uslub dakwah nabi

Upload: nurul-izza

Post on 04-Jun-2018

293 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    1/14

    PENDAHULUAN

    Dalam pengertian masyarakat masa kini, dawah adalah istilah khas bagi umat Islam dalam

    menjalankan tugas pengenalan dan pengembangan risalah Islamiah sebagai rahmah li al-calamin.

    Tugas dan amanah dacwah dalam proses menyampaikan ajaran Islam yang sebenar telah

    dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

    Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan

    nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan

    cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang

    sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah

    petunjuk. (Al-Nahl: 16: 125)

    TAKRIF DAKWAH

    Dari sudut bahasabermakna

    seruan (al-Israk ayat 52),

    tuntutan kepada orang yang berkuasa dari golongan bawahan (al-baqarah ayat 186 & 69,Aali Imran ayat 38),

    ibadah manusia kepada Allah S.W.T. (al-Jin ayat 18),

    susur galur nasab dan penempatan (al-Ahzab ayat 5 & Maryam ayat 91),

    ajakan makan dan minum, khusus digunakan untuk keraian majlis perkahwinan ,

    seruan azan dan iqamah; dan

    agama dan mazhab (al-Rad ayat 14).

    Dari sudut istilah:

    Menyampaikan ilmu Islam kepada manusia, mengajarkannya kepada manusia dan menunjukkan

    bagaimana utuk mempraktikkannya dalam kehidupan harian.

    TAKRIF USLUB

    Dari sudut bahasa: Kaedah atau cara (Kamus Dewan),

    Dari sudutistilah: Uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat dan

    bentuk yang tertentu .

    HUKUM BERDAKWAH

    Hukum menyampaikan dakwah itu adalah wajib dilaksanakan sama ada oleh lelaki mahupun wanita.

    Dalilnya pada surah al-Taubah ayat 71, Fusilat ayat 33, al-taubah ayat 122, Aali Imran ayat 104 &

    110, al-Nahlu 125

    Syeikh Abu Zuhrah menambah hukum melaksanakn dakwah ini adalah fardhu ain dan fardhu kifayah

    secara bersama. Fardhu Ain atas setiap individu muslim dan fardhu kifayah atas keseluruhan

    masyarkat Islam.

    USLUB DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    2/14

    1.

    1. Ikhlas

    Ikhlas disini bermaksud tetap atas kebenaran, teguh pendirian atas perintah untuk berdakwah kepada

    manusia, tidak takut untuk menghadapi tentangan dan dugaan.

    Cth: Nabi Muhammad ketika ditawarkan harta dan juga kemewahan dunia semasa di Mekah,

    Baginda tetap teguh atas pendirian untuk menyampaikan risalah Allah SWT.

    2. Penjelasan yang lengkap

    Dakwah mesti disampaikan dengan jelas, tanpa wujud kekusutan atau kekeliruan. Hendaklahmenggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.

    Cth: Nabi Muhammad memulakan dakwahnya dengan perkara asas Islam iaitu akidah, kekal dantetap teguh menyampaikannya, bersabar dengan apa jua halangan dan cabaran sambil berkeyakinanpertolongan Allah SWT sentiasa hadir membantu.

    3. Perumpamaan dan Perbandingan

    Adalah dimaklumi bahawa semua umat yang diutuskan kepadanya para Rasul akan menyembahberbilang-bilang tuhan. Untuk itu para Rasul yang diutus akan mendatangkan perumpamaan danperbandingan untuk menguatkan hujah bahawa Tuhan itu hanyalah Allah SWT yang Maha Esa (al-Anfal ayat 42).

    Perumpamaan dan perbandingan ini didatangkan atas dua sebab:

    1. Pada menerangkan keadaan umat yang terdahulu berdasarkan kisah-kisah para Rasul yangdiutus.

    2. Menunjukkan bahawa risalah yang dibawa oleh para Rasul adalah risalah ilahi.

    4. Kesatuan Usul Dakwah

    Dalam hal ini, uslub Nabi Muhammad SAW kekal konsisten dengan usul dakwah yang telahdisampaikan oleh para Rasul yang terdahulu iaitu;

    (a). Mentauhidkan Allah

    Para Rasul dari dahulu lagi akan membawa risalah tauhid kerana inilah merupakan tujuan asasdakwah

    (b). Benarnya risalah kerasulan

    Nabi Muhammad SAW juga sentiasa tetap teguh membenarkan akan dirinya itu ada seorangRasul yang diutuskan kepadanya wahyu ilahi, sebagaimana para Rasul yang terdahulu. Keadaanini diperkukuhkan lagi dengan pengurniaan mukjizat untuk menolak segala keraguan danpertentangan yang dikemukakan oleh kaum kafir musyrik.

    (c). Berdakwah supaya melaksanakan amal ibadat

    Amal ibadah merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh seorang manusia untuk menjadikandirinya seorang yang Islam. Ini kerana, amal ibadah merupakan ruang komunikasi terus antarahamba dengan Allah SWT.

    Amal ibadah yang diseru oleh Nabi Muhammad SAW dan para Rasul boleh dikategorikan kepada

    dua jenis:(1). Amal ibadah yang telah dinaskan, tidak boleh diubah atau ditambah.

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    3/14

    (2). Apa jua amalan baik dan solih terutamanya pengamalan akhlak Islamiyyah yang unggul dianggapsebagai ibadah.

    (d). Berdakwah kepada Akhlak yang baik.

    Nabi Muhammad SAW dan para Rasul akan memulakan penyampaian risalah melalui amalan akhlak

    yang baik. Baginda bukan sahaja menyeru supaya berakhlak baik tetapi menjadikan sebagai amalanharian.

    Seruan kepada akhlak yang baik biasanya merupakan nilai-nilai yang universal dan terpakai untuksemua umat manusia seperti berbuat baik kepada ibubapa, tidak membunuh anak-anak, tidakmembunuh diri, tidak berkahwin sesama jenis dan sebagainya.

    (e). Memperingatkan kepastian Hari Kiamat

    Adapun tujuan memperingatkan tentang pastinya kedatangan Hari Kiamat ini adalah untuk

    menakutkan dan menyedarkan manusia supaya tidak terus menerus melakukan dosa dan maksiat.

    Ini kerana kepastian wujudnya Hari Kiamat, Hari pembalasan ini merupakan ketakutan terbesar

    manusia.

    Selain itu, menurut Imam Fakru Razi, kebiasaan manusia adalah bersifat mengikut atau muqallid.

    Amalan yang dibuat secara ikutan biasanya tidak memiliki dalil dan hujah. Ini dapat dipatahkan hanya

    melalui menakutkan mereka dengan balasan hari Kiamat secara berterusan sebagaimana

    diisyaratkan oleh Allah SWT dalam surah al-Syuarak.

    KESIMPULAN

    Uslub Dakwah yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan risalah ilahiadalah tetap teguh sebagaimana uslub dakwah para Rasul yang terdahulu.

    Diharapkan uslub dakwah ini dapat dijadikan perkara asas oleh kadir-kadir dakwah dalammenyampaikan risalah Islam ini kerana ia merupakan teori yang berjaya dipraktikkan oleh para Rasul,para Sahabat dan juga para daI.

    RUJUKAN:

    Dr. Ahmad Ahmad Ghallusy. 1978. Dakwah Islamiyyah Usuluha Wa Wasaailuha. Kaherah: Dar Kutub al-Misri.

    Dr. Muhammad Qasim al-Suum. 2007. Manhajiyyat ilmal-da;wah. Lubnan: Dar al-kutub al-Ilmiyyah.

    Muhamad Bukharuddin Ismail & Mohd Rosdi Mat Zain. 2010. Uslub Dakwah Nabi Nuh menurut Al-

    Qurandalam kumpulan kertas kerja Manhaj Dakwah menurut Al-

    Quran. Bangi: Jabatan Dakwahdan Kepimpinan UKM.

    Khairudin bin Salimin. 2010. Dakwah dalam Al-Qurandalam kumpulan kertas kerja Manhaj Dakwahmenurut Al-

    Quran. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM.

    Wan Azlee dan Abd Samad. . 2010. Dakwah Nabi Muhammad

    SAW di Madinahdalam kumpulankertas kerja Manhaj Dakwah menurut Al-

    Quran. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM.

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    4/14

    Uslub Pertama: AlHikmah

    Apakah maksud alHikmah?

    Kata Abu Jafar bin Yaqub: Setiap kebaikan dari perkataan yang menghasilkan perbuatan yang

    tepat adalah hikmah .

    Kata alJurjani: Setiap tutur kata yang menepati kebenaran adalah hikmah.

    Kata Ibn Zaid: Semua perkataan yang memberi pengajaran atau menyeru kepada kemuliaanatau

    menegah kamu dari keburukan adalah hikmah.

    Firman Allah SWT:

    Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang

    dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu

    maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambilpengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya.

    (TMQ Surah alBaqarah: 269)

    Ayat di atas jelas Allah SWT mengaitkan hikmah itu dengan kebaikan - kebaikan yang banyak. Oleh

    itu, maka alHikmah menjadi uslub terpenting dalam berdakwah. Uslub alHikmah adalah uslub

    yang amat luas dan boleh dipecahkan kepada beberapa cabang seperti berikut:

    1. Uslub alilm wa al marifah (Pendekatan ilmu dan pengetahuan)

    Uslub ini lebih mengutamakan pendekatan akademik yang berteraskan ilmu pengetahuan yang

    mendalam dengan merujuk kepada sumber utama kenyataan yang diutarakan. Apa sahaja yang

    dijadikan bahan dakwah dalam uslub ini sifatnya jitu dan tepat, padat dan ketat.

    Dakwah dalam uslub ini sesuai dengan ahliahli akademik yang mementingkan fakta dan ulasan

    bagi menghasilkan natijah yang dikehendaki untuk sampai kepada kepuasan mental yang akhirnya

    tunduk kepada kebenaran.

    Dalam konteks ini elok diturunkan satu contoh uslub alilm wa al marifah yang berlaku kepada

    pendakwahpendakwah awal Islam yang berhijrah ke Habsyah. Mereka terdiri daripada 83 orang

    sahabat r.a termasuk Uthman bin Affan, isterinya Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w, AzZubair bin Al

    Awwam, Jafar bin Abdul Mutholib dan lain lain.

    Apabila golongan ini berhadapan dengan AnNajasyi (Raja Habsyah), maka peluang berdakwah

    terbuka luas untuk menyeru beliau serta masyarakat kuffar di Habsyah, memahami dan memeluk

    Islam.

    AnNajasyi terlebih dahulu telah dimomokkan kepadanya maklumat yang negatif tentang Islam

    sebelum beliau mendapat penjelasan sebenar yang diberikan oleh Abdullah bin Abi Rabiah dan

    Amr bin al As dengan tomahan mereka: Wahai tuanku, sesungguhnyatelah tiba di negara tuanku

    dari negara kami segolongan manusia yang selekeh. Mereka telah memecahbelahkan agama kaum

    mereka dan tidak akan menganut agama tuanku. Mereka datang ke sini membawa agama mereka

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    5/14

    ciptaan mereka sendiri. Kami tidak mengetahui agama yang dibawa itu dan begitu juga tuanku...

    Pembesarpembesar anNajasyi pula menyampuk: Wahai tuanku kaum mereka lebih faham

    tentang mereka. Lebih mengerti tentang keburukan mereka. Oleh itu, serahkan mereka semua

    kepada mereka berdua biar mereka uruskan agar mereka pulang ke negara dan kaum mereka.

    Keadaan sebegini memerlukan kepada uslub yang sesuai untuk berdakwah mempertahankan yang

    hak dan menolak yang batil. Jika pendakwahpendakwah ini gagal menyatakan sesuatu yang hak

    menurut uslub yang sesuai maka akan besarlah padahnya.

    AnNajasyi berpaling kepada kumpulan umat Islam itu dan bertanya dalam uslub ilmu: Bagaimana

    keadaan kamu sebelum datang agama ini?

    Jafar bin Abdul Mutholib tampil ke hadapan memberikan penjelasan. Tuanku, kami adalah kaum

    yang jahil. Cari hidup kami menyembah berhala, makan bangkai, melakukan perkaraperkara keji,

    menyakiti jiran, yang kuat menindas yang lemah sehinggalah datang agama kami membaiki(keadaan) kami.

    AnNajasyi bertanyakan tentang Isa a.s (kerana beliau beranggapan Islam menghina Isa dengan

    mengatakan Isa adalah hamba). Jawab Jafar r.a: Islam memberitahu kami dengan firman Allah:

    (Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah,

    demikian juga (sikap) malaikat Yang sentiasa berdamping (dengan Allah). dan sesiapa Yang enggan

    dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia

    berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

    (TMQ Surah anNisaa: 172)

    AnNajasyi bertanya lagi pandangan Islam terhadap Isa. Jafar menjelaskan dengan membaca

    surah Maryam yang menerangkan di dalamnya perihal kelahiran Isa tanpa bapa dan dipertikaikan

    oleh kaumnya. Isa a.s ketika masih di dalambuaian berkatakata kepada kaumnya dengan

    mengatakan bahawa dia adalah hamba Allah yang akan diturunkan alKitab (Injil) kepadanya dan

    akan menjadi nabi.

    Setelah mendengar penjelasan yang begitu tepat lagi menusuk hati, anNajasyi menangis sehingga

    basah janggutnya. Katanya: Agama Islam dan agama yang dibawa oleh Isa adalah datang dari

    sumber yang sama. Beliau mengambil sebatang kayu dan membuat garisan di atas tanah seraya

    berkata: Agama aku dan agama kamu amat hampir. Pemisah kita adalah garisan yang halus ini.

    Kerana itu, umat Islam diberi jaminan keselamatan tinggal di negara Habsyah dengan damai.

    2. Uslub alLatf wa alLayn (Pendekatan lembut dan lunak)

    Ada ketika dakwah memerlukan uslub yang lembut dan lunak. Berlembut pada tempat yang

    perlukan kelembutan adalah bukti kebijaksanaan pendakwah. Sama juga keadaan berkeras pada

    tempat yang memerlukan kekerasan juga adalah hikmah. Uslub alLatf wa alLayn ini diasaskan di

    atas firman Allah SWT kepada nabi Musa a.s dan nabi Harun a.s ketika mereka diperintahkan

    menyeru Firaun kepada agama Allah:

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    6/14

    "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam

    kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, dengan kata-kata Yang lemah-

    lembut, semoga ia beringat atau takut".

    (TMQ Surah Thoha: 4344)

    Rasulullah s.a.w pernah memberi contoh tentang pendekatan lemahlembut ini di dalam kisah

    seorang Arab Badwi masuk ke dalam masjid dan membuang air kecil. Para sahabat yang

    menyaksikan kejadian tersebut meluru ke arahnya dan mengasarinya bagi memberi pengajaran

    kepadanya. Rasulullah s.a.w segera bertindak mententeramkan keadaan dan mendekati Badwi

    tersebut dengan lemahlembut serta bersabda:

    Sesungguhnya masjid tidak elok digunakan seperti yang anda lakukan, malah ianya digunakan

    untuk berzikir dan berdoa

    Riwayat Muslim

    Badwi tersebut beredar dengan baik di samping berkata: Ya Allah, kasihilah aku dan Muhammad,dan janganlah Engkau kasihi selain dari kami walau seorang sekalipun.

    Uslub ini juga dikenali sebagai uslub alMaddarah

    Kata Ibn Battol:

    Al Maddarah adalah dari akhlaq mukminin iaitu bersopan dengan manusia, berlemahlembut

    dalam percakapan, jauhkan dari kekerasan, yang demikian itu salah satu kekuatan untuk menambat

    kasihsayang bersama manusia.

    Rasulullah s.a.w pernah dikasari oleh Aarab Badwi dengan menarik baju najrani yang dipakai

    baginda sehingga ia menyakiti tubuh baginda. Seraya meminta diberikan kepadanya sedikit bantuan.

    Oleh kerana kekerasan Badwi itu keterlalauan maka sahabatsahabat r.a bangun hendak

    mempertahankan Rasulullah s.a.w serta membalas kekerasan dengan kekerasan. Rasulullah s.a.w

    segera mencelah mententeramkan keadaan. Dengan tersenyum mengarahkan sahabatsahabat

    menunaikan kehendak Badwi tersebut tanpa menengking atau mengasarinya sedikit pun.

    Allah SWT berfirman menjelaskan keperibadian Rasulullah s.a.w dalam konteks lemahlembut ini:

    Maka dengan rahmat dari Allah kamu menjadi lembut lunak dengan mereka. Kalau kamu kasar dan

    berkeras hati nescaya mereka akan lari dari kamu.

    Mungkin inilah uslub tarbiyyah yang dicontohi oleh para sahabat r.a terkenal seperti Abu al - Darda:

    Suatu hari Abu al Darda menemui sekumpulan manusia yang sedang memaki hamun dan

    berkasar terhadap seorang lelaki yang telah melakukan satu kesalahan. Abu alDarda

    mententeramkan keadaan dan berlembut dengan lelaki yang dikutuk itu. Orang ramai memarahi

    Abu alDarda lalu beliau berkata: Kalau lelaki itu terjatuh dalam satu gaung apakah kalian akan

    membiarkan atau menolong mengeluarkannya dari gaung itu?. Orang ramai menjawab:Tentulah

    kami akan mengelaurkannya. Kata Abu al Darda: Kawan kamu ini telah melakukan kesalahan,

    tolongilah dia agar membaiki kesalahannya. Syukurlah kepada Allah kerana kalian tidak sepertinya.

    Mereka bertanya Abu alDarda: Apakah kamu tidak benci kepadanya?. Jawabnya: Aku memang

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    7/14

    bencikan perbuatan itu. Jika dia meninggalkan dan berhenti dari perbuatan itu, maka dialah adalah

    saudaraku dalam Islam

    (Maalim fi manhaj al Dawah: 54)

    3. Uslub alQuwwah wa asShiddah (Pendekatan kekuatan dan kekerasan)

    Manusia adalah makhluk yang sama pada kejadian tetapi amat berlainan pada akhlaq dan budi

    bicara. Ada yang lembut ada yang kasar, ada yang baik dan ada yang jahat. Oleh itu, untuk menyeru

    mereka kepada Islam ada ketikanya perlu berlemahlembut seperti contoh di atas tadi dan ada

    kalanya perlu kepada kekuatan dan kekerasan. Semuanya adalah hikmah.

    Hikmah tidak selamanya bererti lemahlembut. Ada masanya kuat dan kasar itu juga hikmah.

    Contoh yang ketara dapat dilihat pada suatu tugas untuk meruntuhkan sebuah bangunan lama bagi

    menggantikannya dengan yang baru. Robohkanlah bangunan itu dengan hikmah. Jika diertikan

    dengan lemahlembut, maka bilakah bangunan itu dapat dirobohkan. Adalah termasuk dalam

    hikmah juga jika dapat digunakan kekuatan bom yang dipasang khusus bagi merobohkannya dalamjangka masa yang singkat, mudah, cepat dan selamat. Itu juga hikmah jika tepat caranya.

    Pendekatan kekuatan dan kekerasan ini dapat dilihat dari pengertian jihad pada zaman awal Islam.

    Setelah pendekatan lemahlembut kurang memberi kesan dan umat Islam semakin ditindas dan

    diperangi sehingga kota Madinah dirasakan tidak lagi selamat lagi maka Allah SWT menurunkan

    ayat:

    Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana

    Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolongmereka (mencapai kemenangan)

    (TMQ Surah alHajj: 39)

    Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah

    ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan

    Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu

    menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya);

    dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya;

    dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa

    (TMQ Surah alTaubah: 36)

    Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu

    semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi

    melainkan terhadap orang-orang yang zalim.(mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah Dengan

    (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati

    itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan

    terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan yang

    dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya

    Allah beserta orang-orang yang bertaqwa

    (TMQ Surah alBaqarah: 193194)

    Uslub seperti yang disebutkan di atas sesuai untuk masamasa tertentu sahaja dan ditangguhkan

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    8/14

    pada masa yang tidak diperlukan. Pada zaman permulaan Islam di Makkah, uslub ini tidak digunakan

    baginda s.a.w. Uslub yang keras digunakan selepas didapati uslub yang lembut dan mengalah tidak

    mendatangkan hasil yang diharapkan.

    Pada zaman ini, uslub kekerasan digunakan tetapi bukan dengan menggunakan senjata. Malah

    dengan senjata yang lembut iaitu lidah. Senjata ini amat berguna untuk menyerang musuhmusuh

    Islam iaitu dengan katakata yang tegas mampu menusuk hingga ke hati dan menolak segala

    tohmahan dan tindakan biadap mereka terhadap Islam. Mungkin inilah yang disebut di dalam kitab

    Maalim fi manhaj al Dawah:

    Dalam keadaan berlaku kezaliman dan penganiayaan yang melampau terkadang dibenarkan uslub

    menyerang musuh dengan katakata yang menghentam habishabisan dan mengusarkan serta

    membongkar segala keburukan musuh kerana mewakili kebatilan dalam perjuangan serta elok

    rasanya mendedahkan kebatilan mereka itu sehingga dapat dilihat sebagai orang yang menerima

    pukulan maut.

    Walaupun demikian, adalah lebih baik jika tidak keterlaluan. Cukup hanya sekadarnya kerana kita

    sebagai umat Islam adalah umat yang sederhana dan bencikan sikap ghulu (melampau).

    Uslub Kedua: AlMauizoh al Hasanah

    Uslub alMauizoh al Hasanah adalah uslub alQuran. Method Rabbani yang perlu diberikan

    perhatian. Al Mauizoh itu asalnya adalah merujuk kepada kata kata yang boleh melunakkan

    sanubari yang mendengar sebagai persediaan untuk melakukan kebaikan bagi menghayatinya.

    (Maalim fi manhaj al Dawah: 24)

    Firman Allah SWT:

    Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi

    orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula

    menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

    (TMQ Surah alAhzab: 21)

    Uswatun hasanah dan mauizaoh hasanah terdapat banyak persamaan. Ibn Athiyyah menyebut:

    Mauizoh hasanah itu merupakan suatu usaha untuk memberikan manusia rasa takut dan

    mengharap serta melunakkan manusia agar menjadikan ceria dan bersedia untuk menerima nilai

    nilai murni.

    AlZamakhsyari menyebut:

    Sesungguhnya mauizoh hasanah itu ialah suatu yang tidak asing kepada mereka bahawa kamu

    menasihati mereka dengan tekad untuk memberi sesuatu yang bermanfaat kepada mereka.

    Perkara utama dalam uslub ini ialah pendakwah hendaklah mencontohi Rasulullah s.a.w dalam

    segenap aspek sama ada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat dan tatacara hidup

    baginda s.a.w. Ini bukanlah bererti bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w mestilah

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    9/14

    diikuti tepat sebagaimana baginda. Akan tetapi lakukanlah mengikut kemampuan kita. Baginda s.a.w

    bersabda:

    Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah perkara itu sekadar yang

    termampu.

    Suatu contoh yang unggul pernah berlaku ke atas Rasulullah s.a.w yang mungkin sukar dicontohi

    oleh kita pada hari ini:

    Suatu hari harta rampasan perang (alGhanimah) dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Setelah

    dihitung, didapati jumlahnya sebanyak sembilan puluh ribu dirham dilonggokkan semuanya di atas

    tikar daun tamar. Baginda membahagikan harta itu kepada yang berhak menerima sehingga habis

    semuanya. Tibatiba datang lagi sahabat yang meminta haknya kerana beliau belum mendapat apa

    apa. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Pergilah ke kedai yang menjual keperluanmu dan

    belilah barangbarang itu secara hutang. Katakan kepada tuan kedai itu bahawa aku akan

    membayar kepadanya. Mendengar kata kata itu, Umar bin alKhattab mencelah dan berkata:Ya Rasulullah! Mengapa kamu membebankan dirimu sesuatu yang tidak sepatutnya kamu

    tanggung. Perkara yang sudah selesai, biarkanlah. Mendengar kata kata itu air muka Rasulullah

    s.a.w berubah tanda tidak senang dengan katakata Umar r.a lalu tampil seorang lelaki Ansar dan

    berkata: Ya Rasulullah teruskan memberi kesanggupan berbelanja kerana Allah yang akan

    membayarnya nanti. Mendengar katakata itu Rasulullah tersenyum tanda menyukai

    tindakannya.

    (Mustalzimat alDawah al Asr al Hadir: 121)

    Uswah Hasanah banyak persamaan dengan qudwah hasanah. Pendakwah perlu menunjukkan

    contoh yang baik untuk diikuti oleh madu. Contoh yang baik ini bukan sahaja pada katakata dantingkah laku malah sampai air muka pun perlu diambil kira dengan sentiasa bermuka manis

    walaupun dalam keadaan marah.

    Contohnya Rasulullah s.a.w dalam siri dakwahnya, suatu hari didatangi oleh seorang Arab bengis

    kepada baginda seraya berkata dengan kasar: Kamukah yang bernama Muhammad bin Abdullah?.

    Jawab Rasulullah dengan lemahlembut: Ya, sayalah Muhammad bin Abdullah. Arab itu

    bertanya lagi: Kamukah yang selalu dikatakan pembohong besar?.Jawab baginda: Ya, sayalah

    yang dikatakan oelh kaum saya sebagai pembohong besar tetapi sebenarnya tidak.Dengan muka

    yang tenang dan dengan tutur kata yang lembut, Arab itu tiba tiba berkata: Muka seperti ini

    bukan muka seorang pembohong. Lalu dia bertanya nabi s.a.w: Apa yang kamu bawa? Cuba

    terangkan kepadaku Rasulullah s.a.w menerangkan kepadanya tentang Islam dengan cara yang

    menarik dan menusuk hati. Akhirnya Arab tadi berkata: Aku beriman kepadamu dan aku bersaksi

    bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi Muhammad itu Pesuruh Allah.

    Seperkara lagi yang amat penting dalam membicarakan uslub alMauizoh al Hasanah ialah

    pendakwah hendaklah menjadi model yang realiti, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, bukan

    hanya pandai bercakap tak serupa bikin. Rasulullah s.a.w menginagtkan kita dengan sabdanya:

    Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Didatangkan seorang lelaki

    (pendakwah) pada hari Qiyamah lalu dicampakkan ke dalam api neraka. Api neraka membakarnya

    hingga ke tali perutnya. Dia terseksa dan berpusingpusing di dalam neraka seperti keldai

    berpusingpusing di tempat kerjanya. Penghunipenghuni neraka yang lain berkerumun

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    10/14

    kepadanya lalu mereka bertanya: Apa hal kamu ini? Bukankah kamu yang menyuruh kami

    melakukan kebaikan dan melarang kami kemungkaran? Jawabnya: Ya, aku menyuruh kamu

    membuat maruf tetapi aku tidak melakukannya dan aku melarang menjauhi kemungkaran akan

    tetapi aku melakukannya

    (Riwayat alBukhari dan Muslim)

    Terkadang berdakwah dengan contoh teladan yang praktikal lebih mendatangkan kesan daripada

    dakwah dengan pendekatan yang lain. Semuanya bergantung kepada waqi atau keadaan yang

    mengizinkan sesuatu tindakan yang bakal di ambil.

    Uslub alMurasalah / Cara menulis surat

    Rasulullah s.a.w adalah seorang ummi iaitu tidak tahu menulis mahupun membaca. Akan tetapi,

    baginda s.a.w tetap menggunakan kaedah pengutusan suratsurat kepada pembesarpembesar

    dunia pada zamannya bagi menyeru mereka menerima Islam. Baginda menyuruh para sahabat r.auntuk menulis surat untuknya dan suratsurat itu kemudiannya di hantar kepada anNajasyi (raja

    Habsyah), Kaisar (Raja Parsi), Hiraqqel (Raja Rom), Maqauqis (pembesar Mesir) dan banyak lagi. Ada

    yang menerima dakwah Islam seperti anNajasyi, ada yang mengakui kerasulan baginda s.a.w

    seperti Hiraqqel akan tetapi tidak menerima Islam dan ada yang menentang bahkan mencabar nabi

    s.a.w seperti Kisra.

    Di dalam kitab Minhaj asSolihin oleh Izz al Din Baliq ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w

    pernah meminta sahabat r.a menulis sekurangkurangnya 33 pucuk surat yang akan dihantar ke

    dalam negara dan 29 pucuk surat yang akan dihantar ke luar negara. Kesemuanya mengandungimesej dakwah yang menyeru mereka menerima Islam. Sekiranya tidak, mereka perlu mengiktiraf

    Islam sebagai agama dan sebuah kerajaan berdaulat di samping membayar jizyah. Sekiranya mereka

    enggan dan menentang Islam, maka gerakan futuhat (pembebasan) akan dihantar ke negara

    tersebut sehingga tunduk kepada Islam.

    Uslub penulisan surat adalah salah satu cara yang praktikal dan boleh dicontohi. Namun penulisan

    tidaklah terhad kepada surat sahaja bahkan boleh dimanfaatkan teknologi terkini seperti media

    cetak, media elektronik, sistem pesanan ringkas (SMS), internet, 3G dan sebagainya. Umat Islam

    perlu berusaha lebih memandangkan kaum nonMuslim sudah lama mempraktikkan cara ini bagi

    menyebarkan dakyah batil mereka.

    Uslub Ketiga: AlMujadalah

    Terdapat 3 istilah yang dikaitkan dengan uslub ini:-

    Mujadalah / Mujadilah (Bersoaljawab)

    Muhawarah (Berdialog)

    Munazoroh (Berdebat / Berbahas)

    Kesemua istilah ini boleh disimpulkan dengan:

    Perdebatan atau perbahasan antara dua belah pihak yang berselisih untuk menegakkan kebenaran

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    11/14

    dan menolak kebatilan dengan hujahhujah yang bernas dan nyata

    (Maalim fi manhaj al Dawah: 212 213)

    Di dalam alQuran al Karim, Allah SWT menyebut:

    Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab

    denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah

    (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu

    berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat

    (TMQ Surah alMujaadilah: 1)

    Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat

    pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang

    lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari

    jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah

    petunjuk(TMQ Surah anNahl: 125)

    Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali

    orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman

    kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan

    kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh

    dengan berserah diri".

    (TMQ Surah alAnkabuut: 46)

    Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadaMu, maka katakanlah: "Allah Amat" mengetahuiakan apa yang kamu lakukan

    (TMQ Surah alHajj: 68)

    Dan juga iktibar dari kisah dua orang sahabat di dalam surah al Kahfi:

    Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di

    antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu Dengan pohon-pohon tamar,

    serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu

    mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di

    antara keduanya sebatang sungai. Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu

    berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta

    daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". Dan ia pun masuk ke

    kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab

    kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. Dan Aku tidak

    fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah Aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana

    kepercayaanmu), tentulah Aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

    Berkatalah rakannya kepadaNya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah Engkau kufur ingkar

    kepada Allah Yang menciptakan Engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia

    membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi Aku sendiri percaya dan yakin

    dengan sepenuhnya Bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan Aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan

    Tuhanku. Dan sepatutnya semasa Engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang yang

    dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? kalau Engkau

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    12/14

    memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu, Maka Mudah-

    mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia

    akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah

    yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka Dengan yang

    demikian, Engkau tidak akan dapat mencarinya lagi". Dan Segala tanaman serta hartabendanya

    itupun dibinasakan, lalu Jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal)

    terhadap Segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-

    kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil Dia berkata: "Alangkah baiknya kalau Aku

    tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

    (TMQ Surah alKahfi: 3242)

    Jidal atau dialog di atas meskipun tidak memberi kesan segera kepada yang bongkak dan sombong

    tadi, tetapi menjadi pengajaran kepada pendakwahpendakwah hari ini.

    Begitu juga dakwah nabi Ibrahim a.s kepada bapanya:

    Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim;

    Sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi. Ketika ia berkata kepada

    bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda Yang tidak mendengar dan tidak

    melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun? Wahai ayahku, Sesungguhnya telah datang

    kepadaKu dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu Ikutlah daku; Aku

    akan memimpinmu ke jalan Yang betul. Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan,

    Sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.

    Wahai ayahku, Sesungguhnya Aku bimbang Bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman

    disebabkan ayah menyembah Yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi

    Syaitan di Dalam neraka". (Bapanya) menjawab: "Patutkah Engkau bencikan tuhan-tuhanku, WahaiIbrahim? Demi Sesungguhnya jika Engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku

    sudah tentu Aku akan meluntarmu Dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) Engkau tinggalkan daku

    sepanjang masa". Nabi Ibrahim berkata: " Selamat Tinggallah ayah; Aku akan memohon kepada

    Tuhanku mengampuni dosamu; Sesungguhnya ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya

    kepadaKu.

    (TMQ Surah Maryam: 4147)

    Tidakkah Engkau (pelik) memikirkan (Wahai Muhammad) tentang orang Yang berhujah membantah

    Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu Kuasa

    pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang

    mematikan". ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata

    lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah Dia dari barat?"

    maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). dan (ingatlah), Allah tidak akan

    memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

    (TMQ Surah alBaqarah: 258)

    Contoh uslub dakwah di atas menunjukkan kepada kita bahawa hujah yang kuat boleh mematahkan

    lawan dan senjata dakwah ini sudah lama dipraktikkan. Sekiranya penyampaian yang disampaikan

    oleh pendebat / pembahas baik, maka akan jelaslah kebenaran dan akan luputlah kebatilan. Inilah

    metod yang digunakan oleh sebahagian pendakwah hari ini seperti Syeikh Ahmad Deedat r.h, anak

    muridnya Dr. Abdul Karim Zakir Naik dan sebagainya. Penggunaan metod ini sangat ilmiyah dan

    amat sesuai untuk menarik golongan elit atasan kepada kebenaran Islam.

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    13/14

    Uslub Mujadalah dalam politik semasa

    Pendekatan dialog atau perdebatan ini ternyata memberi natijah yang positif. Oleh itu, penggunaan

    uslub ini perlu diperluaskan dengan dimanfaatkan sebaiknya. Namun, perlu diingatkan kepada para

    pendakwah sekalian bahawa menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan

    menguasai isuisu semasa sangat penting sebelum berdialog mahupun berdebat. Penguasaan dan

    pemahaman yang jitu terhadap isi kandungan al Quran dan as Sunnah menjadi keutamaan bagi

    pendakwah terutama berhadapan dengan lawan yang juga beragama Islam. Apatah lagi sekiranya

    lawan tersebut seorang tokoh dalam sesuatu bidang agama akan tetapi gemar memutarbelitkan

    ayatayat Allah SWT dan hadithhadith Rasulullah s.a.w seperti Astora Jabat, kumpulan Sisters in

    Islam dan sebagainya.

    Situasi yang ada hari ini sangat memerlukan pendekatan dialog dan perdebatan. Pada kebiasaannya,

    pihak lawan akan cuba mengelak dan mencari pelbagai alasan helah untuk menggagalkanmujadalah. Dalam keduadua keadaan pendakwah Muslim akan beruntung kerana dia dapat

    menyampaikan dakwahnya secara terang dan jelas di samping mematahkan hujah lawan sekiranya

    mujadalah diadakan. Akan tetapi jika mujadalah dibatalkan, pendakwah tetap mendapat

    kemenangan percuma.

    Pendakwah Muslim khususnya yang melibatkan diri dalam Siyasah asSyariyyah (politik Islam),

    akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, tuduhan dan fitnah yang berniat buruk terhadap

    kesucian agama Islam sepertimana fitnah golongan yang berfahaman sekularisme yang mengatakan

    politik perkara yang asing dalam Islam. Maka, pembelaan dan penjelasan terhadap isu seperti ini

    sangat perlu supaya maruah Islam tidak tercemar dan masyarakat tidak terkeliru dengan dakwaanini. Cukuplah diterangkan dengan baik tentang konsep Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur

    (Negara yang baik dan mendapat pengampunan Tuhan) yang di sebut oleh alMawardi dalam al

    Ahkam alSultaniyyah yang mengemukakan dalildalil yang cukup banyak dan kuat dari al

    Quran dan as Sunnah yang membuktikan kewajipan mendirikan negara Islam dan menguruskan

    alam dengan hidayah Islam sehingga terhapusnya fitnah.

    Kesimpulan dan Penutup

    Islam adalah satusatunya agama yang diredhai Allah SWT dan Dia telah menyempurnakan agama

    ini untuk menjadi panduan lengkap manusia dalam menempuhi urusan hidup mereka seharian.

    Seorang peniaga apabila mempromosikan barang niagaannya akan menggunakan kaedah yang

    berbagai bagi menarik pelanggan membeli produknya. Begitu juga pendakwah, haruslah berfikiran

    kreatif dalam mempelbagaikan pendekatan atau uslub dakwah mereka. Mereka juga hendaklah

    mengetahui dan mengkaji perihal madu (orang yang menerima dakwah) supaya tidak tersalah

    uslub. Kesilapan tidak memahami kehendak madu akan mengakibatkan mesej Islam tidak sampai

    dan menjauhkan madu dengan hakikat Islam. Sabda Nabi s.a.w:

    Berbicaralah dengan manusia menurut kadar aqal mereka

    Rasulullah s.a.w adalah contoh unggul kecemerlangan seorang daie. Baginda tidak mengatakan

  • 8/13/2019 Uslub Dakwah Nabi

    14/14

    sesuatu melainkan orang yang mendengar ucapannya akan tertarik terhadap mesej baginda.

    Cukuplah 23 tahun perjalanan dakwah baginda menjadi bukti bahawa penggunaan uslub yang tepat,

    betul dan mudah berjaya menarik pelbagai kabilah dan kaum menyerah diri kepada agama Allah

    SWT. Mereka bukan sahaja menerima aqidah Islam bahkan sanggup mempertahankan Islam

    walaupun harta dan nyawa terpaksa mereka korbankan. Hasilnya, Islam berjaya mendirikan

    tamadun yang hebat dan kuat bermula pada zaman Rasulullah s.a.w, seterusnya di sambung oleh

    Khulafa ar Rasyidin, Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah.

    Walaupun hari ini lebih 80 tahun umat Islam kehilangan khilafah Islamiyyah,namun dakwah perlu

    diteruskan. Para pendakwah perlu menanamkan sifat sabar yang tinggi dalam dirinya. Sekiranya

    dakwah mereka dihina dan tidak diterima, janganlah terlintas dalam pemikiran mereka bahawa

    dakwah mereka telah gagal. Manusia hanya mampu berusaha. Sedangkan hidayah hanyalah dari

    Allah Azza wa Jal. Kepada Nyalah kita serahkan segalanya.