wali wali allah

5
Wali-wali Allah Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman: “Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (Riwayat Imam Bukhari) Hurainannya: Barangsiapa yang menyakiti Wali-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang kepadanya. Wali menurut bahasa ertinya qarib yakni dekat. Jadi Wali Allah (kekasih Allah) ialah orang yang sentiasa bertaqarrub (mendekatkan dirinya) dengan Allah. Dan atas sebab maka itulah Imam An Nawawy mengertikan Wali Allah disini ialah orang yang beriman (mukmin). Jadi mukmin yang tekun beribadat lagi tabah dalam mentaati Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhkan dirinya daripada maksiat serta tidak terlalu mementingkan kesedapan duniawi, inilah yang disebut dengan Wali Allah. Wali Allah ada pada setiap masa dan zaman tetapi mereka susah dikenal pasti. Golongan inilah yang cuba dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Omar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka:

Upload: zizothehiro

Post on 13-Apr-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Wali Wali Allah

Wali-wali Allah

Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah

berfirman:

“Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah

hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia

mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku

mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya.

Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia

mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia

tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia

meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon

perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (Riwayat Imam

Bukhari)

Hurainannya:

Barangsiapa yang menyakiti Wali-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang

kepadanya.

Wali menurut bahasa ertinya qarib yakni dekat. Jadi Wali Allah (kekasih Allah) ialah orang yang

sentiasa bertaqarrub (mendekatkan dirinya) dengan Allah. Dan atas sebab maka itulah Imam

An Nawawy mengertikan Wali Allah disini ialah orang yang beriman (mukmin). Jadi mukmin

yang tekun beribadat lagi tabah dalam mentaati Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan

menjauhkan dirinya daripada maksiat serta tidak terlalu mementingkan kesedapan duniawi,

inilah yang disebut dengan Wali Allah. Wali Allah ada pada setiap masa dan zaman tetapi

mereka susah dikenal pasti.

Golongan inilah yang cuba dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Omar Ibnu Al Khattab RA

dalam dialog mereka:

Page 2: Wali Wali Allah

Rasul: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak

diakhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.

Omar: Siapakah mereka wahai Rasul?

Rasul: Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana

Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah

mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut

dikala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih dikala manusia lain merasa sedih.

Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus:

Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya Wali Wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap

mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka

selalu bertaqwa. (Yunus: 62-63)Berdasarkan ayat dan hadis diatas dapatlah disimpulkan:

Syarat utama untuk menjadi Wali Allah: Iman dan Taqwa.

Wali Allah sangat tinggi darjatnya disisi Allah. Atas sebab inilah jika sesiapa yang memusuhi

Wali Wali Allah iaitu mukmin yang bertaqwa maka itu bererti ia memusuhi Allah dan Allah

maklumkan perang kepada orang tersebut. Setelah Allah swt menjelaskan amaran-Nya

terhadap orang yang memusuhi dan membenci Wali-Nya, lalu selanjutnya Allah menyebut pula

beberapa sifat yang dimiliki oleh Wali-Nya yang kerana sifat-sifat itulah menjadikan mereka

hampir dengan-Nya.

Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan sesuatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada ia

melakukan apa yang telah difardhukan keatasnya.

Amalan fardhu: Segala amalan yang wajib dilaksanakan oleh hamba. Amalan wajib adalah

asas, sedangkan amalan sunat pula adalah binaan. Kekukuhan binaan sangat tergantung

kepada kemantapan asas. Setiap mukmin dikehendaki supaya menyediakan asas sebelum

mendirikan binaan. Dengan kata lain mukmin mestilah mengutamakan amalan wajib sebelum ia

melakukan amalan sunat. Atas dasar itulah maka amalan wajib adalah amalan yang paling

disukai dan dicintai oleh Allah swt.

Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan sunat

sehingga Aku cinta kepadanya.

Amalan Sunat (An Nawaafil): Selain amalan yang difardhukan. Dan dengan amalan tersebut

menjadikan seseorang lebih dicintai dan dikasihi oleh Allah swt. Adapun amalan sunat yang

paling istimewa dan disukai oleh Allah ialah tilawah Al Quran, mendengarnya, memahami atau

menghayati (tadabbur) maknanya. Ini disebabkan biasanya tidak ada yang paling manis bagi

orang yang sedang bercinta melainkan ingat dan mengulang ulangi kata-kata orang yang

dicintainya. Dan juga memperbanyakkan amalan sunat lain seperti solat, puasa, sedekah, zikir

Page 3: Wali Wali Allah

dan sebagainya. Apabila amalan-amalan itu telah dilazimkan secara terus-menerus akan

bersebatilah dirinya dengan amalan tersebut, sehingga seolah-olah dipandang wajib, yakni ia

akan merasa kurang senang apabila tertinggal salah satu daripadanya, padahal amalan itu

tiada lain melainkan sunat belaka.

Rasulullah SAW. bersabda: Tidak ada yang dapat mengimbangi dalam mendekatkaan dirimu

kepada Allah daripada apa yang keluar daripada-Nya (yakni Al Quran). (HR Tarmidzi dari Abi

Umamah)

Othman Ibnu Afan berkata: Sekiranya hatimu benar-benar bersih nescaya kamu tidak akan

merasa kenyang daripada Kalam Tuhanmu.

Jadi berdasarkan keterangan diatas jelaslah bahawa Wali Allah itu terbagi kepada dua darjat:

Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT hanya dengan melakukan amalan fardhu

saja dan menjauhkan diri dari perkara haram. Mereka inilah golongan Muqtasidun atau

Ashaabul Yamin atau Al Abraar. Dan amal badan yang fardhu yang paling istimewa adalah

solat kerana ketika itu Allah sangat hampir dengannya terutama ketika ia sedang sujud. Allah

berfirman: Wasjud Waqtarib ( Al „Alaq : 19 )

Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah bukan hanya sekadar melakukan amalan

fardhu tetapi juga memperbanyak amalan nawaafil yakni amalan sunat dan selain mereka

meninggalkan perkara haram, mereka juga menjauhi perkara makruh. Mereka inilah yang

dinamakan dengan golongan Assaabiquun Bil Khairaat atau Assabiquun Al Muqarrabuun.

Dan tentu saja dalam hal ini golongan yang kedua adalah lebih disukai dan darjatnya lebih

tinggi disisi Allah SWT.

Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku yang menjadi pendengarannya yang ia

mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia

menampar dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya.

Page 4: Wali Wali Allah

Al Fudhail Ibnu „Iyadh berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman:

Adalah dusta orang yang mendakwa cinta kepada-Ku tetapi dia tidur daripada-Ku, bukankah

setiap orang yang sedang dilamun cinta sangat suka kalau sentiasa berkhalwat (bersunyi-sunyi)

dengan kekasihnya? “Inilah Aku yang sentiasa memerhatikan kekasih-kekasih-Ku, sungguh

mereka telah jelmakan Aku dalam pandangan mereka, berdialog dengan-Ku seolah-olah

mereka menyaksikan Aku, bercakap dengan-Ku seolah-olah Aku hadir dihadapan mereka.

Esok akan Aku senangkan hati kamu di dalam syurga-syurga-Ku. Perasaan ini sentiasa

tersemat kukuh dihati mereka sehingga tidak ada didalam hati mereka kecuali Aku. Oleh itu

tidak ada yang muncul dari anggota mereka melainkan selaras dan sesuai dengan apa yang

ada di dalam hati mereka.

Jadi orang yang beginilah yang berhak mendapat kasih sayang Allah. Allah akan balas amalan

mereka yang ikhlas itu dengan melimpahkan keberkatan-Nya, memimpinnya ke jalan yang

selamat dan sejahtera. Maka ketika itulah Allah akan menjadi pendengarannya ketika dia

mendengar, menjadi penglihatannya ketika dia melihat, menjadi tangannya ketika dia

menampar, menjadi kakinya ketika dia berjalan.

Allah sentiasa memelihara pendengarannya, penglihatannya kakinya dan tangannya daripada

gangguan Iblis. Allah selalu didalam hatinya ketika dia mendengar, melihat, menampar,

berjalan. Dan kalau hatinya selalu ingat kepada Allah sudah tentu ia tidak akan menyeleweng.

Bererti orang yang sedang dicintai Allah Ta‟ala itu sentiasa berada dalam naungan Tuhan,

sehingga segala gerak-gerinya diarahkan kepada segala perbuatan yang diridhainya semata.

Sebab Allah s.w.t tidak ingin kita melakukan yang mungkar, padahal hawa nafsu kita pula

sangat cenderung kepada yang mungkar itu. Hanya orang yang dirahmati Tuhan sajalah yang

akan terselamat dari angkara hawa nafsu, dan mereka itulah orang-orang yang berada di dalam

perlindungan Tuhan dan naunganNya. Tidak ramai manusia yang bakal sampai ke tingkat yang

Page 5: Wali Wali Allah

tertinggi ini, namun tidak mustahil, dia akan mencapai tingkat tersebut apabila hatinya telah

sebati dengan semua taqarrub dan amalan yang selalu dikerjakan itu. Sebab di situlah tempat

yang dapat dirasakan ketenangan hatinya yang hakiki, yakni bila berhadapan dengan Allah

Ta‟ala, dan dirasakan nikmat kemanisan munajat kepadaNya. Hal-hal serupa ini adalah hal-hal

maknawi dan terlalu halus, yang tiada dapat diungkapkan dan disifatkan oleh sang hamba itu

sendiri. Apa yang dirasakan itu tidak perlu diberitakan kepada yang lain, kerana itu adalah

sesuatu hakikat kekurniaan yang dikhususkan Tuhan baginya sebagai rahsia yang tidak boleh

didedahkan kepada umum, kerana dikhuatiri nanti dimakan riya‟ serta dijerumuskan syaitan ke

jurang ujub dan medan megah diri yang akan membinasakan itu. Maka kekallah sang hamba itu

dengan rahsia Tuhannya yang diilhamkan di hatinya dan seluruh jiwanya.

Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya; Dan

sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya akan Aku berikan

perlindungan kepadanya.

Bahagian ini pula menyatakan bahawa doa dan permohonan para Wali Allah akan segera

dikabulkan. Ini adalah kesan dari sikap mereka yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah,

apakah melalui amalan wajib ataupun amalan sunat.

Mudah-mudahan kita juga diberikan dorongan dan kekuatan hati untuk menuju ke sana pada

suatu hari nanti, tetapi hendaklah kita melazimkan diri untuk berbuat taqarrub (mendekatkan diri

kepada Allah) dan nawafil dengan hati sungguh-sungguh dan ikhlas yamg murni. Dan juga

sering bermujahadah (melawan hawa nafsu). Amin.