universiti teknologi malaysia borang pengesahan … · teknologi malaysia” ini adalah hasil...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : MENGKAJI GAYA PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : NORAINI MOHD ZAIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO. 16 KG JOH, LABOK EN. MOHD NIHRA HARUZUAN 18500, MACHANAG
KELANTAN
Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
(NAMA
ii
MENGKAJI GAYA PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN EMPAT, FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NORAINI MOHD ZAIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :__________________________________ Nama Penyelia : EN. MOHD. NIHRA HARUZUAN BIN MOHD SAID Tarikh : 30 APRIL 2008
iv
Saya akui karya yang bertajuk “Mengkaji Gaya Pembelajaran dan Hubungannya
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia” ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :______________________
Nama Penulis : NORAINI MOHD ZAIN
Tarikh : 30 APRIL 2008
v
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Buat Kedua Insan yang Amatku Sanjungi,
Terima kasih di atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan tanpa menuntut balasan.
Ibunda Pn. Masitah dan ayahanda En. Mohd. Zain
Doa kalian oborku dikala gelita.
Untuk Adikku-Adikku,
Nuzula, Mohd Hanif, Mohd Hakam dan Mohd Hilmi
Ilmu yang kita miliki ini terlalu sedikit, ibarat segenggam pasir di lautan Sahara..
vi
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dengan
sedikit ilmu yang ada ini dapat saya dikongsikan.
Jutaan aprisiasi buat En. Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohd Said selaku Penyelia
Projek Sarjana Muda saya ini. Segala tunjuk ajar, dorongan dan motivasi yang diberikan
maka dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Semoga ilmu yang dicurahkan ini dapat
digunakan di masa depan.
Terima kasih juga kepada responden yang sudi memberikan kerjasama kepada
saya untuk mengisi borang soal selidik iaitu Pelajar Sarjana Muda Sains dan Komputer
serta Pendidikan (Kimia, Fizik dan Matematik).
Akhir sekali, untuk buat kawan-kawan yang banyak membantu saya untuk
menyiapkankajian ini, Zawani, Nornajidah, Najmin, Asyikin, Asmalinda, Ning dan
rakan seperjuangan. Segala jasa yang kalian curahkan tidak dapat dibalas.
vii
ABSTRAK
Gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting bagi seseorang individu
untuk mengenali dan mengetahui kekuatan serta kelemahan diri sendiri. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran dan hubungannya dengan
pencapaian akademik menggunakan instrumen gaya pembelajaran Kolb.
Responden yang terlibat adalah pelajar tahun empat, Sarjana Muda Sains dan
Komputer serta Pendidikan (Kimia, Fizik dan Matematik) Fakulti pendidikan
UTM. Seramai 86 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Kesahan
instrumen menggunakan pemalar Alfa adalah 0.946 Dapatan daripada soal
selidik ini dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5. Kemudian dipersembahkan
dalam bentuk kekerapan, peratusan, hubungan dan jadual. Dapatan menunjukkan
gaya pembelajaran responden secara keseluruhan ialah Abstract
Conceptualization (AC) dan Concrete Experience (CE). Terdapat perbezaan yang
signifikan bagi gaya pembelajaran secara CE di antara lelaki dan permpuan.
Daripada dapatan, tiada hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar.
viii
ABSTRACT The purpose of this research is to determine the correlation between learning styles and
academic achievement by using Kolb Learning Style Inventory. 86 respondents from
faculty of education who’s taking Bachelor of Computer Science and Education
(Chemistry, Physic and Mathematics) were chosen. Reliability of the instrument is
0.946. The data is represented by using chart in form of frequencies, percentage,
correlation and table. From the analysis, learning style for overall respondent is Abstract
Conceptualization (AC) and Concrete Experience (CE). The result from t-test showed
there’s no significant difference for learning style between male respondents and female
respondent. Analyze using Pearson’s correlation, the data shows no significant
differences between learning style and academic achievement.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI GRAF xvii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pendahuluan 1
1.3 Latar Belakang Masalah 5
1.4 Pernyataan Masalah 8
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 8
x
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.7.1 Pihak Sekolah 9
1.7.2 Guru 9
1.7.3 Pelajar Fakulti Pendidikan 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Terminologi 10
1.92 Gaya Pembelajaran 11
1.92 Hubungan 12
1.9.3 Pencapaian 12
1.9.4 Akademik 12
1.10 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Takrifan Gaya Pembelajaran 13
2.3 Model-Model Gaya Pembelajaran 16
2.3.1 Model Pembelajaran Entwistle 17
2.3.2 Model Pembelajaran Dunn dan Dunn 17
2.3.3 Model Pembelajaran Kolb 19
2.3,4 Pemilihan Model Pembelajaran 24
2.4 Gaya Pembelajaran dan Pencapaian Akademik 24
2.5 Perbezaan Jantina Dalam Pemilihan Gaya Pembelajaran 28
2.6 Penutup 29
xi
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Kajian Rintis 34
3.6.1 Kesahan 34
3.6.2 Kebolehpercayaan 35
3.7 Prosedur Kajian 36
3.8 Analisis Data 37
3.9 Penutup 38
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 40
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 40
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan PNGK 40
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 41
4.3 Analisis Bahagian B:
Mengenalpasti Gaya Pembelajaran Responden 41
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 42
4.3.1.1 Gaya Pembelajaran Responden Secara 42
Concrete Experience (CE)
4.3.1.2 Gaya Pembelajaran Responden Secara 46
Reflective Observation (RO)
4.3.1.3 Gaya Pembelajaran Responden Secara 48
Active Experimentation (AE)
4.3.1.4 Gaya Pembelajaran Responden Secara 51
Abstract Conceptualization (AC)
xii
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 53
4.3.2.1 Gaya Pembelajaran secara Concrete Experience 53
(CE) Berdasarkan Jantina
4.3.2.2 Gaya Pembelajaran secara Reflective Observation 54
(RO) Berdasarkan Jantina
4.3.2.3 Gaya Pembelajaran secara Active Experimentation 54
(AE) Berdasarkan Jantina
4.3.2.4 Gaya Pembelajaran secara Abstract 55
Conceptualizatin (AC) Berdasarkan Jantina
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 56
4.3.3.1 Gaya Pembelajaran Secara (CE) 57
Berdasarkan PNGK
4.3.3.2 Gaya Pembelajaran Secara (RO) 58
Berdasarkan PNGK
4.3.3.3 Gaya Pembelajaran Secara (AE) 58
Berdasarkan PNGK
4.3.3.4 Gaya Pembelajaran Secara (AC) 59
Berdasarkan PNGK
4.4 Analisis keseluruhan 60
4.5 Penutup 62
5 PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Pembinaan Item Gaya Pembelajaran 64
Berasaskan Instrumen Pembelajaran Kolb.
5.3.2 Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Empat 67
Fakulti Pendidikan
5.3.3 Perbezaan Gaya Pembelajaran di antara 67
Responden Lelaki dan Perempuan
xiii
5.3.4 Gaya Pembelajaran dan Hubungannya 69
dengan Pencapaian Akademik
5.3 Kesimpulan 70
5.4 Cadangan Kajian 71
5.4.1 Pelajar 72
5.4.2 Pensyarah / Pendidik 73
5.4.3 Fakulti Pedidikan 74
5.4.4 Cadangan Pengajaran dan Pembelajaran 74
Merangkumi Jenis Pembelajaran
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 75
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN A 84
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model pembelajaran Kolb dan Fry 23
3.1 Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian 34
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 40
4.2 Taburan Responden Berdasarkan PNGK 40
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 41
4.4 Gaya Pembelajaran Responden Concrete Experience (CE) 43
4.5 Purata Min Setiap Item CE 45
4.6 Gaya Pembelajaran Responden Reflective Observation (RO) 46
4.7 Analisis Item 25 47
4.8 Purata Min Setiap Item RO 48
xv
4.9 Gaya Pembelajaran Responden Active Experimentation (AE) 49
4.10 Purata Min Setiap Item AE 49
4.11 Gaya Pembelajaran Responden Abstract Conceptualization (AC) 51
4.12 Purata Min Setiap ItemAC 52
4.13 Analisis ujian-t bagi gaya pembelajaran CE di antara 53
responden perempuan dan lelaki
4.14 Analisis ujian-t bagi gaya pembelajaran ROdi antara 54
responden perempuan dan lelaki
4.15 Analisis ujian-t bagi gaya pembelajaran AE di antara 54
responden perempuan dan lelaki
4.16 Analisis ujian-t bagi gaya pembelajaran AC di antara 56
responden perempuan dan lelaki
4.17 Intrepertasi pekali kolerasi 56
4.18 Analisis kolerasi di anatara PNGK dengan gaya 58
pembelajaran secara CE.
4.19 Analisis kolerasi di anatara PNGK dengan gaya 58
pembelajaran secara RO.
4.20 Analisis kolerasi di anatara PNGK dengan gaya 59
pembelajaran secara AE.
xvi
4.21 Analisis kolerasi di anatara PNGK dengan gaya 60
pembelajaran secara AC.
4.22 Anlisis Item Untuk Persoalan Pertama 60
4.23 Anlisis Item Untuk Persoalan Kedua 61
4.24 Anlisis item untuk Persoalan Ketiga 61
xviii
SENARAI GRAF NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT 2.1 Skor AC-CE dan AE-RO dalam Pencapaian Akademik 27
2.2 Skor Bagi AC-CE dan AE-RO Berdasarkan Jantina 29
3.2 Carta Alir Prosedur kajian 37
xix
SENARAI SIMBOL ATAU SINGKATAN
% - Peratusan A - Abstract Conceptualization AE - Active Experimentation CE - Concrete Experience . En. - Encik F - Frekuensi PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan RO - Reflective Observation S - Ssangat setuju S - Setuju STS - Sangat Tidak Setuju SPSS - Statistical Package of Social Science TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, perkara yang akan dibincangkan terbahagi kepada lapan
bahagian iaitu pendahuluan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian,
persolan kajian, batasan kajian dan definisi terminologi.
1.2 Pendahuluan
Setiap individu yang dilahirkan di dunia ini mempunyai pelbagai kecerdasan dan
kelebihan yang mungkin tiada pada orang lain. Banyak kajian yang telah dilakukan
untuk mengkaji kepelbagaian ciri-ciri individu ini. Setiap minat, kegemaran,
kecenderungan, sikap, cara belajar, dan cara berinteraksi adalah berbeza dengan individu
yang lain. Jadi tidak hairanlah jika banyak teori pangajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan oleh tokoh-tokoh dalam usaha menyampaikan pembelajaran kepada
pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan dan ciri-ciri pembelajaran masing-
masing.
2
Pavlov, Thorndike dan Skinner mempelopori teori Behaviour. Teori ini
menekankan kepada perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan sekiranya pelajar
menerima sesuatu pembelajaran. Manakala teori kognitif yang diperkenalkan oleh Jean
Piaget lebih melihat kepada perkembangan kognitif pelajar, di mana perubahan tingkah
laku dijadikan penanda aras kepada proses yang berlaku dalam pemikiran pelajar.
Seterusnya teori pembelajaran Konstruktivis merujuk kepada pelajar membina kerangka
pemikiran mereka dengan menggabungkan pengetahuan lama dan pengetahuan baru.
Teori Konstruktivis ini dipelopori oleh Jerome Brunner (Baharuddin et.al, 2000).
Teori-teori pembelajaran yang ada menjadi garis panduan kepada pendidik untuk
memilih apakah strategi yang sesuai dan efektif untuk mengajar pelajar yang
mempunyai pelbagai latar belakang akademik, keluarga, taraf hidup dan sebagainya.
Pemilihan strategi pengajaran guru juga memberikan implikasi kepada cara
pembelajaran pelajar, bagaimana seseorang pelajar itu dapat menghubungkan cara
pengajaran guru dengan gaya pembelajaran mereka.
Jika kita perhatikan suasana persekolahan sekarang ini, guru telah banyak
didedahkan dengan teori-teori pengajaran dan pembelajaran dalam usaha
mengoptimumkan keupayaan pelajar dan memperkembangkan JERIS pelajar, iaitu
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah. Selain itu, Dato’ Sri Abdullah Ahmad
Badawi telah meletakkan matlamat sekolah sebagai wadah pembentukan modal insan.
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010, telah meletakkan empat fokus utama untuk merealisasikan matlamat tersebut iaitu,
tumpuan kepada akhlak jati diri pelajar, sistem nilai, aspek disiplin dan sahsiah.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melahirkan pelajar yang kompeten
dalam sains dan teknologi, kreatif dan mempunyai kebolehpasaran. Justeru, guru adalah
penggerak untuk menyediakan tapak yang utuh bagi menjana kecemerlangan akademik
pelajar (Fauziah, 2007).
3
Untuk menjana kecemerlangan pendidikan pelajar di sekolah mahupun di pusat
pengajian tinggi, guru dan ahli akademik perlu mengadakan diagnosis kepada individu
dan juga merangka kaedah pemulihan kepada pelajar yang sederhana dan lemah.
Walaubagaimanapun usaha ini bukan mudah, guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa
untuk menganalisis kelebihan dan kelemahan pelajar. Penilaian ini melibatkan
perjanjian, program pembelajaran, tutorial dan tugasan. Apa yang penting di sini, guru
dapat menilai apakah kelebihan dan kelemahan pelajar mereka supaya pendekatan
pengajaran yang digunakan adalah seiring dengan kecenderungan dan gaya
pembelajaran pelajar (Dunn dan Dunn, 1978).
Interaksi di antara guru dan pelajar adalah cara terbaik yang dapat digunakan
oleh guru untuk menganalisis gaya pembelajaran pelajar dengan melihat kebolehan
pelajar menerima pelbagai bentuk maklumat. Gaya mungkin melibatkan keadaan di
mana seseorang pelajar itu selesa dan lebih mudah untuk belajar serta memproses
maklumat dan menyimpannya. Jadi, elemen gaya ini melibatkan proses kognitif, afektif
dan motivasi.
Di dalam model Dunn & Dunn, gaya pembelajaran adalah disebabkan oleh
faktor di sekeliling pelajar. Justeru, dengan adanya pelbagai gaya pembelajaran yang
diperkenalkan oleh tokoh pendidik, guru dapat menilai gaya pembelajaran pelajar.
Sekiranya pelajar mengenali dan memahami gaya pembelajaran mereka, ianya dapat
membantu mereka untuk menyesuaikan kaedah pembelajaran dengan pengajaran guru
(Gorham, 1991). Guru boleh membuat kesimpulan terhadap bentuk maklumat manakah
yang mudah diterima dan difahami oleh pelajar.
Marton dan Saljo (1976), dalam Wilding dan Andrews (2006) menyatakan,
banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengelaskan pelbagai gaya pembelajaran
yang digunakan oleh pelajar dan mengkaji perhubungannya dengan pencapaian pelajar.
Marton telah mengelaskan pembelajaran pelajar kepada 2 bahagian utama iaitu deep
4
iaitu pembelajaran mencari makna manakala surface pula pada tanda. Pembelajaran
deep memahami konsep dengan baik berbanding dengan gaya pembelajaran surface.
Kemudian di Australia, Bigss (1970) meneruskan kajian ini menggunakan soal
selidik untuk membuktikan gaya pembelajaran deep dan surface mempunyai kesan
terhadap pencapaian pelajar. Bigss mendapati gaya pembelajaran surface mempunyai
perkaitan yang negatif dengan pencapaian akademik pelajar, berbanding dengan pelajar
yang menggunakan pendekatan pembelajaran deep. Justeru, gaya pembelajaran yang
sesuai dan efektif akan meningkatkan pencapaian pelajar.
Di samping itu, trait-trait kecenderungan setiap individu adalah berbeza kerana
perubahan dari segi masa, perubahan yang perlahan-lahan, pengaruh persekitaran dan
juga kesesuaian individu dalam mengikut arus perubahan semasa ke semasa (Gary &
Welborn, 2006). Justeru, ciri-ciri yang ditunjukkan oleh individu inilah yang
memberikan personaliti kepada individu tersebut.
Selain itu, terdapat juga faktor lain yang menyumbang ke arah kepelbagaian ciri
individu iaitu jantina. Terdapat kajian-kajian yang dijalankan untuk mengkaji
bagaimana faktor jantina mempengaruhi kecenderungan seseorang terutamanya dalam
bidang pendidikan. Menurut King et. al (2006), terdapat hampir 100 perbezaan yang
ketara di antara lelaki dan perempuan terutamanya pada bahagian otak. Ekoran daripada
itu, proses penerimaan pengetahuan di antara pelajar lelaki dan perempuan dikatakan
berbeza di antara satu sama lain.
Donna Milgram (2005), dalam penulisan artikel beliau, mendapati pelajar
perempuan dan lelaki mempunyai perbezaan dalam pencapaian mata pelajaran sains,
matematik, teknologi dan kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, pelajar lelaki lebih
mempunyai kemahiran dalam mengendalikan aspek teknikal berbanding dengan pelajar
perempuan.
5
Beliau mengaitkan zaman kanak-kanak pelajar lelaki yang lebih gemar bermain
dengan permainan dan melibatkan logik akal. Manakala, pelajar perempuan lebih
banyak bermain dengan anak patung, memasak serta menghias. Justeru, perbezaan
minat ini telah menjadikan gaya pembelajaran pelajar perempuan dan lelaki adalah
berbeza pada dasarnya. Justeru, untuk mengelakkan jurang pencapaian pelajar lelaki
dan perempuan, guru perlu menyediakan suasana yang mendorong pelajar perempuan
untuk berfikir, menyelesaikan masalah dan menyatakan kritikan bersama-sama dengan
pelajar lelaki.
Namun begitu, pada masa kini kanak-kanak perempuan tidak lagi bermain
dengan anak patung, dan bermain masak-masak. Terdapat kanak-kanak perempuan dan
lelaki yang mempunyai hobi yang sama. Mereka gemar bermain permainan komputer
yang memerlukan kemahiran pemikiran yang tinggi. Justeru, perkaitan antara zaman
kanak-kanak mungkin tidak mempunyai perhubungan yang signifikan.
Memandangkan individu adalah berbeza di antara satu dengan yang lain, tiada
kaedah atau cara yang paling tepat atau kaedah yang salah apabila individu memilih
kaedeh pembelajaran yang mereka minati. Walaubagaimanapun, kajian-kajian boleh
dilakukan sebagai panduan kepada individu agar memilih gaya pembelajaran yang
efektif dan berkesan.
1.3 Latar Belakang Masalah
Teori Behaviour memberikan pengertian pembelajaran, adalah proses yang
mengubah tingkah laku individu dan memberi makna. Namun sekiranya tiada
perubahan tingkah laku yang sepatutnya ditunjukkan oleh pelajar, adakah proses
pembelajaran itu gagal menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar? Justeru
perlu ada suatu indikator untuk menilai keberkesanan pembelajaran yang dijalankan di
6
dalam kelas dan mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
memastikan pelajar dapat menerima pengajaran dengan sebaik mungkin.
Pelajar yang suatu ketika dahulu cemerlang di sekolah rendah dan di sekolah
menengah berkemungkinan tidak dapat mengekalkan kecemerlangan akademik mereka
di pusat pengajian tinggi, sekiranya tidak mempunyai gaya pembelajaran yang efektif
dan berkesan. Walau sehebat mana pensyarah ataupun guru yang mengajar mereka,
sekiranya mereka tidak mempunyai gaya pembelajaran yang berkesan untuk memproses
maklumat yang diterima, maka ianya tidak memberikan keputusan yang cemerlang
dalam akademik mereka.
Apabila melangkah ke pusat pengajian tinggi, sistem pendidikannya adalah
berbeza daripada sekolah yang telah pelajar tinggalkan. Jika di sekolah pelajar akan
dipantau dan dikenakan dendaan sekiranya tidak menyiapkan kerja rumah, atau tidak
menghantar tugasan yang diberikan oleh guru. Namun begitu universiti, ia merupakan
permulaan ke arah kematangan di mana menawarkan kebebasan kepada pelajar untuk
merancang kehidupan sebagai mahasiswa dan yang paling penting merancang gaya
pembelajaran yang sesuai dengan diri sendiri. Justeru, pemilihan gaya pembelajaran
adalah amat penting untuk terus cemerlang di universiti dan bersaing dengan komuniti
pelajar yang besar ini (Schonell, 1998).
Menurut Richard (1988), terdapat perbezaan yang ketara antara antara pelajar
”A” dan pelajar ”B”. Pelajar “A” berkemungkinan mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza dan berkesan berbanding dengan pelajar “B”. Ini kerana pelajar yang cemerlang
mempunyai tapak yang kukuh dan pandai menyesuaikan pengetahuan yang disampaikan
dengan gaya pembelajaran mereka. Jadi, di sini dapat dilihat gaya pembelajaran yang
berkesan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
7
Schonell (1998), masalah utama pelajar yang baru melangkah ke universiti
adalah bagaimana untuk menguruskan masa untuk belajar dan aktiviti luaran. Ini akan
berlaku kerana mereka tidak mempunyai gaya pembelajaran yang sesuai untuk belajar
secara berkesan. Tambahan pula, mereka tidak pernah merancang gaya pembelajaran
yang sesuai dengan mereka untuk mengoptimumkan keupayaan diri sendiri. Gaya
pembelajaran yang sesuai akan membantu pelajar untuk memperolehi keputusan yang
cemerlang dan juga mengelakkan tekanan emosi pelajar apabila menghampiri
peperiksaan. Pembelajaran yang bermakna akan berlaku dalam satu kondusi yang
tenang dan aman.
Isu perbezaan jantina dalam menguasai subjek matematik, sains, kejuruteraan
dan teknologi menjadi suatu masalah suatu ketika dahulu. Menurut Milgram (2007),
dalam atikelnya menyebut, pelajar lelaki lebih berpengalaman sekiranya proses
pembelajaran berlaku secara hands-on tentang prinsip-prinsip berkaitan dengan bengkel
berbanding dengan perempuan.
Namun begitu adakah gaya pembelajaran perempuan dan lelaki mempunyai
perbezaan yang ketara dan spesifik? Philbin et al. (1995), dalam artikelnya menyebut,
isu perbezaan gaya pembelajaran lelaki dan perempuan masih menjadi persoalan
walaupun terdapat banyak kajian yang telah dilakukan, kerana banyak kelemahan
daripada segi data dan pengumpulan maklumat. Pemilihan gaya pembelajaran di antara
lelaki dan perempuan adalah berdasarkan kesesuaian individu tersebut dalam memproses
maklumat.
Sehubungan dengan itu, kajian amatlah penting untuk mengkaji gaya
pembelajaran pelajar dan juga hubungannya dengan pencapaian akademik. Ini kerana
masih ramai pelajar yang tercari-cari gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka.
8
1.4 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan di atas, penyelidik ingin
membuat kajian ke atas gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar
tahun empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.5 Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian yang disasarkan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah
untuk:
i. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan.
ii. Melihat perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan perempuan
tahun empat Fakulti Pendidikan.
iii. Mengetahui gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik
pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan.