universiti tun hussein onn malaysiapendaftar.uthm.edu.my/v2/en/perkhidmatan/doc_download/802... ·...

Download UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIApendaftar.uthm.edu.my/v2/en/perkhidmatan/doc_download/802... · seperti Pengawas Peperiksaan, ... Penyampaian Watikah Pembentukan Kumpulan Inovatif

If you can't read please download the document

Upload: duonghanh

Post on 06-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Microsoft Word - Pekeliling Am Bil.40 2012 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UTHM Tahun 2011.doc

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 2 ( 47 ) 10 Julai 2012

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 40 TAHUN 2012

_____________________________

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

TAHUN 2011 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011 sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Julai 2012 (Rabu) Masa : 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (UTHM) Pakaian : Baju Korporat Universiti

2. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi

Tahunan Staf.

3. Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN

HADIR untuk memberikan komitmen dan menjayakan program yang dianjurkan oleh universiti. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk memastikan semua staf dapat hadir ke majlis tersebut.

4. Pengecualian hanya diberikan kepada staf tidak dapat meninggalkan tugas

seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

5. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar

SULAM BIN HAMID Pendaftar : 07-4537100

s.k. - YBhg. Dato Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) - Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/myh/10.07.2012/Pekeliling Am UTHM

TENTATIF

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

18 JULAI 2012 (RABU) DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

7.45 pagi : Ketibaan Staf dan Tetamu Jemputan 8.45 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohd. Noh Dalimin Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 8.50 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Ir. Jamilus bin Md. Hussin Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 9.00 pagi : Majlis bermula :

- Nyanyian Lagu Negaraku dan Bangsa Johor - Bacaan Doa

: Ucapan Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohd. Noh Dalimin

Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : Penyampaian Watikah Pembentukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif : Penyampaian Anugerah Penerbitan Universiti 2012

- Anugerah Hadiah Khas Fakulti ( Kategori Buku, Artikel Jurnal, Kertas Kerja Persidangan dan Modul Pembelajaran )

- Anugerah Buku Terlaris - Anugerah Makalah Terbaik ( Kategori Sains, Teknologi dan Kejuruteraan ) - Anugerah Buku Terbaik ( Kategori Kemanusiaan dan Sains Sosial ) - Anugerah Buku Terbaik ( Kategori Sains, Teknologi dan Kejuruteraan ) - Anugerah Penulis Muda - Anugerah Tokoh Penerbitan Universiti

: Selingan

: Penyampaian Anugerah oleh Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohd. Noh Dalimin Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

- Anugerah Jasa Bakti - Anugerah Khas Panel Pembangunan Sumber Manusia ( PPSM )

: Penyampaian Anugerah oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ir. Jamilus bin Md. Hussin

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011

: Nyanyian Lagu Gemilang UTHM : Sesi Bergambar Penerima Anugerah di Lobi Dewan Tunku Ibrahim Ismail : Jamuan : Bersurai