author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · web viewcontohnya...

20

Click here to load reader

Upload: dinhbao

Post on 18-Mar-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

PENGENALAN

Di dalam topik ini,anda akan berkenalan dengan era teknologi maklumat dan ciri-ciri yang membezakannya dengan era sebelumnya. Anda juga akan diberi kefahaman tentang Teknologi Maklumat. Ini meliputi prinsip, fungsi dan manfaat teknologi maklumat akan diterangkan dalam topik ini. Selain itu, Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) dan Undang-undang Siber juga akan dibincangkan di akhir topik.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan maksud era maklumat dengan baik

2. membezakan 6 era maklumat dengan era sebelumnya;

3. mengenalpasti 3 komponen teknologi maklumat; dan

4. menerangkan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC).

1.1 SELAMAT DATANG KE ERA MAKLUMAT

Tahukah anda bahawa mengikut Alvin Tofler, kita sekarang ini sedang berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat.

Abad ini, bukan sahaja telah mendedahkan kita kepada permulaan era maklumat, malah teknologi ini berterusan membawa kita kepada perubahan yang pesat dalam teknologi maklumat. Tidak terdapat tanda-tanda kadar perubahan yang pesat ini akan menurun, sebaliknya ia semakin meningkat.

Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombang perindustrian. Sesetengah penulis menyebut “gelombang” sebagai “era” iaitu merujuk kepada era pertanian, era perindustrian dan era maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Kini, kita tinggal dalam masyarakat di mana maklumat merupakan sumber yang penting.

1

Page 2: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

PENGENALAN ERA MAKLUMAT TOPIK 1

Jadual 1.1: Takrifan Era Pertanian, Era Industri dan Era Maklumat

Era Pertanian Suatu era apabila kebanyakan pekerja adalah petani dankehidupannya berkisar dengan pertanian.

Era Perindustrian Suatu era apabila proses kerja dipermudah melaluipemekanikan dan automasi serta bilangan yang bekerjadalam pembuatan terus bertambah.

Era Maklumat Suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalampenciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat.

Untuk memahami evolusi era maklumat, sila rujuk Jadual 1.2 (ubahsuai dari Senn.1998).

Jadual 1.2: Evolusi Era Pertanian, Era Industri dan Era Maklumat

Era Pertanian Era Industri Era MaklumatKebanyakan Petani/Peladang Pekerja Kilang Pekerja BerpengetahuanPekerja Rakan Manusia dan Tanah Manusia dan Mesin Manusia dan

Alatan Tangan MesinManusia Teknologi

Alat teknologi yang digunakan dalam era pertanian, era industri dan era maklumat adalah berbeza. Contohnya, teknologi dalam era industri (seperti jentolak dan kren) digunakan untuk meningkatkan kebolehan fizikal sementara teknologi dalam era maklumat (seperti computer dan server ) digunakan untuk meningkatkan kebolehan daya fikir pekerja. Dalam era maklumat, jalinan di antara seorang manusia dengan manusia lain diperkukuhkan dan alat utama yang digunakan ialah teknologi maklumat. Walaupun berada dalam era maklumat, pertanian dan pembuatan masih tetap berkepentingan.

Terdapat enam ciri yang membezakan era maklumat dengan era sebelumnya (Senn, 1998) :(i) Munculnya masyarakat berasaskan maklumat (information-based society):

Dalam masyarakat bermaklumat (informative society), lebih ramai pekerja mengendalikan maklumat dari bekerja dalam gabungan pertanian dan pembuatan.

(ii) Kejayaan tugas-tugas perniagaan dan pengurusan bergantung kepada teknologi maklumat: Contohnya, urusan perbankan yang amat bergantung kepada teknologi maklumat bagi memudahkan urusan transaksi harian dengan lebih cekap dan berkesan.

(iii) Proses kerja mengalami perubahan dan transformasi bagi meningkatkan produktiviti: Contohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan kerja di ladang. Tetapi di era maklumat, pengetahuan memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana dan bila tanaman ditanam dan dijaga.

(iv) Teknologi maklumat menyediakan asas untuk berfikir semula - iaitu kejuruteraan semula proses bisnes: penggunaan teknologi maklumat dengan bijak bukan sahaja mempercepatkan aktiviti rutin malah memberikan peluang kepada syarikat untuk mengkaji dan menyusun semula proses kerja bagi mengoptimumkan penggunaan sumber serta meningkatkan produktiviti syarikat.

2

Page 3: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

(v) Kejayaan dalam teknologi maklumat bergantung kepada keberkesanan penggunaan teknologi maklumat: contohnya, dalam era pertanian, petani perlu tahu keupayaan dan penjagaan kerbau, lembu dan tanah. Era industri memerlukan pekerja industri mengetahui keupayaan dan penjagaan mesin untuk keberkesanan kerja. Era maklumat memerlukan pengguna mengetahui bagaimana teknologi maklumat mampu meningkatkan keceriaan peribadi, meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

(vi) Teknologi maklumat terkamir (tersirat) ataupun bersepadu di dalam banyak produk dan perkhidmatan: contohnya dalam industri pelancongan, teknologi maklumat digunakan di beberapa bahagian seperti agensi tiket, lapangan terbang, hotel atau tempat penginapan, agensi sewa kereta dan lain-lain. Secara tidak langsung teknologi maklumat memberi suatu nilai tambah kepada sesuatu produk dan perkhidmatan. Nilai tambah ini boleh berbentuk kualiti, kebolehpercayaan, keterampilan, menarik dan sebarang ciri yang mampu memenuhi kehendak pengguna.

Latihan 1.1

Di antara Era Pertanian, Industri dan Maklumat, dimanakah anda fikir Malaysia berada? Terangkan pendapat anda.

1.2 APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sebelum mendalami lebih lanjut tentang teknologi maklumat, alangkah baik jika kita dapat membezakan di antara data, maklumat dan pengetahuan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.3 berikut:

Jadual 1.3: Takrifan Data, Maklumat dan Pengetahuan

Data Fakta mentah, rajah dan keterperincian lain seperti markah kuiz dan hargakomputer.

Maklumat Penafsiran yang tersusun, bermakna dan berguna terhadap data sepertiprestasi kuiz dan spesifikasi komputer.

Pengetahuan Kefahaman dan keperihatinan kepada set maklumat dan bagaimanamaklumat tersebut boleh digunakan sebaiknya seperti memberi kelastambahan atau peningkatan kualiti komputer.

Takrifan di dalam Jadual 1.3 menunjukkan data yang telah ditapis, diformat dan diringkaskan bertukar menjadi maklumat. Maklumat yang ditafsir, diputuskan dan diambil tindakan bertukar kepada pengetahuan. Dengan adanya pengetahuan, pengguna mampu membuat keputusan yang terbaik dan seterusnya melaksanakan tindakan yang sewajarnya.

Secara umumnya, teknologi maklumat merupakan suatu alatan utama dalam era maklumat. Alatan ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital. Teknologi maklumat merujuk kepada penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat.

3

Page 4: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

PENGENALAN ERA MAKLUMAT TOPIK 1

Berikut di dalam Jadual 1.4 adalah beberapa takrifan teknologi maklumat:

Jadual 1.4: Takrifan Teknologi Maklumat

Behan & Holmes Teknologi Maklumat adalah suatu istilah untukmemerihalkan teknologi yang membolehkan kita untukmerekod, menyimpan, memproses, mendapat semula,menghantar dan menerima maklumat.

E.W. Martin et al. Teknologi Maklumat terdiri dari semua bentuk teknologi(1994) yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi,

komunikasi, persembahan dan menggunakan data (datayang ditransformasi kepada maklumat).

Senn (1998) Teknologi Maklumat mengandungi tiga komponen iaitukomputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusiadan organisasi untuk lebih produktif, berkesan danumumnya berjaya serta tidak boleh terpisah. Komputerdan rangkaian komputer tidak berguna jika tidak pandaimenggunakannya. Mengetahui bila hendakmenggunakan komputer sama penting denganmengetahui bagaimana hendak menggunakannya.Selain daripada kebolehan berkomunikasi maklumatmelalui komputer, menghubungkan manusia melaluiteknologi maklumat adalah juga penting.

Jadual 1.5 berikut menunjukkan komponen utama teknologi maklumat:

Jadual 1.5: Komponen Teknologi Maklumat

Komponen TakrifanKomputer Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah data

dan maklumat.Rangkaian Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah dataKomunikasi dan maklumat.TAHU-GUNA Digunakan untuk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat.Digunakan

untuk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat.Apa, bila danbagaimana teknologi maklumat digunakan secara berkesan untukmenyelesaikan masalah iaitu merujuk kepada; kebiasaan dengan alatteknologi maklumat, kemahiran yang diperlukan, memahami bila hendakmenggunakan teknologi maklumat untuk menyelesaikan masalah danmengeksploitasikan peluang yang terbuka luas.

4

Page 5: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

Latihan 1.2.

Bezakan antara data, maklumat dan pengetahuan. Beri satu contoh bagi setiap satu.

Apakah yang anda faham tentang “tahu-guna”?

1.3 PRINSIP TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perbahasan, cerita dan rujukan tentang kesan teknologi maklumat kepada pengguna boleh diperolehi di merata tempat kini. Kita telah lihat bagaimana teknologi maklumat membantu orang-orang istimewa. Kita telah dengar dan membaca bagaimana teknologi maklumat telah meningkatkan keuntungan syarikat dan perniagaan. Kita juga telah mengetahui akibat virus komputer seperti virus Love Bug dan Chernobyl yang telah merosakkan sistem komputer banyak organisasi dan juga orang perseorangan.

Pastinya tujuan utama teknologi maklumat ialah memberikan bantuan kepada manusia untuk menyelesaikan masalah, mencetuskan kreativiti, menjadikan manusia lebih berkesan dengan bantuan teknologi maklumat dalam aktiviti seharian. Oleh itu, teknologi maklumat mampu melepaskan manusia daripada belenggu kerja rutin dan menumpukan lebih perhatian di dalam menyelesaikan masalah dan merapatkan hubungan sesama manusia.

Prinsip utama teknologi maklumat ialah Prinsip teknologi-tinggi-sentuhan-tinggi (high-tech-high-touch) iaitu semakin banyak bergantung kepada teknologi termaju, semakin penting kita menimbangkan aspek “sentuhan-tinggi (high-touch)” iaitu “manusia”. Prinsip ini menekankan yang kita sepatutnya menyesuaikan teknologi maklumat kepada manusia, daripada meminta manusia menyesuaikan dengan teknologi maklumat.

1.4 FUNGSI DAN MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Senn (1998) menyatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi pengendalian maklumat iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, dapatan semula dan penghantaran. Dalam kebanyakan hal, dua atau lebih fungsi dijalankan serentak. Ini dapat diperkatakan dalam Jadual 1.6 yang menunjukkan fungsi takrifan dan contoh teknologi maklumat.

5

Page 6: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

Jadual 1.6: Fungsi Teknologi Maklumat

Fungsi Takrifan ContohPengumpulan Mengumpul rekod aktiviti yang boleh Mengira undi, membaca

digunakan kemudian. meter elektrik.Pemprosesan Proses menukar, menganalisis, Pemprosesan bil elektrik,

pengiraan dan sintesis semua pemproses perkataan,bentuk data atau maklumat pemprosesan cukai

Penjanaan Menyusun maklumat kepada bentuk Bil elektrik, jadual, graf, carta.berguna sama ada sebagai teks, Cakera, pita, CD-ROM, fail.audio atau imej.

Penyimpanan Proses komputer menyimpan data Rekod cukai pendapatan,dan maklumat untuk digunakan rekod ahli persatuan, rekodkemudian. kesalahan lalu lintas.

Dapatan semula Dapatan semula Faks, e-mel, mel suara.Penghantaran Penghantaran E-mel, mel suara

PENGENALAN ERA MAKLUMAT TOPIK 1

Manfaat yang boleh pengguna perolehi daripada teknologi maklumat pula adalah pantas, konsisten, jitu dan boleh percaya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.7 berikut:

Jadual 1.7: Manfaat Teknologi Maklumat

Manfaat TakrifanPantas Satu nilai yang relatif. Komputer boleh melakukan dalam sekelip mata

dan lebih cepat daripada manusia.Konsisten Komputer cekap melakukan kerja yang berulang secara konsisten.

Keupayaan melakukan aktiviti yang sama setiap masa.Jitu Komputer begitu jitu atau tepat. Komputer berupaya mengesan

perbezaan yang amat kecil.Komputer begitu jitu atau tepat. Komputerberupaya mengesan perbezaan yang amat kecil.

Boleh Dengan kepantasan, kekonsistenan dan kejituan, kita boleh jangka percayakeputusan yang boleh dipercaya. Hasil yang sama boleh didapati

berulang kali.

Dengan manfaat yang diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat, kita tidak boleh melepaskan peluang yang disediakan oleh teknologi maklumat. Secara amnya terdapat dua kategori peluang iaitu:-(i) Membantu manusia: Contohnya orang istimewa (kurang upaya), meningkatkan

produktiviti manusia dan membantu kepada kesejahteraan manusia. (ii) Membantu menyelesaikan masalah: Membantu proses mengenalpasti masalah,

meneroka beberapa pilihan penyelesaian dan mengimplementasi penyelesaian dengan jayanya.

Teknologi maklumat telah digunakan dalam berbagai bidang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan membantu manusia. Kita patut mengetahui tanggungjawab asas pengguna teknologi maklumat. Tiga tanggungjawab asas pengguna teknologi maklumat:

6

Page 7: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

(i) mengetahui keupayaan dan batasan teknologi maklumat

(ii) menggunakan teknologi maklumat secara beretika dan betul

(iii) melindungi keselamatan data dan maklumat dari berbagai ancaman.

1.5 KERJAYA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi maklumat berkait rapat dengan kebanyakan kerjaya masa kini. Secara umumnya, dua kategori yang berkaitan teknologi maklumat dan kerjaya:(i) Teknologi maklumat sebagai kerjaya

Pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam teknologi maklumat memberikan peluang pekerjaan dalam penggunaan teknologi maklumat. Antara kerjaya dalam bidang teknologi maklumat ialah juruanalisa sistem, pegawai sistem maklumat, pengurus rangkaian, jurutera perisian, jurutera pengetahuan, pengaturcara, pengurus pemprosesan data, perunding sistem komputer, jurukamir sistem (system integrator), pentadbir sistem, ketua pegawai maklumat, jurutera sistem, jurutera komputer, pengurus laman web dan banyak lagi. Mereka ini digelar ahli profesional teknologi maklumat. Mereka ini juga kadang kala dianggap sebagai orang yang memainkan peranan penting di belakang komputer iaitu mereka yang membangunkan perisian dan peralatan teknologi maklumat.

(ii) Teknologi maklumat pembantu kerjaya Pembantu kerjaya juga dikenali sebagai pengguna ataupun pengguna akhir. Pengguna atau pengguna akhir terlibat dengan penggunaan sepenuhnya teknologi maklumat tetapi tidak memerlukan pengetahuan teknikal teknologi maklumat. Mereka lebih tahu selok-belok penggunaan perisian ataupun perkakasan tertentu. Doktor menggunakan komputer untuk mencapai maklumat pesakit tetapi doktor tersebut tidak memerlukan pengetahuan teknikal komputer. Pengguna secara umumnya boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu pengguna novis, pengguna separa mahir dan pengguna mahir.

Kedua-dua ahli profesional dan pengguna perlu berkomunikasi di antara satu sama lain demi meningkatkan penggunaan, cetusan idea baru dan seterusnya memanfaatkan teknologi maklumat.

1.6 TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA

Di Malaysia, kita turut dilanda ledakan perkembangan pesat teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC), merupakan satu gagasan Teknologi Maklumat yang sering kedengaran atau menjadi bahan di media massa. MSC adalah satu daripada perkembangan mutakhir teknologi maklumat di Malaysia. MSC juga merupakan satu agenda Malaysia untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan merupakan alatan utama di dalam persaingan ekonomi berdasarkan pengetahuan. Kita sebagai pengguna teknologi maklumat harus memperlengkapkan diri untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari teknologi ini.

7

Page 8: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

PENGENALAN ERA MAKLUMAT TOPIK 1

Di manakah tahap penggunaan teknologi maklumat? Pada masa ini, amat sedikit kilang atau sektor pembuatan yang menggunakan teknologi maklumat apatah lagi sistem robotik. Bagi industri yang menggunakan teknologi maklumat, mereka tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi maklumat bagi kepentingan industri itu sendiri. Seperti yang dilaporkan dalam RMK7, iaitu hasil tinjauan yang dijalankan oleh UKM dan NPC menunjukkan kebanyakan pekilang menggunakan teknologi maklumat untuk pentadbiran dan amat kurang menggunakan teknologi maklumat untuk proses pembuatan walaupun ada petunjuk yang menunjukkan kepada peningkatan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pembuatan terutamanya Industri Kecil & Sederhana (IKS).

Begitu juga hasil tinjauan terbaru yang dijalankan oleh UKM dan NPC. Tinjauan ini menunjukkan hanya 35.1% kilang dalam sektor elektrik dan elektronik menggunakan robot (lihat Abd Malik dan Md Yusof, et. al.,1997).

1.7 KORIDOR RAYA MULTIMEDIA ATAU MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC)

Satu daripada perkembangan semasa yang hangat diperbincangkan ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). MSC adalah suatu kawasan seluas 15 x 50 km bermula dari KLCC di utara sehingga KLIA di selatan yang mengubah ladang kelapa sawit kepada lembah maklumat. Dua buah bandar pintar telah dibina di dalam kawasan MSC iaitu Cyberjaya dan Putrajaya. Cyberjaya menempatkan industri teknologi maklumat dan multimedia dan Putrajaya pula merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. Sebuah perbadanan telah ditubuhkan iaitu Perbadanan Pembangunan Multimedia atau Multimedia Development Corporation (MDC) untuk memantau pembangunan MSC.

Sila lawati laman www.mdc.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan Koridor Raya Multimedia (MSC)

Bil Jaminan ( Bill of guarantees ) telah disediakan oleh kerajaan untuk menarik syarikat beroperasi di MSC. Bil jaminan ini menyediakan prasarana fizikal dan maklumat bertaraf dunia kepada syarikat yang mendapat status MSC iaitu;(i) Menyediakan prasarana fizikal dan maklumat bertaraf dunia.

(ii) Membenarkan tanpa sekatan pekerja pengetahuan tempatan dan luar.

(iii) Memastikan kebebasan pemilikan dengan mengecualikan syarikat berstatus MSC daripada keperluan pemilikan tempatan.

(iv) Memberikan syarikat berstatus MSC kebebasan untuk menyediakan modal daripada pinjaman tempatan dan dunia untuk prasarana MSC.

(v) Menyediakan insentif kewangan yang menarik.

(vi) Menjadi ketua serantau dalam perlindungan Hakmilik Intelektual dan undang-undang siber.

(vii) Memastikan tiada tapisan (censorship) Internet.

(viii) Menyediakan tarif telekomunikasi yang bersaing sejagat.

8

Page 9: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

TOPIK 1 PENGENALAN ERA MAKLUMAT

(ix) Mengeluarkan tender kontrak prasarana MSC utama kepada syarikat yang ingin menjadikan MSC sebagai hab (hub) serantau.

(x) Menyediakan agensi berkuasa untuk bertindak sebagai pusat sehentian (one-stop supershop) untuk memastikan MSC memenuhi keperluan syarikat.

MDC juga bertindak sebagai pusat sehentian untuk memenuhi jaminan ke-10 di atas terutama untuk mempercepatkan permohonan visa, lesen dan permit. Prasarana komunikasi yang akan disediakan dalam MSC berkelajuan 2.5Gbps hingga 10Gbps. Selain itu, satu panel perundingan antarabangsa (International Advisory Panel, IAP) MSC juga telah ditubuhkan. Ahli panel terdiri dari mereka yang terkenal dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi seperti Bill Gates (CEO Microsoft), Scott McNealy (CEO Sun System), Stan Sheah (CEO Acer) dan James Barkdale (CEO Netscape).

Kita juga boleh menempah bunga, membeli buku dan sebagainya di Internet. Hub yang berkaitan e -dagang di Malaysia boleh dilawati di www.ec.com.my. Setengahnya menyediakan bayaran elektronik dan setengahnya tidak. Contoh web syarikat di Malaysia ialah:

i) www.blooming.com.my (hadiah)

ii) www.computer.com.my (komputer)

iii) www.midvalley.com.my (kompleks membeli belah) dan lain-lain

Latihan 1.3

Tujuh aplikasi utama (flagship) MSC telah dikenalpasti. Ianya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembangunan multimedia dan persekitaran multimedia. Empat aplikasi yang pertama di bawah kategori pembangunan multimedia dan tiga aplikasi yang terakhir di bawah kategori persekitaran multimedia. Sila nyatakan ketujuh-tujuh aplikasi berkenaan. (Untuk membantu anda menjawab soalan ini,anda boleh melawat laman web berikut, www.mdc.com.my)

1.8 UNDANG-UNDANG SIBER

Antara jaminan yang diberikan untuk syarikat bertaraf MSC adalah penggubalan dan pelaksanaan 6 undang -undang siber yang kini telahpun diluluskan oleh Parlimen. Di antara undang-undang tersebut adalah:(i) Akta Tandatangan Digital 1997

(ii) Akta Hakcipta (Pindaan) 1997

(iii) Akta Jenayah Komputer 1997

(iv) Akta Teleperubatan 1997

(v) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

(vi) Akta Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

9

Page 10: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

PENGENALAN ERA MAKLUMAT TOPIK 1

Latihan 1.4

1. Berikan enam jenis kerjaya dalam bidang teknologi maklumat.

2. Beberapa jabatan kerajaan dan swasta telah membangunkan laman web dan infokios masing-masing. Ini menunjukkan meningkatnya kesedaran konsep penyebaran maklumat melalui Internet. Anda dikehendaki memberi 7 lagi contoh laman web atau infokios jabatan kerajaan yang terdapat di Internet. (Untuk menjawab soalan ini anda perlu melayari laman-laman web di Internet).

3. Terdapat 6 undang-undang siber yang telah diluluskan oleh Parlimen. Sila nyatakan keenam-enam undang-undang siber tersebut bersama huraian bagi setiap satu undang-undang berkenaan. (Untuk membantu anda menjawab soalan ini anda boleh melayari laman web, www.mdc.com.my)

RUMUSANKita telah menyentuh tentang maksud era maklumat dan alat yang digunakan dalam era maklumat iaitu teknologi maklumat. Perkembangan dan peluang mutakhir yang tercetus daripada perkembangan teknologi maklumat di Malaysia tidak harus dipersia-siakan. Kita perlu lakukan perkongsian pengalaman, tenaga manusia, kepakaran, kebijaksanaan dan semua ini juga disebut “perkongsian pintar” untuk merebut peluang teknologi maklumat. Walaupun kita tidak mula-mula mencipta teknologi maklumat, tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita boleh menjadikan teknologi maklumat sebagai landasan menjadikan Malaysia negara maju.

10

Page 11: author.uthm.edu.myauthor.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/4718/topik1... · Web viewContohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan

11