkan dalam Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Puteri Nurul'ain karangan Sayyid Shaikh Al-Hadi.22 Meneliti seruan-seruan Kaum Muda sarna ada dalam akhbar, majalah dan juga karya sastera mereka, pengkaji seperti Manderson berpendapat emansipasi yang dimahukan oleh Kaum Muda sebenarnya agak terbatas -wanita tidak dibenarkan bersaing dengan kaum lelaki di luar rumah, misalnya, tidak boleh menghadiri seminar atau persidangan, membuat ucapan, membincangkan soal ekonomi dan sebagainya.23 Hal ini tidak berbeza dengan fenomena negara Asia yang lain yang juga memperjuangkan modenasisi wanita melalui pendidikan. Namun bentuk pendidikan kaum wanita yang dianjurkan oleh reformis lelaki dilihat berat sebelah - untuk menjadi isteri dan

18 Sekolah khas perempuan yang pertama, misalnya, dibuka pada tahun 1884 di Teluk Belanga hasil usaha keluarga diraja Johor. Sekolah ini, walau bagaimanapun, terpaksa ditutup pada tahun 1887 kerana bilangan murid yang semakin merosot. Lihat, Rahimah Abdul Aziz 1997. Pembaratan Pemerintahan lohor, (1880-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hIm. 104.

19 Leonard Y. Andaya & Barbara Andaya 200 I. A History of Malaysia, Basingstoke: Palgrave, him. 208. 20 Abu Bakar Hamzah 1991. AI-Imam: Its Role in Malay Society, 1906-1908, Kuala Lumpur: PustakaAntara, hIm.

110. 21 Saudara, 21 Disember 1932, rencana "Perempuan Melayu dengan Jawatan kerajaan". 22 Dalam Hikayat Faridah Hanum, seruan dan mesej pembaharuan ini disampaikan menerusi watak utama Faridah

Hanum. Dalam perbualan dengan tunangnya, Shafiq, Faridah memberi pendapat bahawa banyak negara Islam di dunia ini runtuh kerana tidak menghargai sumber yang paling berharga dan yang rapat dengan mereka iaitu kaum wanita. Untuk tinjauan lanjut, lihat, Virginia Matheson Hooker 1994. "Transmission Through Practical Example: Women and Islam in 1920s Malay Fiction", 1MBRAS, Vol. 67. Pt. 2.

23 Lenore Manderson, "The Development and Direction of Female Education in Peninsular Malaysia", him. 108-110.

5

Page 6: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

ibu yang baik atau dalam kata lain, pendidikan dan pemodenan yang dimaksudkan oleh reformis-reformis lelaki di kebanyakan negara Asia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 adalah untuk memperkukuhkan lagi sistem patriarki. 24

Sebenamya seiring dengan seruan Kaum Muda, guru-guru wanita Melayu telah turut sarna menyeru kepada pembebasan wanita daripada kongkongan adat. Harper melihat kemunculan majalah-majalah Melayu sebagai menyuntik semangat baru dalam perjuangan pembebasan wanita Melayu di negara ini.25 Majallah Guru, lidah rasmi Persekutuan Guru­Guru Semenanjung yang memulakan penerbitannya pada bulan November 1924, menyediakan ruangan khas berjudul "Bahagian Perempuan" untuk guru-guru wanita berkarya dan menyuarakan pandangan.26 Di bahagian inilah guru-guru wanita Melayu menyuarakan pandangan mengenai isu-isu utama dalam masyarakat pada waktu itu seperti adat-adat yang mengongkong, sikap dingin terhadap soal memberi pendidikan kepada anak-anak perempuan,27 kahwin paksa, mengahwinkan anak perempuan dalam usia mentah, suami yang kejam, wanita boros berbelanja dan suka berhutang dengan ceti, pergantungan kepada bidan dan sikap lewa masyarakat Melayu terhadap kesihatan. Seruan emansipasi ini disemarakkan lagi dengan kemunculan majalah kendalian wanita Bulan Melayu pada tahun 1930 yang juga menjadi lidah rasmi Persekutuan Perempuan Melayu lohor. Berbeza dengan Majallah Guru yang hanya memperuntukkan satu ruangan untuk suara guru­guru perempuan, Bulan Melayu yang digerakkan sepenuhnya oleh guru-guru perempuan Melayu lohor28 khususnya Ibu Zain sebagai penggerak utama, mula memperkatakan emansipasi dalam konteks yang lebih luas dan lantang - membincangkan soal ekonomi, pendidikan, kebersihan, kesihatan dan berani menganjurkan perjumpaan, persidangan, berpidato, mengeluarkan pendapat melalui surat kiriman, dan menganjurkan lawatan ke luar negeri lohor untuk meninjau kemajuan wanita di negeri-negeri lain. Isu-isu yang ditimbulkan oleh guru-guru wanita ini juga bukan lagi bertumpu kepada kaum sejenis tetapi meliputi isu-isu kemasyarakatan umum dengan mengambil contoh perkembangan pergerakan wanita yang berlaku di negara luar dan tetangga seperti di Timur Tengah dan Sumatera. Guru-guru wanita ini melihat hanya dengan menghapuskan sikap dan amalan kolot dan terbuka kepada pembaharuan tanpa melanggar lunas agama barulah wanita Melayu mampu memasuki dimensi baru kehidupan mereka dan hal ini hanya dapat dicapai

24 Kumari Jayawardena, Feminism and Nationalism in the Third World, hIm. 17. 25 T. N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya, hIm. 71. 26 Antara guru wanita yang kerap menulis di bahagian ini ialah Rahmah Abdul Rahim, Rahmah Ahmad Zain, Melor

dan Zainah AI-Nadrah (nama samaran bagi Zainun Sulaiman). 27 Dalam rencana berjudul "Guru nombor satu" (bermula I Mac 1926 dan bersambung dalam beberapa keluaran

Majallah Guru), Zainah AI-Nadrah (Zainun Sulaiman) dengan menggunakan teknik perbualan antara seorang guru perempuan dengan ibu-ibu Melayu di sebuah sekolah perempuan, menyindir sikap ibubapa Melayu yang tidak sabar-sabar untuk menjadikan anak perempuan mereka "guru nombor satu" (surirumah). Kebiasaannya apabila anak perempuan mencapai usia 9 tahun mereka akan diberhentikan sekolah untuk dilatih dalam alam rumahtangga sementara menunggu pinangan. Lihat Majallah Guru, I Mac 1926, rencana Zainah AI-Nadrah "Guru nombor satu".

28 Pada peringkat awal Bulan Melayu mengakui 90 peratus daripada urusan penerbitan majalah tersebut dibantu oleh pihak lelaki sebagai penulis rene ana, pelanggan utama, wakil pengedar, pelukis gambar, dan sebagai penasihat. Antara yang disebut oleh editor majalah sebagai penyumbang penting kepada Bulan Melayu ialah pen gurus­pengurus AI-Attas Press, Johor Bahru.

6

Page 7: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

melalui pendidikan. Apa yang menarik kemunculan Bulan Melayu juga bertujuan memberi saingan kepada sebuah majalah kelolaan kaum lelaki di negeri lohor iaitu Bulan Islam. Kejayaan kaum lelaki mengelolakan majalah nampaknya memberi tempi as kepada kaum wanita. Negeri lohor, dalam tempoh 1920-an hingga 1930-an, telah mempunyai beberapa buah majalah kelolaan lelaki, antaranya, Masa (1924-1934), Lembaran Guru (1926) dan J asa (1927-1931).29 Selain Ibu Zain yang juga menggunakan nama pena Zainah Al-N adrah, nama-nama yang aktif menyumbang dalam majalah sebelum perang ialah Melor, Wok Abdullah, Rahmah Abdul Rahim, Rahmah Ahmad Zain, Kontik Kamariah, Mardhiah Haji Zainuddin, Rokiah Nuruddin dan rarnai lagi. Selain Majallah Guru dan Bulan Melayu, seruan pendidikan kaum wanita juga disuarakan oleh majalah dan akhbar kelolaan lelaki yang terdapat di Tanah Melayu pada zaman sebelum perang, seperti Saudara, Lembaga Melayu, Pengasoh, dan Kenchana (terbit di Kota Bharu pada bulan April 1930).

Daripada sistem pembantu guru atau disebut student atau pupil-teache,-3° yang telah bermula sejak 1890-an lagi, hinggalah kepada penubuhan maktab latihan perguruan yang formal untuk kaum wanita Malay Women s Teachers Training College (MWTC) di Melaka pada tahun 1935, sistem pendidikan yang terdapat di Tanah Melayu pada ketika itu temyata telah membuka ruang yang luas kepada masyarakat Melayu untuk membawa perubahan kepada anak-anak perempuan. Kolej di Melaka ini merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi untuk kaum wanita yang diwujudkan oleh kerajaan khusus untuk pendidikan vemakular selepas darjah enam. Sebelum pendudukan lepun, seramai 160 orang telah menamatkan pengajian daripada kolej ini. 31 Bagi murid-murid perempuan yang mendapat pendidikan Inggeris pula, MWTC merupakan kolej yang melatih mereka untuk menjadi Penyelia Sekolah-sekolah Perempuan, satujawatan yang diwujudkan pada tahun 1928 untuk memajukan lagi pendidikan kanak-kanak perempuan.

Tinjauan ke atas laporan pendidikan pihak kolonial juga memberi sisi yang berJainan berhubung tahap kesedaran ibu bapa Melayu pada dekad pertama abad ke-20. Sebagai contoh, E. La Ma. Stowell (Pemangku Penguasa Pendidikan Kedah) melaporkan bahawa beliau telah menerima tidak kurang 589 permohonan daripada ibu bapa untuk memasukkan anak-anak perempuan mereka ke da1am 42 buah sekolah lelaki di Kedah dalam bulan lanuari 1934 ekoran masalah kekurangan sekolah perempuan di negeri itu. Beliau turut menerima petisyen demi petisyen daripada penghulu dan wakil penduduk memohon kanak-kanak perempuan dibenarkan belajar di beberapa buah sekolah di negeri itu atau memohon agar didirikan sekolah perempuan di daerah mereka.32 Sebenamya sejak 1920-an lagi kerajaan Kedah telah banyak menerima permohonan daripada orang Melayu agar sekolah-sekolah perempuan di bina di negeri itu. Malah mereka bersedia menyediakan tapak tanah untuk pembinaan sekolah dan bersedia mengadakan gotong royong untuk

29 Mariam bte Mansor, "Bulan Melayu", dalam Lembaran Akhbar Melayu, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, hIm. 58.

30 Di bawah sistem ini murid-murid yang telah tamat sekolah rendah diambil menjadi pembantu guru. 31 D. D. Chelliah, A Short History of Educational Policy of the Straits Settlements, 1800-1925, Singapore:

Government Press, 1947, hIm. 140. 32 Mahani Musa, "Malay Female Education in Peninsular Malaysia: A Case Study of Kedah, 1900-1940", Asian

Profile, Vol. 33, No.3, 2005, hIm. 262-3.

7

Page 8: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH

membina sekolah-sekolah tersebut. Meskipun tiada sebarang jawapan daripada kerajaan Kedah mengenai hal ini, surat-surat permohonan tersebut membayangkan kesungguhan penduduk kampung untuk membina sekolah yang khusus untuk anak perempuan mereka. Desakan ini menjadi semakin kuat terutamanya ekoran keputusan Lembaga Pendidikan negeri itu pada 6 Jun 1928 bahawa kanak-kanak perempuan tidak lagi dibenarkan belajar di sekolah lelaki atas alasan bercanggah dengan tuntutan agama. Walaupun kerajaan Kedah pemah meluluskan pembinaan empat buah sekolah perempuan di daerah Baling, Sungai Petani, Kulim dam Bandar Baharu namun kemelesetan ekonorni (1928-32) telah menyebabkan pembinaan sekolah-sekolah tersebut ditangguhkan. Namun agak menarik, apabila kemelesetan ekonorni berakhir dan kerajaan Kedah menyambung semula pembinaan sekolah di negeri itu, pendirian kerajaan bahawa "orang lelaki harus diutamakan" menjadi begitu ketara. Lantas pembinaan sekolah lelaki diberi keutamaan kerana kerajaan berpendapat mereka perlu menyara keluarga dan dengan itu berhak mendapat pendidikan yang lebih baik. Hal ini dapat menjelaskan mengapa bilangan sekolah perempuan di Kedah kekallima buah berbanding 82 sekolah lelaki sebelum meletusnya perang.33

Tinjauan terhadap memoir tokoh-tokoh wanita di negara ini turut menjadi bukti kesedaran segelintir ibubapa Melayu terhadap pendidikan anak-anak perempuan malah ada yang sanggup menghantar anak-anak perempuan mereka belajar di luar tanahair khususnya di Indonesia dalam usia yang muda. Antaranya, Sakinah Junid, Shamsiah Fakeh dan Aishah Ghani yang masing-masing mendapat pendidikan sekolah Arab Diniyah Puteri di Padang Panjang, Sumatera Barat. Aishah, misalnya, walaupun dikelilingi masyarakat yang masih memandang ringan terhadap pendidikan anak-anak perempuan, namun dimasukkan oleh bapanya ke Sekolah Melayu Bukit Raya dalam daerah Hulu Langat pada tahun 1930. Dalam usia 11 tahun yakni selepas tamat peperiksaan darjah lima, beliau menjadi Guru Pelatih. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Diniyah Puteri di Padang Panjang pada tahun 1936 sehingga 1939, suatu pencapaian besar bagi gadis desa untuk berada di tahap itu pada zaman tersebut. Aishah kemudiannya melanjutkan pelajar di Maktab Perguruan Tinggi Islam (untuk laki-Iaki dan perempuan) di Padang, ibu kota Sumatera Barat. Baik Aishah, Sakinah dan Shamsiah, Diniyah Puteri merupakan tempat pertama memupuk kesedaran politik - di sinilah mereka melihat dan mendengar kekejaman Belanda menjajah Indonesia. 34 Ketiga-tiga mereka ini akhimya menjadi penggiat politik penting tanahair walaupun dalam aliran yang berbeza - Aishah dari AWAS ke Kaum Ibu (UMNO), Shamsiah Fakeh memilih revolusi dengan menyertai Parti Komunis Malaya, dan Sakinah Junid yang kemudiannya menjadi Ketua Dewan Muslimat Parti Islam SeMalaya (PAS).

33 Mahani Musa, Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah. 1881-1940, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005, hIm. 167-169.

34 Aishah Ghani, Memoir Seorang Pejuanr;, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, lihat bab I.

8

Page 9: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

Tokoh-tokoh wanita lain yang turut bertuah menikmati pendidikan semasa kecil ekoran sikap prihatin ibubapa masing-masing ialah tokoh politik, Tan Sri Fatimah Hashim dan Datuk Halimahton bt. Abdul Majid, dan tokoh pendidikan Dato' Hajah Hendon Haji Din, Fatimah Hashim, lahir di Parit Keroma, Muar, lohor pada tahun 1924. Walaupun tidak sempat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana tercetusnya perang dan beliau juga berkahwin awal, namun sejak berusia sembilan tahun Fatimah telah dihantar bersekolah di sekolah lelaki di Parit Keroma, lohor. Hal pendidikan anak perempuan sangat diambil berat oleh bapanya yang juga seorang guru meskipun Fatimah tinggal bersama ibu angkat (kakak kepada bapanya). Agak menarik bapa angkatnya yang merupakan bilal masjid telah menghantar beliau bersekolah di sekolah budak lelaki kerana Parit Keroma tidak mempunyai sekolah perempuan. Menurut Fatimah, ekoran desakan ibubapa agar kanak-kanak perempuan dibenarkan belajar di sekolah lelaki, kerajaan lohor telah membenarkan kanak-kanak perempuan belajardi sekolah lelaki sehingga mencapai usia 13 tahun. Apabila mencapai umur tersebut kanak -kanak perempuan perlu diberhentikan kerana dianggap telah cukup umur dan tidak boleh bercampur dengan murid-murid lelaki. Persekolahan di sekolah lelaki inilah yang mula memupuk sifat-sifat kepimpinan Fatimah dan menjadikan beliau tidak kekok berurusan dengan kaum lelaki sewaktu bergiat dalam politik.35

Perkara yang sarna berlaku kepada Datuk Halimahton bt. Abdul Majid, wakil rakyat wanita yang pertama di negara ini.36 Bezanya selepas bersekolah rendah selama tiga tahun di Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur (1926-28), Halimahton dihantar ke sekolah Inggeris iaitu Methodist Girls School di Kuala Lumpur dari tahun 1929 hingga 1937 hingga lulus lunior cambridge. Wanita kelahiran Kuala Lumpur pada 1920 ini menyatakan rasa terhutang budi kepada bapanya kerana berani menongkah arus dengan menghantar beliau belajar di sekolah Inggeris. Di sekolah Inggeris inilah Halimahton menerima asuhan moden, aktif dalam sukan dan sosial, dan berani berucap di khalayak ramai. Kesemua asuhan sikap dan pemikiran moden ini banyak membantu beliau dalam karier sebagai ahli politik.37

Hal yang sarna kelihatan dalam sejarah peIjalanan pendidikan Dato' Hajah Hendon Haji Din. Lahir pada tahun 1923 di Parit Buntar, Perak, Hendon yang mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Parit Buntar dan Batu Gajah, menyifatkan kedua ibubapanya (malah neneknya) berfikiran luas dan sering menggalakkan beliau dan dua lagi adik beradik perempuan beliau untuk belajar. Malah ibunya pemah bertanyakan sarna ada beliau berminat masuk ke sekolah Inggeris. Melihat rninat Hendon yang tinggi dalam pendidikan, ibunya telah memindahkan beliau ke Sekolah Inggeris Kerajaan di Batu Gajah.38 Tindakan

35 Lihat Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib, Tan Sri Fatimah Hashim: Potret Seorang Penjuang. Subang Jaya: Pelanduk Publications, 2003. Lihat juga, Transkripsi Wawancara Y. B. Tan Sri Fatimah Hashim, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

36 Dalam pilihanraya umum yang pertama tahun 1955. Halimahton berjaya memenangi kawasan Ulu SeIangor dan merupakan wanita pertama dan tunggal sebagai Ahli Parlimen pada waktu itu.

37 Transkripsi Wawancara Y. B. Datuk Halimahlon bl. Abdul Majid, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Lihat juga Sural Persendirian (S.P.) /OJ/A13 Datuk Halimahton Abdul Majid, Ahli Parlimen Wanita Pertama petikan majalah ielila Ogos 1981.

38 Kini dikenali Sekolah Sultan Yusof.

9

Page 10: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

berani kedua ibubapanya itu menghantar anak perempuan ke sekolah Inggeris yang bercampur lelaki dan perempuan telah mengejutkan masyarakat setempat yang masih tebal dengan prasangka bahawa sekolah Inggeris akan membawa pengaruh budaya barat kepada anak-anak mereka, suatu ketakutan yang bukan hanya dirasai oleh ibubapa Melayu malah juga kaum yang lain di Tanah Melayu ketika itu. Apa yang menarik langkah berani ibubapa Hendon dikatakan telah membawa 'dunia baru' kepada kanak-kanak perempuan di daerah tempat tinggal beliau. Sejak itu ramai ibubapa mencontohi tindakan tersebut dengan menghantar anak-anak perempuan mereka ke sekolah yang bercampur lelaki dengan perempuan. Bercita-cita menjadi penyelia sekolah-sekolah, langkah pertama Hendon dalam bidang pendidikan bermula dengan menjawab jawatan guru dan pada tahun 1940, beliau terpilih menjalani latihan di MWTC. 39 Pengajian beliau tergendala seketika ekoran pendudukan Jepun dan beliau menyambung pelajaran tahun akhir di MWTC pada 1944 selepas Jepun menyerah kalah. Cita-cita beliau menjadi penyelia sekolah perempuan tercapai apabila tidak lama kemudian beliau dilantik menjadi Penyelia Sekolah-Sekolah Perempuan di Negeri Sembilan. Pada tahun 1950, Hendon terpilih untuk mengikuti kursus Latihan Perguruan di Wall Hall Teachers College, Watford, London. Sejak dari itu Hendon terus meneroka bidang pendidikan dengan mencipta sejarah tersendiri dalam sejarah pendidikan negara ini termasuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pergerakan Pandu Puteri Malaysia sejak 1973 sehingga 1983.

Dari sudut imperialisme dan kolonialisme pula aspek pendidikan dan kerja-kerja sosial turut menjadi ruang utama para wanita kulit putih menjalin hubungan baik dengan wanita di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, suatu keadaan yang pada awalnya sangat digalakkan oleh kaum lelaki imperialis. Rahib-rahib wanita, rnisalnya, menggerakkan sekolah-sekolah mubaligh, menyerapkan idea-idea BaratJEropah, mendorong , emansipasi' wanita Asia yang akhimya membawa perubahan dari aspek sosioekonomi dan politik. Wanita-wanita kulit putih ini akhimya dilihat sebagai bertanggungjawab menamatkan usia penjajahan dan imperialisme.40 Penerapan idea-idea emansipasi barat in terkandung dalam kurikulum yang menekankan pembelajaran seni rumahtangga moden seperti masakan, jahitan sulaman, pelajaran kebersihan dan kesihatan dan latihan jasmani. Kesan gerakan ini begitu besar; mana-mana kanak-kanak perempuan yang mendapat pendidikan sekolah mubaligh tidak dapat mengelak diri daripada menyerap budaya Barat, sarna ada disedari atau tidak. Namun, tidak kurang pula yang mampu menggunakan pengalaman di sekolah mubaligh untuk melindungi dan mempertahankan warisan budaya, terutamanya bahasa dan agama. Ibu Zain merupakan contoh terbaik. Wanita kelahiran Negeri Sembilan pada tahun 1903 ini memasuki sekolah Inggeris Methodist Girls' School, Melaka sewaktu mengikuti keluarganya berpindah ke negeri itu. Beliau memulakan karier sebagai guru pada tahun 1922, dilantik menjadi Guru Pelawat di Muar pada tahun 1927 dan dari 1929

39 Saroja Dev Param, A Guiding Light: The Life and Work of Dato' Hajah Hendon Haji Din, Subang Jaya: Pelanduk Publications, 2004, hIm. 1-10.

40 Janice N. Brownfoot, "Sisters Under the Skin: Imperialism and the Emancipation of Women in Malaya, c. 1891-1941", dalam J. A. mangan (peny.), Making Imperial Mentalities, Manchester: Manchester University Press, 1990, hIm. 46.

10

Page 11: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

hingga 1947 dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Sekolah Perempuan di Johor Bahru, Penubuhan Persekutuan Perempuan Melayu Johor, dan kewujudan Bulan Melayu pada tahun 1930 mencerminkan semangat gigih Ibu Zain atau nama sebenar Zainun Sulaiman dalam pembangunan sosial dan pendidikan, Sebagai wanita dari aliran sekolah Inggeris, keupayaannya menyatukan dan menggerakkan persatuan yang rata-rata dianggotai guru­guru perempuan dari aliran sekolah Melayu sangatlah membanggakan. Slogan "Moden dididik Agama dibela" yang menjadi tema atau pegangan utama perjuangan beliau merupakan adunan kematangan yang dipupuk di sekolah Inggeris dengan latar belakang budaya dan pegangan agama yang kukuh.41 Menurut Zainun, wanita merupakan tang an kanan kaum lelaki dan bertanggungjawab sepenuhnya melahirkan generasi akan datang yang berkualiti. Oleh yang demikian mereka perlu menjadi orang yang terdidik tentang pengurusan rumahtangga, terus maju namun dalam lingkungan yang dibenarkan oleh agama Islam.42

Di Kedah, satu kes yang paling mendapat perhatian orang Melayu dan kaum­kaum lain sebelum Perang ialah kesungguhan Cik Lewis, Gurubesar sekolah Kampung Baharu Girls' School (KBGS)43 dan seorang guru bemama Cik Tom Abdul Razak, wanita Melayu yang lulus peperiksaan Junior Cambridge dan pemah berkhidmat sebagai Penolong Penyelia Sekolah Perempuan Melayu di Selangor, dalam memajukan pendidikan kanak­kanak perempuan di negeri terse but. Hubungan baik kedua-dua orang pendidik ini temyata mengalir tuahnya kepada anak-anak murid di sekolah perempuan tersebut. Walaupun mengakui berdepan masalah untuk mengendalikan sekolah yang murid-muridnya terdiri daripada anak -anak perempuan kerabat diraja dan anak -anak elit negeri dan murid-muridnya pula terdiri dari pelbagai peringkat umur, namun berkat kesabaran mereka sekolah ini mencipta nama tersendiri. Sekolah ini telah melahirkan doktor wanita Melayu pertama di negara ini iaitu Salmah bt. Ismail. Salmah merupakan anak kepada Encik Ismail Puteh, Setiausaha Bahagian kepada kerajaan. Meskipun darjah tertinggi di KBGS ialah darjah lima, namun sete1ah lulus Salmah telah meneruskan pengajian secara persendirian dibawah bimbingan Cik Lewis sehingga beliau lulus peperiksaan Junior Cambridge pada tahun 1933 dan setahun kemudian lulus peperiksaan Senior Cambridge. Dengan kejayaan tersebut, Salmah telah melanjutkan pelajaran di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dan lulus pada tahun 1947.

Tan Sri Datin Paduka Kontik Kamariah yang lahir di Kuala Lumpur pada tahun 1911 merupakan salah satu lagi contoh kanak-kanak perempuan yang dapat menikmati pendidikan Inggeris kerana dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan pendidikan dan diberi kebebasan bergaul dengan kanak-kanak lelaki. Memulakan pendidikan di sekolah Melayu, Kontik yang gemar bersukan sejak dari kecil kemudiannya dimasukkan oleh bapanya ke sekolah aliran Inggeris semasa dalam darjah tiga iaitu di Sekolah Methodist Girls's School, Kampung Attap, Kuala Lumpur sehingga darjah sembilan. Beliau lulus

41 Dupa Sejarah: Penulisan Wanita Masa Lampau 1992, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, him. 3. 42 Bulan Melayu, Februari 1931. 43 Kini dikenali sebagai Sekolah Sultanab Asma. Sekolah ini didirikan pada tahun 1924 atas inisiatif keluarga diraja

Kedah untuk mengatasi masalah berhutang di kalangan kerabat wanita. Untuk tinjauan lanjut lihat, Mahani Musa, Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah, 1881-1940.

11

Page 12: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Senior Cambridge pada tahun 1929, suatu kejayaan yang menjadi buah mulut dan kebanggaan orang Melayu pada era tersebut kerana beliaulah satu-satunya perempuan Melayu yang lulus sehingga darjah sembilan. Pada tahun 1929 hingga 1931, Kontik mengikuti kursus perguruan English Normal Teacher Training Centre di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan merupakan satu-satunya anak Melayu yang mengikuti kursus di situ. Beliau mula berkhidmat sebagai Pemerhati di Sekolah Perempuan Melayu Kampung Baham, Kuala Lumpur pada tahun 1932. Selepas enam bulan berkhidmat beliau dilantik pula menjadi Penyelia bagi sekolah-sekolah Melayu Negeri Selangor dalam tahun yang sarna, yakni satu-satunya wanita Tanah Melayu yang dilantik memegang jawatan tersebut. Tugas berat ini memerlukan beliau melawat sekolah-sekolah di seluruh Selangor. 44

Kehadiran Kontik Kamariah di sekolah-sekolah di Selangor meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada kanak-kanak perempuan di sekolah kampung di Selangor. Hal ini diakui sendiri oleh Aishah Ghani dalam memoir beliau. Menurut Aishah, sewaktu bersekolah dalam darjah empat di Sekolah Melayu Bukit Raya, mereka telah menerima seorang Guru Pelawat yang bernama Cik Kontik Kamariah bt. Ahmad yang dilihat oleh Aishah mempamerkan ciri-ciri wanita cerdik dan moden. Cik Kontik pada waktu itu berusia dalam lingkungan 20 tahun, dan yang paling mengujakan Aishah, datang ke sekolah tersebut dengan memandu sendiri kereta sport berwarna merah, petah bertutur dalam bahasa Inggeris dan mampu pula memberi arahan kepada guru besar sekolah beliau yang merupakan seorang lelaki. MenurutAishah, kedatangan Cik Kontik Kamariah telah memberi keyakinan kepada beliau bahawa untuk maju seorang wanita perlu berani menempuh apa juga rintangan di samping mempunyai pelajaran. Sejak itu Aishah berangan-angan untuk menjadi seperti Cik Kontik sekalipun memasuki sekolah Inggeris merupakan satu permintaan yang tidak mungkin ditunaikan oleh bapanya yang melihat sekolah Inggeris sebagai tempat asuhan agama kristian dan akan membawa banyak dosa. 4S

Selain Halimahton, Kontik Kamariah, terdapat ramai lagi wanita Melayu yang menikmati pendidikan termasuk pendidikan Inggeris walaupun masyarakat pada zaman tersebut amat memandang serong terhadap sekolah-sekolah anjuran mubaligh. Antaranya, Tan Sri Datin Paduka Hajah Saleha Mohd Ali, yang turut dihantar oleh bapanya yang sangat mementingkan pendidikan anak-anaknya tanpa mengira lelaki dan perempuan ke sekolah mubaligh di Methodist Girls' School, Klang dan beliau merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang menuntut di situ. Wanita kelahiran Kampung Jawa, Klang Selangor pada tahun 1923 ini terus menyambung pelajaran di Sekolah St. Mary, Kuala Lumpur sehingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1940.46 Pada bulan Oktober 1946 Saleha mencatat sejarah sebagai wanita Melayu pertama melanjutkan pelajaran ke luar negara

44 Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus, ''Tokoh: Y Bhg. Tan Sri Datin Paduka Kontek Kamariah". Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Sejarah Tokoh Wanita Selangor. anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor dan Kementerian Kebudayaan. Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Panitia Sejarah Sekolah Daerah Petaling. 18 Februari 2006, Auditorium Muzium Sultan Alam Shah. Shah Alam.

45 Aishah Ghani. Memoir Seorang Pejuang, him. 4-5. 46 Mardiana Nordin, "Tokoh: YBhg. Tan Sri Datin Paduka Hajah Saleha Mohd Ali". Kertas kerja dibentangkan

dalam Seminar Sejarah Tokoh Wanita Selangor, anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Panitia Sejarah Sekolah Daerah Petaling, 18 Februar 2006, Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

12

Page 13: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WAN ITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

dengan biasiswa kerajaan iaitu dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Ekonomi di London School of Economics selama tiga tahun.

Kesemua contoh di atas menunjukkan wanita Melayu berpeluang mendapat pendidikan hasil kesedaran ibubapa mereka meskipun masyarakat sekeliling belum mempunyai kesedaran yang tinggi ke arah itu. Mereka merupakan golongan yang boleh disifatkan "menongkah arus" bukan sahaja kerana kesungguhan untuk memberi pendidikan formal kepada anak-anak perempuan dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah malah lebih mengujakan ramai pula yang rela berdepan dengan pandangan sinis masyarakat dengan menghantar anak-anak perempuan mereka ke sekolah aliran Inggeris yang sering dikaitkan dengan agama kristian, dan budaya pergaulan bebas dan kebaratan. Perjalanan pendidikan kanak-kanak perempuan yang diulas di atas amatlah menarik kerana kesemua mereka (dan sebenarnya ramai lagi yang tidak dapat dibincangkan di sini) akhimya menempa nama dalam bidang masing-masing dan memberi sumbangan tersendiri ke arah pembentukan negara Malaysia moden.47

Secara umumnya sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, persekolahan anak­anak perempuan masih di tahap rendah namun berkembang perlahan-Iahan. Malah sebagaimana ulas Datuk Halimahton, dalam masyarakat Melayu terdapat dua kelompok ibubapa. Pertama, kelompok yang menunjukkan minat untuk memberi pelajaran kepada anak-anak perempuan manakala satu kelompok lagi yang percaya bahawa tiada guna memberi pendidikan kepada anak-anak perempuan kerana akhimya mereka akan ke dapur juga.48 Arus perubahan ini boleh dikesan dalam banci celik huruf yang dikeluarkan oleh kerajaan kolonial. Agak menarik sebelum tahun 1911, tidak pemah wujud sebarang maklumat tentang tahap celik huruf penduduk di Negeri-Negeri Selat danjuga Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Manakala sedikit percubaan dilakukan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan memasukkan banci celik huruf di kalangan orang Melayu di daerah terpilih seperti Kuala Kangsar di Perak, Ulu Langat di Selangor, Kuala Pilah di Negeri Sembilan dan Temerloh di Pahang. Usaha ini diperkembangkan sedikit dalam Banci Penduduk tahun 1921. Bagi Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, lohor dan Kelantan telah diputuskan banci celik huruf ditumpukan di bandar-bandar besar sahaja manakala kerajaan Kedah, Perlis, Terengganu dan Brunei memutuskan untuk tidak memasukkan maklumat tentang celikhuruf dalam banci penduduk tahun tersebut. Berdasarkan bancian tahun 1921, bilangan kanak-kanak perempuan Melayu yang celik huruf di bawah umur 15 tahun adalah seperti berikut:49

47 Untuk tinjauan tokoh-tokoh wanita Malaysia yang berjaya, lihat, Biografi Tokoh Wanita Malaysia, Petaling Jaya: PERTIWI dengan kerjasama Pelanduk Publications, 2004.

48 Transkripsi Wawancara Y. B. Datuk Halimahron b1. Abdul Majid. 49 Maklumat tentang celik huruf ini termasuklah bahasa yang digunakan oleh mereka yang celik huruf ini untuk

menulis dan membaca. L dalam jadual ini merujuk kepada Lelaki dan P pula merujuk kepada Perempuan.

13

Page 14: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

Kanak-Kanak bawah Umur 15 tahun yang dibanci sebagai Celik Huruf (mengikut bangsa bagi tahun 1921)

Bandar Eropah Eurasian Melayu China India Lain-lain

L P L P L P L P L P L P

Singapura 185 178 396 348 1,033 m 6,636 3,356 552 252 19::1- 89

Pulau 49 ~ 134 161 717 340 2,708 1,675 459 143 39 23

Pinang

Melaka 8 4 136 159 234 71 642 213 56 19 2 2

Kuala 41 68 156 Iff) 305 133 1,279 679 79::1- 252 31 30

Lumpur

Ipoh 18 :xl 58 62 153 62 653 562 376 162 12 16

Taiping 13 :xl 21 48 105 44 541 288 281 154 9 15

Kampar 1 - - - 10 4 313 76 46 8 3 1

Teluk 2 2 4 4 82 71 157 &> 54 22 - 2 Anson

Klang 3 1 5 4 85 52 248 88 75 24 5 2

Seremban 5 7 45 36 23 6 405 133 99 54 13 16

lohor 7 4 4 3 Iff) (ij 146 61 25 7 6 3

Bahru

Bandar 2 2 9 7 201 103 143 102 27 6 6 2

Maharani

Bandar - - - - 67 28 ff) 27 1 2 9 11

Penggaram

Mersing - - - - ~ 3 21 13 - - - -

Kota Bharu 3 1 1 1 132 47 64 33 8 1 - -

(Sumber: 1. E. Nathan 1922. The Census of British Malaya 1921, London: Waterloo & Sons, hIm. 107)

Dari jadual di atas jelas menunjukkan bandar-bandar besar seperti Singapura, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Bandar Maharani (Muar, lohor) yang giat dalam urusan ekonomi telah melahirkan ramai kanak-kanak perempuan Melayu yang celik huruf walaupun secara keseluruhannya orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam soal memberi pendidikan kepada anak-anak (termasuk anak perempuan) berbanding kaum Cina.

14

Page 15: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

Walaupun jumlah buta huruf masih tinggi di kalangan wanita Melayu namun bilangan celik huruf wanita semakin bertambah baik sebagaimana yang ditunjukkan dalam banci tahun 1931, Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, rnisalnya, bilangan wanita Melayu yang celik huruf wanita ialah seramai 23, 391 orang atau 16.37 % daripada jumlah celik huruf seramai 142,886 (lelaki dan perempuan) dengan negeri Perak mencatat angka tertinggi seramai 12,741 orang, diikuti Selangor (5,322 orang), Negeri Sembilan (2,959 orang) dan Pahang (2,369 orang).50

Pendidikan Wanita Melayu Semasa Perang

Aspek pendidikan di Tanah Melayu mengalami ujian besar berikutan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Perang bukan sahaja memusnahkan sekolah dan peralatan malah turut mengubah sistem pembelajaran yang sedia ada. Namun, agak menarik meskipun dikaitkan dengan kekejaman, tentera Jepun memastikan aspek pendidikan diteruskan namun diselia sepenuhnya oleh tentera Jepun. Bahasa Jepun dijadikan syarat untuk semua pelajar sebagai sebahagian propaganda menerapkan ketaatan kepada Maharaja Jepun sebagai misi utama pembebasan Asia daripada penjajahan Barat. Ramai kanak-kanak terhenti pelajaran mereka namun ramai pula yang mengingati persekolahan semasa zaman Jepun sebagai unik dan istimewa, terutamanya dari sudut penerapan semangat kental dan kecintaan kepada tanahair. 51 Bagi kanak-kanak perempuan, aspek pendidikan boleh dikatakan hampir terhenti dalam tempoh ini kerana banyak sekolah ditutup.52 Ibubapa lebih memikirkan kesusahan untuk mengisi perut dan ketakutan anak-anak perempuan diganggu oleh tentera Jepun. MWTC, satu-satunya institusi pendidikan tinggi untuk kaum wanita pada waktu itu juga ditutup. Sebaliknya, pihak Jepun menggantikan pembelajaran dengan kursus latihan guru selama tiga bulan di bandar-bandar besar, khususnya mengajar bahasa Jepun dan latihan jasmani. Walaupun kursus-kursus ini membolehkan ramai wanita Melayu menjadi guru, namun pihak Jepun tidak mempunyai perancangan lanjut untuk pendidikan seterusnya bagi kaum wanita.53

50 C. A. Vlieland. British Malaya: A Report on the 1931 Census and on certain problems of Vital Statistics. London: Crown Agents for the Colonies. 1932. him. 337.

51 Contohnya, Lihat memoir Abdul Aziz Zakaria, British, Japanese and Independent Malaysia: A Memoir. Petaling Jaya: National Institute of Public Administration, 1989. Dalam memoir ini Abdul Aziz, bekas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, menegaskan di sebalik kekejaman, zaman pendudukan Jepun dilihat meningga1kan kesan besar kepada dirinya dan penduduk Tanah Melayu keseluruhannya. Menurut Abdul Aziz jika tidak kerana Pendudukan Jepun, Tanah Melayu akan terus diperintah oleh penjajah Inggeris. Untuk tinjauan lanjut Iihat juga Abu Talib Ahmad, "Research on Islam and Malay-Muslims during the Japanese Occupation of Malaya, 1942-45", Asian Research Trends: A Humanities and Social Science Review, No.9, 1999, him. 81-119.

52 KBGS, Alor Setar, misalnya, ditutup semasa pemerintahan Jepun. Bangunan sekolah itu ditukar menjadi sekolah Jepun.

53 Halinah Bamadhaj, 'The Impact of the Japanese Occupation of Malaya on Malay Society and Politics (1941-1945)", M.A thesis, University of Auckland, 1975, him. 54.

15

Page 16: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DARI SEGI SFJARAH

Namun dari sudut yang lain aspek pendidikan kanak-kanak perempuan di Tanah Melayu juga mencatat sejarah tersendiri semasa pendudukan Jepun. Meskipun pentadbiran Tentera Jepun tidak mempunyai satu dasar yang jelas tentang kaum wanita, namun mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran sebagaimana kaum lelaki serta digalakkan keluar bekerja dan terlibat dalam persatuan. Pada mas a pendudukan Jepun jugalah tercatat sejarah wanita pertama dihantar menuntut ke negara Jepun. Rosna Mahyudin, wanita kelahiran Padang, Sumatera pada tahun 1929 tetapi kemudiannya menetap dan bersekolah mubaligh di Singapura, telah melanjutkan pelajaran ke Jepun pada tahun 1942. Rosna dikatakan mendapat peluang itu hasil hubungan baik abangnya, seorang doktor lulusan negara Jepun, dengan seorang kenalan berbangsa Jepun, Susuka Tokogawa. Kerajaan Jepun pada waktu itu sedang mencari dua orang calon wanita untuk belajar di Jepun. Rosnah terpilih bersama seorang lagi wan ita bemama Saleha Haji Bakri. Cuma bezanya Rosna ketika berangkat ke Jepun masih kanak-kanak iaitu berusia II tahun sedangkan Saleha sudah berusia 20 tahun. Turut bersama rombongan pelajar tersebut ialah beberapa orang pelajar lelaki termasuklah Profesor Diraja Ungku Aziz. Menurut Rosna, tujuan pihak Jepun menghantar pelajar wanita dari Tanah Melayu belajar di negara mereka adalah untuk memberi perangsang kepada kaum wanita agar berani mencari ilmu ke luar negara. Menurut Rosna, oleh kerana usia beliau masih terlalu muda pada waktu itu, beliau mengambil mas a yang agak panjang untuk menguasai bahasa Jepun iaitu setelah enam bulan belajar di negara tersebut. Selain bahasa Jepun, beliau mengikuti mata pelajaran lain seperti matematik, ilmu alam, lukisan Jepun dan ikebana (seni gubahan bunga). Agak malang sekali wawancara lisan yang dikendalikan oleh petugas Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, tidak ban yak mencungkil apakah kesan pengajian dan tugas­tugas yang disandang apabila Rosna pulang ke tanahair. Rosna kembali semula ke Tanah Melayu di saat Jepun masih belum menyerah kalah. Beliau terpaksa melarikan diri ke Paya Kumboh, Indonesia, kerana mendapat tahu beliau akan ditangkap oleh pihak Jepun tanpa mengulas sebab-sebab kepada penangkapan itU.54

A. Samad Ismail pula mengulas bahawa pendudukan Jepun sebenarnya menyemarakkan lagi emansipasi wanita khususnya di kalangan wanita yang telah sekian lama celik huruf. MenurutA. Samad:

" ... Gadis-gadis kampung saya yang ada pada tahun-tahun sebelum perang dahulu, ketika saya masih bersekolah, hanya terdedah kepada kami melalui celah-celah langsir tingkap rumah mereka, dalam zaman Jepun itu telah keluar bekerja beramai-ramai sebagai buruh dan kerani di kota .. .tembok-tembok tradisi yang mengurung mereka selama ini telah runtuh akibat peperangan."55

54 Sejarah Lisan (SL) 171 Wawancara Sejarah Lisan Puan Rosna Mahyudin, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

55 A. Samad Ismail, Memoir A. Samad Ismail di Singapura, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993, hIm. 166.

16

Page 17: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

Bidang kewartawanan menampakkan bukti jelas. Ramai wanita Melayu menunjukkan minat menjadi wartawan semasa Pendudukan Jepun. Isteri A. Samad Ismail, Hamidah Hassan Lubis, misalnya, mula menjadi pemberita di Berita Malai (sebelumnya Utusan Melayu). Sebagai wartawan Hamidah bebas bergerak ke mana sahaja untuk menjalankan tugas. Walaupun banyak akhbar dan majalah sebelum Perang diberhentikan penerbitannya semasa Jepun termasuklah Bulan Melayu, namun majalah yang dibenar terbit oleh Jepun tetap menyediakan ruangan khas untuk wanita. Fajar Asia (terbit pada bulan lanuari 1943) menerusi ruangan "Barisan Puteri" menjadi medan penulis-penulis wanita zaman sebelum Perang seperti Ibu Zain menyumbang idea dengan lebih bersemangat untuk membela kaum wanita dan tanahair. Malah beliau menubuhkan kumpulan perempuan secara tidak rasmi di Johor Bahru yang berselindung di sebalik kelas-kelas malam untuk tujuan mendidik kaum perempuan.

Idea-idea yang disampaikan oleh kaum wanita yang berpendidikan pada zaman Perang tidak lagi terhad kepada isu wanita malah juga tentang semangat kemerdekaan seluruh Asia dan wanita sebagai tiang masyarakat. Wanita zaman ini menggelar diri mereka "wanita zaman baru", suatu fenomena yang juga dikesan berlaku di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Di Indonesia, emansipasi wanita menggelodak semasa pendudukan Jepun dan turut ditandai dengan perubahan imej diri, misalnya, sanggul Jepun cioda mula menggantikan sanggul cara lama yang popular di kalangan wanita J awa. 56 Di Tanah Melayu, perubahan imej seperti ini tidak begitu menonjol namun kemunculan "wanita atau puteri­puteri zaman baharu" sebagaimana dirujuk oleh Rohani Djamil (penerbit bersama Fajar Asia) ditandai dengan imej yang cergas, cerdik dan mempunyai seman gat kesedaran yang tinggi untuk pembebasan Asia. 57 Di Tanah Melayu, Mas Neng Nurafisah merupakan antara "puteri-puteri zaman baharu" yang begitu bersemangat menyumbang tulisan dalam majalah Fajar Asia. Wanita kelahiran Sandakan tetapi dibesarkan di Johor Bahru dan mendapat pendidikan di Singapura ini tidak sempat menamatkan pengajiannya di MWTC kerana meletusnya perang. Mas Neng pemah mengulas hubungkait rumahtangga dengan kemajuan masyarakat dan melihat kaum wanita tidak harus dihalang daripada memberi sumbangan kepada usaha memajukan umat. 5K Di Muar, Siti Nurani Janain menerbitkan sebuah majalah baru dalam tulisan jawi yang berjudul Matahari Memancar yang menyeru kaum wanita membentuk persatuan, keluar bekerja dan mendidik anak-anak perempuan dengan baik.59

56 Anton Lucas, "Images of the Indonesian Women during the Japanese Occupation 1942·1945", dalam Jean Gelman Taylor (ed.), Women Creating Indonesia the First Fifty Years, Australia: Monash Asia Institute, 1997, him. 68-69.

57 Fajar Asia dicetak dan diterbitkan oleh Ahmadiah Press di Singapura mulai Januari 1943 oleh Zainal Abidin Ahmad dengan bantu an isterinya, Rohana Djamil. Rohana turut aktif menulis artikel dalam Fajar Asia. Dalam Fajar Asia, \0 Sangatsu 2603, dalam artikelnya yang berjudl "berkhidmat untuk masyarakat", Rohana memuji usaha "puteri-puteri zaman baharu" yang membantu usaha perang dengan melancarkan kempen kutipan derma untuk membantu tentera-tentera Jepun yang tercedera dalam perang.

58 Fajar Asia, 27 Sangatsu 2603, No.4, tahun I. 59 Halinah Bamadhaj, "The Impact of the Japanese Occupation of Malaya", him. 49.

17

Page 18: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALA YSlA DARl SEGl SEJARAH

Pendekata, hasil kematangan pemikiran ekoran pendidikan yang diterima oleh kaum wanita pada zaman sebelum perang semakin terserlah semasa Pendudukan Jepun. Majalah terbitan zaman perang terus membuka ruang kepada wanita Melayu khususnya kaum guru bersuara untuk memberi semangat kepada kaum sejenis supaya terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Mereka diseru mencontohi wan ita Jepun, yang kekal dengan sifat lemah lembut namun berjaya menghasilkan anak-anak yang pintar dan gagah yang akhimya men jadi penakluk dunia. Paling menarik, kempen menggalakkan wanita Melayu membentuk persatuan, walaupun pada awalnya tidak mendapat sambutan pemimpin-pemimpin wanita, namun menjelang tahun 1944 dan awal 1945, cawangan­cawangan wanita sarna ada yang bergerak di bawah payung persatuan-persatuan Melayu atau sebagai persatuan berasingan mula ditubuhkan di bandar-bandar dan daerah utama di Tanah Melayu. Kebanyakan kegiatan berkisar kepada usaha memupuk semangat berani keluar bekerja, rajin mengadakan perhimpunan, kelas malam (mengajar bahasa Jepun),60 mengajar gubahan dan kraftangan, dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditaja oleh pentadbiran Jepun seperti membentuk kumpulan bantuan kecemasan, unit pembantu polis untuk bantu an kecemasan selepas serangan dan juga bercucuk tanam.oJ Meskipun persatuan-persatuan ini tidaklah begitu aktif namun ia menjadi as as kepada penglibatan wanita dalam politik tanahair. Persatuan-persatuan ini merupakan persatuan umum wanita yang awal di Tanah Melayu, selain persatuan khas kaum guru (termasuk wanita sebagai ahli) yang telah wujud di Tanah Melayu sejak 1924.°2 Dengan melantik ketua-ketua dari kalangan isteri pemimpin-pemimpin persatuan kebajikan Melayu yang telahpun wujud sejak I 920-an, pendudukan Jepun temyata membuka ruang kepada kesedaran politik wanita Melayu selepas perang. Oleh kerana kebanyakan pemimpin wan ita yang dipilih tidak berpendidikan (bergantung semata-mata kepada pengaruh suami), maka yang menjalankan tugas menyusun dan menggerakkan persatuan ialah guru-guru sekolah yang telahpun bergiat cergas dalam pengajaran di sekolah dan menyumbang idea dalam akhbar dan majalah sebelum ini. Oleh yang demikian, selepas Pendudukan Jepun berakhir dan bersambung kembali pemerintahan British di Tanah Melayu, suara dan tindakan wanita Melayu sudah jauh berbeza. Hal ini amat mengejutkan pegawai-pegawai kolonial yang selama ini melihat wanita Melayu sebagai golongan yang pemalu dan sentiasa bergantung kepada kaum lelaki.

Wanita Zaman Kesedaran (SeJepas Perang)

Rancangan pihak British untuk memperkenalkan Malayan Union pada 1946 menjadi bukti nyata perubahan sikap dan pemikiran wanita Melayu. Penentangan orang Melayu terhadap rancangan pengambilan dan perpindahan kuasa dan pemerintahan raja-raja ke tangan

60 Ada di kalangan wanita Melayu ini yang kemudiannya menjadi pengajar bahasa Jepun. Lihat, A. Samad Ahmad 1981. Sejambak Kenangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. him. 181-186.

61 Halinah Bamadhaj, "The Impact of the Japanese Occupation of Malaya". him. 54. 62 Persatuan Guru-Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan pad a tahun 1924 dan bertanggungjawab

menerbitkan Majallah Guru.

18

Page 19: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

seorang gabenor yang dilantik o1eh kerajaan Inggeris, dan konsep kerakyatan yang samarata di kalangan semua rakyat Tanah Melayu tanpa mengira bangsa turut melibatkan wanita Melayu, Halimahton Abdul Majid menganggap dirinya masuk politik secara serius ekoran usaha British untuk memperkenalkan Malayan Union. 63 Bukti kejayaan beliau adalah apabila berjaya menghimpunkan hampir 30,000 orang (termasuk kaum wanita) di padang Sekolah Rembau untuk menyatakan bantahan terhadap rancangan tersebut. 64

Melihat keberanian kaum wanita naik ke pentas, memegang mikrofon dan memberi ucapan berapi-api dalam satu perhimpunan (demonstrasi) terbesar yang dianjurkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Kuala Kangsar pada tahun 1946, satu tindakan yang tidak pemah mereka lihat sebelum ini, pegawai-pegawai tinggi kolonial melabelkan "satu revolusi" (termasuk revolusi wanita) sudah bermula.65 Oleh yang demikian, kejayaan orang Melayu mengagalkan rancangan Malayan Union bukan sahaja kerana perjuangan kaum lelaki malah juga hasil perjuangan kaum wanita.

Namun berbanding penglibatan secara formal dalam politik, misalnya, menyertai sayap wanita dalam UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 mahupun sayap wanita dalam parti politik yang lebih awal seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diwujudkan pada tahun 1946 sebagai bahagian wanita dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), majalah dan akhbar masih lagi merupakan saluran berkesan dalam meningkatkan kesedaran emansipasi wanita pada zaman selepas perang. Akhbar dan majalah boleh dibaca oleh semua wanita celik huruf daripada aliran politik kanan mahupun kiri dan radikal. Antara majalah kendalian wanita yang wujud selepas Perang ialah Ibu Melayu (terbit di Pulau Pinang pada Oktober 1946 di bawah naungan Persatuan Perempuan Melayu Pulau Pinang) dengan mottonya "meninggikan darjah kaum ibu Melayu".66 Dalam keluaran November 1945, majalah ini menyeru wanita Tanah Melayu mencontohi persatuan wanita di Indonesia yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan tanahair.67 Dengan menyifatkan wanita Melayu pada alaf itu sebagai wanita zaman kemajuan, kesedaran dan perubahan, wanita diseru lebih berani mencari kemajuan untuk kepentingan bangsa dan negara namun perlu berpegang teguh kepada landasan agama.68

Namun suara yang lebih lantang kedengaran dalam majalah Kenchana (terbitan Singapura pada tahun 1947) termasuk daripada Mas Neng Nurafisah yang menyeru kaum wanita bangkit berjuang di barisan hadapan bersama-sama kaum lelaki bagi mempertahankan bangs a dan tanahair. Mas Neng turut menyeru kaum lelaki mengubah persepsi mereka terhadap kaum wanita dan memberi peluang kepada kaum wanita untuk sarna-sarna mempertahankan tanahair.69 Majalah Kenchana turut memuatkan tulisan tokoh perjuangan

63 Sebagai ahli Kaum Ibu UMNO Rembau. 64 Tran.l'kripsi Wawancara Y. B. Da/uk Halimahlon bl. Abdul Majid. 65 Harry Miller 1982. Prince and Premier: A Biography of Tunku Abdul Rahman Pulra, Singapore: Eastern

University Press, him. 81. 66 Majalah ini memuatkan cerita-cerita pendek yang ditulis oleh kaum wanita, ruangan karangan bias a, ruangan

kesihatan dan pelbagai lagi di bawah kelolaan Hasnah Ishak. 67 Ibu Melayu, November 1946. 68 Ibu Melayu. lanuari 1947. 69 Kenchana, Mac 1947.

19

Page 20: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

wanita Indonesia seperti Khatijah Sidek dan berita perjuangan wanita Indonesia dalam mempertahankan tanahair untuk menyemarakkan lagi seman gat kesedaran kebangsaan kaum wanita di Tanah Melayu. 70

Berbalik kepada penglibatan dalam politik, kelantangan wanita Melayu sewaktu menentang Malayan Union tidak lagi kelihatan selepas menyertai parti politik aliran kanan seperti UMNO. Bagi Manderson, meskipun wanita Melayu melibatkan diri dalam politik, dan hal ini dianggap memecah tradisi kepercayaan bahawa politik adalah hak kaum lelaki semata-mata, peranan mereka sebenarnya tidak banyak berubah malah menganggap perkembangan itu sebagai "kesinambungan" daripada peranan tradisi kaum wanita di kampung. Namun Manderson tidak menafikan bahawa UMNO sebenarnya sejak dari awal penubuhannya amat bergantung kepada sokongan bahagian wanita terutama dari segi bilangan anggota yang menjadi sumber undi kepada kerajaan dan mengumpul modal untuk parti. 71 Tidak jauh berbeza dengan pandangan Manderson, Dancz turut menyifatkan sayap­sayap wanita dalam tiga parti utama negara iaitu UMNO, Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MCA) hanya menjadi penting apabila badan induk parti itu yang diterajui sepenuhnya oleh kaum lelaki merasakan golongan wanita boleh memberi sumbangan tertentu. Malah masing-masing akan berperanan meneruskan tradisi lama yakni kaum wanita berusaha mencapai impian mereka namun selari dengan kehendak kaum lelaki dalam parti. 72

Keadaan berbeza digambarkan dalam pergerakan-pergerakan kiri dan radikaI seperti AWAS yang merupakan bahagian wanita bagi PKMM mahupun Parti Komunis Malaya (PKM). Sebagaimana juga Pergerakan Kaum Ibu, AWAS juga diketuai oleh wanita berpendidikan serta isteri-isteri pemimpin PKMM sendiri. 73 Ahmad Boestamam dalam memoirnya Merintis lalan Ke Punchak mencatat bahawa sejak dari awal penubuhannya PKMM tidak pernah membelakangkan tenaga kaum wanita dan hal ini terbukti dengan wujudnya jawatan Ketua labatan Wanita daIam dewan pimpinannya. AWAS di bawah pimpinan Shamsiah Fakeh yang mendapat pendidikan di Sumatera, dipuji oleh Boestamam kerana menjadi seolah-olah badan wanita yang tersendiri siap dengan perlembagaan dan pekik perjuangan.74 Apa yang boleh dikatakan di sini pendidikan dan kematangan yang diraih bersama-sama perjalanan sejarah negara dan perkembangan global telah turut membuka jalan kepada pemilihan ali ran politik masing-masing. Dalam hal ini AWAS dikatakan sangat kuat dipengaruhi oleh perjuangan emansipasi dan hak kebebasan wanita Eropah yang diterajui oleh Clara Zeitkin dan mencontohi perjuangan wanita Indonesia menentang Belanda.

70 Kenchana. Januari 1947. 71 Lenore Manderson, Women. Politics and Change: The Kaum Ibu UMNO. Malaysia 1945-1972, Kuala Lumpur:

Oxford University Press, 1980. 72 Virginia H. Dancz, Women and Party Potieties in Peninsular Malaysia, Singapore: Oxford University Press,

1987, bab 9. 73 Ketua AWAS Perak, misalnya, adalah isteri kepada ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) negeri Perak. Sakinah

Junid, tokoh AWAS di Padang Rengas merupakan isteri Asri Muda, tokoh API Kelantan. dan ketua AWAS Singapura ialah isteri Othman Kalam, tokoh PKMM di Singapura.

74 Ahmad Boestamam, Merintis lalan Ke Punchak, Kuala Lumpur: Malayan Thung Pau Daily News. 1972. him. 72.

20

Page 21: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

Namun abad selepas perang turut menyaksikan aspek pendidikan dan profesion perguruan mengambil bentuk yang lebih serius. Sekolah mula dibuka dengan lebih banyak dan bilangan orang Melayu yang celik huruf juga semakin meningkat walaupun kadar buta huruf masih agak tinggi. Banci celik huruf di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 menunjukkan bilangan celik huruf yang tinggi bagi wanita Melayu dalam kumpulan umur di bawah 14 tahun iaitu 56,312 orang diikuti kumpulan usia 15 hingga 19 tahun iaitu 23,938, kumpulan usia 20 hingga 24 tahun iaitu 18,922 orang dan kumpulan usia 25 hingga 29 tahun iaitu 13,252 orang.75 Sejak 1947, Kesatuan Guru-Guru Tanah Melayu (the Malayan Teachers' Union) dan kemudiannya diteruskan oleh National Union of Teachers (NUT) atau Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1954 telah menghantar permohonan kepada kerajaan menuntut gaji yang samarata bagi guru­guru wanita. Dengan alasan kecekapan wanita adalah lebih rendah berbanding dengan kaum lelaki, guru-guru wanita menerima gaji antara 10% hingga 20% kurang daripada gaji guru-guru lelaki. Mereka juga menuntut guru wanita diberi hak keistimewaan yang sarna sebagaimana diperoleh oleh guru lelaki. Usaha ini terus berlanjutan sehingga selepas merdeka. Perbincangan demi perbincangan diadakan di antara NUT dengan kerajaan hinggalah pada 24 November 1961, kerajaan pada dasarnya bersetuju secara prinsip dengan tuntutan gaji yang sarna untuk kerja yang sarna dan memberi guru-guru wanita gaji yang samatara dengan gaji guru lelaki.76 Namun hal ini hanya tercapai sepenuhnya pada 1969, yakni setelah 22 tahun diperjuangkan oleh kesatuan sekerja guru.

Wanita Zaman Merdeka dan Sumbangan ke arah Pembentukan Masyarakat Malaysia Moden

Perjuangan menuntut persamaan gaji guru wanita dengan gaji guru lelaki hanya merupakan sebahagian daripada konflik yang perlu ditempuh oleh kaum wanita dalam negara yang sedang menuju kemerdekaan. Hal yang sarna turut berlaku dalam pergerakan politik di mana tokoh-tokoh politik wanita berjuang menuntut hak tertentu dalam parti. Dalam Pergerakan Kaum lbu, Khatijah Sidek, Ketua Pergerakan Kaum Ibu (1954-56) paling lantang bersuara menuntut hak wanita dalam parti malah kerana kelantangan dan banyak tindakan yang "menongkah arus" kehendak parti, beliau akhimya dipecat daripada jawatan tersebut pada tahun 1956. Antara yang dituntut oleh Khatijah semasa Perhimpunan Agung UMNO 1954 ialah UMNO perlu memberikan lima kerusi kepada Kaum Ibu dalam Pilihanraya Persekutuan yang bakal diadakan pada tahun 1955. Khatijah melihat pemecatan beliau sebagai gambaran ketidaksediaan pemimpin UMNO untuk memberi laluan kepada kaum wanita memegang jawatan kerana menganggap peranan kaum wanita dalam parti hanyalah

75 M. Y. Del Tufo. A Report on the 1947 Census of Population, London, 1947, hIm. 356. 76 The Malayan Educator, Vol 9, No. I, lulai 1962.

21

Page 22: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

sebagai pembantu sahaja.77 Luahan hati Khatijah agak senada dengan tulisan lain yang mula membincangkan apakah sebenamya peranan yang harus dimainkan oleh wanita dalam zaman peralihan ini. Anis Sabirin dalam bukunya Peranan Wanita Baru (1969) membincangkan dengan panjang lebar tentang tuntutan dan tanggungjawab wanita pada tahun-tahun selepas pertengahan abad ke-20 yang disebut beliau sebagai "wanita zaman peralihan". Wanita dalam masyarakat moden abad ke-20 ini berhadapan dilema apabila dari satu segi mereka dituntut menjadi isteri dan ibu yang taat, dan dalam mas a yang sarna mereka dituntut menjadi seorang terpelajar dan menjadi sumber ilham suami dan keghairahan kaum lelaki. 78 Bagi Anis Sabirin, wanita baru abad ke-20 merupakan kelompok yang sedang mengalami perubahan - cerdik, berani menuntut persamaan hak dengan kaum lelaki dan oleh yang demikian, tidak boleh diperlakukan sebagai rakyat kelas kedua.79

Masa dan perkembangan sejarah telah menuntut kaum wanita Melayu melakukan peru bah an dan mempertingkatkan peranan mereka dalam pembentukan masyarakat Malaysia merdeka. Perjuangan menuntut gaji yang sarna yang diperjuangkan oleh Rasammah Bhupalan, Fatimah Hamid Don dan Fatimah Hashim sebagai pemimpin guru kaum ibu, penyertaan wanita dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang dahulunya dikhususkan kepada kaum lelaki, misalnya, perkhidmatan luar negara (Che Noeminshah Sabirin), Pejabat Peguam Negara (Che' Siti Norma Yaacob) dan pelantikan Aishah Ghani dan Bibi Aishah Hamid Don sebagai senator menunjukkan bahawa pada pertengahan abad ke-20 emansipasi wanita Melayu yang sudah bermula sejak sebelum Perang Dunia Kedua menjadi suatu gerakan yang lebih teratur di bawah kelolaan wanita-wanita terpelajar. Gerakan-gerakan ini menjadi satu tenaga besar yang banyak membentuk perjalanan sejarah wanita di negara ini pada dekad selanjutnya. 8o

Aishah Ghani yang dilantik sebagai senator pad a tahun 1963 mencipta sejarah sebagai senator wan ita yang pertama di negara ini dan menjadi wakil wanita yang pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau terus cemeriang dalam bidang politik apabila dilantik sebagai wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya TarafWanita PBB dari tahun 1967 hingga 1972. Wanita yang sanggup berpisah dengan suami dan anak-anak yang masih keci1 kerana dahagakan ilmu pengetahuan dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan di London pada tahun 1955 dan kembali ke tanahair pada tahun 1959 ini akhimya dilantik menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO dari tahun 1972 hingga 1984 dan sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat dari tahun 1973 hingga 1984.8

! Sebagai pemimpin Pergerakan Wan ita terbesar di negara ini, Aishah

77 Lihat Khatijah Sidek, Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa (dengan Pengantar oleh Wan Hashim Wan Teh), Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995. Lihat juga, Mahani Musa, "Politik Menongkah Arus: Jatuh Bangun Khatijah Sidek dalam Pergerakan kemerdekaan dan Pembelaan Hak Wanita, 1951-1969", dalam Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Ariffin & Nazarudin Zainun (peny.), Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sain, Malaysia, 2006, him. 120-150.

78 Filem, dan iklan dalam majalah dan akhbar sering memanipulasi wanita sebagai objek keghairahan lelaki dengan kosmetik dan pakaian yang menjolok mata.

79 Anis Sabirin, Peranan Wanita Baru, Kuala Lumpur: Percetakan Utusan Melayu, 1969, hIm. I-II. 80 Ibid., hIm. 100-101. 81 Kisah perjalanan hidup Aishah Aziz (kemudian menggunakan nama Aishah Ghani) dalam bidang kewartawan dan

pengembaraan ke London ini dimuatkan dalam autobiografi beliau yang awal. Lihat Aishah Aziz, Ibu Melayu Mengelilingi Dunia 1: Dari Rumah Ke London, Kuala Lumpur: The Standard Engraves & Arts Printers. 1956. Untuk tinjauan lanjut penglibatan beliau dalam politik, lihat Aishah Ghani, Memoir Seorang Pejuang.

22

Page 23: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN

bertanggungjawab mengusulkan undang-undang keluarga Islam walaupun dikecam sesetengah pihak dalam UMNO sendiri sebagai "perjuangan yang sesat" kerana dilihat cuba mengubah al-Quran, antaranya, poJigami yang dihalalkan dalam al-Quran dilihat cuba diharamkan oleh Aishah. Cabaran dan kecaman ini dihadapi dengan baik oleh Pergerakan Wanita UMNO di bawah teraju beliau dan akhimya sebuah jawatankuasa yang dinamakanjawatankuasa Memperketatkan Undang-Undang mengenai Poligami dan Cerai dibentuk pada tahun 1973. Antara lain, jawatankuasa ini menetapkan had minimum umur berkahwin ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan. Bagi sesiapa yang ingin berkahwin lebih dari satu juga perlu mendapatkan kebenaran kadhi. Kadhi kemudiannya melantik satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menimbang permohonan

tersebut.H2 Usaha tersebut adalah untuk memastikan umat Islam memasuki alam perkahwinan dalam usia yang matang untuk mengelakkan perceraian serta mengelakkan wanita menjadi mangsa poligami.

Kerajaan pada umumnya telah mengiktiraf sumbangan wanita dalam pembangunan negara. Pengiktirafan ini dapat dilihat melalui pelbagai institusi yang diwujudkan untuk mengintegrasi wanita yang merupakan satu pertiga jumlah tenaga buruh ke dalam aliran utama pembangunan, rnisalnya, penubuhan Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita dalam Pembangunan Negara (NACIWID) di Jabatan PerdanaMenteri pada tahun 1976, penubuhan Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) pada tahun 1983 untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam dan swasta bagi faedah kaum wanita, dan menggalakkan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan ke arah membantu meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti ekonorni dan sosial. Selari dengan itu juga pada tahun 1989 kerajaan telah menggubal Dasar Wan ita Negara sebagai satu garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara serta juga bermatlamat perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan sumber, makiumat, dan peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada lelaki dan wanita. Matlamat kesaksamaan ini bagi membolehkan wanita yang merupakan separuh jumlah penduduk di negara ini menyumbang dan mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam pembangunan negara.83

82 Aishah Ghani, Memoir Seorang Pejuang. him. 195-199. 83 Dasar Wanita Negara ini dicetak pertama kali oleh Urusetia Hal Ehwal Wanita. labatan Perdana Menteri pada

tahun 1990.

23

Page 24: WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MALAYSIA DARl SEGI SEJARAH

Penutup

Proses emansipasi dan pemodenan yang dilalui oleh wanita Melayu di negara ini banyak digerakkan oleh kesedaran diri kaum wanita sendiri sekalipun seruan awal dikatakan dicetuskan oleh reformis-reformis lelaki. Di tang an wanita-wanita yang berpendidikan khususnya golongan guru, emansipasi terhad yang dicadangkan oleh reformis lelaki sejak dekad pertama abad ke-20 itu mula mengambil bentuk baru. Sejak itu majalah dan akhbar menjadi saluran utama golongan wanita berpendidikan ini membangkitkan kesedaran kaum sejenis tentang peranan mereka dalam alam rumahtangga dan masyarakat dengan memberi penekanan utama kepada pendidikan sebagai jalan keluar kepada penindasan dan pandangan rendah kaum lelaki. Di tangan golongan wanita yang berpendidikan jugalah lama kelamaan gerakan kesedaran di kalangan wanita Melayu menjadi lebih tersusun dan penting terutamanya pada dekad-dekad selepas perang yang mula menyaksikan penglibatan meluas kaum wanita dalam bidang politik, ekonomi dan sosial negara. Gerakan-gerakan ini menjadi satu gerak tenaga besar yang membolehkan wanita melakar sejarah tersendiri dalam proses pembentukan masyarakat Malaysia moden. Manakala penggubalan Dasar Wanita Negara pada tahun 1989 dilihat sebagai hadiah yang berharga daripada kerajaan sebagai mengiktiraf sumbangan wanita terhadap pembangunan negara. Namun, agak ironi sekaIi, di sebalik sumbangan penting dalam pelbagai bidang, sehingga kini ahIi-ahli politik wanita masih berjuang untuk mendesak kerajaan supaya memberi peluang kepada lebih ramai wanita dilantik sebagai pembuat keputusan di negara ini yang temyata sangat kecil peratusannya. Pada 2007, di peringkat pentadbiran pusat, misalnya, wanita hanya mengisi 9.4 peratus jawatan Menteri, 7.7 peratus jawatan Timbalan Menteri, 30 peratus Setiausaha Parlimen, 9.6 peratus ahli Dewan Rakyat dan 29 peratus ahli Dewan Negara. Sesuai dengan peningkatan dalam bilangan wanita yang berkelayakan membantu melaksanakan dasar pembangunan negara, Datuk Shahrizat JaIiI, bekas Menteri pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, menjelaskan kementeriannya pemah memohon kepada kerajaan agar setiap kementerian mempunyai 30 peratus wanita berkelayakan sebagai pembuat dasar.84

84 Lihat, Mingguan Malaysia, 28 Oktober 2007.

24