universiti teknologi malaysia maklumat …intake.utm.my/pengumuman/am_khas.pdf · kelebihan memilih...

6
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PENGENALAN UTM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Skudai, Johor yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Kampus Kota atau 'City Campus'. Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 106,632 orang graduan terutamanya di bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang tenaga kerja profesional dan separuh profesional negara yang utama hingga kini. UTM akan meneruskan kecemerlangan melalui teknologi dan mempelopori serta menerajui perkembangan akademik juga teknologi di negara ini. FALSAFAH UNIVERSITI Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya. VISI Menjadi Pusat Kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti. MISI Menerajui pembangunan sumber manusia dan teknologi yang kreatif sejajar dengan aspirasi negara. SYARAT AM KELAYAKAN AKADEMIK CALON LEPASAN DIPLOMA/SETARAF Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA. atau Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang- kurangnya :- Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am ; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain atau Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ; dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). 1

Upload: dinhthien

Post on 22-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKLUMAT …intake.utm.my/Pengumuman/Am_Khas.pdf · KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA a) ... Diploma Lepasan Ijazah, ... IPTA/Politeknik/Setaraf

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGENALAN UTM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Skudai, Johor yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Kampus Kota atau 'City Campus'. Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 106,632 orang graduan terutamanya di bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang tenaga kerja profesional dan separuh profesional negara yang utama hingga kini. UTM akan meneruskan kecemerlangan melalui teknologi dan mempelopori serta menerajui perkembangan akademik juga teknologi di negara ini. FALSAFAH UNIVERSITI Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya. VISI Menjadi Pusat Kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti. MISI Menerajui pembangunan sumber manusia dan teknologi yang kreatif sejajar dengan aspirasi negara. SYARAT AM KELAYAKAN AKADEMIK CALON LEPASAN DIPLOMA/SETARAF Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

atau Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya :-

Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am ;

dan

Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain

atau Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ;

dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

1

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKLUMAT …intake.utm.my/Pengumuman/Am_Khas.pdf · KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA a) ... Diploma Lepasan Ijazah, ... IPTA/Politeknik/Setaraf

FAKULTI Program-program yang ditawarkan akan dikendalikan oleh 10 buah Fakulti yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti-fakulti tersebut ialah :

• Fakulti Kejuruteraan Awam • Fakulti Kejuruteraan Elektrik • Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal • Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi • Fakulti Alam Bina • Fakulti Pendidikan • Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia • Fakulti Sains • Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

SYARAT AM PROGRAM Syarat AM Kecacatan Pemohon yang mempunyai kecacatan fizikal dinasihatkan terlebih dahulu menghubungi Pendaftar UTM menerangkan bentuk dan jenis kecacatan serta program yang akan dipohon sebelum menghantar permohonan bertujuan mengelakkan kesulitan yang timbul kerana kemudahan yang terbatas di Universiti ataupun keperluan program itu sendiri. Kriteria akademik yang sama akan digunakan dalam proses menentukan pemohon yang berjaya. Walau bagaimanapun, bagi beberapa program yang dijalankan oleh fakulti berikut, pemohon yang mempunyai kecacatan seperti yang dijelaskan di bawah tidak dibenarkan memohon program berkenaan.

• Fakulti Kejuruteraan Elektrik • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal • Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli

"Kecacatan dari segi fizikal yang menyulitkan kerja di makmal dan bengkel dan penglihatan pemohon tidak mengalami masalah rabun/buta warna". Kesihatan Pemohon yang berjaya diterima masuk dikehendaki mendapatkan surat pengesahan Pegawai Perubatan dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang membuktikan ia sihat. KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA a) Pengalaman yang luas dalam mengendalikan kursus di bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Kini UTM mengendalikan

kursus di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

b) Sebagai Pusat Pembelajaran dan Pengajaran Kejuruteraan dan Teknologi terbesar di Malaysia di mana tempat

berkumpulnya lebih 1,746 orang ahli Sains, Kejuruteraan dan Teknologi yang pakar dalam bidang masing-masing. Disamping itu, lebih 25,000 pelajar dari dalam dan luar negara sedang mengikuti pengajian di bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.

c) Kecemerlangan UTM sebagai Pusat Penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi dan Sains telah terbukti di

mana para penyelidik UTM telah menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. d) Kemudahan lengkap dan suasana persekitaran yang menggalakkan untuk pembelajaran

• UTM menyediakan kemudahan makmal-makmal pembelajaran dan penyelidikan yang dilengkapi dengan peralatan terkini untuk pelajar dan penyelidik. Antaranya Makmal Teknologi Marin, Aeronautik, Makmal Voltan dan Arus Tinggi serta Makmal Komputer terbesar di Malaysia.

• Perpustakaan Sultanah Zanariah pula mempunyai koleksi yang berkait rapat kepada keperluan penggunaannya terutama dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Terdapat 484,260 buah buku Monograf, 15,039 bahan Media Elektronik, 41,539 bahan Kartografi, 7,993 judul Journal dan Media Elektronik dan 190,147 bahan Pandang Dengar/Rakaman untuk kegunaan pengguna perpustakaan.

• UTM juga menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi untuk semua pelajar dengan hasrat untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga mantap dari segi sahsiah dan rohani.

2

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKLUMAT …intake.utm.my/Pengumuman/Am_Khas.pdf · KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA a) ... Diploma Lepasan Ijazah, ... IPTA/Politeknik/Setaraf

• PTPTN, JPA, MARA, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Swasta adalah merupakan organisasi yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/ dermasiswa/ pinjaman. UTM juga memberi biasiswa melalui Yayasan UTM di samping menyediakan skim pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada pelajar.

• Keprihatinan dan konsep Mesra Pelajar oleh UTM melalui kemudahan prasarana yang kondusif bagi proses pembelajaran dan pengajaran telah mewujudkan ‘one stop agency’.

• Pihak Universiti juga membuka peluang kepada semua pelajar-pelajar Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda untuk meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang-bidang yang berkaitan setelah pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

• Usaha Universiti juga secara bersepadu telah dipertingkatkan bagi melahirkan graduan yang mempunyai atribut seperti ‘Comunication Skills’, ‘Team Working’, Problem Solving’, Adaptability’, ‘Lifelong Learning’, Self Esteem’, Ethics and Integrity’.

e) Peluang Untuk Mengikuti Program Minor

Program Minor memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang lain dalam skala yang kecil dengan syarat-syarat yang tidak membebankan selain daripada bidang program Ijazah Sarjana Muda yang diikuti. Pengetahuan sokongan dan penguasaan lebih daripada satu bidang akan membantu para graduan lebih flexible dan berdaya saing dalam menghadapi pasaran pekerjaan. Struktur kurikulum dan keperluan bagi sesuatu program Minor ditentukan oleh fakulti yang menawarkan berasaskan kurikulum program Ijazah Sarjana Muda yang sedia ada di fakulti tersebut dengan mengambilkira syarat-syarat yang ditetapkan oleh Senat Universiti.

PROSPEKTUS UTM Maklumat lengkap mengenai UTM dan program-program yang ditawarkan boleh juga didapati dalam prospektus UTM. Prospektus UTM boleh didapati di laman web UTM dengan melayari http://www.utm.my MAKLUMAT LANJUT Segala pertanyaan mengenai program di UTM bolehlah dikemukakan kepada :

Pendaftar Pejabat Pendaftar

(Bahagian Pengurusan Akademik) Unit Kemasukan dan Rekod Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Skudai JOHOR DARUL TA’ZIM

Tel : 07-5533333 Faks : 07-5581791

E-mel : [email protected] Laman Web : www.utm.my

3

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKLUMAT …intake.utm.my/Pengumuman/Am_Khas.pdf · KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA a) ... Diploma Lepasan Ijazah, ... IPTA/Politeknik/Setaraf

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN BAGI LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

SEMESTER II, SESI 2007/2008

BIL PROGRAM KOD

ALIRAN SAINS & SASTERA

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

1. Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Industri) TH12

BIL PROGRAM KOD

ALIRAN SAINS

FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

2. Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) TS46 3. Sarjana Muda Sains (Remote Sensing) TS45

FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT

4. Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) TC00

Bil. (i) Program Pengajian (ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian

Kelayakan Setaraf

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

atau Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya :-

Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am ;

dan

Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain

atau Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ;

dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

4

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKLUMAT …intake.utm.my/Pengumuman/Am_Khas.pdf · KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA a) ... Diploma Lepasan Ijazah, ... IPTA/Politeknik/Setaraf

A. ALIRAN SAINS

Bil. (i) Program Pengajian (ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian

Kelayakan Setaraf

1.0 Sarjana Muda Sains (Rekabentuk

Industri) TH12 8 Semester

* Sila hantar salinan permohonan “online”

berserta dokumen sokongan seperti yang disenaraikan ke UTM.

Memenuhi Syarat Am Universiti

Serta Keperluan Khas Program

Memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

atau Memiliki Diploma Rekabentuk Industri/Produk dari IPTA/Politeknik/Setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

atau

Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.50 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan layak memohon. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/setaraf dalam mata pelajaran Matematik atau mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik pada peringkat Diploma. Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Seni atau Reka Cipta dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian. Tidak rabun warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali. Catatan : Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

2.0 Sarjana Muda Sains (Remote Sensing)

TS45 8 Semester 3.0 Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) TS46 8 Semester

* Sila hantar salinan permohonan “online”

berserta dokumen sokongan seperti yang disenaraikan ke UTM.

Memenuhi Syarat Am Universiti

Serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Memiliki Diploma dalam bidang Ukur Tanah/Geomatik dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.70

atau Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan layak memohon. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/setaraf dalam mata pelajaran Matematik atau mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik pada peringkat Diploma. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian.

Catatan: Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

5

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKLUMAT …intake.utm.my/Pengumuman/Am_Khas.pdf · KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA a) ... Diploma Lepasan Ijazah, ... IPTA/Politeknik/Setaraf

6

4.0 Sarjana Muda Sains (Sains

Komputer) TC00 6 Semester

* Sila hantar salinan permohonan “online”

berserta dokumen sokongan seperti yang disenaraikan ke UTM.

Memenuhi Syarat Am Universiti

Serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Memiliki Diploma Sains Komputer dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

atau Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.50 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan layak memohon. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/setaraf dalam mata pelajaran Matematik atau mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik pada peringkat Diploma. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian.

Catatan: Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

B. ALIRAN SASTERA

Bil. (i) Program Pengajian (ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian

Kelayakan Setaraf

1.0 Sarjana Muda Sains (Rekabentuk

Industri) TH12 8 Semester

* Sila hantar salinan permohonan “online”

berserta dokumen sokongan seperti yang disenaraikan ke UTM.

Memenuhi Syarat Am Universiti

Serta Keperluan Khas Program

Memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

atau Memiliki Diploma Rekabentuk Industri/Produk dari IPTA/Politeknik/Setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

atau

Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.50 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan layak memohon. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/setaraf dalam mata pelajaran Matematik atau mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik pada peringkat Diploma. Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Seni atau Reka Cipta dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian. Tidak rabun warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali. Catatan : Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.