universiti teknologi malaysia · hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan...

24
i UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI TOPIK RATIO AND PROPORTION SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : SUHANIM BINTI ABDUL JALIL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan (9 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) 9 TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 16 JLN CENDANA 9, PM. DR. HJH ZALEHA ISMAIL (NAMA PENYELIA) TAMAN RINTING, 81750, MASAI JOHOR Tarikh : 02 April 2008 Tarikh : 02 April 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI

TOPIK RATIO AND PROPORTION

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : SUHANIM BINTI ABDUL JALIL

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 16 JLN CENDANA 9, PM. DR. HJH ZALEHA ISMAIL (NAMA PENYELIA) TAMAN RINTING,

81750, MASAI JOHOR

Tarikh : 02 April 2008 Tarikh : 02 April 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

i

PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI TOPIK

RATIO AND PROPORTION

SUHANIM BINTI ABDUL JALIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : .....................................................

Nama Penyelia : PM. DR. HJH ZALEHA ISMAIL

Tarikh : 11 APRIL 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penulis : SUHANIM BINTI ABDUL JALIL

Tarikh : APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

iv

DEDIKASI

Istimewa buat bonda dan ayahanda tersayang,

Hajah Rahamah Binti Hj Hussin

Al-Fatihah untuk ayahanda yang telah ke rahmatullah

Haji Abdul Jalil Bin Hj Abdul Aziz

Buat suami yang dikasihi

Mohd Shapki Bin Mat Jusoh

Terima kasih untuk dorongan yang diberikan tanpa jemu...

Buat teman-teman seperjuangan yang sentiasa diingati...

Moga ukhwah yang terbina…

Tidak bernokhtah di sini sahaja.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

v

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan keizinannya, maka saya telah

dapat menyempurnakan penulisan dalam penyelidikan ini dengan jayanya walaupun

banyak halangan dan rintangan yang dihadapi.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang

tulus ikhlas kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr. Zaleha binti Ismail, yang telah

banyak membantu dan memberi sokongan padu yang berterusan sehingga projek ini

dapat disiapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada pegawai, pengetua, guru-guru dan semua

yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dan juga kepada mana-mana individu-

individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang turut membantu

dalam menjayakan penyelidikan ini

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

vi

ABSTRAK

E-pembelajaran merupakan satu bentuk revolusi pendidikan yang

berorientasikan sistem pembangunan web. Alternatif pembelajaran ini semakin

popular dan digunakan sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran

utama dewasa ini sama ada bagi tujuan pendidikan formal di sekolah mahupun bagi

tujuan latihan sesebuah organisasi. Untuk mencari pendekatan efektif dalam

melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan

kursus yang dinamakan MOODLE. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan reka

bentuknya menyokong prinsip sosial kontruktivisme. Di dalam proses

membangunkan bahan e-pembelajaran, model ASSURE dipilih sebagai panduan

untuk membangunkan web portal ini. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk ‘Ratio

and Proportion’ ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran

berdasarkan Sukatan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah

MOODLE ialah Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal dan Assignment.

Aktiviti chat, kuiz dan forum membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta

mendapat maklum balas secara spontan. Persekitaran pembelajaran juga turut

dimantapkan dengan grafik dan animasi. Setelah selesai membangunkan web portal

ini, pengujian telah dilaksanakan di sebuah sekolah di Pasir Gudang yang melibatkan

32 orang pelajar. Hasil analisis soal selidik, didapati pandangan pelajar terhadap

web portal ini dari aspek isi kandungan, penilaian dan maklum balas, pembelajaran

kendiri, komuniti pembelajaran, pengantaramuka, pedagogi dan navigasi adalah pada

tahap yang baik. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua guru dan kerjasama

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

vii

oleh semua pihak untuk menggalakkan lagi penggunaan komputer sebagai bahan

bantu mengajar di sekolah.

ABSTRACT

E-learning is one of the form in education revolution that oriented in web

development system. Nowsaday, it is getting popular and using as one of the main

medium of teaching and learning for the purpose of formal education in schools or

practicles organization. In the search for an effective approach to implement e-

learning, this project has employed a course management system by the name of

MOODLE. This system is favorable as its design supports the principles of social

constructivism.ASSURE’s model was chosen as a guide in developing this web. The

web portal entitled “Ratio and Proportions” provide wide range of resources and

activities based on KBSM learning outcomes. The various activities under

MOODLE’s terminologies are Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal and

Assignment. From certain activities, students have the opportunity to interact with

the course instructors as well as getting immediate feedback. The learning

environment is enhanced with graphics and animations. After developing this web

portal, a simple evaluation was conducted involving 32 students at a school in Pasir

Gudang, Johor. The survey showed that, the students’ views the portal from the

aspects of subject matter,evaluation and responds, self learning, learning community,

interface, pedagogy and navigation are at satisfactory. Therefore this matter needs

attentions from all related parties to ensure that the use of computer in schools are

encouraged.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN

xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Kepentingan Projek 9

1.5.1 Pelajar 10

1.5.2 Guru 10

1.5.3 Ibu Bapa Dan Masyarakat 10

1.5.4 Sekolah 11

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

ix

1.6 Skop Dan Batasan Projek 11

1.7 Kerangka Teori Projek 12

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 E-Pembelajaran 14

1.8.2 Moodle 14

1.8.3 Pembelajaran 15

1.8.4 Pengajaran 15

1.9 Penutup 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Definisi Mengenai E-Pembelajaran 18

2.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 20

2.4 Perbezaan di Antara Pembelajaran Tradisional Dengan 21

E-Pembelajaran

2.5 Kepentingan Pembelajaran Melalui E-Pembelajaran 24

2.6 Perisian Sumber Terbuka 26

2.7 Moodle (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment) 26

2.7.1 Struktur Pembelajaran Moodle 27

2.7.1.1 Mingguan (Weekly) 27

2.7.1.2 Topik (Topic) 28

2.7.1.3 Bebas (Free Form) 28

2.8 Elemen Pembelajaran 28

2.9 Pola Kesilapan Dan Kesukaran Matematik 32

2.9.1 Pola Kesilapan dan Kesukaran Nisbah Dan Kadar 33

2.10 Penutup 35

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Kaedah Pelaksanaan 36

3.2.1 Analisis Pelajar 37

3.2.2 Nyataan Objektif 40

3.2.3 Pilih Kaedah, Media Dan Bahan Pengajaran 42

3.2.4 Menggunakan Media Dan Bahan 42

3.2.4.1 Pembangunan Web Portal 45

3.2.5 Penglibatan Pelajar dalam Pembelajaran 47

3.2.6 Penilaian Dan Mengubahsuai 47

3.3 Kebolehpercayaan Instrumen 50

3.4 Penutup 51

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

x

4 WEB PORTAL “RATIO AND PROPORTION”

4.1 Pengenalan 53

4.2 Penghasilan Bahan-bahan Pembelajaran 54

4.2.1 Pendaftaran Pengguna (login) 54

4.2.2 Menu Utama Web Portal 55

4.3 Objektif Pembelajaran 57

4.4 Resources (Presentation Format) 58

4.5 Aktiviti 59

4.5.1 Modul Pengajaran (Lesson Module) 59

4.5.2 Modul Kuiz (Quiz Module) 60

4.5.3 Modul Perbincangan (Chat Module) 62

4.5.4 Modul Tugasan (Assignment Module) 63

4.5.5 Modul Glosari (Glossary Module) 63

4.5.6 Modul Forum (Forum Module) 64

4.5.7 Modul Pilihan (Choices Module) 65

4.5.8 Hot Potatoes Quiz 66

4.6 Pengujian Daripada Pelajar Sekolah 67

4.6.1 Analisis Data 67

4.6.2 Profil Responden 68

4.7 Analisis Item Mengikut Faktor-faktor Yang 70

Ditetapkan Dalam Sistem Moodle

4.7.1 Isi Kandungan Portal Pendidikan 70

4.7.2 Antara Muka Pengguna Portal Pendidikan 72

4.7.3 Penilaian dan Maklum Balas Portal Pendidikan 73

4.7.4 Pembelajaran Kendiri Portal Pendidikan 74

4.7.5 Pedagogi Portal Pendidikan 75

4.7.6 Komuniti Pembelajaran Portal Pendidikan 76

4.7.7 Navigasi Portal Pendidikan 77

4.8 Rumusan Data 78

4.9 Masalah Pelaksanaan Pengujian 81

4.9.1 Masalah Dari Segi Masa yang Diperuntukkan 81

4.9.2 Masalah Dari Segi Capaian 82

4.9.3 Masalah Dari Segi Pendedahan Sistem 82

4.10 Penutup 82

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

xi

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Pembangunan Web Portal ‘Ratio And Proportion’ 84

5.2.1.1 Kelebihan Web Portal ‘Ratio and Proportion’ 85

5.2.1.2 Kebaikan Web Portal Kepada Pelajar 86

5.2.1.3 Kelemahan Web Portal Hasil Dapatan 89

Kajian

5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa Penghasilan 89

Projek

5.3.1 Kepakaran Yang Terhad 90

5.3.2 Capaian Internet 90

5.3.3 Bahan-bahan Pembelajaran Dan Pengajaran 90

5.4 Kesimpulan 91

5.5 Cadangan Projek Lanjutan 92

5.6 Penutup 93

RUJUKAN 94

LAMPIRAN 99

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 12

3.1 Carta alir pembangunan nota 44

guru dan nota murid

3.2 Slot ‘Resource’ 45

3.3 Slot paparan ‘resource’ 46

3.4 Slot ‘activities’ 46

4.1 Paparan pendaftaran kata kunci 54

4.2 Paparan login dan membuka akaun baru. 55

4.3 Paparan menu utama web portal 56

4.4 Paparan topik pertama dalam web portal 57

4.5 Paparan objektif pembelajaran 58

4.6 Paparan resource (Format HTML) 59

4.7 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 60

4.8 Paparan modul kuiz 61

4.9 Paparan modul kuiz dan maklum balas 61

4.10 Paparan prestasi pelajar 61

4.11 Paparan modul perbincangan 62

4.12 Paparan Tugasan 63

4.13 Paparan modul glosari 64

4.14 Paparan Modul Forum 65

4.15 Paparan modul pilihan 65

4.16 Paparan Hot Potatoes Quiz 66

4.17 Paparan teka silangkata dalam Hot Potatoes Quiz 66

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jadual Yang Terdiri Daripada Item-Item 40

Soalan, Jawapan dan Maklumbalas Bagi

Kuiz

3.2 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran 43

Yang Perlu Dicapai Selepas Proses Pengajaran

Pembelajaran Bagi Topik ‘Ratio and Proportion’

3.3 Skor kenyataan 49

3.4 Pengkelasan Instrumen 49

4.1 Analisis Skor Min 66

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan profil responden. 68

4.3 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi isi kandungan 70

Portal Pendidikan

4.4 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 71

antara muka pengguna portal pendidikan

4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 73

penilaian dan maklumbalas portal pendidikan

4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 74

pembelajaran kendiri portal pendidikan

4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 75

pedagogi portal pendidikan

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 76

komuniti pembelajaran portal pendidikan

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 77

navigasi portal pendidikan

4.10 Min keseluruhan terhadap faktor yang dikaji 78

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

xiv

SENARAI SINGKATAN

AS Amat Setuju

ATS Amat Tidak Setuju

CD-ROM Compact Disc-Read Only Memory

HTML - Hypertext Markup Language

JPEG - Joint Photographic Experts Group

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LMS Learning Management System

MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning

Environment

Sek. Men. Keb - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For The Social Science

SS Sederhana Setuju

S Setuju

TMK Teknologi Maklumat Komunikasi

TS Tidak Setuju

VLE Virtual Learning Environment

% - Peratus

n - Bilangan

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Contoh Soalan Latihan Bersama Skema

Jawapan Latihan

B Borang Soal Selidik Untuk Pelajar

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Hasrat ke arah pembudayaan teknologi pendidikan matematik dalam

sistem pendidikan kita kelihatan dengan jelas sejak kebelakangan ini,

terutama dengan adanya kesedaran terhadap potensi besar teknologi

pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan di dalam lapangan pendidikan.

Menurut Baharuddin Aris (1995), sebenarnya usaha awal telah pun

dijalankan untuk memenuhi hasrat tersebut. Mulai awal 70-an, Bahagian

Perkhidmatan Sebaran Pendidikan telah ditubuhkan dengan menggabungkan

tiga perkhidmatan iaitu TV Pendidikan, Radio Pendidikan dan Alat Pandang

Dengar. Namun begitu, bahagian ini dalam tempoh sepuluh tahun

pertamanya itu lebih banyak menjalankan fungsi sebaran sahaja, tanpa

memperlihatkan dengan nyata peranannya dalam pembudayaan teknologi

pendidikan.

Pada tahun 1979, laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar

Pelajaran diumumkan dan banyak perakuan yang telah dikemukakan yang

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

17

akhirnya menimbulkan reformasi pendidikan negara ini terutama dengan

lahirnya KBSR dan KBSM. Terdapat juga perakuan-perakuan yang

melibatkan teknologi pendidikan, misalnya perakuan yang memperuntukkan

supaya diberi kemudahan yang cukup untuk sekolah-sekolah menjalankan

kegiatan-kegiatan teknologi pendidikan. Sehubungan dengan itu, tahun

1980-an memperlihatkan beberapa perkembangan yang positif ke arah

pembudayaan teknologi pendidikan. Antaranya termasuk pengwujudan Unit

Teknologi Pendidikan di Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri, penubuhan

Pusat Sumber Pendidikan Negeri, daerah dan sekolah. Penukaran nama

Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan kepada Bahagian Teknologi

Pendidikan dan penglibatan yang aktif institusi-institusi pengajian tinggi.

Segala perkembangan ini merupakan suatu petanda yang menggembirakan

yang kelihatan begitu positif di dalam menyokong hasrat pembudayaan

teknologi pendidikan.

Demi mencapai kecemerlangan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, suatu usaha untuk menjadikan teknologi pendidikan matematik

sebagai cara hidup di sekolah perlu dilaksanakan. Sebagai proses yang

melibatkan peranan yang dimainkan oleh manusia ia tidak boleh ada dalam

satu jangka masa yang singkat kerana pembudayaan itu sendiri adalah hasil

daripada seluruh masyarakat sesebuah sekolah tersebut.

Terdapat pelbagai aktiviti teknologi yang dapat digunakan untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam matematik. Salah satunya

adalah penggunaan e-pembelajaran yang bersesuaian digunakan di sekolah

untuk direalisasikan dalam kurikulum matematik. Kita sedia maklum,

bahawa pembelajaran teknologi dalam pendidikan telah diamalkan secara

meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan

England.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

dapat membina konsep secara berkesan. Menurut Lim Chap Sam, Fatimah

Salleh & Munirah Ghazali (2003), suasana yang dapat merangsang

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

18

pembinaan konsep matematik dapat dicapai dengan menyediakan perisian

komputer yang sesuai dan pelajar dapat memanipulasi idea matematik.

Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) secara umumnya difahami

sebagai pembelajaran berpusatkan pelajar yang disokong oleh penggunaan

teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (ICT). Matlamat utama

persekitaran pembelajaran elektronik adalah untuk membolehkan proses

pembelajaran dilaksanakan tanpa batasan tempat dan masa. Perkembangan

bidang teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (ICT), terutama

sekali teknologi internet telah membantu merealisasikan matlamat tersebut.

ICT telah menjadi pemangkin utama perkembangan e-pembelajaran. ICT

berupaya memainkan peranan membantu setiap aktiviti utama dalam proses

pendidikan, iaitu pembangunan bahan pembelajaran, penyampaian

pengajaran, program pengukuhan pembelajaran dan penilaian.(Mohamed

Noor Hassan et,al ,2000)

E-pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laman

Portal Pendidikan dan Pengurusan Pengetahuan. Laman Portal Pendidikan

menyediakan pelbagai bentuk kandungan di alam maya seperti bahan

pengajaran, latihan, rancangan mengajar, maklumat dan berita terkini, mesej,

forum dan e-mail. Ia dapat digunakan oleh guru, pelajar mahupun ibu bapa

dalam proses pengajaran dan pemantauan pelajaran. Portal Pengurusan

Pengetahuan pula menyusun strategi ke arah memberi kemudahan kepada

pengguna mendapat maklumat.(Ismail Zain, 2002)

Di dalam e-pembelajaran fokus utamanya adalah berpusatkan pelajar.

Suasana e-pembelajaran akan “memaksa” pelajar memainkan peranan yang

lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan

mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

19

E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru untuk

memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan lama. Guru

di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha

menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan

satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.

Selain itu, e-pembelajaran mengurangkan beban guru dalam

penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Hari ini

pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT bukan lagi dalam

sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan terutamanya

dalam mata pelajaran matematik. Walaupun e-pembelajaran bukan

penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan terbaik untuk merealisasikan

pengajaran dan pembelajaran menggantikan bahan bantu mengajar kaedah

tradisi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah

dapat menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan

teknologi. Persekitaran dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu

pembelajaran yang bersifat memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran

kreatif dan penyayang dengan penggunakan teknologi terkini (Kementerian

Pendidikan Malaysia,1997)

Spender (2001) mengatakan bahawa e-pembelajaran merupakan satu

bentuk pembelajaran yang amat sesuai dengan generasi kini yang berteraskan

teknologi maklumat. Beliau juga menyatakan bahawa salah satu cara supaya

pelajar dapat memenuhi kehendak dan keperluaan pembelajaran mereka

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

20

adalah dengan menggunakan sistem e-pembelajaran pada tempat serta waktu

yang bersesuaian serta ianya ditentukan oleh mereka sendiri.

Beliau juga menyatakan bahawa sistem e-pembelajaran dapat

memberikan pelbagai faedah agar pembelajaran sentiasa berterusan dengan

menyediakan seperti:

i. Menyediakan sambungan ke bahagian-bahagian atau sumber-

sumber pembelajaran yang dikehendaki oleh pelajar.

ii. Menyediakan bahan-bahan serta maklumat pembelajaran

elektronik online supaya ianya dapat membantu dan

membimbing di dalam proses pembelajaran pelajar.

iii. Meningkatkan serta menggalakkan pelajar untuk mencapai

atau memperoleh maklumat yang berguna dan

memperbagaikan aktiviti pembelajaran mereka.

iv. Menyediakan kemudahan yang dapat menarik minat pelajar

untuk berinteraksi sesama mereka mahupun guru.

v. Memberikan maklum balas dengan pantas serta pengukuhan

yang baik.

vi. Mewujudkan budaya pembelajaran yang selesa serta kondusif

bagi pelajar mempunyai jadual harian yang padat serta pelajar

yang mempunyai pekerjaan.

vii. Membolehkan pelajar memberikan komen positif serta

pendapat untuk dikongsi bersama bagi

meningkatkan mutu pengajaran guru secara langsung.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

21

viii. Mewujudkan keseimbangan dalam perbezaan sumber

maklumat.

E-pembelajaran merupakan kombinasi elemen pendidikan dan teknologi

elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran

berdasarkan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikut jadual dan kelas yang

ditetapkan. Ia merupakan satu keperluan kepada pelajar bagi berada seiring

dengan peredaran masa yang banyak mengaplikasikan teknologi dalam

pendidikan.

Penggunaan e-pembelajaran juga dapat memberikan pelbagai kelebihan

kepada pelajar terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini memandangkan ianya mampu dijadikan alat atau medium pembelajaran

yang bukan sahaja menawarkan kemudahan perkongsian maklumat dan

pencarian ilmu malah boleh digunakan sebagai tujuan komunikasi.

Menurut Jonassen (1999), pembinaan pengetahuan oleh pelajar itu sendiri

merupakan satu aktiviti sosial yang dapat menggalakkan pelajar berkongsi

pengetahuan dan maklumat sesama mereka untuk memastikan pembelajaran

secara kalaboratif dapat dilaksanakan. Beliau juga berpendapat teknologi e-

pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam membina pendidikan

pelajar terhadap sesebuah komuniti dengan menyediakan medium untuk

berkongsi maklumat, membina organisasi dan memperbaiki idea yang boleh

disarankan oleh sesebuah komuniti.

Penggunaan sistem pembelajaran maya pada waktu tersebut memerlukan

sesorang guru mengetahui perisian pembangunan, grafik dan sebagainya.

Guru juga perlu mempunyai kemahiran bahasa pengaturcaraan supaya dapat

membina suatu sistem interaktif dan memenuhi keperluan pelajar.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

22

Baharuddin Aris (1995), menyatakan salah satu langkah penggunaan

teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pendidikan ialah penyampaian

bahan iaitu guru hendaklah mempersembahkan bahan visual dengan menarik

dan berkesan.

Oleh itu sebagai guru, perkembangan yang begitu mencabar ini harus

dianggap sebagai peluang ke arah pelbagai strategi dan memantapkan sistem

penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan

menghiburkan. Maka, sistem e-pembelajaran bertujuan menjadikan

pengajaran dan pembelajaran relevan dan rasional dalam era teknologi.

1.3 Pernyataan Masalah

Di dalam pernyataan masalah ini, perkara yang ingin dilihat adalah

keanjalan dan fleksibiliti masa untuk mempelajari sesuatu topik menjadi

kekangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar terikat

dengan silibus dan tempoh waktu pembelajaran. Sistem pendidikan masa

kini memberikan ketegangan kepada pelajar lemah dan menghalang

kemajuan pelajar pintar. Fleksibiti yang dihasilkan menerusi pembelajaran

berteraskan komputer membantu pelajar memanfaatkan masa mereka

sepenuhnya. Pelajar yang cerdas mempunyai peluang menyempurnakan

semua kerja kursus dan penilaiannya lebih awal daripada jangka masa yang

telah ditetapkan, manakala pelajar yang lemah akan melalui program asas

mengikut kemampuannya di bawah pemantauan guru.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2

23

Menurut Zaleha Ismail dan Mohd Khalid Kasmin(2006), pelajar hilang

minat terhadap pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan

pembelajaran tidak menarik dan tidak menepati objektif pengajaran,

organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang

kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik. Faktor-faktor

tersebut akan menyebabkan keciciran pelajar dan guru akan merasa beban

untuk memenuhi keperluan pelbagai karenah dan keperluan pelajar.

Oleh itu, e-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru

untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan

matematik lama. Guru juga harus mengikuti perkembangan perubahan dan

berusaha menggabungkan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan kreativiti ke

arah corak menyampaian yang berkesan dan bermakna. Sistem ini juga

membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan

mengikut keperluan masing-masing.