universiti teknologi brunei tarikh tutup/ · pdf filetermasuk bagi pembayaran air dan ... 7.1...

6
UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI TARIKH TUTUP/ CLOSING DATE: 03 OCTOBER 2017 2.00 PETANG BIL. SEBUTHARGA/QUOTATION NO.: UTB/QTN/2017-2018/12/EST TARIKH / DATE: 13 SEPTEMBER 2017 BIL. NO. KETERANGAN DESCRIPTION 1 PERKHIDMATAN 360° KAFE, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Sila rujuk kepada Lampiran A SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN 360° KAFE DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI (UTB) NOTA: i- Hendaklah disertakan senarai menu berserta dengan harganya di dalam sebutharga tersebut. ii- Perkhidmatan 360° Kafe akan bermula daripada 16hb. November 2017 bagi tempoh dua (2) tahun. iii- Yuran bulanan adalah sebanyak B$300.00 sebulan dan B$150.00 semasa cuti semester. NOTA* SILA HANTAR SEBUTHARGA TERUS KEPADA: PEJABAT KEWANGAN 1F.34 TINGKAT 1 BLOK F UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI LEBUHRAYA TUNGKU GADONG BE1410 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DATE: CAFE OPERATOR:

Upload: ngothien

Post on 05-Mar-2018

241 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI TARIKH TUTUP/ · PDF filetermasuk bagi pembayaran air dan ... 7.1 Barang-barang makanan/minuman yang dibenarkan ... mahasiswi dan senarai harga barang atau

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

TARIKH TUTUP/

CLOSING DATE: 03 OCTOBER 2017 2.00 PETANG

BIL. SEBUTHARGA/QUOTATION NO.: UTB/QTN/2017-2018/12/EST

TARIKH / DATE: 13 SEPTEMBER 2017

BIL.

NO.

KETERANGAN

DESCRIPTION

1

PERKHIDMATAN 360° KAFE, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN, NEGARA BRUNEI

DARUSSALAM

Sila rujuk kepada

Lampiran A

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN 360° KAFE DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI (UTB)

NOTA: i- Hendaklah disertakan senarai menu berserta dengan harganya di dalam sebutharga tersebut.

ii- Perkhidmatan 360° Kafe akan bermula daripada 16hb. November 2017 bagi tempoh dua (2) tahun.

iii- Yuran bulanan adalah sebanyak B$300.00 sebulan dan B$150.00 semasa cuti semester.

NOTA* SILA HANTAR SEBUTHARGA TERUS KEPADA:

PEJABAT KEWANGAN 1F.34 TINGKAT 1 BLOK F UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI LEBUHRAYA TUNGKU GADONG BE1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DATE:

CAFE OPERATOR:

COMPANY STAMP:

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI TARIKH TUTUP/ · PDF filetermasuk bagi pembayaran air dan ... 7.1 Barang-barang makanan/minuman yang dibenarkan ... mahasiswi dan senarai harga barang atau

PERKHIDMATAN 360° KAFE, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

UTB / QTN / 2017-2018 / 12 / EST

NAMA SYARIKAT*

NAMA PEMILIK / PENGURUS**

TANDATANGAN

COP SYARIKAT

* seperti yang didaftarkan dalam sijil Pendaftaran Syarikat (ROC) section 16 & 17

** seperti yang didaftarkan dalam sijil Pendaftaran Syarikat (ROC) Form X

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI TARIKH TUTUP/ · PDF filetermasuk bagi pembayaran air dan ... 7.1 Barang-barang makanan/minuman yang dibenarkan ... mahasiswi dan senarai harga barang atau

Lampiran A

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN 360° KAFE DI

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI (UTB)

1. TEMPOH PERKHIDMATAN

1.1 Tempoh perkhidmatan 360° KAFE ialah 2 (dua) tahun yang akan beroperasi di

dalam Bangunan Perpustakaan, Universiti Teknologi Brunei.

1.2 Pihak UTB berhak menamatkan perkhidmatan kafe ini jika didapati perkhidmatan

kurang memuaskan, setelah diberi teguran dan amaran sebanyak 2 kali secara

bertulis.

1.3 Pihak UTB berhak membuat pemeriksaan kafe pada bila-bila masa.

1.4 Jika sekiranya ada sebab-sebab tertentu pihak peniaga tidak dapat meneruskan

perkhidmatan dalam tempoh yang ditentukan, maka pihak peniaga hendaklah

memberi notis satu (1) bulan sebelum menamatkan perkhidmatan.

1.5 Setelah tamat tempoh perkhidmatan yang ditetapkan, pihak UTB berhak untuk

memberi kebenaran menyambung perkhidmatan secara sementara atau tidak

melebihi tempoh 1 tahun lagi.

2. LESEN

2.1 Peniaga mestilah mempamerkan lesen peniagaan yang sah bagi tujuan

pengendalian kafe, kantin atau kedai makan.

2.2 Peniaga yang terpilih mengendalikan kafe ini tidak dibenarkan memberikan

peniaga lain untuk mengendalikannya.

3. WANG CAGARAN (DEPOSIT)

3.1 Peniaga yang terpilih adalah dikehendaki membayar wang cagaran untuk tiga (3)

bulan sebagai wang tahanan untuk jaminan keselamatan BESERTA sewa bulan

pertama. Jika terdapat sebarang kerosakkan, pihak UTB berhak mengenakan

potongan dari wang tahanan tersebut.

3.2 Wang tahanan ini tidak dapat digunakan sebagai bayaran sewa bulanan mahupun

bayaran sewa yang tertunggak.

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI TARIKH TUTUP/ · PDF filetermasuk bagi pembayaran air dan ... 7.1 Barang-barang makanan/minuman yang dibenarkan ... mahasiswi dan senarai harga barang atau

4. SEWA

4.1 Peniaga hendaklah membayar sewa bulanan pada setiap minggu pertama bulan

berkenaan.

4.2 Bayaran sewa bulanan hendaklah diserahkan di Bahagian Pengurusan Estet,

Bilik GA.30, Aras Bawah, Blok A, Universiti Teknologi Brunei.

4.3 Jika sewa bulanan tidak dapat dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan dan setelah

diberi surat amaran, maka kebenaran perkhidmatan kafe akan ditamatkan.

4.4 Harga sewa bulanan yang ditetapkan adalah sebanyak B$300.00. Kadar sewa ini

termasuk bagi pembayaran air dan pembuangan sampah.

4.5 Kadar sewa semasa waktu Cuti Semester dan Bulan Ramadhan akan dikenakan

sebanyak B$150.00, iaitu separuh daripada sewa penuh yang ditetapkan

mengikut kalendar akademik yang ditetapkan oleh pihak UTB.

5. PEKERJA

5.1 Peniaga dan pekerja hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan badan yang

berhubung kait dengan penyediaan makanan dan mendapat sijil kesihatan

daripada Doktor.

5.2 Peniaga mestilah mempunyai pekerja yang mencukupi.

5.3 Semua pekerja kafe hendaklah memakai pakaian yang kemas dan bersih. Pekerja

adalah dimestikan berpakaian seragam dan bagi:-

5.3.1 Pekerja perempuan Islam hendaklah memakai tudung.

5.3.2 Pekerja perempuan bukan Islam memakai “scarf”.

5.3.3 Semua pekerja hendaklah memakai kasut, bukannya selipar.

5.3.4 Semua pekerja mestilah sentiasa menjaga kebersihan diri

masing-masing.

6. WAKTU PERNIAGAAN

6.1 Waktu perniagaan hendaklah mengikut seperti yang ditetapkan oleh pihak UTB

seperti berikut:-

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI TARIKH TUTUP/ · PDF filetermasuk bagi pembayaran air dan ... 7.1 Barang-barang makanan/minuman yang dibenarkan ... mahasiswi dan senarai harga barang atau

6.2 Semasa Cuti Semester, peniaga dikehendaki menjalankan perniagaan seperti

biasa dikecualikan pada Bulan Ramadhan.

7. BARANG-BARANG JUALAN

7.1 Barang-barang makanan/minuman yang dibenarkan dijual adalah

makanan/minuman yang difikirkan sesuai iaitu yang SIAP SEDIA dimasak dan

ditanggung kehalalannya.

7.2 Barang-barang makanan/minuman yang dijual hendaklah dipastikan baik dan

bersih serta tidak melimpasi tarikh luput.

7.3 Harga barang hendaklah berpatutan dengan kemampuan mahasiswa dan

mahasiswi dan senarai harga barang atau sajian mestilah disediakn/dipamerkan

untuk pelanggan.

8. KEBERSIHAN

8.1 Kebersihan dan keselamatan di dalam ruang kafe, dapur dan persekitaran adalah

tanggungjawab pihak peniaga.

8.2 Kerja-kerja pembuangan bekas makanan hendaklah dilaksanakan pada setiap hari

selepas waktu perniagaan ke Tempat Pembuangan Sampah yang dikhaskan

iaitu di belakang kawasan Blok E (Chiller Building).

9. KELENGKAPAN

9.1 Peniaga adalah bertanggungjawab menyediakan peralatan tambahan selain apa

yang sudah disediakan oleh pihak UTB.

HARI BIASA;

Isnin dan Selasa: 8.00 Pagi hingga 6.30 Petang

Rabu, Khamis dan Sabtu: 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang

CUTI SEMESTER; Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 8.00

Pagi hingga 4.30 Petang

CUTI AWAM; Tutup

Untuk makluman bahawa pihak UTB tidak membenarkan peniaga untuk MEMASAK di dalam kafe.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI TARIKH TUTUP/ · PDF filetermasuk bagi pembayaran air dan ... 7.1 Barang-barang makanan/minuman yang dibenarkan ... mahasiswi dan senarai harga barang atau

9.2 Peniaga adalah dipertanggungjawabkan keatas kehilangan, kerosakan ke atas

kelengkapan yang telah disediakan oleh pihak UTB.

9.3 Pihak UTB tidak akan membenarkan kerja-kerja pengubahsuaian/penambahan dan

sebagainya bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah dimasa akan datang

atas alasan pemeliharaan dan keselamatan.

9.4 Papan nama perniagaan hendaklah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan

hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak UTB bagi pengesahan.

10. MENU

10.1 Pihak peniaga hendaklah mempamerkan senarai menu berserta dengan harganya

seperti yang telah ditawarkan di dalam sebutharga dan sebarang perubahan menu

hendaklah dihadapkan terlebih dahulu ke Pihak UTB untuk diluluskan.

11. SYARAT-SYARAT LAIN

11.1 Pihak UTB akan menyediakan SATU (1) SAHAJA petak letak kenderaan khas

bersama “remote control” di kawasan “Dining Hall and Student Centre”.

Sekiranya pihak peniaga mempunyai lebih daripada satu kenderaan, adalah

disarankan agar dapat menggunakan tempat letak kenderaan di luar kawasan

tersebut.

11.2 Pihak peniaga dikehendaki mengisi borang khas penyerahan “remote control” dan

jika hilang ianya akan dikenakan denda sebanyak B$100.00.

11.3 Pihak UTB berhak meminda mana-mana peraturan yang difikirkan bersesuaian dan

perlu dari semasa kesemasa.

12. MAKLUMAT TAMBAHAN

12.1 Di samping pelanggan terdiri daripada pelajar UTB, pelanggan juga termasuk

pegawai, pensyarah dan kakitangan UTB dan sebahagian dari luar UTB.

12.2 Ada di antara penyediaan Katering di dalam UTB akan diberikan kepada

pengendalian kantin/kafe/cafeteria (tertakluk kepada acara seperti mesyuarat dan

lain-lain).