usaha mewujudkan petempatan lestari

12
Cadangan usaha-usaha untuk mewujudkan petempatan Lestari. Pengenalan Menurut kamus edisi yang keempat Lestari membawa maksud adalah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Yakni apabila membincangkan hal melestarikan maka membawa maksud menetapkan dan mengekalkannya sebagai contoh hutan. Sementara kelestarian itu sendiri merujuk kepada keadaan sebagai contoh hutan, persekitaran dan lain-lain yang tidak berubah atau terpelihara. Akhir sekali kata pelestarian pula membawa maksud perlindungan daripada kemusnahan. Di antara usaha-usaha dalam mewujudkan petempatan lestari : 1. Gotong-royong Pentingnya sikap gotong-royong ini diamalkan oleh orang ramai bukan sahaja kerana dapat menguntungkan mereka, tetapi boleh juga menguntungkan masyarakat. Ini adalah kerana mereka boleh menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, usaha ini akan dapat membantu membina semangat kejiranan dan menguatkan perpaduan di kalangan anggota masyarakat, tidak kira di desa ataupun bandar. Mengekalkan keadaan petempatan melalui aktiviti gotong royong semestinya perlu penekanan kepada aspek sosial dan kemanusiaan.Guna tenaga sumber manusia yang sedia ada berpotensi untuk digembeling bagi menjayakan lagi setiap projek gotong- royong yang dirancang dan dilaksanakan. Masyarakat yang kian peka terhadap isu semasa seperti masalah kebersihan kawasan setempat, kes-kes pencemaran sudah pasti akan mengambil tahu dan bersedia untuk bekerja sama dalam menangani masalah tersebut daripada terus berlarutan. Pemimpin-pemimpin berwawasan, matang dan beretika mampu menggerakkan kumpulan masyarakat ini dalam mencapai sesuatu objektif pemtempatan lestari. Pegawai-pegawai di peringkat daerah yang berpengetahuan, berkemahiran dan ikhlas dalam menjalankan tugas seharusnya boleh merancang, mengawasi dan melaksanakan projek-projek gotong royong untuk kebaikan masyarakat setempat, rakyat dan negara umumnya.

Upload: supiah-husein

Post on 24-Oct-2015

1.374 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

Cadangan usaha-usaha untuk mewujudkan petempatan Lestari.

Pengenalan

Menurut kamus edisi yang keempat Lestari membawa maksud adalah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Yakni apabila membincangkan hal melestarikan maka membawa maksud menetapkan dan mengekalkannya sebagai contoh hutan. Sementara kelestarian itu sendiri merujuk kepada keadaan sebagai contoh hutan, persekitaran dan lain-lain yang tidak berubah atau terpelihara. Akhir sekali kata pelestarian pula membawa maksud perlindungan daripada kemusnahan. Di antara usaha-usaha dalam mewujudkan petempatan lestari :

1. Gotong-royong

Pentingnya sikap gotong-royong ini diamalkan oleh orang ramai bukan sahaja kerana dapat menguntungkan mereka, tetapi boleh juga menguntungkan masyarakat. Ini adalah kerana mereka boleh menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, usaha ini akan dapat membantu membina semangat kejiranan dan menguatkan perpaduan di kalangan anggota masyarakat, tidak kira di desa ataupun bandar.

Mengekalkan keadaan petempatan melalui aktiviti gotong royong semestinya perlu penekanan kepada aspek sosial dan kemanusiaan.Guna tenaga sumber manusia yang sedia ada berpotensi untuk digembeling bagi menjayakan lagi setiap projek gotong- royong yang dirancang dan dilaksanakan. Masyarakat yang kian peka terhadap isu semasa seperti masalah kebersihan kawasan setempat, kes-kes pencemaran sudah pasti akan mengambil tahu dan bersedia untuk bekerja sama dalam menangani masalah tersebut daripada terus berlarutan. Pemimpin-pemimpin berwawasan, matang dan beretika mampu menggerakkan kumpulan masyarakat ini dalam mencapai sesuatu objektif pemtempatan lestari. Pegawai-pegawai di peringkat daerah yang berpengetahuan, berkemahiran dan ikhlas dalam menjalankan tugas seharusnya boleh merancang, mengawasi dan melaksanakan projek-projek gotong royong untuk kebaikan masyarakat setempat, rakyat dan negara umumnya.

Page 2: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

2. Kempen Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan

Page 3: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

PENGGUNAAN TENAGA MESRA ALAM

1. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. 

2. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

Page 4: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

3. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria)  ~ Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.  

4. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara,  kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).

5. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura. 

6. tenaga yang boleh diperbaharui dari sisa pertanian dan air kumuhan sudah boleh dimanfaatkan sekarang walaupun dengan teknologi semasa.Ia hanya memerlukan perubahan sikap misalnya oleh pihak industri yang sudah boleh menggunakan sisa pertanian dan air kumbahan yang terdapat dengan banyaknya dan murah untuk menjana tenaga di kilang atau premis mereka.

7. tenaga yang boleh diguna untuk mengubah air ke bahan api hidrogen. Kaedah itu agak mudah, efisien dan sedikit sebanyak dapat menghasilkan tenaga dari bahan yang biasanya dibuang begitu sahaja.Selfuel hidrogen adalah teknologi yang sesuai buat masa ini untuk menjana enjin kereta atau kenderaan lain bagi menggantikan petrol. Penggunaan selfuel hidrogen sedang dikaji secara intensif di UKM.Selfuel adalah satu peranti yang menukar tenaga kimia dari bahan api ke elektrik melalui tindak balas kimia dengan oksigen atau ejen pengoksidaan lain. Hidrogen adalah bahan api yang paling lazim, tetapi hidrokarbon seperti gas asli dan alkohol seperti metanol kadang-kadang digunakan.Selfuel berbeza dari bateri kerana ia boleh menghasilkan elektrik berterusan selagi dibekalkan ejen pengoksidaan manakala bateri perlu dicaj selepas digunakan beberapa ketika.Selfuel hidrogen mempunyai kelebihan berbanding biofuel air kumbahan dan sisa buangan pertanian kerana ia boleh direkabentuk padat untuk dipasang dalam kereta, manakala biofuel sisa buangan lebih sesuai untuk infrastruktur besar kerana penjaan tenaga memerlukan bahan itu yang banyak.

8. penggunaaan Tenaga suria daripada cahaya matahari utuk menjana elektrik. Cahaya matahari boleh diubah secara langsung ke elektrik menggunakan sel fotovolta (PV), atau tidak langsung dengan kuasa solar tertumpu (CSP), yang menumpukan tenaga matahari untuk memanaskan air yang kemudiannya digunakan untuk menjana kuasa.

Page 5: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

Pendidikan alam Sekitar

Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran merupakan wadah penting yang tidak seharusnya hanya dibebankan di bahu pendidik semata-mata. Sebaliknya perlaksanaannya perlu mendapat sokongan padu daripada semua pihak agar ia dapat dijayakan bagi meningkatkan kesedaran berhubung kualiti alam sekitar, di samping membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dengan lebih baik dalam memastikan usaha memakmurkan alam dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

Hal ini amat bertepatan dengan peranan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT sebagai khalifah yang telah ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang telah disebut di dalam surah Hud, ayat 61 yang bermaksud: "Dialah yang

Page 6: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya". Justeru, dalam konteks pendidikan alam sekitar, ia dilihat sebagai sebahagian daripada usaha ke arah melunaskan tanggungjawab dan amanah berkenaan dalam usaha memastikan keharmonian alam terus dapat dipertahankan.

Oleh yang demikian, penglibatan semua pihak adalah penting dalam memastikan matlamat perlaksanaan pendidikan alam sekitar dapat direalisasikan dengan jayanya bagi membentuk sebuah kerangka masyarakat yang bukan sahaja lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar sejagat, tetapi juga dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan alam sekitar dan berkemahiran tinggi untuk bertindak secara individu atau bersama dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar. Malahan, dengan pengetahuan dan kemahiran yang ada ia secara tidak langsung turut juga dapat meningkatkan komitmen masyarakat terhadap permasalahan alam sekitar yang timbul.

Dalam mengintegrasikan pendidikan alam sekitar, ia tidak hanya terhad dalam proses pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi sebagai suatu bidang pendidikan yang bersifat merentasi kurikulum dan kokurikulum. Ini adalah bagi memastikan pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada para pelajar dan dapat disepadukan dengan mata pelajaran lain (seperti Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral dan sebagainya) di dalam kelas dan juga aktiviti-aktiviti luar kelas yang lain.

Dengan usaha penyepaduan pendidikan alam sekitar dan aktiviti kokurikulum, ia dapat menjadi tanda aras sejauh mana pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam bilik darjah difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga dapat dijadikan garis panduan untuk para pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan alam sekitar dengan subjek-subjek lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan terhadap para pelajar dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar semasa aktiviti luar kelas dijalankan.Soalan-soalan yang

diajukan kepada pelajar-pelajar tersebut adalah merupakan perkara-perkara asas berkaitan

alam sekitar dan dibahagikan kepada 5 soalan iaitu:

Keprihatinan terhadap isu-isu alam sekitar

Penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti yang berkait dengan penjagaan alam sekitar

Penglibatan dalam aktiviti kitar semula

Mengapakah mereka melakukan aktiviti-aktiviti tersebut

Tahap pengetahuan berkaitan isu-isu alam sekitar

Pendidikan Alam Sekitar penting

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan rasa kesal kerana tragedi tanah runtuh melibatkan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Felcra Semungkis, Batu 14 Hulu Langat sebenarnya boleh dielakkan.

Ini kerana, pihak berkenaan mengesan pergerakan tanah di kawasan itu sebelum ini tetapi tidak melaporkan kepada pihak bertanggungjawab.

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas sekali rakyat Malaysia kurang berpengetahuan tentang elemen alam sekitar yang perlu diberi perhatian untuk mengelakkan berlakunya tragedi.

Page 7: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

Peristiwa tanah runtuh di Madrasah At-Taqwa bukanlah kali pertama di negara kita. Malah sudah berulang kali.

Namun kejadian sebelum ini seolah-olah tidak pernah menjadi pengajaran kepada sesiapapun. Pembinaan struktur bangunan di kawasan lereng bukit masih lagi berleluasa.

Ilmu pengetahuan diiringi dengan kesedaran yang akan membentuk amalan yang baik terhadap alam sekitar amat penting diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bukan tidak ada usaha ke arah menerapkan pendidikan alam sekitar, namun keupayaan untuk melaksanakan secara sempuna adalah terbatas.

Pelbagai kempen alam sekitar dilaksanakan tetapi usaha ini masih lagi tidak memberi kesedaran sepenuhnya kepada rakyat Malaysia. Dalam Kurikulum Pendidikan Negara, Pendidikan Alam Sekitar adalah satu bentuk nilai yang merentas kurikulum.

Pendidikan Alam Sekitar perlu diterapkan dalam semua mata pelajaran yang diajar bermula peringkat prasekolah lagi. Malah Jabatan Alam Sekitar sendiri menyediakan Modul Pendidikan Alam Sekitar khas untuk pelajar prasekolah.

Guru perlu melaksanakan penerapan Pendidikan Alam Sekitar ini secara langsung dan tidak langsung. Justeru, dengan sedikit nilai yang diterapkan kemungkinan generasi yang masih kecil pun pasti sedar tentang kepincangan pengurusan alam sekitar yang banyak berlaku hari ini.

Namun, apa yang sangat mengecewakan hari ini ialah peminggiran subjek yang menjurus kepada alam sekitar seperti mata pelajaran Geografi.

Apabila pelajar belajar Geografi, pengetahuan tentang gejala alam sekitar seperti tanah runtuh ini dapat didedahkan dalam topik tertentu.

Dalam kurikulum hari ini Geografi ditekankan hanya sedikit dalam Kajian Tempatan.

Geografi hanya menjadi mata pelajaran wajib bagi Tingkatan Satu hingga Tiga sahaja.

Semasa di Tingkatan Empat dan Lima, Geografi menjadi subjek elektif dan tidak banyak pula sekolah yang memilih subjek ini sebagai mata pelajaran elektif yang ditawarkan.

Justeru, semakin jauhlah pengetahuan alam sekitar yang diketahui oleh rakyat Malaysia.

Di peringkat Institut Pendidikan Guru, subjek Pendidikan Alam Sekitar hanya diberikan kepada pelajar KPLI dan KDPM sahaja. Di peringkat ijazah tidak diberikan kecuali guru pelatih yang mengambil major Pengajian Sosial.

Namun, lebih memburukkan lagi di peringkat Institut Pendidikan Guru mata pelajaran Geografi dalam kurikulum Peringkat Persediaan dan Ijazah akan dihapuskan sama sekali bagi bakal guru yang mengambil major Pengajian Sosial.

Kursus Pengajian Sosial yang asalnya terkandung bahagian Geografi diganti sepenuhnya dengan Sejarah yang pada dasarnya untuk menangani masalah patriotisme dalam kalangan remaja yang semakin berkurangan.

Untuk pengetahuan semua, kesedaran alam sekitar juga adalah salah satu daripada nilai patriotisme yang mesti diterapkan.

Justeru, sebagai satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia, tekankanlah Pendidikan Alam Sekitar dan mata pelajaran berkait alam sekitar seperti Geografi.

Page 8: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

Tindakan ini mungkin boleh dijadikan sebahagian usaha untuk menyelesaikan isu alam kitar di negara kita.

Amalan Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang

baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,

mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan

pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding

penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi

pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna

semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Page 9: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil,

dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan

buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap

kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau

dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan

yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang

baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini

seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari

bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula"

sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu

bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai

intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat

beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar

berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan

lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos

dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi)

kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri

kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan,

perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp

kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran

semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak

mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.

Kitar semula 

Apabila malas membasuh pinggan pada acara makan di rumah bersama kawan, boleh

gunakan pinggan mangkuk pakai buang tetapi beli yang diperbuat daripada bahan kitar

semula. 

Setiap kali acara hari keluarga, galakkan setiap keluarga membawa pinggan, cawan

dan sudu sendiri. Pesan pada mereka usah membawa pinggan mangkuk pakai buang

kerana anda sedang mengamalkan gaya hidup kitar semula. Niat itu mungkin

ditertawakan tetapi lama kelamaan mereka akan faham dan menghormati pendirian

kita. 

Kurangkan penggunaan kertas dan dakwat. Sekiranya perlu mencetak, gunakan

kedua-dua bahagian kertas. 

Beli barang keperluan secara mingguan atau bulanan, bukan harian. Ini boleh

menjimatkan perjalanan dan petrol. 

Guna semula beg plastik setiap kali membeli-belah. 

Page 10: Usaha Mewujudkan Petempatan Lestari

Guna bateri yang boleh dicas semula. 

Apabila bercuti atau mengembara, bawa cawan sekali. Menggunakan cawan kertas

membazir wang dan menambah sampah. Bawa bekal kopi teh gula dan susu bagi

menjimatkan wang