usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum

Upload: cwnorani

Post on 04-Jun-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum

    1/4

    Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum

    Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiridaripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi

    yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah salingmenghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama

    berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampumengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnyaperpaduan bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia keranamuafakat. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum dinegara kita?

    Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah perananyang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkansatu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan

    yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasapenghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid.

    Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaianbangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakatberbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Disekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dansebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktivitikokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman,

    bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatanpelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat

    perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi mudaakan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusiperanan yang dimainkan oleh pihak sekolah.

    Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapatmewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satuperayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untukmemupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavalidan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilangkaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adatresam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap

    bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yangada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapatmenikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita.Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapatmengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasanarumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapatmemupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

    Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapatdipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat

    yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh

    disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untukmengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung

    http://cikgu-hasanah.blogspot.com/2012/12/kertas-1-bahagian-usaha-usaha.htmlhttp://cikgu-hasanah.blogspot.com/2012/12/kertas-1-bahagian-usaha-usaha.html
  • 8/13/2019 Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum

    2/4

  • 8/13/2019 Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum

    3/4

    sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dansebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktivitikokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman,

    bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatanpelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat

    perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi mudaakan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusiperanan yang dimainkan oleh pihak sekolah.

    Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapatmewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satuperayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untukmemupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavalidan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilangkaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat

    resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikapbertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yangada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapatmenikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita.Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapatmengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasanarumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapatmemupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

    Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapatdipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat

    yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh

    disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untukmengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujungminggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal sepertidi padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa

    boleh membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secaratidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan

    jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpaberbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankandapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.

    Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan

    menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budayadi Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan.

    Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkandengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka.

    Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran ataumenerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagaikaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas,tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan TarianKollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secaratidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkanperpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka takcinta.

  • 8/13/2019 Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum

    4/4