universiti teknologi malaysia borang ......pelajar kolej komuniti. sesi pengajian : 2011 / 2012 saya...
TRANSCRIPT
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI.
SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012
Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972 )
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan )
Disahkan oleh:
( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )
Dr. Mohd Safarin Bin Nordin
Tarikh:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Tarikh:
Alamat Tetap:
Ducong Inn Kuala Pontian,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
TERHAD
TIDAK TERHAD
SULIT
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal).”
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penyelia : DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN
Tarikh : ………………………………………..
PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM
KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JANUARI 2012
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………………
Nama Penulis : KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD
Tarikh : ………………………………………………..
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang Syukurku Atas Segala
Kurniaan-Mu Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W.
Kasih Sayang Buat Ibunda Maziah Osman Dan Ayahanda Muhamad Muda Serta
Arkmaz Yang Banyak Menyokong.
Al-Fatihah Buat Abang Tersayang, Kamarrul Arkmaz Yang Amat Dirindui.
Semoga Ditempatkan Dikalangan Kekasih-NYA.
Jutaan Terima Kasih Kepada Pensyarah Pembimbing Dr. Mohd Safarin Bin Nordin
Atas Tunjuk Ajar Dan Ilmu Yang Diberikan.
Tidak Lupa Kepada Rakan Yang Banyak Membantu Semoga Kalian Dirahmati-NYA
Selalu. Amin.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat
dan kurnia-Nya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd
Safarin bin Nordin, selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana banyak
meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada
penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan
projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.
melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik yang dihulurkan. Di kesempatan
ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu
mendoakan serta memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja
yang penyelidik lakukan
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih
diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea
kepada penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T. Akhir
sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T.yang dapat
membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.
Sekian, Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pembudayaan pembelajaran sepanjang
hayat dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti. Terdapat empat persoalan yang dikaji
iaitu pencarian maklumat, penilaian kendiri, pembelajaran autonomi dan
pengaplikasian maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
populasi kajian 165 orang, seramai 116 pensyarah dilibatkan sebagai sampel kajian
dan dipilih menggunakan kaedah persampelan Krejcie and Morgan. Penyelidikan ini
adalah penyelidikan kuantitatif dan menggunakan rekabentuk kajian berbentuk
deskriptif. Kajian ini menggunakan satu soal selidik sebagai instrumen kajian yang
dibahagikan kepada bahagian A dan B. Hasil daripada kajian rintis yang dilakukan
menunjukkan kebolehpercayaan alpha cronbach bagi instrumen kajian ini adalah
=0.94. Data-data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan
menggunakan perisian “Statistical Package of Sosial Science” (SPSS version 15.0).
Hasil kajian ini ditunjukkan menerusi jadual-jadual yang mengandungi kekerapan,
peratusan dan nilai min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar tidak
membudayakan konsep pembelajaran sepanjang hayat semasa P&P. Ini berdasarkan
nilai min keseluruhan iaitu 4.48 yang mana berada dibawah purata min kajian iaitu
4.61. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang
dikemukakan kepada pelajar, pensyarah dan pihak Kolej komuniti. Kajian lanjutan
juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABTRACT
This study aims to identify the culture of lifelong learning among Kolej Komuniti
students. There are four questions that examined the information search, self-
assessment, autonomous learning and the application of information during the
process of teaching and learning. With a population study of 165 people, a total of
116 lecturers involved in the selected sample and sampling method Krejcie and
Morgan. This research, it is a quantitative research using a descriptive form of
research design. This study uses a questionnaire as a research instrument which is
divided into parts A and B. Results of pilot studies carried out showed the value of
Alpha Cronbach reliability of the instruments of this study was = 0.94. The data
obtained from questionnaires analyzed using the software Statistical Package of
social Science (SPSS version 15.0). The result of this study is shown through the
tables containing frequency, percentage and the mean value. Results from this study
show that students do not cultivate the concept of lifelong learning in T & L. This is
based on the overall mean value of 4.48 which is under study the mean average of
4.61. The study concludes with some suggestions from the researchers who
presented to the students, lecturers and the Kolej Komuniti. Further research is also
intended for research in the near future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH DAN CARTA xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang masalah 2
1.3 Penyataan masalah 6
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan kajian 7
viii
1.6 Kepentingan kajian 7
1.7 Skop dan batasan kajian 8
1.9 Definisi istilah 8
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Kolej Komuniti 11
2.3 Pembudayaan 14
2.4 Pembelajaran 15
2.5 Pembelajaran sepanjang hayat 16
2.5.1 Konsep pembelajaran sepanjang hayat 17
2.6 Kolej Komuniti sebagai hab pembelajaran sepanjang hayat 18
2.7 Literasi maklumat 22
2.8 Penilaian kendiri 24
2.9 Pembelajaran autonomi 26
2.10 Kesimpulan 28
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 29
3.2 Rekabentuk kajian 29
3.3 Populasi kajian 30
3.4 Persampelan kajian 30
3.5 Instrumen kajian 33
3.6 Proses kajian 35
3.7 Kajian rintis 37
3.8 Pengumpulan data 38
3.9 Analisis data 38
3.10 Kesimpulan 40
ix
4.0 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 41
4.2 Analisis bahagian A: Maklumat diri responden 41
4.3 Analisis bahagian B: Persoalan kajian 43
4.3.1 Analisis persoalan kajian 1 43
4.3.2 Analisis persoalan kajian 2 46
4.3.3 Analisis persoalan kajian 3 49
4.3.4 Analisis persoalan kajian 4 52
4.4 Ringkasan nilai min 55
4.5 Kesimpulan 56
5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 57
5.2 Rumusan kajian 58
5.3 Perbincangan 59
5.3.1 Perbincangan maklumat diri responden 60
5.4 Cadangan 64
5.4.1 Dari aspek pengaplikasian konsep PSH 64
semasa P&P oleh pelajar
5.4.2 Dari aspek pendedahan konsep PSH 65
semasa P&P kepada pelajar
5.4.3 Cadangan kajian lanjutan 66
5.5 Penutup 67
x
RUJUKAN 68
LAMPIRAN
LAMPIRAN A 76
LAMPIRAN B 77
LAMPIRAN C 81
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan sampel mengikut Kolej Komuniti 33
3.2 Taburan item mengikut persoalan kajian 34
3.3 Skala tujuh mata skor 34
3.5 Jadual statistik 39
4.1 Jadual taburan responden mengikut Kolej 42
Komuniti
4.2 Taburan responden mengikut jantina 42
4.3 Penilaian responden terhadap pelajar dalam 44
mempraktikkan pencarian maklumat semasa P&P
4.4 Penilaian responden terhadap pelajar dalam 47
mempraktikkan penilaian kendiri semasa P&P
4.5 Penilaian responden terhadap pelajar dalam 49
mempraktikkan pembelajaran autonomi semasa
P&P
4.6 Penilaian responden terhadap pelajar dalam 52
pengaplikasian maklumat yang diperolehi semasa
P&P
4.7 Ringkasan nilai min mengikut persoalan kajian 55
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Skala purata min 39
SENARAI CARTA
NO. CARTA TAJUK HALAMAN
3.1 Carta aliran proses penyelidikan 35
xiii
SENARAI SIMBOL
- Alpha cronbach
% - Peratus
f - Kekerapan
+ - Tambah
- - Tolak
x - Darab
÷ - Bahagi
= - Sama dengan
² - Kuasa dua
xiv
SENARAI SINGKATAN
PSH - Pembelajaran Sepanjang Hayat
KK - Kolej Komuniti
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
JPKK - Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
S - Sentiasa
AK - Amat Kerap
K - Kerap
KK - Kadang-kadang
JJ - Jarang-jarang
AJ - Amat Jarang
TP - Tidak Pernah
SPSS - Statistical Package for the Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadaual saiz sampel Krejcie & Morgan 76
B Soal selidik 77
C Pengesahan soal selidik 82
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Istilah belajar terbitan daripada perkataan ajar iaitu, satu ungkapan yang
sangat sinonim kepada setiap individu. Belajar untuk mendapatkan pengetahuan atau
kemahiran melalui pengajian, pengalaman atau pengajaran. Kesedaran melalui
maklumat atau pemerhatian, menyedari dan menjadi tahu adalah kesan dari proses
belajar. Kegiatan atau proses yang berkaitan belajar adalah pembelajaran (Kamus
Dewan, 2008).
Pembelajaran bagi seseorang individu bermula pada saat seseorang tidak
mengetahui apa-apa sehingga mereka boleh berdikari dengan sendiri dalam segala
aspek kehidupan, daripada berkaitan dengan individu, keluarga, komuniti di
persekitaran mereka seterusnya kepada seluruh masyarakat. Proses pembelajaran
adalah satu proses yang berpanjangan dan berterusan dalam setiap individu
khususnya tidak kira secara formal atau tidak formal. Umumnya pendidikan di
sekolah dikatakan proses pembelajaran yang formal dan pembelajaran bukan sahaja
berlaku semasa waktu persekolahan (Fuare et al., 1972). Menurutnya lagi
pembelajaran untuk kehidupan, pembelajaran untuk belajar agar menjadikan
seseorang individu yang mampu mendapatkan pengetahuan sepanjang hidup.
2
Menurut Micheal (1997) pembelajaran sepanjang hayat (PSH) pula dianggap
sebagai pembangunan bagi masyarakat berilmu. Pembangunan teknologi dan
pengetahuan menjana kearah keperluan perlaksanaan PSH (Mohamed Rashid dan
Mohd Nasir,2003). Pembelajaran adalah sepanjang hayat, pendidikan bagi kanak-
kanak, remaja dan orang dewasa tidak boleh dipisahkan (Faure et al., 1972).
Bertepatan dengan itu, Kementerian Pendidikan (1988) menyatakan bahawa setiap
individu perlu berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat kerana
ianya dapat melalahirkan individu yang mengunakan ilmu bukan sahaja untuk
manfaat diri sendiri malah untuk orang lain. Kini, pendidikan bermatlamat untuk
melahirkan pekerja yang mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam keadaan
yang berubah-ubah dan yang paling penting, mereka mampu untuk menyambung
pembelajaran mereka secara kendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Jelas dapat dilihat matlamat falsafah pendidikan negara adalah untuk
menyediakan pendidikan yang berterusan dalam usaha meningkatkan potensi
seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu serta untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmoni dari segi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan,
1988).
Usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan institusi
pendidikan adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat agar mereka layak untuk
melanjutkan pelajaran. Menurut Nik Mustapha R. (2007) institut pengajian tinggi
(IPT) adalah satu institusi yang dipertanggungjawabkan dalam membangunkan
modal insan yang mempunyai jati diri yang positif, beketrampilan, berperibadi mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam memenuhi keperluan negara maju
2020.
3
Menurutnya lagi, antara kriteria-kriteria graduan yang menjadi pilihan
majikan adalah mereka yang memiliki sikap maju dan berdaya saing, berketrampilan,
bersikap positif, beretika dan mempunyai kemahiran sampingan serta memanfaatkan
kemahiran mereka dengan baik. Dalam memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan,
kerajaan telah mengambil langkah untuk mewujudkan IPT yang berkualiti dengan
melaksanakan kerangka kelayakan Malaysia (MQF) sebagai tempat rujukan kualiti
pengajian tinggi. MQF menekankan kepada pendidikan berlandaskan hasil
pembelajaran. Berikut adalah senarai hasil pembelajaran yang terkandung dalam
MQF:
i. Penguasaan ilmu dan mengamalkannya.
ii. Kemahiran praktikal dan psikomotor.
iii. Penguasaan keupayaan kognitif dan kaedah saintifik dalam pemikiran,
penyelesaian masalah dan membuat keputusan secara autonomi dan
beretika.
iv. Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Malaysia dan sekurang-kurang
satu bahasa global, kebolehan meminpin dan kerja berpasukan.
v. Kemahiran menggunakan teknologi dan pengurusan maklumat.
vi. Penguasaan kemahiran dan sikap untuk pembelajaran sepanjang hayat.
vii. Keperibadian etika, nilai dan profesionalisme.
viii. Kebertanggungjawaban sosial dan akauntibiliti dalam memberi
sumbangan kepada kemajuan masyarakat setempat.
Sedar dengan keperluan tersebut KPT telah mengariskan matlamat pengajian
tinggi secara jelas dalam dokumen pelan strategik pengajian tinggi negara (PSPTN)
pada Ogos 2007. PSPTN bermatlamat untuk menghasilkan graduan yang
berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian dan berkemampuan
menggunakan pengetahuan kepada amalan (Zaini, 2007). KPT juga mempunyai
peranan untuk menyediakan graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerja dengan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan graduan yang
berkemahiran tinggi disamping mempromosikan PSH melalui universiti terbuka dan
Kolej Komuniti.
4
Selaras dengan itu, pembukaan Kolej Komuniti di bawah KPT merupakan
institusi yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil dan
diploma serta program jangka pendek kepada lulusan lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan juga
kumpulan lain dalam masyarakat setempat. Kolej Komuniti berhasrat untuk
membentuk komuniti yang berilmu serta berkemahiran seiring dengan falsafah
pendidikan negara. Mewujudkan PSH, program latihan dan kemahiran serta
peningkatan potensi dalam semua peringkat masyarakat. Selain daripada itu, Kolej
Komuniti juga bermatlmat untuk menyediakan persekitaran PSH dan berperanan
sebagai hab PSH (JPKK, 2009).
Merujuk Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia (KPT, 2010), berjumlah
7,460 pelajar Kolej Komuniti pada peringkat sijil dan diploma telah berjaya
menamatkan pengajian pada tahun 2010. Namun begitu, terdapat 42,955 lepasan
Kolej Komuniti masih tidak bekerja dan antara alasan yang diberikan adalah, kerja
yang ditawarkan tidak bersesuaian (891), memilih untuk tidak bekerja (136) dan
ingin berehat yang mencatatkan angka yang besar (1,468). Ini menunjukkan terdapat
segelintir graduan Kolej Komuniti yang tidak mencapai tahap ciri graduan yang ingin
dihasilkan oleh Kolej Komuniti iaitu untuk membina komuniti yang seiring dengan
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan yang salah satunya adalah menghayati
pendidikan sepanjang hayat.
Alasan ingin berehat dapat dikaitkan dengan tersudutnya elemen
pembudayaan ilmu di universiti (Khoo dalam Zaini, 2007) sedikit sebanyak
menyumbang kepada kurangnya graduan yang berminat untuk menyambung
pengajian sekalipun tidak bekerja. Fokus dan komitmen pelajar yang menjurus
kearah kelulusan akademik sahaja tidak menunjukkan pembudayaan ilmu (Zaini,
2007). Justeru itu pihak Kolej Komuniti perlu memastikan pelajar dan graduan yang
mereka hasilkan bukan sahaja memiliki sijil atau diploma tetapi mempunyai ciri
graduan seperti yang termaktub di dalam visi dan misi penubuhan Kolej Komuniti
untuk meluaskan akses pendidikan melalui PSH.
5
Merujuk kepada isu yang diutarakan dalam naskah Blueprint on
Enculturation Lifelong Leraning for Malaysia 2011-2020 (KPT, 2011), masyarakat
masih kurang mengambil berat berkenaan PSH. Selain itu mereka tidak tahu
bagaimana mengambil peluang yang boleh memberi kelebihan kepada mereka dalam
membina potensi diri dan meningkatkan kebolehan, kecekapan serta kebolehpasaran
mereka.
Tambahan daripada itu, antara isu lain yang dinyatakan adalah kurangnya
perhatian daripada badan induk yang menyelaras, memantau, menyelia dan menilai
segala aktiviti dan program PSH yang dijalankan. Badan seumpanya diperlukan
kerana terdapat banyak aktiviti dan program yang dikendalikan oleh pelbagai
institusi yang melibatkan PSH. Steinbach (2000) dalam penulisannya menyatakan
terdapat beberapa kepentingan menjadikan PSH sebagai matlamat dalam setiap
individu, iaitu;
i. Bagi menghadapi pembangunan dan kepesatan dunia kini.
ii. Memenuhi peluang ekonomi
iii. Kehidupan yang berkualiti
iv. Keselamatan
v. Sifat semulajadi manusia
Setiap matlamat memainkan peranan yang penting kerana, pembelajaran
bukan untuk individu lain tetapi untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu, setiap
individu perlu mengambil setiap peluang ada disekeling mereka untuk belajar dan
berkembang. Pembelajaran akan meningkatkan pilihan yang bakal dipilih, dimana
pilihan-pilihan tersebut dapat mengubah kualiti hidup seseorang (Steinbach, 2000).
Adalah menjadi kemestian bagi setiap individu untuk memiliki ciri-ciri individu yang
mengamalkan PSH untuk memenuhi keperluan semasa.
6
1.3 Penyataan Masalah
Modal insan yang memiliki minat yang berterusan menimba ilmu menerusi
PSH adalah modal insan yang memiliki ciri-ciri minda kelas pertama (KPT, 2007).
Dengan bermatlamatkan untuk meluaskan akses pendidikan, melalui program
latihan, kemahiran serta PSH, Kolej Komuniti umunya telah menjalankan aktiviti
PSH namun pembudayaan konsep tersebut dalam kalangan pelajar masih tidak dapat
dipastikan.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pembudayaan PSH dalam kalangan
pelajar Kolej Komuniti. Menurut pengamatan penyelidik, kajian ini bukan semata-
mata dijalankan berikutan permasalahan dan isu semasa berkaitan PSH tetapi lebih
kepada persedian pelajar ke arah kecekapan dalam proses pembelajaran. Selain
dalam meningkat potensi pelajar dalam membudayakan PSH, ianya adalah untuk
melahirkan pelajar yang berkualiti. Berkualiti bukan sahaja hitam putih pencapaian
akademik malah berkualiti dalam pembudayaan ilmu .
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk untuk mengenalpasti pembudayaan PSH dalam
kalangan pelajar Kolej Komuniti. Bagi mengenalpasti tujuan kajian ini, beberapa
objektif telah dikenalpasti, iaitu :
i. Mengenalpasti adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan
pencarian maklumat semasa P&P.
ii. Mengenalpasti adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan
penilaian kendiri semasa P&P.
iii. Mengenalpasti adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan
pembelajaran autonomi semasa P&P.
iv. Mengenalpasti adakah pelajar Kolej Komuniti mengaplikasikan
maklumat yang diperolehi semasa P&P.
7
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan persoalan berikut:
i. Adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan pencarian maklumat
semasa P&P?
ii. Adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan penilaian kendiri
semasa P&P?
iii. Adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan pembelajaran
autonomi semasa P&P?
iv. Adakah pelajar Kolej Komuniti mengaplikasikan maklumat yang
diperolehi semasa P&P?
1.6 Kepentingan Kajian
Dari pemerhatian penyelidik, kajian mengenai pembudayaan konsep PSH
khusunya dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti belum pernah dijalankan. Kajian
yang telah dilakukan berkaitan penerapan PSH dalam organisasi yang dijalankan di
Australia (Girdwood, 2009). Kajian lain pula adalah dari penyelidik Rompel (2010)
yang mengkaji PSH dalam kalangan sebuah komuniti di Canada dan mereka yang
melibatkan diri dalam aktiviti PSH. Kajian di Malaysia setakat ini tertumpu kepada
penerokaan dan cabaran e-pembelajaran dalam PSH (Zahiah dan Abdul Razaq, 2010)
dan ciri-ciri pembelajaran dewasa dalam menghadapi cabaran pada abad ke-21 serta
pendekakan yang di gunakan dalam pembelajaran (Po Li dan Pillay, 2007).
Dalam kajian lain yang dijalankan oleh Mohamed Rashid dan Mohd Nasir
(2003) yang mengkaji keperluan terhadap PSH di Malysia. Justeru itu, hasil dari
penyelidikan ini akan dapat memberi sumbangan kepada usaha membangunkan
strategi yang berkesan bagi mempertingkatkan pembudayaan PSH melalui
penyelidikan. Oleh itu, bersepadanan dengan matlamat kajian ini adalah untuk
memdapatkan status pembudayaan PSH dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti.