universiti teknologi malaysia borang pengesahan … fileperanan guru besar dalam pelaksanaan ict di...

24
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya ______ PHOON AI LING mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR No. 179, JALAN SUTRA, TAMAN SUTRA, Nama Penyelia 81400 SALENG SENAI, JOHOR. Tarikh : 25 APRIL 2009 Tarikh : 25 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: nguyennguyet

Post on 03-Apr-2019

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL: PERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT D I

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya ______ PHOON AI LING mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR No. 179, JALAN SUTRA, TAMAN SUTRA, Nama Penyelia 81400 SALENG SENAI, JOHOR. Tarikh : 25 APRIL 2009 Tarikh : 25 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR

Tarikh : 25 APRIL 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

PERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH

JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN

PHOON AI LING

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………...........

Nama Pelajar : PHOON AI LING

Tarikh : 25 APRIL 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

iii

DEDIKASI

Diabadikan untuk insan-insan yang tersayang,

Untuk penyelia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu

Dr. Lokman bin Mohd Tahir

Terima kasih di atas segalanya...

Untuk ayah dan ibu yang saya sayangi

Phoon Kok Ming dan Tay Siew Huang

Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu

Dorongan, pengorbanan dan kesabaran untuk menjayakanmu

Jasamu tidak akan ku lupakan...

Untuk abang dan adik yang saya kasihi

Phoon Kar Wai dan Phoon Kar Lun

Terima kasih atas segala sokongan

Semoga hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera...

Untuk pelajar 4SPH dan rakan-rakan seperjuanganku

Terima kasih atas semangat dan tunjuk ajar yang diberi

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama...

Untuk rakan sebaya yang saya kasihi

Moong Sow Kuan, Sanita binti Bulhani dan Wong Jimme

Semoga berjaya dalam kerjaya yang diceburi...

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Dr. Lokman bin Mohd Tahir selaku penyelia Projek Sarjana Muda di

atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang diberi sepanjang menyiapkan

projek ini.

Ucapan penghargaan juga dirakamkan kepada guru besar dan semua

responden kajian iaitu para guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

di sekitar Daerah Kulai Selatan yang sudi memberi kerjasama dalam menjawab

borang soal selidik yang diedarkan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan dari kursus

SPH tahun 4 yang sudi menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar kepada saya dalam

proses melengkapkan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan ini juga tidak saya lupa untuk dirakamkan kepada ayah, ibu,

adik beradik yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan

yang diberikan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu

menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tentang peranan guru besar

dalam pelaksanaan ICT di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan.

Sampel kajian adalah seramai 238 orang guru yang mengajar di sekitar Daerah Kulai

Selatan. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis statistik

deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti peranan guru besar dalam

menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah; peranan guru besar dalam

menggalakkan guru-guru menggunakan ICT di sekolah; peranan guru besar dalam

mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek

pengurusan sekolah; peranan guru besar dalam mengimplementasikan penggunaan

ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah

manakala analisis statistik inferensi melalui ujian-t dan ANOVA sehala digunakan

untuk melihat perbezaan dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan ICT di

sekolah berdasarkan perbezaan demografi guru iaitu jantina, umur, kelulusan

akademik dan pengalaman mengajar. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini

adalah α = 0.980. Hasil kajian menunjukkan bahawa purata skor min keseluruhan

ialah pada tahap sederhana iaitu nilai 3.59. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek jantina, umur, dan pengalaman

mengajar guru dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan ICT di sekolah.

Bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek

kelulusan akademik guru dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan ICT di

sekolah. Sebagai penutup bicara, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan

kepada pihak berkenaan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada

terutamanya dalam peranan guru besar sebagai pemangkin ICT di sekolah.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to determine the role of headmaster in

implementing ICT at Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) District of South Kulai.

Samples of this research were 238 teachers in the District of South Kulai.

Questionnaire was used as the instrument for this study. Descriptive statistics were

used to identify the role of headmaster in providing the infrastructures ICT in school;

the role of headmaster in encouraging teachers of using ICT in school; the role of

headmaster to implement ICT usage among teachers in school management aspect;

the role of headmaster to implement ICT usage among teachers in teaching and

learning aspect in school. In addition, inferential statistics analysis through t-test and

one way ANOVA were used to measure the differences in assessment the role of

headmaster in implementing ICT at school based on the teachers’ demographic

which were gender, age, academic qualifications and teaching experiences. The

alpha value for the pilot test conducted was measured at 0.980. The outcome of the

research indicates the average of mean score was at moderate level which was at

3.59. This study also showed that there was a significant difference based on the

teachers’ gender, age and teaching experiences in the assessment of the role of

headmaster in implementing ICT at school. However, there was no significant

difference based on the teachers’ academic qualifications in the assessment of the

role of headmaster in implementing ICT at school. As a conclusion, researcher

forwarded some suggestions to the authorities concerned as guideline to improve the

existing weakness in the role of headmaster as ICT catalyst in schools.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Persoalan kajian 6

1.6 Hipotesis kajian 7

1.7 Kepentingan kajian 10

1.8 Batasan kajian 11

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

viii

1.9 Definisi istilah 11

1.9.1 Peranan 11

1.9.2 Guru besar 12

1.9.3 Pelaksanaan 12

1.9.4 Teknologi maklumat dan komunikasi 12

atau ICT

1.9.5 Sekolah 13

1.10 Penutup 13

2 SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) 14

2.3 Peranan guru besar 15

2.4 Pelaksanaan ICT di sekolah 17

2.4.1 Infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah 17

2.4.2 Galakan penggunaan ICT dalam kalangan 20

guru

2.4.3 ICT dalam pengurusan sekolah 21

2.4.4 ICT dalam proses pengajaran dan 23

pembelajaran di sekolah

2.5 Kajian-kajian lepas 26

2.5.1 Kajian lepas mengenai infrastruktur ICT 26

yang lengkap di sekolah

2.5.2 Kajian lepas mengenai galakan penggunaan 28

ICT dalam kalangan guru

2.5.3 Kajian lepas mengenai ICT dalam 29

pengurusan sekolah

2.5.4 Kajian lepas mengenai ICT dalam proses 30

pengajaran dan pembelajaran di sekolah

2.6 Penutup 31

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

ix

3 METODOLOGI KAJIAN 32

3.l Pengenalan 32

3.2 Reka bentuk kajian 32

3.3 Populasi 33

3.4 Persampelan dan tempat kajian 33

3.5 Instrumen kajian 34

3.5.1 Bahagian A 35

3.5.2 Bahagian B 35

3.6 Kajian rintis 37

3.6.1 Kesahan 37

3.6.2 Kebolehpercayaan 38

3.7 Prosedur kajian 40

3.8 Kaedah penganalisisan data 40

3.8.1 Ujian-t 43

3.8.2 Ujian ANOVA sehala 43

3.9 Penutup 43

4 ANALISIS DATA 44

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Data Bahagian A: Latar belakang 45

responden

4.2.1 Jantina 45

4.2.2 Bangsa 46

4.2.3 Umur 46

4.2.4 Kelulusan akademik 47

4.2.5 Pengalaman mengajar 48

4.3 Analisis Data Bahagian B: Berdasarkan 49

persoalan kajian

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Adakah 50

guru besar menyediakan infrastruktur

ICT yang lengkap di sekolah?

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

x

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2: Adakah 53 guru besar menggalakkan guru-guru

menggunakan ICT di sekolah?

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3: Adakah 56

guru besar mengimplementasikan

penggunaan ICT dalam kalangan guru

berdasarkan aspek pengurusan sekolah?

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4: Adakah 60

guru besar mengimplementasikan

penggunaan ICT dalam kalangan guru

berdasarkan aspek pengajaran dan

pembelajaran di sekolah?

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5: Adakah 63

terdapat perbezaan dalam penilaian

peranan guru besar melaksanakan ICT di

sekolah berdasarkan perbezaan demografi

guru iaitu jantina, umur, kelulusan

akademik dan pengalaman mengajar?

4.3.5.1 Jantina guru 63

4.3.5.2 Umur guru 65

4.3.5.3 Kelulusan akademik guru 67

4.3.5.4 Pengalaman mengajar guru 69

4.3.6 Analisis keseluruhan: Peranan guru besar 72

dalam pelaksanaan ICT di Sekolah Jenis

Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan

4.4 Penutup 73

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 74

5.1 Pengenalan 74

5.2 Rumusan kajian 74

5.3 Perbincangan kajian 77

5.3.1 Peranan guru besar dalam menyediakan 78

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

xi

infrastruktur ICT

5.3.2 Peranan guru besar dalam menggalakkan 79

guru-guru menggunakan ICT

5.3.3 Peranan guru besar mengimplementasikan 81

penggunaan ICT berdasarkan aspek

pengurusan sekolah

5.3.4 Peranan guru besar mengimplementasikan 82

penggunaan ICT berdasarkan aspek

pengajaran dan pembelajaran di sekolah

5.3.5 Perbezaan persepsi guru dari segi 83

demografi tentang penilaian peranan

guru besar melaksanakan ICT di sekolah

5.4 Cadangan kajian 85

5.4.1 Guru besar 85

5.4.2 Guru 86

5.4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 86

5.5 Cadangan kajian lanjutan 87

5.6 Penutup 87

RUJUKAN 89

Lampiran A – G 95 - 125

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1 Sumber ICT di sekolah 18

2.2 Bilangan sekolah rendah yang kekurangan kemudahan asas 19

3.1 Sampel kajian mengikut sekolah 34

3.2 Taburan item-item berdasarkan persoalan kajian 36

3.3 Analisis nilai alpha berdasarkan persoalan kajian 39

3.4 Kaedah penganalisisan data berdasarkan persoalan kajian 41

3.5 Pengelasan 5 skor kepada 3 skor berdasarkan kepada nilai 42

skor min

4.1 Taburan responden mengikut jantina 45

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 46

4.3 Taburan responden mengikut umur 46

4.4 Taburan responden mengikut kelulusan akademik 47

4.5 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 48

4.6 Pengelasan 5 skor kepada 3 skor berdasarkan kepada nilai 49

skor min

4.7 Peranan guru besar dalam menyediakan infrastruktur ICT 50

yang lengkap di sekolah

4.8 Peranan guru besar dalam menggalakkan guru-guru 53

menggunakan ICT di sekolah

4.9 Peranan guru besar dalam mengimplementasikan penggunaan 56

ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengurusan sekolah

4.10 Peranan guru besar dalam mengimplementasikan penggunaan 60

ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengajaran dan

pembelajaran di sekolah

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

xiii

4.11 Ujian-t berdasarkan aspek jantina guru dalam penilaian 64

peranan guru besar melaksanakan ICT (infrastruktur ICT,

galakan, pengurusan, pengajaran dan pembelajaran) di sekolah

4.12 ANOVA sehala berdasarkan aspek umur guru dalam penilaian 66

peranan guru besar melaksanakan ICT (infrastruktur ICT,

galakan, pengurusan, pengajaran dan pembelajaran) di sekolah

4.13 ANOVA sehala berdasarkan aspek kelulusan akademik 68

guru dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan

ICT (infrastruktur ICT, galakan, pengurusan, pengajaran

dan pembelajaran) di sekolah

4.14 ANOVA sehala berdasarkan aspek pengalaman mengajar 70

guru dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan

ICT (infrastruktur ICT, galakan, pengurusan, pengajaran

dan pembelajaran) di sekolah

4.15 Peranan guru besar dalam pelaksanaan ICT di Sekolah Jenis 72

Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

xiv

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

MSC - Koridor Raya Multimedia

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LCD - Projektor Paparan Cecair Kristal

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

IT - Teknologi Maklumat

CT - Teknologi Komunikasi

Bil - Bilangan

No - Nombor

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

ABM - Alat Bantu Mengajar

f - Frekuensi

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang soal selidik 95

B Surat kebenaran Fakulti Pendidikan 102

C Kesahan soal selidik 103

D Surat kebenaran Bahagian Perancangan 105

dan Penyelidikan

E Surat kebenaran Jabatan Pelajaran Johor 107

F Surat pengesahan sekolah-sekolah 108

G Analisis data kajian 114

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era globalisasi yang dipacu oleh kepesatan perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT), ICT telah berjaya meresap ke semua sektor dalam

kehidupan masyarakat sama ada oleh kakitangan awam, swasta, golongan akademik

ataupun orang dewasa. Seperti juga lain-lain perkara baru yang diperkenalkan di

dalam kehidupan, ICT menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap lapisan

masyarakat. Terdapat pelbagai pandangan bahawa ICT mampu meringankan kerja

seharian. Terdapat juga yang berpandangan bahawa ICT mempengaruhi minda

kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting dan wajib usaha pengenalan kepada ICT

untuk meningkatkan kefahaman yang positif di antara masyarakat terhadap

penggunaan ICT dalam kehidupan harian.

Untuk memastikan rakyat Malaysia mampu menangani kelaluan

percambahan ilmu setiap saat, reformasi dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan

dengan lebih berkesan. Bagi mengharungi cabaran dan wawasan 2020, pembangunan

pendidikan yang dirancang perlu mengambilkira pelaksanaan dan penguasaan ICT

dalam kalangan pelajar di negara ini. Najib Razak (1997) pernah di dalam

ucapannya menyatakan bahawa “sama ada kita setuju atau tidak, proses pendidikan

di negara kita menjelang abad ke 21 tidak dapat lari daripada mendedahkan pelajar

kepada teknologi maklumat dan multimedia. Ledakan multimedia sedang berlaku

dengan pesatnya. Di seluruh dunia, negara maju telahpun melaksanakannya dalam

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

2

prasarana pembangunan sumber manusia dengan tujuan melahirkan tenaga kerja

yang berpengetahuan dan berketrampilan dalam bidang teknologi digital menjelang

abad akan datang”.

1.2 Latar belakang masalah

Sejak kebelakangan ini, kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) berjaya mempengaruhi pembangunan sektor pendidikan negara. Salah satu

projek yang nyata ialah projek Koridor Raya Multimedia (MSC). MSC merupakan

pemangkin kepada sistem pendidikan negara untuk mengimplementasikan ICT di

dalam pendidikan.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara

objektifnya dapat merangsang minda kreatif pelajar dan membebaskan mereka

daripada kongkongan tradisional pembelajaran yang terlalu bergantung kepada

konsep hafalan (Hizral Tazzif Hisham, 2004). Manakala dalam Prosiding Seminar

Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Musa Mohamad (2001) telah menyimpulkan

bahawa penggunaan ICT dalam pendidikan adalah penting. Dengan ini, ICT telah

dikenal pasti memainkan peranan yang penting dalam bidang pentadbiran dan

pengurusan sekolah selain daripada pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas.

Cole (2006) pula menyatakan ICT di dalam pembelajaran melibatkan

i. Penggunaan komputer dan peralatan yang berkaitan untuk mencapai

objektif pembelajaran dan pengajaran

ii. Perancangan pengajaran yang melibatkan komputer

iii. Pengurusan kelas yang melibatkan komputer

iv. Penilaian sumber berasaskan komputer

v. Penggunaan komputer yang melibatkan penyampaian pengajaran

vi. Kemahiran asas perisian dan perkakasan

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

3

Peranan ICT dalam pendidikan memang tidak dapat dinafikan

kepentingannya bagi memastikan negara mampu untuk bersaing dalam era ICT.

Secara umum, kerajaan telah memperuntukkan 2.3 billion dalam Rancangan

Malaysia Ke-9 untuk memastikan perlaksanaan ICT dijalankan dengan baik.

Terdapat lima inisiatif yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu

projek rintis Sekolah Bestari, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains

dalam Bahasa Inggeris, projek makmal komputer sekolah, projek jalur lebar School

Net dan Teknologi Media. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yakin

bahawa negara Malaysia juga dapat merasai kejayaan dalam melengkapkan

kemudahan infrastruktur ICT di 95 peratus daripada 9000 sekolah seluruh negara

menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-9 pada 2010 (Berita Harian, 8 September

2005).

Kerajaan juga telah menyediakan lebih 2000 perisian pengajaran dan

pembelajaran di samping melatih 200000 guru dalam ICT (Hishammuddin Hussein,

2005). Pelbagai langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan menunjukkan ICT

sememangnya memberi manfaat yang besar terhadap bidang pendidikan. Ahmad

Munawar (2008) pula mengatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak

RM387 juta untuk meningkatkan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) di sekolah termasuk daripada segi perisian kursus, schoolnet, pusat akses

sekolah dan penyediaan unit komputer di sekolah. Peruntukan itu telah

membuktikan bahawa Kementerian Pelajaran amat serius dan prihatin dalam usaha

untuk meningkatkan kadar celik komputer dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun kerajaan semestinya berusaha meningkat penggunaan ICT di sekolah,

namun penggunaan ICT di sekolah masih pada tahap yang kurang memuaskan.

Guru-guru pula didapati tidak memanfaatkan sepenuhnya peralatan ICT itu, terutama

notebook dan projektor paparan cecair kristal (LCD) atas alasan bimbang akan

berlaku kerosakan (Hon Choon Kim, 2004). Hasil daripada dapatan kajian Rosnani

et. al. (2006) pula menunjukkan bahawa majoriti guru masih belum mempunyai

pengetahuan dan kemahiran asas ICT yang kukuh. Keadaan ini harus diatasi dengan

segera dan para guru perlu memanfaatkan infrastruktur sepenuhnya secara

maksimum dan optimum, khususnya untuk tujuan meningkatkan keberkesanan

pengurusan dan pentadbiran selain untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

4

Perkembangan ICT dalam dunia pendidikan di Malaysia masih baru dan

memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Dalam keadaan

seperti ini, peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di

sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak (2007) pernah berkata bahawa

pihak pentadbiran sekolah termasuk pengetua dan kerani perlu mempunyai

pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan kominikasi (ICT). Kenyataan di

atas telah disokong oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Yusoff

Harun (2007) menyatakan apa yang perlu ditanam dalam jiwa setiap warga

pendidikan ialah komitmen, selain perkakasan dan pendekatan. Beliau juga

menyatakan bahawa kita perlu memotivasikan semua pihak dalam sistem pendidikan

yang ada khususnya di sekolah supaya melaksanakan penggunaan teknologi.

Pendedahan kepada ICT perlu bermula dengan pemimpin di sekolah itu sendiri

seperti pengetua, guru besar, penolong kanan, guru bidang dan guru-guru lain. Jika

pemimpin dan pentadbir sekolah mempunyai kesedaran dan sanggup memberikan

komitmen dari segi masa, maka para pelajar akan mendapat faedah yang maksimum.

Di samping itu, adalah wajar bahawa semua kakitangan sekolah dan

pentadbir diberi latihan dan pendedahan secukupnya sekurang-kurangnya dapat

menggunakan aplikasi asas tentang ICT (Najib Razak, 2007). Dalam jangkamasa

panjang, para pendidik terutama pentadbir sekolah dapat meningkat dan

mengemaskinikan pengetahuan dan penguasaan mereka dalam bidang ICT selari

dengan perkembangan semasa.

Dengan demikian, wajar dikatakan guru besar merupakan individu

berketrampilan bagi mengendalikan pelaksanaan ICT di sekolah. Ibrahim Mamat

(1998) telah menyatakan bahawa pengetua memainkan pelbagai peranan iaitu

mengurus, memimpin, mentadbir, menyelia dan menjadi pakar rujuk. Peranan ini

melibatkan empat perkara besar yang perlu dilaksanakan iaitu membentuk falsafah

sekolah, membentuk struktur sekolah, mengurus dan memotivasikan kakitangan

sekolah dan memberi kepimpinan. Jadi, guru besar harus mempunyai sikap positif

memainkan beberapa peranan, memberikan dorongan dan motivasi untuk

melaksanakan penggunaan dan implementasi ICT di sekolah.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

5

1.3 Pernyataan masalah

Walaupun penggunaan ICT adalah penting dalam pelbagai aspek di sekolah,

malah implementasi ICT pada setakat ini masih berada pada tahap yang kurang

memuaskan sekali. Jadi adalah perlu melaksanakan penggunaan ICT di sekolah.

Maka timbulnya persoalan bagaimana melaksanakan ICT di sekolah terutamanya di

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) yang agak kurang dikaji oleh para penyelidik? Di

samping itu, kajian cuba meneliti siapakah yang sepatutnya memainkan peranan

dalam pelaksanaan ICT di sekolah? Maka, kajian ini dilaksanakan akan dijalankan

di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan bagi mengkaji, meneliti

dan menganalisis peranan guru besar dalam pelaksanaan ICT di Sekolah Jenis

Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan. Bagi melaksanakan ICT di sekolah, guru

besar perlu memastikan bahawa infrastruktur yang disediakan adalah lengkap dan

sempurna. Infrastruktur ini terdiri daripada komputer, overhead projector, note book,

digital camera, dan kemudahan peralatan multimedia yang lain. Guru besar juga

perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan

komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan internet serta makmal

komputer. Di samping itu, guru besar juga perlu menyedari tanggungjawab mereka

menggalakkan guru-guru di sekolah menghadiri kursus seperti kursus ICT jangka

pendek yang disediakan dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka

menguasai ilmu dan kemahiran ICT. Malah program perkembangan staf perlu

digerakkan oleh guru besar ke arah meningkatkan kebolehan guru-guru terutamanya

kesedaran terhadap ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,

pelaksanaan ICT boleh dijalankan dengan mengimplementasikan penggunaan ICT

dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Khususnya daripada segi penyampaian maklumat dan penyediaan bahan sumber.

Selain itu, guru besar harus mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan

guru berdasarkan aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemudahan ICT

dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi

tertumpu dengan kaedah chalk and talk di dalam bilik darjah.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

6

1.4 Objektif kajian

Terdapat lima objektif utama yang dikemukakan ke atas kajian ini iaitu:

i. Mengenalpasti peranan guru besar dalam menyediakan infrastruktur

ICT yang lengkap di sekolah.

ii. Mengenalpasti peranan guru besar dalam menggalakkan guru-guru

menggunakan ICT di sekolah.

iii. Mengenalpasti peranan guru besar dalam mengimplementasikan

penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengurusan

sekolah.

iv. Mengenalpasti peranan guru besar dalam mengimplementasikan

penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengajaran

dan pembelajaran di sekolah.

v. Mengenalpasti perbezaan dalam penilaian peranan guru besar

melaksanakan ICT di sekolah berdasarkan perbezaan demografi guru

iaitu jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar.

1.5 Persoalan kajian

Antara persoalan kajian yang dikemukakan adalah:

i. Adakah guru besar menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap di

sekolah?

ii. Adakah guru besar menggalakkan guru-guru menggunakan ICT di

sekolah?

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN GURU BESAR DALAM PELAKSANAAN ICT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAERAH KULAI SELATAN PHOON AI LING Laporan projek

7

iii. Adakah guru besar mengimplementasikan penggunaan ICT dalam

kalangan guru berdasarkan aspek pengurusan sekolah?

iv. Adakah guru besar mengimplementasikan penggunaan ICT dalam

kalangan guru berdasarkan aspek pengajaran dan pembelajaran di

sekolah?

v. Adakah terdapat perbezaan dalam penilaian peranan guru besar

melaksanakan ICT di sekolah berdasarkan perbezaan demografi guru

iaitu jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar?