kefahaman konsep asid dan bes di kalangan pelajar … · kajian ini adalah bertujuan untuk...

26
KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS NORLIZA BINTI OMAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Upload: others

Post on 04-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS

NORLIZA BINTI OMAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 2: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR-

PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

Saya : NORLIZA BINTI OMAR

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO575E, LORONG AMAN, KG SERDANG, P.M DR. MOHD YUSOF BIN 32000 SITIAWAN, HJ. ARSHAD PERAK . Tarikh : 13/11/2004 Tarikh : 13/10/2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyeledikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

(NAMA PENYELIA)

Page 3: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS

NORLIZA BINTI OMAR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2004

Page 4: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan projek ini dan pada pandangan saya

laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (kimia )”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. MOHD YUSOF BIN HJ ARSHAD

Tarikh : 13/10/2004

Page 5: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : NORLIZA BINTI OMAR

Tarikh : 13/10/2004

Page 6: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat,

Suami yang tersayang dan dicintai,

Mohd Nurulhuda bin Mohd Yusof,

budi dan jasamu tidak dapat di nilai,

tidak dapat ku lupakan,

berkat iringan doa, restu dan doronganmu,

menjadi penawar dan semangat

untukku terus berjuang,

Khas untuk,

Bonda dan ayahanda yang dikasihi,

Kau menjadi sumber inspirasiku,

dalam menempuhi liku dan ranjau,

kata perangsang mu ubat paling mujarab

buatku,

akanku semat ianya dalam kalbuku.

Ditujukan untuk,

Abang-abang, kakak dan adik yang dikasihi,

kalian banyak memberikan perangsang,

kata-kata kalian terpahat diingatanku,

melalui liku kehidupan di sini,

akanku ingati sepanjang hayatku.

Page 7: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah rahmat dan izinNya

memberikan kekuatan dan kesabaran penulis dalam menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasulullah

S.A.W, keluarga baginda, para-para sahabat, syuhada’, ambia’ serta pejuang

Islam.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia

pembimbing tesis saya, PM. Dr. Mohammad Yusof Arshad di atas segala

nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang membina sepanjang tempoh

perlaksanaan projek ini. Tanpa bimbingan ikhlas beliau, Projek Sarjana

Muda ini tidak akan berhasil.

Jutaan terima kasih serta penghargaan ikhlas ditujukan khas kepada

suami tercinta, Mohd Nurulhuda Mohd Yusof yang telah memberikan

banyak bantuan dan sokongan semasa melaksanakan penyelidikan ini

amatlah dihargai.

Kerjasama dan bantuan dari pengetua, guru kimia, pelajar -pelajar

serta pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Garing, Sekolah

Menengah Kebangsaan Ideal Hight dan Sekolah Menengah Agama Rawang

di daerah Selayang, Selangor amatlah dihargai.

Akhir sekali penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat

samada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan Laporan

Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar

Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha untuk

mencari jawapan bagi persoalan di atas, seratus orang pelajar Tingkatan

Empat dari daerah Selayang, Selangor telah dipilih untuk menjadi responden.

Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang

mempunyai 5 soalan. Dapatan kajian mendapati pelajar tidak mempunyai

kefahaman yang baik terhadap konsep asid dan bes khususnya pada aras

mikroskopik dan persimbolan. Dapatan dan cadangan ini diharapkan dapat

memberi gambaran yang jelas untuk memperbaiki stategi pengajaran dan

pembelajaran kimia dengan lebih berkesan di dalam kelas.

Page 9: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigated form four student’s

understanding the concepts of acid and base. In our attempt to answer the

above objective, one hundred of form four of several secondary schools

students in Selayang, Selangor have been selected as respondents. The

instrument used in this study is a set of questionnaire that consisted of five

structured questions. The findings showed that some students have poor

understanding and have several misconception about the concepts of acid

and base and they don’t have an ability to visualize the concepts at the

microscopic level. Hopefully these findings could improve the proces of

teaching and learning chemistry in the classroom.

Page 10: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

vii

Page 11: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 5

Page 12: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

viii

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Terminologi 8

BAHAGIAN KEDUA

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 11

2.1 Idea pelajar tentang sains 11

2.2 Pemahaman Konsep Sains 13

2.3 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Kimia 14

2.4 Fahaman Konstruktivisme dengan Pengkonsepan 15

2.5 Masalah yang dihadapi pelajar dalam mempelajari 16

asid dan bes.

2.5.1 Kurang pengetahuan dalam konsep 16

pentitratan

2.5.2 Kurang pengetahuan asas dalam 17

konsep mol

2.5.3 Kesilapan dalam pengiraan 18

matematik

2.5.4 Kesilapan dalam langkah- langkah 19

penyelesaian

2.6 Kesilapan dalam terminologi 20

Page 13: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

ix

2.7 Kelemahan pelajar dalam 21

menguasai konsep

BAHAGIAN KETIGA

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 22

3.1 Rekabentuk Kajian 23

3.2 Tempat Kajian 23

3.3 Sampel Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 24

3.4.1 Kajian Rintis 26

3.4.2 Ujian Sebenar 26

3.5 Prosedur Kajian 26

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 27

BAHAGIAN KEEMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 29

4.1 Perbincangan Kajian 29

4.2 Analisis Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep 30

Asid dan Bes

Page 14: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

x

4.3 Analisis Kefahaman Pelajar Mengenai 30

Konsep Pentitratan Asis dan Bes

4.3.1 Analisis soalan 1(a) 30

4.3.2 Analisis soalan 1b(i) 33

4.3.3 Analisis soalan 1b(ii) 36

4.3.4 Analisis soalan 1b(iii) 40

4.3.5 Analisis soalan 1(c) 42

4.3.6 Analisis soalan 1(d) 44

4.3.7 Analisis soalan 1(e) 46

4.3.8 Analisis Soalan 2(a) 49

4.3.9 Analisis Soalan 2(b) 51

4.3.10 Analisis Soalan 2(c) 53

4.3.11 Analisis Soalan 2(d) 56

4.3.12 Analisis Soalan 2(e) 58

4.3.13 Analisis Soalan 3(a) 61

4.3.14 Analisis Soalan 3(b) 63

4.3.15 Analisis Soalan 3(c) 65

4.3.16 Analisis Soalan 3(d) 67

4.3.17 Analisis soalan 4(a) 68

4.3.18 Analisis soalan 4(b) 71

4.3.19 Analisis soalan 4(c ) 74

4.3.20 Analisis soalan 5(a) 76

4.3.21 Analisis soalan 5(b) 79

4.3.22 Analisis soalan 5 (c ) 82

Page 15: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

xi

BAHAGIAN KELIMA

BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

5.0 Pengenalan 85

5.1 Rumusan Kajian 85

5.2 Implikasi Kepada Pendidikan 87

5.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 89

5.4 Kesimpulan 89

BAHAGIAN KEENAM BIBLIOGRAFI 90

BAHAGIAN KETUJUH LAMPIRAN A 93

LAMPIRAN B 94

LAMPIRAN C 95

Page 16: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.3.1 Gambaran imej pelajar terhadap zarah-zarah 31

yang terdapat dalam larutan natrium hidroksida.

4.3.2 Respon pelajar terhadap gambarajah zarah-zarah 34

pada keadaan 1 cm3 sebelum proses peneutralan.

4.3.3 Respon pelajar terhadap gambarajah zarah-zarah 37

pada keadaan takat peneutralan.

4.3.4 Respon pelajar terhadap gambarajah zarah-zarah 40

pada keadaan 1 cm3 selepas takat peneutralan .

4.3.5 Respon pelajar terhadap hasil yang terbentuk pada 43

takat akhir pentitratan larutan natriun hidroksida dengan

larutan asid sulfurik.

4.3.6 Jadual menunjukkan respon pelajar terhadap persamaan 44

kimia yang lengkap bagi tindak balas larutan natrium

hidroksida dengan larutan asid sulfurik.

4.3.7 Respon pelajar terhadap pengiraan kepekatan asid 47

sulfurik.

4.3.8 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 50

terdapat dalam natrium hidroksida.

Page 17: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

xiii

4.3.9 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 52

terdapat dalam air suling.

4.3.10 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 54

terdapat dalam larutan natrium hidroksida.

4.3.11 Respon pelajar terhadap persamaan kimia yang 57

lengkap bagi proses pencairan natrium hidroksida.

4.3.12 Respon pelajar terhadap bilangan mol 59

natrium hidroksida.

4.3.13 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 61

terdapat dalam larutan asid hidroklorik.

4.3.14 Respon pelajar terhadap zarah-zarah apabila 63

larutan larutan asid hidroklorik bertindak balas

dengan pita magnesium.

4.3.15 Jadual menunjukkan respon pelajar terhadap hasil yang 66

terbentuk dalam tindak balas larutan asid hidroklorik

dengan pita magnesium.

4.3.16 Respon pelajar terhadap persamaan kimia yang 67

lengkap bagi tindak balas larutan asid hidroklorik dengan

pita magnesium.

4.3.17 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 69

terdapat dalam asid etanoik.

Page 18: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

xiv

4.3.18 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 72

terdapat dalam asid etanoik.

4.3.19 Respon pelajar terhadap persamaan kimia yang 75

lengkap bagi proses pencairan asid etanoik dengan air.

4.3.20 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 77

terdapat dalam larutan natrium hidroksida..

4.3.21 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 80

terdapat dalam larutan natrium hidroksida.

4.3.22 Respon pelajar terhadap persamaan kimia yang lengkap 83

bagi proses pencairan asid hidroklorik dengan air.

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 93

B Surat Kebenaran EPRD Daripada 94 Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 95

Daripada Fakulti Pendidikan UTM

Page 19: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

xv

Page 20: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Kimia merupakan salah satu mata pelajaran sains tulen yang diambil oleh

pelajar-pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolah menengah. Pada zaman

moden ini, mata pelajaran kimia adalah satu bidang sains yang hidup dan masih

berkembang pesat. Kursus kimia di sekolah meliputi tiga kajian yang asasi iaitu kajian:

a) mengenai jirim iaitu pemerhatian mengenai sifat dan tindakbalasnya,

b) mengenai konsep iaitu pendapat manusia mengenai bagaimana mentafsir apa yang

diperhatikan dari segi zarah mutlak dan susunannya dan

c) dari segi penggunaannya.

Page 21: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

2

Mata pelajaran kimia di sekolah menitikberatkan kajian tentang peninjauan tabii

bahan kimia, kefahaman mengenai konsep dan teori juga dititikberatkan kerana pelajar

memerlukan menerangkan tentang apa yang mereka perhatikan. Fakta dan penerangan

saling mempengaruhi kefahaman pelajar. Konsep asas digunakan untuk sesuatu

menyelesaikan masalah dalam kehidupan dan pelajar boleh menyelesaikan masalah

kimia.

Maka pelajaran kimia di ajar di sekolah menengah membolehkan pelajar

mengetahui konsep yang digunakan oleh ahli kimia untuk menerangkan fenomena yang

diperhatikan, gambaran mengenai atom, ion, struktur dan pengikatan atom dan lain- lain

lagi. Beberapa kajian mengenai cara pelajar mempelajari mata pelajaran kimia (Aziz

Nordin, 1992) dan cara menyelesaikan masalah kimia telah dijalankan (Mohammad

Yusof Arshad dan Aziz Nordin). Dalam kajian tersebut mendapati pelajar-pelajar

sememangnya mengalami masalah dalam mempelajari tajuk-tajuk kimia tertentu dan

juga dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan pengiraan. Maka kajian perlu

dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman pelajar terhadap beberapa

konsep yang dianggap sukar seperti konsep dalam tajuk asid dan bes.

1.1 Latar Belakang Masalah

Kajian kefahaman pelajar tentang konsep sains berdasarkan konsep

konstruktivisme yang menyatakan bahawa pelajar memilih dan menyusun maklumat

serta membina makna daripada maklumat yang diterima (Kelly, 1995 ), (Piaget, 1972),

(Pines and West,1986) dan (Wittrock,1974). Konsep yang tidak dapat dijelaskan

dengan baik seringkali disalahtafsirkan oleh pelajar menyebabkan mereka gagal

menyelesaikan masalah berkaitan dengn konsep tersebut (Aziz dan Hasnah,1990).

Page 22: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

3

Pembelajaran seseorang bergantung kepada pengalaman, kebolehan, kecerdasan

dan sikap masing-masing. Perbezaan dalam pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan

sikap ini sangat mempengaruhi cara seseorang mempelajari, mentafsir, menganalisis

dan memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz Nordin dan

rakan-rakan, 1995). Pelajar memerlukan penerangan, maka konsep dan teori perlu

dipelajari terlebih dahulu.

Malah fakta dan penerangan saling mempengaruhi pelajar sejak dari awal-awal

lagi. Apa sahaja maklumat dan penerangan yang diberikan oleh guru semasa mereka

berada diperingkat bawah lagi dijadikan sebagai pengetahuan asas yang menjelaskan

konsep-konsep tertentu. Pada mulanya, penerangan mungkin mengenai bahan itu

sendiri misalnya ‘penerangan’ mengenai sifat asid ion hidrogen. Dalam hal ini, boleh

diterangkan bahawa melalui pemerhatian didapati selalunya sesuatu bahan itu bersifat

asid bila ia boleh bertindak balas dengan air.

Kimia melibatkan pembelajaran konsep-konsep yang abstrak, bersifat tiga

dimensi dan dinamik. Ia bermaksud pelajar perlu mempelajari sesuatu yang

memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Pelajar perlu membayangkan sesuatu benda

pada aras makro dan mikro. Contohnya pelajar perlu memerhatikan sesuatu bahan

seperti kuprum secara luaran iaitu makro dan dalamannya iaitu mikro yang mana ianya

terdiri daripada atom-atom kuprum yang halus dan diskrit. Kedua-dua kualiti inilah

yang menyebabkan kimia sukar diajar dan dipelajari.

Jonassen (1995) menyatakan bahawa kesukaran dalam mempelajari kimia

mungkin berpunca daripada pelajar sendiri di mana pelajar lemah menguasai sesuatu

konsep sains dan kurang bersedia menghadapi pelajaran, kaedah pengajaran yang sukar

seperti kaedah pengajaran melalui menjalankan eksperimen atau keabstrakan topik

kimia itu sendiri.

Page 23: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

4

Driver (1985), mengutarakan ‘kerangka alternatif’ pelajar yang telah sebati

dalam minda pelajar sahaja penghalang kepada kefahaman konsep baru yang pelajar

terima. Beliau mencadangkan bahawa pelajar mesti bertanggungjawab terhadap

pembelajarannya dengan membina ilmu pengetahuan mereka sendiri. Implikasinya

pelajar mestilah “aktif”.

Di dalam bidang sains yang luas ini, kimia merupakan satu cabang sains yang

tak kurang kesukarannya untuk difahami kerana kebanyakan konsep kimia adalah

abstrak dan sukar dibayangkan oleh pelajar. Dalam mata pelajaran kimia, terdapat

empat topik yang dikatakan paling sukar untuk difahami iaitu keseimbangan kimia,

tindak balas stoikiometri, konsep mol serta pengoksidaan dan penurunan (Garnett,

1992).

Asid dan bes merupakan tajuk yang sukar dalam kimia. Sebagai seorang guru,

seharusnya mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam matapelajaran kimia supaya

guru dapat memperbaiki segala kelemahan pelajar dan memudahkan aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bagi menggalakan pelajar minat dalam mata pelajaran

sains khususnya kimia.

Didapati beberapa sebab yang menyebabkan pelajar lemah dalam memahami

konsep-konsep dalam asid dan bes. Antaranya ialah kurang penguasaan konsep

pentitratan dan mol, lemah matematik dalam menyelesaikan masalah dan sering

melakukan kesilapan dalam pengiraan matematik.

Begitu juga dengan topik asid dan bes, ia juga dianggap sebagai salah satu mata

pelajaran yang sukar difahami diperingkat sekolah menengah

Page 24: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

5

(Nakleh & Krajcik, 1993). Beberapa konsep dalam mata pelajaran kimia seperti topik

asid dan bes yang menimbulkan masalah kepada pelajar termasuk konsep asas seperti

takrifan asid dan bes, peranan air dalam pembentukan asid dan bes, konsep peneutralan

dan penggunaan kemahiran matematik.

Matematik merupakan asas penting dalam mempelajari kimia terutama untuk

memahami proses kimia secara kuantitatif. Banyak aktiviti pembelajaran kimia

melibatkan kemahiran matematik contohnya pengiraan kemolaran, mol dan mencari

sesuatu jisim bahan. Maka kebolehan matematik yang baik akan membantu seorang

pelajar berfikir secara pantas, sistematik, logik dan kreatif (Aziz, 1990).

Daripada tinjauan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik, di dapati bahawa

beberapa perkara dalam tajuk asid dan bes menimbulkan masalah pembelajaran di

kalangan pelajar iaitu pengiraan kemolaran melibatkan mol serta kefahaman terhadap

konsep pentitratan merupakan antara masalah yang timbul dalam asid dan bes.

1.2 Pernyataan Masalah

Banyak penyelidikan telah dijalankan terhadap pelajar dalam mempelajari

kimia, didapati dalam mempelajari kimia pelajar sering mengalami masalah disebabkan

kandungan mata pelajaran tersebut mengandungi konsep yang sukar untuk difahami dan

perkaitan konsep yang rumit (Aziz Nordin, 1991). Adalah menjadi pengetahuan umum

bahawa ramai pelajar menganggap kimia sebagai satu mata pelajaran yang susah dan

dengan itu kurang meminatinya (Alias Baba, 1998) dan ini termasuk pentitratan dalam

Page 25: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

6

konsep asid dan bes. Dengan itu satu kajian mengeni konsep asid dan bes dijalankan

dan objektif kajian dinyatakan dalam 1.3.

1.3 Objektif kajian

Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji kefahaman pelajar dalam konsep

asid dan bes merangkumi:

a) kefahaman pelajar tentang konsep pentitratan dengan menggunakan konsep zarah,

b) penggunaan kemahiran matematik dalam penyelesaian pengiraan melibatkan konsep

pentitratan,

c) penggunaan kemahiran matematik melibatkan pengiraan kemolaran dan

stoikiometri menggunakan konsep zarah,

Page 26: KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha

7

1.4 Persoalan Kajian

Penyelidik cuba mencari jawapan dalam kajian ini dalam beberapa persoalan

kajian iaitu:

a) Adakah pelajar memahami konsep pentitratan dengan menggunakan konsep zarah?

b) Adakah pelajar dapat menyelesaikan masalah melibatkan konsep pentitratan?

c) Bagaimanakah pelajar dapat menyelesaikan masalah pengiraan melibatkan

stoikiometri dengan menggunakan konsep zarah?

d) Bagaimanakah pelajar dapat menyelesaikan masalah melibatkan pengiraaan

kemolaran?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru mengenai kefahaman pelajar

dalam topik atau konsep yang dikaji. Guru-guru juga dapat mengetahui fenomena-

fenomena yang mempengaruhi masalah pembelajaran pelajar dalam memahami

beberapa konsep asid dan bes dengan lebih jelas. Sehubungan dengan itu, maka guru

dapat menangani masalah dengan berkesan.