vii - fp.utm.my kandungan bab perkara halaman judul i pengakuan ii dedikasi iii penghargaan iv...

15
vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif 5 1.4.1 Objektif Projek 5 1.4.2 Objektif Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran 5 1.5 Kepentingan Projek 6 1.6 Skop Pembangunan 7

Upload: trandieu

Post on 15-May-2018

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif 5

1.4.1 Objektif Projek 5

1.4.2 Objektif Bahan Pengajaran

Dan Pembelajaran 5

1.5 Kepentingan Projek 6

1.6 Skop Pembangunan 7

viii

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.8 Kepentingan Pembangunan 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Modul 9

1.9.2 Perisian 9

1.9.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 9

1.9.4 Pengajaran 10

1.9.5 Pembelajaran 10

1.9.6 Pengajaran Berbantukan Komputer 10

1.9.7 Portal 10

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Definisi Multimedia 12

2.3 Elemen Elemen Multimedia 13

2.3.1 Teks 13

2.3.2 Grafik 14

2.3.3 Audio 14

2.3.4 Animasi 14

2.3.5 Video 15

2.3.6 Hipermedia 15

2.3.7 Hiperteks 15

2.4 E-Learning 16

2.5 MOODLE 17

2.6 Web Portal 17

2.7 Portal Pendidikan 18

2.7.1 Contoh Portal Pendidikan di Malaysia 19

2.7.1.1 Portal CikguNet 19

2.7.1.2 Portal Pendidikan Utusan 19

2.8 Perbezaan Terminologi CBE, CMI dan CAL 20

2.9 Definisi Bahan Bantu Mengajar 22

2.10 Ciri Ciri Perisian Modul Yang Baik 23

ix

2.11 Kelebihan Kelebihan Perisian Modul

BBM 24

2.12 Kelemahan Kelemahan Perisian

Modul BBM 25

2.13 Definisi Pembelajaran Berbantukan

Komputer PBK Portal Pendidikan 26

2.13.1 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan

Komputer 27

2.13.2 Kelemahan Pengajaran Berbantukan

Komputer 28

2.14 Perbezaan Di antara BBM Dan PBK 28

2.15 Definisi Buku Elektronik (e-book) 30

2.15.1 Kelebihan Buku Elektronik (e-book) 30

2.15.2 Kelemahan Buku Elektronik (e-book) 31

2.16 Teori Teori Pembelajaran 31

2.16.1 Teori Pembelajaran Behaviourisme

( Teori Tingkah Laku) 32

2.16.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 33

2.16.3 Implikasi Teori Pembelajaran Behviorisme

Dalam Pembinaan Dan Reka Bentuk

Modul Perisian BBM 34

2.17 Aspek Pedagogi Dalam Modul BBM 35

3 REKABENTUK PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Pemilihan Model Rekabentuk Perisian 36

3.2.1 Fasa Analisis 38

3.2.2 Fasa Rekabentuk 38

3.2.3 Fasa Pembangunan 39

3.2.4 Fasa Implementasi (Perlaksanaan) 39

3.2.5 Fasa Penilaian 40

3.2.5.1 Penilaian Formatif 40

3.2.5.2 Penilaian Sumatif 41

x

3.3 Prosedur Pembinaan Perisian 41

3.3.1 Penentuan Tajuk Dan Skop 42

3.3.2 Objektif Pengajaran 42

3.3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 42

3.3.3.1 Aspek Pembangunan 43

3.3.3.2 Aspek Memain Semula 44

3.3.4 Pemilihan Perisian Multimedia 45

3.3.4.1 Adobe Photoshop CS2 46

3.3.4.2 Ulead Cool 3D 3.5 46

3.3.4.3 Ulead Cool 3D Production

Studio 46

3.3.4.4 Sony Foundry Sound Forge 7.0 47

3.3.4.5 Sony Vegas 8.0 47

3.3.4.6 MacroMedia Flash 8 47

3.3.5 Pemilihan Perkakasan 48

3.3.5.1 Spesifikasi Perkakasan Cadangan

Kepada Pengguna 49

3.3.6 Pembangunan Projek 49

3.3.7 Kandungan Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran Web Portal Berasaskan

MOODLE 51

4 PEMBANGUNAN WEB PORTAL

4.1 Pengenalan 52

4.2 Struktur Asas Web Portal 53

4.2.1 Skrin Login 53

4.2.2 Paparan Muka Depan MOODLE 54

4.2.3 Paparan Jurnal 56

4.2.4 Paparan Forum 57

4.2.5 Paparan Chat 58

4.2.6 Paparan Tajuk dan Hasil Pembelajaran 59

4.2.7 Paparan Paparan Isi Pengajaran dan

Pembelajaran 60

xi

4.2.8 Paparan Penilaian 64

4.2.9 Paparan Mind’s Teaser 69

4.2.10 Paparan Glosari 70

4.2.11 Paparan Keluar 71

4.3 Pempakejan serta Muat Naik Pembangunan 72

4.4 Panduan Pengguna 72

4.4.1 Panduan Pengguna (MOODLE) 73

4.4.2 Panduan Pengguna

(Microsoft PowerPoint) 75

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN,

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan 77

5.2.1 Kekangan Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Web Portal 78

5.2.2 Kekuatan Pembangunan 79

5.2.3 Kelemahan Pembangunan 81

5.3 Cadangan 82

5.4 Kesimpulan 84

RUJUKAN 85

LAMPIRAN 88

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Perbezaan Antara Perisian BBM Dengan PBK 17

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.0 Rajah Hubungan antara CBE, CAI

dan CMI dalam pengajaran dan

pembelajaran 31

3.1 Rajah Aliran Kerja Berdasarkan

Model ADDIE 46

4.1 Paparan Login 53

4.2 Paparan Muka Depan 54

4.3 Paparan Pendahuluan 55

4.4 Paparan Paparan Muka Depan

MOODLE (Tajuk dan Fail) 55

4.5 Paparan Muka Depan MOODLE

(HTML Code) 56

4.6 Paparan Jurnal 1 56

4.7 Paparan Jurnal 2 57

4.8 Paparan Forum 1 57

4.9 Paparan Forum 2 58

4.10 Paparan Chat 1 58

4.11 Paparan Chat 2 59

4.12 Paparan Objektif 59

4.13 Paparan Tajuk 60

4.14 Paparan Pengajaran 1 60

4.15 Paparan Pengajaran 2 61

xiv

4.16 Paparan Pengajaran 3 61

4.17 Paparan Pengajaran 4 62

4.18 Paparan Pengajaran5 62

4.19 Paparan Pengajaran 6 63

4.20 Paparan Pengajaran 7 63

4.21 Paparan Penilaian Formatif (Objektif) 64

4.22 Paparan Penilaian Formatif (Jawapan Betul) 65

4.23 Paparan Penilaian Formatif (Jawapan Salah) 65

4.24 Paparan Penilaian Formatif (Subjektif) 66

4.25 Paparan Soalan Objektif Penilaian

Sumatif 66

4.26 Paparan Jawapan yang Salah Bagi

Penilaian Sumatif 67

4.27 Paparan Jawapan yang Betul Bagi

Penilaian Sumatif 67

4.28 Paparan Soalan Karangan Penilaian

Sumatif 68

4.29 Paparan Soalan Pendek Penilaian Sumatif 68

4.30 Paparan Crosswords 69

4.31 Paparan Word Search 69

4.32 Paparan Glosari 70

4.33 Paparan Glosari 70

4.34 Paparan Keluar 71

4.35 Paparan MOODLE (Utama) 73

4.36 Paparan MOODLE (login) 73

4.37 Paparan MOODLE (login pengguna berdaftar) 73

4.38 Paparan MOODLE (login guest) 74

4.39 Paparan MOODLE (new account) 74

4.40 Paparan MOODLE (tajuk) 75

4.41 Paparan Muat Turun Fail 75

4.42 Paparan ActiveX Control 76

xv

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat Bantuan Mengajar

BBM Bahan Bantuan Mengajar

CAL Computer Aided Leraning

CD Compact Disc

ICT Information Communication And Technology

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KDP Komputer Dalam Pendidikan

KBKK Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kreatif

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

MOODLE Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Buku Panduan & Buku Log Projek

Sarjana Muda Fakulti Pendidikan

(Pembangunan Perisian/Modul Pendidikan) 88

B Borang Sokongan Pemilihan Tajuk 90

C Soalan dan Skema Jawapan 93

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perubahan dan perkembangan teknologi serta multimedia pada masa kini

adalah amat pesat sehingga kita mengalami kesulitan dalam membuat ramalan

tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dunia pendidikan juga turut

berubah dan beredar mengikut perkembangan canggih teknologi. Ini memberi

peluang yang luas kepada pendidik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Seperti yang kita ketahui, pendidikan sains di Malaysia bertujuan

memupuk budaya Sains dan Teknologi selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang

dinamik, kompetitif, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai sains dan

ketrampilan teknologi.

Kemajuan sains dan teknologi telah membuka satu era baru di dalam dunia

pendidikan Pengajaran dewasa ini sudah tidak terhad kepada buku dan papan tulis

sahaja dengan turut melibatkan penggunaan segala bahan bantu mengajar yang boleh

memberikan rangsangan yang optimum kepada pelajar. Kemunculan pelbagai bahan

bantu mengajar (BBM) yang serba canggih secara tidak langsung banyak membantu

guru mempelbagaikan kaedah pengajaran Penggunaan perisian multimedia di

2

sekolah pada masa kini menjadi salah satu pendekatan pembelajaran yang sangat

penting bagi menarik minat pelajar dan seterusnya membantu proses pengajaran dan

pembelajaran disampaikan dengan lebih berkesan.

Sistem pengajaran tradisional yang banyak bergantung kepada buku teks,

carta dan papan hitam sahaja kelihatan tidak lagi mampu untuk memberikan impak

atau hasil yang berkesan tetapi sebaliknya penggunaan BBM yang boleh

memberikan rangsangan optimum kepada pelajar wajar diterapkan. Selain itu, ada

kajian yang membuktikan bahawa multimedia yang interaktif dapat membina satu

sikap positif dan mampu untuk meningkatkan kadar penerimaan pelajar terhadap

pelajaran dengan lebih berkesan. Ini adalah melalui persembahan isi pelajaran yang

menggunakan elemen-elemen multimedia yang menarik.

Menurut Mat Nor (1987), bahan bantu mengajar boleh menimbulkan

rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu

aspek pengajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Seperti

yang kita tahu, manusia akan tertarik dengan sesuatu benda yang menarik, begitu

juga dengan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru di sekolah.

Contohnya seperti pengajaran berbantukan komputer yang menggunakan modul

perisian yang menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti grafik, audio,

video, animasi dan sebagainya diharap dapat menarik minat dan keinginan pelajar

untuk mendalami sesuatu topik pengajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kesediaan diri yang seimbang dan kukuh dari segi intelek, rohani, emosi,

jasmani dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah

penting menuju ke arah pembangunan sebuah negara yang maju. Peranan komputer

sebagai tunjang kepada sistem maklumat masa kini menjadikan alat ini begitu

3

penting dalam kehidupan kita seharian khususnya sektor pendidikan bagi mencapai

hasrat murni kerajaan Malaysia.

Ekoran daripada perkembangan IT serta penerapan penggunaan bahasa

inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik pada masa kini telah

menyebabkan penggunaan komputer semakin meluas dalam bidang pendidikan.

Menurut Baharuddin Aris (2000), penggunaan yang berbentuk elektronik

jarang sekali digunakan memandangkan penghasilan perisian BBM memerlukan

masa, tenaga dan kemahiran yang tinggi. Oleh itu, penggunaan perisian BBM di

sekolah adalah amat terhad.

Daripada temubual dengan beberapa guru yang kurang atau tidak

menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka

didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan

silibus kerana menurut mereka menurut mereka penggunaan internet memerlukan

masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia

menggunakan komputer dalam pengajaran.

Bagi matapelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

untuk topi Light, Colour and Sight Tingkatan Empat, ia memerlukan kefahaman

yang tinggi untuk memahami pergerakan dan sifat-sifat cahaya. Ini merupakan antara

masalah yang dihadapi oleh para pelajar untuk mengimaginasi penyerakan cahaya

sebagai contoh. Oleh itu, dengan penghasilan web portal berasaskan MOODLE yang

menggabungkan pelbagai unsur multimedia ini diharap dapat membantu guru dalam

melaksankan pengajaran mereka. Selain itu, bahan bantu mengajar yang masih

kurang ini telah menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan pengajaran

menggunakan komputer dengan sepenuhnya. Oleh itu, perisian ini dihasilkan untuk

memenuhi keperluan tersebut serta menambah bilangan BBM di sekolah.

4

1.3 Pernyataan Masalah

Falsafah Pendidikan Sains Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,

tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan

teknologi.

Untuk membangunkan suatu pakej web portal berasaskan MOODLE sebagai

BBM, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Ini kerana

pembangunan perisian modul ini memerlukan masa yang banyak, daya kreativiti

yang tinggi dan mempunyai pengetahuan serta kepakaran dalam penghasilan

animasi, Flash dan sebagainya. Adalah penting ciri-ciri ini wujud dalam seseorang

pembangun untuk menghasilkan modul yang berkualiti tinggi.

Di Malaysia, KPM memberi galakan kepada bakal-bakal guru semasa di

universiti atau maktab perguruan lagi, di mana mereka diajar konsep-konsep asas

pembinaan perisian berorientasikan pendidikan serta teori dan model yang boleh

digunakan dalam pembinaan perisian ini untuk menjamin pembelajaran yang

maksimum oleh pengguna perisian (Baharuddin Aris et.al.,2002).

Oleh itu, satu web portal berasaskan MOODLE yang menggabungkan

pelbagai unsur multimedia dalam versi Bahasa Inggeris dibina untuk kegunaan para

guru sebagai BBM serta dapat membantu guru untuk mengajar dan seterusnya untuk

membantu pelajar memahami proses-proses di dalam matapelajaran sains lebih

realistik.

5

1.4 Objektif

1.4.1 Objektif Projek

Objektif projek pembangunan ini adalah untuk:

i. Membangunkan web portal berasaskan MOODLE bertajuk “Light,

Colour and Sight” tingkatan empat bercirikan berikut :

-Menggunakan platform Microsoft PowerPoint berserta perisian-

perisian lain

-Mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi,

audio, dan video.

1.4.2 Objektif Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

i. Menyampaikan tajuk “Light, Colour and Sight” dengan menggunakan teks,

grafik, animasi, audio dan video.

ii. Menerangkan pergerakan dan sifat-sifat cahaya yang unik serta

menyampaikan dengan cara yang mudah.