borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file(huruf besar) mengaku membenarkan tesis...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA DI TIGA BUAH POLITEKNIK SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya NURUL QISTIN BINTI MUSTAFA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 101171,KG TERSUSUN BT.4 31400 IPOH, DR. LOKMAN BIN TAHIR PERAK DARUL RIDZUAN. Nama Penyelia Tarikh: 29 APRIL 2008 Tarikh: 29 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Upload: voduong

Post on 20-Jul-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENDIDIKAN

KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA DI TIGA BUAH POLITEKNIK

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya NURUL QISTIN BINTI MUSTAFA

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 101171,KG TERSUSUN BT.4 31400 IPOH, DR. LOKMAN BIN TAHIR PERAK DARUL RIDZUAN. Nama Penyelia Tarikh: 29 APRIL 2008 Tarikh: 29 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan

kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”

Tandatangan : _______________________

Nama Penyelia: DR. LOKMAN BIN TAHIR

Tarikh : 10 APRIL 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN

PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK GOLONGAN

ORANG KURANG UPAYA DI TIGA BUAH POLITEKNIK

NURUL QISTIN BT MUSTAFA

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………....................

Nama Penyelidik : NURUL QISTIN BINTI MUSTAFA

Tarikh : 4 APRIL 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Salawat dan salam ke atas

junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda tersayang, Mustafa bin Ahmad Rashidi

Apa yang telah diberi, akan kuhargai. Apa yang telah diucap akan kuingati. Terima kasih atas segala-

galanya

Buat Bonda tercinta Rosidah binti Abdul Rahman

Engkau lah sumber inspirasi hidupku

Buat Adik-adiku yang teristimewa Mir Shariffuden Bin Mustafa

Muhammad Zulhilmi Bin Mustafa Syahidatul Athirah Binti Mustafa

Luqman Rashidi Bin Mustafa

Sesungguhnya diriku bahagia memiliki silaturrahim dengan kalian. Semoga kukuhnya ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara kita.

Buat teman teristimewa Muhammad Yusof Bin Muhammad Noor

Sesungguhnya kehadiran mu menambah semangat perjuanganku. Semoga perhubungan semakin erat.

Buat sahabat-sahabatku

Nas ,Shila, Alyn, Azra, Sulia, Faezah, Meen, Rin, Ijat

Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita bersama. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu RahmatNya.Terima

Kasih untuk segala kenangan yang terindah ini.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang. Segala tasbih

dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi

Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda hingga ke

hari kemudian.

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah

menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia tesis, Dr.

Lokman Bin Tahir di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

penyelidikan. Tidak lupa buat semua tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai atas segala bantuan yang diberikan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah di Politeknik

Ungku Omar Perak, Politeknik Shah Alam, dan Politeknik Johor Bharu kerana memberi

sepenuh kerjasama semasa kajian dijalankan

.

Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakanrakan

yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, serta sokongan moral.

Wassalam..

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

keberkesanan sistem pendidikan khas teknik dan vokasional di Politeknik Malaysia.

Empat faktor penting iaitu penerimaan institut pendidikan, kemahiran tenaga pengajar,

kesesuaian silibus dan sistem prasarana telah dikenalpasti pengaruhnya dalam

meningkatkan keberkesanan program Pendidikan Khas teknik dan vokasional. Responden

kajian difokuskan kepada golongan pensyarah pelajar khas cacat pendengaran daripada

tiga buah politeknik yang berbeza lokaliti negeri iaitu Politeknik Ungku Omar (Perak),

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) dan Politeknik Johor Bahru

(Johor). Hasil daripada dapatan instrumen kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan

menggunakan perisian SPSS 12 (Statistic Package for the Social Science versi 12) untuk

mendapatkan nilai skor min serta peratusan yang seterusnya digunakan untuk

menerangkan tahap pengaruh sesuatu faktor tersebut merujuk kepada jadual pengelasan

skor min. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran tenaga pengajar dan kesesuaian

silibus sememangnya mempengaruhi keberkesanan program pendidikan khas teknik dan

vokasional. Selain itu, faktor penerimaan politeknik terhadap golongan OKU berada pada

tahap yang positif walaupun prasarana yang disediakan masih ditahap sederhana. Secara

keseluruhannya, rumusan kajian mendapati keberkesanan pendidikan khas teknik dan

vokasional di Politeknik adalah dipengaruhi oleh jalinan kerjasama antara kementerian

pendidikan dan golongan pensyarah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

vi

ABSTRACT

This study was conducted to determine the important factors that influenced the

effectiveness of teaching and learning process in Special Education Program (SEP) in

Malaysian polytechnics. Research domains that were studied are acceptance of

educational institute towards the capabilities of the disable students, lecturers’ skill,

suitability of the syllabus and infrastructures. Respondents for this research were lecturers

that align with learning process of the disable student that involved in the SEP program

Politeknik Ungku Omar (Perak), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

(Selangor) and Politeknik Johor Bahru (Johor). Questionnaires are used as the main

research instrument. Data was analyzed with SPSS (Statistic Package for the Social

Science) version 12.0 to gather the mean value and percentages. The findings revealed

that, lecturers’ skills and suitability of the syllabus of the SEP programs plays important

roles in the development and achievement of the disable students. The level of acceptance

towards these groups of learners in educational institution is positive. In addition, the

infrastructures available which suit them are at medium level. Overall, the findings

indicated that the effectiveness of Special Education Program (SEP) in polytechnics is

affected by the link between the ministry and the lecturers

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Faktor 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

viii

1.8.2 Keberkesanan 10

1.8.3 Orang Kurang Upaya 10

1.8.4 Pengajaran 10

1.8.5 Pembelajaran 10

1.8.6 Program pendidikan khas 11

1.8.7 Politeknik 11

1.8.8 Prasarana 12

1.8.9 Sumber tenaga Negara 12

1.9 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Program Pendidikan Khas 14

2.3 Kemahiran penyampaian pensyarah terhadap 15

Golongan OKU

2.4 Institut Pendidikan Tinggi Teknikal 17

2.5 Prasarana yang disediakan untuk golongan OKU 18

2.6 Kurikulum untuk golongan OKU 20

2.7 Perkembangan kerjaya orang kurang upaya 21

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Lokasi Kajian 25

3.4 Populasi dan sampel kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 26

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Kajian Rintis 29

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

ix

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 30

3.9 Penutup 33

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Latar belakang responden 35

4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 35

4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 36

4.2.3 Taburan responden mengikut umur 36

4.2.4 Taburan responden mengikut kelulusan tertinggi 37

dalam pendidikan dan tempat pendidikan terakhir

4.2.5 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 38

4.2.6 Taburan Responden mengikut kursus diikuti pelajar 39

OKU

4.3 Analisis Persoalan Kajian 39

4.3.1 Persoalan kajian 1: Penerimaan institut pendidikan 40

tinggi teknikal dan vokasional.

4.3.2 Persoalan kajian 2 : Tahap kemahiran yang diperolehi 42

oleh tenaga pengajar

4.3.3 Persoalan kajian 3 : Cara pensyarah berkomunikasi 45

dengan pelajar dalam bahasa Inggeris.

4.3.4 Persoalan kajian 4 : Faktor prasarana yang 47

disediakan dalam menjalankan proses

pendidikan

4.4 Rumusan keseluruhan analisis 49

4.5 Penutup 50

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 51

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

x

5.3 Keputusan keseluruhan aspek kajian 54

5.3.1Perbincangan persoalan kajian 1 :Penerimaan 55

institut pendidikan tinggi teknikal dan vokasional

5.3.2 Perbincangan persoalan kajian 2: Tahap kemahiran 56

yang diperolehi oleh tenaga pengajar

5.3.3 Perbincangan persoalan kajian 3 : Kesesuaian silibus 57

mata pelajaran kemahiran

5.3.4 Perbincangan persoalan kajian 4 : Prasarana 58

yang di sediakan dalam menjalankan

proses pendidikan

5.4 Rumusan 59

5.5 Implikasi / Cadangan kajian 60

5.6 Cadangan kajian lanjutan 61

5.7 Kesimpulan 61

BIBLIOGRAFI 62

LAMPIRAN 67

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Statistik OKU mengikut kecacatan 4

3.1 Pembahagian item bahagian A mengikut latar 27

belakang responden

3.2 Persoalan kajian mengikut setiap pembolehubah 27

3.3 Jadual Likert 28

3.4 Pengkelasan skor skala Likert 31

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 31

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32

3.7 Kriteria menganalisis Data 32

4.1 Taburan responden mengikut jantina 35

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 36

4.3 Taburan responden mengikut umur 36

4.4 Taburan responden mengikut kelulusan tertinggi 37

dalam pendidikan dan tempat pendidikan terakhir

4.5 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 38

sebagai seorang pendidik

4.6 Taburan responden mengikut kursus yang diikuti 39

oleh pelajar OKU dipolitenik- politeknik terlibat

4.7 Analisis deskriptif tahap penerimaan institut pendidikan 42

tinggi dan vokasional

4.8 Analisis deskriptif tahap kemahiran yang diperolehi 43

oleh tenaga pengajar

4.9 Analisis deskriptif kesesuaian silibus mata pelajaran 45

kemahiran yang diberikan kepada golongan OKU

4.10 Analisis deskriptif prasarana yang di sediakan 47

dalam menjalankan proses pendidikan OKU

4.11 Rumusan keseluruhan analisis 49

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xii

SENARAI SIMBOL

α - Alfa f - Frekuensi / Kekerapan

% - Peratus

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xiii

SENARAI SINGKATAN BIL - Bilangan

BMKT - Bahasa Melayu Kod Tangan

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

OKU - Orang Kurang Upaya

PBB - Bangsa-Bangsa Bersatu

PJB - Politeknik Johor Bharu

PSA - Politeknik Shah Alam

PUO - Politeknik Ungku Omar

SPSS - Statistic Package for the Social Science

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

USM - Universiti Sains Malaysia

YAB - Yang Amat Berhormat

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 68

B Pengesahan Soal Selidik 74

C Keputusan Analisis Kajian Rintis 76

D Surat Kebenaran Bagi Menjalankan 77

Kajian/Penyelidikan Di Politeknik

E Surat Kebenaran Universiti Teknologi 79

Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

“...kita mempunyai tanggung jawab

yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini.

Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam

pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita

ke arah wawasan yang ingin kita capai.”

YAB Dato’ Seri AbdullahAhmad Badawi (1999) Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia.

Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu

kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu

normal. Sebagai manusia normal, mungkin mereka tidak dapat merasakan rasa rendah diri

kebanyakan mereka yang dilahirkan sempurna. Biasanya, insan yang dilahirkan lebih

bernasib baik mudah alpa terhadap kurniaan Tuhan sehingga ada segelintirnya sanggup

menghina atau mengetepikan mereka yang dilahirkan cacat. Pelajar kurang upaya

sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada di kalangan

mereka mempunyai kecerdasan setanding pelajar sempurna malah kadang kala melebihi

mereka.

Penumpuan terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula sekitar pada tahun

1920an apabila sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat

penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkajPerlaksanaan

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

2

Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada

satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di

Malaysia. Perakuan ini menyebut,

Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap

pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih

sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang

mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela

dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan (Laporan

Jawatankuasa Kabinet, 1976)

Berikut merupakan sejarah perkembangan pendidikan khas mengikut jenis

berdasarkan rujukan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pendidikan Masalah Pendengaran

1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang

1954

Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan

Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang

1963

Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat

Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah

menengah biasa yang dipilih

Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di

Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978

Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan

untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan

Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian

pendidikan

1979

Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah

pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan

Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Vokasional, Kementerian Pendidikan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

3

1985

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,

Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan

Islam

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa

Malaysia Kod Tangan

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan

Vokasional dan Teknikal

1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif

1962

Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan

dimulakan

1988

Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah

pembelajaran

1993

Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6

Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur

1994

Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah

sekolah di seluruh negara

1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk

murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah

penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak

bermasalah pembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia

adalah seperti Sindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder,

terencat akal minimum, bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia, Pendidikan

yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang di berikan untuk

mestilah setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007)

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

4

Bagaimana pun, kita perlulah mengkaji aspek pendidikan yang telah di berikan

kepada mereka adakah bersesuaian dengan kehendak industri di Negara ini, Mengikut

statistik Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua negara di dunia secara puratanya

mempunyai sekurang-kurangnya satu peratus OKU.Sementara statistik Jabatan Kebajikan

Masyarakat pula mencatatkan Malaysian kini mempunyai 132, 655 OKU yang berdaftar

dengan pecahan-pecahan seperti berikut (Ku Seman, 2007)

Jadual 1.1 : Statistik OKU mengikut jenis kecacatan

Jenis Cacat Jumlah

Penglihatan 14, 154

Pendengaran 22, 728

Fizikal 45, 365

Masalah pembelajaran 49, 340

(Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2006)

Kanak-kanak khas cacat pendengaran ini belajar mengikut kurikulum yang sama

seperti kanak-kanak biasa. Mereka juga tidak terkecuali menjalani kegiatan atau aktiviti

ko-kurikulum yang sedia ada. Cuma yang akan membezakan antara mereka dan kanak-

kanak biasa ialah kecacatan pendengaran yang mereka alami. Mereka berinteraksi sesama

mereka menggunakan bahasa isyarat. Begitu juga penyampaian guru-guru di sekolah,

mereka menggunakan Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) (Netty Ah Hiyer, 2003)

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha agar semua warga negara

tanpa mengira latar belakang akan memperolehi pendidikan asas yang berkualiti. Di

antara peluang-peluang pendidikan yang diberi ialah :

a) Pendidikan disediakan bagi kanak-kanak istimewa termasuk yang mengalamai

kecacatan pendengaran

b) Mata pelajaran vokasional di sediakn bagi murid-murid yang berminat

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga meminta majikan

membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada golongan orang kurang upaya (OKU)

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

5

supaya mereka boleh berdikari dengan memberi peluang untuk terlibat dalam

pembangunan ekonomi dan di beri pendapatan yang setimpal. Kualiti latihan kemahiran

untuk OKU di Malaysia ditingkatkan supaya mampu bersaing dengan pasaran pekerjaan.

Jadi untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini, kemahiran-kemahiran yang

diberikan bersesuaian dengan kemajuan Negara yang makin membangun (Ku Seman.

2007).

Dalam konteks ini, beliau mahu majikan mempunyai sikap penyayang kepada

pekerja OKU kerana sifat itu amat tinggi nilainya

“kita perlu menghargai manusia lain yang ingin maju,

Berjaya dan hendak bekerja.

Kita perlu memberi perhatian untuk

Menjayakan hasrat mereka”

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (1999)

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpendapat, bagi mewujudkan

kesedaran kepada masyarakat terhadap OKU tidak perlulah diadakan satu undang-

undang.Kesedaran harus ada dengan sendirinya tercetus kerana OKU adalah sebahagian

anggota masyarakat. Mereka mempunyai hak untuk hidup seperti orang biasa dari segi

pendidikan, pekerjaan, kehidupan sosial dan mendapat kemudahan seperti yang dimiliki

oleh insan lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

keberkesanan pendidikan khas teknik dan vokasional untuk golongan OKU di politeknik

Malaysia. Kebanyakan pelajar OKU merasakan mereka selalu didiskriminasi oleh

segelintir pihak yang bertanggungjawab.Tanggapan golongan kurang upaya hanya layak

menjadi telefonis perlu dikikis kerana golongan ini dalam erti sebenarnya mampu

menceburi dan mengisi bidang lebih mencabar (Adam Salleh, 2003)

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

6

Golongan OKU beranggapan mereka kurang mendapat keistimewaan dari pihak-

pihak tertentu. Dalam bidang pendidikan, prasarana dan insfratuktur yang diberikan

kepada golongan ini amat terhad contohnya seperti alat bantu mengajar yang diperlukan

dalam pembelajaran tidak mencukupi (Adam Salleh, 2003)

Persepsi masyarakat juga kebanyakan negetif terhadap golongan kurang

upaya.Kerajaan mahu golongan orang kurang upaya tidak disisih, namun kerana kurang

kesedaran dan memahami tanggungjawab sosial, ramai pihak sukar menerima golongan

ini sebagai pekerja (Netty Ah Hiyer, 2003). Ketidakpuasan hati para cendiakawan dan

majikan terhadap kualiti graduan OKU yang dikatakan tidak boleh di terima untuk

bekerja dalam industri.

1.3 Penyataan Masalah

Pihak pengkaji ingin mengenalpasti sama ada faktor penerimaan institut,

kesesuaian silibus, pengajaran guru, dan kemudahan prasarana mempengaruhi

keberkesanan program pendidikan khas dalam matapelajaran teknik dan vokasional di

politeknik-politeknik Malaysia.

1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengenalpasti faktor penerimaan institut pendidikan tinggi teknikal untuk

golongan OKU mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan program

pendidikan khas.

1.4.2 Mengenalpasti sejauh mana faktor kemahiran yang dimiliki oleh tenaga pengajar

dalam menyampaikan pengajaran kepada golongan OKU mempengaruhi dalam

menentukan keberkesanan program pendidikan khas.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

7

1.4.3 Mengkaji faktor kesesuaian silibus mata pelajaran kemahiran yang diberikan

kepada golongan OKU mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan program

pendidikan khas.

1.4.4 Mengenalpasti faktor prasarana yang disediakan dalam menjalankan proses

pendidikan untuk golongan OKU mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan

program pendidikan khas..

1.5 Persoalan Kajian

Melalui hasil kajian ini, diharapkan ia dapat menjawab beberapa persoalan

mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan program pendidikan khas

teknik dan vokasional yang diberikan kepada golongan OKU dikalangan tenaga pengajar

dibeberapa Politeknik di Malaysia. Beberapa persoalan ingin ditimbulkan melalui kajian

ini iaitu :-

1.5.1 Adakah penerimaan institut pendidikan tinggi teknikal mempengaruhi dalam

menentukan keberkesanan program pendidikan khas.

1.5.2 Adakah faktor tahap kemahiran dalam pengajaran yang diperolehi oleh tenaga

pengajar mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan program pendidikan

khas

1.5.3 Adakah faktor kesesuaian silibus mata pelajaran kemahiran yang diberikan kepada

golongan OKU mempengaruhi dalam menentukan keberkesanan program

pendidikan khas

1.5.4 Adakah faktor prasarana yang di sediakan dalam menjalankan proses pendidikan

dalam menentukan keberkesanan program pendidikan khas