mkm sarawak sesudah 15 tahun

6
ARTIKEL : 15 TAHUN MKM BERSAMA KOPERASI DI NEGERI SARAWAK Maktab Koperasi Malaysia, atau nama dulunya Maktab Kerjasama Malaysia sebelum ditukarkan pada tahun 2009 lebih dikenali dengan nama ringkasnya MKM telah ditubuhkan pada tahun 1956. MKM ditubuhkan untuk menyediakan program latihan dan pendidikan kepada gerakan koperasi di Malaysia, menyediakan khidmat nasihat dan penyelidikan, serta menerbitkan bahan-bahan bacaan yang berkaitan koperasi. Pada bulan September 1998, MKM telah mengembangkan sayapnya ke Bumi Kenyalang. Pada masa itu, MKM terletak di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Di samping Cawangan Sarawak, MKM juga turut membuka cawangannya di Kota Kinabalu, Sabah. Pejabat MKM Cawangan Sarawak pada awal perkembangannya di Kuching terletak di Tingkat 1 Bangunan Melor, Satok. Pengurusan MKM Cawangan Sarawak pada masa itu diuruskan oleh hanya dua orang pembantu tadbir sementara kursus-kursus yang dijalankan diselia oleh ibu pejabat MKM di Petaling Jaya, Selangor. Di atas kesedaran untuk meningkatkan pemahaman terhadap ilmu perkoperasian di kalangan koperator-koperator di Sarawak, maka pada tahun 2000, MKM Cawangan Sarawak telah menambah bilangan tenaga kerja seramai lima orang yang terdiri daripada seorang Ketua Pusat, dua orang Pegawai Latihan, seorang Penolong Pegawai Tadbir dan seorang Pemandu di samping dua orang pembantu tadbir sedia ada juga telah ditetapkan perkhidmatannya. Ini bertujuan bagi memudahkan kursus-kursus yang lebih efektif dijalankan. Berikutan kursus-kursus yang dijalankan semakin bertambah, pada tahun 2001, MKM Cawangan Sarawak telah berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa iaitu di Bangunan Amfinance, Jalan Haji Taha, Kuching. Di samping itu juga, kakitangan bahagian akademik juga telah bertambah seramai dua orang pada tahun 2002. Sejak itu, MKM Cawangan Sarawak mula bergiat lebih aktif dalam melaksanakan kursus- 1

Upload: syaliana

Post on 19-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

MKM Sarawak Sesudah 15 Tahun

TRANSCRIPT

PROFAIL CAWANGAN SARAWAK

ARTIKEL : 15 TAHUN MKM BERSAMA KOPERASI DI NEGERI SARAWAKMaktab Koperasi Malaysia, atau nama dulunya Maktab Kerjasama Malaysia sebelum ditukarkan pada tahun 2009 lebih dikenali dengan nama ringkasnya MKM telah ditubuhkan pada tahun 1956. MKM ditubuhkan untuk menyediakan program latihan dan pendidikan kepada gerakan koperasi di Malaysia, menyediakan khidmat nasihat dan penyelidikan, serta menerbitkan bahan-bahan bacaan yang berkaitan koperasi. Pada bulan September 1998, MKM telah mengembangkan sayapnya ke Bumi Kenyalang. Pada masa itu, MKM terletak di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Di samping Cawangan Sarawak, MKM juga turut membuka cawangannya di Kota Kinabalu, Sabah.

Pejabat MKM Cawangan Sarawak pada awal perkembangannya di Kuching terletak di Tingkat 1 Bangunan Melor, Satok. Pengurusan MKM Cawangan Sarawak pada masa itu diuruskan oleh hanya dua orang pembantu tadbir sementara kursus-kursus yang dijalankan diselia oleh ibu pejabat MKM di Petaling Jaya, Selangor.

Di atas kesedaran untuk meningkatkan pemahaman terhadap ilmu perkoperasian di kalangan koperator-koperator di Sarawak, maka pada tahun 2000, MKM Cawangan Sarawak telah menambah bilangan tenaga kerja seramai lima orang yang terdiri daripada seorang Ketua Pusat, dua orang Pegawai Latihan, seorang Penolong Pegawai Tadbir dan seorang Pemandu di samping dua orang pembantu tadbir sedia ada juga telah ditetapkan perkhidmatannya. Ini bertujuan bagi memudahkan kursus-kursus yang lebih efektif dijalankan.

Berikutan kursus-kursus yang dijalankan semakin bertambah, pada tahun 2001, MKM Cawangan Sarawak telah berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa iaitu di Bangunan Amfinance, Jalan Haji Taha, Kuching. Di samping itu juga, kakitangan bahagian akademik juga telah bertambah seramai dua orang pada tahun 2002. Sejak itu, MKM Cawangan Sarawak mula bergiat lebih aktif dalam melaksanakan kursus-kursus yang bersesuaian dan relevan kepada gerakan koperasi di seluruh negeri Sarawak selaras dengan perkembangan semasa. Untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan latihan yang dijalankan, MKM Cawangan Sarawak dengan kakitangan seramai 16 orang, sekali lagi telah berpindah ke bangunan baru, iaitu Bangunan Rugayah di Jalan Song Thian Cheok, Kuching pada bulan Oktober 2006. Dengan adanya bangunan 4 tingkat yang luas ini, segala aktiviti-aktiviti kursus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan efektif di samping dapat memberikan keselesaan kepada peserta-peserta kursus serta memenuhi keperluan mereka sepanjang tempoh berkursus.

Selama 15 tahun beroperasi di negeri Sarawak, MKM Cawangan Sarawak telah mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 18 orang yang terdiri daripada seorang Pengarah Cawangan, 10 orang kakitangan di bahagian Pentadbiran serta tujuh orang Pegawai Latihan di bahagian akademik termasuk tiga orang pegawai latihan yang melapor diri pada penghujung tahun 2007 dan 2008. Sepanjang tempoh itu juga, MKM Cawangan Sarawak pernah diketuai oleh seramai 8 orang pengarah. Pada bulan April 2012 sehingga kini, MKM Cawangan Sarawak diketuai oleh En. Ngadi bin Robin, anak jati Sarawak pertama yang dilantik sebagai Pengarah Cawangan.

Pengurusan MKM Cawangan Sarawak terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu, Bahagian Akademik dan Bahagian Pentadbiran. Seramai tujuh orang pensyarah dari Bahagian Akademik mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti pentadbiran, perundangan dan kepimpinan koperasi, perakaunan dan kewangan, pengurusan perniagaan dan keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi. Bahagian pentadbiran MKM Sarawak pula mempunyai seramai 10 orang kakitangan yang sentiasa menyokong dan membantu dalam melaksanakan pelbagai program latihan serta bersama-sama dalam memenuhi misi untuk melahirkan warga MKM yang komited, berpengetahuan, kreatif, inovatif dan beretika melalui program pembangunan sumber manusia yang berkesan.

MKM Sarawak menawarkan kursus-kursus dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi, Kursus Perakaunan dan Kewangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Tidak ketinggalan juga kursus-kursus yang berkaitan dengan Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan. Jangka masa kursus pendek ini mengambil masa selama dua hingga lima hari dan terbuka kepada Pengerusi, Bendahari, Setiausaha, Lembaga, Kakitangan Koperasi dan Anggota Koperasi serta individu atau usahawan yang berminat dengan koperasi. Mengambil kira faktor geografi di Sarawak, MKM Sarawak juga telah mengambil inisiatif menganjurkan kursus-kursus di bahagian-bahagian lain dalam negeri Sarawak. Ini bagi memberi peluang kepada koperator-koperator yang tinggal di luar kawasan Kuching untuk menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan. Selain daripada itu, MKM Sarawak juga menawarkan kursus-kursus wajib khusus untuk Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman bertujuan untuk membekalkan mereka dengan ilmu asas pentadbiran dan pengurusan koperasi yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing.

Program-program lain yang ditawarkan oleh MKM Cawangan Sarawak saban tahun adalah program MKM Bersama Koperasi dan MKM Bersama Agensi yang menyelia koperasi bagi mewujudkan jalinan dalam membantu koperasi mencapai objektif asal penubuhannya supaya selaras dengan hasrat kerajaan. MKM Sarawak juga mengadakan program-program khas seperti Bicara Eksekutif, Bicara Profesional dan Seminar yang membincangkan isu-isu semasa berkenaan dengan gerakan koperasi di samping mewujud dan meningkatkan jaringan perhubungan antarabangsa bagi melaksanakan latihan bersifat global. Program ini mengambil masa selama setengah hari sehingga 2 hari.

Untuk merapatkan hubungan dengan koperasi, MKM Cawangan Sarawak sering mengatur lawatan ke koperasi untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti-aktiviti sesebuah koperasi. MKM Cawangan Sarawak juga sering melibatkan diri dalam pelbagai program pembangunan yang dianjurkan oleh kementerian dan kerajaan tempatan. MKM Sarawak akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran pengurusan, usahawan dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat dan konsultansi.

Bermula pada Februari 2006, MKM Sarawak telah melangkah setapak lagi ke arah memajukan gerakan koperasi di Sarawak dengan menganjurkan program Sijil Pengurusan Koperasi khusus untuk kakitangan pengurusan koperasi. Program yang memakan masa selama 18 bulan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep koperasi dan kemahiran berkenaan pengurusan dan pentadbiran koperasi. Dengan berbekalkan ilmu yang diperolehi dalam program ini, peserta akan menjadi agen perubahan untuk membantu koperasi membuat anjakan paradigma selaras dengan hasrat Dasar Koperasi Negara. Sehingga tahun 2013, sebanyak enam pengambilan telah dilaksanakan dan telah melahirkan seramai 91 orang graduan. Pengambilan pertama pada tahun 2006 telah menempatkan seramai 22 orang peserta. Sementara pengambilan sesi kedua pada Oktober 2007 telah menerima seramai 11 penyertaan yang layak daripada pelbagai koperasi di negeri Sarawak diikuti dengan 22, 48 dan 37 penyertaan, masing-masing pada tahun 2008, 2009 dan 2010. Pengambilan pada tahun 2011 pula telah menerima penyertaan daripada 33 orang anggota koperasi.

Sejajar dengan objektif penubuhannya di Sarawak, MKM akan sentiasa berdamping rapat dengan gerakan koperasi di dalam usaha melahirkan komuniti dan usahawan koperasi yang berilmu dan berintegriti. MKM Sarawak menggapai kecemerlangan di Bumi Kenyalang melalui program pembangunan modal insan koperasi yang digerakkan secara terancang bersesuaian dengan kehendak semasa gerakan koperasi di Sarawak khususnya.Dr. Hjh. Jamilah bt Din

(Januari 2007 Disember 2008)

Tn. Hj. Ramlan b. Kamsin

(Januari 2009 Disember 2010)

Pn. Hjh Hayati bt Md Salleh

(2005 2006)

Yg Mulia Pn. Raja Maimon bt Raja Yusuf

( 2004 2005 )

Pn. Rafiah bt Omar

( 2004 )

Tn. Hj. Idris b. Ismail

( 2000 2004 )

Pn. Noor Zeeta bt Mohd Ramli

(Mei 2011 Mac 2012)

En. Ngadi b. Robin

(April 2012 - sekarang)

Statistik Pelajar SPK bagi setiap pengambilan

Statistik peserta kursus yang dianjurkan oleh MKM Cawangan Sarawak dari tahun 1998 sehingga 2012

Statistik bilangan kursus yang dijalankan oleh MKM Cawangan Sarawak dari tahun 1998 sehingga 2013

5