universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦ · job related tension index (jrti) which could be...

26
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN PENGURUSAN RUMAH TANGGA DENGAN TEKANAN KERJA DI KALANGAN PENSYARAH-PENSYARAH WANITA FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SKUDAI, JOHOR. SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006 Saya IDAYATI BT HARUN @ ABD RAHMAN mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 375, KG.GONG PAK MASEH, EN. JAMALUDIN BIN RAMLI 21100, KUALA TERENGGANU, Nama Penyelia TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006

Upload: vuongthuan

Post on 08-Sep-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: HUBUNGAN PENGURUSAN RUMAH TANGGA DENGAN TEKANAN KERJA DI KALANGAN PENSYARAH-PENSYARAH WANITA FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006

Saya IDAYATI BT HARUN @ ABD RAHMAN mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 375, KG.GONG PAK MASEH, EN. JAMALUDIN BIN RAMLI 21100, KUALA TERENGGANU, Nama Penyelia TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : _______

Nama Penyelia : EN. JAMALUDIN BIN RAMLI

Tarikh : 28 APRIL 2006

HUBUNGAN PENGURUSAN RUMAH TANGGA DENGAN TEKANAN KERJA

DI KALANGAN PENSYARAH-PENSYARAH WANITA FAKULTI SAINS,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SKUDAI , JOHOR

IDAYATI BINTI HARUN @ ABD RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan rujukan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan :

Nama Penulis : IDAYATI BINTI HARUN @ ABD RAHMAN Tarikh : 28 APRIL 2006

iii

DEDIKASI

ISTIMEWA UNTUK:

Abah dan Ma yang amat Disayangi, Dikasihi dan Dicintai kerana ALLAH,

Kak Yuh, Abang Rie dan Abang Jamal yang Disayangi dan Dikasihi kerana ALLAH,

Anak-anak Saudara yang Disayangi dan Dikasihi kerana ALLAH,

Al-Muzzammil Zameri,

Fatin Amirah Zameri

Rushyzam Jamari

Terima kasih untuk segala-galanya. Sesungguhnya kasih sayang, dorongan,

sokongan dan kekuatan yang diberikan menjadi sumber inspirasi dan pembakar

semangat diri untuk terus hidup dan berjaya di muka bumi milik Ilahi. Semoga ALLAH

s.w.t membalasi segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan dengan ganjaran

syurga yang kekal abadi…..InsyaALLAH

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah syukur pada Allah s.w.t kerana atas limpah rahmat dan keizinNya

serta berkat kesabaran yang telah diberikanNya maka saya dapat menyempurnakan

kajian ini dengan baik.

Jutaan terima kasih kepada En Jamaludin selaku penyelia yang banyak

membantu, memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta memberikan dorongan dan

sokongan yang kuat dan berterusan kepada saya bagi menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan khas kepada semua warga Fakulti Sains

terutamanya En Zulkifli, selaku Penolong Pendaftar Sumber Manusia dan semua

pensyarah-pensyarah wanita yang telah menjadi responden dalam kajian ini.

Dan tidak lupa ucapan terima kasih ini saya tujukan untuk sahabat-sahabat baik

saya, Siti Mariam Mohamed, Aifa Syireen Arifin dan semua sahabat-sahabat lain yang

telah banyak membantu saya dengan memberikan bantuan yang tidak terhitung

banyaknya sepanjang menyiapkan kajian ini.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara pengurusan rumah

tangga dari aspek pengurusan am rumah tangga, hubungan dengan suami dan anak

dengan tekanan kerja di kalangan wanita bekerja. Kajian ini melibatkan 30 pensyarah

wanita Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Alat kajian yang

digunakan untuk pengurusan runah tangga adalah soal selidik ‘The Family Support

Scale’ dan soal selidik ‘The Interpersonal Scale’ (IRS) yang telah diubah mengikut

kesesuaian dan untuk tekanan kerja menggunakan soal selidik ‘Job Related Tension

Index’ (JRTI). Ia mengandungi 54 item dan menggunakan skala likert. Nilai

kebolehpercayaan bagi pengurusan rumah tangga meliputi keseluruhan aspek adalah α =

0.90 manakala bagi tekanan kerja adalah α = 0.94. Penganalisisan data adalah secara

analisis statistik deskriptif dan inferensi. Secara keseluruhannya, hasil kajian

menunjukkan min tertinggi pengurusan rumah tangga adalah dari aspek hubungan

dengan anak iaitu 4.12 manakala min tekanan kerja adalah 2.13. Hasil kajian juga

menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ketiga-tiga aspek

pengurusan rumah tangga dengan tekanan kerja.

vi

ABSTRACT

This research has been established to study the relation between household

management from aspects of household management and relationship with husbands and

children with work stress among working women. The sample of this study comprised

of 30 female lecturers from the Science Faculty, University Technology Malaysia,

Skudai, Johore. There were some instruments used to obtain the needed data for the

research. The first instrument was, the modified of The Family Support Scale and The

Interpersonal Scale (IRS) instrument were used for household management meanwhile

Job Related Tension Index (JRTI) which could be used to work stress. These

instruments contain 54 questions and likert scale was used. The value of reliability for

household management which included all aspects is α = 0.90 and α = 0.94 for work

stress. Descriptive and inferential statistic analysis was used for data analysis carried out

in research. In overall, it can be concluded from the result obtained that the highest mean

for household management from aspects the relationship with children is 4.12

meanwhile mean work stress is 2.13. There is no significant relation from three aspects

of household management between work stress.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

viii

1.7.1 Kepentingan kepada wanita bekerja 9

1.7.2 Kepentingan kepada masyarakat 9

1.7.3 Kepentingan kepada majikan 10

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Pengurusan 11

1.9.2 Rumah Tangga 11

1.9.3 Tekanan Kerja 12

1.9.4 Wanita 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kajian-kajian Lepas 14

2.2.1 Dalam Negeri 14

2.2.2 Luar Negara 18

2.3 Kerangka Teori dan Model Kajian 21

2.3.1 Teori Peranan 21

2.3.2 Teori Hierarki Keinginan (Abraham Maslow) 22

2.3.3 Model Transactional 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.4 Tempat Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 31

3.8 Prosedur Kajian 32

ix

3.9 Penganalisisan Data 32

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Demografi Responden 34

4.2.1 Analisis Responden Mengikut Umur 35

4.2.2 Analisis Responden Mengikut Kaum 35

4.2.3 Analisis Responden Mengikut Tahap Pendidikan 36

4.2.4 Analisis Taburan Responden Mengikut Jabatan 36

4.2.5 Analisis Taburan Responden Mengikut 37

Pendapatan

4.2.6 Analisis Taburan Responden Mengikut 37

Jangka Masa Perkahwinan

4.2.7 Analisis Taburan Responden Mengikut 38

Bilangan Anak

4.2.8 Analisis Taburan Responden Mengikut 38

Pembantu Rumah

4.2.9 Analisis Taburan Responden Mengikut 39

Sebab Utama Bekerja

4.3 Analisis Pengurusan Rumah Tangga 39

4.3.1 Taburan Pengurusan Rumah Tangga

Berdasarkan Aspek Pengurusan Am Rumah Tangga 40

4.3.2 Taburan Tahap Pengurusan Rumah Tangga 43

BerdasarkanAspek Pengurusan Am Rumah Tangga

4.3.3 Taburan Pengurusan Rumah Tangga Berdasarkan 44

Hubungan Dengan Suami

4.3.4 Taburan Tahap Pengurusan Rumah Tangga 46

Berdasarkan Hubungan Dengan Suami

4.3.5 Taburan Pengurusan Rumah Tangga Berdasarkan 47

Hubungan Dengan Anak

x

4.3.4 Taburan Tahap Pengurusan Rumah Tangga 50

Berdasarkan Hubungan Dengan Anak

4.4 Analisis Tekanan Kerja 51

4.4.1 Taburan Tekanan Kerja 51

4.4.2 Taburan Tahap Tekanan Kerja 54

4.5 Keputusan Ujian Hipotesis 54

4.5.1 Analisis Hipotesis 1 55

4.5.2 Analisis Hipotesis 2 55

4.5.3 Analisis Hipotesis 3 56

4.6 Kesimpulan 57

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Rumusan 59

5.2.1 Demografi Responden 59

5.2.2 Sebab Utama Bekerja 59

5.2.3 Tahap Pengurusan Rumah Tangga dan Tahap 60

Tekanan Kerja

5.2.4 Hubungan Pengurusan Rumah Tangga dari 61

Aspek Pengurusan Am Rumah Tangga

dengan Tekanan Kerja

5.2.5 Hubungan Pengurusan Rumah Tangga dari Aspek 62

Hubungan dengan Suami dengan Tekanan Kerja

5.2.6 Hubungan Pengurusan Rumah Tangga dari Aspek 64

Hubungan dengan Anak dengan Tekanan Kerja

5.3 Cadangan Tindakan 65

5.3.1 Pengurusan Rumah Tangga 65

5.3.2 Pihak Majikan 66

5.3.3 Wanita 68

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 69

xi

5.5 Kesimpulan 71

SENARAI RUJUKAN 72

SENARAI LAMPIRAN 76

xii

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA

JADUAL SURAT

2.1 Jadual Pengurusan Tanggungjawab Rumahtangga 21

3.1 Pemberian Markat bagi Setiap Kategori Soalan 28

3.2 Susunan Item-Item Positif dan Negatif 29

3.3 Analisa Tahap Mengikut Min 29

3.4 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 30

3.5 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai Signifikan 30

3.6 Nilai Alpha setiap Bahagian dalam Instrumen Kajian 31

4.1 Analisis Taburan Responden Mengikut Umur 35

4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut Kaum 35

4.3 Analisis Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 36

4.4 Analisis Taburan Responden Mengikut Jabatan 36

xiii

4.5 Analisis Taburan Responden Mengikut Pendapatan 37

4.6 Analisis Taburan Responden Mengikut Jangka Masa 37 Perkahwinan

4.7 Analisis Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 38

4.8 Analisis Taburan Responden Mengikut Pembantu Rumah 38

4.9 Analisis Taburan Responden Mengikut Sebab Utama Bekerja 39

4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai 40

Keseluruhan Bagi Pengurusan Rumah Tangga Berdasarkan

Aspek Pengurusan Am Rumah Tangga

4.11 Tahap Pengurusan Rumah Tangga Dari Aspek Pengurusan Am 43

Rumah Tangga

4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai 44

Keseluruhan Bbagi Pengurusan Rumah Tangga Berdasarkan

Aspek Hubungan Dengan Suami

4.13 Tahap Pengurusan Rumah Tangga Dari Aspek Hubungan 47

Dengan Suami

4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai 47

Keseluruhan Bagi Pengurusan Rumah Tangga Berdasarkan

Aspek Hubungan Dengan Anak

4.15 Tahap Pengurusan Rumah Tangga Dari Aspek Hubungan 50

Dengan Anak

4.16 Taburan Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai 51

xiv

Keseluruhan Bagi Tekanan Kerja

4.17 Tahap Tekanan Kerja 54

4.18 Analisis Hubungan Antara Pengurusan Rumah Tangga 55

Dari Aspek Pengurusan Am Rumah Tangga Dengan

Tekanan Kerja

4.19 Analisis Hubungan Antara Ppengurusan Rumah Tangga Dari 56

Aspek Hubungan Dengan Suami Dengan Tekanan Kerja

4.20 Analisis Hubungan Antara Pengurusan Rumah Tangga 56

Dari Aspek Hubungan Dengan Anak Dengan Tekanan Kerja

xv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Teori Hierarki Keinginan (Abraham Maslow) 23

2.2 Model Transactional 24

xvi

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidak setuju

TP - Tidak pasti

S - Setuju

SS - Sangat setuju

SP - Sisihan piawai

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 76

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Institusi kekeluargaan adalah salah satu daripada unit masyarakat. Keluarga

merupakan tunggak kepada terbentuknya sesebuah masyarakat. Keluarga terdiri

daripada suami, isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Keluarga merupakan

tempat memupuk kasih sayang serta medan terbaik untuk membentuk insan yang penuh

kecintaan kepada keluarga serta berkemampuan dalam menghadapi cabaran di luar

rumah (Zainal Abidin Borhan, 2001).

Dalam sesebuah keluarga, suami merupakan ketua dan berperanan dalam

mencari nafkah untuk keluarganya manakala isteri merupakan penolong atau pembantu

utama kepada suami. Selain berperanan sebagai penolong kepada suami, isteri

memainkan peranan penting dalam menjayakan segala urusan dalam rumah tangga.

Isteri bertindak sebagai pengurus kepada hal ehwal rumah tangga, penjagaan anak-anak

dan sebagainya (Barjoyai Bardai, Mohd Fairuz Md Salleh, 1996). Lazimnya isteri

bertanggungjawab dalam menguruskan sebahagian besar daripada kerja-kerja rumah

tangga (Mumtazah Othman, Nurizan Yahya, 1998).

2

Walau bagaimanapun, fenomena kini menunjukkan bahawa semakin ramai isteri

yang berpendidikan tinggi bekerja di luar rumah. Ini bermakna mereka terpaksa

memikul dua tanggungjawab yang besar iaitu sebagai isteri dan ibu yang menguruskan

hal rumah tangga dan sebagai pekerja di sesebuah organisasi. Nik Safiah Kassim (1995

dalam Bahvany 2003) menyatakan sumbangan dan peranan wanita samada di dalam

rumah atau luar rumah perlu diakui terutamanya dalam konteks pembangunan.

Mereka seharusnya bijak dalam menjayakan kedua-dua peranan tersebut di

samping dapat menyeimbangkan di antara kedua-dua tanggungjawab ini dengan baik.

Ini adalah kerana tanpa amalan pengurusan yang baik dalam rumah tangga maka ia

bakal menjejaskan prestasi di tempat kerja yang mengundang kepada berlakunya

tekanan kerja. Ini menunjukkan bahawa wanita bekerja amat memerlukan sokongan dan

bantuan daripada suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain dalam memastikan agar

mereka berjaya menguruskan hal ehwal rumah tangga dan tekanan kerja di tempat kerja

dengan baik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kini wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan

mereka sangat penting dalam proses pembentukan generasi akan datang dan juga dalam

usaha pembangunan bangsa dan negara. Peranan mereka bukan sahaja penting dalam

institusi kekeluargaan bahkan juga dalam bidang sumber ekonomi negara. Ini terbukti

apabila setiap sektor pekerjaan di negara ini diisi dengan wanita dan jumlah mereka

yang bekerja adalah hampir sama dengan lelaki (Nooh Gadut, 2003).

Tenaga wanita dalam pasaran buruh di Malaysia telah meningkat dari 46.7%

pada tahun 2002 kepada 47.7% pada tahun 2003 (Kementerian Pembangunan Wanita,

3

2004). Terdapat berbagai faktor yang mendorong wanita untuk bekerja (Nurbalqis

Hayati Ahmad Najih, 2004), antaranya adalah

i) majoriti wanita ini memiliki pendidikan yang tinggi dan mereka berkeinginan

untuk mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara total.

ii) mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri dan dapat membantu

meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

iii) berlakunya perubahan sosial dan keperluan ekonomi yang tinggi.

iv) mereka dapat membantu suami untuk membentuk keluarga yang bahagia dan

selesa serta meringankan beban suami.

Ini menunjukkan bahawa wanita adalah antara penyumbang utama kepada

kestabilan dan kemajuan negara. Selain berperanan penting dalam sesebuah institusi

kekeluargaan, mereka juga menjadi aset utama dalam memajukan ekonomi negara (Siti

Shamsiah Md. Supi, 2002). Mereka berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab

dalam menjamin keharmonian rumah tangga, masyarakat dan negara.

Mereka memegang tanggungjawab yang besar iaitu sebagai isteri dan ibu.

Sebagai seorang isteri, mereka berperanan menjadi pendamping dan pendorong setia

kepada suami tanpa mengira keadaan susah atau senang manakala sebagai seorang ibu

pula, mereka memikul tanggungjawab memelihara anak-anak dengan memberikan

pendidikan yang sempurna (Sumilah Marto, 2003)

Walaupun mereka bekerja, namun itu tidak menjadi sebab utama untuk mereka

tidak bertanggungjawab dalam pengurusan rumahtangga samada pada suami atau anak-

anak. Mereka perlu bijak untuk menguruskan kedua-dua tanggungjawab dengan baik

dan seiring tanpa mengabaikan salah satu darinya. Dalam masa yang sama, mereka perlu

memastikan agar urusan pekerjaan mereka dapat dilaksanakan dengan baik walaupun

4

kadang-kadang bebanan tugas yang banyak dan berlebihan boleh menyebabkan

berlakunya tekanan kerja.

Mahmood Nazar Mohamed (2003) menyatakan bahawa sumber tekanan kerja

yang lazim berlaku ialah masalah peribadi antara pekerja dan masalah keluarga, yang

mana ini akan menimbulkan lagi masalah sekiranya suasana pejabat tidak tenang.

Lazimnya individu yang menghadapi tekanan kerja ini akan menunjukkan pelbagai

simptom termasuk kurang daya ingatan, tidak hadir kerja tanpa sebab, dan kemurungan.

Ini menunjukkan bahawa pengurusan rumah tangga yang tidak baik dan tidak sempurna

boleh menyebabkan berlakunya tekanan kerja di tempat kerja, maka adalah penting bagi

wanita bekerja memastikan segala pengurusan rumah tangga diuruskan dengan baik agar

dapat mengurangkan tekanan kerja di tempat kerja. .

Pastinya bukan satu perkara yang mudah untuk menguruskan rumah tangga

apatah lagi jika seseorang wanita itu juga seorang pekerja. Segala kebajikan suami dan

anak-anak dari aspek makanan, pakaian, kasih sayang dan sebagainya perlu dipenuhi

dengan baik dalam usaha untuk mewujudkan keluarga bahagia dan harmoni. Mereka

juga perlu memastikan segala keperluan dan pengurusan keluarga dijaga dengan baik .

Ini boleh dilaksanakan oleh wanita bekerja itu sendiri atau mengunakan khidmat

pembantu rumah.

Di samping itu juga, mereka amat memerlukan bantuan, sokongan dan tolak

ansur dari pihak suami terutamanya dalam melaksanakan kedua-dua peranan tersebut

dengan baik (Nooh Gadut, 2003). Pihak suami boleh sama-sama membantu isteri

membuat kerja-kerja pengurusan rumahtangga seperti memasak, menjaga anak,

mengemas rumah dan sebagainya. Moga usaha ini dapat meringankan beban isteri

bekerja dan membentuk sebuah keluarga yang bahagia, saling tolong-menolong antara

satu sama lain dan harmonis.

5

1.3 Pernyataan Masalah

Penglibatan wanita dalam dunia pekerjaan hari memang tidak disangkal lagi.

Peranan mereka yang sama penting dengan kaum lelaki menunjukkan kesan yang positif

dalam pembangunan ekonomi negara (Rusniwati Ismail, 2000). Walau bagaimanapun

apabila seseorang wanita yang berstatus isteri terlibat dalam dunia pekerjaan, maka

semakin bertambahlah tugas dan peranan yang akan dipikul samada dalam urusan

rumahtangga ataupun urusan kerja yang banyak di tempat kerja .

Secara lazimnya, seseorang wanita yang telah mendirikan rumahtangga

bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus, mentadbir keluarga dan melaksanakan

peranan sebagai isteri dan ibu yang baik kepada suami dan anak-anak. Apabila wanita

yang bergelar isteri dan ibu ini juga terlibat dalam dunia pekerjaan, maka mereka juga

perlu melaksanakan segala tanggungjawab sebagai pekerja dengan baik. ( Nurbalqis

Hayati Ahmad Najih, 2004).

Wanita bekerja perlu memberikan komitmen kerja yang sepenuhnya dalam

melunaskan segala tugasan di pejabat. Ini jelas menunjukkan bahawa secara tidak

langsung mereka perlu memikul tanggungjawab bukan sahaja kepada keluarga yang

perlu diberi keutamaan tetapi juga kepada kerjaya. (Hoffman) menyatakan bahawa

tanggungjawab sebagai pengurus rumah tangga dan sebagai seorang pekerja merupakan

tuntunan yang akan dihadapi oleh wanita yang berkahwin pada masa yang bertentangan.

Sebagai wanita yang bekerja, mereka juga terdedah dengan persekitaran yang

boleh menyebabkan berlakunya tekanan kerja. Antaranya, mereka perlu memastikan

segala tanggungjawab di rumah dilaksanakan dengan baik dan sempurna, jika mereka

tidak melaksanakan dengan baik, pastinya ia menimbulkan masalah di tempat kerja

contohnya perselisihan faham antara suami dan isteri akan membantutkan semangat

isteri di tempat kerja, manakala tekanan di tempat kerja akan menjejaskan hubungan

suami isteri di rumah ( Siti Fatimah Abdul Rahman, 2005).

6

Keadaan ini secara tidak langsung telah memaksa wanita memainkan peranan

seimbang dan aktif di antara alam rumah tangga dan alam pekerjaan. Hal ini sebenarnya

satu cabaran besar kepada wanita terutamanya dalam menghadapi keadaan dunia hari ini

yang semakin maju, pantas dan serba-serbi moden.

Hakikatnya, wanita bekerja akan menghadapi banyak cabaran apabila mereka

terpaksa berhadapan dengan urusan rumahtangga dan kerjaya yang masing-masing yang

menuntut banyak pengorbanan dan tanggunjawab yang akan dipikul. Bukan suatu yang

mudah dan senang untuk seseorang wanita memenuhi tuntutan antara rumahtangga dan

kerjaya. Ini selaras dengan pendapat Rapoporat (1976) yang mengatakan bahawa:

“ the attempt to combine motherhood with paid employment presents

women with intense overload dilemmas and conflicts of loyalty and

commitment and may intense considerable and mental stress”

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap pengurusan rumah tangga yang diamalkan di

kalangan wanita bekerja dari aspek pengurusan am rumah tangga,

hubungan dengan suami dan hubungan dengan anak.

ii. Mengenal pasti tahap tekanan kerja di kalangan wanita bekerja.

iii. Mengenal pasti hubungan pengurusan rumah tangga dari aspek

pengurusan am rumah tangga dengan tekanan kerja di kalangan wanita

bekerja.

7

iv Mengenal pasti hubungan pengurusan rumah tangga dari aspek

hubungan dengan suami dengan tekanan kerja di kalangan wanita

bekerja.

v. Mengenal pasti hubungan pengurusan rumah tangga dari aspek

hubungan dengan anak dengan tekanan kerja di kalangan wanita bekerja.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan-persoalan dalam kajian ini adalah :

i. Apakah tahap pengurusan rumah tangga yang diamalkan di kalangan

wanita bekerja dari aspek pengurusan am rumah tangga, hubungan

dengan suami dan hubungan dengan anak?

ii Apakah tahap tekanan kerja di kalangan wanita bekerja?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan

rumah tangga dari aspek pengurusan am rumah tangga dengan

tekanan kerja di kalangan wanita bekerja?

iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan

rumah tangga dari aspek hubungan dengan suami dengan tekanan

kerja di kalangan wanita bekerja?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan

rumah tangga dari aspek hubungan dengan anak dengan tekanan

kerja di kalangan wanita bekerja?