petempatan dan perkembangan

23
K AJIAN GEOGRAFI TEMPATAN(KGT) TAJUK:PERKEMBANGAN PETEMPATAN DI TAMAN BELATUK,NIBONG TEBAL S.P.S BERBANDING DENGAN WOODLAND, SINGAPURA. NAMA :DEENESSHNATH A/L UTHAMAN TING :2 CEKAL

Upload: deneshnath

Post on 14-Jun-2015

1.098 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

petempatan dan perkembangan di nibong tebal dengan singapura.

TRANSCRIPT

Page 1: petempatan dan perkembangan

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN(KGT)

TAJUK:PERKEMBANGAN PETEMPATAN DI TAMAN BELATUK,NIBONG TEBAL S.P.S BERBANDING DENGAN WOODLAND, SINGAPURA.

NAMA :DEENESSHNATH A/L UTHAMAN

TING :2 CEKAL

N.GURU:EN.ABDULLAH

Page 2: petempatan dan perkembangan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pergumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian ini.Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini.

Saya juga tidak melupakan seorang yang paling berjasa kepada saya iaitu En.Abdullah.Beliau telah memberi panduan , nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dijalankan. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada pihak sekolah yang telah memberi surat kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden –responden penduduk kawasan kajian saya sudi ditemu-bual dan memberi maklumat tentang kawasan kajian saya yang banyak membantu saya dalam membuat folio geografi.

Akhir sekali,saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang memberi tunjuk ajar dalam membuat folio geografi ini.Sekian, terima kasih.

Page 3: petempatan dan perkembangan

PENDAHULUAN

Saya ,Deenesshnath a/l Uthaman telah membuat kajian di kawasan Taman Belatuk dan Negara yang dibandingkan ialahTaman Belatuk,Singapura.

Saya memilih kawasan Taman Belatuk untuk menjalankan kajian atas sebab-sebab kerana rumah saya terletak berhampiran dengan kawasan tersebut..Ini akan memudahkan saya untuk menjalankan kajian kerana saya tidak perlu membayar kos pengangkutan dan sebaliknya saya dapat pergi ke sana menggunakan basikal.

Tambahan lagi,sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik,ramah dan mudah mesra.Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.Selain itu,saya telah memilih Bandar Jurong ,Singapura sebagai tempat perbandingan saya untuk kajian saya.Negara Singapura terletak dekat dengan Negara kita,Malaysia.Oleh itu, saya boleh membezakan dam membandingkan kedua-dua kawasan itu dengan lebih mudah.

Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa kira-kira 4 minggu, iaitu dari bulan Ogos hingga bulan September.Kajian ini dibuat secara berkumpulan dengan rakan-rakan sekolah saya untuk mempercepatkan masa supaya kajian dapat dihasilkan secepat mungkin.

Page 4: petempatan dan perkembangan

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian Geografi Tempatan di Taman Belatuk dan perbandingannya denganWoodland adalah untuk :

a)Menyatakan jenis dan pola petempatan di Taman Belatuk dan di Woodland,Singapura.

b)Mengkaji faktor–faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Belatuk dan di Woodland,Singapura.

c)Menghuraikan fungsi petempatan di Taman Belatuk dan Woodland,Singapura.

d)Mengenalpasti masalah petempatan di Taman Belatuk dan di Woodland,Singapura.

e)Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di Taman Belatuk dan di Woodland,Singapura.

f)Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap Taman Belatuk berbanding Negara lain.

Page 5: petempatan dan perkembangan

Kawasan KajianDalam kajian ini,saya telah memilih kawasan tempat tinggal di Taman Belatuk yang terletak di Nibong Tebal,Pulau Pinang berbanding Woodland,Singapura sebagai kawasan kajian.Petempatan ini disiap dibina sekitar tahun 1996.

Mengikut sejarah,kawasan taman ini dahulunya berasal daripada 40% ladang kelapa sawit dan selebihnya ialah hutan pokok getah. Kawasan kajian ini merupakan kawasan tanah pamah.Kawasan kajian ini terletak disekeliling taman perumahan lain seperti Taman Bersatu, Taman Camar Jaya dan kawasan persekolahan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman dan Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Tamil Kerian.

Pekan yang terdekat dengan kawasan kajian saya ialah Pekan Nibong Tebal yang terletak lebih kurang 2 km dari kawasan kajian. Jarak relatif dari Pekan Nibong Tebal ke Taman Belatuk dengan berjalan kaki ialah 30 minit .10 minit akan ambil jika menggunakan kenderaan bermotor.

LATAR BELAKANG NEGARA BANDINGAN

Negara bandingan kajian saya ialah Singapura. Singapura ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia, berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim (Malaysia) dan Kepulauan Riau (Indonesia). Negara yang seluas 692.7 km persegi ini mempunyai penduduk yang berjumlah 4.16 juta, terdiri daripada bangsa Cina (76.8%); Melayu (13.9%); India (7.9%) dan lain-lain (1.4%).

Page 6: petempatan dan perkembangan
Page 7: petempatan dan perkembangan
Page 8: petempatan dan perkembangan
Page 9: petempatan dan perkembangan

Kaedah KajianBagi mendapat maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian ini, beberapa

kaedah telah saya gunakan iaitu:

1. PemerhatianSaya dan beberapa orang rakan sekelas telah menjalankan permerhatian terhadap petempatan penduduk di Taman Belatuk. Antara aspek-aspek yang diperhatikan ialah jenis-jenis perumahan dan bangunan yang terdapat di kawasan tersebut berserta dengan jenis dan pola petempatan.

2. Soal SelidikSaya besama beberapa orang rakan sekelas telah menyoal selidik penduduk di Taman Belatuk tentang sejarah dan jenis pekerjaan penduduk diTaman Belatuk. Melalui maklumat lisan yang diperolehi, ia dapat menambahkan koleksi maklumat dan data yang dikumpul untuk tujuan kajian geografi tempatan ini serta menjimatkan masa.

3. RujukanSaya telah membuat rujukan mengenai negara bandingan iaitu Singapura di perpustakaan sekolah. Saya juga telah banyak merujuk kepada buku rujukan serta buku teks Geografi Tingkatan 2 dan 3 untuk menulis dapatan kajian. Di samping itu, saya juga telah membuat rujukan pada nota yang telah diberi oleh guru .

4. Melayari InternetDengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah melayari beberapa buah laman web untuk mendapatkan peta negara Singapura serta memperoleh maklumat tambahan berkaitan dengan Singapura.

Page 10: petempatan dan perkembangan
Page 11: petempatan dan perkembangan

8.1Jenis dan pola petempatan

a) TAMAN BELATUK

Jenis petempatan di Taman Belatuk ialah bandar kerana ia terletak behampiran dengan Pekan Nibong Tebal. Selain itu, Taman Belatuk juga dikategorikan sebagai bandar kerana terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, sekolah, dewan serbaguna,taman permainan dan sebagainya.

Bagi pola petempatan pula, Taman Belatuk mempunyai pola petempatan yang berpusat . Kediaman penduduk dibina rapat dan padat dengan susun aturnya berlapis-lapis.Rumah dan bangunan dibina bertumpu di persimpangan jalan ..

Sementara itu, berdasarkan hasil pemerhatian yang dibuat di sekitar Taman Belatuk terdapat pelbagai jenis bangunan dan rumah yang telah dibina seperti rumah banglo setingkat dan berkembar, rumah kedai setingkat dan dua tingkat,

Page 12: petempatan dan perkembangan

b)Woodland, Singapura

Jenis petempatan di Woodland, Singapura juga ialah bandar kerana sama seperti di Taman Belatuk, pelbagai jenis kemudahan awam turut terdapat di Woodland. Contoh yang terbaik ialah kemudahan jaringan pengangkutan seperti stesen MRT (Mass Rapid Transport) yang menghubungkan antara satu tempat ke satu tempat selain kemudahan-kemudahan seperti sekolah, pusat membeli-belah dan kawasan rekreasi. Bagi pola petempatan pula, Woodland mempunyai pola petempatan yang berpusat, yakni kediaman penduduk dibina rapat dan padat. Namun begitu, Woodland mempunyai pola petempatan berpusat yang terancang, berbeza dengan Taman Belatuk. Pembangunan di Woodland ditumpukan pada bahagian tengah, selatan dan timur kawasan tersebut manakala kawasan perumahannya terdapat di bahagian utara. Di sini, kebanyakan rumah-rumah yang dibina adalah dari jenis rumah pangsa dan kondominium. Oleh itu, saya sebagai salah seorang penduduk di Taman Belatuk berasa bangga dan bersyukur kerana Taman Belatuk mempunyai kawasan petempatan yang berpusat dan semakin membangun ini

Page 13: petempatan dan perkembangan

8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

Taman Belatuk Bentuk Muka Bumi

Faktor utama yang mempengaruhi petempatan ialah bentuk muka bumi yang bertanah pamah dan rata.Hal demikian memudahkan petempatan dan jaringan pengangkutan dibina di kawasan kajian. Bangunan lain seperti kedai perniagaan dan bangunan pendidikan adalah contoh bangunan yang dibina di Taman Belatuk.

Kegiatan ekonomiPetempatan Taman Belatuk telah dipengaruhi oleh beberapa kegiatan ekonomi.Antaranya ialah kegiatan perniagaan..perkilangan dan perkhidamatan.Pasar mini,restoran,kilang membuat papan , kedai gas dan pusat tuisyen adalah beberapa contoh kegiatan yang terdapat di kawasan kajian Taman Belatuk. Kegiatan ekonomi perniagaan lebih diutamakan kerana Taman Belatuk merupakan taman perumahan dan ramai penduduk memerlukan kegitan ekonomi ini.

Darjah Ketersampaian Tahap ketersampaian ke Taman Belatuk adalah tinggi.Ini dapat

dikatakan kerana terdapat 3 jalan utama yang menghubung taman ini dengan Pekan Nibong Tebal

Page 14: petempatan dan perkembangan

Woodland, Singapura Bentuk muka bumi

Di Woodland, Singapura, petempatan penduduknya dipengaruhi oleh bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah pamah yang rata. Hal ini membolehkan Singapura untuk membina petempatan-petempatan yang tinggi seperti kondominium dan rumah pangsa serta bangunan-bangunan pencakar langit.

Dasar kerajaan

Petempatan di Woodland, Singapura yang berpusat dan terancang juga turut dipengaruhi oleh dasar kerajaannya yang mengehadkan bilangan rumah-rumah yang dibina. Hal ini kerana ketiadaan kawasan tanah yang mencukupi untuk membina lebih banyak rumah kepada penduduk-penduduk Singapura. Di samping itu, ia juga menyebabkan setiap petempatan di Singapura harus dirancang dengan lebih teliti terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang pembaziran terhadap penggunaan tanah di negara yang kecil itu.

Selepas menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa penempatan dan pemilikan rumah di Malaysia adalah lebih mudah berbanding di Singapura. Oleh yang demikian, saya sebagai rakyat Malaysia berasa bersyukur kerana berpeluang menikmati kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan ini

Page 15: petempatan dan perkembangan

8.3 Fungsi petempatan

a)Taman Belatuk

Fungsi utama petempatan di Taman Belatuk adalah sebagai bandar perniagaan kerana rata-rata penduduknya terlibat dalam bidang perniagaan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan hasil pemerhatian yang diperolehi dengan jumlah rumah kedai dua tingkat yang mewakili peratusan tertinggi dalam jenis bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan Belatuk.Contoh-contoh premis perniagaan yang terdapat di kawasan ini adalah seperti bengkel membaiki motosikal dan basikal, kedai perabot, kedai alat-alat tulis dan lain-lain.

Selain bidang perniagaan, pusat pendidikan,seperti pusat tuisyan yang terdapat di Taman Belatuk juga menjadi salah satu fungsi petempatan di kawasan kajian saya.Antara fungsi pusat tuisyen ini ialah memberi sumber pendapatan kepada penduduk di sana yang berkerja sebagai guru sampingan di tuisyen .Selain itu,pelajar sekolah yang terdapat di Taman Belatuk dapat pergi ke pusat tuisyen yang terdapat di taman itu. Antara pusat tuisyen yang terdapat di Taman Belatuk ialah Pusat tuisyen Yakin dan Pusat Tuisyen Darma.

b)Woodland, Singapura

Petempatan di Woodland, Singapura juga berfungsi sebagai bandar perniagaan. Namun ia lebih komersial kerana kawasan tersebut dibangunkan dengan mempunyai zon komersialnya tersendiri seperti di Woodland Square. Di Woodland Square terdapat sebuah tanah lapang yang menjadi lokasi sambutan pelbagai acara mega serta turut menempatkan sebuah pusat membeli-belah, Causeway Point yang merupakan antara yang terbesar di Singapura. Bangunan Causeway Point setinggi tujuh tingkat pastinya mampu menempatkan bilangan premis perniagaan yang banyak seterusnya telah membantu fungsi Woodland sebagai sebuah bandar perniagaan.

Selepas membandingkan fungsi petempatan di Taman Belatuk dengan Woodland, Singapura, saya berasa lebih bangga dan bersemangat untuk berkhidmat membangunkan negara saya, Malaysia ke arah yang lebih maju dan moden.

Page 16: petempatan dan perkembangan

Rumusan

Di akhir kajian geografi tempatan yang saya jalankan, saya dapat merumuskan bahawa petempatan di Taman Belatuk dan negara bandingannya iaitu Woodland, Singapura mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Kedua-dua lokasi kajian dikategorikan sebagai bandar dan mempunyai pola petempatan yang sama. Taman Belatuk dan Woodland, Singapura pula mempunyai pola petempatan yang berpusat dan terancang. Petempatan di kedua-dua lokasi juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tersendiri seperti faktor bentuk muka bumi,darjah ketersampaian dan kegiatan ekonomi yang mempengaruhi petempatan di Taman Belatuk manakala petempatan di Woodland, Singapura pula dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi dan dasar kerajaannya. Sungguhpun begitu, kedua-dua petempatan ini mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai bandar perniagaan, dengan fungsi perniagaan yang lebih komersial terdapat di Woodland, Singapura. Akhir sekali, saya juga dapat mengenalpasti masalah kedua-dua petempatan dan dapat mencari langkah penyelesaian di Taman Belatuk dan Woodland masing-masing.

Secara keseluruhannya, kerja kursus geografi ini telah memberikan saya pendedahan tentang petempatan dan perkembangan yang terdapat di Taman Belatuk serta negara bandingannya, iaitu di Woodland, Singapura. Melalui kajian yang dijalankan, penduduk di Taman Belatuk berasa amat bertuah dapat tinggal di Taman Belatuk yang mempunyai kawasan yang luas dan selesa serta memiliki kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk dinikmati para penduduknya. Harapan saya, semoga kawasan ini lebih terus maju dan membangun di masa hadapan

Page 17: petempatan dan perkembangan

8.3 Masalah petempatan

a) Taman Belatuk

Kesesakkan lalu lintas

Taman Belatuk ialah petempatan jenis bandar.Oleh

itu ,salah satu masalah yang sering dialami di kawasan kajian ini ialah

kesesakkan lalu lintas . Masalah ini sering berlaku pada awal pagi ,waktu

tengah hari iaitu waktu penghabisan sekolah dan waktu petang iatu waktu

habis kerja dan sekolah sesi petang.Ini boleh dikaitkan kerana terdapat 2

sekolah disekeliling Taman Belatuk dan kilang di hujung taman

ini.Kesesakkan lalu lintas ini juga menyebabkan pencemaran bunyi.Punca

pencemaran ini ialah bunyi daripada motosikal ,kereta .

bas sekolah dan sebagainya.

Pencemaran sampah –sarap

Daripada hasil soal –selidik dan pemerhatian ,saya

mendapat tahu satu lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Tamn

Belatuk.Masalah yang saya katakan ialah pembuangan sampah sarap

dimerata tempat.Ini dapat dibuktikan kerana terdapat longgokan sampah di

tepi jalan yang tidak dipedulikan oleh penduduk.

Page 18: petempatan dan perkembangan

b) Woodland, Singapura

Kesesakkan lalulintas

Singapura merupakan sebuah negara yang berpenduduk padat tetapi

mempunyai saiz jalan raya yang kecil. Masalah yang sering dihadapi ialah

kesesakkan lalulintas apabila penduduk menggunakan kenderaan masing-

masing di jalan raya. Saiz jalan rayanya yang kecil menyukarkan

pergerakan lalulintas yang lancar di kawasan tersebut.

Kekurangan tempat tinggal

Singapura juga turut menghadapi masalah kekurangan tempat

tinggal. Kekurangan tanah untuk membina bangunan baru menyebabkan

kesukaran kepada negara tersebut untuk menyediakan tempat tinggal bagi

menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah.

Oleh itu, saya amat bersyukur dilahirkan di Malaysia kerana

walaupun mengahadapi beberapa masalah petempatan, tetapi saya masih

lagi berpeluang mempunyai tempat tinggal yang luas dan selesa.

Page 19: petempatan dan perkembangan

8.5 Langkah mengurangkan

masalah petempatan

a) Taman Belatuk

Melebarkan jalan raya

Penduduk yang padat dan pembangunan yang pesat di Taman Belatuk

menyebabkan bilangan kenderaan bertambah dan menjadi kesesakkan lalu

lintas.Masalah ini dapat ditandatangani jika melebarkan jalan raya .Jalan

raya yang lebar dapat menampung lebih banyak kereta walaupun pada

waktu puncak.Jalan raya juga hendaklah di naiktaraf supaya pengguna

jalan raya dapat menggunakan jalan raya dengan selesa dan dapat

mengelakkan kemalangan.

Menguatkuasakan Undang-undang

Disebabkan kerana penduduk di Taman Belatuk membuang sampah secara

tidak teratur dan tidak prihatin kepada kepentingan orang

lain.Menguatkuasakan undang-undang adalah langkah yang terbaik untuk

mengawal pencemaran sampah-sarap di Taman Belatuk.Selain itu,Majlis

Pembandaran juga Meletakkan lebih banyal tong pembuangan sampah dan

tong kitar semula.Akhir sekali,penduduk di sini juga harus menyedar dan

menjaga kawasan perumahan mereka.

Page 20: petempatan dan perkembangan

b) Woodland, Singapura

Menggunakan pengangkutan awam

Oleh kerana saiz jalan raya di Singapura kecil, salah satu alternatif yang

boleh diambil ialah dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan

awam seperti MRT (Mass Rapid Transport) dan perkhidmatan bas. Dengan

langkah ini, jumlah kenderaan di jalan raya yang kecil dapat dikurangkan

dan masalah kesesakan lalu lintas dapat diselesaikan.

Membina lebih banyak rumah pangsa berkos rendah

Punca utama kekurangan tempat tinggal adalah kerana kekurangan tanah

untuk dibina penempatan. Oleh itu, lebih banyak rumah pangsa berkos

rendah haruslah dibina kerana pembinaannya dapat menjimatkan kawasan

tapak tanah di samping membolehkan lebih ramai penduduk memiliki

kediaman mereka sendiri.

Melalui perbandingan terhadap langkah penyelesaian masalah

penempatan antara kawasan kajian saya, Taman Belatuk dengan

Woodland, Singapura, saya berasa lebih bertuah dan bersyukur kerana

dapat tinggal diTaman Belatuk Hal ini kerana Taman Belatuk tidak

mengalami masalah yang serius yang sukar diatasi berbanding di

Woodland, Singapura.