syababmusafir92.weebly.com · web viewamalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting...

30
TUGASAN TUTORIAL Adat Resam & Pantang Larang Masyarakat India 1.0 Adat Resam Masyarakat India 1.1 Adat Kelahiran a) Membisikkan Nama Tuhan Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan “Gayatri Mantiram”, iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut. b) Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan- bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. c) Menyapu Madu

Upload: buikhue

Post on 01-Apr-2018

312 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

TUGASAN TUTORIAL

Adat Resam & Pantang Larang Masyarakat India

1.0 Adat Resam Masyarakat India1.1 Adat Kelahiran

a) Membisikkan Nama Tuhan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang

berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan

“Gayatri Mantiram”, iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi

sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan

dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut

kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik

bersalin.

Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan

bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang

lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.

b) Potong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di

sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam

dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak

dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

c) Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak

sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan.

Minyak “Savvennai” yang merupakan campuran minyak bijan, minyak

lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini

dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang

sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi

dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur

dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak

menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu

tumbesaran bayi tersebut.

Page 2: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

d) Membawa Bayi Pulang Ke Rumah

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada

hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari

ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan.

Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka

dariapada berlaku.Bagi “upacara aalati” ini, dulang yang mengandungi

serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus

yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan

juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya

para “cumanggali” akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang

tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak

masuk ke dalam rumah, isi dulang “aalati” dibuang.

e) Mandi Selepas Bersalin

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli

keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga

kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat

mereka kecuali untuk tujuan perubatan.Jika proses bersalin secara

pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama

dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah

kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin

normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa

herba dan dedaun seperti “aadatoodai” dididihkan bersama air. Air

tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan

segera dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala,

selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang

wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram

ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang

kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk

mengelak penyakit sawan atau kuning.

Page 3: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit

bayi. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh

bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan

kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan

seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang

ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk

mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi.

Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua

belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan

kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu

dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak

dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain

bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

f) Mendodoi Bayi

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam

masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai

“taalaattu” bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan

dengan “ucapan aaraaro aariraro” atau cerita-cerita nasihat. Ia

bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun

amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh

generasi tua sahaja

g) Memberi Nama

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama

dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian

dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang

agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.

Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang

sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja “Dewi

Pecciyamman” dan “Dewi Kaatteeri” dilakukan oleh segelintir

masyarakat India.

Page 4: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah

dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan

persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus,

ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam

buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara

yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan

jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan

bayi.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan

mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek

moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi

bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi

perwatakannya kelak.

1.2 Adat Perkahwinana) Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti

faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain

seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti

umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras

dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya

maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang

terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan

saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana

taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan

tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

b) Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin

lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat

sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.

Page 5: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Adat ini dikenali sebagai “Pen Paarttal” atau dalam bahasa Melayu

dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu

datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan,

bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini

dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan

untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan

akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak,

mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak

boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan

dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu

bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan

dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu

melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami.

Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini

pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, “Adat

Pen Paarttal” juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal

pengantin lelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai “Thairumanam

Poruttam Paartal” dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak

terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira

untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara

tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh

masyarakat Hindu iaitu Tina Poruttam/Natcattira Poruttam, Kana

Poruttam, Mahentira Poruttam, Pentiikka Poruttam, Yooni Poruttam,

Raasi Poruttam, Raasiyaati Paati Poruttam, Vaiya Poruttam, Racau

Poruttam dan Veetai Poruttam.

Page 6: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

c) Ikat Janji

Ikat janji atau Niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan

kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak

perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa

beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-

buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil

perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa

kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan

tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah

meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.

Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan

mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi

menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin

perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan

kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan

menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian

mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang

belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.

Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan

dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Page 7: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

d) Parisam

Adat Parisam terbahagi kepada dua iaitu Parisam biasa atau Udan

Parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan

lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala Udan Parisam adalah

pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi

sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India,

Parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian

Parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-

dua belah pihak.

Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran

dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang

sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil “Cumanggali”.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh

bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional

masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti

“Natasawaram” dan “Meelam” dimainkan. Pihak perempuan akan

menyediakan buyung yang dikenali sebagai “Puurana Kumbum” yang

diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai “Kuttu

Vilakku” diletakkan bersebelahan “Puurana Kumbum” sebagai

menunjukkan kurniaan Tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan

terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa

Parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada

masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan

menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah

itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat “Puurana

Kumbum” dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin

perempuan memakai sari Parisam dan dipimpin keluar oleh seorang

wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-

mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin

perempuan. Ini dikenali sebagai “Orrai-Maalai” atau kalungan tunggal.

Page 8: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak

pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin

(Pen Paartal), adat ikat janji (Niccayam) dan pemberian hadiah

(Parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat

India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi

melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

e) Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan

masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak

Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak

dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak

disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa

bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (Arccanai). Kad

diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang

dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan

sebagai “Paanam Paaku”. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah

pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan

begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan

diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

f) Penyediaan Thaali ( Tirumaanggalyam )

“Thaali” atau “Tjirumaangalyam” merupakan lambang suci

perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada

thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit.

Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India

seperti “Lingath Thaali”, “Pottut Thaali”, “Tennant Thaali” dan

sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan

masyarakat India.

Page 9: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum

hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana,

kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali.

Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang

sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali

akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan

pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar

perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai

“Thaalippadaiyal”. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis

disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.

Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini

kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih

selamat dan tidak dicuri orang.

g) Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

Adat “Mukuurtta Kaal” ini diadakan pada hari yang baik mengikut

firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang

pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan

Mukurtta Kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter

dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan Mukuurtta Kaal adalah sebagai menandakan

perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan

lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan.

Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya

perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu

diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya.

Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan

kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal

hingga hujung.

Page 10: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga

menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam

setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam

lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara

sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan

tersebut.

Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu

minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan

menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam

sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di

rumah pengantin lelaki.

h) Thirumanan

“Thirumanan” bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui

perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir

hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu

“Vaitikat Thairumanam”,” Tamil Thairumanam” dan “Diya

Thairumanam” yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah

berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan “Upacara Niccayam” (ikat janji)

dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan

disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai

tanda rasmi undangan perkahwinan. “Upacara Kanggenam” iaitu

menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk

kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin

lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari

perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya

pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur

sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin.

Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada

Page 11: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan

seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua

mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan

menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada

dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu

termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian

atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium

tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti

(bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan

pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan

berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.

Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi

suami isteri. Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum

upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan

hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan

perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan,

hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang,

jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

i) Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India

selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut

ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin

lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai

pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki

pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu

ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan

mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan

dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih

sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan.

Page 12: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya

jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang

merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan tidak

ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan.

Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan

dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di

dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali

daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan

tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

1.3 Adat Kematiana) Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan

di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah

lampu minyak atau “Kaamaatci Amman Vilakku” dipasang dinyalakan.

Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan

berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai

simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau “Tiruniiru” disapu

pada dahi si mati sebelum disembahyang.

Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan

sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan

kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut

mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut

dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh

kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang

ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan

disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut

diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.

Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung

diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang

tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan

Page 13: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah

perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di

ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai

hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air

dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi

atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi

air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan

habuk memasuki air tersebut.

Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk

memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu

digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir.

Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh

saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk

menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan

sebagaimana lazimnya.

Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur.

Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru

iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat

yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai

langkah menghormati tetamu.

b) Upacara Menanggalkan Thaali

“Thaali Vaangutal” merupakan upacara menanggalkan thaali semasa

berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. “Thaali”,

iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri

setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri

hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air

semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian, bunga akan

dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut

dikalungkan pada si mati. Seterusnya seorang wanita yang sudah

berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang

Page 14: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan

proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki

meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak,

bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini

dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari

leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang

dan disimpan dalam rumah.

c) Upacara Vaaikkarisi

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke

dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak

berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit

makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang

dinamakan “Vaaikkarisi”. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam

mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang

dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke

dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling

yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih.

Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja.

Upacara Vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah

perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta

ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit,

mereka dikehendaki memegang neippantam. “Neip” bermaksud

minyak sapi dan “Pantam” adalah obor. Beberapa batang kayu kecil

akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang

disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut

dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali.

Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang

terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah

terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah

perkuburan, pada masa yang sama ucapan “tenna adudaiya shinanee

pottri” disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut

Page 15: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat

mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

d) Kollic Catti

“Kollic Catti” bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api.

Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang

dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti

dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak

sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak

bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi

mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur

rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia

seperti rambut yang baru tumbuh.

Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan

rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-

bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan,

bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai

perlambangan yang tersendiri.

e) Pengebumian

Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan

menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan,

pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah

mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali

sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan

dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian

kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam

kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi

Bumi.

Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat

yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit

syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat,

Page 16: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat

dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua

yang berada di situ.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat

sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus

mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut “sorkam seer,

kaiulaasam seer” berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic

catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak

menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar

dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk

mengurangkan kesedihan keluarga si mati.

Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas

kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan

dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin

ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu

ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian

sebelum balik ke rumah.

f) Selepas Pengebumian

i- Membersihkan Rumah

Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur.

lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat

dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk

membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan.

Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang

tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si

mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu

minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam

disertakan.

Page 17: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan

menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang

berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan

selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi

mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk

melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah

mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk

ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic

catti.

ii- Mengumpul Abu Mayat

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan

keesokan harinya. Susu terlebih dahulu disiram pada abu

mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian

kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu

yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu

yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan

oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu

mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat

ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan

ke laut.

iii- Berkabung

Tempoh mula berkabung ialah sama ada lapan atau enam

belas hari selepas kematian. Sekiranya mereka berkabung

selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai

akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai

jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-

buahan.

Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati.

Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau

dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang

menarik.

Page 18: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan

bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan

dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa

yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. Setelah itu

makanan dihidangkan kepada para tetamu.Berkabung pada

hari keenam belas pula dipanggil sebagai “karumaati” iaitu hari

bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi

didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan seorang

pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat

dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan

dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut

dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar.

Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal

niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama

lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan

sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan

dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama

dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua

dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada

awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan

membuat bentuk seperti keranda.

Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan

agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman.

Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar

dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-

buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.

Page 19: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

2.0 Pantang Larang Masyarakat Indiaa) Pantang Larang Dalam Mengandung

Semasa mengandung ibu bagi kaum India mestilah menjaga pantang larang

sebaik-baiknya. Ibu mengandung sangat senditif dengan perkara-perkara

begini kerana mereka berbadan dua dan mental mereka sangat mudah

terganggu. Ada sejenis katak yang melompat tinggi adalah tidak dibenarkan

untuk berjumpa oleh ibu mengandung semasa ia melompat, ini kerana

petanda buruk atau sial akan tiba . Selain itu, ibu mengandung tidak

dibenarkan untuk keluar pada waktu malam kerana banyak roh-roh yang

jahat yang berkeliaran di luar.

b) Pantang Larang Kelahiran

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga

yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua

minggu pertama , orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan

perubatan. Jika proses bersalim secara pembedahan , ibu yang baru bersalin

tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan

akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi

ibu yang bersalin, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin.

c) Pantang Larang Ketika Tetamu Berkunjung ke Rumah

Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang

menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana

dipercayai akan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh

tuan rumah.

Page 20: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

d) Pantang Larang Dalam Makanan

Apabila makanan hendak dihidang menggunakan daun pisang, air perlu

direnjis dahulu pada daun berkenaan. Kemudian barulah makanan diletak

padanya yang berperanan sebagai pinggan untuk makan. Selesai makan,

terdapat cara daun pisang itu harus dilipat. Sekiranya daun pisang dilipat dari

atas ke bawah, maknanya individu berkenaan berasa puas dengan hidangan

yang dinikmatinya.

Sekiranya daun pisang dilipat dengan cara bahagian bawah (bahagian yang

dekat dengan individu yang sedang makan) dilipat ke atas, isyarat yang

dihantar adalah bahawa kita berpendapat makanan tidak enak dan tidak

berkeinginan untuk berkunjung semula untuk dihidangkan makanan seperti

itu. Selain itu, masyarakat India percaya bahawa sekiranya seorang makan

nasi di temoat yang gelap, maka hantu , penunggu atau roh akan sama-sama

menjamah makanan itu. Akibatnya, individu tadi tidak akan kenyang serta

tidak akan mendapat zat daripada makanan kerana telah diserap oleh "orang

kedua " tadi.

e) Pantang Larang Merisik

Bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi

ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan

dilarang ikut serta. Hal ini juga kerana ia merupakan perbuatan yang tidak

sopan.

f) Pantang Larang Kematian

i- Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.ii- Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.iii- Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam

sebagai tanda penghormatan.

iv- Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir “Vaaikkarisi”

Page 21: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAmalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai “ taalaattu ”

BIBLIOGRAFI

Buku

Datin Noor Aini Syed Amir (1991). Malaysian Customs & Etiquette: A Practical Handbook. Petaling Jaya, Selangor: Times Books International

M. Rajantheran & S. Manimaran (1994). Siri Pengetahuan Popular: Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet

Ammal. (2010, August 20). Kepelbagaian Bangsa Malaysia – 1 Malaysia, Article 1. Retrieved Mac 28, 2013, from http://ammal90.blogspot.com/2010/08/adat-resam.html

Thanesh. (2010, June 10). Adat Resam Masyarakat India, Article 1. Retrieved Mac 28, 2013, from http://thaneshnesh.blogspot.com/2010/06/adat-resam-masyarakat-india.html