wanita dan pembangunan ekonomi (perniagaan)

26
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN PEG 3013 EKONOMI PEMBANGUNAN KUMPULAN : A TAJUK: WANITA DAN PEMBANGUNAN EKONOMI (PERNIAGAAN) PENSYARAH: PUAN NURHANIE BINTI MAHJOM NAMA NO MATRIK AMYRUL HELMY BINTI ABDUL RAHMAN D20111049124 NUR IZZATI BINTI MOHD ARIFIN D20111049026

Upload: benjo46

Post on 02-Oct-2015

92 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Ekonomi Pembangunan

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

PEG 3013

EKONOMI PEMBANGUNANKUMPULAN : A

TAJUK: WANITA DAN PEMBANGUNAN EKONOMI (PERNIAGAAN)PENSYARAH: PUAN NURHANIE BINTI MAHJOMNAMANO MATRIK

AMYRUL HELMY BINTI ABDUL RAHMAND20111049124

NUR IZZATI BINTI MOHD ARIFIND20111049026

SUBAIDAH BINTI ABDULLAHD20111049036

1.0 PENGENALANWanita hari ini bukan hanya seorang isteri atau ibu atau anak perempuan dalam sesebuah keluarga, tetapi juga merupakan pekerja yang turut menjana pendapatan. Peranan wanita kini semakin luas mencakupi pelbagai bidang. Pada masa dahulu, wanita lebih banyak berperanan sebagai suri rumah misalnya mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk keluarga. Kini, peranan wanita semakin kompleks. Wanita kini bukan sahaja mampu menjana ekonomi keluarga bahkan turut membantu membangunkan ekonomi dan menjana pendapatan Negara. Penglibatan wanita kini amat penting dalam membangunkan sebuah masyarakat terutamanya dalam bidang ekonomi. Wanita tidak seharusnya dipinggirkan sebagai sumber manusia, wanita merupakan asset yang penting kepada Negara (Mowforth & Munt, 1998). Sumber tenaga wanita juga penting bagi meneruskan hala tuju pembangunan sesebuah Negara (Hemmati, 2001).

Di Malaysia, pembangunan Negara yang pesat menyebabkan kos sara hidup keluarga semakin tinggi. Harga barangan yang kian meningkat menyebabkan ekonomi keluarga perlu lebih utuh. Oleh sebab itu, jika wanita dahulunya adalah hanya suri rumah, kini mereka bertanggungjawab untuk membantu suami menjana pendapatan sampingan demi kesejahteraan keluarga. Konsep pembahagian kerja yang sebelum ini menentukan wanita hanya berupaya melaksanakan kerja-kerja yang bersifat reproduktif kian berubah seiring dengan pembangunan Negara. Wanita bukan sahaja dilihat sesuai untuk melakukan kerja-kerja reproduktif, tetapi juga mampu untuk menjana pendapatan sendiri. Menurut Suryani Motik (2009) bahawa peningkatan taraf pendidikan dan latihan menyebabkan wanita tidak lagi berterusan menjadi seorang suri rumahtangga. 2.0SUMBANGAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI

Dalam tempoh Rancangan Malaysia kelapan hingga kesepuluh, wanita telah memberikan sumbangan yang ketara kepada pembangunan sosial dan ekonomi Negara. Pencapaian pendidikan yang lebih tinggi telah mendorong peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh dan pelbagai aktiviti perniagaan. Selain itu, wanita juga akan dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai bagi menjadi mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Peningkatan jumlah wanita setahun dengan kadar purata 2.5 peratus iaitu 48.6 peratus daripada jumlah penduduk Negara pada tahun 2012. Wanita merupakan 48.2 peratus daripada penduduk dalam kumpulan umur bekerja 15-64 tahun. Dalam tempoh Rancangan Malaysia, kadar penyertaan tenaga buruh wanita bertambah daripada 45.7 peratus pada tahun 2008 kepada 47.9 peratus pada tahun 2011 (Carta 1.0).

Peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita telah menggalakkan wanita untuk memenuhi peluang pekerjaan yang terbuka dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta perniagaan. Kini, nama-nama seperti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Datuk Dr Mazlan Othman dan sebagainya merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana mereka telah mempamerkan kebolehan, keupayaan dan kemampuan dalam bidang masing-masing bagi menunjukkan bahawa kedudukan dan kemampuan wanita pada hari ini telah setanding dengan kaum lelaki. Wanita juga sudah berupaya meletakkan diri di barisan hadapan sebagai peneraju dalam pelbagai bidang kepakaran seperti perniagaan, perundangan, perubatan dan sebagainya.

Dari segi struktur pekerjaan, peratusan wanita yang bekerja dalam kumpulan pekerjaan bergaji tinggi adalah tinggi disebabkan oleh pencapaian yang lebih baik dalam pendidikan. Penglibatan wanita dalam kategori profesional seperti akuantan, arkitek, doktor gigi dan sebagainya mencatatkan peratusan meningkat pada tahun 2012 masing-masing mencatatkan 49.6 peratus, 34 peratus dan 63.2 peratus berbanding pada tahun 2011 (Jadual 1.0). Selain itu, wanita juga turut memberi sumbangan yang banyak terutama dalam bidang perniagaan disebabkan oleh peningkatan yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh wanita di Malaysia. Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing bagi kaum wanita. Misalnya, Saidatina Siti Khadijah telah terlibat dalam bidang perniagaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Di Malaysia, bidang keusahawanan bukan lagi menjadi yang asing bagi masyarakatnya. Menurut laporan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, aktiviti perniagaan yang didaftarkan sepanjang tahun 2011 menunjukkan bahawa daripada sebelas jenis usaha niaga, perniagaan makanan dan minuman mencatatkan statistik tertinggi sepanjang tahun. Selain makanan dan minuman, aktiviti perniagaan yang banyak diceburi oleh masyarakat terutamanya ialah peruncitan, tekstil dan pakaian dan sebagainya. Bilangan individu yang menyertai bidang keusahawanan semakin meningkat. Peningkatan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kewujudan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn). Menurut Zafir dan Fazilah (2003) menyatakan bahawa jenis-jenis usahawan telah dibangunkan melalui usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais.

Beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan wanita yang menceburkan diri dalam bidang peniagaan menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan. Oleh sebab itu, peningkatan ini menunjukkan bahawa wanita di Malaysia jelas mempunyai komitmen untuk memanfaatkan peluang-peluang dalam perdagangan dan industri, hasil daripada proses perindustrian dan pembangunan ekonomi. Kebanyakan perniagaan seperti tekstil dan pakaian diterajui oleh kaum wanita banyak berniaga melalui alam maya seperti Facebook, Istagram, Blogger dan sebagainya. Perniagaan melalui alam maya telah dapat menjimatkan kos dan masa untuk membuka kedai, mereka hanya perlu menerima tempahan melalui email atau panggilan telefon dan menghantar tempahan melalui pos sahaja. Malah, perniagaan ini juga mampu menjimatkan masa pengguna untuk membeli, mereka tidak perlu lagi menempuh kesesakan untuk mencari barang tersebut.

Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan yang semakin meningkat menyebabkan pihak-pihak yang terbabit seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA), dan badan-badan organisasi lain telah berusaha untuk membantu golongan wanita. Misalnya, bantuan seperti mengadakan program dan latihan-latihan yang diperlukan oleh usahawan wanita. Bantuan yang diberikan oleh golongan wanita adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan wanita bumiputera yang bukan sahaja berjaya di dalam Negara bahkan di peringkat antarabangsa. Setiap bantuan yang diberikan adalah untuk membolehkan golongan wanita meningkatkan prestasi perniagaannya.Carta1.0Jadual1.03.0 FAKTOR TARIKAN DAN FAKTOR TOLAKAN PENGLIBATAN WANITA DALAM SEKTOR PERNIAGAANTerdapat pelbagai faktor yang mendorong penglibatan usahawan wanita dalam bidang perniagaan. Faktor-faktor tersebut di lihat daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Terdapat juga faktor-faktor yang dirasakan membantu kejayaan usahawan wanita dalam pengendalian perniagaan. Faktor-faktor ini dilihat daripada enam elemen utama iaitu elemen pengetahuan atau kemahiran, elemen strategi perniagaan, elemen penggunaan IT, elemen pengurusan perniagaan, elemen persekitaran dan elemen sikap.3.1 Ingin Berdikari

Keinginan untuk berdikari boleh menjadi faktor yang mendorong seseorang menceburkan diri dalam keusahawanan. Berdikari bermaksud berdiri di atas kaki sendiri. Ini bermakna seseorang itu bebas membuat keputusan dan berusaha sendiri ke arah menentukan masa depan kehidupannya. Dia tidak berasa terkongkong dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh orang lain. Berdikari juga membolehkan seseorang itu menentukan garis panduan peraturan dan masa bekerjanya sendiri. Bakat kepimpinan dan disiplin diri dapat dibentuk melalui pengalaman mengurus dan mengendalikan usaha niaga sendiri. Dia merupakan majikan dan dia sendiri yang menentukan perjalanan kerjaya yang diceburi. Setiap kejayaan yang dicapai akan dapat memberi kepuasan kerana kejayaan itu ialah hasil daripada usaha dan kesungguhannya sendiri. Tidak ada kerjaya yang paling sesuai untuk memenuhi keinginan berdikari melainkan keusahawanan. Kepelbagaian bidang yang boleh diterokai oleh kerjaya keusahawanan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang ingin bekerja sendiri (Khairuddin, 1996).

3.2 Tidak Berpuas Hati dengan Pekerjaan LamaRamai yang berpendapat bahawa bekerja untuk orang lain tidak memberi kepuasan dalam kehidupan mereka. Pelbagai sebab yang diberikan. Antara sebab yang diberikan termasuklah terpaksa melakukan kerja-kerja yang tidak digemari atau diminati, peluang kenaikan pangkat terbatas, jangka masa kerja ditetapkan, pengurusan tidak cekap, ketidakadilan dalam kenaikan pangkat, terlalu banyak karenah birokrasi dan jumlah pendapatan yang rendah. Semua ini boleh menimbulkan kekecewaan dan melemahkan semangat bagi golongan yang inginkan pembaharuan dan mempunyai daya kreatif.

Menurut Khairuddin(1996) menyatakan bahawa berfikiran sedemikian boleh menjadi faktor pendorong bagi seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Menjalankan usaha niaga sendiri membolehkan mereka menentukan corak pengurusan dan kepimpinan yang diyakini sebagai yang terbaik. Mereka juga bebas mengamalkan corak pengurusan yang diinginkan dan meninggalkan amalan-amalan yang tidak sesuai.3.3 Ingin Menikmati Cara Hidup Mewah

Tidak dinafikan bahawa majikan akan menerima ganjaran yang lebih besar daripada pekerjanya. Orang yang sanggup menanggung segala risiko kerugian, sanggup mempertaruhkan harta sebagai modal, mengorbankan masa dan tenaga seharusnya diberikan ganjaran yang lebih besar. Lebih maju dan lebih besar modal yang dilaburkan untuk sesebuah perniagaan, maka lebih besarlah ganjaran yang patut diterima oleh usahawan. Lebih besar ganjaran kewangan yang diterima, maka lebih besarlah peluang untuk menikmati kehidupan mewah. Keinginan memiliki kemewahan adalah antara faktor yang mendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun, usahawan tidak seharusnya meletakkan ganjaran kewangan dan kemewahan sebagai perkara utama dalam usaha yang dijalankan. Kebahagiaan sebenarnya bukanlah berasaskan pada kemewahan atau memiliki wang yang banyak semata-mata, tetapi bergantung kepada faktor-faktor lain (Khairuddin, 1996).3.4 Memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran

Proses menimba pengetahuan dan mendapatkan kemahiran bukanlah mudah. Masa yang panjang dan belanja yang besar terpaksa digunakan. Ilmu dan kemahiran yang tidak dimanfaatkan, digunakan untuk mendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dapat dimanfaatkan dan dijadikan sebagai alat untuk memperoleh pendapatan.

3.5 Peluang Terhad untuk Mendapatkan Modal

Setiap perniagaan memerlukan modal yang besar. Pelbagai risiko yang harus ditanggung. Masalah yang kerap dihadapi oleh usahawan wanita semasa memulakan perniagaan ialah kekurangan keyakinan daripada pihak bank, pembekal dan pelanggan, kekurangan modal permulaan dan masalah keluarga. Kewujudan masalah yang baru selepas mengoperasi perniagaan termasuk masalah pemasaran, masalah dengan pertubuhan dan masalah buruh dan masalah pentadbiran dalam perniagaan serta masalah peribadi. Usahawan wanita menghadapi masalah akibat daripada stereotaip jantina terutamanya dalam aspek kewangan dan perbankan yang didominasi oleh kaum lelaki. Mereka memerlukan penjamin atau penasihat perniagaan untuk memperolehi pinjaman dari 38 bank atau institusi kewangan. Walaupun begitu, menurut Lang & Sieh (1994), kajian penyelidik yang dijalankan ke atas usahawan wanita mendapati bahawa ramai di antara usahawan wanita menggunakan simpanan peribadi untuk memulakan perniagaan mereka. Oleh itu, pemilik perniagaan menghadapi cabaran yang unik tatkala memulakan perniagaan mereka sendiri. Mereka mungkin mendapati sukar untuk mendapatkan modal atau mengurus pembiayaan.3.6 Pemasaran dan Masalah Sosial

Antara masalah lain yang sering dihadapi oleh kebanyakan usahawan wanita ialah masalah pemasaran. Mereka tidak tahu bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan. Selain itu, wanita menghadapi masalah menetapkan harga kerana tidak tahu menentukan harga produk atau perkhidmatan. Mereka juga berhadapan dengan masalah pengurusan dan pentadbiran dimana mereka kekurangan kemahiran teknik pengurusan. masalah sosial seperti prasangka, tidak mempercayai, penerimaan terhadap penceburan kaum wanita sebagai usahawan juga merupakan satu pemasalahan yang wujud. Masalah peribadi dalaman seperti konflik dengan rakan kongsi dan pekerja, masalah pengeluaran kualiti produk atau perkhidmatan tidak memuaskan, masalah pengetahuan kekurangan pengetahuan mengenai produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dan masalah peribadi tekanan kerja, tiada sokongan dari keluarga juga antara masalah yang dihadapi oleh wanita yang ingin menceburkan diri didalam bidang perniagaan. Di Malaysia, majoriti usahawan wanita menghadapi masalah kekurangan modal dan kemahiran dalam bidang pemasaran (Mohd, 1996).4.0KESAN KESAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI4.2 KESAN POSITIF

Wanita dapat belajar ilmu kemahiran mengurus dan merancang. Wanita profesional perlu dilengkapkan dengan kemahiran mengurus dan merancang bagi membolehkan mereka menjadi pengurus yang cekap dan dapat memberi kepimpinan yang baik menjayakan misi dan visi organisasi. Kemahiran mengurus adalah satu kualiti penting yang perlu dipertingkatkan dalam kalangan wanita khususnya. Banyak aspek profesionalisme boleh dikembangkan dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Pelbagai idea dan inovasi baru dalam bidang perniagaaan dapat memanfaatkan bagi mempertingkatkan kualiti kepimpinan dan kualiti profesional wanita.4.1 KESAN NEGATIFWanita sebagai pengurus rumahtangga memainkan peranan utama dalam mengukuh dan mengembang potensi ahli-ahli keluarga di samping dirinya sendiri. Dengan itu, wanita secara langsung terlibat dalam memutuskan perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan rumahtangga, pendidikan anak-anak dan masa depan keluarga. Isu-isu yang terpancar dari ketiga-tiga aspek peranan yang disebut tadi melibatkan terlalu banyak tekanan keatas kehidupan wanita. Apabila wanita bekerja, peranan mereka semakin berkembang dan meluas.Banyak masalah dan dilema yang dihadapi oleh wanita bekerja. Jika diimbas kembali wanita pada suatu ketika dahulu merupakan suri rumah yangmemainkan peranan tradisi sebagai ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga. Dengan perubahan masa dan arus pemodenan, wanita telah menceburi dunia kerjaya, bersama-sama kaum lelaki berjuang untuk membangunkan negara. Pergolakan dunia kerjaya memberi imej dan penampilan positif bagi wanita,tetapi pada masa yang sama mereka mengalami cabaran dan masalah yangbegitu hebat. Wanita yang bekerja terpaksa memikul beban yang berat danmelaksanakan tugas-tugas kekeluargaan serentak dengan tugas kerjaya. Ini menyebabkan sesetengahnya daripada mereka berada dalam konflik yangmenyulitkan sehingga menimbulkan simptom stres yang tinggi.

Wanita terpaksa mematuhi berbagai arahan pejabat sama ada dari segi kedatangan mengikut waktu atau mematuhi arahan didalam pejabat atau diluar pejabat. Situasi seumpama ini kadangkala mempengaruhi emosi dan tekanan perasaan yang kadang-kala terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangga dan keluarga. Ada masanya suami atau anak-anak jatuh sakit, sedangkan isteri atauibu terpaksa bekerja. Dalam situasi begini, wanita akan menjalan tugasnyadengan perasaan yang berbelahbagi dan gelisah. Keadaan ini akan mengganggu konsentrasinya terhadap pekerjaan. Masalah akan menjadi lebihgawat lagi apabila di rumah tidak ada pembantu yang sesuai atau tidak ada tempat asuhan kanak-kanak yang terjamin dan sempurna untuk menjaga anak-anak mereka. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya dirumah dilepaskan kepada pembantu rumah.Anak-anak dan suami pulamerasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu danisteri.Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Kegagalan sesebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada anak-anak lantaran kesibukan mereka di luar rumah sering dikaitkan dengan salah satu punca gejala sosial. Disamping itu isu-isu kewangan, persekolahan anak,hubungan kekeluargaan, keselamatan, kesihatan dan akhlak anak-anak, juga yang lain-lain lagi menjadi tumpuan para wanita saban masa. Unsur gejala sosialyang negatif yang melanda masyarakat turut menjadi kebimbangan wanita. Tekanan hidup yang mengasak ekoran dari keperluan mencari nafkah,ketegangan yang terbit dari tuntutan kerja luar rumah serta tuntutan sara hidup yang tinggi turut memberi kesan negatif kepada kewibaan institusi keluarga sebagai tempat tinggal, pelindungan dan perkembangan bagi para ahli-ahlinya. Dalam era di mana dwi-kerjaya sudah menjadi budaya kehidupan banyak keluarga, ketiadaan atau kekurangan sistem sokongan kepada wanita berdwikerjaya tentu sekali akan meninggalkan kesan jangka panjang yang mendalam.Wanita yang bekerja sangat menekankan aspek kerja yang cemerlang untuk melambangkan imej mereka sebagai super woman, namun mereka menghadapi tekanan untuk melaksanakannya. Naib Yang Dipertua II, PersatuanSuri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Prof. Datin Dr. Rohaty Mohd. Majzub berkata, antara tekanan yang dihadapi oleh wanita iniialah mendapatkan kualiti masa untuk keluarga, kerja dan diri sendiri. Malahkatanya, ada ahli sosiologi yang mengaitkan penglibatan wanita dalam kerjaya sebagai faktor dominan tergugatnya rumah tangga, lemahnya sistem keluargadan meningkatnya masalah sosial.5.0LANGKAH-LANGKAH

5.1 Membuka Lebih Banyak Ruang Kepada Wanita Dalam Bidang Kemahiran Perniagaan.

Wanita perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan. Ini boleh dilakukan dengan mengikuti kursus-kursus secara formal yang ditawarkan di institusi-institusi latihan kerajaan dan swasta ataupun secara tidak formal dengan menghadiri seminar, ceramah dan kovensyen keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak yang berkaitan. Wanita juga perlu peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Hal ini membolehkan wanita meningkatkan ilmu pengetahuan tentang peluang-peluang perniagaan yang wujud di sekeliling mereka. Mereka juga perlu mengetahui dan mengikuti pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Teknologi Hijau serta lain-lain agensi kerajaan yang terlibat. Bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu para wanita untuk membuka perniagaan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga dan juga negara.

5.2 Merujuk dan Membincangkan Masalah dengan Pihak yang Berkemahiran

Peniaga wanita seharusnya merujuk dan membincangkan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam perniagaan dengan pihak-pihak berkemahiran seperti MARA, FAMA, MARDI, MEDEC atau persatuan peniaga melalui saluran yang betul. Hal ini kerana pihak-pihak tersebut mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas tentang selok-belok perniagaan. Melalui cara ini, peniaga wanita dapat mencari penyelesaian dengan mengetahui sebab-sebab kewujudan masalah tersebut dan langkah langkah penyelasaian yang perlu diambil.

Mereka perlu mengetahui pihak yang manakah harus dirujuk bagi setiap masalah yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya mereka mendapat maklumat tepat berkaitan dunia perniagaan dan pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan misalnya masalah yang berkaitan industri asas tani boleh merujuk kepada Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, FAMA, MARDI dan sebagainya. Masalah perniagan yang dihadapi tidak boleh disorok dan dibiarkan begitu sahaja kerana akhirnya akan membawa kepada kepincangan pengurusan dan kegagalan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Oleh itu, sekiranya mereka merujuk dan berbincang dengan agensi kerajaan yang terlibat sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah mereka, maka peluang dan kemudahan yang disediakan harus digunakan sepenuhnya terutama dalam kalangan usahawan wanita agar mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi olehnya.

5.3 Menyediakan Kemudahan Latihan dan Bimbingan

Persatuan dan pertubuhan yang terlibat hendalah menyediakan kemudahan latihan dan bimbingan kepada semua anggotanya tanpa mengira saiz dan kedudukan kewangan perniagaan mereka. Semua anggota yang berdaftar hendaklah menerima fadah yang sama rata dan diberi perhatian yang sewajarnya terutama sekali bagi mereka yang baru menceburi dalam dunia perniagaan. Usahawan wanita perlu diberi latihan dan pendedahan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dan perniagaan yang lebih besar seperti bidang pemasaran, pembangunan produk, kawalan mutu, pengurusan perniagaan, teknik memasuki tender-tender kerajaan, pengurusan kewangan, cara-cara memohon lesen, cara-cara membuat permohonan pinjaman, motivasi dan sebagainya.

Jika persatuan yang menaungi usahawan wanita di setiap negeri atau diperingkat kebangsaan tidak mempunyai kemahiran untuk memberikan kursus atau latihan kemahiran yang diperlukan, maka mereka boleh menganjurkan program kerjasama dengan mana-mana agensi profesional yang berkaitan seperti Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC), Multimedia Development Coprporation (MDC), British-Malaysia Institute. Dengan cara mengadakan program latihan secara usahasama ini dapat mengurangkan kos pengurusan yang terpaksa ditanggung oleh persatuan usahawan wanita yang terlibat dan masalah inilah kebiasaanya menjadi halangan utama mereka untuk mengendalikan sesuatu kursus yang memerlukan penglibatan ramai ahli persatuan untuk hadir

5.4 Menggiatkan Usaha untuk Membantu Usahawan Wanita

Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan, dan Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat disaran agar menggiatkan lagi usaha dan mencari formula terbaik untuk membantu golongan wanita khususnya kaum Bumiputera yang terlibat dalam aktiviti perniagaan. Pelbagai bentuk bantuan seperti bantuan latihan dan bimbingan, motivasi dan modal perlu diberikan agar mereka mampu bersaing dengan kaum bukan Bumiputera yang telah lama bertapak dalam perniagaan. Langkah paling penting dan utama perlu dilakukan oleh kerajaan untuk membantu wanita ialah dengan membuat bancian bilangan mereka yang benar-benar terlibat dengan akitiviti perniagaan seluruh negara. Maklumat ini penting kerana hasil kajian mendapati kebanyakan agensi kerajaan yang terlibat tidak mengetahui berapa bilangan sebenar wanita yang terlibat dalam aktiviti perniagaan. Sudah tentu dengan kecanggihan sistem pengurusan hari ini, dengan teknologi maklumat dan komunikasi dan pelbagai agensi kerajaan yang diwujudkan sepatutnya maklumat sedemikian telah pun ada sebagai rujukan pelbagai pihak yang berhasrat mengkaji atau membantu golongan wanita. Jika maklumat sedemikian gagal disediakan bagaimana mereka boleh mengenalpasti masalah usahawan wanita yang terlibat dengan bidang keusahawanan dan bantuan yang sepatutnya hendak disalurkan.

6.0 KESIMPULANSecara keseluruhannya, penulisan ini membincangkan dengan lebih terperinci tentang faktor-faktor yang mendorong seseorang usahawan wanita menceburi bidang keusahawanan, faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan dalam pengendalian perniagaan serta masalah-masalah yang dihadapi. Wanita juga memainkan peranan yang penting dalam sektor ekonomi dimana mereka juga dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara dalam bidang-bidang tertentu. Ketika ini tidak hairanlah jika kita melihat wanita menjadi seorang usahawan berjaya dalam perniagaan kerana mereka berkebolehan dan mereka mampu menjadi peneraju dalam sektor ekonomi. Kebolehan wanita dalam pelbagai sektor membantu menjadikan ekonomi Negara lebih maju. Peluang harus dibukan kepada pihak wanita jugak kerana terbukti bahawa wanita juga mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya dan boleh berjaya dalam bidang perniagaan. peluang bagi wanita untuk mempelajari kemahiran juga harus dibuka dengan luas supaya ekonomi Negara lebih maju dengan adanya wanita yang tinggi dengan kreativiti dan kebolehan.