i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI
TOPIK RATIO AND PROPORTION
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : SUHANIM BINTI ABDUL JALIL
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 16 JLN CENDANA 9, PM. DR. HJH ZALEHA ISMAIL (NAMA PENYELIA) TAMAN RINTING,
81750, MASAI JOHOR
Tarikh : 02 April 2008 Tarikh : 02 April 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
i
PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI TOPIK
RATIO AND PROPORTION
SUHANIM BINTI ABDUL JALIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : .....................................................
Nama Penyelia : PM. DR. HJH ZALEHA ISMAIL
Tarikh : 11 APRIL 2008
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………….
Nama Penulis : SUHANIM BINTI ABDUL JALIL
Tarikh : APRIL 2008
iv
DEDIKASI
Istimewa buat bonda dan ayahanda tersayang,
Hajah Rahamah Binti Hj Hussin
Al-Fatihah untuk ayahanda yang telah ke rahmatullah
Haji Abdul Jalil Bin Hj Abdul Aziz
Buat suami yang dikasihi
Mohd Shapki Bin Mat Jusoh
Terima kasih untuk dorongan yang diberikan tanpa jemu...
Buat teman-teman seperjuangan yang sentiasa diingati...
Moga ukhwah yang terbina…
Tidak bernokhtah di sini sahaja.
v
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan keizinannya, maka saya telah
dapat menyempurnakan penulisan dalam penyelidikan ini dengan jayanya walaupun
banyak halangan dan rintangan yang dihadapi.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang
tulus ikhlas kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr. Zaleha binti Ismail, yang telah
banyak membantu dan memberi sokongan padu yang berterusan sehingga projek ini
dapat disiapkan.
Penghargaan juga ditujukan kepada pegawai, pengetua, guru-guru dan semua
yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dan juga kepada mana-mana individu-
individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang turut membantu
dalam menjayakan penyelidikan ini
vi
ABSTRAK
E-pembelajaran merupakan satu bentuk revolusi pendidikan yang
berorientasikan sistem pembangunan web. Alternatif pembelajaran ini semakin
popular dan digunakan sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran
utama dewasa ini sama ada bagi tujuan pendidikan formal di sekolah mahupun bagi
tujuan latihan sesebuah organisasi. Untuk mencari pendekatan efektif dalam
melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan
kursus yang dinamakan MOODLE. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan reka
bentuknya menyokong prinsip sosial kontruktivisme. Di dalam proses
membangunkan bahan e-pembelajaran, model ASSURE dipilih sebagai panduan
untuk membangunkan web portal ini. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk ‘Ratio
and Proportion’ ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran
berdasarkan Sukatan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah
MOODLE ialah Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal dan Assignment.
Aktiviti chat, kuiz dan forum membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta
mendapat maklum balas secara spontan. Persekitaran pembelajaran juga turut
dimantapkan dengan grafik dan animasi. Setelah selesai membangunkan web portal
ini, pengujian telah dilaksanakan di sebuah sekolah di Pasir Gudang yang melibatkan
32 orang pelajar. Hasil analisis soal selidik, didapati pandangan pelajar terhadap
web portal ini dari aspek isi kandungan, penilaian dan maklum balas, pembelajaran
kendiri, komuniti pembelajaran, pengantaramuka, pedagogi dan navigasi adalah pada
tahap yang baik. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua guru dan kerjasama
vii
oleh semua pihak untuk menggalakkan lagi penggunaan komputer sebagai bahan
bantu mengajar di sekolah.
ABSTRACT
E-learning is one of the form in education revolution that oriented in web
development system. Nowsaday, it is getting popular and using as one of the main
medium of teaching and learning for the purpose of formal education in schools or
practicles organization. In the search for an effective approach to implement e-
learning, this project has employed a course management system by the name of
MOODLE. This system is favorable as its design supports the principles of social
constructivism.ASSURE’s model was chosen as a guide in developing this web. The
web portal entitled “Ratio and Proportions” provide wide range of resources and
activities based on KBSM learning outcomes. The various activities under
MOODLE’s terminologies are Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal and
Assignment. From certain activities, students have the opportunity to interact with
the course instructors as well as getting immediate feedback. The learning
environment is enhanced with graphics and animations. After developing this web
portal, a simple evaluation was conducted involving 32 students at a school in Pasir
Gudang, Johor. The survey showed that, the students’ views the portal from the
aspects of subject matter,evaluation and responds, self learning, learning community,
interface, pedagogy and navigation are at satisfactory. Therefore this matter needs
attentions from all related parties to ensure that the use of computer in schools are
encouraged.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN
xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Projek 9
1.5 Kepentingan Projek 9
1.5.1 Pelajar 10
1.5.2 Guru 10
1.5.3 Ibu Bapa Dan Masyarakat 10
1.5.4 Sekolah 11
ix
1.6 Skop Dan Batasan Projek 11
1.7 Kerangka Teori Projek 12
1.8 Definisi Istilah 14
1.8.1 E-Pembelajaran 14
1.8.2 Moodle 14
1.8.3 Pembelajaran 15
1.8.4 Pengajaran 15
1.9 Penutup 15
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Definisi Mengenai E-Pembelajaran 18
2.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 20
2.4 Perbezaan di Antara Pembelajaran Tradisional Dengan 21
E-Pembelajaran
2.5 Kepentingan Pembelajaran Melalui E-Pembelajaran 24
2.6 Perisian Sumber Terbuka 26
2.7 Moodle (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment) 26
2.7.1 Struktur Pembelajaran Moodle 27
2.7.1.1 Mingguan (Weekly) 27
2.7.1.2 Topik (Topic) 28
2.7.1.3 Bebas (Free Form) 28
2.8 Elemen Pembelajaran 28
2.9 Pola Kesilapan Dan Kesukaran Matematik 32
2.9.1 Pola Kesilapan dan Kesukaran Nisbah Dan Kadar 33
2.10 Penutup 35
3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Kaedah Pelaksanaan 36
3.2.1 Analisis Pelajar 37
3.2.2 Nyataan Objektif 40
3.2.3 Pilih Kaedah, Media Dan Bahan Pengajaran 42
3.2.4 Menggunakan Media Dan Bahan 42
3.2.4.1 Pembangunan Web Portal 45
3.2.5 Penglibatan Pelajar dalam Pembelajaran 47
3.2.6 Penilaian Dan Mengubahsuai 47
3.3 Kebolehpercayaan Instrumen 50
3.4 Penutup 51
x
4 WEB PORTAL “RATIO AND PROPORTION”
4.1 Pengenalan 53
4.2 Penghasilan Bahan-bahan Pembelajaran 54
4.2.1 Pendaftaran Pengguna (login) 54
4.2.2 Menu Utama Web Portal 55
4.3 Objektif Pembelajaran 57
4.4 Resources (Presentation Format) 58
4.5 Aktiviti 59
4.5.1 Modul Pengajaran (Lesson Module) 59
4.5.2 Modul Kuiz (Quiz Module) 60
4.5.3 Modul Perbincangan (Chat Module) 62
4.5.4 Modul Tugasan (Assignment Module) 63
4.5.5 Modul Glosari (Glossary Module) 63
4.5.6 Modul Forum (Forum Module) 64
4.5.7 Modul Pilihan (Choices Module) 65
4.5.8 Hot Potatoes Quiz 66
4.6 Pengujian Daripada Pelajar Sekolah 67
4.6.1 Analisis Data 67
4.6.2 Profil Responden 68
4.7 Analisis Item Mengikut Faktor-faktor Yang 70
Ditetapkan Dalam Sistem Moodle
4.7.1 Isi Kandungan Portal Pendidikan 70
4.7.2 Antara Muka Pengguna Portal Pendidikan 72
4.7.3 Penilaian dan Maklum Balas Portal Pendidikan 73
4.7.4 Pembelajaran Kendiri Portal Pendidikan 74
4.7.5 Pedagogi Portal Pendidikan 75
4.7.6 Komuniti Pembelajaran Portal Pendidikan 76
4.7.7 Navigasi Portal Pendidikan 77
4.8 Rumusan Data 78
4.9 Masalah Pelaksanaan Pengujian 81
4.9.1 Masalah Dari Segi Masa yang Diperuntukkan 81
4.9.2 Masalah Dari Segi Capaian 82
4.9.3 Masalah Dari Segi Pendedahan Sistem 82
4.10 Penutup 82
xi
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Perbincangan 84
5.2.1 Pembangunan Web Portal ‘Ratio And Proportion’ 84
5.2.1.1 Kelebihan Web Portal ‘Ratio and Proportion’ 85
5.2.1.2 Kebaikan Web Portal Kepada Pelajar 86
5.2.1.3 Kelemahan Web Portal Hasil Dapatan 89
Kajian
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa Penghasilan 89
Projek
5.3.1 Kepakaran Yang Terhad 90
5.3.2 Capaian Internet 90
5.3.3 Bahan-bahan Pembelajaran Dan Pengajaran 90
5.4 Kesimpulan 91
5.5 Cadangan Projek Lanjutan 92
5.6 Penutup 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN 99
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 12
3.1 Carta alir pembangunan nota 44
guru dan nota murid
3.2 Slot ‘Resource’ 45
3.3 Slot paparan ‘resource’ 46
3.4 Slot ‘activities’ 46
4.1 Paparan pendaftaran kata kunci 54
4.2 Paparan login dan membuka akaun baru. 55
4.3 Paparan menu utama web portal 56
4.4 Paparan topik pertama dalam web portal 57
4.5 Paparan objektif pembelajaran 58
4.6 Paparan resource (Format HTML) 59
4.7 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 60
4.8 Paparan modul kuiz 61
4.9 Paparan modul kuiz dan maklum balas 61
4.10 Paparan prestasi pelajar 61
4.11 Paparan modul perbincangan 62
4.12 Paparan Tugasan 63
4.13 Paparan modul glosari 64
4.14 Paparan Modul Forum 65
4.15 Paparan modul pilihan 65
4.16 Paparan Hot Potatoes Quiz 66
4.17 Paparan teka silangkata dalam Hot Potatoes Quiz 66
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jadual Yang Terdiri Daripada Item-Item 40
Soalan, Jawapan dan Maklumbalas Bagi
Kuiz
3.2 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran 43
Yang Perlu Dicapai Selepas Proses Pengajaran
Pembelajaran Bagi Topik ‘Ratio and Proportion’
3.3 Skor kenyataan 49
3.4 Pengkelasan Instrumen 49
4.1 Analisis Skor Min 66
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan profil responden. 68
4.3 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi isi kandungan 70
Portal Pendidikan
4.4 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 71
antara muka pengguna portal pendidikan
4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 73
penilaian dan maklumbalas portal pendidikan
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 74
pembelajaran kendiri portal pendidikan
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 75
pedagogi portal pendidikan
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 76
komuniti pembelajaran portal pendidikan
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 77
navigasi portal pendidikan
4.10 Min keseluruhan terhadap faktor yang dikaji 78
xiv
SENARAI SINGKATAN
AS Amat Setuju
ATS Amat Tidak Setuju
CD-ROM Compact Disc-Read Only Memory
HTML - Hypertext Markup Language
JPEG - Joint Photographic Experts Group
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
LMS Learning Management System
MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning
Environment
Sek. Men. Keb - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package For The Social Science
SS Sederhana Setuju
S Setuju
TMK Teknologi Maklumat Komunikasi
TS Tidak Setuju
VLE Virtual Learning Environment
% - Peratus
n - Bilangan
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Contoh Soalan Latihan Bersama Skema
Jawapan Latihan
B Borang Soal Selidik Untuk Pelajar
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Hasrat ke arah pembudayaan teknologi pendidikan matematik dalam
sistem pendidikan kita kelihatan dengan jelas sejak kebelakangan ini,
terutama dengan adanya kesedaran terhadap potensi besar teknologi
pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan di dalam lapangan pendidikan.
Menurut Baharuddin Aris (1995), sebenarnya usaha awal telah pun
dijalankan untuk memenuhi hasrat tersebut. Mulai awal 70-an, Bahagian
Perkhidmatan Sebaran Pendidikan telah ditubuhkan dengan menggabungkan
tiga perkhidmatan iaitu TV Pendidikan, Radio Pendidikan dan Alat Pandang
Dengar. Namun begitu, bahagian ini dalam tempoh sepuluh tahun
pertamanya itu lebih banyak menjalankan fungsi sebaran sahaja, tanpa
memperlihatkan dengan nyata peranannya dalam pembudayaan teknologi
pendidikan.
Pada tahun 1979, laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar
Pelajaran diumumkan dan banyak perakuan yang telah dikemukakan yang
17
akhirnya menimbulkan reformasi pendidikan negara ini terutama dengan
lahirnya KBSR dan KBSM. Terdapat juga perakuan-perakuan yang
melibatkan teknologi pendidikan, misalnya perakuan yang memperuntukkan
supaya diberi kemudahan yang cukup untuk sekolah-sekolah menjalankan
kegiatan-kegiatan teknologi pendidikan. Sehubungan dengan itu, tahun
1980-an memperlihatkan beberapa perkembangan yang positif ke arah
pembudayaan teknologi pendidikan. Antaranya termasuk pengwujudan Unit
Teknologi Pendidikan di Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri, penubuhan
Pusat Sumber Pendidikan Negeri, daerah dan sekolah. Penukaran nama
Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan kepada Bahagian Teknologi
Pendidikan dan penglibatan yang aktif institusi-institusi pengajian tinggi.
Segala perkembangan ini merupakan suatu petanda yang menggembirakan
yang kelihatan begitu positif di dalam menyokong hasrat pembudayaan
teknologi pendidikan.
Demi mencapai kecemerlangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, suatu usaha untuk menjadikan teknologi pendidikan matematik
sebagai cara hidup di sekolah perlu dilaksanakan. Sebagai proses yang
melibatkan peranan yang dimainkan oleh manusia ia tidak boleh ada dalam
satu jangka masa yang singkat kerana pembudayaan itu sendiri adalah hasil
daripada seluruh masyarakat sesebuah sekolah tersebut.
Terdapat pelbagai aktiviti teknologi yang dapat digunakan untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam matematik. Salah satunya
adalah penggunaan e-pembelajaran yang bersesuaian digunakan di sekolah
untuk direalisasikan dalam kurikulum matematik. Kita sedia maklum,
bahawa pembelajaran teknologi dalam pendidikan telah diamalkan secara
meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan
England.
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
dapat membina konsep secara berkesan. Menurut Lim Chap Sam, Fatimah
Salleh & Munirah Ghazali (2003), suasana yang dapat merangsang
18
pembinaan konsep matematik dapat dicapai dengan menyediakan perisian
komputer yang sesuai dan pelajar dapat memanipulasi idea matematik.
Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) secara umumnya difahami
sebagai pembelajaran berpusatkan pelajar yang disokong oleh penggunaan
teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (ICT). Matlamat utama
persekitaran pembelajaran elektronik adalah untuk membolehkan proses
pembelajaran dilaksanakan tanpa batasan tempat dan masa. Perkembangan
bidang teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (ICT), terutama
sekali teknologi internet telah membantu merealisasikan matlamat tersebut.
ICT telah menjadi pemangkin utama perkembangan e-pembelajaran. ICT
berupaya memainkan peranan membantu setiap aktiviti utama dalam proses
pendidikan, iaitu pembangunan bahan pembelajaran, penyampaian
pengajaran, program pengukuhan pembelajaran dan penilaian.(Mohamed
Noor Hassan et,al ,2000)
E-pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laman
Portal Pendidikan dan Pengurusan Pengetahuan. Laman Portal Pendidikan
menyediakan pelbagai bentuk kandungan di alam maya seperti bahan
pengajaran, latihan, rancangan mengajar, maklumat dan berita terkini, mesej,
forum dan e-mail. Ia dapat digunakan oleh guru, pelajar mahupun ibu bapa
dalam proses pengajaran dan pemantauan pelajaran. Portal Pengurusan
Pengetahuan pula menyusun strategi ke arah memberi kemudahan kepada
pengguna mendapat maklumat.(Ismail Zain, 2002)
Di dalam e-pembelajaran fokus utamanya adalah berpusatkan pelajar.
Suasana e-pembelajaran akan “memaksa” pelajar memainkan peranan yang
lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan
mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri.
19
E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru untuk
memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan lama. Guru
di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha
menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan
satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.
Selain itu, e-pembelajaran mengurangkan beban guru dalam
penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Hari ini
pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT bukan lagi dalam
sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan terutamanya
dalam mata pelajaran matematik. Walaupun e-pembelajaran bukan
penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan terbaik untuk merealisasikan
pengajaran dan pembelajaran menggantikan bahan bantu mengajar kaedah
tradisi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah
dapat menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan
teknologi. Persekitaran dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu
pembelajaran yang bersifat memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran
kreatif dan penyayang dengan penggunakan teknologi terkini (Kementerian
Pendidikan Malaysia,1997)
Spender (2001) mengatakan bahawa e-pembelajaran merupakan satu
bentuk pembelajaran yang amat sesuai dengan generasi kini yang berteraskan
teknologi maklumat. Beliau juga menyatakan bahawa salah satu cara supaya
pelajar dapat memenuhi kehendak dan keperluaan pembelajaran mereka
20
adalah dengan menggunakan sistem e-pembelajaran pada tempat serta waktu
yang bersesuaian serta ianya ditentukan oleh mereka sendiri.
Beliau juga menyatakan bahawa sistem e-pembelajaran dapat
memberikan pelbagai faedah agar pembelajaran sentiasa berterusan dengan
menyediakan seperti:
i. Menyediakan sambungan ke bahagian-bahagian atau sumber-
sumber pembelajaran yang dikehendaki oleh pelajar.
ii. Menyediakan bahan-bahan serta maklumat pembelajaran
elektronik online supaya ianya dapat membantu dan
membimbing di dalam proses pembelajaran pelajar.
iii. Meningkatkan serta menggalakkan pelajar untuk mencapai
atau memperoleh maklumat yang berguna dan
memperbagaikan aktiviti pembelajaran mereka.
iv. Menyediakan kemudahan yang dapat menarik minat pelajar
untuk berinteraksi sesama mereka mahupun guru.
v. Memberikan maklum balas dengan pantas serta pengukuhan
yang baik.
vi. Mewujudkan budaya pembelajaran yang selesa serta kondusif
bagi pelajar mempunyai jadual harian yang padat serta pelajar
yang mempunyai pekerjaan.
vii. Membolehkan pelajar memberikan komen positif serta
pendapat untuk dikongsi bersama bagi
meningkatkan mutu pengajaran guru secara langsung.
21
viii. Mewujudkan keseimbangan dalam perbezaan sumber
maklumat.
E-pembelajaran merupakan kombinasi elemen pendidikan dan teknologi
elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran
berdasarkan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikut jadual dan kelas yang
ditetapkan. Ia merupakan satu keperluan kepada pelajar bagi berada seiring
dengan peredaran masa yang banyak mengaplikasikan teknologi dalam
pendidikan.
Penggunaan e-pembelajaran juga dapat memberikan pelbagai kelebihan
kepada pelajar terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini memandangkan ianya mampu dijadikan alat atau medium pembelajaran
yang bukan sahaja menawarkan kemudahan perkongsian maklumat dan
pencarian ilmu malah boleh digunakan sebagai tujuan komunikasi.
Menurut Jonassen (1999), pembinaan pengetahuan oleh pelajar itu sendiri
merupakan satu aktiviti sosial yang dapat menggalakkan pelajar berkongsi
pengetahuan dan maklumat sesama mereka untuk memastikan pembelajaran
secara kalaboratif dapat dilaksanakan. Beliau juga berpendapat teknologi e-
pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam membina pendidikan
pelajar terhadap sesebuah komuniti dengan menyediakan medium untuk
berkongsi maklumat, membina organisasi dan memperbaiki idea yang boleh
disarankan oleh sesebuah komuniti.
Penggunaan sistem pembelajaran maya pada waktu tersebut memerlukan
sesorang guru mengetahui perisian pembangunan, grafik dan sebagainya.
Guru juga perlu mempunyai kemahiran bahasa pengaturcaraan supaya dapat
membina suatu sistem interaktif dan memenuhi keperluan pelajar.
22
Baharuddin Aris (1995), menyatakan salah satu langkah penggunaan
teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pendidikan ialah penyampaian
bahan iaitu guru hendaklah mempersembahkan bahan visual dengan menarik
dan berkesan.
Oleh itu sebagai guru, perkembangan yang begitu mencabar ini harus
dianggap sebagai peluang ke arah pelbagai strategi dan memantapkan sistem
penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan
menghiburkan. Maka, sistem e-pembelajaran bertujuan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran relevan dan rasional dalam era teknologi.
1.3 Pernyataan Masalah
Di dalam pernyataan masalah ini, perkara yang ingin dilihat adalah
keanjalan dan fleksibiliti masa untuk mempelajari sesuatu topik menjadi
kekangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar terikat
dengan silibus dan tempoh waktu pembelajaran. Sistem pendidikan masa
kini memberikan ketegangan kepada pelajar lemah dan menghalang
kemajuan pelajar pintar. Fleksibiti yang dihasilkan menerusi pembelajaran
berteraskan komputer membantu pelajar memanfaatkan masa mereka
sepenuhnya. Pelajar yang cerdas mempunyai peluang menyempurnakan
semua kerja kursus dan penilaiannya lebih awal daripada jangka masa yang
telah ditetapkan, manakala pelajar yang lemah akan melalui program asas
mengikut kemampuannya di bawah pemantauan guru.
23
Menurut Zaleha Ismail dan Mohd Khalid Kasmin(2006), pelajar hilang
minat terhadap pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan
pembelajaran tidak menarik dan tidak menepati objektif pengajaran,
organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang
kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik. Faktor-faktor
tersebut akan menyebabkan keciciran pelajar dan guru akan merasa beban
untuk memenuhi keperluan pelbagai karenah dan keperluan pelajar.
Oleh itu, e-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru
untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan
matematik lama. Guru juga harus mengikuti perkembangan perubahan dan
berusaha menggabungkan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan kreativiti ke
arah corak menyampaian yang berkesan dan bermakna. Sistem ini juga
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan
mengikut keperluan masing-masing.