waktu sesudah itu

12
OTHMAN HJ. ZAINUDDIN WAKTU SESUDAH ITU PERUTUSAN & PENGAJARAN

Upload: rivka

Post on 22-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

WAKTU SESUDAH ITU. OTHMAN HJ. ZAINUDDIN. PERUTUSAN & PENGAJARAN. Perbuatan buruk kita terhadap seseorang hanya akan meluputkan kepercayaan orang itu terhadap kita. (Hindun tetap tidak percaya walaupun Bidin berubah dan mahu berbaik dengannya-ms.293). - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: WAKTU SESUDAH ITU

OTHMAN HJ. ZAINUDDIN

WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN &

PENGAJARAN

Page 2: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Perbuatan buruk kita terhadap seseorang hanya akan meluputkan kepercayaan orang itu terhadap kita. (Hindun tetap tidak percaya walaupun Bidin berubah dan mahu berbaik dengannya-ms.293)

• Jangan sesekali menghina sesama manusia.

• Jangan sesekali bersikap zalim. sesama manusia(perlakuan buruk Bidin terhadap Hindun-ms. 256,263,268)

& PENGAJARAN

Page 3: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Menjaga kebersihan sesuatu tempat itu penting agar kawasan sekeliling tidak tercemar dan penyakit tidak menular.

• Jangan mencemar alam sekitar.

(perbuatan penjual-penjual ikan yang membuang sisa kotoran di tepi jalan dan ke dalam longkang sehingga kawasan kotor dan banyak lalat –ms.250)

& PENGAJARAN

Page 4: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN• Pertolongan yang

diberikan kepada sesiapapun secara ikhlas akan melahirkan hubungan yang erat dan murni.(seperti hubungan Karim sekeluarga dan Hindun, Karim yang diutamakan sebelum Hasan semasa Hindun di hospital-ms.293, jasa Karim yang sentiasa dikenang Hindun-ms.265, hubungan rapat Yang Berhormat –Hindun-ms.276)

• Jangan lupa tanggungjawab kita menolong orang miskin /orang yang lemah.(Karim yang sering menolong Hindun dari pelbagai aspek –makanan, rumah dll –ms.258-259, Karim mempertahankan kedudukan Hindun di kampung setinggan itu walaupun terpaksa berdepan dengan Bidin dan orang-orangnya-ms.263-264, semangat perjuangan yang dilalui bersama mencetus hubungan yang erat antara Hindun dan Yang Berhormat, yang tidak dapat dilupakan oleh Yang Berhormat sampai bila-bila-ms.276).

& PENGAJARAN

Page 5: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Menghormati orang tua/ibu bapa/ orang yang lebih dewasa ialah perbuatan yang mulia.

• Jangan lupa menghormati orang tua/ ibu bapa/ orang yang lebih dewasa. (perlakuan Karim sekeluarga terhadap Hindun- ms273, perlakuan Mansur yang memberitahu Ustaz Lotfi tentang Hindun yang sakit tenat setelah disuruh Bidin-ms.292)

& PENGAJARAN

Page 6: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Kekecewaan dalam hidup hanya akan membawa keburukan kepada diri sendiri.

(nasihat Karim tentang penyakit yang boleh menghinggapi Hindun-ms. 260)

• Jangan sesekali kecewa dalam hidup.

(Hindun merokok kerana ingin sakit dan lekas mati-

ms.260).

& PENGAJARAN

Page 7: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Bertindak sebelum berfikir hanya akan mencerminkan kelemahan dan keperibadian buruk seseorang.(Perlakuan Bidin itu telah mencerminkan sikapnya yang tidak baik)

• Jangan bertindak terburu-buru tanpa memikirkan akibatnya.

(Perbuatan Bidin yang terlalu marah dan sukar mencari kata untuk menangkis hujah Karim, lalu menumbuk Karim-ms.264)

& PENGAJARAN

Page 8: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Sesuatu pertelingkahan itu perlu diselesaikan untuk memperoleh kedamaian.

• Jangan lari daripada masalah.

(perlakuan Ustaz Lotfi yang menjemput Bidin dan Karim ke rumahnya untuk menyelesaikan pergaduhan mereka-ms.266)

& PENGAJARAN

Page 9: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Keikhlasan dalam melakukan kebaikan tidak akan membawa kekecewaan kepada diri pelaku .

• Jangan mengharapkan balasan daripada sesuatu kebaikan yang dilakukan.

• Jangan bersikap tamak.(Karim yang tidak pernah mengharapkan balasan daripada setiap kebaikan yang dilakukan kepada Hindun, digambarkan tidak kecewa apabila tidak menerima apa-apa pun daripada wasiat Hindun. Hasan sebaliknya pula begitu kecewa sehingga rebah apabila mendapat tahu hanya menerima harta Hindun di kampung setinggan -ms.296)

& PENGAJARAN

Page 10: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Perbuatan menunjuk-nunjuk itu tidak membawa manfaat, sebaliknya teguran daripada masyarakat.

• Jangan suka menunjuk-nunjuk.

(Hasan berbelanja besar untuk kubur Hindun agar jasanya sebagai anak dapat dipapar, namun, perbuatannya itu menerima teguran daripada Yang Berhormat-ms.295).

& PENGAJARAN

Page 11: WAKTU SESUDAH ITU

PERUTUSAN

• Anak yang membiarkan ibu bapa hidup melarat akan menghadapi kesukaran untuk memperolehi kasih sayang orang tuanya kembali. (Hasan tidak berusaha untuk mencari ibunya dan hanya kembali setelah mengetahui Hindun akan menerima hadiah penghargaan. Ini menyebabkan Hindun terkilan dan sukar untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada Hasan-tidak berjumpa Hasan semasa tenat di hospital-ms.293, hanya mewariskan harta di kampung setinggan kepada Hasan-ms.296)

• Jangan biarkan ibu bapa hidup melarat.(Mansur mentaati ibu bapanya yang menyuruhnya menghantar makanan ke rumah Hindun-ms.252

& PENGAJARAN

Page 12: WAKTU SESUDAH ITU

Cikgu Noraidah