ifolio.ukm.my · web viewlamin dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di sarawak....

8
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K) 22-28 JANUARI 2014 LAPORAN AKTIVITI PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DAN KEMBARA ANAK KENYALANG 2014 PERSATUAN MAHASISWA/I SARAWAK (PEMASRA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 BUTIRAN AKTIVITI a) Nama Aktiviti : Program Operasi Khidmat Masyarakat dan Kembara Anak Kenyalang 2014 b) Penganjur : Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa/I Sarawak Universiti Kebangsaan Malaysia c) Dengan Kerjasama : Sekretariat Rakan Muda,UKM d) Tarikh : 22 28 JANUARI 2014 e) Tempat Baru : Kampung Bahagia Jaya Teku, Sibu f) Jumlah Peserta (Anggaran) :66 ORANG (Termasuk Urusetia) Jumlah Peserta (Sebenar) :58 ORANG (Termasuk Urusetia) *Seperti LAMPIRAN A g) Perasmi : Encik Zaidil bin Arip, Pengerusi JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku, Sibu “MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”

Upload: trandien

Post on 12-May-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewLamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak. Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ memperkenalkan kebudayaan

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K)

22-28 JANUARI 2014

LAPORAN AKTIVITI

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DAN

KEMBARA ANAK KENYALANG 2014

PERSATUAN MAHASISWA/I SARAWAK (PEMASRA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 BUTIRAN AKTIVITI

a) Nama Aktiviti : Program Operasi Khidmat Masyarakat

dan Kembara Anak Kenyalang 2014

b) Penganjur : Naib Yang Dipertua

Persatuan Mahasiswa/I Sarawak

Universiti Kebangsaan Malaysia

c) Dengan Kerjasama : Sekretariat Rakan Muda,UKM

d) Tarikh : 22 – 28 JANUARI 2014

e) Tempat Baru : Kampung Bahagia Jaya Teku, Sibu

f) Jumlah Peserta (Anggaran) :66 ORANG (Termasuk Urusetia)

Jumlah Peserta (Sebenar) :58 ORANG (Termasuk Urusetia)

*Seperti LAMPIRAN A

g) Perasmi : Encik Zaidil bin Arip,

Pengerusi JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku,

Sibu

h) Jumlah Pendapatan :RM 3800.00

Jumlah Perbelanjaan :RM 4891.61

“MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewLamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak. Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ memperkenalkan kebudayaan

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K)

22-28 JANUARI 2014

2.0 PENGISIAN AKTIVITI

2.1 Lawatan ke Beijing

Program pertama kami ialah Kembara Anak Kenyalang (KAK). Destinasi

pertama untuk program KAK kami ialah program Lawatan ke Beijing. Beijing

merupakan Tokong terbesar di Bandar Sibu.

2.2 Lawatan ke Lamin Dana

Lamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak.

Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ

memperkenalkan kebudayaan dan adat tradisional suku kaum Melanau melalui

aktiviti-aktiviti kebudayaan, aktiviti seni reka bina, makanan, kraftangan dan

sebagainya.

2.3 Program Sehari Bersama Orang-Orang Tua

Destinasi seterusnya untuk program Kembara Anak Kenyalang kami ialah

program Sehari bersama Orang-Orang Tua di Rumah Sri Kenangan. Pengisian

program tersebut ialah ice-breaking, melawat orang-orang sakit dan juga

majlis penyerahan sumbangan kepada rumah kebajikan tersebut.

2.4 Majlis Perasmian

Sejurus selepas majlis penangguhan Kembara Anak Kenyalang (KAK), kami

bergerak ke bandar Sibu,Sarawak untuk program seterusnya iaitu OPKIM.

Program pertama yang kami jalankan ialah Majlis perasmian OPKIM telah

diadakan pada 23 Januari 2014 dan telah dirasmikan oleh Encik Zaidil bin

Arip, selaku Pengerusi JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku Sibu. Hal ini

disebabkan perasmi sebenar iaitu Dr Zaini Bin Sakawi tidak dapat hadir

kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan pada hari tersebut. Majlis

perasmian ini dihadiri oleh penduduk kampung termasuklah keluarga angkat

ataupun tidak. Dalam majlis perasmian ini juga telah berlangsung majlis

penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing oleh Encik

Zaidil bin Arip diiringi Ketua Pengarah OPKIM dan KAK, Saudara

Handriesyano bin Sate.

2.5 Slot Ice-Breaking bersama peserta

“MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewLamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak. Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ memperkenalkan kebudayaan

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K)

22-28 JANUARI 2014

Sebelum bermulanya Operasi Khidmat Masyarakat, para AJK OPKIM telah

mengadakan satu slot bersama peserta iaitu slot ice-breaking pada malam

pertama semua peserta menjejakkan kaki ke kampung Teku. Slot ini bertujuan

untuk merapatkan dan sesi kenal mengenali antara AJK dan peserta agar

melancarkan perjalanan OPKIM.

2.6 Program Motivasi di sekolah

Sebagai pengisian utama OPKIM ini ialah program motivasi ke sekolah-

sekolah yang terpilih. Motivasi ini akan diadakan kepada pelajar-pelajar

tingkatan 5 di SMK Agama Sibu. Setiap AJK dan peserta merupakan

fasilitator untuk program motivasi tersebut. Antara pengisisan untuk program

motivasi tersebut ialah Ice-breaking, Latihan dalam kumpulan dan ceramah

motivasi oleh Saudara Handriesyano bin Sate.

2.7 Sukan Rakyat bersama penduduk kampung

Sukaneka bersama penduduk kampung merupakan salah satu pengisian

program untuk mendekatkan mahasiswa bersama penduduk kampong

terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak. Antara sukan yang

diperkenalkan pada petang tersebut ialah batu seremban, menganyam ketupat,

puzzle, baling buah kelapa dan lain-lain lagi.

2.8 Gotong- Royong bersama penduduk kampung

Salah satu pengisian khidmat komuniti mahasiswa bersama masyarakat dalam

program kali ini ialah gotong-royong bersama penduduk kampung. Antara

kawasan yang menjadi sasaran kami semasa gotong-royong tersebut ialah

Bangunan Bina Insan. Sebahagian peserta bersama penduduk kampung sama-

sama membersihkan kawasan Bangunan Bina Insan tersebut.

2.9 Program Bakti Siswa bersama penduduk miskin di kampung

Pada sebelah petangnya pula selepas aktiviti gotong-royong, kami

menjalankan Program Bakti Siswa bersama penduduk miskin di kampung

tersebut. Sebagai pengisiannya, kami telah melawat daripada rumah ke rumah

keluarga miskin yang tersenarai daripada JKKK kampung dan menyerahkan

sedikit sumbangan seperti beras, biskut dan sebagainya kepada keluarga yang

“MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewLamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak. Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ memperkenalkan kebudayaan

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K)

22-28 JANUARI 2014

berkenaan. Sebanyak 20 buah keluarga yang tersenarai untuk menerima

sumbangan tersebut termasuklah ibu tunggal dan juga OKU.

2.10 Majlis Rewang bersama penduduk kampung

Majlis rewang bersama penduduk kampung diadakan sempena persiapan

untuk Malam Kebudayaan Kampung Teku. Kami mengadakan Pesta Kuih

Tradisional bersama penduduk kampung dan keluarga angkat. Sebelah

petangnya, kami cuma mengadakan barbeque dan juga sedikit aktiviti

memasak secara bergotong-royong bersama ibu angkat dan ayah angkat.

2.11 Malam Kesenian

Malam Kebudayaan Teku merupakan kemuncak dan juga merupakan malam

terakhir kepada para peserta untuk berada di Kampung Teku. Pada malam

tersebut, terdapat beberapa buah persembahan yang diadakan. Antaranya ialah

persembahan daripada peserta OPKIM sendiri iaitu Dikir Barat, persembahan

daripada AJK OPKIM ialah tarian dan menyanyi serta beberapa persembahan

daripada penduduk kampung. Sebagai pengisian Malam Kebudayaan itu juga,

kami telah menjemput kumpulan Bermukun di Kampung Teku. Bermukun

merupakan salah satu daripada keunikan persembahan yang terdapat di

Sarawak.

2.12 Majlis penangguhan Program OPKIM

Majlis penangguhan OPKIM telah dirasmikan sendiri oleh Encik Zaidil bin

Arip selaku Pengerusi JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku. Majlis

penangguhan tersebut merupakan majlis penyerahan kembali anak-anak

angkat daripada keluarga angkat masing-masing.

2.13 Majlis Penutupan Program

Majlis penutupan program Operasi Khidmat Masyarakat dan Kembara Anak

Kenyalang telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Pengarah Program iaitu

Saudara Hendriesyano bin Sate. Dengan berakhirnya majlis penutupan

tersebut, maka berakhirlah Program Operasi Khidmat Masyarakat dan

Kembara Anak Kenyalang yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa/i

Sarawak (PEMASRA) Universiti Kebangsaan Malaysia

“MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewLamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak. Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ memperkenalkan kebudayaan

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K)

22-28 JANUARI 2014

3 KESIMPULAN

3.12 Kelebihan / kebaikan aktiviti

1) Program yang sangat baik dan patut diteruskan pada masa yang mendatang

kerana dengan adanya program seperti ini dapat memperkenalkan adat dan

budaya masyarakat di Sarawak secara amnya.

2) Program sebegini juga harus diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada

masa akan datang kerana dengan adanya program sedemikian,

mahasiswa/I mempunyai medium tersendiri untuk menabur bakti dan

mendekati masyarakat.

3) Secara tidak langsung, Bakti Siswa dapat meningkatkan tahap kemahiran

para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Di samping dapat

memenuhi jam kredit untuk aktiviti ko-kurikulum, mereka juga akan

memperolehi pengalaman yang sangat berguna terutamanya dalam

mengendalikan sesebuah organisasi dan berhubung dengan pihak atasan

untuk urusan-urusan tertentu.

4) Salah satu daripada pengisian yang terdapat dalam program ini ialah Bakti

Siswa bersama penduduk miskin di Kampung Teku. Justeru itu, antara

kelebihan yang diperolehi daripadanya ialah para peserta dapat menyelami

dan melihat sendiri keadaan penduduk yang miskin tersebut dan juga dapat

menghulurkan sedikit sumbangan hasil daripada beberapa peruntukan

yang diperolehi.

3.13 Permasalahan yang timbul

1) Pertukaran tempat program. Disebabkan masalah banjir di Kampung Sok

Matu Daro Mukah, kami telah menukar tempat program ke Kampung

Bahagia Jaya Teku. Oleh yang demikian, program Kembara Anak

Kenyalang 2014 (K.A.K) telah dijalankan terlebih dahulu sebelum

program Operasi Khidmat Masyarakat. Hal ini adalah untuk memberi

ruang AJK program membuat persediaan.

“MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewLamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak. Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ memperkenalkan kebudayaan

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K)

22-28 JANUARI 2014

2) Jumlah perbelanjaan yang kurang mencukupi. Untuk penambahbaikan

pada masa yang akan datang, para sekretariat hendaklah berusaha lebih

gigih lagi terutamanya daripada aspek pemasaran.

3) Rentetan daripada masalah kewangan juga, duit tabung yang ingin

dikeluarkan daripada bendahari UKM juga masih tidak dapat dikeluarkan

walaupun telah hampir sebulan daripada tarikh berlangsungnya program

kami telah memohon untuk mengeluarkannya. Oleh yang demikian,

permasalahan tersebut merupakan salah satu kekangan yang amat besar

bagi pihak kami dalam menjayakan program kali ini.

4) PENUTUP

Secara keseluruhannya, aktiviti telah berlangsung dengan jayanya. Semua objektif

yang dirancangkan dapat dicapai dengan berkat daripada-Nya. Dengan kerjasama yang telah

diberikan oleh semua yang terlibat, program ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Urusetia-urusetia telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program ini

serta memberi komitmen yang tidak berbelah bagi.

Persatuan Mahasiswa/i Sarawak (PEMASRA) juga berharap agar projek ini dapat

menjadi titik tolak kepada wujudnya semangat berkerjasama untuk bergiat dalam persatuan

atau dalam mana-mana aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang.

Akhir kata, semoga program yang telah dijalankan ini dirahmati Allah s.w.t. Segala

perhatian, komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan daripada semua pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, didahului dengan setinggi-tinggi

penghargaan dan jutaan terima kasih.

Semoga program yang telah dijalankan dapat memberi faedah dan manfaat serta

banyak pengalaman kepada pimpinan PEMASRA, juga kepada para peserta yang telah

mengikuti Operasi Khidmat Masyarakat dan Kembara Anak Kenyalang pada sesi ini.

“MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewLamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak. Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ memperkenalkan kebudayaan

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K)

22-28 JANUARI 2014

Disediakan oleh,

.......Liyana........

NURUL LIYANA BT RAZAK

Setiausaha,

Program Operasi Khidmat Masyarakat dan Kembara Anak Kenyalang 2014,

Persatuan Mahasiswa/I Sarawak (PEMASRA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh,

HANDRIESYANO BIN SATE

Ketua Pengarah,

Program Operasi Khidmat Masyarakat dan Kembara Anak Kenyalang 2014,

Persatuan Mahasiswa/I Sarawak (PEMASRA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disahkan oleh,

…………………………

DR ZAINI BIN SAKAWI

Penasihat

Program Operasi Khidmat Masyarakat dan Kembara Anak Kenyalang 2014,

Persatuan Mahasiswa/I Sarawak (PEMASRA),Universiti Kebangsaan Malaysia

“MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewLamin Dana merupakan salah satu tempat yang menarik dan unik di Sarawak. Semua peserta dibawa melawat ke Lamin Dana kerana di situ memperkenalkan kebudayaan

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) DAN KEMBARA ANAK KENYALANG (K.A.K)

22-28 JANUARI 2014

“MAHASISWA/I BERBAKTI TUNJANG PERPADUAN KOMUNITI”