universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan...

21
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEFAHAMAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN TAHUN EMPAT UTM. SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MD AZMAN BIN PARMIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 106, JLN BUNGA TANJUNG, PM DR. SETH BIN SULAIMAN TMN PERTAMA, 45200 SABAK BERNAM NAMA PENYELIA Tarikh: ______________________ Tarikh: _______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 21-Sep-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KEFAHAMAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN TAHUN EMPAT UTM.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya MD AZMAN BIN PARMIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

106, JLN BUNGA TANJUNG, PM DR. SETH BIN SULAIMAN TMN PERTAMA, 45200 SABAK BERNAM NAMA PENYELIA

Tarikh: ______________________ Tarikh: _______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”

Tandatangan : ______________________________________

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN

Tarikh : ______________________________________

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

i

KEFAHAMAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM KALANGAN

PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN TAHUN 4 UTM

MD AZMAN BIN PARMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :________________________

Nama Penulis : MD AZMAN BIN PARMIN

Tarikh :________________________

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyanyang

Hanya Engkaulah Tempat Ku Berserah

Buat ayah dan ibuku,

Hj Parmin Bin Madikram dan Hjh Siti Masni Binti Manaf

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu diungkapkan

dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang

maha mengetahui dan membalasnya .

Buat yang tercinta

Isteri yang amat disayangi Rugayah Binti Wahid

Terima kasih atas pengorbananmu

Serta

Untuk anak-anak yang dikasihi

Nurul Ain, Nurul Hamizah, Muhammad Khairi dan Muhammad Faris

Kau adalah semangatku

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

PM Dr Seth Bin Sulaiman

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan

Yang sentiasa bersama menempuh suka dan duka

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kurniaNya, kajian ini

telah berjaya disempurnakan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia

Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran dan dorongan yang telah

diberikan dalam sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada para pensyarah dan pelajar-pelajar

tahun empat Fakulti pendidikan yang terlibat dalam kajian kerana telah memberi kerja

sama yang baik semasa proses kajian ini dijalankan.

Di samping itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-

rakan seperjuangan khususnya cikgu Syed Muammar, cikgu Khairu, cikgu Syamsul

dan cikgu Zawawi di atas kerja sama, tunjuk ajar, nasihat serta dorongan yang telah

diberikan

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk meninjau tahap kefahaman kemahiran mengawal

pemboleh ubah dan kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan pelajar Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan Tahun Empat UTM. Pemboleh ubah bebas terlibat adalah

pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan mengikut pengkhususan

pengajian. Seramai 62 orang pelajar daripada tiga pengkhususan terlibat dalam kajian

ini iaitu 4SPN, 4SPC dan 4SPP. Alat kajian yang digunakan adalah Ujian Kefahaman

Mengawal Pemboleh ubah Dan Membuat Hipotesis (UPKPH) yang mempunyai 40 item

berbentuk soalan aneka pilihan dan maklumat peribadi responden. Setiap kemahiran

mempunyai 20 soalan yang berkaitan. Kebolehpercayaan alat kajian UPKPH adalah α =

0.86. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan piawai dan ujian anova

digunakan dalam tata cara menganalisis data. Analisis data adalah menggunakan

perisian SPSS versi 14.0. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap

kefahaman kemahiran mengawal pemboleh ubah dan kemahiran membuat hipotesis

secara keseluruhan dan mengikut pengkhususan adalah pada tahap baik. Melalui ujian

anova satu hala yang dijalankan didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan

terhadap tahap kefahaman kemahiran mengawal pemboleh ubah dan kemahiran

membuat hipotesis mengikut pengkhususan pengajian.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

vi

ABSTRACT

This study is aimed at looking at the levels of science process skills namely

controlling variable and making hypothesis among fourth year Science Education

students of UTM. The independent variable is fourth year education students with

different study programs. Sixty two students from 4SPN, 4SPC and 4SPP programs

were involved in this study. Research instrument used was UPKPH which contains 40

items of multiple choice questions and students’ biodata. Each skill has twenty

questions. The instrumen’s realibity coefficient was found to be α = 0.86. Data obtained

was analyzed statistically in terms of mean, standard deviation and anova statistics

using SPSS version 14.0. The findings showed that the levels of science process skills,

controlling variables and making hypothesis respectively among the students in the

three study programs were “good”. There were no significant differences between

students in the three programs in their levels of both science process skills.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

vii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Singkatan xii

Senarai Lampiran xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Kepentingan Kemahiran Proses Sains 7

1.8 Istilah 9

1.8.1 Kemahiran Saintifik 9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

viii

1.8.2 Kemahiran Proses Sains 9

1.8.3 Kemahiran Proses Sains Bersepadu 9

1.8.4 Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah 10

1.8.5 Kemahiran Membuat Hipotesis 10

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahuluan 12

2.2 Kemahiran Proses Sains (KPS) Secara Umum 12

2.2.1 Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah 15

2.2.2 Kemahiran Membuat Hipotesis 18

2.3 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan KPS 20

2.3.1 Kajian-kajian Tentang KPS Dalam Negara 21

2.3.2 Kajian-kajian Tentang KPS Luar Negara 28

2.4 Penutup 32

BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Subjek Kajian 33

3.4 Alatan Kajian 34

3.5 Kajian Rintis 35

3.6 Analisa Data 36

3.7 Rumusan 37

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

ix

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 39

4.2 Profil Responden 40

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah

Mengikut Pengkhususan 41

4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Membuat Hipotesis

Mengikut Pengkhususan 42

4.5 Perbandingan Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal

Pemboleh Ubah Mengikut Pengkhususan 43

4.6 Perbandingan Tahap Kefahaman Kemahiran Membuat

Hipotesis Mengikut Pengkhususan 44

4.7 Rumusan 45

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 46

5.2 Rumusan Kajian 46

5.3 Perbincangan Kajian 48

5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal

Pemboleh Ubah Mengikut Pengkhususan 48

5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Membuat

Hipotesis Mengikut Pengkhususan 49

5.3.3 Perbandingan Tahap Kefahaman Mengawal

Pemboleh Ubah Mengikut Pengkhususan 50

5.3.4 Perbandingan Tahap Kefahaman Membuat

Hipotesis Mengikut Pengkhususan 50

5.4 Cadangan Penyelesaian 51

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

x

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 53

5.6 Penutup 54

BIBLIOGRAFI 55

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Item Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah

Dan Membuat Hipotesis 35

3.2 Perhubungan Antara Markat Min dan Tahap Kefahaman

Bagi Kedua-dua Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah

dan Membuat Hipotesis 37

4.1 Bilangan dan peratus responden mengikut pengkhususan 40

4.2 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman kemahiran

mengawal pemboleh ubah mengikut pengkhususan 40

4.3 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman kemahiran

membuat hipotesis 41

4.4 Analisis Post-Hoc ANOVA Tukey terhadap perbezaan tahap

Kefahaman kemahiran mengawal pemboleh ubah mengikut

pengkhususan 42

4.5 Analisis Post-Hoc ANOVA Tukey terhadap perbezaan tahap

kefahaman kemahiran membuat hipotesis mengikut

pengkhususan 44

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

xii

SENARAI SINGKATAN

1. RKJP2 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke Dua

2. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

3. PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

4. KPS - Kemahiran Proses Sains

5. SPN - pengkhususan Sains teras

6. SPC - pengkhususan kimia

7. SPP - Pengkhususan fizik dan computer

8. SPF - Pengkhususan fizik

9. P&P - Pengajaran dan pembelajaran

10. KS - Kemahiran saintifik

11. KPS - Kemahiran proses sains

12. KPSB - Kemahiran proses sains bersepadu

13. KPSA - Kemahiran proses sains asas

14. PEKA - Penilaian kerja amali

15. UPKPH - Ujian Pencapaian Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah

dan Kemahiran Membuat Hipotesis

16. SPSS - Statistical Package for Social Science

1.7 UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Contoh set item 60

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menjelang tahun 2020, negara kita berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju

seperti mana yang diucapkan oleh bekas perdana menteri ke empat, Tun Dr Mahathir

bin Mohamad pada 28 Februari 1991. Negara maju yang diinginkan adalah mengikut

acuan kita sendiri iaitu mempunyai nilai-nilai moral dan agama yang tinggi seperti

mana yang terkandung di dalam salah satu daripada sembilan cabaran yang perlu

dihadapi.

Dari segi kemajuan dan pembangunan ekonomi, penekanan diberikan kepada

sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi . Ini selaras dengan cabaran

ke enam yang menyatakan,” untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh ke

hadapan serta penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan”

( Jabatan Perdana Menteri,1991)

Manakala daripada perspektif pendidikan pula, ada dinyatakan dalam Rangka

Rancangan Jangka Panjang Ke Dua (RKJP2) dimana usaha-usaha dalam bidang

pendidikan dan latihan akan diteruskan untuk melahirkan warga negara yang

mempunyai keseimbangan dari segi pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan memberi

tumpuan kepada sains dan teknologi, nilai-nilai rohani serta moral yang tinggi, rasa

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

2

tanggungjawab, berdaya cipta, bermudah lentur kendiri dan berupaya memberi

sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang harmoni, makmur dan bersatu.

Sekolah sebagai sebuah institusi perlu memainkan peranan penting dalam

menyediakan tenaga mahir iaitu guru pakar sains atau guru yang benar-benar

mempunyai sifat profesionalisme dalam bidang sains untuk memberi komitmen

sepenuhnya kepada sistem pedidikan negara. Pendek kata, guru memainkan peranan

yang sangat penting bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam penggunaan

kemahiran proses sains (KPS) supaya mempunyai tahap penguasaan yang tinggi.

Bagaimanapun, guru perlu sentiasa bersiap sedia untuk menambah ilmu pengetahuan

dalam penguasaan KPS supaya dapat membimbing pelajar dengan lebih berkesan.

Kefahaman bahawa pengajaran adalah proses memberi fakta dan maklumat serta

melatih bagaimana fakta itu boleh dihafalkan dan diingati perlu diubah. Proses

pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dan diikhtiraf sebagai proses pendidikan

bersepadu dan menyeluruh dengan maksud mewujudkan situasi budaya ilmu yang

merangsangkan kesamarataan peluang. Proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan juga adalah yang menggabungkan elemen-elemen lain yang penting seperti

pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam mewujudkan insan yang harmonis di samping

bersifat kreatif dan inovatif.

Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang maju adalah kerana ia maju

dalam bidang sains dan teknologi seperti revolusi industri yang berlaku di barat.

Kemajuan yang diimport tidak akan menjamin kesejahteraan yang berterusan kerana

kemungkinan negara akan terus bergantung kepada teknologi dan sumber luar adalah

sangat besar. Pergantungan ini dapat dielakkan jika KPS dalam sistem pendidikan kita

dapat dipertingkatkan.( Mohd Najib, 1999)

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM), kita tidak harus hanya memberi penekanan terhadap konsep,

prinsip, aplikasi sains, fakta dan nilai-nilai murni sahaja, tetapi juga memberi

penumpuan kepada Kemahiran Saintifik (KS) yang meliputi Kemahiran Proses Sains

(KPS) dan Kemahiran Proses Manipulatif (KPM). (PPK,1988). Sebelum memahami

dan menguasai KS, terlebih dahulu kita harus mengetahui apa itu sains. Menurut

kebanyakan ahli sains fisiologi, sains boleh didefinisikan sebagai satu proses atau

kaedah bagi menghasilkan ilmu. Selain itu, sains juga digambarkan sebagai satu kaedah

yang logik atau satu kaedah yang spesifik untuk diikuti dalam penyelesaian masalah

(Larry, B.C.,1997)

Pengkaji akan menghuraikan beberapa faktor dan sebab bagi menyokong

kajian terhadap tahap kefahaman KPS dalam kalangan pelajar tahun empat Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan , Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Pertama, kurangnya kefahaman terhadap KPS dan tidak mempunyai asas sains

yang kukuh di dalam diri guru maka ini akan menyebabkan guru tidak berupaya

mengajar dengan berkesan. Ini adalah masalah serius kerana ia boleh menyebabkan

pelajar-pelajar yang diajar oleh guru berkenaan akan turut tidak dapat memahami KPS.

Chong Ah Hoi (1990) telah menjalankan satu kajian mengenai penekanan guru yang

mengajar sains iaitu Sains Paduan Tingkatan Tiga terhadap KPS semasa mengajar.

Hasil kajian menunjukkan bahawa penekanan guru kepada KPS hanya pada tahap

sederhana. Ini bermakna, corak pengajaran guru sangat mempengaruhi tahap KPS

seseorang pelajar.

Kedua, menurut kajian oleh Sharifah dan Lewis (1993), sistem pendidikan di

Malaysia lebih berpusat kepada guru dan tidak menitikberatkan kerja-kerja amali, iaitu

didapati peratusan guru menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sains yang

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

4

memerlukan penggunaan KPS adalah kurang 35%. Di sini, dapat dilihat bahawa usaha

dan galakan untuk memahami KPS harus bermula daripada para guru terlebih dahulu.

Ketiga, kajian Abdullah et al (1996), berpendapat bahawa guru menghadapi

masalah dalam menerapkan KPS kepada pelajar. Kebanyakan guru menghadapi

masalah membuat perancangan dan penyesuaian dalam melaksanakan aktiviti amali

sains dan seterusnya akan mempengaruhi penerapan KPS ke dalam amali sains.

Keempat, guru yang mengajar sains kurang yakin serta kurang pengetahuan

tentang KPS yang mereka kena ajar berbanding dengan guru kurikulum lain (Mc

Dermott,1992, holroyd dan Haslen, 1996).

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan, pengkaji merasakan

satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti tahap kefahaman KPS dalam kalangan

pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Memandangkan skop KPS terlalu luas, maka pengkaji hanya memfokuskan

kajian ini kepada dua jenis KPSB iaitu kemahiran mengawal pemboleh ubah dan

kemahiran membina hipotesis.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

5

1.4 Persoalan Kajian.

Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, kajian yang dijalankan ini

sebenarnya bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan berikut:

1) Apakah tahap kefahaman kemahiran mengawal pemboleh ubah dalam kalangan

pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dalam pengkhususan

Sains Teras (4SPN), Kimia (4SPC) dan Fizik (4SPP), Universiti Teknologi Malaysia

secara keseluruhan dan mengikut pengkhususan?

2) Apakah tahap kefahaman kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan

pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dalam pengkhususan

Sains Teras (4SPN), Kimia (4SPC) dan Fizik (4SPP), Universiti Teknologi Malaysia

secara keseluruhan dan mengikut pengkhususan?

3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman

kemahiran mengawal pemboleh ubah dalam kalangan pelajar-pelajar tahun empat

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dalam pengkhususan Sains Teras (4SPN), Kimia

(4SPC) dan Fizik (4SPP), Universiti Teknologi Malaysia?

4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman

kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan dalam pengkhususan Sains Teras (4SPN), Kimia (4SPC)

dan Fizik (4SPP), Universiti Teknologi Malaysia ?

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tulus dan ikhlas kepada penyelia Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran

6

1.5 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah seperti berikut:

1) Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengawal pemboleh ubah dalam

kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dalam

pengkhususan sains teras (4SPN), Kimia (4SPC) dan Fizik (4SPP), Universiti

Teknologi Malaysia secara keseluruhan dan mengikut pengkhususan

2) Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan

pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dalam pengkhususan

sains teras (4SPN), Kimia (4SPC) dan Fizik (4SPP), Universiti Teknologi Malaysia

secara keseluruhan dan mengikut pengkhususan

3) Mengenal pasti perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman kemahiran

mengawal pemboleh ubah dalam kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan dalam pengkhususan Sains Teras (4SPN), Kimia (4SPC), dan

Fizik (4SPP), Universiti Teknologi Malaysia.

4) Mengenal pasti perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman kemahiran

membina hipotesis dalam kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan dalam pengkhususan Sains Teras (4SPN), Kimia (4SPC), dan Fizik

(4SPP), Universiti Teknologi Malaysia.