universiti teknologi malaysia - fp.utm.my filetidak lupa juga kalungan terima kasih buat...

26
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). KESEDIAAN BAKAL GURU SISWAZAH YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU UNTUK MENGAJAR MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN 2007/2008 MALATHY A/P KUBERAN ( ) PN ADIBAH BTE ABDUL LATIF NO 108 JLN BINTANG UTAMA 3, TMN BINTANG UTAMA, 8100 SENAI , JOHOR. 2 MEI 2008 28 APRIL 2008

Upload: lamkhanh

Post on 22-Jul-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi

pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

KESEDIAAN BAKAL GURU SISWAZAH YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU UNTUK MENGAJAR MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

2007/2008

MALATHY A/P KUBERAN

( √ )

PN ADIBAH BTE ABDUL LATIF NO 108 JLN BINTANG UTAMA 3, TMN BINTANG UTAMA, 8100 SENAI , JOHOR.

2 MEI 2008 28 APRIL 2008

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

KESEDIAAN BAKAL GURU SISWAZAH YANG MENGIKUTI PROGRAM

KHAS PENSISWAZAHAN GURU UNTUK MENGAJAR MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN. SATU KAJIAN KES.

MALATHY A/P KUBERAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”

Tanda tangan : …………………………………….

Nama Penyelia :

Tarikh : .........................................................

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : MALATHY A/P KUBERAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

iv

DEDIKASI

Buatmu suami yang di cintai,

EN.K.Shanmugam

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini... Tidak akan kulupai,

Buatmu ibu yang disanjungi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini...

Buatmu anak-anak yang kasihi

S.Anantha Kumar

S.Rajalechumy

Semoga berjaya dalam hidupmu,

Buatmu pembimbing yang disanjungi

Pn Adibah Bte Abdul Latif

Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan

Tidak akan kulupai...

Buat teman yang dirindui,

P.Puvaneswari Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

Akan kukenangi selamanya...

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

v

PENGHARGAAN

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi

kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih

juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat

dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pembimbing

tesis, Pn Adibah Bte Abdul Latif atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

tanpa mengira masa dan bangsa sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Tidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga

4SPH. Terima kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam penulisan ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan bakal guru siswazah

yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru untuk mengajar mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian ini menyentuh dua aspek iaitu sikap dan kemahiran bakal guru siswazah

tersebut. Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik kepada

semua bakal guru siswazah tahun 4 kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

di Fakulti Pendidikan, UTM. Respondennya adalah seramai 100 orang .Instrumen

kajian adalah dalam bentuk soal-selidik dan nilai kebolehpercayaan (alpa croanbach)

yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159.. Data mentah dianalisis

menggunakan perisian SPSS Statistical Package For Sosial Science 11.5 meliputi

kekerapan, peratus, min, sisihan Piawai dan Ujian-t. Semua hasil dapatan dikumpul

dan dirumuskan bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Semua hasil

dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi mendapatkan satu gambaran yang jelas

mengenai kesediaan bakal guru siswazah untuk mengajar mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bakal guru siswazah PKPG

menunjukkan kesediaan dari segi sikap dan kemahiran untuk mengajar mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Berdasarkan Ujian-t didapati bahawa

tiada perbebezaan yang dikenalpasti antara jantina

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to see the level of implimentation of Living Skill

subject and the factors that influence the Living Skill teachers in teaching and

learning process. This study has been conducted among 10 Tamil schools in the

Johor Bharu district with the focus at the level of teachers knowledge, interest,

workload, workshop facilities and equipments and aslo the support of the

administrator. 50 primary school teachers teaching Living Skill were choose as

respondents in this research. The instrument in the research was questionnaire and

the value of reliability ( alpa’s croanbach ) in the pioneer research is α =0.7636. The

SPSS Statistical Package For Social Science 11.3 were used in the data analysis and

it is including frequency, percent, mean, standart devition and T-test. The finding of

the research shows that knowledge factor and interest of teachers factor play an vital

role. Meanwhile the workshop facilities and support from school administrator and

workload were in moderate level. Based on the T-test, it is shows that there is no

identified differences between the gender with the other factors that have been

studied in this research. This study should be carried out throughout the country to

get a more precised outcome. A few recommendations have been made in this study

to the relevant authorities in order to give a special attention on the problem of

teaching and learning of Living Skill subject in Tamil schools. This study should be

carried out throughout the country to get a more precised outcome.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI SINGKATAN

xiv

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

ix

BAHAGIAN SATU PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Kesediaan 10

1.9.2 Sikap 10

1.9.3 Kemahiran 10

1.9.4 Pengetahuan 11

1.9.5 Pelajar PKPG 11

1.9.6 Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 11

1.10 Penutup 12

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

x

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Tahap Kesediaan 14

2.3 Sikap 15

2.4 Kemahiran 19

2.5 Kemahiran Dan Pengetahuan AutoCad 20

2.8 Pengetahuan Dan Kemahiran Guru 21

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 23

3.2 Rekabentuk kajian 24

3.3 Kerangka Operasi 24

3.4 Tempat Kajian 26

3.5 Sampel Kajian 26

3.6 Intrumen Kajian 27

3.7 Kajian Rintis 30

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan soal selidik 30

3.9 Prosedur kajian 31

3.10 Analisis Data 32

3 10.1 Min 32

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

xi

3.10.2 Ujian-t 34

3.11 Andaian kajian 35

3.12 Penutup 36

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Keputusan Bahagian A 38

4.2.1 Analisis Data Mengikut Jantina 38

4.3 Keputusan Bahagian B 39

4.3.1 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 1 39

4.3.1.1 sikap 39

4.3.2 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 2 43

4.3.1.2 Kemahiran 43

4.4 Perbincangan Dapatan Hipotesis 48

4.4.1 Hipotesis nol 1 48

4.4.2 Hipotesis nol 2 48

4.5 Penutup 48

BAHAGIAN LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

xii

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 50

5.2 Rumusan Kajian 51

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Guru PKPG 51

5.2.2 Rumusan Hasil Dapatan Kajian 51

5.2.3 Sikap 51

5.2.4 Kemahiran 52

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 52

5.3.1 Persoalan kajian 1:Sikap 52

5.3.2 Persoalan kajian 2:Kemahiran 53

49

5.3.3 Persoalan Kajian 3 58

5.3.4. Persoalan Kajian 4 59

5.4 Cadangan 57

5.4.1 Guru 59

5.4.2 Pihak Sekolah 61

5.4.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 61

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.6 Penutup 62

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI 64-67 -

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.2 Jadual Taburan saiz populasi 26

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

xiv

3.3 Jadual Penentuan saiz sampel 27

3.4 Jadual Pembahagian item mengikut Persoalan Kajian 29

3.5 Skala Likert 29

3.6 Pengkelasan Berdasarkan Markat Skor 33

3.7 Klasifikasi statistik mengikut persoalan kajian 33

3.8 Jadual ringkasan Pengujian Statistik 33

4.1 Taburan responden mengikut Jantina 38

4.2 Taburan frekuensi dan peratusan bagi aspek sikap 39

4.3 Taburan Bilangan responden mengikut sikap 43

4.4 Taburan frekuensi dan peratusan bagi aspek Kemahiran 44

4.5 Taburan Bilangan responden mengikut kemahiran 47

4.6 Jadual Ujian t 48

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

xv

SENARAI LAMPIRAN NO.RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Kerangka Operasi Kajian 25

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

xvi

SENARAI SINGKATAN

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah SMH Sekolah Menengah Harian

SMS Sekolah Menengah Sains

LK Lukisan Kejuruteraan

LG Lukisan Geometri

LAV Lukisan Aliran Vokasional

SMT Sekolah Menengah Teknik

BPG Bahagian Pendidikan Guru

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Package For the Social Sciences

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Pengesahan Soal Selidik

C Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

D Data Analisis SPSS

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Sejajar dengan pembangunan teknologi semasa, negara memerlukan masyarakat

yang celik terhadap teknologi dan sains, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan

berpandangan jauh malah mampu menjadi pengguna teknologi serta menyumbangkan

tenaga kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa hadapan. Sehubungan dengan

itu bagi melahirkan generasi yang berteknologi tinggi dan berdaya maju, asas-asas

kemahiran dan minat terhadap unsur-unsur teknologi perlu disemai di peringkat sekolah

lagi. Pelajar-pelajar mestilah didedahkan dengan pengetahuan yang semaksima yang

mungkin dan berkemahiran yang tinggi setanding dengan permintaan tenaga kerja di

dalam sektor pembuatan yang berkembang pesat pada masa ini.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia

(1995) telah menggariskan satu ketetapan bagi membantu negara Malaysia untuk

menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. Dengan itu Bahagian Pendidikan

Teknik dan Vokasional terus diperkembangkan bidang tugas semata-mata bagi

memenuhi matlamat utamanya seperti:

(i) Membantu negara dalam proses pembangunan industri melalui program

pendidikan teknik dan vokasional yang mengeluarkan tenaga manusia

terlatih serta berpengetahuan teknikal.

(ii) Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan

pelajaran di dalam bidang teknologi.

(iii) Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan

teknologi.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

2

(iv) Memperkembangkan sikap pekerjaan yang positif, bertanggungjawab dan

berdisiplin di kalangan pelajar.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) adalah diantara mata pelajaran yang

baru diperkenalkan oleh KBSM bagi menyediakan pelajar-pelajar ke arah pembangunan

teknologi dan sains. Mata pelajaran LK diperkenalkan sebagai salah satu mata pelajaran

elektif baru kumpulan II (vokasional dan teknologi) bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5

dalam program KBSM di sekolah teknik pada tahun 1992. Mata pelajaran LK mula

diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian (SMH) dan Sekolah Menengah Sains

(SMS) setelah kerajaan meluluskannya melalui Pelan Tindakan Peningkatan

Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal Kementerian Pendidikan (Laporan Mesyuarat

Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknikal di Sekolah Menengah Harian, 1998).

Matlamat pelaksanaan mata pelajaran LK di Sekolah Menengah Harian dan

Sekolah Menengah Sains ini adalah untuk meningkatkan lagi keluaran jurutera dan

juruteknik menjelang tahun 2020 selaras dengan unjuran yang telah dibuat dalam

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua. Menjelang tahun 2020 seramai 251,900

orang diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan jurutera dan juruteknik serta tenaga

manusia teknikal berkemahiran tinggi di pelbagai sektor (Zainal dan Fauzi, 1997).

Mata pelajaran LK merupakan salah satu mata pelajaran elektif Kurikulum Baru

Sekolah Menengah dalam kumpulan II iaitu kumpulan Vokasional dan Teknologi. Mata

pelajaran LK dikelompokkan bersama-sama dengan mata pelajaran Matematik

Tambahan, Sains Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Ekonomi

Rumah Tangga, Teknologi Kejuruteraan. Pelaksanaannya di peringkat Kurikulum Baru

Sekolah Menengah, mata pelajaran LK dikenali sebagai Lukisan Teknik atau Lukisan

Geometri (LG). Namun begitu objektif mata pelajaran LK adalah lebih baik daripada

Lukisan Geometri (Zainon, 1993). Mata pelajaran LK mempunyai objektif yang lebih

bersepadu kerana ia menggabungjalinkan lukisan geometri dengan semua bidang

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

3

kejuruteraan. Pendedahan ini penting kerana ia dapat membina kecenderungan pelajar

terhadap sesuatu bidang kejuruteraan yang diminati (Kementerian Pendidikan Malaysia,

1993).

Mata pelajaran LK adalah bahasa kejuruteraan dan bahasa grafik yang digunakan

sebagai media komunikasi utama di dalam bidang kejuruteraan. Pengetahuan dalam

bidang LK merangkumi kemampuan membaca, melukis dan menghasilkan idea dan

gambaran yang boleh dipaparkan dengan lakaran-lakaran tentang sesuatu objek. Mata

pelajaran LK memerlukan seseorang pelajar berfikir secara kreatif dan berimaginasi

tinggi.

1.2 Latar Belakang Masalah Mata pelajaran LK mula diperkenalkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik

(SMT) pada tahun 1992, diikuti dengan 29 buah Sekolah Menengah Harian pada tahun

1993 dan seterusnya di sebuah Sekolah Menengah Sains (SMS) pada tahun 1995. Mata

pelajaran LK diperkenalkan sepenuhnya kepada pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah

Teknik (naik taraf) pada sesi persekolahan 1998 (Jabatan Pendidikan Teknikal, 1998).

Perlaksanaan mata pelajaran LK sebagai mata pelajaran elektif menyebabkan bilangan

komponen mata pelajaran Lukisan Teknik bertambah dalam kertas 2 di mana guru

dikehendaki menguasai Lukisan Kejuruteraan Awam, Elektrik, dan Mekanikal di

samping Lukisan Geometri di dalam kertas 1.

Guru-guru mata pelajaran vokasional yang sedia ada mengajar di sekolah-

sekolah teknik mempunyai latar belakang yang berbeza dan mengajar kursus-kursus

vokasional yang berbeza seperti Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan dan Fabrikasi

Logam, Binaan Bangunan, Penyamanan dan Penyejukan Udara, Eletrik, Elektronik dan

Automotif (Mohd Rashid, 1995). Ada di kalangan guru-guru ini berkemungkinan hanya

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

4

mengajar mata pelajaran LK atau teknologi atau amali sahaja mengikut aliran vokasional

masing-masing sepanjang mereka mengajar di sekolah.

Manakala guru-guru yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan aliran

teknikal di sekolah sekarang ini kebanyakannya bukannya opsyen LK disebabkan tidak

ada opsyen ini semasa pengajian di Maktab Perguruan atau di universiti.

Dengan sukatan pelajaran LK yang merentasi pelbagai bidang kejuruteraan maka

timbul masalah kepada guru-guru yang sedia ada yang bidang pengkhususannya bukan

mata pelajaran LK dan dari aliran vokasional yang berbeza. Guru-guru ini akan

menghadapi masalah untuk mengajar bidang yang tidak pernah diajarnya sebelum ini.

Adam (1982; dalam Masrizal, 2003) dalam kajiannya menunjukkan bahawa akan timbul

masalah kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang bukan pengkhususannya.

Oleh itu langkah-langkah telah diambil oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan

Pendidikan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru itu dengan mengadakan

kursus-kursus jangka pendek dan membuka peluang melanjutkan pelajaran di pusat-

pusat pengajian tinggi.

Dengan itu antara langkah yang diambil oleh guru-guru ini ialah dengan

menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dengan mengambil kursus Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di bawah program Pensiswazahan Guru

anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selain daripada menghadiri kursus atau

bengkel bagi menambah pengetahuan dan kemahiran mengenai mata pelajaran LK.

Perubahan dalam kurikulum termasuk dalam mata pelajaran LK sering

menghadapi masalah jika guru sebagai pelaksana kurang bersedia untuk bersama

menghadapi perubahan yang dirancangkan itu. Halimaton (1975; dalam Mazlan, 1998)

dalam kajiannya menunjukkan bahawa akibat wujudnya masalah kekurangan kejelasan

di kalangan guru-guru, mereka tidak dapat melaksanakan perubahan kurikulum dengan

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

5

sepenuhnya. Faktor yang paling utama dalam perubahan yang dinyatakan dalam kajian

tersebut ialah kesediaan guru. Dalam KBSM, komponen utama kesediaan guru ialah

pengetahuan guru itu sendiri.

Jika dilihat pada kajian-kajian yang lepas, banyak masalah yang timbul sejak

perlaksanaan kurikulum baru LK. Hasil kajian Fadila (1998) mendapati guru sukar

mengajar topik -topik tertentu dalam mata pelajaran LK. Guru juga menghadapi

kesukaran mengajar mata pelajaran LK selain dari mata pelajaran lukisan yang mereka

mengajar sebelum ini. Megat Azizi (2000) menyatakan bahawa pengetahuan dan

kemahiran guru-guru mata pelajaran LK masih berada pada tahap sederhana dan kurang

memuaskan ketika mengajar mata pelajaran LK.

Jailani (1999) menyatakan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran

kejuruteraan mempunyai kesediaan untuk mengajar mata pelajaran aliran vokasional

sahaja seperti Teknologi Binaan, Teknologi Automatif dan Teknologi Fabrikasi Logam.

Ini bermakna guru-guru hanya akan mengajar bidang yang dikuasainya sahaja daripada

keseluruhan sukatan bagi mata pelajaran tersebut atas faktor kurangnya pengetahuan,

kemahiran, pengalaman dan kemungkinan rendahnya minat , sikap dan keyakinan diri.

Peter (1984; dalam Mazlan, 1998) menyatakan bahawa sikap merupakan antara

faktor yang mempengaruhi kesediaan guru. Sikap yang positif akan menghasilkan

kesediaan yang diharapkan untuk melaksanakan perubahan. Sikap dan keupayaan guru

mempunyai pertalian yang rapat. Gross et al. (1971; dalam Mazlan, 1998), menyatakan

bahawa sikap menentang sesuatu perubahan program pendidikan di kalangan guru mula

wujud dan berkembang apabila mereka menghadapi halangan dan masalah

melaksanakan perubahan tersebut. Sikap dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan antaranya

ialah minat. Guru yang berminat akan menunjukkan tingkah laku yang positif sebaliknya

pula guru yang tidak mempunyai minat akan bertindak laku yang sebaliknya.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

6

Crow dan Crow (1986) menyatakan bahawa jika seseorang itu berkemahiran

walau pun mempunyai kebolehan yang sederhana, mereka boleh mengembangkan minat

yang kuat dan berusaha dengan gigih sehingga meningkatkan tahap pencapaian mereka.

Guru yang berminat dalam pengajarannya, mempunyai sikap yang positif dalam

memajukan prestasi akademik dan sentiasa yakin dengan apa yang dilakukan secara

tidak langsung akan memperlihatkan sifat mesra, sabar, bermurah hati dan sentiasa

tenang. Menurut Aziz dan Mohd Arif (1995), kurangnya keyakinan diri seorang itu

boleh mengakibatkan kebimbangan dan kerisauan yang mungkin akan mengakibatkan

gangguan di dalam menjalankan apa sahaja tugas.

Sharifah Alwiyah (1983), menyatakan bahawa guru yang berkesan adalah guru

yang serba mahir dalam berbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk

pelajarnya. Ini bermakna guru tersebut mestilah berpengalaman kerana mempunyai

banyak pengetahuan dan mahir serta boleh mengajar dalam pelbagai situasi. Laporan

Kabinet (1979) menegaskan bahawa guru masa akan datang haruslah dipilih daripada

mereka yang mempunyai personaliti , sikap dan kemampuan berkhidmat sebagai

pendidik.

Oleh itu pengalaman dari segi pengetahuan dan kemahiran perlu dikuasai oleh

bakal guru siswazah PKPG dalam mata pelajaran LK disamping meletakkan minat,

sikap dan keyakinan diri pada tahap yang tinggi dalam menyediakan diri untuk mengajar

mata pelajaran tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah-masalah yang telah diutarakan menunjukkan bahawa guru-guru yang

telah mengajar mata pelajaran LK di sekolah mempunyai masalah dan kesukaran

tertentu yang berkait dengan pengetahuan dan kemahiran yang kompleks di samping

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

7

boleh dikaitkan dengan faktor-faktor emosi seperti, sikap dan kemahiran. Jadi

bagaimana pula dengan guru yang belum mengajar di sekolah seperti bakal guru

siswazah PKPG; adakah mereka juga benar-benar mempunyai kesediaan dari aspek

sikap dan kemahiran untuk mengajar mata pelajaran LK selepas tamat pengajian di

UTM.

1.4 Objektif Kajian

Secara khusus, kajian ini adalah bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti kesediaan mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

di kalangan bakal guru siswazah PKPG dari aspek sikap.

ii. Mengenal pasti kesediaan mengajar mata pelajaran LK di kalangan bakal

guru siswazah PKPG dari aspek kemahiran.

iii. Mengenal pasti perbezaan kesediaan mengajar mata pelajaran Lukisan

Kejuteraan di kalangan bakal guru siswazah PKPG dari aspek sikap

merentas jantina.

iv. Mengenal pasti perbezaan kesediaan mengajar mata pelajaran Lukisan

Kejuteraan di kalangan bakal guru siswazah PKPG dari aspek

kemahiran merentas jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Secara spesifik kajian akan cuba menjawab persoalan-persoalan kajian di

bawah:

i. Apakah kesediaan bakal guru siswazah PKPG untuk mengajar mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari aspek sikap ?

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileTidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga ... yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159

8

ii. Apakah kesediaan bakal guru siswazah PKPG untuk mengajar mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari aspek kemahiran ?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan mengajar

mata pelajaran Lukisan Kejuteraan di kalangan bakal guru siswazah

PKPG dari aspek sikap merentas jantina?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan mengajar

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan bakal guru siswazah

PKPG dari aspek kemahiran merentas jantina?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis –Hipotesis kajian yang telah disenaraikan oleh penyelidik adalah

seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan mengajar

mata pelajaran LK di kalangan guru PKPG dari aspek sikap merentas jantina.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan mengajar

mata pelajaran LK di kalangan guru PKPG dari aspek kemahiran merentas jantina.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat untuk melihat bagaimanakah kesediaan seseorang guru untuk

mengajar mata pelajaran LK. Pentingnya seseorang guru mempunyai kemahiran dan

pengetahuan yang menyeluruh dengan pelbagai bidang kejuruteraan.

Kepada guru atau individu yang terlibat diharap dapat mengambil peluang sebaik

mungkin daripada apa yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan