universiti teknologi malaysia - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. maaf...

24
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEMAHIRAN MENGGRAF PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD ROMLI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO, 44A KG SG KERAYONG TN. HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN OFF TAMAN MALURI, CHERAS Nama Penyelia 55100 K. LUMPUR Tarikh: Tarikh:

Upload: hahuong

Post on 26-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KEMAHIRAN MENGGRAF PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD ROMLI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

 

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)  

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

 

TIDAK TERHAD Disahkan oleh,

__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO, 44A KG SG KERAYONG TN. HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN OFF TAMAN MALURI, CHERAS Nama Penyelia 55100 K. LUMPUR Tarikh: Tarikh:

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya saya dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN

Tarikh : 2 MEI 2008

 

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

i

 

KEMAHIRAN MENGGRAF PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD ROMLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

ii

 

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD ROMLI

Tarikh : 30 MAC 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

iii

 

DEDIKASI

Teristimewa kutujukan buat:

Arwah ayahanda tercinta Mohamad Romli bin Salih

Engkaulah sumber inspirasiku.

Ibunda tersayang Hasmah binti Basaruddin

Nasihatmu membakar semangatku.

Sepupuku Natrah binti Kamaruzaman

Budimu takkan kulupa.

Seluruh kaum keluargaku

Terima kasih untuk segalanya.

Buat sahabat-sahabat setiaku

Kalian amat bermakna buatku.

Pensyarah-pensyarah, guru-guru dan mereka yang mengenali diri ini…

Semoga kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat, milik kita bersama…

Terima kasih, semoga jasa anda diberkati ALLAH S. W. T….

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

iv

 

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA

saya telah dapat menyempurnakan projek ini dengan penuh jayanya. Jutaan

penghargaan buat penyelia projek saya, Tuan Haji Meor Ibrahim bin

Kamaruddin yang telah membimbing dan memberi bantuan serta tunjuk ajar

terhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu

hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa juga penghargaan buat

arwah ayah, emak, dan keluarga tersayang yang turut membantu dan juga memberi

sokongan fizikal serta mental kepada saya selama ini. Merekalah segalanya dalam

hidup saya. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah saya lupakan,

segala jasa dan pengorbanan persahabatan kita selama ini tidak mungkin dapat

dilupakan selama-lamanya. Memori pahit dan manis dan jalinan ukhuwah yang kita

ciptakan bersama akan tetap tersemat di dalam hati sehingga ke akhir hayat. Akhir

sekali, jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam projek

ini secara langsung atau tidak langsung. Segala jasa kalian dan sagala tunjuk ajar,

dorongan serta sokongan dalam menyempurnakan lagi projek ini saya ucapkan

dengan jutaan terima kasih. Terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah yang telah

banyak mengajar dan dan memberi tunjuk ajar selama ini kepada saya sepanjang

berada di UTM ini. Segala jasa-jasa dan bimbingan dari semua tenaga pengajar amat

dihargai sepenuhnya dan terima kasih atas ilmu pengetahuan yang bernilai yang

diajarkan, akan kami hadiahkan sebuah kejayaan kehidupan sebagai balasan,

InsyaALLAH.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

v

 

ABSTRAK

Kemahiran menggraf adalah sebahagian daripada sains yang tidak dapat

dipisahkan. Melukis dan mentafsir graf merupakan komponen yang perlu dalam

membuat laporan eksperimen. Pelajar perlu menguasai kemahiran melukis dan

mentafsir graf untuk berkomunikasi secara cepat dan tepat. Tujuan kajian ini untuk

mengkaji kemahiran menggraf pelajar tahun akhir aliran sains fakulti pendidikan di

dalam aspek melukis graf dan mentafsir graf. Seramai 85 orang pelajar tahun akhir

pendidikan kimia dan sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

terlibat dalam kajian ini. Test of Graphing in Science (TOGS), versi 3.0 telah

digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini untuk mengenal pasti kemahiran asas

dalam menggraf iaitu melukis dan mentafsir graf pelajar. Data yang dipungut telah

dinalisis menggunakan Statistical Packages for The Social Science (SPSS), versi

11.5. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data

iaitu dalam bentuk peratusan. Secara keseluruhannya kajian menunjukkan bahawa

kemahiran asas di dalam melukis graf dan mentafsir graf dikategorikan sebagai

sederhana. Beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan dalam laporan ini.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

vi

 

ABSTRACT

Graphing skills is a common skill that is related closely to science.

Creating and interpreting graph are an integral parts of experiment report writing.

Students should comprehend creating and interpreting graph skills in order to

communicate quickly and directly. The purpose of this research was to study the

graphing skills among final year students in the aspects of creating and interpreting

graph. 85 final year chemistry and science undergraduates in the Faculty of

Education, Universiti Teknologi Malaysia were involved in the study. The Test of

Graphing in Science (TOGS), version 3.0 was used as instrument to determine the

basic skills in graphing (creating and interpreting graph skills) of the students.

Collected data were analyzed by using Statistical Packages for The Social Science

(SPSS), version 11.5. Descriptive statistics in the form of percentage were used in

the data analysis. The result of this study showed that the basic skills in creating and

interpreting graph were categorized as moderate. Some implications and suggestions

were given at the end of the report.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.2.1 Pengajaran dan pembelajaran sains 4

1.2.2 Makmal dan kemahiran menggraf 6

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

viii

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Terminologi 11

1.10 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Sains dan Makmal 13

2.3 Kemahiran Menggraf 16

2.3.1 Melukis Graf 19

2.3.1.1 Penyusunan Data 19

2.3.1.2 Pemilihan Skala Yang Sesuai 19

2.3.1.3 Melukis dan Melabel paksi 22

2.3.1.4 Memplot Titik 23

2.3.2 Mentafsir Graf 24

2.3.2.1 Melihat Graf 25

2.3.2.2 Membaca Nilai 25

2.3.2.3 Mengaitkan Pemboleh ubah 26

2.3.2.4 MembuatRamalan 28

2.4 Kajian Tentang Menggraf 28

2.5 Kajian Tentang Kemahiran Saintifik 30

2.6 Penutup 32

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 33

3.2 RekabentukKajian 33

3.3 Populasi dan Pensampelan Kajian 34

3.4 Instrumen Kajian 34

3.5 Pengumpulan Data Sekunder 36

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

ix

3.6 Pentadbiran Instrumen 36

3.7 Kaedah Analisis Data 37

3.7.1 Kemahiran Menggraf Menggunakan TOGS 37

3.7.1.1 Kemahiran Melukis Graf 37

3.7.1.2 Kemahiran Mentafsir Graf 38

3.8 Penutup 39

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Kemahiran Menggraf Secara Keseluruhan 40

4.2.1 Kemahiran Melukis Graf 42

4.2.1.1 Penyusunan Data 43

4.2.1.2 Pemilihan Skala Yang Tepat 44

4.2.1.3 Melukis Dan Melabel Paksi 45

4.2.1.4 Memplot Titik 46

4.2.2 Kemahiran Mentafsir Graf 48

4.2.2.1 Melihat Graf 59

4.2.2.2 Membaca Nilai 50

4.2.2.3 Mengaitkan Pemboleh Ubah 51

4.2.2.4 Membuat Ramalan 53

4.3 Penutup 53

BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Rumusan Kajian 55

5.2.1 Kemahiran Melukis Graf 56

5.2.2 Kemahiran Mentafsir Graf 58

5.3 Implikasi 60

5.4 Cadangan Kajian Masa Depan 61

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

x

5.5 Penutup 62

RUJUKAN 63

Lampiran 70

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Sampel Kajian Mengikut Kursus 34

3.2 Pembahagian Soalan Berdasarkan Aspek

Kemahiran Melukis Graf 35

3.3 Pembahagian Soalan Berdasarkan Aspek

Kemahiran Mentafsir Graf 36

3.4 Kategori Prestasi Berdasarkan Skala Prestasi UTM 38

4.1 Prestasi Responden Dalam Kemahiran Melukis Graf 43

4.2 Prestasi Responden Dalam Aspek Penyusunan Data 44

4.3 Prestasi Responden Dalam Aspek Pemilihan Skala

Yang Tepat 45

4.4 Prestasi Responden Dalam Aspek Melukis Dan

Melabel Paksi 46

4.5 Prestasi Responden Dalam Aspek Memplot Titik 47

4.6 Prestasi Responden Dalam Kemahiran Mentafsir Graf 49

4.7 Prestasi Responden Dalam Aspek Melihat Graf 50

4.8 Prestasi Responden Dalam Aspek Membaca Nilai 51

4.9 Prestasi Responden Dalam Aspek Mengaitkan

Pemboleh ubah 52

4.10 Prestasi Responden Dalam Aspek Membuat Ramalan 53

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Bentuk Graf Yang Baik 20

2.2 Pemilihan Skala Yang Tidak Sesuai 21

2.3 Pemilihan Skala Yang Sesuai 21

2.4 Melukis dan Melabel Paksi 22

2.5 Memplot Titik Yang Betul Dan Garis Penyesuaian

Terbaik Yang Betul 24

2.6 Memplot titik dan garis penyesuaian terbaik yang salah 24

2.7 Beberapa Contoh Mengaitkan Pemboleh ubah

Di dalam Graf 27

3.1 Formula untuk mengira peratus keseluruhan prestasi

responden dalam aspek melukis graf. 38

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

xiii

SENARAI SIMBOL

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

PEKA - Pentaksiran Kerja Amali

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

KPS - Kemahiran Proses Sains

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

TOGS - Test of Graphing in Science

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas

KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu

TIPS - Test of Integrated Process Skills

SPSS - Statistic Package for the Social Sciences

MBL - Microcomputer Based Laboratory

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Soal Selidik TOGS dan Jawapan 70

B Surat Pemohonan Kebenaran Untuk Menggunakan

Soal Selidik TOGS Kepada Simranjeet Kaur Judge

A/P Charanjeet Singh melalui email 88

C Surat Kebenaran Menggunakan Soal Selidik dari

Simranjeet melalui email 89

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Sistem pendidikan di negara kita kini menampakkan gelombang yang

menarik selaras dengan hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang

tahun 2020 seperti ‘Wawasan 2020’ yang diaspirasikan oleh bekas Perdana Menteri

Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tanggal 28 Februari 1991. Justeru,

negara kita perlu untuk maju dalam semua aspek ekonomi, sosial, rohani, psikologi

dan budaya tetapi mengikut acuan Malaysia. Salah satu cabaran yang perlu ditangani

bagi merealisasikan ‘Wawasan 2020’ menyentuh secara khusus kepentingan sains

dan teknologi iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan

berpandangan jauh serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi

di masa hadapan. Bagi mencapai cabaran ini, negara perlu menyediakan rakyat yang

kreatif dan berketrampilan dalam sains dan teknologi.

Bagi menghadapi cabaran tersebut, pendidikan sains diwujudkan untuk

melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia untuk

membentuk budaya sains teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih

bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam (Meor

Ibrahim, 2001).

Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau

dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan Bahasa, 2005). Menurut Hadijah (2002),

sains bukan hanya pengetahuan sahaja, tetapi merupakan cara untuk menyoal dan

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

2

memahami persekitaran yang biasanya dilakukan secara sistematik. Pendekatan dan

pembelajaran sains itu sendiri melibatkan banyak prosedur, kaedah dan kemahiran

yang merupakan perkara asas yang perlu ada pada setiap pelajar sains. Conant (1951,

dalam Wong, 2003), mengatakan sains mempunyai dua bahagian iaitu statik dan

dinamik. Statik meletakkan sains sebagai pusat pengetahuan. Statik juga merupakan

maklumat-maklumat yang diperolehi untuk menerangkan kejadian alam. Kategori

dinamik sains meletakkan sains sebagai satu aktiviti.

Pengajaran tentang fakta-fakta sains hendaklah disampaikan dengan

menggunakan prosedur dan proses sains. Ini menjadi cabaran kepada para guru bagi

mewujudkan masyarakat saintifik yang dapat menyumbang kepada tamadun sains

dan teknologi. Sebagai pelaksana kurikulum pendidikan sains, para pendidik perlu

memikul tanggungjawab bersama bagi melatih bakal-bakal saintis atau

‘mensainskan’ masyarakat supaya ianya seiring dengan wawasan negara.

Hampir semua negara-negara maju memperkenalkan mata pelajaran Sains di

peringkat sekolah rendah lagi. Sebagai contoh, Singapura juga mempunyai satu

program sains yang memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains

(kemahiran saintifik yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis,

analitis dan sistematik) serta aktiviti “hands-on” .

Selaras dengan falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan Sains di Malaysia

memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berbudaya tahan serta

dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi. Kurikulum sains yang

diperkenalkan bagi melahirkan masyarakat yang celik sains dan teknologi serta

membangunkan sumber manusia yang terlatih dinamik dan produktif yang

menyumbang kepada pencapaian taraf negara maju yang ulung. Kecelikan sains

merupakan pemahaman saintifik pada aras yang sesuai dengan minat dan keperluan

murid. Aspek yang ditekankan ialah pemahaman konsep asas sains, kemahiran

proses sains, kemahiran manipulatif, sikap saintifik dan nilai-nilai murni.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

3

Pendidikan sains di sekolah menengah Malaysia telah melalui proses

perubahan yang pesat sejak mencapai kemerdekaan. Kementerian Pendidikan sejak

1960-an telah mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains.

Beberapa perubahan kurikulum sains yang dilakukan, termasuklah Projek Khas Sains

Sekolah Rendah, Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah dan

Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi, Fizik, Kimia dan Rampaian Sains) bagi

Sekolah Menengah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sehubungan dengan ini panduan

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains dihasilkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum bagi mempertingkatkan penilaian prestasi pelajaran sains, khususnya

melibatkan penguasaan kemahiran saintifik pelajar. PEKA diperkenalkan pada tahun

1999 kepada tingkatan IV dan V bagi mengantikan peperiksaan Amali Biologi, Fizik,

Kimia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan maklumat yang

diperolehi, guru penilai boleh mengetahui tahap pencapaian kemahiran tertentu

individu pelajar. Justeru, membolehkan pelajar memperbaiki mutu pembelajaran

melalui tindakan susulan yang diambil oleh guru (Abu Hassan, 2003).

Dalam kurikulum sains KBSM amnya, proses pengajaran dan pembelajaran

haruslah berteraskan pembelajaran menerusi pengalaman sendiri seseorang pelajar

yang mengutamakan pendekatan inkuiri dan penemuan (terpimpin) serta

penyelesaian masalah. Matlamat pendidikan sains akan tercapai dengan memberi

peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan

kemahiran saintifik secara inkuiri (Mohd Najib dan Mohd Yusof, 1995). Bagi

membolehkan pelajar menjalankan aktiviti penyiasatan dengan bersistem dan

berkesan, mereka perlu menguasai kemahiran saintifik dengan baik. Tanpa

menguasai kemahiran ini, aktiviti sains yang dijalankan adalah sama seperti

‘membuat kuih’ dengan mengikut resepi yang telah tersedia (Abu Hassan, 2004).

Penguasaan kemahiran saintifik adalah penting kerana ia merupakan salah satu

keperluan dalam pendidikan sains. Pendedahan kemahiran saintifik di kalangan

pelajar akan menyediakan mereka untuk mendapatkan pengetahuan sains seterusnya

menimbulkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Dengan ini,

kemahiran saintifik akan menjuruskan pelajar ke arah pemikiran secara kritis, kreatif

dan analitis (Tobin dan Copie, 1980).

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

4

Kemahiran menggunakan graf merupakan salah satu Kemahiran Proses Sains

Asas yang sangat penting dalam Kemahiran Berkomunikasi dan dalam Kemahiran

Proses Sains Bersepadu iaitu Kemahiran Mentafsir Maklumat. Menurut Cardamone

(1981), ramai yang tahu tentang fasa-fasa graf tetapi tidak ramai yang tahu untuk

menghasilkan sebuah graf. Oleh itu kemahiran menggraf perlu didedahkan agar

pelajar mengetahui cara menghasilkan sebuah graf yang betul. Beberapa kajian

menunjukkan kebanyakan pelajar hanya menghadapi sedikit masalah di dalam

membaca data dan graf atau memplot graf tetapi menghadapi masalah dalam

kemahiran menggraf pada peringkat yang lebih tinggi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Antara perkara yang dibincangkan dalam kajian ini ialah pengajaran dan

pembelajaran sains serta makmal dan kemahiran menggraf.

1.2.1 Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Semenjak awal 1990, para saintis dan pendidik sains telah menekankan

pentingnya mengajar cara saintifik kerana mata pelajaran sains berbeza dengan

pembelajaran mata pelajaran lain. Pembelajaran sains tidak dapat dipraktikkan

dengan hanya mentelaah isi kandungan, tetapi harus disusuli dengan aktiviti

praktikal. Cara saintifik ini adalah satu set kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran Proses Sains (KPS) di dalam bilik darjah dengan adanya aktiviti dan soal

selidik.

Pelajar perlu berminat dalam sesuatu benda untuk memudahkan mereka

memahami dan menerima sesuatu perkara tersebut. Sama juga seperti mempelajari

mata pelajaran sains, untuk memudahkan seseorang itu mempelajari dan memahami

mata pelajaran sains, mereka perlu berminat dalam mata pelajaran tersebut. Langkah

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

5

Kementerian Pendidikan Malaysia menitikberatkan kemahiran saintifik dalam

kurikulum sains adalah usaha untuk memupuk minat pelajar terhadap sains dan untuk

membentuk pelajar yang berbudayakan sains dan teknologi serta dapat menggunakan

pengetahuan sains secara kreatif untuk menyelesaikan masalah harian.

Penguasaan pelajar dalam kemahiran proses sains amat perlu di peringkat

rendah kerana ia akan membantu proses pembelajaran pelajar di peringkat sekolah

menengah dan seterusnya peringkat tinggi. Berdasarkan Kajian yang dilakukan oleh

Rohani (1996), menyatakan tahap penguasaan kemahiran saintifik di kalangan

pelajar peringkat SPM adalah di tahap yang minima.

Sains bukan sahaja satu aspek penting dalam pengalaman harian seseorang

tetapi merupakan gerak balas kepada sifat ingin tahu manusia serta keinginan

manusia untuk membina satu kehidupan yang lebih baik di alam ini. Pendidikan

sains secara amnya dapat menawarkan satu cara bernilai untuk menyelidik dan

memahami alam. Sains juga merangkumi proses dan hasil. Proses yang dikenal pasti

dalam sains adalah mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, menjalankan

eksperimen, membuat inferens dan membuat kesimpulan. Manakala hasil dari proses

sains ialah konsep, prinsip, hukum dan teori. Daripada proses dan hasil ini ianya

boleh dipecahkan kepada dua, penaakulan induksi dan penaakulan deduksi. Menurut

PPK (1994) :

Penaakulan Induksi : Jika prinsip atau hukum am diperolehi berdasarkan fakta

tertentu.

Penaakulan Deduksi : Jika seseorang itu menemui sesuatu keadaan dan kesimpulan

mengenainya dibuat berdasarkan hukum am yang telah

diterima.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

6

1.2.2 Makmal dan Kemahiran Menggraf

Makmal telah digunakan di dalam mata pelajaran sains sejak lewat tahun

1800 semasa mata pelajaran sains mula diajar. Salah satu objektif awal sains ialah

menyediakan kemahiran vokasional (Raizen, 1991). Peranan ini menjadi kurang

penting dengan berubahnya pandangan pembelajaran sains. Kelak, makmal hanya

digunakan untuk menerangkan fakta dan prinsip dan untuk menyediakan latihan

pekerjaan dalam kaedah sains.

Pada tahun 1960, makmal telah diubah suai oleh saintis Amerika untuk

memperkenalkan pembelajaran aktif kepada pelajar (Linn et al., 1994). Pelajar telah

digalakkan membuat eksperimen seperti seorang saintis. Makmal telah dibuat untuk

menyediakan pelajar pengalaman pertama membuat eksperimen di dalam konsep

sains bukan seperti mengikut cara tradisional melakukan eksperimen dengan

mengikut kaedah eksperimen seperti mengikut resipi masakan.

Makmal dan sains tidak dapat dipisahkan kerana dengan melakukan

eksperimen sahaja konsep sains mudah diterima dan difahami oleh pelajar. Inilah

sebab mengapa Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan aktiviti “hands-on”

dibuat di sekolah agar pelajar dapat mengaitkan teori yang diajar oleh guru dan

konsep sains dengan mudah.

Mckenzie dan Padilla (1986) menyatakan bahawa pelajar memerlukan

kemahiran untuk mentafsir data dan graf di dalam kelas sains kerana pelajar perlu

untuk mengumpul data dari eksperimen sains di dalam makmal, perlu menggraf data

untuk meramalkan hubungan antara pemboleh ubah, menentukan persamaan algebra

dari graf dan mencuba untuk memenuhi syarat perhubungan yang terbentuk. Graf

berkomunikasi secara cepat dan terus untuk mengetahui dapatan eksperimen yang

didapati. Melalui graf pelbagai maklumat dapat di ringkaskan dan merupakan media

yang paling berkesan yang digunakan dari dulu hingga sekarang. Kepentingannya

terletak pada maklumat-maklumat yang dapat digabungkan dan dianalisis dengan

jelas dan mudah.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

7

Kemahiran menggraf merupakan salah satu di antara kemahiran asas yang

setiap pelajar dan guru perlu kuasai kerana bentuk-bentuk grafik memerlukan

kemahiran asas dalam bidang grafik untuk penggunaannya. Contoh-contoh bentuk

grafik yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah seperti carta,

graf, gambarajah yang menyumbang banyak maklumat yang bukan berbentuk teks.

Cara penggunaan yang perlu dikuasai ialah bagaimana untuk mentafsir,

mengeluarkan maklumat, melihat perkaitan dan membina graf.

Beberapa permasalahan telah dikenalpasti dalam kemahiran menggraf.

Menurut McDermott, Rosenquinst dan van Zee (1987), kebanyakan pelajar

mengalami masalah dalam melukis dan mentafsir graf. Ini dapat dibuktikan juga

dalam laporan yang dilakukan oleh Kamarul Baharin dalam Hernani (2000) iaitu

masih terdapat lagi pelajar yang lemah dalam menginterprestasikan graf dan data.

Kerana kekurangan kemahiran asas seperti menggraf menyebabkan pelajar tidak

memahami konsep fizikal. Tanpa mengetahui konsep, semua pembelajaran akan

menjadi pembelajaran hafalan dan bukan lagi pembelajaran bermakna (Hanafi dan

Shaharom, 2002). Brasell dan Rowe (1993) menyatakan bahawa kebanyakkan

pelajar menunjukkan kesukaran dalam melukis graf untuk mempersembahkan set

data yang diberi. Beberapa masalah lain yang dikesan meliputi label graf yang tidak

lengkap, tertukar pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar, skala yang tidak

seimbang dan penyambungan titik penyesuaian terbaik .

Kekurangan menguasai kemahiran asas seperti kemahiran menggraf

kemungkinan menentukan pelajar untuk gagal memenuhi kemahiran sains seperti

analisis dan sintesis data (Padilla, Okey dan Dillashaw, 1983). Kajian juga

membuktikan bahawa pelajar mempelajari dengan berkesan jika melukis graf dengan

tangan.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak

8

1.3 Pernyataan Masalah

Terdapat sedikit kajian tentang kemahiran menggraf terhadap pelajar tahun

akhir aliran sains. Oleh itu, kajian ini memfokus kepada kemahiran melukis dan

mentafsir graf di kalangan pelajar tahun akhir aliran sains kerana mereka merupakan

bakal guru yang akan mengajar mata pelajaran sains di sekolah kelak. Kajian ini

penting supaya mereka menguasai kemahiran asas ini agar tidak berlaku masalah di

sekolah kelak kerana kajian menunjukkan berlaku masalah dalam penggunaan graf

dalam menjawab kertas soalan sains 1 dan 2. Terdapat pelajar yang gagal

menentukan skala graf secara konsisten dan tidak dapat membezakan carta palang

dengan graf garis (Lembaga Peperiksaan Malaysia, SPM 2002).

Merujuk kepada masalah tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

apakah kemahiran menggraf pelajar yang memberi fokus pada kemahiran melukis

dan mentafsir graf. Aspek penggunaan graf yang akan dikenal pasti ialah penyusunan

data, pemilihan skala yang tepat, melukis dan melabel paksi dan memplot titik iaitu

dalam kemahiran melukis graf serta melihat graf, membaca nilai, mengaitkan

pemboleh ubah dan membuat ramalan dalam kemahiran mentafsir graf.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kemahiran asas menggraf bagi

pelajar tahun akhir aliran sains Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

berdasarkan kepada kemahiran melukis graf dan kemahiran mentafsir graf.