stigma, sokong bantu dan rawatan

48
STIGMA, SOKONG BANTU, DAN RAWATAN MOHAMAD BIN WAHID @ Pie (AHP) Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Upload: nichole-vega

Post on 26-Sep-2015

268 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

STIGMA, SOKONG BANTU, DAN RAWATAN

TRANSCRIPT

Slide 1

STIGMA, SOKONG BANTU,DAN RAWATAN

MOHAMAD BIN WAHID @ Pie (AHP)

Presiden

Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Nama:Mohamad bin Wahid (Shafie)

Umur:46 tahun

Status Perkahwinan:Berkahwin (2 anak)

Bidang Profesion:Pendidikan & Blogger

Pendidikan:Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Islam (SR)

Didiagnos HIV:28 Disember 2010

Pencapaian: - Blogger: AKU HIV POSITIF (http://akuhivpositif.blogspot.com/)

- Finalis Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah 2012

- Pemenang Red Ribbon Media Awards 2012 Anjuran MAC

(Outstanding Achievement in Non-Traditional Media)

- Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM)

BIODATA

4 CARA JANGKITAN HIV

Melalui hubungan seks dengan ODHA (tanpa rawatan) dan tidak mengambil langkah pencegahan.

Berkongsi jarum dan alat suntikan yang tercemar dengan HIV.

Secaraverticaliaitu daripada pasangan ODHA kepada zuriat sama ada semasa mengandung, proses kelahiran atau penyusuan ibu (tanpa rawatan).

Menerima tranfusi darah atautransplantorgan yang tercemar dengan HIV.

6 GOLONGAN YANG TERDEDAH

KEPADA RISIKO JANGKITAN DAN

MENERIMA KESAN AKIBAT JANGKITAN HIV

Pengamal aktiviti berisiko

Bekas pengamal aktiviti berisiko

Pasangan kepada 1 dan 2

Anak kepada 1 dan 2

Pesakit yang menerima transfusi darah atau menjalani pemindahan organ yang tercemar

Ahli keluarga kepada kesemuanya (affected people)

BERDASARKAN KATEGORI-KATEGORI TERSEBUT, PERANAN KITA TERHADAP MEREKA IALAH:

Wajib didekati dan dibimbing untuk mengubah cara hidup bagi mengelakkan mereka berterusan dalam maksiat dan bahaya penularan jangkitan

Perlu dihormati kerana telah insaf daripada kekhilafan (taubat nasuha)

Mangsa keadaan (Sokongan dan bantuan)

Mangsa keadaan (Sokongan dan bantuan)

Mangsa keadaan (Sokongan dan bantuan)

Mangsa keadaan (Sokongan dan bantuan)

STIGMA

Sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban. (Kamus Dewan, 2007)

Stigmatization adalah sikap merendahkan (mendiskreditkan atau menyebabkan orang hilang kepercayaan) terhadap seseorang atau kelompok yang memiliki atribut tertentu sehingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat.

Dalam konteks sosial, stigma memiliki makna yang menggambarkan ciri negatif yang melekat pada seseorang, biasanya kerana faktor persekitaran atau perbuatan yang pernah dilakukannya sehingga individu tersebut dianggap jijik orang ramai. Contoh: Seorang bekas seorang penyalahguna dadah, pekerja seks, atau seorang pembawa HIV.

PREJUDIS

Rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya.

(Kamus Dewan, 2007)

JUDGEMENTAL

Adjective: of or concerning the use of judgement: judgemental decisions about the likelihood of company survival.

having or displaying an overly critical point of view: I dont like to sound judgemental, but it was a big mistake.

(Oxford Dictionaries online)

Judgemental adalah suatu perilaku yang berkaitan dengan sifat menghakimi atau menilai. Ianya juga bermaksud mempunyai atau memaparkan sesuatu pandangan atau pendapat yang kritikal secara berlebihan atau melampau.

PARANOIA

Gangguan mental yang menyebabkan seseorang mengkhayalkan perkara yang aneh-aneh seperti merasa dirinya terlalu penting atau percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya.

Perasaan takut, curiga, atau tidak percaya terhadap orang lain dengan berlebih-lebihan. (Kamus Dewan, 2007)

http://akuhivpositif.blogspot.com/

DISKRIMINASI

Perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dan sebagainya. (Kamus Dewan, 2007)

Diskriminasi adalah tanggapan negatif, sikap pilih kasih atau perbuatan tidak adil yang dilakukan terhadap individu atau kelompok atas sikap jijik, hina dan berdosa yang dipandang jijik tersebut. Biasanya akibat dikaitkan dengan isu moral dan agama.

ODHA

Stigma

Prejudis

Judgemental

Paranoia

Diskriminasi

SEBAHAGIAN DARIPADA KESAN PSIKOLOGI

AKIBAT SIKAP DISRIMINASI TERHADAP ODHA

Rasa malu

Rasa bersalah

Rasa rendah diri

Rasa sepi

Rasa tidak berguna

Enggan menjalani rawatan

CONTOH-CONTOH DISKRIMINASI

Pendidikan

Pekerjaan

Rawatan

Ibadah Haji

Khatan

Asnaf

Perkahwinan

Zuriat

Pengurusan Jenazah

Hak Bermasyarakat

Pemulauan & Pemencilan

MUSIBAH SECARA UMUM

Musibah balaadalah ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan dan diturunkan sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat lagi di akhirat kelak.

Musibah kafarahberlaku ke atas orang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian atau kealpaan dan gagal mengawal nafsu. Teguran / didikan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Musibah ibtilaberlaku ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah bagi meninggikan darjat hamba-Nya yang beriman kepada-Nya.

Hadis Rasulullah SAW:

Sungguh mengkagumkan urusan seorang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang Mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

APAKAH MUSIBAH YANG DITIMPAKAN INI?

Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.

(Surah al-Hujurat: 11)

PANDANGAN ISLAM TERHADAP

STIGMA (PRASANGKA BURUK) & DISKRIMINASI

(AL-QURAN)

Hadis Rasulullah SAW:

Seorang mukmin adalah cermin untuk seorang mukmin yang lain.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

PANDANGAN ISLAM TERHADAP

STIGMA (PRASANGKA BURUK) & DISKRIMINASI

(HADIS)

Abu dan isterinya Rokiah tinggal di sebuah kampung nelayan. Mereka telah menetap di kampung itu selama 40 tahun. Abu adalah seorang nelayan yang turun ke laut setiap hari. Abu juga seorang penyalahguna dadah dadah dan mendapat bekalan secara tetap daripada nelayan lain yang ditemuinya semasa berada di laut. Abu menjadi seorang penyalahguna dadah kerana dia bergantung pada dadah untuk meneruskan kehidupannya yang susah. Abu sering berkongsi jarum dengan nelayan lain.

Suatu hari, Abu pengsan sebelum dia mengambil sarapan pagi dan dikejarkan ke hospital. Selepas melakukan beberapa ujian, doktor mendapati yang Abu HIV positif. Doktor berbincang dengan Rokiah dan dia bersetuju untuk menjalani ujian HIV. Rokiah mendapati yang dia juga HIV positif.

Doktor mengiringi mereka ke rumah Ketua Kampung dan menjelaskan bagaimana HIV disebarkan serta meyakinkan Ketua Kampung bahawa Abu dan Rokiah tidak boleh menyebarkan virus itu hanya dengan hidup bersama dengan semua orang di kampung itu. Selain itu, mereka memerlukan sokongan dan bantuan penduduk kampung itu untuk meneruskan kehidupan mereka.

Ketua Kampung mengadakan suatu perjumpaan pada malam itu untuk mendapatkan pandangan orang lain. Walaupun cara-cara jangkitan HIV telah dijelaskan kepada penduduk lain, mereka semua bertegas bahawa Abu dan Rokiah mesti meninggalkan kampung itu. Kaum lelaki kampung itu bimbang dan merasakan bahawa tidak ada sesiapa yang harus tinggal di kampung itu jika mereka mempunyai HIV. Atas kehendak Ketua Kampung dan orang-orang lelaki di kampung itu, Abu dan Rokiah diarah meninggalkan kampung itu untuk hidup bersendirian.

KAJIAN KES

STIGMA (PRASANGKA BURUK) & DISKRIMINASI

SOKONG BANTU

MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV/AIDS (ODHA)

Dengan sokong bantu ODHA dapat meneruskan kehidupan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

ODHA mendapat faedah daripada perkhidmatan khidmat nasihat yang memberi maklumat tepat tentang HIV dan cara-cara pencegahan untuk melindungi diri mereka dan orang lain.

ODHA dapat meneruskan kehidupan bersama keluarga.

MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

ORANG YANG TERJEJAS DENGAN HIV/AIDS

Membantu keluarga dan sahabat-handai ODHA memahami HIV/AIDS dan kesannya kepada manusia.

Membantu mereka dalam hal penjagaan dan pengurusan jenazah ODHA.

Memberikan maklumat dan pemahaman tentang pencegahan HIV/AIDS.

Memberi sokongan untuk mengatasi stigma (prasangka buruk) dan diskriminasi yang dihadapi oleh mereka.

FAEDAH SOSIAL & EKONOMI

ODHA mampu berdikari dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Dengan melambatkan AIDS, beban penjagaan dan kos sokong bantu berkurangan.

Majikan boleh menyediakan peluang pekerjaan lebih cerah kepada ODHA.

ODHA mempunyai lebih masa untuk bersama keluarga dan orang tersayang dalam keadaan fizikal yang lebih sempurna.

Mengekang penularan virus.

PERINGKAT-PERINGKAT SOKONG BANTU

Tidak Dijangkiti Tetapi BerisikoHIV Positif Tetapi AsimptomatikODHA Peringkat Awal Yang Menunjukkan SimptomODHA Peringkat LewatAIDSTenatMenggalakkan ujian HIV secara sukarela dan khidmat nasihatDiagnosis awal adalah pentingSokongan psikologi berterusan yang mendorong cara hidup sihatSokongan psikologi berterusanPenjagaan kesihatan dan pemakanan yang berkhasiatMenyediakan perkhidmatan untuk pengurangan penyakit seperti jangkitan kulit, T.B., pneumonia, kayapRawatan ubat anti-retrovirusMenyediakan perkhidmatan pengurangan jangkitan kulit, T.B., H1N1, pneumonia, kayapRawatan ubat antiretrovirusPerkhidmatan pakar untuk:Cirit-birit kronikPenyakit yang menyusul badanBarah kaposi sarkomaPenjagaan di rumah atau hospitalPengurangan kesakitanSokongan rohani dan emosi

BAGAIMANAKAH

UMAT ISLAM BOLEH MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA MEREKA YANG

DIJANGKITI &TERJEJAS

HIV/AIDS?

Memahami fakta tentang HIV/AIDS, misalnya jangkitan, pencegahan, dan rawatan.

Berhati-hati dengan tanggapan, rasa takut, dan prejudis anda tentang HIV/AIDS dan cuba untuk tidak membiarkan kejahilan atau ketakutan menghalang anda daripada membantu ODHA yang memerlukan bantuan.

Cuba menyelami dengan perasaan ODHA dengan mengaitkannya dengan pengalaman kesakitan, kemurungan, renjatan / rasa terkejut, dan kesedihan yang anda pernah alami.

Selalulah berdoa untuk ODHA dan keluarga mereka agar mereka diberi kekuatan untuk menghadapi kesukaran yang diakibatkan oleh HIV/AIDS.

Rahsiakan aib / status HIV individu dan maklumat peribadinya, kecuali dibenarkan penyebarannya oleh individu tersebut. Komitmen kerahsiaan sangat penting kerana status HIV seseorang individu boleh mengakibatkan stigma (prasangka buruk) dan diskriminasi yang teruk, yang membawa kepada kehilangan pekerjaan atau hubungan peribadi yang terjejas.

Wujudkan kepercayaan dengan menunjukkan kasih sayang dan mengambil berat terhadap ODHA dengan ikhlas. Beri keyakinan kepada mereka untuk memilih cara hidup yang sihat yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Dengar dan beri perhatian penuh kepada individu berkenaan, dan cuba fahami apa yang dikongsi dan dirasainya. Biarkan individu tersebut bercakap tanpa gangguan. Tanya soalan untuk lebih memahami perasaannya.

Bercakap benar tentang situasi yang dialami orang itu. Contohnya berkenaan masalah hubungan dan isu kewangan, untuk membantu individu menangani secara realistik masalah-masalah hidup yang dihadapi oleh mereka.

Bantu mereka untuk menumpukan perhatian pada masa depan yang diingini oleh mereka dan semaikan kesedaran bahawa walaupun mereka hidup dengan HIV, mereka masih boleh menjalani kehidupan yang panjang dan sihat.

Layani mereka sebagaimana anda melayan orang lain.

Peluang melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah

Lakukan perkara yang mudah seperti memegang tangan mereka atau meletakkan tangan anda di atas bahu mereka. Ini amat bererti kepada orang yang hidup dengan HIV/AIDS, terutama sekali jika orang lain enggan menyentuh mereka. Ia juga menunjukkan kepada orang lain bahawa menyentuh seseorang yang mempunyai HIV adalah selamat.

Didik orang lain yang anda boleh melakukan semua perkara berikut dengan selamat bersama seseorang yang HIV positif tanpa risiko dijangkiti HIV menyentuh, memeluk, berkongsi tandas, pergi kerja atau sekolah bersama, berkongsi makanan dan minuman, bersin, batuk.

Perkenalkan beberapa perkara mudah dan praktikal yang mereka boleh lakukan untuk memastikan yang mereka kekal sihat dan hidup lebih lama, seperti amalan pemakanan sihat dan senaman yang kerap.

Dapatkan maklumat tentang khidmat sokongan yang ada di tempat anda, seperti khidmat perubatan dan khidmat nasihat, nombor telefon hotline HIV/AIDS atau pun kumpulan sokongan untuk bertemu dengan orang lain yang hidup dengan HIV.

RAWATAN

FARMAKOLOGI & KAUNSELING

KAUNSELING

Grief Reaction

(Fasa-Fasa Kesedihan)

Treatment Fatigue

(Tekanan Rawatan)

GRIEF REACTION

Peringkat 1: Terkejut dan penafian

Peringkat 2: Kemarahan

Peringkat 3: Tolak ansur

Peringkat 4: Kemurungan

Peringkat 5: Penerimaan

APAKAH UBAT ANTI-RETROVIRUS?

Ubat yang boleh mengurangkan tahap HIV di dalam tubuh seseorang.

Dengan mengurangkan jumlah HIV di dalam badan seseorang, seseorang boleh memperlahankan atau mencegah kerosakan sistem daya tahan tubuhnya.

Ubat ini bukanlah penawar atau penyembuh, tetapi boleh membantu mengekalkan kesihatan seseorang.

BAGAIMANAKAH

UBAT ANTI-RETROVIRUS BERFUNGSI?

HIV menjangkiti sel di dalam sistem daya tahan penyakit yang dipanggil CD4.

Ubat anti-retrovirus berfungsi dengan menyekat HIV daripada merebak menjadi AIDS.

APAKAH UBAT ANTIRETROVIRUS?

APAKAH TUJUAN RAWATAN?

Untuk mengurangkan jumlah HIV ke tahap yang sangat rendah.

Sebaik sahaja beban virus ini menjadi rendah, sistem ketahanan badan akan mula pulih.

Rawatan dengan ubat anti-retrovirus berfungsi disarankan sekiranya kiraan CD4 ialah antara 200 dan 350.

KEBERKESANAN RAWATAN

Bilangan sel CD4

yang tinggi

Viral Load

yang rendah

Jika bilangan sel CD4 dan Viral Load anda adalah rendah, rawatan @ ubatan yang anda ambil adalah berkesan mengawal virus tersebut.

SISIPAN

APAKAH HIV?

Virus adalah organisma yang boleh menyebabkan jangkitan.

Hanya menjangkiti manusia sesama manusia.

HIV adalah retrovirus yang menyerang sistem ketahanan penyakit kita dan memusnahkannya dalam tempoh tertentu.

HIV hanya menjangkiti manusia.

HIV hanya boleh dikesan melalui ujian antibodi HIV.

Paling banyak virus terdapat dalam air mani, darah, dan bendalir faraj, dan sangat sedikit di dalam air mata dan air liur.

Human (Manusia)

Immunodeficiency (Mengurangkan imuniti)

Virus

H

I

V

APAKAH AIDS?

AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan yang disebabkan oleh HIV.

Jangkitan oportunistik adalah penyakit yang mengambil kesempatan daripada sistem daya tahan yang lemah.

A

I

D

S

Acquired (dijangkiti, tidak diwarisi)

Immune (daya tahan penyakit; sistem daya tahan tubuh yang melindungi seseorang daripada penyakit)

Deficiency (kekurangan iaitu tidak berfungsi dengan)

Syndrome (sindrom adalah tanda-tanda atau gejala penyakit AIDS yang menunjukkan seseorang mempunyai suatu keadaan atau penyakit)

BEBERAPA ISTILAH YANG PERLU DIFAHAMI

SALAHBETULPenagih DadahPenyalahguna DadahPelacurPekerja SeksPondan / BapukMSM (Men Sex Men)Pesakit HIV/AIDSPembawa HIV/AIDSJangkitan Ibu Kepada AnakJangkitan Ibu Bapa Kepada Anak

SIAPA LGBT?

(UJIAN SEKSUALITI)

L

G

B

T

Lesbian

Gay

Biseksual

Transgender

SEKSUALITI MANUSIA

Heteroseksual Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki

Homoseksual Lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya

Lesbian Wanita homoseksual

Gay Lelaki homoseksual

Biseksual Lelaki atau wanita yang secara emosi, fizikal, dan/atau seksual tertarik kepada lebih daripada satu jantina

Triseksual Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita, lelaki dan transeksual. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki, wanita dan transeksual.

Transgender Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti lelaki

Transeksual Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin

Transvestit Lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan seperti lelaki

Pengkid Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Di kalangan pengkid ada yang berpenampilan sebagai lelaki.

TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIM

UNTUK BERUSAHA KEPADA KEBAIKAN DAN

BERKASIH SAYANG

Hadis Rasulullah SAW:

Sekasih-kasih manusia kepada Allah ialah mereka yang mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

(Hadis Riwayat at-Tabroni)

SEKIAN

TERIMA KASIH

RUJUKAN

Manual Islam & HIV/AIDS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Dr. Iskandar Firzada bin Osman

http://akuhivpositif.blogspot.com/