volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan pulau...

52

Upload: others

Post on 13-Sep-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara
Page 2: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

Copyright 2015 by Centre for Media and Information Warfare Studies, Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without prior permission, in writting, from the publisher.

The views and opinion expressed therein and those of the individual authors and the publication of these statements in the CMIWS Monograph not imply endorsement by the publisher or the editorial staff. Copyright vested in Universiti Teknologi MARA. Written permission is required to reproduce any part of this publication.

Volume 3 . 2015 . ISBN 978-983-44489-2-9

EDITOR, CMIWS Monograph Volume 3 Centre for Media and Information Warfare StudiesFaculty of Communication and Media Studies Level 13, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS)Universiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSelangor, MALAYSIAE-mail: [email protected]: http://cmiws.uitm.edu.my

Page 3: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

CMIWS MONOGRAPHVolume 3

DIPLOMASI MARITIM MALAYSIA: PERTIKAIAN KEPULAUAN SPRATLY

EditorAbd Rasid Abd RahmanAnitawati Mohd Lokman

Page 4: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Page 5: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

KANDUNGAN

KATA PENGHANTAR halaman 1

PENDAHULUANhalaman 3

‘GLOBAL POSITIONING SYSTEM’ (GPS)halaman 4

DIPLOMASI KEPULAUAN SPRATLY halaman 5

TUNTUTAN KAWASANhalaman 8

PENDIRIAN ASEANhalaman 11

PENDIRIAN EUhalaman 13

PERTINDIHAN MARITIMhalaman 16

DEMOKRASI DAN TUNTUTAN halaman 20

KUASA MEDIAhalaman 25

SESI SOAL JAWABhalaman 28

Page 6: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Page 7: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

1

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

Kata Penghantar

Konflik Pulau Spratly menjadi perbincangan utama mengenai isu-isu yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Isu tersebut dibincangkan kerana melibatkan hak Malaysia di kepulauan ini dalam pertikaian antarabangsa termasuk keupayaan diplomasi Malaysia menghadapi pertikaian antara negara-negara ASEAN yang lain, serta China pada hak-hak Pulau Spratly.

Sebagai tindak balas kepada perbincangan antarabangsa yang sedang berlaku terhadap pertikaian Pulau Spratly, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (PPPMI), Universiti Teknologi MARA, mengadakan seminar intelektual mengenai “Maritim Diplomasi Malaysia: Pertikaian Pulau Spratly”, bertujuan untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan status pulau yang dipertikaikan hak untuk Malaysia. Objektif seminar ini adalah bagi menjana pemahaman mengenai isu yang berkaitan dari perspektif akademik. Isu tersebut lebih penting untuk kedaulatan dan dasar luar Malaysia. Secara tidak langsung, isu itu juga mencerminkan amalan diplomasi strategik Malaysia dalam pertikaian antarabangsa, dan penglibatan dalam perbincangan diplomatik untuk memastikan hak Malaysia ke atas Pulau Spratly.

Seminar ini menekankan perkara penting tentang isu yang dibincangkan dan memberi cadangan untuk tujuan diplomasi Malaysia mengenai isu itu. Profesor Madya Dr. Azmi Hassan juga membincangkan isu peranan China dalam konflik tersebut. Beliau turut melahirkan rasa bimbang mengenai strategi diplomasi dan dasar pertikaian antara Malaysia

Page 8: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

2

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

dengan China, termasuklah negara-negara ASEAN lain yang terlibat dalam pertikaian Pulau Spratly. Beliau menegaskan bahawa Malaysia perlu menangani isu tersebut dengan cermat. Hal ini kerana isu tersebut melibatkan faktor-faktor yang lain, termasuklah peranan kuasa-kuasa besar dan juga keselamatan negara khasnya, serta rantau ini amnya. Strategi diplomasi Malaysia mengenai perkara ini perlu melibatkan analisis yang lebih meluas dengan jaminan bahawa ianya akan memberi faedah kepada kepentingan Malaysia di samping memelihara keamanan serantau.

Bagi pihak PPPMI, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Azmi Hassan atas sumbangan beliau terhadap topik yang dibincangkan melalui persembahan yang menarik, berserta fakta bagi memberi pemahaman yang lebih meluas kepada para peserta seminar. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menganjurkan program ini.

Abd Rasid Abd RahmanAnitawati Mohd LokmanEditor,Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (PPPMI),Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,Universiti Teknologi MARA.

Page 9: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

3

MARITIM DIPLOMASI MALAYSIA:PERTIKAIAN PULAU SPRATLY

PENDAHULUAN

Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (PPPMI), Universiti Teknologi MARA, telah menganjurkan sebuah program wacana pada 23 Oktober 2013 yang lalu. Dalam wacana tersebut, PPPMI telah menjemput Profesor Madya Dr. Azmi Hassan (Prof Azmi), yang merupakan seorang Ahli Geo Strategi atau Geo Strategist.

Apakah yang dimaksudkan ‘Geo Strategist’? Menurut Prof. Azmi, gelaran tersebut bukanlah merupakan jawatan rasmi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tetapi hanya direka buat dirinya sendiri. Beliau menganggap dirinya sebagai Geo Strategist kerana berdasarkan bidang kepakarannya, dan sehingga kini, sudah hampir lima tahun beliau menggunakannya. Dalam pada itu beliau berseloroh jawatan ‘tidak rasmi’ yang diguna pakai olehnya itu hanya menunggu surat amaran dari Naib Canselor UTM. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, masih tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak universiti. Oleh hal yang demikian, beliau akan terus menggunakan gelaran jawatan tersebut sehingga ia tidak dibenarkan pada suatu hari kelak.

Jadi, apakah sebenarnya Geo Strategist itu? Prof. Azmi sememangnya gemar untuk bercakap tentang politik, sepertimana yang terdapat pada butiran biodatanya. Namun,bidang Geo Strategist tersebut, bukan juga merupakan sebuah bidang yang terdapat dalam sains politik. Dari segi profesionnya, Prof. Azmi menyatakan bahawa, beliau merupakan seorang jurutera dan mengklasifikasikan Ijazah Sarjana Kedoktoran (Ph.D) yang diperolehnya adalah berkaitan dengan satelit Sistem Penentududukan Sejagat atau Global Positioning System (GPS), dan selain itu, beliau turut gemar mengulas tentang politik. Secara tidak langsung, apabila

Page 10: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

4

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

digabungkan kedua-dua elemen tersebut, aspek politik itu merupakan strategisnya.

Selain itu juga, Prof. Azmi banyak membuat kenyataan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai apa-apa isu yang berkaitan dengan politik. Beliau banyak mengupas isu politik semasa, sehinggalah perkara yang berkaitan dengan pilihan raya, serta keselamatan negara. Hal ini menunjukkan bahawa betapa sukanya beliau bercakap tentang hal politik, walaupun secara hakikinya, politik bukan merupakan bidangnya. Oleh hal yang demikian, gabungan tersebut yang banyak memberikan kekuatan kepada bidang kepakaran yang beliau sandang ketika ini.

‘GLOBAL POSITIONING SYSTEM’ (GPS)

Berbalik kepada klasifikasi jurusan Ph.D yang diperoleh Prof. Azmi yang berkaitan dengan satelit GPS, sepertimana yang dimaklumkan, satelit GPS merupakan bidang hakiki beliau. Prof. Azmi turut memaklumkan pada wacana tersebut bahawa, klasifikasi Ph.D yang diperolehnya telah dipatenkan oleh University of Wisconsin, untuk turut dipatenkan di ibu pejabat paten Amerika Syarikat (US Patent Office). Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah itu satelit GPS dan mengapakah ianya perlu dipatenkan?

Sudah pasti ramai yang sedia maklum dan sudah biasa dengan satelit GPS satelit yang digunakan di dalam kenderaan. Untuk makluman, bukan sahaja kenderaan yang boleh menggunakan pandu arah oleh satelit GPS, malah dalam peperangan moden hari ini juga, bom turut dikatakan telah dipandu arah oleh satelit GPS hampir seratus peratus. Sama ada kenderaan mahupun bom, kedua-duanya menggunakan satelit yang sama, walau bagaimanapun, Cuma isyarat yang digunakan adalah berbeza-beza. Menurut Prof. Azmi, isyarat yang digunakan untuk memandu arah kenderaan dikenali sebagai ‘secor’, manakala yang digunakan untuk memandu arah bom pula dikenali sebagai ‘decor’. Menurut beliau lagi, secara tidak langsung, hal yang dijelaskan sedemikianlah yang merupakan

Page 11: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

5

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

bidang kepakarannya. Selain itu, Prof. Azmi turut menyatakan bahawa perkara ini bukanlah secara kebetulan untuk beliau bermula daripada satelit GPS kepada politik, dan yang pastinya apabila seseorang itu mula bercakap mengenai GPS, sudah pastinya tidak boleh lari daripada perang dan persempadanan politik. Bermula daripada perang Iraq, Afghanistan, dan sehingga ke hari ini perang di Syria, kebanyakan bom yang digunakan adalah daripada smart guided bomb dan kesemuanya dipandu arah oleh satelit GPS.

Oleh hal yang demikian, apabila beliau menerangkan dan memberi pendapat, sudah pastinya beliau tidak akan lari daripada berbicara tentang isu-isu yang berkaitan dengan sains politik, keselamatan dan persempadanan. Isu seperti Kepulauan Spartly merupakan isu yang menjadi topik hangat masa ini dan beliau amat teruja untuk mengupas isu tersebut. Malah gabungan kepakaran yang diperolehnya menjadikan topik tersebut berbeza daripada pendekatan yang biasa.

DIPLOMASI KEPULAUAN SPRATLY

Apabila bercakap tentang Kepulauan Spratly, Prof. Azmi menerangkan bahawa isu tersebut adalah merupakan sesuatu yang begitu sensitif sekali dari segi diplomasi di Malaysia. Hal yang demikian kerana, isu tersebut begitu sukar sekali untuk ditentukan, dari segi bentuk dasar luar yang dibentangkan jika berkenaan Kepulauan Spratly. Sebagai contoh masalah yang berbangkit adalah seperti apa yang dikatakan dalam bahasa antarabangsanya, apabila China mengatakan kepulauan tersebut adalah hak mereka. Pihak China menggunakan istilah nine-dashed lines.

Walau bagaimanapun, ramai yang menyindir dengan mengatakan bahawa keadaan tersebut ‘seperti lintah kerbau’, kerana China mengatakan bahawa 80 peratus daripada Laut China Selatan itu adalah hak mereka. Manakala, terdapat 80 peratus yang mengatakan bahawa hak mereka terdapat dalam ASEAN, yang mana terdapat empat negara yang mengatakan kepulauan tersebut adalah hak mereka juga. Hal ini

Page 12: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

6

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

termasuk juga dalam Kepulauan Parasel dan Kepulauan Spratly. Walau bagaimanapun, dalam pada yang sama, Brunei, Vietnam, Filipina dan juga Malaysia, turut menyatakan bahawa sebahagian daripada Laut China Selatan tersebut adalah hak mereka. Oleh hal yang demikian, perkara ini telah menimbulkan masalah. Selain itu, pertembungan yang berlaku tersebut, telah membuatkan Taiwan, yang mempunyai pendapat yang sama dengan China pula menyatakan bahawa kepulauan itu merupakan sebahagian daripada hak mereka. Menurut Prof. Azmi, kita boleh membayangkan Taiwan yang berada jauh di atas, turut mengatakan bahawa keseluruhan 80 peratus itu adalah hak mereka juga. Pendirian tersebut turut sama berlaku terhadap China, tetapi Taiwan tidak menganggap perkara tersebut sebagai masalah. Menurut beliau, yang menjadi masalah adalah mengenai dasar luar yang dihubungkaitkan dengan China, iaitu sebuah tanggapan dari China semata-mata.

Hal tersebut telah menimbulkan masalah, kerana Malaysia telah menduduki lima kawasan yang terdahulunya dipanggil sebagai “terumbu”. Menurut Prof. Azmi, pada masa dahulu, beliau memanggil dan mengenali kawasan tersebut sebagai “terumbu”, dan beliau sangat tidak berpuas hati apabila pihak Wisma Putra pada hari ini memanggil kawasan tersebut sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara tidak langsung perkara tersebut mempunyai sebab yang tersendiri. Apabila Malaysia kalah ketika itu dengan Singapura, nama kawasan tersebut hanya dipanggil sebagai Batu Putih sahaja. Menurut Prof. Azmi, hal tersebut mempunyai sebab yang boleh dikaitkan dengan dasar luar mengenai perkara itu. Perkara tersebut telah menimbulkan masalah ketika ini apabila Malaysia bukan sahaja terpaksa berhadapan serta memikirkan bagaimana hendak menghadapi China, malah terpaksa memikirkan juga bagaimana untuk menghadapi tiga negara lain, iaitu Vietnam, Filipina dan juga China. Pada pendapat beliau, hal tersebut telah menimbulkan satu masalah dalam penggubalan dasar luar Malaysia.

Page 13: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

7

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

Sebagai contoh, mengenai Selat Melaka. Menurut Prof. Azmi, Selat Melaka dikatakan isu kritikal kerana lautan tersebut merupakan laluan kapal yang agak sibuk. Hal ini turut sama seperti dengan China. Satu pertiga (1/3) laluan laut adalah melalui Laut China Selatan. Hal ini dikatakan demikian kerana laluan tersebut menjadi salah satu laluan pengairan yang penting. Persoalannya, siapakah yang dapat mengawal pengairan Laut China Selatan, yang dianggap seperti dapat mengawal geopolitik dunia? Hal ini dapat dikaitkan, jika Amerika Syarikat (AS) dapat mengawal laluan Selat Melaka, maka mereka juga secara tidak langsung dapat mengawal China sebenarnya. Menurut Prof. Azmi, China terlalu mengharapkan kapal yang membawa gas dari negara Arab ke negara mereka dengan melalui laluan Selat Melaka.

Hal ini sama seperti laluan di Laut China Selatan, yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Hal ini bukan sahaja kerana laluan dan legasi, tetapi juga dikatakan lautan tersebut kaya dengan sumber gas dan minyak. Selain itu, Laut China Selatan juga merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan sumber perikanan. Secara tidak langsung, pengawalan Laut China Selatan adalah menjadi ‘kawasan’ penting bagi banyak pihak. Menurut Prof. Azmi, jikalau Malaysia tersilap mengamalkan dasar luar dalam menghadapi China, maka negara ini akan mempunyai masalah yang besar. Tambah beliau lagi, masalah di Laut China Selatan boleh mencetuskan peperangan yang agak besar, dan besar kemungkinan juga akan berkaitan dengan fakta, yang mana pada dua tahun yang lalu, AS di bawah Presiden Barack Obama, ada mengatakan bahawa Asia Pasifik merupakan kawasan tumpuan baharu bagi negara tersebut. Perkara ini telah membawa maksud bahawa, AS akan membawa aset ketenteraan mereka yang sebelum ini terletak di Eropah,yang juga sebelum ini turut ditempatkan di bahagian Timur Tengah dijangka akan dibawa ke Asia Pasifik.

Menurut Prof. Azmi, hal ini akan membuatkan Malaysia, bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan China,dan bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan negara Asia lainnya yang mempunyai sumber minyak,

Page 14: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

8

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

tetapi terpaksa juga berhadapan dengan AS dalam menggubal dasar luar mengenai Kepulauan Spratly ini.

TUNTUTAN KAWASAN

Rajah 1: Nine-dashed line (diwarnakan hijau) seperti yang didakwa oleh PR China (Agensi Perisikan Pusat AS - Peta Asia - Koleksi Peta Perry-Castañeda: Laut China

Selatan (Kepulauan), 1988).

Page 15: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

9

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

Rajah 1 menunjukkan kedudukan Malaysia, Brunei, Vietnam dan Filipina. Rajah ini turut menunjukkan apa-apa yang dikatakan kawasan tersebut adalah hak milik mereka. Menurut Prof. Azmi kenyataan bahawa China dikatakan sebagai Nine-dashed lines, iaitu bagaikan seperti ‘lidah kerbau’, hanya berdasarkan kepada sejarah. Sejarah ini dikaitkan ketika China berada pada era dinasti 200 atau 300 tahun dahulu. China menyatakan bahawa tiga 300 tahun dahulu, Laut China Selatan tersebut adalah kawasan mereka. Oleh hal demikian, lautan itu disebut sebagai‘Laut China Selatan’ dan kekal sehingga ke hari ini, yang secara langsungnya terdapat perkataan ‘China’. Walau bagaimanapun, Filipina, salah sebuah negara yang tidak memanggil lautan tersebut sebagai Laut China Selatan, tetapi dipanggil dengan nama yang lain, dengan penggunaan bahasa mereka sendiri, yang mana tiada perkataan ‘China’. Prof. Azmi menyatakan bahawa, hal sedemikian menjadi asas buat China, yang mana, pada asasnya adalah mengikut sejarah dua atau tiga tahun yang terdahulu, yang bermula daripada Dinasti Han. Walau bagaimanapun, Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam berpendapat bahawa lautan tersebut adalah hak milik China dengan berasaskan undang-undang. Hal ini dinamakan sebagai UNCLOS, iaitu undang-undang pengairan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Hal ini merupakan perbezaan tuntutan negara-negara tersebut. Menurut Prof. Azmi, yang menambahkan masalah adalah apabila China dikatakan mempunyai pegangan kuasa ekonomi, serta mempunyai kekuatan dalam ketenteraan. Oleh itu, Malaysia tidak boleh mengetepikan atau menepis dengan mengatakan bahawa tuntutan China itu adalah remeh dan tidak boleh diguna pakai, atau tidak boleh dibuat kerana kekuatan China adalah berdasarkan perkara tersebut. Walaupun ramai yang cuba mempermainkan tuntutan ini,tetapi hal ini dikatakan sebagai asas, yang turut dinyatakan sebagai asas rundingan. Hal ini kerana China mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Secara tidak langsung, hal ini menjadi satu masalah buat Malaysia menggubal dasar.

Page 16: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

10

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Daripada perbincangan yang dinyatakan sebelum ini, kawasan tersebut dinamakan sebagai pulau, yang mana pulau tersebut diduduki oleh komando Malaysia, iaitu Kepulauan Spratly. Menurut Prof. Azmi, beliau pernah menulis sebuah artikel suatu ketika dahulu (lima hingga enam tahun yang lalu), Prof. Azmi mengenali dan memanggil kepulauan tersebut sebagai terumbu. Selepas daripada itu, beliau menerima panggilan daripada pejabat tentera laut, yang memberitahu beliau bahawa hal ini menjadi satu kesalahan kerana mengambil pendekatan tersebut. Terdapat beberapa sebab mengapa negara lain berminat, dan mengapa dasar luar Malaysia menamakan kawasan tersebut sebagai “terumbu bumi,” “terumbu mandani,” “terumbu subur,” dan “terumbu kehijau”. Hal ini kerana kawasan yang diduduki, Kepulauan Spratly, adalah hak milik Malaysia. Persoalan yang ditimbulkan oleh Prof. Azmi, mengapakah dasar luar Malaysia menukar perkataan atau nama “terumbu” kepada nama “pulau”. Hal ini kerana, menurut Prof. Azmi, dalam perundangan UNCLOS, jikalau tempat tersebut dikatakan “pulau”, mengikut definisinya, pulau boleh merangkumi kawasan perairan EEZ, zon ekonomi eksklusif, yang terletak sejauh 200 batu nautika, dan hal ini menjadi penyebabnya. Panggilan terumbu pula dikatakan tidak sesuai, kerana definisi terumbu dalam UNCLOS menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh hidup di atas terumbu. Jika terdapat hidupan atau boleh hidup,hal tersebut tidak boleh dibuat sebagai garis dasar. Jika dinamakan sebagai pulau, maka individu atau seseorang itu boleh menjalani kehidupan tanpa bantuan daripada pihak luar.

Hakikatnya, menurut beliau lagi, kawasan tersebut sememangnya mempunyai terumbu, dan pada peringkat antarabangsanya juga dipanggil sebagai terumbu. Akan tetapi, Malaysia menggelarnya sebagai pulau kerana terdapat strategi, dan dasar luarnya. Jika Malaysia menang, dan jika dikatakan kepulauan tersebut adalah hak milik negara ini, hal ini bermakna, Malaysia boleh melangkaui sejauh 200 batu nautika dalam zon eksklusif ekonomi. Perkara ini turut diingatkan oleh Prof. Azmi, jika di luar Malaysia, kawasan tersebut dipanggil pulau. Sebagai contoh, jika

Page 17: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

11

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

Batu Putih, harus dipanggil Batu Putih, dan jangan memanggil kawasan tersebut sebagai Pulau Batu Putih. Jika Malaysia masih mahu memanggil kawasan tersebut sebagai Pulau Batu Putih, maka kawasan tersebut akan bertukar tangan kepada Singapura. Secara umumnya, Singapura sudah mengetahui perkara tersebut. Secara realistiknya, Batu Putih itu hanya merupakan sebuah ‘batu’ sahaja. Menurut pihak Singapura, secara persendiriannya Malaysia tidak dapat ‘hidup’ di Batu Putih itu tanpa bantuan luar, dan secara tidak langsung, hal ini telah menjelaskan definisinya. Cuma pada ketika ini,di kawasan Selat Johor, isu Batu Putih telah pun selesai, dan hanya terdapat beberapa perkara middle north and south nautical yang masih dalam rundingan.

Secara realitinya juga, masalah ini turut melebihi masalah antara Malaysia dengan Singapura, Malaysia dengan Thailand, Malaysia dengan Indonesia. Hal ini kerana ianya telah melibatkan tiga negara ASEAN yang lain, melibatkan China, selain daripada melibatkan negara ASEAN yang tidak ada kena mengena dengan Singapura, Indonesia, serta Kemboja. Kesemua negara tersebut terlibat disebabkan oleh China, kerana China turut berada di situ.

PENDIRIAN ASEAN

Jika diteliti, apakah sebenarnya pendirian rasmi yang terdapat, yang juga berkaitan dengan perkara ini dalam ASEAN, di mana Malaysia menjadi salah satu anggotanya. Negara lain mengatakan bahawa perlu ada rundingan secara multilateral. Hal ini bermaksud, semua negara yang terlibat termasuk China, jika mahu meneruskan rundingan tentang kepulauan Spratly dan Parasel, negara yang terlibat mesti berunding dengan ASEAN, dan hal ini dikatakan sebagai multilateral. Menurut Prof. Azmi, perkara tersebut merupakan penilaian asal rasmi ASEAN. Secara tidak langsung, hal ini turut maksud bahawa ASEAN menjadi satu organisasi yang mewakili Malaysia, Brunei, Vietnam dan juga Filipina. Hal ini turut disebut sebagai pendirian rasmi ASEAN dan dikatakan

Page 18: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

12

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

sebagai deklarasi tatacara Laut China Selatan, yang menjadi salah satu asas perjanjian pada setiap rundingan yang diadakan.

Pada ketika ini, kesemua negara ASEAN dan juga China telah menandatangani apa yang dikatakan sebagai deklarasi tatacara Laut China Selatan. Walau bagaimanapun, perkara tersebut hanya merupakan sebuah deklarasi sahaja, dan ianya bukanlah sebuah ‘ikatan’ atau‘binding’, dan tidak boleh digunakan secara memaksa. Hal ini kerana di dalam deklarasi tersebut ada mengatakan bahawa segala masalah di Laut China Selatan perlu diselesaikan secara rundingan, dan itu hanya merupakan sebuah ‘deklarasi’ sahaja. Deklarasi tersebut tidak boleh memaksa China, mahupun Malaysia. Walau bagaimanapun, hal itu merupakan satu perjanjian asal, iaitu perlu mengikuti deklarasi. Pada ketika ini, kesemua negara yang terlibat telah bersetuju untuk menandatangani deklarasi tersebut. Sepatutnya langkah kedua yang perlu diambil adalah dengan menandatangani apa yang dikatakan sebagai Tatacara Perlakuan Laut China Selatan atau Code of Conduct (CoC). Hal ini adalah turut sama seperti deklarasi, akan tetapi CoC ini turut diklasifikasikan sebagai‘binding’. Hal ini bermakna, menurut Prof. Azmi, kesemua negara perlu mengikutinya dan tidak boleh mengatakan tidak, serta tidak boleh mengikutinya secara separuh jalan sahaja. Pada ketika ini ianya dikatakan ‘terikat’, dan oleh sebab itu China tidak mahu mengikutinya. Hal yang demikian dikatakan juga bahawa menjadi salah satu faktor penyebab dalam CoC ini ada dimasukkan ungkapan UNCLOS. Apabila ungkapan UNCLOS ini dimasukkan,secara tidak langsung akan menyebabkan China akan kalah. Hal ini turut menyebabkan tuntutan mereka (China) bukan berasaskan perundangan, tetapi hanya berlandaskan pada tuntutan yang berasaskan pada sejarah. Menurut Prof. Azmi lagi, UNCLOS tidak mungkin terdapat dalam sejarah, kerana sejarah hanyalah merupakan sebuah cerita lama. Jika hal ini dikaitkan dengan sejarah, perkara ini akan menjadi lebih rumit. Hal ini turut sama seperti cerita di Patani, yang mana jika diikutkan sejarah akan menjadi satu masalah. Secara tidak langsung, hal ini menyebabkan China tidak mahu menandatangani

Page 19: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

13

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

tatacara tersebut. Jika China bersetuju untuk menandatangani tatacara tersebut, maka mereka akan terpaksa mengikuti segala perkara yang terdapat di dalam UNCLOS. Dan sekiranya China masih mahu mengikuti UNCLOS tersebut, maka secara tidak langsung akan turut memasuki mahkamah tribunal UNCLOS,sudah pastinya negara tersebut akan kalah disebabkan perundangan yang telah ditetapkan. Hal ini kerana UNCLOS mempunyai perundangannya yang tersendiri. Selain itu juga, secara realitinya, Malaysia turut boleh menuntut 12 batu nautika, dan seterusnya boleh menuntut sehingga ke 25 batu nautika, dan seterusnya berlarutan sehingga membolehkan Malaysia boleh menuntut sehingga sejauh 200 batu nautika. Menurut Prof. Azmi, hal ini ada termaktub di dalam tatacara tersebut. Tambah beliau lagi, hal ini tidak boleh diterima secara langsung sekiranya Malaysia mengikuti tuntutan China tersebut. Oleh kerana di atas dasar kekuatan ekonomi yang diperoleh China, maka Malaysia terpaksa akur dengan apa-apa sahaja yang dikehendaki oleh China, dan itulah dikatakan sebagai ASEAN.

PENDIRIAN EU

Menurut Prof. Azmi, negara di bawah EU juga mempunyai pendirian mereka yang tersendiri. EU juga turut mempunyai kepentingan kerana laluan tersebut merupakan laluan legasi yang agak penting. EU juga berpendapat dengan mengatakan bahawa penyelesaian segala masalah perlu mengikut UNCLOS, sama seperti pendirian ASEAN. Sebelum ini AS dipaksa bergabung, akan tetapi baru-baru ini, yang bermula pada tahun 2010, apabila Hillary Clinton, yang pada ketika itu merupakan sebagai Setiausaha Negara di AS, turut mengakui bahawa laluan Laut China Selatan itu adalah penting dan perlu dielakkan daripada sebarang masalah. Semenjak daripada itu, AS dikatakan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam perebutan Kepulauan Spartly serta Kepulauan Parasel. Timbul masalah apabila AS turut mengatakan bahawa China perlu menandatangani CoC, yang turut mengambil kira tentang UNCLOS. Perkara tersebut terus menjadi masalah apabila AS tidak mengiktiraf

Page 20: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

14

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

UNCLOS. Oleh hal demikian, AS tidak menurunkan tandatangan sehingga ke hari ini, tetapi mahukan seluruh negara lain untuk menandatanganinya. Hal ini timbul persoalan, kerana apakah perkara ini berlaku? Menurut Prof. Azmi, hal ini kerana kepentingan dasar luar yang dijalankan oleh AS. Jika seseorang atau sesebuah negara itu memperakui UNCLOS, maka perairan dalam kawasan EEZ akan menjadi milik mereka.

Menurut Prof. Azmi, setiap kapal perang yang ingin lalu di perairan EEZ, maka mereka perlu meminta kebenaran negara empunya. Hal ini telah menyebabkan AS tidak bersetuju. Jika mereka menandatangani, maka mereka akan terpaksa mengikuti segala perjanjian yang sudah termaktub. Hal ini bermakna, laluan di Laut China Selatan itu terdapat banyak kawasan EEZ yang akan lalui. Negara yang ingin lalui perairan tersebut terpaksa meminta kebenaran dari Malaysia, Brunei, Vietnam, serta Filipina. Hal ini menjadi faktor utama AS tidak mahu menandatanganinya. Walau bagaimanapun, apa-apa hal sekalipun yang terjadi di kawasan perairan Laut China Selatan tersebut,AS tetap dikatakan sebagai pihak yang berkepentingan. Hal ini turut sama seperti China, yang dikatakan sebelum ini sebagai Nine-dashed lines, seperti ‘kerbau’, yang mana mereka turut mengatakan bahawa UNCLOS tidak perlu dipakai, kerana negara tersebut sudah pasti tidak mahu mengguna pakai UNCLOS tersebut. Secara tidak langsung, ini telah menunjukkan bahawa mereka tidak mahu menandatangani CoC tersebut. China hanya berpegang pada deklarasi yang mana mereka menandatangani atas dasar ianya bukanlah ‘binding’, cumanya mereka masih berdegil dan tidak mahu menandatangani CoC itu. Hal yang demikian telah menjadikan perkara ini sebagai pendirian rasmi mereka.

Filipina juga mengatakan bahawa mereka mahu turut serta seperti Malaysia, yang mana mereka mahu bukti peruntukan yang terdapat di dalam UNCLOS. Ternyata, hal ini merupakan satu masalah yang berbeza antara Malaysia dengan Filipina, yang mana Filipina mahu mengaitkan pihak ketiga dalam masalah ini. Secara tidak langsung, hal ini telah menjadi satu pemerhatian operandi buat Malaysia, yang mana

Page 21: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

15

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

Filipina mahu mengaitkan AS. Dalam ASEAN, terdapat dua kumpulan negara, iaitu Filipina dan Vietnam yang mahu melibatkan AS, dan hal ini telah ternyata sekali. Dalam setiap sidang kemuncak ASEAN, ARF, serta ASEAN Original Forum, sememangnya jelas bahawa Vietnam dan Filipina bersama-sama dengan AS melihat China sebagai seteru. Walau bagaimanapun, Brunei dan Malaysia masih belum nampak perkara tersebut. Menurut Prof. Azmi, Malaysia sebenarnya bukannya mahu menyebelahi China, tetapi tidak mahu melibatkan negara luar. Hal itu dikatakan demikian kerana setiap keputusan yang dibuat merupakan‘No Involvement of Extra Original State’. Hal ini bermaksud dalam bahasa dasar luarnya adalah AS tidak perlu sama sekali untuk campur tangan.

Apabila diteliti secara terperinci apa yang terdapat di dalam No Involvement of Extra Original State, sebagai contoh, sekiranya Indonesia tidak campur tangan yang boleh dikatakan sebagai‘agen’ iaitu dalam agen Asia Tenggara, maka negara lain yang tidak tersenarai atau tidak ada kena mengena dalam agen Asia Tenggara, termasuk negara di bawah EU dan AS, sepatutnya tidak layak untuk campur tangan. Hal ini amat berbeza sekali dengan pendirian Vietnam dan Filipina, yang mahu menimbulkan masalah dengan menegaskan tentang Joint Development, untuk turut bersama-sama membangunkan kawasan yang dipertikaikan. Malaysia dan Thailand masih berhadapan dengan masalah yang masih belum selesai lagi, tetapi sudah mula timbul masalah lain yang cuba dibangunkan oleh pihak lain secara bersama-sama. Walaupun Malaysia dan Brunei mempunyai masalah yang tersendiri,namun kedua-dua negara ini bebas mencari gali kawasan,yang belum tentu kawasan milik siapa yang dicari gali itu. Hal ini menjadi satu pegangan asas oleh Malaysia mahupun Brunei.

Lain pula dengan pendirian Filipina, yang mana mereka mahu menyertai Joint Development dan usaha bersama-sama,tetapi pertikaian tersebut mesti diselesaikan dahulu. Di dalam ASEAN sendiri sememangnya terdapat beberapa pertembungan dari segi dasar luar, dan hal ini timbul persoalan, bagaimana negara ASEAN mahu berhadapan

Page 22: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

16

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

dengan masalah Laut China Selatan ini? Hal ini dikatakan sebagai satu cabaran kepada individu yang bekerja di bawah Wisma Putra kerana sejak 2005 sehingga ke hari ini, terlalu banyak masalah yang timbul. Sebagai contoh, jika dilihat apa yang berlaku pada Mac 2015, yang mana terdapat pertembungan antara tentera laut Filipina dengan tentera laut China di Beting Scarborough, yang menjadi satu masalah yang agak besar, yang hampir menimbulkan peperangan.

Dalam perihal Laut China Selatan ini, sudah timbul peperangan sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1974, yang melibatkan Vietnam dan selepas itu pada tahun 2001, yang melibatkan Filipina. Jadi, semenjak tahun 2001hingga ke hari ini, masih tidak ada lagi peperangan fizikal, tetapi yang terbaharu telah tercetusnya salah faham antara China dengan Filipina di Beting Scarborough yang hampir mencetuskan peperangan fizikal jika tidak ditangani dengan cara yang betul. Setakat ini, Malaysia dan China masih belum capai ke tahap seperti itu. Menurut Prof. Azmi, sekiranya dasar luar tidak betul, sememangnya boleh mencetuskan peperangan.

PERTINDIHAN MARITIM

Pertindihan maritim dikatakan menjadi salah satu isu yang penting. Isu tersebut dikatakan penting kerana Malaysia pernah menghadapinya sebelum ini, tetapi bukan dengan China. Pada tahun 2002 atau 2003, isu pertindihan hak milik perairan maritim pernah berlaku antara Malaysia dengan Indonesia. Isu tersebut dikatakan satu isu yang agak ‘panas’ ketika itu. Malaysia tidak menganggap isu tersebut adalah satu isu yang panas, tetapi tidak bagi Indonesia. Hampir setiap hari mereka berbincang tentang isu itu. Pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada Malaysia pada ketika itu. Walaupun pada hakikatnya Malaysia sedar akan timbulnya isu tersebut, namun dasar luar Malaysia tidak mahu bertindak secara agresif dengan negara jiran. Pada tahun kejadian isu tersebut adalah ketika Malaysia di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang

Page 23: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

17

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

sememangnya beliau tidak mahu bertindak secara agresif, mahupun di media – juga tidak membincangkan isu tersebut. Menurut Prof. Azmi, hal ini sangat berbeza dengan apa-apa yang berlaku sekarang, yang mana jika berlaku apa-apa sahaja masalah dengan Indonesia, media terus bertindak memainkan peranan mereka. Walau bagaimanapun, ketika berlakunya isu pertindihan tersebut, terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi oleh kedua-dua negara. Antaranya, pergeseran antara tentera laut Malaysia dengan tentera laut Indonesia, hampir-hampir berlaku.

Selain itu, menurut Prof. Azmi, isu pertindihan ini menjadi topik hangat yang diperbincangkan hingga ke Parlimen Indonesia, sehingga terkeluar perkataan ‘ganyang’ Malaysia. Malaysia masih selamat walaupun pada ketika itu, isu pertindihan pengairan maritim ini sangat panas. Isu sedemikian adalah sama seperti apa-apa yang berlaku di Kepulauan Spartly, serta Laut China Selatan. Jika Malaysia tidak menangani isu-isu yang berlaku, maka negara ini akan menjurus kepada hal yang sama, bukan dengan Indonesia tetapi dengan China.

Sebagai contoh, pada suatu ketika dahulu, China pernah berhadapan masalah dengan Jepun tentang Kepulauan Senkaku. Jepun memanggil pulau tersebut sebagai Senkaku, manakala China mengenalinya sebagai Diaoyu. Kini, kawasan tersebut ditadbir oleh Jepun, akan tetapi China mengatakan bahawa kawasan kepulauan tersebut itu adalah hak mereka dengan hanya berasaskan pada sejarah 200 tahun yang lalu. Apabila berlaku masalah seperti ini, telah timbul demonstrasi antara kedua-dua belah pihak. Dan apabila berdemonstrasi, banyak rakyat China menyasarkan industri Jepun yang berada di China. Banyak industri mengalami kerugian pada masa itu. Jepun terpaksa mengaku kalah dan mereka terpaksa berundur untuk cuba mengendurkan keadaan yang tegang tersebut. Hal yang demikian kerana Jepun memikirkan faktor ekonomi, walaupun pada ketika itu, apa yang mereka lalui adalah tidak berbaloi sekali. Menurut Prof. Azmi, isu ini juga dikatakan isu yang amat sensitif sekali untuk dibincangkan.

Page 24: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

18

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Sama seperti isu di Scarborough Shoal. Dalam isu tersebut, Filipina terpaksa meminta maaf kerana mereka tidak mempunyai kekuatan ketenteraan untuk berhadapan dengan kekuatan tentera laut China. Oleh hal yang demikian, perkara ini telah menunjukkan satu masalah yang besar kepada Malaysia apabila menggubal dasar Malaysia, bagaimana hendak menghadapi China, bagaimana untuk berbaik-baik dengan AS, dan juga bagaimana hendak menghadapi Vietnam, Filipina dan Brunei? Bukan itu sahaja, malah Malaysia akan terpaksa juga menghadapi pihak yang tidak ada kena mengena dengan ASEAN. Kemboja umpamanya, mereka ada pendiriannya yang tersendiri. Singapura dan Indonesia juga mempunyai pendiriannya yang tersendiri, walaupun pada hakikatnya mereka tidak ada kaitan dalam peruntukan tersebut. Hal ini dikatakan menjadi satu cabaran pada penggubal dasar di negara ini.

Seperti apa yang dinyatakan sebelum ini, Malaysia cuba memperjuangkan isu tersebut dengan menyatakan bahawa negara yang bertelagah perlu menandatangani apa-apa yang diperkatakan sebagai CoC atau dikenali sebagai kod tatacara tingkah laku. Namun, sehingga ke hari ini, walaupun deklarasi sudah didatangani, namun China masih berdegil untuk menandatanganinya hingga ke hari ini. Hal ini turut sama berlaku di Brunei, sewaktu sidang kemuncak ASEAN, sepatutnya isu tersebut dibincangkan, yang mana sepatutnya dibawa dalam agenda perbincangan, tetapi China tidak mahu membincangkannya lagi.

Menurut Prof. Azmi, perkara yang sama turut berlaku pada tahun lalu, ketika di sidang kemuncak yang diadakan di Kemboja. Buat pertama kali dalam sejarah ASEAN yang ke-45 tahun, communiqué tidak dapat dikeluarkan. Hal yang demikian berlaku kerana China membantah CoC tersebut sebagai salah satu agenda perbincangan ASEAN. Hal ini kerana China mengatakan bahawa sekiranya ASEAN mahu menyelesaikannya, ianya perlu melalui hubungan bilateral. Bilateral merupakan satu rundingan, sebagai contoh, sekiranya terdapat permasalahan di Malaysia, maka Malaysia dan China terpaksa berbincang, Filipina dan China juga terpaksa berbincang. Hal ini turut disamakan seperti Brunei dengan

Page 25: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

19

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

China, yang mana mereka perlu berbincang secara bilateral, bukannya multilateral. Akan tetapi, ASEAN menyebut masalah tersebut harus dibincangkan secara multilateral, dan Malaysia sendiri tidak menyebut dasar luar negara ini sebagai multilateral. Malaysia hanya menyatakan setiap negara perlu mengikuti CoC dan UNCLOS. Daripada pengamatan Prof. Azmi, sekiranya Kuala Lumpur berbincang dengan Beijing secara satu dengan satu, sudah pasti Malaysia akan kalah, kecuali jika China hendak mengiktiraf UNCLOS tersebut. Oleh sebab itu, Malaysia tidak menyebut perundingan tersebut sebagai multilateral atau bilateral, tetapi perlu mengguna pakai UNCLOS, serta CoC, yang menjadi salah satu dasar luar Malaysia. Hal ini diakui sendiri oleh Prof. Azmi sebagai cabaran yang dianggap kental dan kuat yang terpaksa ditempuh oleh Malaysia.

Kemudian, masalah dikatakan bermula apabila AS mula masuk secara rasmi pada tahun 2010 di bawah Asia Pasific Event, yang mana mereka mahu memberi tumpuan pada rantau Asia Pasifik. Perkara seperti ini yang menimbulkan masalah. Bukan sahaja Malaysia terpaksa berhadapan dengan China, malah Malaysia juga terpaksa berhadapan dengan AS. Hal ini kerana Malaysia tidak pernah bermusuh, mahupun bersekutu dengan mana-mana negara. Sebagai contoh, jika Filipina, mereka mempunyai viralnya yang tersendiri, jikalau ASEAN dengan AS, mereka mempunyai perjanjian, yang dikelaskan sebagai memberi taraf kepada sekutu bukan NATO, Thailand dan Filipina. Walaupun dipanggil sebagai sekutu bukan NATO, tetapi tarafnya sama seperti NATO.

Hal ini bermaksud, jika China dan Filipina mempunyai masalah, maka AS mempunyai hak untuk campur tangan. Jika AS dan Singapura bukan sekutu NATO, tetapi mereka mempunyai mutual defence framework, yang mana ianya lebih hebat lagi. Sebagai contoh, jika hari ini dilihat terdapat kapal pesisir perang ‘Freedom’ yang berada di pelabuhan Changi, ianya merupakan orientation of basis bersama-sama dengan marin. Jika ada yang masih ingat tujuh atau lapan tahun lepas, komando mereka mengatakan mahu perkenalkan marin di Selat Melaka kerana mahu berlawan dengan lanun-lanun yang datang. Pada ketika itu, Perdana Menteri Malaysia

Page 26: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

20

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi. Namun, Malaysia dan Indonesia sepakat dengan mengatakan tidak untuk meletakkan marin di perairan Selat Melaka. Dalam hal tersebut, mereka akan mengganggu kestabilan negara, walaupun marin tersebut mempunyai liberal combat ship, tetapi mereka tidak ada desas desus mengatakan ada berlaku atau tidak. Hal ini berbeza sekali pada empat atau lima tahun yang lalu, yang mana geo politik Asia Pasifik sentiasa berubah, serta bergantung kepada pihak atasan. Jadi, Prof. Azmi menasihati agar berhati-hati untuk berbuat sesuatu supaya tidak dikenakan tindakan.

Prof. Azmi menjelaskan bahawa beliau dan Kedutaan AS mempunyai hubungan yang rapat. Beliau sering dijemput untuk menghadiri apa-apa majlis yang diadakan oleh kedutaan tersebut. Namun pada suatu ketika, beliau didatangi oleh pegawai polis dari Bukit Aman (Special Branch) di rumahnya. Kehadiran pegawai polis tersebut adalah untuk bertanyakan tentang beberapa artikel yang ditulis oleh Prof. Azmi di akhbar media tempatan, yang dikatakan telah mengkritik AS secara habis-habisan, sedangkan secara realitinya beliau dan Kedutaan AS amat rapat sekali. Hal yang demikian menyebabkan pihak polis berasa curiga, dan mereka amat takut sekiranya pihak Kedutaan AS mempengaruhi beliau dalam setiap penulisannya. Jadi, Prof. Azmi menasihati agar setiap individu harus berhati-hati dengan keadaan yang boleh mempengaruhi, dan harus peka juga terhadap keadaan politik semasa.

DEMOKRASI DAN TUNTUTAN

Apabila menyebut kembali isu Kepulauan Spartly ini, terdapat sebuah mesyuarat ASEAN yang telah diadakan pada Julai tahun lalu. Kesemua Menteri Pertahanan (dalam ASEAN) hadir, termasuk dari Malaysia iaitu Dato’ Seri Hishamuddin. Dalam mesyuarat tersebut, ASEAN ataupun akhbar telah menuduh Malaysia berpihak kepada China. Mengapa mereka menuduh Malaysia berpihak kepada China? Hal ini diutarakan oleh pihak ASEAN selepas terdapat satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri

Page 27: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

21

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

Hishamuddin, dengan mengatakan bahawa, China boleh dikatakan “if their intention does not want to go to war, sememangnya tidak menjadi masalah”, dan Hishamuddin mengatakan juga bahawa tidak semestinya jika China dianggap sebagai musuh oleh sesebuah negara ASEAN, ianya dianggap musuh oleh Malaysia juga, dan hal tersebut kelihatan benar. Akan tetapi, ianya telah diputar belitkan oleh media antarabangsa yang menuduh bahawa Malaysia tidak bersepakat dengan ASEAN, malah Malaysia bersama-sama dengan China. Hal ini timbul pada tahun lalu, sehingga ke hari ini dan Malaysia dituduh sebagai boneka kepada China. Media antarabangsa juga cuba mengaitkan mengapa Malaysia sekarang, memberi bantahan yang begitu hebat terhadap Trans-Economic Pacific Partnership (TPP). Perjanjian kerjasama ekonomi tersebut melibatkan tiga belas buah negara, termasuklah AS.

Jika dilihat di dada akhbar tempatan, kesemuanya menentang TPP ini. Mereka menyatakan bahawa TPP ini hanya merupakan helah AS sahaja, kerana China tidak termasuk di antara tiga belas negara tersebut. Hal ini diakui sendiri oleh Prof. Azmi, bahawa TPP ini diwujudkan untuk mengekang kebangkitan China dalam ekonomi. Kini, media antarabangsa mempersoalkan, mengapa Malaysia menentang TPP tersebut, sedangkan dasar itu sudah lama diwujudkan. Mereka menyatakan bahawa Malaysia dikatakan sedang berbaik-baik dengan China – hal ini merupakan persepsi antarabangsa. Perkara ini merupakan pertembungan antara AS dengan China, dan Malaysia berada di tengah-tengah. Bukan sahaja melibatkan masalah tentangan terhadap Kepulauan Spartly, malah juga masalah ekonomi yang membabitkan Malaysia yang akan menyukarkan lagi keadaan. Bagi Prof. Azmi, mengapa timbul kenyataan Hishamuddin yang menyatakan bahawa tiada masalah bagi tentera laut China untuk melalui perairan ini. Pada bulan Mac2013 yang lalu, tentera laut China telah melalui kawasan Beting James, yang terletak bersempadan dengan Sabah dan Sarawak. Beting James itu berada di dalam kawasan perairan Malaysia. Oleh sebab itu, terdapat media yang bertanya, mengapakah Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap tentera laut China. Sedangkan

Page 28: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

22

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

ketika tentera laut China melalui Beting Scarborough di Filipina, dan tentera Filipina menyekat tentera China. Timbul persoalan, mengapakah Malaysia tidak berbuat sedemikian? Menurut Hishamuddin sepertimana yang dinyatakan oleh Prof. Azmi, tentera China yang lalu di perairan Malaysia, bukannya untuk berperang. Namun, disebabkan itu, kenyataan tersebut telah diputarbelitkan dengan mengatakan Malaysia dan China bersama-sama dalam hal Kepulauan Spartly, yang turut bertentangan dengan dasar ASEAN. Perkara tersebut yang menjadi isu hari ini dan jika Malaysia mahu mengaitkan dengan isu Kepulauan Spartly tersebut.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pada Mac 2013 yang lalu, telah berlakunya pertembungan demokrasi atau hampir tentangan fizikal antara tentera laut Filipina dengan tentera laut China, apabila tentera laut China melintasi Beting Scarborough, yang dikatakan milik Filipina. Hal ini turut sama seperti kes Beting James, milik Malaysia tetapi dilintasi kapal laut China tanpa kebenaran Malaysia. Jadi, tindakan Filipina dan tindakan Malaysia adalah berlainan, malah bertentangan. Oleh hal yang demikian, boleh difikirkan mana yang lebih baik dan mana yang lebih buruk dalam perkara dasar luar.

Malaysia sememangnya tidak pernah menyatakan bahawa ianya tidak menyebelahi China, tidak menyebelahi AS, tetapi lebih menekankan kepada dasar bilateral, bukan multilateral, malah turut menekankan UNCLOS melalui CoC. Walau bagaimanapun, hingga ke hari ini, CoC masih belum dapat ditandatangani. Hal ini turut jelas, apabila semua negara ASEAN bersetuju tandatangani, tetapi China masih lagi berdegil dan tidak mahu menandatangani deklarasi kod tersebut, dan secara tidak langsung perkara ini tidak akan ke mana-mana ataupun masih tidak dapat beroperasi. Sekiranya semua tuntutan dapat disempurnakan dalam UNCLOS tersebut, maka 12 batu hingga ke EEZ mempunyai definisinya, serta sekiranya Malaysia menggunakan UNCLOS seratus peratus untuk Laut China Selatan. Namun, oleh sebab itu China tidak mahu menggunakan UNCLOS, tetapi ASEAN yang merupakan sebuah organisasi mahukan

Page 29: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

23

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

UNCLOS diteruskan, dan begitu juga dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang turut mahu melaksanakan UNCLOS.

Jadi, menurut Prof. Azmi, terdapat pertembungan, di mana penyelesaian langsung tidak boleh dipercayai. Hal yang demikian kerana setiap kapal perang yang melalui EEZ perlu meminta kebenaran EEZ milik negara tersebut. Hal ini turut menjadi satu perkara yang meletihkan bagi Malaysia, jika menerima pakai UNCLOS untuk laluan Laut China Selatan, kerana Malaysia dikatakan dapat pergi jauh daripada 200 batu nautika yang bergantung kepada kedalaman lautan tersebut. Apa-apa yang terkandung di dalam UNCLOS tersebut sememangnya cukup hebat, dan apa-apa yang dinyatakan deklarasi sebagai pulau dan yang deklarasi nyatakan sebagai batu, memang mempunyai definisinya, dan setiap negara yang sudah menandatanganinya tidak boleh ‘lari’ ke mana-mana. Oleh hal yang demikian, penyelesaian mesti dilakukan melalui UNCLOS. Pihak yang tidak menandatangani UNCLOS juga turut mencadangkan untuk menggunakan UNCLOS.

Hal ini sama seperti Pulau Batu Putih, yang mana Singapura telah menang dan dapat kawasan tersebut bukan kerana ianya sebagai pulau yang berhampiran dengan Singapura, tetapi disebabkan Singapura telah membuktikan bahawa dari dahulu lagi, mereka telah mentadbir kawasan Pulau Batu Putih tersebut. Bukan disebabkan jarak, tetapi lebih melihat kepada sudut Singapura telah mentadbir sempadan itu dengan militannya. Malaysia kalah dalam isu tersebut kerana negara ini telah membuktikan bahawa pulau tersebut tidak ditadbir oleh Malaysia sejak sekian lama, dan bukan juga kerana tuntutan UNCLOS.

Hal ini yang dikatakan bahawa di dalam ASEAN juga terdapat percanggahan. Seperti yang berlaku pada tahun lalu, sewaktu sidang kemuncak ASEAN di Kemboja, sedang dijalankan, buat pertama kalinya communiqué tidak dapat dikeluarkan. Walaupun Kemboja merupakan pengerusi ASEAN pada ketika itu, tetapi mereka tidak mahu mengaitkan agenda ASEAN dengan agenda Laut China Selatan. Hal ini kerana mereka

Page 30: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

24

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

terpaksa menolak untuk kebaikan bersama, serta‘menjaga hati’ China. Selain itu, Kemboja juga dilihat sebagai sebuah negara yang bersekutu dengan China. Bukan sahaja Malaysia yang terpaksa berhadapan dengan negara yang ada kepentingan, tetapi negara yang tidak ada kepentingan juga. Sebagai contoh, seperti Kemboja, Singapura, serta Indonesia, mereka juga terbabit dalam hal ini, kerana mereka hendak menjaga hati ‘tuan-tuan’ mereka.

Indonesia pula dilihat sebagai sebuah negara yang tiada kaitan dengan pertikaian Laut China Selatan, kerana dasar luar Indonesia adalah lebih simpati kepada negara ASEAN. Oleh hal sebab itu, China tidak menerima Indonesia sebagai perantara. Selain itu, China menerima Kemboja sebagai perantara, kerana itu bersimpati dengan China. Secara tidak langsung, hal ini menimbulkan masalah kepada Kemboja, Indonesia dan Singapura kerana mereka mempunyai agenda masing-masing. Walaupun tiada kaitan dalam hal tersebut, tetapi ianya menimbulkan masalah kepada Indonesia.

Sekiranya CoC ini tidak dipersetujui oleh China terutama sekali ASEAN, dan terdapat lagi dasar yang dipanggil “Treaty of Amity & Corporation”. China telah menandatanganinya, tetapi ianya tidak khusus kepada Laut China Selatan, cuma ianya dikatakan dibawa berbincang sekiranya terdapat pertikaian, dan rundingan sepatutnya mempunyai landasan utama. Hal ini dikatakan sebagai fallback, sekiranya CoC itu tidak dapat diterima oleh semua negara.

Sebagai kesimpulannya, hal ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak pihak terpaksa berbaik-baik dengan kuasa-kuasa besar. Menurut Prof. Azmi, satu perkara yang ditunjukkan oleh Malaysia untuk memuaskan hati semua orang adalah dengan menggunakan PBB melalui pejabat Setiausaha Agungnya. Dalam hal tersebut, terdapat contoh yang berlaku pada tahun 1989, apabila Setiausaha Agung Perez Aquila menjadi perantara pengunduran tentera Soviet Union di Afghanistan. Hal ini bermakna atas satu usaha yang dikatakan tidak mempunyai kepentingan,

Page 31: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

25

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

akhirnya dapat juga membantu. Jadi,perkara tersebut yang Malaysia cuba lakukan, apa-apa yang ASEAN cuba lakukan untuk menjadikan PBB sebagai perantara, tetapi hal tersebut tidak menjadi masalah. PBB juga sebenarnya dikatakan tidak adil dan mempunyai masalah kerana terdapat beberapa insiden yang mengemparkan dunia apabila dikaitkan dengan PBB. Walau bagaimanapun, dalam permasalahan berkaitan Laut China Selatan, perkara tersebut dikatakan platform atau asas yang boleh digunakan untuk menyelesaikan, mengendurkan keperitan ataupun kekejaman di Laut China Selatan.

KUASA MEDIA

Betapa kukuhnya apabila banyak pihak yang menggunakan media untuk mempengaruhi penggubal dasar, mahupun pembuat dasar, serta ahli-ahli politik. Apabila terdapat beberapa isu berkaitan dengan TPP, Prof. Azmi mengatakan bahawa Malaysia perlu mencari landasan FTA yang baharu dan menyarankan agar Malaysia perlu menyertai TPP. Pada ketika itu (tahun 2009), Malaysia sudah menyertai TPP. Tetapi, beliau tidak tahu mengapa, hari ini sekiranya terlihat di dalam akhbar tempatan,banyak pihak yang menentang TPP. Sebab isu ini belum timbul lagi. Pada ketika ini, AS antara negara yang mahu menyertai atau sebaliknya. TPP ini diwujudkan oleh Brunei, Singapura dan Chile, tiga negara kecil, dan ketika Malaysia menyertai TPP, banyak pihak yang tidak perasan akan keberadaan Malaysia. Ketika itu, AS masih belum menyertai TPP, dan apabila AS mula menyertainya, isu ini terus menjadi isu yang ‘panas’ oleh banyak pihak.

Terdapat satu lagi artikel yang ditulis oleh Prof. Azmi pada tahun 2009, berkenaan dengan isu kuasa media ini. Pada ketika itu, duta yang terbabit adalah Datuk Mohamad Arshad. Satu resolusi mengenai Ukrain untuk mengkritik Iran, yang membangunkan program nuklear sebagai senjata. Apabila undian dibuat, Malaysia bersama-sama dengan Indonesia, Venezuela, serta Iran, tidak mahu menerima resolusi ini. Hal

Page 32: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

26

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

ini menunjukkan bahawa Malaysia bersama-sama dengan Iran dalam isu nuklear ini. Prof. Azmi menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan kerajaan kerana menyokong Iran. Apabila artikel berkenaan isu nuklear itu diterbitkan, pihak Utusan Malaysia meminta beliau menulis tentang pendirian Malaysia.

Selalunya artikel dalam media diputar belitkan kerana media mempunyai kuasa. Artikel yang ditulis beliau pada ketika itu terdapat beberapa perkara tentang pembukaan MIG kepada jet pejuang yang lebih bagus. Pada ketika itu, Tun Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Sekali lagi, Utusan Malaysia meminta beliau menulis perkara tersebut. Namun, timbul masalah apabila beliau sendiri tidak bersetuju dengan penterjemahan tersebut. Ketika isu penukaran MIG, beliau menyarankan agar ditukarkan kepada jet pejuang yang lebih bagus. Akan tetapi, Singapura mengambil inti pati daripada artikel tersebut dan diulang kembali, serta memberi gambaran yang agak bercanggah. Mereka menggambarkan bahawa Malaysia sedang memodenkan angkatan tentera udara. Secara tidak langsung, cut and paste yang digunakan oleh media sudah cukup menggambarkan ‘power of media’ yang ada masa ini.

Selain itu, ianya turut sama seperti konsep Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijalankan dalam BTN. Menurut pendapat Prof. Azmi, Malaysia sudah lama dari Singapura dalam menjalankan program latihan seperti Biro Tatanegara (BTN) tersebut. Namun, timbul persoalan mengapa sehingga ke hari ini masih tiada lagi pertahanan menyeluruh dilaksanakan di Malaysia? Kemungkinan Majlis Keselamatan Negara telah dikawal. Menurut beliau lagi, Malaysia sebenarnya telah memulakan latihan pertahanan yang lebih awal dari Singapura, tetapi secara sedia maklum, Singapura yang lebih hebat mengamalkan konsep pertahanan menyeluruh. Permainan ‘jahat’ yang diatur oleh akhbar Singapura, seperti New Strait Times Singapura, tidak mengambil kira perkara yang dinyatakan dengan sahih. Mereka hanya memetik yang bagus dan berguna sahaja buat mereka. Kebanyakan akhbar dari Singapura hanya memutarbelitkan perkara yang benar dengan mengatakan bahawa Singapura jauh lebih

Page 33: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

27

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

baik daripada Malaysia dalam sistem pertahanan menyeluruh. Begitulah cara media memanipulasikan sesuatu perkara walaupun perkara tersebut tidak benar.

Prof. Azmi pernah dikritik di dalam Parlimen Singapura pada 25 Januari 2003, dengan mengatakan beliau sebagai ‘war agitator’ atau “penghasut keras”. Pihak media Singapura telah mengeluarkan artikel Bahasa Melayu, pada 18 Mac 2003. Ketika itu, Prof. Azmi ada menghasilkan sebuah penulisan artikel tentang Singapura dengan menyatakan bahawa Singapura sudah membangunkan sistem pertahanan Geo Teknologi. Kenyataan tersebut telah menimbulkan kemarahan pihak Singapura dan menggelar Prof. Azmi sebagai ‘war agitator’. Hal ini telah menunjukkan bahawa media sangat berkuasa sebagai penggubal dasar, bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara.

Ketika di era Tun Mahathir, Prof. Azmi pernah bertugas di akhbar Berita Harian, dari tahun 2001 hingga 2006, dan beliau dikatakan mempunyai “feel day” dalam mengutuk Singapura secara habis-habisan. Prof. Azmi mengakui bahawa sememangnya merupakan suatu perkara yang menyeronokkan apabila dapat menulis tentang Singapura, sehinggalah beliau diiktiraf oleh akhbar tempatan lain, iaitu Utusan Malaysia. Dan ketika berada di akhbar tersebut, beliau mula ‘perlahan’ menulis tentang Singapura. Menurut Prof. Azmi, begitulah cara menggunakan media sebagai penyampai mesej untuk menjadi penggubal dasar, dengan cara yang lembut dan halus. Hal ini kerana, situasi politik di negara ini agak berlainan pada kali ini, dan media pandai mengikut rentaknya, serta tidak perlu menunjuk-nunjuk kehebatan yang diperoleh. Beliau tidak mengata mana-mana pihak, baik AS mahupun Malaysia. Setiap media juga harus pandai dan berhati-hati dalam penulisan yang dihasilkan, dari segi cara pengolahan ayat, sehinggalah terhasilnya sebuah penulisan, haruslah berlainan serta tersirat.

Page 34: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

28

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

SESI SOAL JAWAB

Soalan 1:

Soalan ini berkaitan hubungan antara ‘internal relation’,dengan keadaan luaran Malaysia dengan pembuat polisi atau policy maker jabatan. Prof. Azmi ada menyatakan tentang era Tun Mahathir, yang mana dasarnya lebih keras berbanding dengan pemerintahan selepas itu. Apakah kebarangkalian atau kemungkinan jika berlaku lagi pertukaran pucuk kepimpinan, Malaysia akan terus terikat dengan dasar-dasar yang memberi sokongan kepada hubungan antarabangsa atau international perspektif, ataupun negara ini akan kembali semula kepada era zaman Tun Mahathir?

Jawapan 1:

Menurut Prof. Azmi, sememangnya benar bahawa setiap kepemimpinan akan mewarnai dasar luar negara ini, sepertimana yang beliau ada nyatakan sebelum ini, ketika di era Tun Mahathir sememangnya tiada masalah. Jika seseorang itu menulis dengan penuh kritikan terhadap negara luar seperti AS, mahupun Singapura, sememangnya tidak akan timbul masalah. Apabila beralih ke era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, setiap individu harus berhati-hati. Hal ini kerana, sebelum ini beliau pernah ditahan ketika berada di dalam perhimpunan, yang sepatutnya dibuat secara tertutup. Prof. Azmi mengakui bahawa beliau agak berkeras dalam memberikan teguran terhadap pucuk kepimpinan ketika itu. Pada ketika itu juga, beliau menyatakan bahawa terdapat satu mesyuarat yang sedang dijalankan, dan semasa sedang berbincang, beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia sebagai pengerusi, telah mengeluarkan communiqué yang agak lembut terhadap bantahan di Singapura, yang mana beliau dikatakan telah ‘mencela’ kepimpinan Malaysia yang terlalu tunduk kepada Singapura.

Apabila beralih kepada era kepimpinan hari ini, iaitu di bawah pemerintahan Dato’ Seri Najib, setiap individu turut dinasihati agar terus

Page 35: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

29

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

berhati-hati. Hal ini turut meliputi sama ada mahu mengkritik negara lain seperti Singapura, Indonesia, mahupun AS – perlu adanya jalan ‘alternatif’ yang selamat, agar tidak begitu ekstrem dalam menyatakan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, mesej yang hendak disampaikan pastikan masih sama. Sebagai contoh, jika seseorang itu mahu mengkritik Singapura, pastikan ianya ‘berlapik’. Prof. Azmi menyarankan agar tidak menyamakan antara era Tun Mahathir, dengan era pemerintahan Perdana Menteri yang lain. Beliau tidak memaksudkan bahawa perjanjian Singapura adalah sesuatu perkara yang merugikan Malaysia.

Apa yang boleh dilihat kini, pemimpin politik yang berkuasa, dan sebagai rakyat di negara ini, sememangnya kita perlu akur dengan mengikut dasar luar yang telah ditetapkan. Sebagai penjawat awam, Prof. Azmi menyatakan bahawa, beliau juga terpaksa akur dengan kehendak politik, serta tampuk kepimpinan pada ketika itu, kerana hal tersebut merupakan asas yang utama.

Soalan 2:

Soalan kedua ditanya oleh Rohani Mohd. Shah, dari Fakulti Undang-undang, dan beliau mengajar subjek ‘Law of the Sea’, sudah hampir enam belas tahun. Sebelum mengutarakan soalan, Rohani membuat sedikit ulasan tentang isu yang dibincangkan oleh Prof. Azmi. Menurut Rohani, sememangnya beliau mengikuti dan membaca setiap artikel yang ditulis oleh Prof. Azmi, dan beliau amat menghormati cara Prof. Azmi ‘menulis’ tentang beberapa isu, dengan menunjukkan kebenaran yang disampaikan melalui akhbar tempatan, iaitu Berita Harian dan Utusan Melayu.

Pertamanya, Rohani ingin bertanyakan tentang Kepulauan Spartly yang dipertikaikan atau dispute. Menurut Rohani, terdapat dua perkara yang bagus dan satu perkara lagi yang perlu belia nyatakan dengan lebih lanjut. Perkara pertama yang bagus menurut Rohani adalah, terdapat perhatian yang ditumpukan pada ASEAN, terutama dalam cara menyelesaikan isu lautan ini. Yang kedua, Rohani meminta agar Prof.

Page 36: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

30

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Azmi dapat menunjukkan, apakah kesudahan dan bagaimana UNCLOS boleh diterima di ASEAN, dan pandangan UNCLOS terhadap cara China memandang Malaysia?

Jawapan 2:

Menurut Prof. Azmi, Tun Mahathir sememangnya seorang yang sangat pandai menyampaikan hujah, serta bercakap. Perkara yang pertama adalah berkaitan phase vacum. Menurut beliau, semasa Dato’Azlan Osman menjadi ketua di PBB, tetapi ramai rakyat Malaysia tidak tanya tentang isu itu. Oleh hal yang demikian, Malaysia tidak menandatangani perjanjian itu. Selain itu, hal yang ditulis oleh beliau tentang Singapura itu sememangnya benar. Pada mulanya, ketika beliau menulis dalam Berita Harian, pihak Singapura cuba mencari siapa beliau. Adakah beliau merupakan penulis yang membawa kepada pandangan rasmi? Menurut Prof. Azmi, menjadi penulis di Berita Harian, bukanlah suatu pandangan rasmi, dan itu adalah pandangan peribadi beliau. Oleh hal yang demikian, Prof. Azmi menasihati supaya berhati-hati ketika hendak menulis sesuatu isu itu.

Soalan 3:

Oleh hal yang demikian, Rohani berpendapat bahawa Prof. Azmi harus membaca artikel atau lebih memahami tentang fakta sub-bandar, kerana artikel sedemikian adalah lebih bagus.

Jawapan 3:

Hal tersebut sememangnya benar. Oleh hal yang demikian, apabila Prof. Azmi menulis, beliau cuba ‘mencairkan’ perkara atau sesuatu isu itu ke dalam bentuk akademia, maka pembacaannya adalah agak berbeza. Menurut beliau, apa-apa yang ditulis itu, beliau tetap tidak akan berundur, dan akan terus memegang penyiarannya. Menurut Prof. Azmi, “oleh sebab itu, saya menulis artikel yang menyanggah artikel saya, dan saya terus terang menyatakan tidak boleh”. Walau bagaimanapun, Prof. Azmi

Page 37: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

31

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

mengakui bahawa perkara tersebut adalah kesilapan yang dilakukan ketika beliau bersama-sama Utusan Malaysia. Menurut Prof. Azmi, “Apabila selalu menulis dalam media, kita perlu harus lebih peka dan berhati-hati. Walau bagaimanapun, objektif saya adalah untuk menjaga kedaulatan negara, dan itu yang penting,”.

Soalan 4:

Soalan seterusnya adalah berkaitan dengan Laut China Selatan, yang mana Prof. Azmi ada menyatakan, apabila Malaysia cuba menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan, dan caranya adalah melalui multilateral Malaysia. Oleh hal yang demikian, China adalah lebih bilateral. Jadi,hal ini ada kaitan bagaimana untuk mencapai CoC, sedangkan ianya sendiri adalah ‘masalah’. Oleh hal itu, bagaimanakah cara yang paling pragmatik untuk menyelesaikan isu ini agar CoC itu dapat ditandatangani?

Soalan yang seterusnya adalah mengenai isu tuntutan dari Filipina, berkenaan dengan isu UNCLOS terhadap China, yang mana di dalam UNCLOS, China telah menandatangani deklarasi untuk tidak termasuk dalam bahagian sentiment. Oleh itu, satu-satunya cara membawa China kepada UNCLOS adalah melalui deklarasi. Jika dikaji dalam bentuk arbitrasi, ianya dalam satu pihak sahaja, dan tidak boleh ada penglibatan orang ketiga atau ‘third party intervention’. Dalam keadaan yang berlaku di Filipina pula, terdapat third party intervention. Dalam penilaian Prof. Azmi, bagaimanakah China akan menyelesaikan masalah dengan Filipina ini?

Jawapan 4:

Menurut Prof. Azmi, CoC adalah asas dalam mencari penyelesaian. Akan tetapi, apa-apa yang berlaku pada syarahan peringkat ASEAN, China merupakan sebuah negara yang tidak boleh dimasukkan dalam perbincangan. Tambah Prof. Azmi, perbincangan dengan Kemboja pada tahun lalu, mengenai CoC tersebut tidak kesampaian. Perkara tersebut yang membangkitkan masalah. Menurut Prof. Azmi, “Oleh hal yang

Page 38: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

32

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

demikian,dalam pendirian rasmi Malaysia adalah tidak nampak jelas sama ada, Malaysia hendak multilateral atau bilateral. Malaysia lebih kepada multilateral, tetapi ASEAN mengatakan multilateral. Oleh hal itu, Malaysia hanya menggunakan UNCLOS, kerana Malaysia hendak mengekalkan status”.

Menurut Prof. Azmi, penyelesaian Laut China Selatan itu sememangnya sukar untuk diselesaikan. Terlampau banyak pandangan yang agak berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Walau bagaimanapun, jika dilihat pada pembangunan secara bersama-sama, antara Malaysia dan Thailand lakukan, masing-masing melakukan dengan cara yang tersendiri, kerana itu adalah cara yang terbaik.

Soalan 5:

“Pada saya isu tersebut ditanya semula atau ‘he has recall back’. Hal tersebut yang menyebabkan situasinya telah dipanggil balik selepas insiden tersebut. he has recall back after the statement”, jelas penanya kelima.

Jawapan 5:

Menurut Prof Azmi, perkara tersebut tidak disebar secara meluas, kerana ramai yang tidak mahu, dan perkara tersebut adalah satu kesilapan. “Hal ini mungkin terdapat salah fahaman atau miscommunication. Apa-apa yang ingin dijelaskan di sini adalah sememang pengawalan dasar luar itu sukar untuk diungkapkan, dan hal ini menjadi masalahnya,” jelas Prof. Azmi. Namun begitu, menurut beliau lagi, perkara tersebut sama seperti penulisan dalam media, yang mana dasar luarnya penting dan perlu dijaga. Apa-apa yang penting kepentingan negara perlu dijaga.

Soalan 6:

Soalan ini berkaitan dengan Batu Putih. Ada yang mengatakan bahawa lack of negotiation skills sehingga menyebabkan Singapura berjaya menuntut hak ke atas Batu Putih?

Page 39: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

33

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

Jawapan 6:

Jawab Prof. Azmi, ada yang mengatakan sepatutnya UNCLOS ini tidak dibawa kepada pengadilan, kerana ianya dilakukan secara multilateral atau bilateral. “Perkara tersebut berada di luar pengetahuan saya, tentang lack of negotiation skills, ini berlaku disebabkan Malaysia. Namun, saya melihat bahawa Singapura telah berada di Batu Putih sudah sekian lama dan itu adalah antara hujah-hujah Singapura,” jelas Prof. Azmi.

Menurut beliau lagi, berkemungkinan ada kekurangan fakta atau tidak menyebelahi Malaysia. Namun, dalam setiap perbincangan untuk perundingan atau negotiation cara Malaysia berucap adalah penting. Oleh hal yang demikian, partnership, ini dikatakan penting bagi mereka yang mahir dalam perjanjian kerjasama ini.

Soalan 7:

Soalan pertama: Soalan ini berkaitan dengan pertikaian Kepulauan Spartly. Filipina dan Vietnam dilihat ingin menarik Malaysia menyebelahi mereka, dan dalam masa yang sama juga, China menarik Malaysia untuk menyebelahi mereka. Oleh itu, sejauh manakah dan sehingga bila Malaysia boleh bermain cara selamat dalam isu ini?

Soalan kedua: Presiden Marcos pernah menyatakan bahawa, “jika boleh mengawal ASEAN, maka boleh juga mengawal seluruh dunia”. Sejauh mana kebenaran teori ini?

Soalan ketiga: Sultan Sulu percaya bahawa sebahagian daripada Kepulauan Spartly, spesifiknya terletak di kawasan pahlawan, dan merupakan wilayahnya. Sejak bilakah Sultan Sulu tidak diiktiraf oleh Filipina? Adakah akan wujud satu konspirasi atau seolah-olah bagaimana China akan menaja Sultan Sulu untuk bertakhta, lalu memperkukuhkan kuasa di Kepulauan Spartly?

Soalan keempat: Singapura adalah salah sebuah negara yang agak ‘suka ambil tahu’ atau ‘busy body’. Adakah terdapat negara lain yang turut suka mengambil tahu hal Malaysia selain dari Singapura?

Page 40: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

34

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Jawapan 7:

Jawapan soalan pertama: “Memang dilihat bahawa Malaysia tidak mahu menghasut mana-mana pihak, sama ada China ataupun Amerika Syarikat. Oleh hal yang demikian, Malaysia mengambil jalan tengah yang selamat, yang dibawa supaya dapat dilihat bahawa negara ini sebagai negara yang berjaya, terutama sekali dalam kerjasama antara Malaysia dengan Thailand walaupun pertikaian masih berlaku. Malaysia dengan Brunei, berkaitan isu join development oleh Petronas, dan juga‘Malaysia to Malaysia’, dan hal ini difikirkan salah satu cara yang terbaik bagi Malaysia dalam mengamalkan dasar luar untuk Kepulauan Spartly. Mengambil jalan yang tidak ‘mencucuk’ mana-mana negara,” jawab Prof. Azmi.

Jawapan soalan kedua:Menurut Prof. Azmi, Laut China Selatan bukan sahaja merupakan ‘Laut China Selatan’ sebenarnya, tetapi sebenarnya adalah laut Selat Melaka. Laluan yang paling penting bukan sahaja untuk China, tetapi untuk negara-negara lain, yang mana menggunakan laluan laut tersebut untuk membawa minyak dan gas. Sekiranya terdapat pihak yang berjaya mengawal Selat Melaka, maka mereka dapat mengawal kuasa-kuasa besar yang lain. “Oleh hal itu, AS sangat beria-ria mahu meletakkan anggota marin mereka di Selat Melaka. Dengan adanya kepentingan tersebut, mereka dapat mengawal banyak laluan. Dari Laut China Selatan, Selat Melaka, sehingga ke seluruh Asia Tenggara, secara keseluruhan dikatakan menjadi pegangan Geo politik dunia. Hal tersebut dikatakan hari ini bahawa ASEAN Pasific terpaksa bergerak di Asia Tenggara,” jelas Prof. Azmi.

Jawapan ketiga: Dalam isu Sultan Sulu, Prof. Azmi menjelaskan bahawa, dahulu Filipina mengiktiraf Sultan mereka, tetapi tidak pada hari ini. Apabila mangkatnya yang terakhir, Filipina tidak memberi pengiktirafan Sultan. Akan tetapi, Filipina menggunakan kesultanan Sulu ini untuk mengugut Malaysia. “Mereka menggunakannya kerana Malaysia tidak pernah menamakan hak mereka terhadap Sabah. Walaupun Malaysia melakukan secara rasmi, mereka tetap menggunakan kesultanan

Page 41: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

35

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

Sulu. Hal yang demikian kerana apabila Sultan yang ketiga mangkat, ada yang bercakap bahawa ianya bukanlah penamat isu tersebut. Siapa yang menggunakan isu tersebut bergantung kepada kehendak dan keperluan hari ini. Adakah mereka akan menggunakan pada ketika ini atau digunakan kemudian kerana kerajaan Filipina masih memegang isu yang dikatakan untuk mengugut Malaysia? Isu ini tidak benar,” jelas Prof. Azmi.

Jawapan keempat: “Pada pendapat saya, Singapura, Thailand dan Filipina adalah sekutu kuat AS. Dalam hal ini, tidak ada masalah kepada Malaysia. Hal ini kerana yang Malaysia tidak mempunyai perjanjian pertahanan yang menyeluruh seperti AS. Dan Malaysia sudah mula berbaik-baik dengan China. Jadi dalam hal ini, kalau hendak dikatakan mereka selalu cucuk, memang sentiasa berlaku setiap hari dalam hal dasar luar, terutama sekali Singapura. Ini adalah hakikatnya. Namun dalam hal keadaan politik sekarang, ianya tidak mendatangkan apa-apa masalah. Sama ada melalui AS ataupun berhubung dengan China. Dasar Malaysia adalah tidak mahu dikatakan mahu ‘mencucuk’ mana-mana negara,” jelas Prof. Azmi.

Soalan 8:

“Soalan ini berkaitan dengan isu Kepulauan Spartly. Sekiranya diikutkan pada latitud, ia berhampiran dengan Malaysia dan Filipina. Oleh itu, saya ingin meminta sedikit pandangan daripada Prof. Azmi, peluang atau ‘chances’ dalam perebutan negara yang dijelaskan sebelum ini, adakah peluang untuk Malaysia menang ataupun, bagaimana sekiranya isu ini dibawa ke ICG atau dari mana-mana?”, soal penanya kelapan.

Selain itu, penanya kelapan ini juga memberikan pandangan tentang apa-apa yang dihuraikan oleh Rohani (penanya kedua). Beliau tidak berapa bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Rohani kerana menurutnya, jika melihat kepada kerajaan ataupun pihak politik, sememangnya mereka tidak boleh angkuh. Apa-apa sahaja yang ditulis oleh Prof. Azmi berkaitan dengan isu semasa, kadang kala akan ‘ditolak’ sama sekali pandangan tersebut.

Page 42: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

36

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

“Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan dan politik sepatutnya memberi kebebasan untuk menulis kerana mereka bukan pengkaji, yang mengkaji adalah pensyarah. Pada masa yang sama juga, pensyarah juga tidak boleh menunjukkan sesuatu yang berhaluan kiri itu adalah betul. Apa-apa yang boleh diterangkan lagi ialah, pada pandangan saya, penulisan Prof. Azmi kebanyakannya mengenai keselamatan negara, serta isu-isu berkaitan dengan keselamatan. Pada pandangan saya lagi, sekiranya kerajaan tidak puas hati, mereka boleh memanggil Prof. Azmi untuk berbincang, dan bukannya ‘menahan’ atau ‘menolak’ penulisan tersebut tanpa perbincangan yang teliti. Saya tidak bersetuju dengan Rohani yang menyatakan bahawa penulisan Prof. Azmi ada berkaitan dengan atas dasar diplomasi,” jelasnya lagi.

Selain itu, beliau turut memberi pendapat dan menyatakan bahawa banyak laporan yang dihantar kepada pihak kerajaan, berkenaan dengan Harakah atau Keadilan Rakyat umpamanya, tidak diambil apa-apa tindakan, dan masih dijual sehingga ke hari ini, walaupun terdapat banyak kritikan terhadap dasar kerajaan. Hal ini menunjukkan perbezaan yang ketara. Bagi beliau, pensyarah harus juga diberikan kebebasan untuk menulis, sepertimana yang diberikan kepada wartawan.

Jawapan 8:

“Saya ditahan atau digam bukan disebabkan perkara yang dijelaskan itu,tetapi kerana politik tempatan,namun bukan secara keseluruhan. Saya dituduh sebagai orang yang melebih-lebihkan UMNO, dan menyebelahi UMNO. Ramai kalangan ahli PAS tidak sukakan saya, dan ketika berhujah, pelbagai perkataan dikeluarkan. Sekiranya bersiaran di televisyen atau radio, saya dikatakan terlampau menyebelahi UMNO. Pada pendapat saya, perkara yang dihujahkan adalah merupakan bidang politik saya. Walau bagaimanapun, apabila bercakap berkaitan isu-isu global seperti Palestin, saya menyebelahi Palestin, mengkritik Israel sepenuhnya. Oleh itu, setiap perkataan, penulisan, mahupun pandangan yang diberikan perlulah menjaga kepentingan negara,” jelas Prof. Azmi kepada penanya kelapan.

Page 43: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

37

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

“Berkaitan dengan Kepulauan Spartly, sekiranya menggunakan definisi UNCLOS, seratus peratus kepulauan tersebut yang dikatakan berada pada kedudukan zon eksklusif ekonomi Malaysia, dan sekiranya mengikuti UNCLOS tersebut juga, sememangnya Malaysia memperoleh kemenangan. Namun begitu, Malaysia mempunyai beberapa masalah dengan China yang mengatakan kepulauan tersebut adalah milik mereka, hanya dengan berdasarkan sejarah 300 ratus tahun yang dahulu,” jelasnya lagi.

Soalan 9:

“Kemasukan AS dalam TPP baru-baru ini telah mengakibatkan Malaysia sedikit ‘goyang’ dan sering mengadakan pelbagai sidang media berkaitan isu tersebut. Adakah hal tersebut menyebabkan Malaysia ingin menjaga kepentingan China?”, soal penanya kesembilan.

Jawapan 9:

“Hal ini bukannya ingin menjaga kepentingan China, malah mengapa Malaysia tidak berpihak kepada China? Hal ini kerana Malaysia ingin menjaga kepentingannya. China merupakan rakan niaga yang paling penting sekali. Malaysia tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada Jepun dan terpaksa berhadapan masalah ekonomi. Dalam konteks ekonomi, China merupakan pasaran terbesar Jepun, dan sama seperti Malaysia. Pada pendapat saya, tiada gunanya jika Malaysia terlampau menyebelahi AS sehingga pandangan Malaysia mengenai China turut tergugat. Perkara seperti ini yang perlu dielakkan. Namun begitu, agak pelik apabila Filipina dan China selalu bertelagah dari segi ketenteraan. Berbeza pula dari segi ekonomi, di mana ekonomi Filipina berjalan dan mungkin kerana jumlahnya yang tidak begitu besar. Walau bagaimanapun, Malaysia perlu tahu apa-apa sahaja tindakan yang China mahu lakukan, dan sekiranya Malaysia ‘terlepas pandang’ fasa yang sedemikian, maka ianya boleh merosakkan hubungan Malaysia – China,” jawab Prof. Azmi.

Page 44: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

38

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Soalan 10:

Soalan yang ditanyakan ini belum lagi menjadi isu, tetapi ramai yang mahukan pendapat daripada Prof. Azmi. Adakah berkemungkinan Pulau Pisang juga akan menjadi senasib dengan Pulau Batu Putih? Hal ini kerana apabila diteliti dan dilihat kembali, Pulau Pisang di Johor tersebut dikawal oleh Singapura, yang menyebabkan orang lain, terutama rakyat Malaysia sukar untuk pergi ke pulau tersebut.

Jawapan 10:

“Perkara ini sememangnya ada kebenarannya. Pulau Pisang di Johor tersebut, dikenali Singapura sehingga ke hari ini. Namun begitu, Singapura tidak pernah mengatakan Pulau Pisang itu adalah hak milik mereka. Dalam peta Malaysia sekitar tahun 1979, Pulau Pisang sememang mempunyai namanya yang tersendiri, dan ianya milik Malaysia. Saya tidak merasakan bahawa Pulau Pisang tersebut akan mendapat nasib yang sama seperti Pulau Batu Putih, kerana kedudukannya yang begitu dekat sekali antara satu dengan yang lain”, jelas Prof. Azmi ketika memberi respons.

Soalan 11:

“Prof. Azmi ada menyebut tentang isu pertahanan menyeluruh. Sepertimana yang sedia maklum, rakyat Malaysia yang berada dari bawah sehingga ke peringkat atasan, mereka kurang mempunyai kesedaran tentang isu-isu maritim. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai isu maritim ini? Sepertimana juga yang tersedia maklum, hanya individu yang terlibat sahaja yang mengetahui tentang isu ini. Mesej yang berbentuk apakah yang dapat disediakan oleh pihak media dalam sama-sama membantu memberikan kesedaran kepada rakyat?”.

Jawapan 11:

“Memang benar penulisan media ada hadnya. Yang penting Malaysia harus tahu bagaimana cara untuk mengikuti langkah Singapura melakukan pertahanan menyeluruh. Oleh kerana Singapura melakukan pertahanan

Page 45: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

39

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

menyeluruh, maka mereka kelihatan begitu hebat. Singapura melakukan pertahanan menyeluruh bermula pada peringkat sekolah rendah lagi. Sebagai contoh, apabila Singapura mempunyai masalah berkaitan air dengan Malaysia, rakyat Singapura mula melihat isu tersebut dengan agak serius. Bagi Singapura, isu tersebut merupakan masalah kedaulatan semua rakyat yang berada di belakang pemerintah mereka. Rakyat Singapura amat peka dengan isu tersebut. Hal ini kerana mereka mula mengkaji semua isu dari peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, Malaysia perlu membangunkan pertahanan Geo ini dari peringkat sekolah rendah lagi. Contoh lainnya, tiga tahun yang lalu, apabila Indonesia terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi yang meleset. Singapura tidak mahu membantu Indonesia pada ketika itu, dan Presiden Hamidi begitu marah terhadap Singapura, dengan mengatakan Singapura sebagai negara kecil sahaja. Walau bagaimanapun, Singapura menggunakan isu tersebut sebagai kurikulum sekolah, dan negara mereka sememangnya‘red dot country but very powerful red dot’, serta banyak lagi. Walaupun Singapura merupakan negara yang terpencil, tetapi kedaulatan mereka terjaga dan kuat. Bagaimanakah mereka dapat menumpukan kedaulatan menyeluruh tersebut? Sedikit sebanyak media memainkan peranan penting,” respon Prof. Azmi.

Soalan 12:

“Menurut Prof. Azmi, apabila mahu memberi kesedaran, kita perlu bermula dari peringkat sekolah rendah, sepertimana yang dilakukan juga oleh China. Soalan ini berkaitan dengan Laut China Selatan, yang mana di dalam petanya, China telah menunjukkan nine-dashed line kepada semua lapisan masyarakat (dari peringkat bawahan hingga atasan), yang mana Laut China Selatan tidak ditulis sama sekali South China Sea, malah ditulis dengan ‘China Sea’. Selepas menghabiskan pengajian, adakah setiap golongan lapisan masyarakat China terutama golongan yang akan bertugas di setiap kementerian supaya dapat dididik dengan semangat nasionalisme yang begitu kuat, yang bermula dari peringkat bawahan?”

Page 46: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

40

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Jawapan 12:

Hal tersebut sememangnya benar, dari awal lagi mereka mengatakan bahawa keseluruhan Laut China Selatan itu adalah milik mereka. Bermula dari tahun lepas cop pada ‘passport’ mengatakan Laut China Selatan tersebut adalah milik mereka. Bagaimana bolehnya timbul isu apabila pelancong China yang masuk ke Malaysia, mereka mengatakan bahawa China adalah berdasarkan ‘stamp’ tersebut. Inilah isu yang akan berlaku sekiranya China tidak mahu menanganinya dengan sebaiknya.

Soalan 13:

Bagaimanakah penggunaan GPS oleh tentera Malaysia?

Jawapan 13:

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan GPS sepertimana juga yang digunakan juga oleh pihak umum. Saya ingin menekankan bahawa ATM bukan sekutu AS, dan mereka tidak boleh mengakses kod tersebut. Namun berbeza dengan Singapura dan Thailand (yang sekutu dan seangkatan dengannya) mengawal kapal selam, kereta kebal dan lain-lain dengan menggunakan kod ‘P’ yang rahsia. Selain itu, sama ada jet pejuang, kapal terbang, helikopter, kereta kebal, serta semua aset ketenteraan ada menggunakan signal yang boleh dilancarkan,” respons Prof. Azmi.

Soalan 14:

“Saya berpendapat bahawa memang benar sekiranya untuk akademik, mestilah diberikan kebenaran kepada ahli akademik untuk menulis apa-apa sahaja perkara dan skop yang mereka mahukan, dan mereka tidak sepatutnya dihadkan. Hal ini kerana, apa-apa sahaja yang ditulis oleh ahli akademik adalah untuk tujuan penyelidikan. Akan tetapi, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak faham apa-apa yang disampaikan. Pada pendapat saya, apabila Prof. Azmi diberi peluang untuk menulis artikel dalam mana-mana akhbar, terutama pada peringkat antarabangsa,

Page 47: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

41

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

sekiranya krisis antarabangsa, artikel sedemikian boleh dibawa sebagai bukti. Dari awal lagi kita sudah menyebarkan propaganda kepada seluruh rakyat Malaysia, dan saya bertanggapan bahawa perkara sedemikian juga dilakukan oleh pihak Singapura yang cuba memanipulasikan semua artikel Prof. Azmi. That will show that whatever goes on print on media would be make liable if anything could happen in the future’. Saya bersetuju agar pensyarah dapat menulis dengan bebas, tetapi tidak melanggar ‘landasan’ atas dasar keperluan akademik, seperti untuk kajian atau pendidikan. Para pensyarah tidak sepatutnya diletakkan skop, yang mana mereka patut, ataupun tidak patut melakukan kajian penyelidikan,” ulasnya.

Jawapan 14:

“Perkara ini amat benar apabila kita menulis artikel dalam jurnal, mahupun media massa, sesuatu fakta itu perlulah betul,” penjelasan ringkas oleh Prof. Azmi.

Soalan 15:

Soalan pertama. Berkaitan dengan ajaran Syiah yang semakin merebak kini dan apakah tindakan yang diambil berkaitan dengan hubungan diplomatik Iran – Malaysia?

Soalan kedua: Berkaitan dengan pembukaan markas Syiah di Gombak, Selangor dan juga di Sentul, Kuala Lumpur, dikatakan mendapat bantuan daripada kerajaan Iran, dan bagaimana caranya supaya Malaysia boleh menyekat perkara tersebut?

Soalan ketiga: Berkaitan dengan media sosial, yang kadang kala menyebarkan maklumat – ‘the power of media’ ini sungguh hebat. Bagaimana Prof. Azmi melihat perkara ini atas dasar maklumat dan kuasa media sosial dalam menyebarkan isu kebebasan demokrasi oleh Konglomerat dari Jerman?

Page 48: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

42

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Jawapan 15:

Jawapan pertama: “Sememangnya terdapat pertembungan Syiah ini, di mana ramai pelajar menyebarkannya. Masalah menangani Syiah di Malaysia amat diperlukan untuk menggelakkannya daripada merebak. Hal ini bukanlah suatu pandangan rasmi, serta bukannya timbul daripada kerajaan Syiah. Oleh hal yang demikian, tidak perlu timbul isu untuk memutuskan hubungan diplomatik ini, hanya memerlukan pengawalan supaya ianya tidak merebak sehingga boleh menimbulkan perbalahan.”

Jawapan kedua: “Memang sukar untuk menyekatnya,tetapi apa-apa yang mereka lakukan adalah supaya perkara ini tidak merebak di Malaysia. Hal ini menjadi isu yang besar dan berkaitan dengan isu keselamatan yang perlu ditangani, supaya ianya juga tidak merebak. Hal ini kerana pandangan Syiah boleh memudaratkan keselamatan negara.”

Jawapan ketiga: “Boleh dikatakan bahawa pihak NGO amat penting dalam gagasan dasar demokrasi di Malaysia. Konglomerat dari Jerman, adalah didatangkan dari NEI, iaitu dari AS, yang banyak menyalurkan dana, tetapi turut sama menimbulkan dana atas dasar demokrasi. Hal ini boleh mendatangkan bahaya, dan setiap perkara yang Syiah lakukan turut mendatangkan bahaya,” respons Prof. Azmi.

Soalan 16:

Jika dilihat pada kedudukan pantai timur di Sabah, di mana pantainya adalah dua kali keluasannya daripada Semenanjung Malaysia, iaitu 1000 km persisirannya. Oleh itu, bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengawal kawasan perairan Sabah?

Jawapan 16:

“Jikalau diletakkan aset di persisiran pantainya, seperti di sempadan Mexico dan AS, sememangnya mereka meletakkan pelbagai tanda aras untuk menyekat kemasukan pihak lain, dan ini sememangnya boleh. Pada masa ini zon ESSCOM dan Sabah bukan lagi isu ketenteraan. Dengan

Page 49: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

43

Diplomasi Maritim Malaysia: Pertikaian Kepulauan Spratly . Prof Madya Dr. Azmi Hassan

meletakkan aset fizikal adalah suatu perkara yang sukar bagi Malaysia. Malaysia perlu ada intelligence dalam komuniti. Selain itu, isu yang seterusnya apabila terdapat suatu perkara yang hendak dilakukan dalam pemindahan penduduk, pasti ianya akan membawa kepada bantahan politik. Apa-apa yang perlu dilakukan oleh sesebuah komuniti itu adalah supaya peka terhadap apa-apa yang sedang berlaku,” jelas Prof. Azmi pada akhir sesi soal jawab tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 50: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara

44

CMIWS Monograph . Volume 3 . 2015

Page 51: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara
Page 52: Volume 3 · 2016. 2. 15. · sebagai pulau. Sebagai contoh, hal ini boleh dikaitkan dengan Pulau Batu Putih, yang terdahulu sememangnya dipanggil sebagai Pulau Batu Putih, dan secara