· web viewfiqh al-hadharah sebagai alternatif kepada gagasan politik islam azmul fahimi...

1
Fiqh al-Hadharah Sebagai Alternatif Kepada Gagasan Politik Islam Azmul Fahimi Kamaruzaman Kejatuhan Daulah ‘Uthmaniyyah pada 1923 menyebabkan dunia Islam kehilangan kuasa politik dan penaungan. Perkembangan tersebut melahirkan respon umat Islam untuk membangunkan kembali sistem kuasa yang hilang dalam bentuk gerakan politik Islam. Perjuangan gerakan politik Islam ini dipelopori oleh Ikhwan al-Muslimin di Mesir dan meluas kepada negara- negara umat Islam di Timur Tengah, Iran, Pakistan dan Asia Tenggara. Gerakan politik Islam menumpukan kepada tema perjuangan politik iaitu penubuhan negara Islam dan pelaksanaan syariah pada abad ke-20 sebagai era kebangkitan Islam. Memasuki abad ke-21 gerakan politik Islam masih menumpukan usaha kepada penubuhan negara Islam dan pelaksanaan syariah. Perkembangan ini mencetuskan pelbagai polemik dan krisis lantaran pelaksanaan Islam dalam setiap negara adalah aspek yang subjektif dan memerlukan penyesuaian kepada suasana politik. Artikel ini cuba menghuraikan kebuntuan yang dialami gerakan politik Islam dalam mencapai objektif dan mencadangkan kerangka pembinaan tamadun menurut Ibn Khaldun sebagai asas untuk membina Fiqh al-Hadharah sebagai penambahbaikan dan alternatif kepada gagasan politik Islam. Artikel ini menggunakan metode analisis dokumen dengan memanfaatkan kerangka Ibn Khaldun bagi membina asas Fiqh al-Hadharah. Hasil tafsiran dan analisis dijangka dapat memberikan satu kerangka cadangan baru kepada gerakan politik Islam untuk tidak menyempitkan skop, orientasi dan objektif perjuangan hanya dalam konteks politik tetapi merangkumi kepada pembinaan negara dan membangunkan tamadun. Kata Kunci: Fiqh al-Hadharah, politik Islam, Ibn Khaldun.

Upload: lytu

Post on 10-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewFiqh al-Hadharah Sebagai Alternatif Kepada Gagasan Politik Islam Azmul Fahimi Kamaruzaman Kejatuhan Daulah ‘Uthmaniyyah pada 1923 menyebabkan dunia Islam kehilangan kuasa

Fiqh al-Hadharah Sebagai Alternatif Kepada Gagasan Politik Islam

Azmul Fahimi Kamaruzaman

Kejatuhan Daulah ‘Uthmaniyyah pada 1923 menyebabkan dunia Islam kehilangan kuasa politik dan penaungan. Perkembangan tersebut melahirkan respon umat Islam untuk membangunkan kembali sistem kuasa yang hilang dalam bentuk gerakan politik Islam. Perjuangan gerakan politik Islam ini dipelopori oleh Ikhwan al-Muslimin di Mesir dan meluas kepada negara-negara umat Islam di Timur Tengah, Iran, Pakistan dan Asia Tenggara. Gerakan politik Islam menumpukan kepada tema perjuangan politik iaitu penubuhan negara Islam dan pelaksanaan syariah pada abad ke-20 sebagai era kebangkitan Islam. Memasuki abad ke-21 gerakan politik Islam masih menumpukan usaha kepada penubuhan negara Islam dan pelaksanaan syariah. Perkembangan ini mencetuskan pelbagai polemik dan krisis lantaran pelaksanaan Islam dalam setiap negara adalah aspek yang subjektif dan memerlukan penyesuaian kepada suasana politik. Artikel ini cuba menghuraikan kebuntuan yang dialami gerakan politik Islam dalam mencapai objektif dan mencadangkan kerangka pembinaan tamadun menurut Ibn Khaldun sebagai asas untuk membina Fiqh al-Hadharah sebagai penambahbaikan dan alternatif kepada gagasan politik Islam. Artikel ini menggunakan metode analisis dokumen dengan memanfaatkan kerangka Ibn Khaldun bagi membina asas Fiqh al-Hadharah. Hasil tafsiran dan analisis dijangka dapat memberikan satu kerangka cadangan baru kepada gerakan politik Islam untuk tidak menyempitkan skop, orientasi dan objektif perjuangan hanya dalam konteks politik tetapi merangkumi kepada pembinaan negara dan membangunkan tamadun.

Kata Kunci: Fiqh al-Hadharah, politik Islam, Ibn Khaldun.