1 - wanita dan sukan

28
WANITA DAN SUKAN Disediakan oleh: MOHAMAD IZZUDIN BIN RAHMAT NADHIRAH BINTI ZAILAN MUHAMMAD ZHAFIR BIN MUSTAPA NUR FARISHA BINTI MOHD FAJRUL AMROS

Upload: bocah-keluen

Post on 10-Sep-2015

263 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pengurusan dan pentadbiran pj

TRANSCRIPT

Slide 1

Wanita dan SukanDisediakan oleh:MOHAMAD IZZUDIN BIN RAHMATNADHIRAH BINTI ZAILANMUHAMMAD ZHAFIR BIN MUSTAPANUR FARISHA BINTI MOHD FAJRUL AMROSSejarah1896, Sukan Olimpik Moden pertama kali dilangsungkan di Athens, GreeceWanita tidak dibenarkan menyertai. Alasan? Dipercayai penggunaan tenaga fizikal akan merosakkan sistem peranakan

Sistem PeranakanSenaman dan kegiatan sukan merosakkan alat dan sistem peranakan dan pusingan haid wanitaNamun sebenarnya, wanita yang mengandung lebih elok bersenam untuk kesihatan bayi.Kajian mendapati, wanita yang cergas dalam bidang sukan, melahirkan anak-anak yang sihat dan cergas.Alat peranakan wanita dilindungi bahan cecair yang dapat menyerap dan menyebarkan daya tekanan.Bersifat agresifWanita yang melibatkan diri secara cergas dalam aktiviti sukan akan menjadikan mereka memiliki sifat kelelakian.

KetahananKetahanan wanita tak sama dengan lelakiOleh itu acara sukan jarak jauh tidak elok untuk kesihatan wanitaNamun, kajian mendapati wanita mempunyai ketahanan diri lebih baik berbanding lelaki kerana mempunyai peratus lemak di bawah kulit badan yang berlebihanFaktor-faktor kurang penglibatan wanita dalam sukanKekurangan pendedahan serta peluang untuk menyertai kegiatan sukan.

Kurang keyakinan dalam kalangan wanita.

Pakaian masa kini yang kurang sesuai, sedikit sebanyak telah mengurangkan minat wanita khususnya wanita Islam.Perbezaan rangka tubuhLelaki 10% lebih tinggi daripada wanita

Berat badan : lelaki > 11kg dari wanita

Rupa bentuk tubuh badan : lelaki > wanita

Tulang : lelaki >berat daripada wanita

Tulang kaki, tulang tangan : lelaki > panjang daripada wanita

Sendi : lelaki >besar daripada wanita (kecuali sendi lutut, wanita lebih besar untuk kestabilan tubuh wanita)

Pelvik girdle wanita yang lebih lebar menyebabkan lutut wanita membengkok ke dalam tapak dirian wanita lebih sempit

Bentuk pelvis dan tulang femur wanita lebih tirus dan membengkok ke dalam menjadi penghalang kepada prestasi larian

Amnya, prestasi sukan wanita lebih rendah :

Abdomen yang lebih besar apabila meningkat dewasa berbanding lelaki yang besar dan lebar di bahagian atas tubuh badanKesan daripada perbezaan tubuh : wanita mengalami masalah untuk aktiviti berlari, melompat atau menukar arah tiba-tiba (bola jaring, tenis)

Rupa bentuk tubuh : wanita = endormorf (kegemukan), lelaki = mesomorf (tubuh berotot)Faktor fizikalRangka wanita lebih kecil

Pusat graviti 2.3cm lebih rendah dan lebih berat di bahagian bawah tubuh terutamanya di bahagian punggung (gimnastik)

Pusat graviti yang lebih rendah tidak dapat menyaingi lelaki dalam acara lompat tinggi

Sebelum akil baligh, lelaki dan perempuan adalah lebih kurang sama, apabila dewasa lelaki lebih tinggi 12.7cm daripada wanita beri kelebihan kepada lelaki dalam acara renangTangan wanita lebih pendek dan bersudut keluar dari tubuh (mengelak pelvis yang luas) menghasilkan daya tuil yang kurang berkesan.

Sendi pada siku yang bersudut pada wanita mengurangkan prestasi untuk permainan badminton

Lelaki lebih tepat membuat balingan lebih tepat kerana tangan lebih lurus dan fungsi tuas yang lebih cekap berbanding wanita

Bahu wanita lebih sempit tetapi lebih bulat mengurangkan daya kuasa. Tetapi lebih aerodinamik, mengurangkan rintangan air untuk berenang ( tidak boleh menandingi lelaki kerana otot lelaki lebih kuat)

Wanita mempunyai simpanan lemak yang lebih banyak

-menahan suhu sejuk dengan lebih baikmempunyai daya tahan yang lebih lamamembantu dalam acara jarak jauh sama ada berenang atau berlarimemberi sumber tenaga yang lebih besardaya apung yang tinggi

Kelenturan wanita lebih baik kerana menghasilkan hormon yang membantu dalam gimnastik

Wanita tidak boleh menandingi lelaki yang bersaiz sama dengannya kerana secara semula jadi tubuh wanita lebih berlemak berbanding lelaki yang berotot

Saiz dan kualiti otot.Kekuatan adalah berkadar terus dengan luas keratan lintang dan saiz otot.Kekuatan wanita adalah 2/3 lebih rendah berbanding tahap kekuatan lelaki.Punca perbezaan : hormon testosteronPenggunaan steroid dan testosteron tiruan bagi membantu pertumbuhan otot tetapi mempunyai banyak kesan sampingan.

Keupayaan berlatih dan menahan sakit Keupayaan wanita untuk berlatih adalah lebih kurang sama dengan lelaki.Tetapi wanita kini tidak begitu aktif bersukan disebabkan faktor masa atau kepercayaan.Wanita secara semula jadi berkemampuan menahan kesakitan.Dapat melakukan beban kerja yang tinggi tanpa rungutan.

Semasa bersenam wanita tidak banyak mengeluarkan asid laktik dan membolehkan mereka bersenam lebih lama.Oleh itu, wanita lebih sesuai melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan daya tahan.Wanita juga tidak begitu cenderung mengalami kekejangan

Faktor FisiologiLelaki mempunyai lebih kurang 1000ml atau 1.0 liter lebih banyak darah dalam tubuh berbanding dengan wanita yang sama saiz. Darah lelaki membawa dan membekalkan lebih banyak oksigen berbanding wanitaSaiz jantung dan isi padu darah yang dapat diedarkan oleh sistem kardiovaskular serta kapasiti paru-paru wanita adalah 10 peratus lebih kecil berbanding lelaki..

Walaupun kadar denyutan jantung maksimum bagi lelaki dan wanita adalah sama dan ditentukan oleh umur, nadi rehat seorang wanita lebih tinggi daripada lelaki.

Wanita sanggup menjalani latihan yang berat tanpa menunjukkan kesan sampingan yang buruk Juga sanggup bersaing dengan lelaki di arena sukan.Haid dan KehamilanKedatangan haid dan kehamilan tidak menghalang wanita untuk berlatih sukan.Beban senaman bagi wanita hamil hendaklah dikurangkan.Suhu tubuh harus diawasi supaya anak dalam kandungan tidak terdedah kepada suhu yang berlebihan akibat latihan yang berat.

Tidak digalakkan bersukan terlalu aktif dalam tempoh bulan pertama hingga bulan keempat.Sukan yang berbahaya seperti menunggang kuda dan mendaki gunung tidak digalakkan sama sekali. Berjalan dan berjoging adalah senaman yang lebih selamat dan bermanfaat untuk dipraktikkan.

Atlet wanita yang mempunyai peratusan lemak tubuh yang rendah seperti atlet gimnastik dan pelari jarak jauh akan mengalami masalah kitaran haid, iaitu kurang dua atau tiga kali setahun. Apabila berat tubuh meningkat dan peratusan lemak naik ke paras normal, atlet berkenaan akan pulih seperti sediakala. kini sudah ada cara mengawal kedatangan haid supaya sesuai dengan keperluan jadual pertandingan, umpamanya dengan menggunakan pil pencegah hamil.PemakananPerlukan lebih banyak zat besi.Penting untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah.Perlu kalsium untuk bentuk tulang yang kuat.Perlu banyak vitamin B12 bantu hasilkan sel darah.KecederaanKerap cedera bahagian lutut.Kerana sendi tulang paha di bahagian lutut wanita tercondong keluar pada posisi lutut.Hormon relaxin mengelakkan kekerapan berlaku kecederaan akibat kelenturan.

Pada zaman sekarang, wanita tidak asing lagi dengan sukan.Wanita juga telah berjaya sama dengan lelaki dalam bidang sukan.Terdapat ramai wanita yang telah berjaya menjadi aset negara dalam bidang sukan. Contohnya, kita lihat negara kita Malaysia, ramai wanita di Malaysia yang telah berjaya dalam bidang sukan.

Contohnya dalam sukan terjun, atlet wanita, Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee telah berjaya mendapatkan pingat di peringkat antarabangsa.Rujukanhttp://jamiliwahab.blogspot.com/2009/11/gender-dalam-pendidikan-jasmani-dan.htmlhttp://www.slideshare.net/ShazanaSukri/46809565-wanitasukanhttp://www.slideshare.net/puasa/isu-am-sukan-wanita