usahawan berjaya

10
TOKOH-TOKOH USAHAWAN ANTARABANGSA 1.0 MARTYN DAWES- PENGASAS COFFEE NATION Nama : Martyn Dawes Tarikh Lahir : 14 Januari 1968 Tempat lahir : Coventry Status : Duda anak satu Pencapaian : BA (Hons) ijazah dalam perniagaan South Bank Polytechnic Minat : bersosial, mengumpul kereta mewah, dan mengikuti kelas penerbangan. Falsafah hidup : Jangan sesekali berputus asa Penglibatan dalam bidang keusahawanan : Ketika beliau berusia 6 minggu, beliau telah diambil menjadi anak angkat oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Pasangan suami isteri tersebut memberi sepenuh perhatian kepada beliau. Walaupun demikian, keinginan untuk mencari asal-usul beliau tetap ada. Ketika umur beliau 17 tahun, beliau telah berhenti belajar kolej di peringkat A level. Beliau kemudiaannya bekerja sebagai faundri tempatan sama seperti ayah angkatnya. Pada waktu lapang, beliau mengikuti kelas latihan penerbangan. Dawes pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang. Namun disebabkan dirinya mempunyai masalah penglihatan buta warna, beliau terpaksa melupakan impiannya tersebut. Apabila umurnya menjengah 21 tahun, beliau bekerja sebagai pembuat lori. Selepas berkahwin, Dawes bersama isteringa telah berpindah ke London. Di sana beliau telah menubuhkan syarikat milinya sendiri iaitu syarikat perunding bagi bidang kejuruteraan. Walaupun syarikat yang ditubuhnya berjalan dengan lancar, namun Dawes mula berasa bosan dan ingin beralih arah ke dalam bidang perniagaan yang dianggapnya lebih

Upload: farahnisha

Post on 30-Jun-2015

1.030 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: usahawan berjaya

TOKOH-TOKOH USAHAWAN ANTARABANGSA

1.0 MARTYN DAWES- PENGASAS COFFEE NATION

Nama : Martyn Dawes

Tarikh Lahir : 14 Januari 1968

Tempat lahir : Coventry

Status : Duda anak satu

Pencapaian : BA (Hons) ijazah dalam perniagaan South Bank Polytechnic

Minat : bersosial, mengumpul kereta mewah, dan mengikuti kelas penerbangan.

Falsafah hidup: Jangan sesekali berputus asa

Penglibatan dalam bidang keusahawanan :

Ketika beliau berusia 6 minggu, beliau telah diambil menjadi anak angkat oleh sepasang

suami isteri yang tidak mempunyai anak. Pasangan suami isteri tersebut memberi sepenuh

perhatian kepada beliau. Walaupun demikian, keinginan untuk mencari asal-usul beliau tetap

ada.

Ketika umur beliau 17 tahun, beliau telah berhenti belajar kolej di peringkat A level.

Beliau kemudiaannya bekerja sebagai faundri tempatan sama seperti ayah angkatnya. Pada

waktu lapang, beliau mengikuti kelas latihan penerbangan. Dawes pernah bercita-cita untuk

menjadi seorang juruterbang. Namun disebabkan dirinya mempunyai masalah penglihatan buta

warna, beliau terpaksa melupakan impiannya tersebut. Apabila umurnya menjengah 21 tahun,

beliau bekerja sebagai pembuat lori.

Selepas berkahwin, Dawes bersama isteringa telah berpindah ke London. Di sana beliau

telah menubuhkan syarikat milinya sendiri iaitu syarikat perunding bagi bidang kejuruteraan.

Walaupun syarikat yang ditubuhnya berjalan dengan lancar, namun Dawes mula berasa bosan

dan ingin beralih arah ke dalam bidang perniagaan yang dianggapnya lebih menarik. Dawes cuba

Page 2: usahawan berjaya

mencari inspirasi tentang bidang perniagaan yang sesuai untuk dijalankannya. Ternyata bidang

ini baginya lebih sukar dari apa yang dijangkakan. Antara perniagaan yang difikirkan beliau

ialah pakaian dan juga pusat penjagaan kanak-kanak. Namun dalam banyak perniagaan yang

ingin dicuba, hanya satu perniagaan yang menarik minatnya iaitu yang melibatkan penggunaan

mesin layang diri. Pada pendapat beliau perniagaan jenis ini mengurangkan kebergantungan

terhadap tenaga kerja. Selepas melawat beberapa tempat dan beberapa premis perniagaan,

akhirnya Dawes mendapat ilham untuk membuat mesin pembancuh kopi.

Dawes bekerja keras untuk menjayakan impiannya dalam membangunkan bisnes

barunya. Antara usaha yang telah dilakukan oleh beliau ialah berkolaborasi dengan pengusaha-

pengusaha kedai untuk meletakkan mesinnya, mencipta kopi yang lain dari yang lain, mencari

pelabur bagi perniagaan yang dijalankan dan lain-lain lagi. Segala usaha yng dilakukan oleh

beliau akhirnya membuahkan hasil apabila mesin kopi yang diciptanya digunapakai oleh hampir

400 peruncit di seluruh Eropah. Ini termasuklah pasaraya-pasaraya besar seperti TESCO dan

lain-lain lagi. (Rachel Bridge, 2006)

2.0 JUDY CRAYMER- MAMMA MIA

Nama : Judy Craymer

Tarikh lahir : 16 april 1958

Tempat lahir : North London

Status : single

Pencapaian : Diploma ddari Guildford School of Music

Minat : Menunggang kuda, teater

Falsafah hidup: Yakinkan orang lain dengan apa yang anda lakukan

Penglibatan dalam bidang keusahawanan :

Page 3: usahawan berjaya

Sejak kecil lagi Craymer menyangkakan beliau tidak akan lari dari pekerjaan yang berasaskan

kuda. Tambahan pula, sememangnya beliau memiliki seekor kuda. Minat beliau tentang teater

berputik ketika beliau meningkat remaja. Tambahan pula, ibu bapanya banyak memberi galakan

kepadanya dengan membawanya menonton teater-teater di Haymarket.

Ketika umur Craymer 18 tahun, Craymer mendaftarkan dirinya di sebuah sekolah drama.

Tidak pernah sekalipun dirinya berniat untuk menjadi seorang pelakon. Beliau hanya berminat

untuk melakukan kerja-kerja di belakang tabir sahaja. Walaupun menghadapi banyak rintangan,

Craymer tetap berasa gembira dengan pilihan yang telah beliau lakukan.

Selepas tamat belajar di sekolah drama tersebut, Craymer bekerja sebagai pembantu

pengurus pentas di Haymarket theater di Lerchester. Beliau bekerja sebagai pembantu pengurus

pentas sehinggalah umur beliau mencecah 22 tahun. Kemudiannya beliau menyertai kumpulan

produksi teater muzikal Cats.

Sselepas beberapa bekerja dibawah produksi tersebut, Craymer bekerja pula dalam

industri filem sebagai pembantu pengarah. Pada ketika itulah beliau mengenali anggota

kumpulan Abba yang merupakan antara kumpulan Pop di Sweeden. Kumpulan tersebut telah

lama ditubuhkan. Pertengahan umur 30-an, Craymer mengambil keputusan untuk menghasilkan

filem yang menggunakan muzik dari kumpulan pop terbabit. Beliau berjaya mendapat

persetujuan mereka untuk merealisasikan impiannya. Craymer bekerja keras untuk memastikan

impiannya menjadi kenyataan. Walaupun projek tersebut memakan mas yang lama, Craymer

masih tidak berputus asa. Beliau melakukan beberapa perubahan seperti membuat teater muzikal

selain daripada filem. Abba bersetuju dengan pendapat beliau dengan syarat jalan cerita yang

akan digunakan mestilah menarik.

Craymer dengan sedaya-upayanya cuba mengumpul sebanyak mungkin tenaga kerja

yang diperlukan bagi menjayakan teater tersebut. Beliau juga terpaksa menggunakan duit sendiri

dan menggadai harta benda sendiri demi impiannya yang dianggap sesuatu yang tidak masuk

akal. Namun akhirnya, segala penat lelah yang ditanggungnya selama bertahun-tahun, akhirnya

terbalas. Teater muzikalnya yang dikenali sebagai Mamma Mia akhirnya dipersembahkan

kepada khalayak umu di London’s West End dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan.

Disebabkan teater tersebut, ramai krew-krew yang terlibat termasuklah beliau sendiri, kini,

Page 4: usahawan berjaya

bergelar jutawan. Craymer senantiasa berpegang pada prinsip yang dipegang kukuh oleh beliau

selama ini. Bagi beliau tiada apa yang lebih penting dari meyakinkan orang lain dengan apa yang

kita buat. (Rachel Bridge, 2006)

TOKOH-TOKOH USAHAWAN MALAYSIA

1.0 DATO’ MOHD NAZDMI SALLEH- Pengerusi Eksekutif Nadicorp holding Sdn.

Bhd.

Nama : Mohd Nazdmi b Mohd Salleh

Asal : Kota Bharu, Kelantan

Tarikh lahir : 1 Mei 1954

Adik-beradik : 10 orang

Pekerjaan bapa: Pegawai daerah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Hobi : mengumpul setem dan duit, dan membaiki radio yang rosak.

Pendidikan : Ijazah dalam bidang ekonomi, kimia dan matematik, Sarjana dalam bidang

ekonomi dan statisti( graduan salah sebuah universiti di Amerika Syarikat)

Kerjaya dan jawatan yang pernah disandang sehingga sekarang:

a) Pensyarah kimia di UPM (1980)

b) Eksekutif Pemasaran Petronas

c) Penolong Pengurus Bahagian Projek, HICOM (1982)

d) Pengurus Pemasaran Perkhidmatan EON (1984)

e) Lembaga Pengarah EON (1989)

f) Ketua Pegawai Eksekutif EON (1990)

g) Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Proton (1992)

h) Ketua Pegawai Eksekutif Proton (1995)

Page 5: usahawan berjaya

i) Pengerusi Eksekutif Nadicorp Holding Sdn. Bhd.

Anugerah dan Pencapaian :

a) Malaysian Business Man of The Year 1986

b) National Outstanding Youth Malaysian Award di bawah kategori bisnes dan ekonomi

inovasi (1993).

c) ahli ‘Global Leaders for tomorrow’ di Forum Ekonomi Dunia di,Davos, Switzerland

d) Master Entrepreneur Of The Year 2003

e) Country Entrepreneur Of The Year 2003

Antara nasihat beliau tentang usahawan :

Anda mesti mempunyai sikap rajin.

Anda mesti mempunyai kenyakinan diri.

Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting.

Penghormatan mestilah diberi dan bukan dpinta.

Belajar apa yang perlu tentang cara mengurus operasi perniagaan.

Belajar daripada kesilapan.

Ambil tindakan berasaskan keutamaan.

Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab.

2.0 TUN DAIM ZAINUDDIN

Nama : Daim bin Zainuddin

Tarikh Lahir : 29 April 1938

Tempat lahir : Alor Setar, Kedah

Anak yang ke : bongsu dari 13 adik-beradik

Page 6: usahawan berjaya

Pekerjaan ayah: Kerani bahagian Perkhidmatan Negeri Kedah

Pendidikan : Sekolah Rendah Melayu Seberang Perak, Alor Setar

Sekolah Sultan Abdul Hamid, Alor Setar

Ijazah undang-undang Lincoll Inn London

University of California Berkeley

Kerjaya dan jawatan yang pernah dipegang :

1. Bidang perundangan

English Bar (1959)

Penasihat parti Pan Malaysian Islamic Party (PIMP)

Malaysian Civil Service

Pengerusi Mahkamah Seksyen di Johor

Menyertai firma guaman Allen & Gledhill

Firma sendiri Daim & Gamany (1968)

2. Perniagaan

Pengeluar garam

Pengeluar Plastik

Syarikat Bungkusan Plastik

Bidang pembangunan hartanah

Bisnes perbankan

International Bank of Malaysia Berhad

International Commercial Bank (ICB) Banking Group

Penglibatan dalam bidang keusahawanan

Nama Tun Daim Zainuddin bukan sahja terkenal dalam bidang politik, malah juga dalam bidang

keusahawanan dan juga perundangan. Selepas beberapa tahun bergiat dalam bidang

perundangan, Tun Daim berubah fikiran untuk mencuba nsibnya dalam bidang perniagaan dan

keusahawanan pula. Untuk mencari bidang perniagaan yang sesuai, beliau telah mencuba banyak

jenis perniagaan. Antaranya adalah perniagaan membuat garam, plastik, pembungkusan dan lain-

Page 7: usahawan berjaya

lain lagi. Kesemua perniagaan yang diceburinya pada peringkat awal tidak membuahkan hasil

seperti yang diharapkan. Namun, beliau tidak pernah berputus asa.

Tun Daim juga pada yang sama terlibat telah melabur dalam beberapa bisnes kecil yang

menjadi sumber pendapatan beliau pada ketika itu. Keuntungan yang diperolehi melalui

pelaburan tersebut digunakan bagi mengatasi kerugian bisnesnya yang lain.

Pada tahun 1971, Tun Daim Zainuddin menceburi pula bidang Hartanah. Beliau

menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Syarikat Maluri Sdn. Bhd.. syarikatnya muncul sebagai

antara syarikat melayu yang berjaya pada ketika itu dalam bidang hartanah. Tun Daim Zainuddin

mula mencari peluang baru dalam bidang hartanah. Beliau telah membeli 30% ekuiti dalam

Sime-Darby. Pada tahun 1981, Tun Daim Zainuddin telah membeli Indo-Suez Bank

( Malaysian-French Bank). Beliau juga memiliki kumpulan perbankan ICB ( International

Commercial Banking).

ETIKA PERNIAGAAN

Etika boleh didefinisikan sebagai kumpulan prinsip-prinsip moral yang dapat membezakan

anatara yang betul dan yang salah. Etika merupakan satu panduan kepada manusia untuk

bertindak berasaskan prinsip-prinsip moral yang betul. Etika perniagaan merupakan antara salah

satu cabang nilai-nilai etika. Antara etika-etika dalam bidang perniagaan atau bisnes ialah :

1. Mengenalpasti dan menerima hak pelanggan

2. Kebolehpercayaan

3. Mengendalikan perniagaan yang sah

4. Member maklumat yang sahih

5. Bersaing secara adil

Mematuhi etika perniagaan adalah penting. Usahawan dan peniaga yang beretika bukan sahaja

memikirkan keuntungan semata-mata tetapi juga berusaha untuk memenuhi tanggungjawab

sosialnya dalam masyarakat. Selain itu, mereka juga dilihat sebagai seorang yang sangat komited

dan sentiasa memberi komitmen yang diharapkan. Usahawan yang mematuhi etika juga

Page 8: usahawan berjaya

dikatakan dapat menguruskan masa dengan baik, sentiasa berfikiran positif dan berusaha keras

untuk memajukan diri sendiri dan perniagaan yang diusahakan.

RUKUNIAGA

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan

budaya. Tiga kaum terbesar ialah Melayu, Cina dan India. Walaupun Malaysia telah mencapai

kemerdekaan sejak sekian lama, namun perpaduan antara kaum sentiasa menjadi keutamaan dan

selalu menjadi topik perbincangan. Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama

dan budaya, sudah tentulah akan terdapat sedikit perbezaan diantara kaum-kaum tersebut.

Sebagai contoh, bagi masyarakat cina, meminum minuman keras sewaktu keraian adalah perkara

yang biasa, namun bagi masyarakat Melayu perbuatan tersebut bercanggah dengan prinsip-

prinsip agama Islam. Oleh yang demikian, undang-undang telah ditubuhkan bagi memastikan

perkara-perkara yang sensitif tidak dibicarakan di khalayak umum.

Begitu juga dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Rukuniaga Malaysia (The

Malaysian Business Code of Ethics) merupakan satu kod etika perniagaan yang berasaskan

kepada nilai-nilai agama, falsafah dan budaya rakyat di negara ini. Penggubalan Rukuniaga

Malaysia ini berlandaskan kepada ajaran agama, falsafah dan tradisi masyarakat majmuk di

Malaysia. Ianya merupakan satu usaha Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)

dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan untuk

menyemarakkan disiplin diri atau 'self regulation' di kalangan masyarakat peniaga di Malaysia.

Tujuan Rukuniaga ini digubal adalah: -

Untuk menyediakan prinsip-prinsip yang boleh diterima pakai, dihayati dan diamalkan

oleh semua peniaga demi kesejahteraan pengguna dan juga peniaga.

Membantu para peniaga mengamalkan standard etika perniagaan yang tinggi di kalangan

mereka supaya kepentingan semua pihak terjamin demi menyokong pertumbuhan

ekonomi negara.

Melambangkan nilai-nilai murni sejagat yang dihasilkan daripada pegangan dan

kepercayaan pelbagai agama, falsafah dan budaya di Malaysia.

Page 9: usahawan berjaya

Secara keseluruhannya terdapat enam prinsip atau etika yang disenaraikan dalam

Rukuniaga. Enam prinsip tersebut adalah:

Berlaku Benar Dalam Amalam Perniagaan

Peniaga mestilah berlaku jujur dalam perniagaan termasuklah dalam urusan jual beli

perkhidmatan atau barangan.

Bertanggungjawab Kepada Pelanggan, Masyarakat Dan Persekitaran  

Peniaga mestilah bertanggungjawab di atas perbuatannya sendiri. Ini termasuklah

tanggungjawab terhadap pelanggan, masyarakat setempat dan juga alam sekitar.

Berperikemanusian Kepada Semua Insan

Tingkahlaku dan keputusan yang diambil mestilah mempertimbangkan kepentingan

semua pihak dan bukan kepentingan perniagaan itu sahaja. 

Kesederhanaan Tingkah Laku Dalam Perniagaan  

Mengamalkan sifat rendah diri, tidak bermegah-megah, tidak sombong, tidak keterlaluan,

tidak tamak dan tidak berjimat cermat daripada segala segi. 

Saksama Terhadap Pelanggan  

Tindakan yang diambil tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, layanan sama

rata tanpa mengira kaum, kelas atau darjat dan tidak berat sebelah. 

Kesungguhan Menjayakan Perniagaan  

Page 10: usahawan berjaya

Membuat sesuatu dengan tekun, rajin dan penuh kesabaran, tidak mudah mengaku kalah,

berani menanggung risiko dan sanggup berusaha bermati-matian. 

(http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?

option=com_content&task=view&id=220&Itemid=250)