persepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas · pdf filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan...

22

Upload: truongxuyen

Post on 06-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie
Page 2: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie
Page 3: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS YANG

DISEDIAKAN DI KOLEJ 9 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

JOHOR BAHRU.

WAN NANIE LYDIANA BT WAN RAZALI

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

Mei 2006

Page 4: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie
Page 5: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

iii

Dedikasi

Buat ayahanda dan bonda yang tercinta

Kekanda dan adinda yang dikasihi

Tuan Haji Zainudin Hassan sekeluarga

Teman-teman

Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kita

Terima Kasih, Amin….“

Page 6: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya memberi

kesempatan kepada saya untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

pihak yang telah membantu saya menyiapkan penyelidikan ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada pensyarah pembimbing Tuan Haji Zainudin Bin Haji Hassan yang telah banyak

membantu serta membimbing saya menyiapkan penyelidikan ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih

kepada pengetua Kolej 9, kakitangan Kolej 9, penghuni-penghuni Kolej 9 serta rakan-

rakan di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjalankan kajian ini.

Seterusnya penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara

lansung atau tidak langsung membantu saya menyiapkan penyelidikan ini. Semoga

sumbangan dan kerjasama yang diberikan diberkati Allah SWT.

Page 7: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengetahui persepsi

mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di Kolej 9, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Ada empat objektif yang ingin dicapai. Pertama,

mengenalpasti tentang kemudahan asas di tempat penginapan seperti segi persekitaran,

kelengkapan dan peralatan disediakan serta kafeteria dan koperasi. Kedua, mengkaji

kemudahan asas dalam pengangkutan, ketiga mengkaji kemudahan keselamatan dan

keempat tentang perbezaan kemudahan asas dengan latar belakang responden. Kajian

melibatkan 297 orang pelajar di Kolej 9. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan satu

set soal selidik. Data yang diperolehi di analisis secara deskriptif dengan menggunakan

Komputer Perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS 10.0). Analisis data

kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min dan jadual silang. Hasil kajian

menunjukkan kemudahan persekitaran dalam kolej berada pada tahap sederhana dengan

purata min menunjukkan 3.51. Bagi kemudahan kelengkapan dan peralatan di blok purata

min iaitu 3.18 telah berada tahap sederhana. Begitu juga dengan kemudahan kafeteria dan

koperasi yang mempunyai purata minnya 3.08 berada pada tahap sederhana. Hasil kajian

bagi kemudahan pengangkutan menunjukkan purata peratusan sebanyak 67.0%

responden menyatakan YA terhadap kemudahan pengangkutan di kolej. Begitu juga

dengan kemudahan keselamatan di kolej juga menunjukkan berada pada tahap sederhana

kerana purata min keseluruhan bagi keselamatan persekitaran adalah 3.17 dan kes

kecurian adalah 3.46. Walaubagaimanapun, analisis juga mendapati perbezaan

kemudahan asas dengan latar belakang responden berada pada tahap sederhana.

Page 8: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

vi

ABSTRACT

This research is to conduct a survey on a student’s perception of the basic

facilities in the Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. There are

three objectives to be achieved. Firstly, to identify the basic facilities provided in college

area such as environment, equipment, cafeteria and mini mart. Second, to identify the

student’s perception on transportation facility provided, to identify the college security

facilities and lastly to see the difference between the facilities with respondent’s

background. A sample 297 students from Kolej 9 has been taken to complete this

research. A set of questionnaires has been distributed to these selected students. The data

gathered is being analyzed by mean of descriptive statistic method using the Statistical

Packages For Social Sciences (SPSS 10.0), which is based on frequency, percentage, min

and crosstab. The research shows that the environment, equipment and cafeteria and mini

mart can be categorized as moderate level with overall rate min of 3.15, 3.18 and 3.08

respectively. From the research also it shows that 67.0 percents respondent agreed with

the transportation facility in the college. Meanwhile the security facilities in college at

moderate level stage for overall rate min of the environment security is 3.17 and overall

rate min for burglory case is 3.46. However, from research show the difference between

the facilities with respondent’s background at level moderate.

Page 9: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL xiii

LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi dan Istilah 8

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Mahasiswi Kolej 9 9

1.8.3 Kemudahan Asas 10

1.8.4 Kolej 9 11

1.8.5 Universiti Teknologi Malaysia 12

Page 10: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian-Kajian Lepas 15

2.2.1 Kajian Kemudahan Asas di Tempat 15

Penginapan Bagi Masyarakat Umum.

2.2.2 Kajian Kemudahan Asas di Tempat 16

Penginapan Bagi Mahasisiwi di UTM.

2.2.3 Kajian Kemudahan Asas Dalam 19

Perkhidmatan Pengangkutan di UTM

2.2.4 Kajian Kemudahan Asas Bagi 22

Keselamatan di Asrama Sekolah

2.2.5 Kajian Kemudahan Asas bagi 23

Keselamatan di UTM

2.3 Rumusan Kajian Lepas 24

BAB III METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian. 29

3.3.1 Bahagian A 29

3.3.2 Bahagian B 30

3.3.3 Bahagian C 30

3.5 Prosedur Kajian 31

3.6 Kaedah Mengumpul Data 32

3.7 Kajian Rintis 32

3.8 Analisis Data 33

Page 11: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

ix

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Latar Belakang 36

4.2.1 Taburan Responden Mengikut 36

Bangsa/Keturunan.

4.2.2 Responden Mengikut Status 37

4.2.3 Taburan Responden Mengikut 37

Tahun Pengajian

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jenis Bilik 38

4.3 Persepsi Mahasiswi Terhadap Kemudahan 39

Asas Di Tempat Penginapan

4.4 Persepsi Mahasiswi Terhadap Kemudahan 46

Asas dalam Pengangkutan

4.5 Persepsi Mahasiswi Terhadap Kemudahan 49

Asas dalam keselamatan

4.6 Jadual Silang 52

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan. 56

5.2 Rumusan 56

5.3 Perbincangan 57

5.3.1 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswi 57

Terhadap Kemudahan Asas

Di Tempat Penginapan Di Kolej 9

5.3.2 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswi 59

Terhadap Kemudahan Pengangkutan

di Kolej 9

5.3.3 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswi 60

Terhadap Kemudahan Keselamatan

Page 12: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

x

di Kolej 9

5.3.4 Mengkaji perbezaan Kemudahan Asas 61

Dengan Latar Belakang Responden

5.4 Cadangan 62

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 69

Page 13: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kadar Bayaran Bagi Jenis Bilik 11

3.1 Skala Likert 31

3.2 Julat Min Bagi Persepsi Mahasiswi 33

4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa/keturunan 37

4.2 Taburan Responden Mengikut Status 37

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 38

4.4 Taburan Responden Mengikut Jenis Bilik 38

4.5 Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Kemudahan 39

Persekitaran Yang Disediakan Di Blok Kolej

Kediaman

4.6 Peratusan, Kekerapan Dan Min Mengikut 41

Kemudahan Kelengkapan Dan Peralatan

Yang Disediakan Di Kolej

4.7 Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Kemudahan 44

Kafeteria Dan Kedai Koperasi Yang Disediakan

Di Kolej

4.8 Peratusan, kekerapan Dan Min kaedah Responden 46

Ke Kuliah

4.9 Peratusan, Kekerapan Bagi Persepsi Responden 47

Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Bas

Dalam Kolej.

4.10 Peratusan, Kekerapan Dan Min Persepsi 49

Responden Mengenai Keselamatan Persekitaran

Dalam Kolej.

4.11 Peratusan, Kekerapan Dan Min Mengenai 50

Kecurian Dalam Kolej

4.12 Kemudahan Pengangkutan Dengan Bilangan 52

Page 14: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

xii

Pelajar Memiliki Kenderaan Sendiri Mengikut

Tahun Pengajian.

4.13 Kemudahan Pengangkutan Dengan Jenis Bangsa 53

Yang Menaiki Bas.

4.14 Kemudahan Penginapan Dengan Sewa Bilik 54

Diduduki Berpatutan Mengikut Jenis Bilik

4.15 Kemudahan Penginapan Dengan Bilik 55

Kelengkapan Perabot Dalam Bilik Mengikut

Jenis Bilik.

Page 15: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

xiii

SENARAI SIMBOL

ALAM Akademik Laut Malaysia

ATMA Akademik Tentera Malaysia

ATS Amat Tidak Setuju

KUTTHO Kolej Universiti Teknologi Tun Hussin Onn

AS Amat Setuju

FAB Fakulti Alam Bina

FKA Fakulti Kejuruteraan Awam

FKE Fakulti Kejuruteraan Elektrik

FKFG Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi

FKKKSA Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Sumber Asli

FKM Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

FP Fakulti Pendidikan

FPPSM Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FS Fakulti Sains

FFSKSM Fakulti Sains Dan Komputer Dan Sistem Maklumat

HEP Hal Ehwal Pelajar

IPT Institut Pengajian Tinggi

KRP Kolej Rahman Putra

KTC Kolej Tunku Canselor

KTDI Kolej Tun Dr. Ismail

KTF Kolej Tun Fatimah

KTHO Kolej Tun Hussein Onn

KTR Kolej Tun Razak

MARA Majlis Amanah Rakyat

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

S Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

xiv

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Inventori

B Jadual Perjalanan Bas

C Peraturan Mendiami/Menyewa Bilik Kolej Pelajar Universiti Teknologi

Malaysia

D Jumlah Mahasiswi Di Kolej 9

E Peta UTM

F Jadual Penentuan Saiz Sampel G Soal Selidik

H Surat Akuan Pelajar

I Surat memohon Kebenaran Kajian

Page 17: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan dan prasarana merupakan unsur terpenting dalam proses pendidikan.

Pendidikan bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga perlu menggalakkan pelajar

supaya wujud keseimbangan dalam proses memperkembangkan diri pelajar meliputi

aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi menyokong proses ini supaya boleh

dilaksanakan dengan lebih berkesan, prasarana pendidikan perlu disediakan bagi

menampung keperluan-keperluan asas pendidikan itu sendiri. Ini termasuklah kolej

kediaman di universiti-universiti yang berperanan bukan sahaja sebagai kemudahan

penginapan pelajar, malahan sebagai institusi pendidikan yang dapat membantu

memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Menurut Hisham et.al (1998), kebanyakan pelajar yang tinggal di kolej dikatakan

mundur dan kurang cemerlang kerana tidak memahami konsep dan peranan kolej. Oleh

itu, pendedahan tentang konsep dan peranan kolej sering dibuat agar dapat membantu

meningkatkan kecemerlangan. Justeru itu pihak kolej dan universiti wajar mengetahui

konsep kolej dan peranannya sebagai institusi yang penting ke arah melahirkan pelajar

cemerlang. Disamping itu perlu diambil perhatian sewajarnya bagi kemudahan asas yang

disediakan oleh kolej kepada pelajar yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan

pelajar.

Page 18: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

2

Kolej kediaman merupakan satu daripada institusi penting dalam universiti-

universiti yang berfungsi mendidik para siswa dan siswinya. Matlamat pendidikan

rabbani ialah membentuk insan kamil yang seimbangan perkembangannya dalam

pembangunan rohaniah dan jasmaniah sama ada dalam konteks individu mahupun

masyarakat untuk mencapai kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat (Wan

Ab.Rahman, 1998). Kolej kediaman (yang selanjutnya disebut sebagai kolej)

mempunyai peranan penting untuk melahirkan graduan institut pengajian tinggi (IPT)

yang berkaliber dan intelektual. Untuk menjadikan kolej sebagai tempat untuk

mengasahkan calon-calon intelektual maka ia perlu dijadikan sebuah kampung

intelektual bagi penghuninya, pengurusannya dan juga persekitarannya mempunyai

suprastrukturnya dan infrastruktur yang mantap dan konsisten (Musafir, 1998).

Kerajaan Malaysia pada masa kini mengambil inisiatif untuk menarik pelajar-

pelajar tempatan dan asing supaya belajar di negara ini. Kerajaan ingin menjadikan

negara Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa.

Sehingga bulan Februari 1996, terdapat 85 buah negara di seluruh dunia menghantar

lebih 1300 orang pelajar di negara ini dalam perbagai bidang pengajian di pusat-pusat

pengajian tinggi (Berita Harian, 19 Februari 1996). Bagi menarik lebih ramai pelajar

luar datang ke negara ini, usaha dari pihak institusi pengajian tinggi haruslah

dipertingkatkan lagi terutama dalam menyediakan kemudahan asas yang diperlukan oleh

pelajar-pelajar tersebut di samping meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada

(Shariff, 1998).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah salah sebuah pusat pengajian

tinggi negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar luar negara. Pada sesi 1994/95 sahaja

terdapat sebanyak 141 orang pelajar luar negara melanjutkan pengajiannya di universiti

ini. Memandangkan tanggungjawab UTM sebagai institusi yang menghasilkan tenaga

manusia kepada negara, aspek kebajikan pelajar telah dipertimbangkan untuk

mewujudkan suasana yang selesa serta tenteram bagi pelajar mengembangkan potensi

mereka dengan sepenuhnya. Kemudahan penginapan, kemudahan perkhidmatan dari

Page 19: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

3

segi pengangkutan dan keselamatan telah disediakan bagi memenuhi keperluan dan

kehendak pelajar (Shariff, 1998).

1.2 Latar Belakang Masalah

Konsep kolej kediaman mahasiswi ialah untuk menjadi satu institusi

pembangunan sahsiah dalam melahirkan mahasiswi yang cemerlang dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Kolej kediaman mahasiswi ini berfungsi untuk

menyediakan prasarana penginapan, makanan dan kemudahan-kemudahan lain seperti

kedai dobi, kedai runcit, kafeteria, bilik bacaan, bilik komputer dan lain-lain dengan

selengkapnya untuk memenuhi keperluan kehendak pelajar yang seterusnya dapat

meningkatkan perkembangan pelajar dari segi rohani dan jasmani. Dengan ini kehidupan

dan kemudahan asas yang disediakan di dalam kolej mestilah bersifat kondusif kepada

pembelajaran. Pelbagai kemudahan asas perlu disediakan bagi kemudahan mahasiswi di

tempat penginapan Kolej 9. Menurut Awang Had Salleh (1994), pendekatan pertama

iaitu ke arah mewujudkan suasana kondusif ini boleh disediakan melalui: (a) kebersihan

dan keindahan bangunan, bilik dan persekitaran, (b) kemudahan makanan yang

berkhasiat, kemudahan rekreasi dan kemudahan hobi, (c) kemudahan kesihatan,

rekabentuk dan susunan tempat yang menggalakkan interaksi antara penghuni,

(d) menyediakan kemudahan perpustakaan di asrama, (e) penubuhan kelab dan

persatuan kelab dan persatuan, (f) penerbitan majalah atau buletin asrama, (g) siri

ceramah dan (h) pengukuhan institusi felo di asrama.

Menurut Mohd Afandi Salleh (1998), kolej kediaman bukan sahaja dianggap

sebagai tempat penginapan malahan sebuah tempat berehat, membersihkan diri, makan,

tidur, bersembang dan lain-lain lagi. Kolej kediaman yang ada di kampus universiti

merupakan sebahagian dari keseluruhan gedung ilmu di mana mahasiswa dapat

membina ilmu pengetahuan dan menimba ilmu pengalaman sebelum ke alam pekerjaan.

Secara puratanya, mahasiswa menghabiskan masa selama 48 jam seminggu untuk

Page 20: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

4

menghadiri kuliah di fakulti berbanding dengan 120 jam seminggu di habiskan di kolej

kediaman pelajar (Jamaludin et.al 1996). Justeru itu, sewajarnya pihak kolej kediaman

mengambil tanggungjawab dan peranannya dalam melaksanakan kolej kediaman dengan

lebih teratur dan terancang kerana muatan pelajar yang tinggal dalam kolej semakin

meningkat. Oleh sebab itu kemudahan asas di tempat penginapan mahasiswi perlulah

disediakan dengan lengkap bagi memberi keselesaan kepada mahasiswi.

Kolej 9 merupakan salah satu kolej kediaman yang disediakan dalam kampus

Universitit Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Terdapat dua blok di dalam Kolej

9 ini yang terdiri daripada UA1 dan UA2. Kolej kediaman ini dihuni oleh penghuni

mahasiswi sahaja. Blok penghuni ini mempunyai 4 tingkat yang terdiri daripada bilik

berseorangan dan berdua. Setiap bilik berdua akan dihuni oleh 2 orang akan dilengkapi

dengan 2 tempat tidur (tilam dan katil), 2 meja bacaan, 2 almari, kipas dan lampu bilik.

Manakala bagi bilik perseorangan akan dilengkapi setiap satu sahaja. Mahasiswi diminta

mengisi “Borang Inventori Bilik pelajar” (Lampiran A) bagi memastikan peralatan yang

disediakan adalah mencukupi dan pelajar dapat melaporkan kerosakan sekiranya

terdapat kerosakan. Ini memberi kemudahan kepada pihak kolej bagi membuat

penyemakan dan pembaikan sekiranya berlaku kerosakan. Disamping itu juga dapat

menjamin keselamatan siswi sekiranya berlaku kerosakan.

Kemudahan pengangkutan merupakan aspek yang penting bagi mahasiswi di

Kolej 9. Masyarakat moden kebanyakannya bergantung kepada pengangkutan untuk

perkhidmatan barangan dan beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain (Sharp,

1976). Oleh itu, UTM telah menyediakan lebih daripada 14 buah bas bagi menjalankan

perkhidmatan sepanjang hari, samada di dalam kampus atau di luar kampus ( Berita

Harian, 14 Mac 2002). Ini memberi kemudahan kepada mahasiswa yang tidak memiliki

kenderaan sendiri untuk ke kuliah. Terdapat juga sesetengah jalan atau destinasi yang

tidak dilalui oleh bas di dalam kampus. Hal ini dapat dilihat melalui jadual trip

perjalanan bas (Lampiran B) yang disediakan oleh unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Perkhidmatan bas tidak disediakan sepanjang hari, masih terdapat sesetengah waktu

Page 21: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

5

yang tiada perkhidmatan bas ini. Ini boleh dilihat pada jadual perjalanan bas yang

disediakan oleh HEP (Lampiran B).

Keselamatan juga merupakan aspek yang penting bagi mahasiswi di Kolej 9

kerana kolej ini terletak bersebelahan dengan Kolej 10 yang dihuni oleh mahasiswa.

Suasana di Kolej 9 juga agak sunyi pada waktu malam. Dengan ini pihak kolej telah

mengeluarkan peraturan am kepada mahasiswi Kolej 9 (Lampiran C) yang menyatakan

beberapa peraturan yang patut mahasiswi ikuti semasa berada di Kolej 9. Ini bagi

memastikan kemudahan asas bagi keselamatan mahasiswi terjamin.

1.3 Penyataan Masalah

Di Kolej 9, mahasiswi telah dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan asas

bagi menjamin keselesaan mahasiswi. Namun adakah kemudahan asas yang disediakan

ini mencukupi memandangkan bilangan mahasiswi yang semakin bertambah. Terdapat

beberapa masalah yang dihadapi oleh mahasiswi di Kolej 9, UTM berkaitan dengan

kemudahan asas yang disediakan iaitu dari segi penginapan, pengangkutan dan

keselamatan. Permasalahan yang timbul dalam pelbagai aspek kemudahan asas ini turut

akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran mahasiswi dan perkembangan jasmani

dan rohani mahasiswi. Menurut Awang Had Salleh (1994), keadaan asrama yang dihuni

oleh siswi wajarnya dalam keadaan baik dan selesa. Menurut Mohd Noh Dalimin et.al

(1998), bagi memastikan suasana kehidupan di kolej kediaman sempurna dan pelajar

dapat menjalani kehidupan dengan teratur dan harmoni, pelbagai kemudahan perlu

disediakan. Menurutnya lagi kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian dengan

kemampuan ruang yang sedia ada memandangkan kolej kediaman yang disediakan

bersifat sementara.

Page 22: PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS · PDF filepersepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di kolej 9 universiti teknologi malaysia, skudai johor bahru. wan nanie

6

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah, persoalan yang ingin dijawab melalui

kajian ini ialah:

i. Apakah persepsi mahasiswi terhadap setiap kemudahan asas di tempat

penginapan yang terdapat di Kolej 9, UTM, Skudai pada masa sekarang?

ii. Apakah persepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas dalam perkhidmatan

pengangkutan yang disediakan di Kolej 9, UTM, Skudai?

iii. Adakah mahasiswi bersetuju dengan kemudahan asas bagi keselamatan di

dalam Kolej 9, UTM, Skudai?

iv. Apakah perbezaan kemudahan asas dengan latar belakang responden?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas mengenai sejauh

manakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Kolej 9 untuk memberi

keselesaan kepada penghuni-penghuninya. Secara lebih khusus objektif kajian ini adalah

untuk:

i. Mengenalpasti persepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas di tempat

penginapan di Kolej 9, UTM, Skudai.

ii. Mengenalpasti persepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas dalam

perkhidmatan pengangkutan di Kolej 9, UTM, Skudai.

iii. Mengenalpasti persepsi mahasiswi terhadap aspek kemudahan asas bagi

keselamatan di Kolej 9, UTM, Skudai.

iv. Mengkaji hubungan kemudahan asas dengan latar belakang responden.