usaha mengeratkan kekeluargaan

2
USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini penting bagi melahirkan keluarga bahagia. Hal ini sekali gus dapat menangani gejala sosial. Pelbagai usaha perlu diambil untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum keluar rumah. Hal ini demikan supaya anak –anak mendapat keizinan daripada ibu bapa sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu. Hal ini memudahkan ibu bapa mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan. Oleh yang demikian anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum mereka keluar dari rumah. Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin keluarga. Mereka hendaklah sentiasa berbincang bersama anak-anak jika ada sebarang masalah. Sebagai contoh, jika akan-anak berhadapan dengan masalah pelajaran, mereka perlu berbincang bersama-sama bagi mengatasinya. Amalan makan bersama-sama dengan ahli keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Tegasnya, ibu bapa perlu menjalankan tangunggjawab mereka dalam merapatkan hubungan kekeluargaan. Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan kekeluargaan. Antaranya, adalah dengan mengadakan hari keluarga dan temasya sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan kerjasama antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa masyarakat penting dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, peranan media massa juga penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini boleh dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat khabar. Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga berhubung melalui telefon bimbit. Terdapat juga iklan yang mempengaruhi orang ramai supaya balik ke kampung pada hari-hari perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan peranan penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Upload: mohd-nasir-sopin

Post on 18-Dec-2015

262 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

karangan spm

TRANSCRIPT

USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Hubungan kekeluargaan sangat penting.Hubungan ini penting bagi melahirkan keluarga bahagia. Hal ini sekali gus dapat menangani gejala sosial. Pelbagaiusaha perlu diambil untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahuibu bapa sebelum keluar rumah.Hal ini demikan supaya anak anak mendapat keizinan daripada ibu bapa sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu. Hal ini memudahkan ibu bapa mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan. Oleh yang demikian anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum mereka keluar dari rumah.Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin keluarga.Mereka hendaklah sentiasa berbincang bersama anak-anak jika ada sebarang masalah.Sebagai contoh, jika akan-anak berhadapan dengan masalah pelajaran, mereka perlu berbincang bersama-sama bagi mengatasinya. Amalan makan bersama-sama dengan ahli keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Tegasnya, ibu bapa perlu menjalankan tangunggjawab mereka dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.Antaranya, adalah dengan mengadakan hari keluarga dan temasya sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan kerjasama antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa masyarakat penting dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan.Di samping itu, peranan media massa juga penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.Hal ini boleh dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat khabar.Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga berhubung melalui telefon bimbit.Terdapat jugaiklan yang mempengaruhi orang ramai supayabalik ke kampung pada hari-hari perayaan.Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan peranan pentinguntuk merapatkan hubungan kekeluargaan.Kerajaan pula telah memperkenalkandasar bahawa setiap hari sabtu sebagai cuti umum.Hal ini bertujuan agar ibu bapa dapat meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga.Langkah ini akan menjadikan hubungan kekeluargaan lebih erat.Sebagai contoh, ibu bapa membawa ahli keluarga pergi melancong ke tempat yang menarik di negara ini. Hal ini bertepatan dengan Kempen Cuti-Cuti Malaysia.Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam merapatkan hubungan kekeluargaan . Usaha ini penting kerana hubungan kekeluargaan yang baikdapatmengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga. Seterusnya, mewujudkan masyarakat yang sejahtera danmelahirkan rakyat yang penyayang.