universiti teknologi malaysia borang pengesahan...judul: pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan...

29
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS T JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya SESI PENGAJIAN: 2010/2011 NORASMALIZA BINTI YUSOFF (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSl\4Sarjan#Dokte+Salsafah)+ ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. *+Sila tandakan (r/ ) E tl E SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: LOT 37. KAMPUNG TELUK KEMUNTING. I6O2O BACHOK. KELANTAN. Tarikh: 3 MEI 2011 (Mengandungi maklumat yang berdariah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSTA RASMr 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Oleh TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID Nama penyelia Tarikh: 3 MEI 2011 (TANDATANGAN PENYELIA) UTPSZ 19:16 (Pindaan 1/97) CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa./organisasr berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. r Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda @S\4).

Upload: others

Post on 09-Dec-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS T

JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDABERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA

Saya

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

NORASMALIZA BINTI YUSOFF(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSl\4Sarjan#Dokte+Salsafah)+ ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. *+Sila tandakan (r/ )

EtlE

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap:LOT 37. KAMPUNG TELUK KEMUNTING.I6O2O BACHOK.KELANTAN.

Tarikh: 3 MEI 2011

(Mengandungi maklumat yang berdariah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSTA RASMr 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan Oleh

TUAN HAJI MUSLIM BIN JONIDNama penyelia

Tarikh: 3 MEI 2011

(TANDATANGAN PENYELIA)

UTPSZ 19:16 (Pindaan 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa./organisasr

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULITatau TERHAD.

r Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana

Muda @S\4).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

"Saya akui bahawa sayatelah membacakarya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuanpenganugerahanljazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)"

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA

MINDA BERTAJUK “MEDICINES” UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA

TINGKATAN LIMA

NORASMALIZA BINTI YUSOFF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

PENGAKUAN

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan danringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan :6bb

Nama Penulis : NORASMALIZA BINTI YUSOFF

Tarikh ,3t11E1 a0lt

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

iii

DEDIKASI

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

iv

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah

s.w.t di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, bahan bantu

mengajar berasaskan e-peta minda ini telah berjaya disiapkan dengan kurnia

dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Seinfiniti penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Muslim Bin

Jonid selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang terlalu banyak

membantu dan membimbing saya sepanjang proses menyiapkan projek ini.

Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu daripada beliau, mana mungkin saya dapat

menghasilkan satu projek yang sedemikian.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping idea-

idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea. Terima kasih sekalung

budi dan segala pertolongan mereka saya amat hargai. Penghargaan khas ini

juga ditujukan khas buat ayahanda dan bonda tercinta, Yusoff bin Mohamad

dan Ma Kelthom binti Ismail. Terima kasih yang amat terhingga kepada

mereka yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari

ini dalam ketaatan kepada Allah s.w.t. Buat kakanda dan adindaku yang

tercinta, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala dorongan, nasihat

dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan. Kepada guru-

guru yang turut membantu dalam pembikinan projek ini, jasa baik mereka

tidak akan dilupakan.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat dalam projek ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

v

ABSTRAK

Kemajuan ICT pada masa kini telah memberi gaya baharu dalam

sistem pengajaran dan pembelajaran. Sistem pengajaran dan pembelajaran

berasaskan ICT adalah berkesan kerana ia lebih berpusatkan pelajar. Oleh itu,

untuk menggalakkan budaya sebegini berlaku dalam kalangan pelajar, satu

projek pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda bertajuk

Medicines untuk mata pelajaran Kimia tingkatan lima telah dibangunkan.

Projek ini dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint

2007 sebagai platform utama dan perisian sokongan lain seperti Adobe

Photoshop CS4, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 7.0, Hot Potatoes, Ulead

Gif Animator 5.0, Windows Movie Maker dan Sound Recorder. Malah,

pelbagai elemen multimedia telah disepadukan untuk mengabungkan nota

pembelajaran seperti animasi, audio, video dan grafik. Tujuan utama

pembangunan e-peta minda ini adalah untuk meningkatkan kefahaman

pelajar terhadap subtopik dan memudahkan cara penyampaian isi kandungan

oleh para guru. Proses pembangunan e-peta minda ini menggunakan Model

ADDIE sebagai panduan untuk mereka bentuk modul bahan bantu mengajar.

e-Peta minda ini dianggap menyokong teori kognitif di mana pelajar boleh

terlibat dengan sistem melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Satu

penilaian formatif yang berbentuk Penilaian Secara Individu telah dijalankan

di kalangan dua orang guru di sekolah-sekolah terpilih di daerah Johor Bahru.

Hasil daripada temuduga yang dilakukan menunjukkan bahawa e-peta minda

ini adalah sesuai untuk digunakan oleh guru dan juga pelajar di dalam kelas.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

vi

ABSTRACT

Nowadays, ICT development has given a new style of teaching and

learning. Teaching and learning system based on ICT is effective because it is

more student centered. Therefore, to promote such a culture prevailing among

the students, the development of teaching aids based on e-mind map titled

Medicines for Chemistry Form Five have been developed. This project was

developed using Microsoft Office PowerPoint 2007 as the main platform and

other softwares such as Adobe Photoshop CS4, Ulead Cool 3D, Sony Sound

Forge 7.0, Hot potatoes, Ulead Gif Animator 5.0, Windows Movie Maker and

Sound Recorder. In fact, various of multimedia elements have been integrated

to combine learning notes such as animation, audio, video and graphics. The

main purposes of the development of e-mind map are to enhance students'

understanding of the subtopics and to provide easy way of content delivery

by teachers. The development of this e-mind map using the ADDIE model as

a guide for designing the module of teaching aids. This e-mind map is

considered to support the theory of cognitivism in which students can engage

with the system through the activities provided. A formative assessment in

the form of Individual Assessment was carried out among two teachers in

selected schools in Johor Bahru. The results of interviews conducted indicate

that the e-mind map is suitable for use by teachers and students in the

classroom.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii-xiii

SENARAI RAJAH xiv-xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

viii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 7

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Projek 10

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 10

1.6 Kepentingan Projek 12

1.6.1 Guru 12

1.6.2 Pelajar 12

1.7 Skop dan Batasan Projek 13

1.7.1 Bahan pembelajaran yang meliputi 13

subtopik Medicine

1.7.2 Kuiz 14

1.7.3 Sesi Rehat Sebentar 14

1.8 Definisi Istilah 15

1.8.1 e-Pembelajaran 15

1.8.2 e-Peta minda 16

1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran 16

1.8.4 Perisian 17

1.8.5 Pengajaran Berbantukan Komputer 18

1.8.6 Kimia 19

1.9 Penutup 19

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

ix

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 e-Peta Minda 21

2.3 Peta Konsep 22

2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran 23

Berbantukan Komputer

2.5 Kegunaan Internet Dalam Pendidikan 25

2.6 Peranan penggunaan komputer 26

dalam pendidikan

2.7 Multimedia 27

2.8 Elemen-elemen multimedia 28

2.8.1 Teks 28

2.8.2 Grafik 28

2.8.3 Audio 29

2.8.4 Video 30

2.8.5 Animasi 30

2.9 Ciri-ciri Guru Efektif 31

2.9.1 Menentukan Objektif Pengajaran 31

dan Pembelajaran

2.9.2 Pengetahuan, Kemahiran dan Kecekapan 32

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

x

Bidang

2.9.3 Kepelbagaian Kaedah Mengajar 33

2.9.4 Kejelasan Penyampaian dan Penghuraian 33

Isi Pelajaran

2.10 Kebaikan dan Kepentingan Internet Dalam 34

Pendidikan

2.11 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran 34

2.11.1 Teori Kognitif 35

2.11.2 Aplikasi Teori Kognitif Dalam 38

Bahan Pembelajaran

2.12 Media Pembelajaran 40

2.13 Penutup 41

3 METODOLOGI PENGURUSAN PROJEK

3.1 Pengenalan 42

3.2 Reka Bentuk Model Pembangunan 43

3.2.1 Tahap Analisis 43

3.2.2 Tahap Reka Bentuk 44

3.2.3 Tahap Pembangunan 44

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

xi

3.2.3.1 Pemilihan Perisian 45

Pembangunan

3.2.3.2 Perisian Microsoft Office 46

PowerPoint 2007

3.2.3.3 Fungsi-Fungsi Perisian 48

Tambahan Yang Digunakan

3.2.3.4 Pemilihan Perkakasan 51

3.2.4 Tahap Pelaksanaan 51

3.2.5 Tahap Penilaian 52

3.3 Penutup 52

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 54

4.2 Reka Bentuk Mind Mapper 55

4.2.1 Home Page Mind Mapper 2008 55

4.2.2 Penyusunan Struktur Bahan 57

Bantu Mengajar

4.2.3 Hasil Pembangunan Projek 58

4.2.3.1 Modul Traditional Medicines 59

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

xii

4.2.3.2 Modul Modern Medicines 59

4.2.3.3 Modul Psychotherapeutic Drugs 60

4.2.3.4 Modul Side Effects of Traditional 61

Medicines and Modern Medicines

4.2.3.5 Modul Penilaian Sumatif 62

4.2.3.6 Modul Permainan 63

4.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 64

4.3.1 Bahagian Nota Pengajaran 64

dan Pembelajaran

4.3.2 Bahagian Pengukuhan 68

4.3.2.1 Soalan Sumatif 69

(Bank of Questions)

4.3.2.2 Soalan Formatif (Quiz/Test 70

Yourself/Quick Zone)

4.3.3 Bahagian Permaninan(Games) 72

4.3.4 Bahagian Glosari 74

4.4 Penilaian oleh Pakar Isi Kandungan 75

4.5 Penutup 77

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Perbincangan 79

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

xiii

5.3 Kekangan-kekangan yang Dihadapi Semasa 80

Pembangunan Projek

5.3.1 Masalah Masa 80

5.3.2 Masalah Teknikal 81

5.3.3 Masalah Rangkaian Internet 82

5.3.4 Masalah Kepakaran 82

5.4 Kekangan yang dihadapi semasa Pembangunan 83

Bahan Bantu mengajar (PowerPoint)

5.5 Kekuatan dan Kelemahan e-peta minda dan 85

Bahan Bantu Mengajar (PowerPoint)

5.5.1 Kekuatan 85

5.5.2 Kelemahan 87

5.6 Cadangan untuk Penambahbaikan 88

5.7 Refleksi 89

5.8 Kesimpulan 89

5.9 Penutup 90

RUJUKAN 91

LAMPIRAN A 94

LAMPIRAN B 99

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

xiv

JADUAL RAJAH

NOMBOR TAJUK MUKA

SURAT

4.1 Paparan home page e-peta minda 56

4.2 Paparan nota pengajaran Sources and Uses of 58

Traditional Medicines

4.3 Paparan nota pengajaran Modern Medicines 59

4.4 Paparan nota pengajaran Psychotherapeutic Drugs 60

4.5 Paparan nota pengajaran Side Effects of Traditional 61

Medicines and Modern Medicines

4.6 Paparan soalan sumatif berbentuk PowerPoint slide 62

4.7 Paparan soalan sumatif menggunakan perisian 62

Hot Potatoes

4.8 Paparan permainan crossword 63

4.9 Paparan permainan Guess Behind’s The Box 63

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

xv

4.10 Paparan set induksi 65

4.11 Paparan slaid nota pengajaran menggunakan video 65

dan grafik

4.12 Paparan slaid animasi menggunakan PowerPoint 66

4.13 Paparan contoh-contoh yang terdapat dalam slaid 66

4.14 Paparan soalan formatif berbentuk objektif 67

4.15 Paparan soalan formatif berbentuk isi tempat kosong 67

4.16 Paparan menunjukkan maklum balas yang diterima 68

4.17 Paparan soalan sumatif 69

4.18 Paparan slaid soalan menggunakan grafik dan video 70

4.19 Paparan soalan formatif di tengah-tengah pengajaran 71

4.20 Paparan soalan formatif di hujung pengajaran 71

4.21 Paparan maklum balas untuk soalan formatif 72

4.22 Paparan slaid dan bentuk soalan dalam 73

permainan Crossword

4.23 Paparan slaid dan bentuk soalan dalam permainan 73

Guess Behind’s The Box

4.24 Paparan glosari 74

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik (Projek Sarjana Muda) 93

B Borang Senarai Semak 98

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

xvii

SENARAI SINGKATAN

CBI - Computer-Based Instruction

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer

PPM - Pendekatan Pembelajaran Masteri

ICT - Information and Communication Technology

BBM - Bahan Bantu Mengajar

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

TCP - Transmission Control Protocol

IP - Internet Protocol

SMAR - Specific, Measurable, Applicable, and Realistic

JPEG - Join Photographic Experts Group

GIF - Graphic Interchange Format

TIFF - Tagged Image File Format

PSD - Photoshop Document

WAV - Windows Audio Video

WMV - Windows Media Video

WMA - Windows Media Audio

ACM - Audio Compression Manager

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang

baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan

Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus

pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan

hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi

sebagai alat untuk menggayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi

hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah

memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang

pendidikan di Malaysia.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

2

Menurut Muhd Fauzi Aminuddin et al (2007), proses pengajaran dan

pembelajaran merupakan elemen penting di dalam memastikan para pelajar dapat

mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam kecanggihan

teknologi yang mengalami inovasi pantas dan berterusan, kaedah pengajaran dan

pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus berada di landasan yang sama

dengan perubahan arus teknologi terkini.

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007) menjelaskan bahawa pembelajaran

akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan

pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan

dicapai oleh murid. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut

jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Kajian saintifik perlu

dilakukan untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru

juga perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian

saintifik. Oleh itu, seorang guru itu tidak sepatutnya terikat dengan kaedah

tradisional sahaja, tetapi mereka boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran

menggunakan perisian seperti kaedah e-peta minda.

Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu

Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang

berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinisikan pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer

dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta

membolehkan maklum balas. Manakala, menurut Gagne dan Briggs dalam

Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

3

kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media

pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.

Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan

program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat

mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan

Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran berkenaan dilatih

menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan

yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Manakala menurut Bloom (1968), Pendekatan Pembelajaran Masteri

(PPM) merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

berfokuskan penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara yang diajar. Kaedah ini

menekankan kepada teknik; mengingat fakta dan kata kunci penting dalam

huraian fakta menggunakan e-peta minda dan jadual, aplikasi set penulisan

penerangan huraian yang dihafal untuk menunjukkan kefahaman dan menjawab

soalan bentuk esei, dan menghafal serta mengingat berulang kali dengan

pengukuhan dari semasa ke semasa.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

4

e-Peta minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran

kreatif. e-Peta minda yang dihasilkan adalah penting untuk membantu pelajar

lebih memahami proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, bila seorang

guru mengajar menggunakan kaedah e-peta minda, ini memudahkan para pelajar

untuk memahami seterusnya menjana pemikiran mereka untuk lebih kreatif dan

kritis.

Selain itu, e-peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan

belajar. Peta minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah

yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan

perkaitan. Untuk membina satu e-peta minda, seseorang haruslah bermula di

tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar

ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi

kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

Kebanyakan manusia di muka bumi ini menggunakan kebolehan visual

atau imaginasi untuk belajar sesuatu perkara. Imaginasi adalah membayangkan

bentuk atau rupa sebelum menghuraikan dengan lebih mendalam. Konsep yang

sama inilah yang hendak dibawa kepada para pelajar iaitu menggunakan daya

imaginasi bagi menghuraikan sesuatu permasalahan. e-Peta minda

mencampurkan imaginasi rupa, bentuk, warna dan lain lain bagi memperkuatkan

daya ingatan. Para pelajar yang menjadikan e-peta minda sebagai teknik

pembelajaran biasanya mempunyai daya ingatan yang tinggi.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

5

Manakala peta konsep pula adalah satu kaedah persembahan yang

menerangkan sesuatu konsep. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mampu untuk mengurangkan salah konsep dalam kalangan guru

mahupun pelajar. Penggunaan peta konsep juga telah meningkatkan interaksi

dua hala antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar di samping menghasilkan

tumpuan dari pelajar yang konsisten di dalam kelas. Pengekalan ingatan pelajar

juga menjadi lebih baik kesan dari penggunaan peta konsep dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan yang telah dibuat ialah, peta konsep

bukan sahaja dapat meningkatkan hasil, malahan dapat meningkatkan kualiti

proses pengajaran dan pembelajaran (Aida binti Tukiran, 2005).

Pendapat ini selaras dengan pandangan Abdul Rahim (2000) tentang

penggunaan peta konsep yang dilihat dapat memudahkan pemikiran pelajar,

membantu mengukuhkan daya ingatan, dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta

penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik. Oleh hal yang

demikian, penggunaan peta konsep sebagai satu teknik pengajaran Kimia secara

tidak langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran kimia.

Gagne (1996) menyatakan bahawa penggunaan peta konsep merupakan

satu strategi kognitif yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan

yang diajar dengan cepat apabila pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan

dengan menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau bentuk perkataan

tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran intelek untuk berfikir bagi

menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran yang diajar.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

6

Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan

justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin

dominan. Kita kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari

zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT, ICT, e, K, siber,

global, sinergi, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang

sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia

lain.

Menurut Yusuf (1998) cara pengajaran secara konvensional haruslah

diintegrasikan dengan pengajaran yang menggunakan hipermedia iaitu

menggabungkan animasi, audio, video dan grafik untuk menyokong pengajaran

di dalam kelas supaya lebih menarik dan berkesan. Secara tidak langsung, cara

pendekatan ini melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas kerana ia

melibatkan ketiga-tiga deria iaitu pendengaran, penglihatan dan perlakuan kerana

menurut Flecther (1990), manusia mengingati 20 % daripada apa yang didengar,

40 % daripada apa yang didengari dan dilihat manakala 75 % daripada apa yang

didengar, dilihat dan dilakukan.

Di dalam pembelajaran PPBK fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar

perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk

pembelajarannya. Suasana PPBK akan memaksa pelajar memainkan peranan

yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan

mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

7

Tambahan pula, penggunaan e-peta minda dalam proses pengajaran juga

membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa

yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda

lakukan. Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain.

Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda

inginkan daripada daya ingatan anda. Ada juga pendapat yang mengatakan

bahawa penggunaan e-peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri

dan otak kanan. Apa yang menarik mengenai e-peta minda ialah ia

merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan

sebagainya dalam usaha keseluruhannya. Kelebihan lain yang terdapat pada e-

peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.

Kesimpulan yang telah dibuat ialah, penggunaan e-peta minda bukan sahaja

dapat meningkatkan kefahaman pelajar, malahan dapat meningkatkan kualiti

proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Subtopik Medicine dalam rangka mata pelajaran Kimia tingkatan lima

merupakan tajuk yang memerlukan pemahaman yang tinggi beserta dengan daya

hafalan yang kuat. Oleh itu, para guru haruslah menyediakan bahan bantu

mengajar yang menarik di mana dilengkapi dengan gambar rajah beserta huraian

yang mempunyai isi-isi penting sahaja supaya pelajar dapat memahami seterusnya

mengingati fakta tersebut. Banyak bahan bantu mengajar yang berkaitan tajuk

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

8

Medicines sekarang ini tidak dapat menarik minat pelajar kerana kekurangan

gambar berkaitan serta tidak pelbagai. Jadi, penghasilan satu perisian modul yang

berasaskan e-peta minda sangat sesuai untuk memenuhi keinginan guru di dalam

penyampaian isi kandungan kepada pelajar di mana modul ini menggabungkan

elemen-elemen multimedia seperti animasi, audio, video dan juga grafik yang

dapat menarik minat pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran secara tradisional ini terutamanya bagi subjek kimia sehingga

gagal menarik minat pelajar terhadap subtopik tersebut. Misalnya, kelemahan

adalah disebabkan oleh:

(i) Kekurangan kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta alat bahan

bantu mengajar yang tidak menarik dan pelbagai.

(ii) Guru-guru dan pelajar sukar untuk mendapatkan bahan-bahan pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai.

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

9

(iii) Daya cipta guru dalam pengajaran. Kaedah pengajaran yang sama pada

setiap kali kelas pastinya menimbulkan kebosanan kepada pelajar untuk terus

fokus di dalam kelas.

(iv) Maklum balas dan respons yang diterima dalam kelas adalah tidak aktif.

Jika pelajar dan guru tidak dapat bermaklum balas di dalam pembelajaran maka

ini juga boleh menimbulkan rasa bosan terhadap kedua-dua pihak.

(v) Kekurangan mempelbagaikan penggunaan pancaindera untuk

merangsang pelajar sehingga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi bosan.

1.4 Objektif Projek

Objektif utama projek pembangunan peta minda ini ialah:

(i) Membangunkan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda bertajuk

Chemical for Consumers; Medicines untuk mata pelajaran Kimia tingkatan lima..

(ii) Menggunakan platform Microsoft Office PowerPoint 2007 berserta

perisian lain dalam proses pembinaan seperti Adobe Photoshop CS4, Sony Sound

Forge 7.0, Windows Movie Maker, Ulead Cool 3D, Ulead Cool 3D Production

Studio, Ulead Gif Animator 5.0, Macromedia Flash 8, Sound Recorder dan juga

Hot Potatoes.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN...JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA MINDA BERTAJUK (MEDICINES' UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA fINGKATAN LIMA Saya

10

(iii) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang berasaskan e-peta minda

bertajuk Chemical for Consumers; Medicine untuk matapelajaran Kimia

tingkatan 5 dengan menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti grafik,

animasi, video dan audio dalam pembentangan isi kandungan.