pertukaran dan percampuran kod dalam kalangan mahasiswa / mahasiswi universiti malaya

32
TIX1002 : Pengantar Sosiolinguistik Introduction to Sosiolinguistic Sesi 2016 / 2017 Semester 2 Tajuk Kerja Kursus Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya Nama Ahli Kumpulan Thanushah A/P P Soniyasee (TIG 160022) Siti Fatimah Binti Masran (TIG160012) Aisyah Binti Mahathir (TIG160002) Priscilia A/P Lopis (TIG160010) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Dr Norizah Binti Hassan Tarikh Dihantar 25 / 05 / 2017

Upload: thanushah-soniyasee

Post on 21-Jan-2018

418 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

TIX1002 : Pengantar Sosiolinguistik

Introduction to Sosiolinguistic

Sesi 2016 / 2017

Semester 2

Tajuk Kerja Kursus Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan

Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

Nama Ahli Kumpulan Thanushah A/P P Soniyasee (TIG 160022)

Siti Fatimah Binti Masran (TIG160012)

Aisyah Binti Mahathir (TIG160002)

Priscilia A/P Lopis (TIG160010)

Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4

Nama Pensyarah Dr Norizah Binti Hassan

Tarikh Dihantar 25 / 05 / 2017

Page 2: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

1.0 Pengenalan

Menurut harfiah Sosiolinguistik terdiri dari dua unsur kata. Yang pertama, Sosio

(Sosiologi) iaitu sebuah ilmu sosial yang berkait rapat dan berhubungan dengan masyarakat,

kelompok mahupun fungsi kemasyarakatan. Selain itu, Linguistik ialah bidang kajian bahasa

atau sebuah ilmu bahasa yang mengulas tentang unsur iaitu, fonem, morfem, kata dan

sebagainya.

Sosiolinguistik ialah cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dan

masyarakat penuturnya. Ianya menerangkan hubungan bahasa dengan masyarakat.

Sosiolinguistik juga bermakna kajian kontekstual terhadap variasi penggunaan bahasa

masyarakat dalam sebuah komunikasi. Selain itu, Sosiolinguistik adalah disiplin ilmu yang

menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya yang mempengaruhinya.

Menurut Fasold (1993) mengatakan bahawa Sosiolinguistik bergantung dengan dua

definisi. Yang pertama, bahasa bervariasi yang memberi pilihan kepada pengguna bahasa

menyangkut pilihan bahasa-bahasa bagi pengguna bahasa. Seterusnya, bahasa yang pelbagai

ini digunakan sebagai alat untuk menyampaikan informasi dan perasaan dari seseorang

kepada orang lain.

Pertukaran kod ialah mereka yang bertutur lebih dari dua bahasa. Dengan kata lain, istilah

ini boleh diklasifikasikan sebagai menguasai dua bahasa. Pertukaran kod ini sangat berkait

rapat dengan kehidupan seseorang. Oleh yang demikian, mereka tahu bila untuk

menggunakan bahasa dan juga dalam keadaan atau situasi yang bagaimana bahasa itu

seharusnya digunakan. Dengan penggunaan bahasa yang berlainan juga, merujuk kepada

orang yang tertentu juga mereka akan dapat apa yang mereka kehendaki dengan lebih mudah

dan lebih baik lagi. Hal ini berlaku secara umum dalam pertuturan sehari-hari dalam

hubungan seperti apabila penutur mencampurkan gaya formal dengan tidak formal.

Page 3: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

Menurut Charles A. Ferguson (1959) pula mengatakan bahawa pertukaran kod

bermaksud penggunaan dua bahasa yang berlainan atau dua kelainan bahasa, yang satu

tinggi, rasmi dan formal manakala yag satu lagi rendah, tidak rasmi dan tidak formal.

Manakala percampuran kod merupakan salah satu topik yang terdapat dalam bidang

Sosiolinguistik. Definisi konsep percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena

biasa dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod

berlaku apabila seseorang bertutur dengan mencampuradukkan bahasa atau dialek yang lain

atau antara satu dialek dengan dialek-dialek yang lain. Fenomena ini terjadi di Malaysia

kerana terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan suku

kaum serta dialek tempatannya.

Menurut Bakamba (1988) menegaskan bahawa percampuran bahasa harus dipilih sebagai

istilah yang sesuai untuk merujuk kepada alternasi dalam sesebuah kalimat. Perubahan kod

dan percampuran kod adalah istilah umum dan tidak merujuk kepada mana-mana jenis

pertukaran kod yang khusus.

Page 4: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

2.0 Kajian Literatur

2.1 Pertukaran Kod dari Aspek Sosiolinguistik

Sosiolinguistik menjadi dasar kepada kajian-kajian mengenai pertukaran dan

percampuran kod. Fenomena pertukaran kod ialah satu bidang yang dikaji oleh ramai

pengkaji dari luar mahupun dalam negara. Oleh itu, pengkaji-pengkaji luar seperti Holmes

(2001), Bloom dan Gumperz (1972) dan Grosjean (1982) dan Jacobson (1993) telah

memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan kajian dalam bidang ini. Kajian

pertukaran kod ini terhadap kajian yang berkaitan dengan faktor sosial iaitu domain seperti

keluarga, sekolah, tempat kerja, dan sebagainya.

Holmes (2001) berkata bahawa pembinaan teori pertukaran kod menjadi matlamat utama

kajian terhadap pertukaran kod menggunakan pendekatan sosiolinguistik. Pendapat ini boleh

membantu para pengkaji untuk memperhitungkan status pertukaran kod oleh seseorang

penutur apabila berlaku sesuatu ujaran. Daripada pendapatan beliau pertukaran kod tidak

berlaku secara rambang malah ia berlaku mengikut susunan yang ditetapkan.

Bagi Bloom dan Gumperz (1972), mengatakan bahawa pertukaran kod dalam konteks

sosiolinguistik mengambarkan perubahan situasi penutur. Kajian ini berpendapat tentang

pengkaji membuat kajian dalam menemubual seseorang mendapati yang penemubual

menggunakan bahasa standard semasa menanyakan soalan-soalan dan menggunakan bahasa

bukan standard semasa menerangkan tentang soalan yang responden tidak jelas di kalangan

mahasiswa dan mahasiswi untuk kefahaman yang mudah. Oleh yang demikian, kajian ini

disimpulkan pertukaran kod sebagai pertukaran kod situasi. Ia juga dapat menerangkan

bahawa dua penutur yang berlainan bahasa menggunakan satu bahasa standard yang dapat

memudahkan maklumat yang ingin disampaikan untuk difahami.

Page 5: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

Tambahan pula, Grosjean (1982), berpendapat bahawa penukaran kod merupakan bahasa

pengganti dalam sesuatu perbincangan. Penukaran kod juga tidak spesifik dalam penggunaan

dua bahasa sahaja malah boleh melibatkan lebih daripada dua bahasa. Ia dibuatkan oleh

penutur solo atau penutur dengan pendengar sebagai calon sesuatu perbincangan. Selain itu,

Jacobson (1993) juga berkata bahawa manusia atau masyarakat jarang-jarang menggunakan

satu bahasa sahaja dalam dunia moden. Keadaan ini seperti di Malaysia yang kebanyakan

penutur menggunakan pertukaran kod dan dijadikan sebagai kefahaman masyarakat Malaysia

yang berbilang bangsa dan kaum.

2.2 Percampuran Kod dari Aspek Sosiolinguistik

Percampuran kod merupakan satu fenomena yang biasa berlaku di kalangan mereka yang

bertutur satu atau lebih bahasa yang wujud dalam masyarakat yang berbilingual atau

bermonolingual. Percampuran kod juga berlaku apabila seorang bertutur dengan

mencampuradukkan bahasa atau dialek-dialek lain. Fenomena ini amat luas di Malaysia

kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek. Sebagai contoh bahasa Melayu, Cina,

Tamil serta dialek tempatan. Oleh itu, pengkaji-pengkaji seperti Haugen (1972), Asmah

(1985) dan Suthanthiradevi (2006) memainkan peranan penting dalam melaksanakan kajian

dalam bidang ini.

Menurut Asmah (1985), konteks atau situasi merupakan salah satu faktor yang

menerangkan pencampuran kod dan pertukaran kod. Oleh itu, perkara ini kerap berlaku

apabila penutur ialah daripada pelbagai bahasa seperti yang terdapat di Malaysia.

Berdasarkan dalam kajian kursus ini terdiri daripada pelbagai kaum responden yang

pencampuran kod memainkan peranan utama dalam ini. Dengan ini kadang-kala ia

menambahmesra perhubungan antara satu sama lain apabila berlakunya pencampuran bahasa.

Page 6: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

Selain itu, ini tidak mustahil yang generasi yang akan datang boleh memahami sesuatu ujaran

tanpa menggunakan pencampuran bahasa dalam ujaranya.

Suthanthiradevi (2006), berkata percampuran kod memang menjadi kebiasaan dalam

perbualan harian penutur seperti di negara multilingual. Ini berlaku kerana penutur tersebut

boleh bercakap lebih daripada sejenis bahasa. Sebagai contoh, penutur bertutur mengikut

dialek masing-masing yang boleh bercakap atau memahami dalam bahasa baku mereka.

Dengan itu, jelaslah menunjukkan bahawa istilah percampuran kod dan pertukaran kod itu

tidak mempunyai banyak perbezaan.

Secara umumnya, percampuran kod (code mixing) merupakan fenomena percampuran

dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam satu ayat yang sama. Fenomena seperti ini

adalah sama dengan pengertian yang dikemukakan oleh Haugen (1972) yang menganggap

percampuran kod sebagai bahasa campuran (mixture of language), iaitu menggunakan kata,

ungkapan atau frasa daripada bahasa lain dalam pertuturan atau penulisan.

Mengikut kajian oleh pengkaji-pengkaji telah merundingkan kajian-kajian yang telah

dijalankan oleh mereka tentang kewujudan fenomena pertukaran kod dan percampuran kod.

Sebagai umumnya, fenomena pertukaran dan percampuran kod adalah salah satu faktor

untuk berkomunikasi dalam masyarakat multilingual. Kajian literatur ini dapat memberikan

gambaran yang jelas kepada pengkaji mengenai bidang ini.

Page 7: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

3.0 Metodologi

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik reka bentuk, mengumpul dan

menganalisa data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.

Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan

teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan

lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian

tentang proses kajian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang

merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.

Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik gaya, regam, corak dan sistem.

Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa

melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.

Kesimpulannya, dengan adanya metodologi, kajian yang dijalankan oleh kumpulan

pengkaji menjadi lebih teratur dan pengkaji berjaya mendapatkan hasil kajian yang lebih baik

dan tepat.

Page 8: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

3.1 Kaedah Pengumpulan Data

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh kumpulan pengkaji

semasa menjalankan kajian pertukaran dan percampuran kod ini bagi memastikannya

berjalan dengan sistematik dan memenuhi objektif yang dikehendaki oleh pengkaji.

1. Soal Selidik

Kumpulan pengkaji telah menghasilkan 12 soalan per set soal selidik bagi diberikan

kepada seramai 15 orang responden bagi mendapatkan data kajian. Soal selidik tersebut

terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A dan

Bahagian B merangkumi soalan di mana responden perlu menanda dan membulatkan

jawapan mereka dan Bahagian C pula perlu diberi jawapan dalam bentuk ayat oleh

responden. Soal selidik diedarkan kepada mahasiswa-mahasiswi dari pelbagai latar belakang

kaum. Tujuannya ialah, kumpulan pengkaji ingin mendapatkan hasil yang lebih spesifik dan

adil dari segi perwakilan kumpulan target untuk kajian ini.

2. Temubual

Bagi menjalankan kajian ini, kumpulan pengkaji telah menemubual seramai 3 orang

responden. Sebanyak 6 soalan telah diutarakan kepada para responden secara lisan. Para

responden terdiri daripada tiga bangsa utama yang terdapat di Malaysia iaitu Melayu, India

dan Cina. Soalan-soalan yang ditanya kepada para responden adalah tentang sebab dan faktor

mereka melakukan pertukaran dan percampuran kod dalam sesuatu perbualan. Tujuannya

ialah, untuk mendapatkan pendapat dan pandangan para responden terhadap pertukaran dan

percampuran kod.

Page 9: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

4.0 Dapatan dan Perbincangan

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan maklum balas responden

terhadap soal selidik dan temubual yang telah dijalankan berkaitan tentang pertukaran dan

percampuran kod.

a.Berikut merupakan data yang dikumpul dan dianalisis dari bahagian A dan bahagian B yang

terdapat dalam Set Soal Selidik.

1. Jantina

Rajah 1: Jantina

Bilangan responden terdiri daripada 15 orang. Terdapat 14 orang responden perempuan dan

seorang lelaki. Kesemua responden adalah mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya.

Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan jurusan pengajian yang berlainan. Berdasarkan

carta pai diatas, sebanyak 1 (7%) merupakan responden lelaki manakala 14 (93%) orang

responden merupakan perempuan.

7%

93%

Jantina

Lelaki

Perempuan

Page 10: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

2. Umur

Berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan, kami mendapati kesemua responden berumur

dalam lingkungan 20-24 tahun merupakan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Malaya.

Soalan Ya Tidak

Umur 15 -

3. Bangsa

Rajah 3 : Bangsa

Rajah 2 menunjukkan peratus responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Sebanyak 7

(46%) orang responden berbangsa Melayu manakala bangsa India dan Cina, masing-masing

mempunyai jumlah responden yang sama, iaitu sebanyak 4 (27%) orang responden. Walau

bagaimanapun, kumpulan pengkaji tidak berjaya mendapat responden dari bangsa minoriti

seperti bangsa Iban, Sikh dan Kadazandusun.

46%

27%

27%

0

Bangsa

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Page 11: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

4. Multilingual

Bagi soalan nombor 4, kami mendapati bahawa kesemua responden memberi jawapan „Ya“

dan tiada responden yang memilih jawapan “Tidak“. Oleh demikian, didapati kesemua

responden yang kami telah kaji adalah multilingual.

Soalan Ya Tidak

Adakah anda seorang

multilingual?

15 -

5. Jumlah Pertuturan Bahasa

Rajah 5 : Jumlah Pertuturan Bahasa

Rajah diatas menunjukkan jumlah pertuturan bahasa oleh responden. Sebanyak 7 (47%)

orang responden mampu bertutur 3 bahasa, 5 (33%) orang responden mampu bertutur

20%

47%

33%

Jumlah Pertuturan Bahasa

2 bahasa

3 bahasa

4 bahasa

Page 12: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

sebanyak 4 bahasa dan seramai 3 (20%) orang responden boleh berkomunikasi dalam 2

bahasa. Jumlah pertuturan responden dipengaruhi oleh strategik kumpulan pengkaji memilih

responden mereka. Hal ini adalah kerana, kebanyakan responden yang disoal selidik

merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Bahasa dan Linguistik. Maka, kebanyakan

responden memiliki kemampuan untuk menutur melebihi 3 atau 4 bahasa. Kumpulan

pengkaji memilih kebanyakan responden dari Fakulti Bahasa dan Linguistik kerana, ianya

mudah untuk para responden memahami tujuan penyelidikan ini dijalankan dan diharapkan

mereka dapat memberi komitmen dan maklum balas yang baik.

6. Pilihan Bahasa

Rajah 6 : Pilihan Bahasa

Carta pai di atas membuktikan bahasa-bahasa yang menjadi pilihan para responden apabila

mereka berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Terdapat seramai 3 (20%)

orang responden memilih untuk bertutur dalam bahasa Kebangsaan apabila mereka berbual

dengan keluarga dan rakan-rakan, Seterusnya, seramai 12 (80%) orang responden memilih

80%

20%

0

Pilihan Bahasa

Bahasa Ibunda

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Inggeris

Page 13: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

untuk bertutur dalam bahasa Ibunda mereka. Carta pai ini juga menunjukkan bahawa

responden yang mempunyai bahasa Ibunda seperti bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa

Tamil, tidak menggunakan bahasa Inggeris ketika berbual dengan keluarga dan rakan-rakan

mereka. Penutur berasa lebih selesa apabila mereka menggunakan bahasa Ibunda dengan

penutur yang sama bangsa seperti mereka.

7. Pencampuran kod

Bagi soalan nombor 7, kami mendapati kesemua responden menggunakan lebih dari satu

bahasa semasa berbual dengan rakan-rakan. Hal ini mendorong mereka untuk mencampurkan

bahasa lain selain dari bahasa ibunda mereka.

Soalan Ya Tidak

Adakah anda menggunakan lebih dari satu bahasa

semasa berbual dengan rakan anda (mencampurkan

bahasa lain)?

15 -

Page 14: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

8. Keselesaan Pertukaran Bahasa

Rajah 8 : Keselesaan Pertukaran Bahasa

Berdasarkan hasil kajian daripada 15 responden yang telah disoal selidik, adalah seramai 13

(87%) orang responden berpendapat bahawa mereka berasa lebih selesa apabila melakukan

pertukaran bahasa. Manakala 2 (13%) orang responden berpendapat bahawa mereka tidak

selesa ketika melakukan pertukaran bahasa dalam sesuatu perbualan. Hal ini kerana faktor-

faktor yang tertentu mempengaruhi pertukaran bahasa tersebut. Sebagai contoh, pertukaran

kod memudahkan pendengar atau penerima untuk memahami dengan lebih tepat akan

maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar.

0

2

4

6

8

10

12

14

Ya Tidak

Keselesaan Pertukaran Bahasa

Page 15: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

9. Pengaruh Perasaan dan Emosi

Rajah 9: Pengaruh Perasaan dan Emosi

Rajah 9 menunjukkan pengaruh perasaan dan emosi yang mampu mempengaruhi

percampuran bahasa dalam sesuatu perbualan. Seramai 11 (73%) orang responden telah

bersetuju dengan pernyataan ini, daripada 15 orang responden yang telah disoal selidik.

Manakala 4 (27%) orang responden berpendapat bahawa, perasaan dan emosi tidak

mempengaruhi percampuran bahasa dalam sesuatu perbualan. Kebanyakkan responden

bersetuju dengan pengaruh percampuran bahasa adalah disebabkan perasaan dan emosi. Hal

ini kerana setiap orang memberikan reaksi yang berlainan dari segi perasaan dan emosi dalam

sesuatu perbualan.

0

2

4

6

8

10

12

Ya Tidak

Pengaruh Perasaan dan Emosi

Page 16: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

10. Kekerapan Pertukaran dan Percampuran Kod

Rajah 10: Kekerapan Pertukaran dan Percampuran Kod

Berdasarkan hasil kajian daripada rajah 7, iaitu kekerapan pertukaran dan percampuran kod

menunjukkan seramai 15 orang responden telah disoal selidik. Seramai 11 (73%) orang

responden kerap melakukan pertukaran dan percampuran kod. Manakala 4 (27%) orang

responden jarang melakukan pertukaran dan percampuran kod ketika berkomunikasi. Dan

tiada responden yang tidak pernah melakukan pertukaran dan percampuran kod dalam

sesuatu perbualan. Oleh yang demikian, didapati majoriti penutur yang menggunakan

pelbagai bahasa kerap melakukan pertukaran dan percampuran kod dalam sesuatu perbualan.

73%

27%

0

Kekerapan Pertukaran dan Percampuran Kod

Kerap

Jarang

Tidak Pernah

Page 17: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

11. Keselesaan Pencampuran Kod

Bagi soalan nombor 11, kami mendapati kesemua responden juga bersetuju bahawa

pencampuran kod telah memudahkan lagi komunikasi antara orang lain.

Soalan Ya Tidak

Adakah anda berasa bahawa pencampuran kod itu

memudahkan lagi komunikasi anda dengan orang lain?

15 -

Page 18: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

b.Berikut merupakan data yang dikumpul dan dianalisis dari bahagian C yang terdapat di

dalam Set Soal Selidik. Kumpulan pengkaji mendapati kesemua jawapan yang diperolehi dari

para responden adalah berlainan.

Kumpulan pengkaji telah mendapati semua responden yang telah menjawab soal selidik

mereka dengan menggunakan percampuran kod. Kebanyakkan daripada mereka

menggunakan kata ganti nama sebagai contoh „I“ dan „You“. Manakala, salah seorang

responden telah menggunakan perkataan „Cuba try“ iaitu maksud yang sama tetapi diulang

dalam bentuk 2 bahasa yang berbeza iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Seterusnya ialah, pemendekkan bahasa juga banyak digunakan ketika sedang bertutur

iaitu “tau“ „tak“, tapi“, „ni“ „pegi“„tu“ dan „nak“. Perkataan „tau“ merujuk kepada tahu dan

„tapi“ ialah tetapi seperti contoh ayat „I tau, tapi I tak suka“. Seterusnya perkataan „tak“

merujuk kepada tahu iaitu contoh ayat „Awak boleh tak hadir meeting petang nanti?“.

Tambahan pula, singkatan perkataan „ni“ ialah ini yang merujuk kepada contoh ayat „You ni

nerd sangat la!“. Selain itu, perkataan „pegi“ bermaksud pergi iaitu contoh ayat „I nak pegi

toilet“ dan singkatan perkataan „tu“ ialah itu daripada contoh ayat „Nice sangat gambar tu“.

Singkatan perkataan „nak“ bermaksud hendak yang digunakan dalam contoh ayat seperti

„You nak ke mana?“.

Bukan itu sahaja, terdapat perkataan penegasan dalam contoh ayat yang telah diberikan

dalam soal selidik bahagian C. Contoh ayat tersebut ialah perkataan „kan“ yang menegaskan

ayat tersebut. Terdapat contoh „tag question“ untuk memastikan bahawa perkara tersebut

benar mengikut contoh ayat yang telah diberikan.

Pencampuran bahasa Cina juga terdapat dalam contoh ayat kerana terdapat responden yang

berbangsa Cina. Perkataan yang telah diberikan dalam contoh ayat ialah „ leh“ iaitu dalam

ayat „You don‟t know how to do leh“. Ayat ini merujuk kepada pertukaran bahasa dari

Page 19: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

bahasa Cina ke bahasa Inggeris. Perkataan yang kedua ialah „oh“ dalam contoh ayat „I really

cannot tahan oh that one“. Dalam ayat tersebut terdapat percampuran bahasa Inggeris dan

bahasa Melayu.

c.Berikut merupakan data yang dikumpul dan dianalisis melalui kaedah temubual. Seramai 3

responden telah ditemubual dan didapati masing-masing mempunyai pendapat tersendiri

mengenai topik pertukaran dan pencampuran kod.

Bagi soalan pertama, “Adakah anda berasa bahawa pencampuran kod itu memudahkan

lagi komunikasi anda dengan orang lain?”, ketiga-tiga responden berpendapat bahawa ianya

memudahkan apabila mereka berkomunikasi dengan mencampur kod dalam sesuatu

perbualan terutamanya apabila mereka berkomunikasi dengan orang yang berlainan bangsa

dengan mereka.

Bagi soalan kedua, “dengan siapakah biasa anda menukar atau mencampur kod (menukar

bahasa lain)?”, didapati bahawa ketiga-tiga responden lebih gemar menukar atau mencampur

kod apabila mereka berkomunikasi dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan ada masanya

bersama dengan orang yang tidak dikenali. Mereka berpendapat bahawa menukar atau

mencampur kod memberi peluang kepada mereka untuk lebih banyak menggunakan kosa

kata dari pelbagai bahasa lain.

Soalan ketiga ialah, “Apakah yang menyebabkan anda untuk menukar atau mencampur

kod dalam sesuatu perbualan? Boleh anda berikan sebab-sebabnya?”, didapati ketiga-tiga

responden memberikan jawapan yang berlainan. Sebagai contoh, responden pertama

berpendapat bahawa beliau dapat menggunakan vokabulari dari banyak bahasa kerana ada

masanya beliau kekurangan ataupun tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk

digunakan dalam sesuatu bahasa apabila berkomunikasi dengan seseorang. Bagi responden

kedua, beliau berpendapat bahawa sesuatu perbualan akan menjadi lebih afektif sekiranya ada

Page 20: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

pihak yang melakukan pertukaran atau pencampuran kod. Mesej yang ingin disampaikan

akan lebih berkesan dan mudah difahami. Responden ketiga juga berpendapat bahawa apabila

beliau mencampur kod dari banyak bahasa, beliau dapat berkomunikasi dengan lebih baik.

Soalan keempat, “Apakah pandangan atau persepsi anda terhadap orang yang melakukan

pertukaran atau pencampuran kod?”, didapati responden pertama berpendapat bahawa

seseorang individu mengetahui pelbagai bahasa manakala responden kedua pula menyatakan

bahawa ianya tiada masalah sekiranya seseorang bertukar atau mencampur kod kerana

Malaysia merupakan satu negara multilingual. Responden ketiga berpendapat ianya

perlakuan biasa tetapi perlu mengurangkan pencampuran bahasa untuk mengekalkan

keunikan sesuatu bahasa tersebut.

Bagi soalan kelima, „Adakah faktor umur dan profesion memainkan peranan dalam

pertukaran dan pencampuran kod di kalangan masyarakat?“, kumpulan pengkaji mendapati

bahawa responden pertama tidak bersetuju bahawa faktor umur dan profesion memainkan

peranan dalam pertukaran dan percampuran kod di kalangan masyarakat. Namun begitu,

responden kedua dan ketiga bersetuju dengan kenyataan tersebut. Faktor yang ketara iaitu

peringkat umur merujuk kepada remaja kini sering terpengaruh dengan media sosial. Hal ini

boleh menyebabkan penggunaan terhadap sesuatu bahasa tersebut sebagai contoh bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris yang telah dicampuraduk dan menjadikan bahasa tersebut

menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat apabila sedang berkomunikasi.

Bagi soalan keenam, “Mengapa anda melakukan pencampuran kod dan tidak hanya

menggunakan satu bahasa sahaja? ”, kumpulan pengkaji mendapati bahawa jawapan bagi

ketiga-tiga responden tersebut berbeza memandangkan soalan tersebut merupakan soalan

yang terakhir yang memerlukan pendapat masing-masing. Apa yang kami boleh simpulkan

ialah negara yang multilingual mempunyai banyak bahasa dimana terdapat kaum yang

Page 21: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India dan termasuk dengan kaum bumiputera

yang ada di Sabah dan Sarawak. Dengan percampuran sosial tersebut boleh mempengaruhi

cara berkomunikasi dalam pertuturan dan penggunaan lebih dari 1 bahasa. Namun bagi

responden yang ketiga, yang berpendapat bahawa percampuran bahasa itu harus dikurangkan

kerana boleh menjejaskan struktur bahasa ibunda.

Page 22: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

5.0 Kesimpulan

Pertukaran dan percampuran kod sudah tidak asing lagi di dalam kalangan masyarakat

kita pada masa kini. Hal ini sering berlaku dalam kehidupan yang dapat memenuhi keperluan

semasa, tidak kira dalam urusan rasmi atau tidak rasmi. Antara sebab lain ialah, seseorang

berasa lebih selesa dengan cara pertuturan tersebut dan sesetengah orang beranggapan

bahawa ianya ialah satu kebanggaan kerana dapat bertutur dalam pelbagai jenis bahasa

dengan mencampuradukkan kosa kata dari pelbagai bahasa. Kebanyakan masyarakat yang

menukar dan mencampuradukkan bahasa adalah kerana, keperluannya dalam bidang

pekerjaan dan pendidikan. Manakala percampuran kod yang sering berlaku di Malaysia ialah

kerana penggunaan bahasa Rojak dan bahasa Pasar. Kadang-kala tujuan pertuturan tersebut

adalah kerana keselesaan dan kemesraan perhubungan antara penutur dengan penerima

mesej. Sebagai contoh, perbualan yang berlaku sesama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Berdasarkan data kajian yang telah kumpulan pengkaji perolehi, di negara multilingual,

fenomena pertukaran dan percampuran kod dikalangan masyarakat mempunyai potensi yang

tinggi untuk berlaku berbanding dengan negara monolingual. Selain itu, pertukaran dan

percampuran kod dapat membezakan bagaimana seseorang itu bertutur dalam perbualan

harian.

Oleh itu, kita haruslah bangga dengan bahasa ibunda kita. Dari sudut positif pertukaran

dan percampuran kod boleh memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan pelbagai bangsa

di negara multilingual manakala dari sudut negatif ialah terjadinya salah faham dalam

penggunaan sesuatu bahasa dari segi maksud dan kosa kata. Oleh sebab itu bahasa amat

penting dalam kehidupan seharian kita kerana bahasa melambangkan bangsa.

Page 23: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

6.0 Rujukan

Abalhassan, K. M., & Alshalawi, H. G. (2000). Code-switching behavior of Arab speakers of

English as a second language in the United States. Intercultural Communication Studies,

10(1), 179-188.

BAB 2 KAJIAN-KAJIAN LEPAS - UM Students' Repository

(studentsrepo.um.edu.my/3998/4/BAB__2.pdf)

Flyman-Mattsson, A., & Burenhult, N. (2009). Code-switching in second language teaching

of French. Working papers in linguistics, 47, 59-72.

Holmes, J. (2013). An Introduction to Sociolinguistics: Taylor & Francis.

Nota kuliah Bab 1 Pengantar Sosiolingusitik

Nota kuliah Bab 2 Pilihan Bahasa dalam Komuniti Multilingua

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008) Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://prpm.dbp.gov.my/

Page 24: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

7.0 Lampiran

BORANG SOAL SELIDIK BERKAITAN TOPIK PERTUKARAN DAN

PERCAMPURAN KOD BAGI KURSUS PENGANTAR SOSIOLINGUISTIK.

Borang soal selidik ini disediakan bagi memenuhi keperluan kajian yang dijalankan berkaitan

pertukaran dan percampuran kod (bahasa).

Saudara/i adalah responden yang telah dikenalpasti dapat membantu memberi maklumat yang

diperlukan bagi kajian ini. Segala jawapan yang diberikan akan dirahsiakan. Kajian ini amat

penting untuk mengenalpasti penggunaan pertukaran dan percampuran kod.

Untuk pengetahuan responden, pertukaran kod ataupun „Code-Switching‟ adalah sebuah

perubahan yang dilakukan seseorang iaitu, daripada satu bahasa ke bahasa lain manakala

percampuran kod ataupun „Code-Mixing‟ adalah penggabungan dua bahasa dalam sesuatu

pertuturan.

Arahan :

Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Sila jawab

semua soalan yang disediakan. Pilih satu jawapan sahaja bagi setiap soalan.

Page 25: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

TIX1002

Soal Selidik untuk Subjek Pengantar Sosiolinguistik 2016/2017

Pertukaran dan Percampuran Kod

a. Latar belakang responden.

1) Jantina

LELAKI // PEREMPUAN

2) Umur

20 – 24 tahun

25 – 30 tahun

31 – keatas

3) Bangsa

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Nyatakan :

Page 26: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

b. Bulatkan jawapan anda.

4) Adakah anda seorang multilingual?

YA // TIDAK

5) Berapakah jumlah bahasa yang boleh anda tuturkan?

2 // 3 // 4

6) Apakah bahasa yang biasa anda gunakan semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga

seperti ibubapa dan adik-beradik?

Bahasa Ibunda // Bahasa Kebangsaan // Bahasa Inggeris

7) Adakah anda menggunakan lebih dari satu bahasa semasa berbual dengan rakan anda

(mencampurkan bahasa lain)?

YA // TIDAK

8) Adakah anda berasa selesa dengan pertukaran bahasa dalam sesuatu perbualan?

YA // TIDAK

9) Adakah perasaan dan emosi mempengaruhi percampuran bahasa anda dalam sesuatu

perbualan?

YA // TIDAK

10) Sekerap manakah anda melakukan pertukaran dan percampuran kod?

KERAP // JARANG // TIDAK PERNAH

11) Adakah anda berasa bahawa percampuran kod itu memudahkan lagi komunikasi anda

dengan orang lain?

YA // TIDAK

Page 27: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

c. Tuliskan jawapan anda.

12) Berikan contoh ayat atau frasa di mana anda menukar atau mencampur kod.

(memasukkan bahasa lain).

Page 28: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

Jawapan Bahagian C yang dikumpul dari Responden melalui set Soal Selidik.

1. I nak pegi toilet.

2. I tau tapi I tak suka.

3. Come, let‟s go makan-makan.

4. Guys, jom kita pergi shopping.

5. Nice sangat gambar tu.

6. You jangan kedekut sangat.

7. Mama, jom pergi shopping. I think it will be fun spending time together. Kan?

8. You nak ke mana?

9. I really cannot tahan oh that one.

10. Why this mikia so eng, and you don‟t know how to do leh!

11. Awak boleh tak hadir meeting petang nanti?

12. Hi uncle. Ni first time saya try apps Grab ni tau.

13. U ni nerd sangat la!

14. Cuba try jawab soalan ini.

15. Jom, we go to library.

Page 29: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

SOALAN TEMUBUAL RESPONDEN

( 3 Orang Responden)

1. Adakah anda berasa bahawa percampuran kod itu memudahkan lagi komunikasi anda

dengan orang lain?

2. Dengan siapakah biasa anda menukar atau mencampur kod (menukar bahasa lain)?

3. Apakah yang menyebabkan anda untuk menukar atau mencampur kod dalam sesuatu

perbualan? Boleh anda berikan sebab-sebabnya?

4. Apakah pandangan atau persepsi anda terhadap orang yang melakukan pertukaran

atau percampuran kod?

5. Adakah faktor umur dan profesion memainkan peranan dalam pertukaran dan

percampuran kod di kalangan masyarakat?

6. Mengapa anda melakukan percampuran kod dan tidak hanya menggunakan satu

bahasa sahaja?

Page 30: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

Jawapan Responden melalui kaedah Temubual.

Berikut merupakan data yang dikumpul dan dianalisis dari jawapan yang diberi oleh para

responden semasa sesi Temubual dijalankan.

Kumpulan pengkaji telah menemubual 3 orang responden yang berlainan bangsa, iaitu

bangsa Melayu, Cina dan India. Berikut ialah jawapan yang telah analisis oleh kumpulan

pengkaji.

a) Adakah anda berasa bahawa pencampuran kod itu memudahkan lagi komunikasi anda

dengan orang lain?

Responden Pertama: Ya

Responden Kedua: Ya

Responden Ketiga: Kadang-kadang memudahkan tetapi ia mengikut situasi tertentu sebagai

contoh orang India dan Cina biasa menggunakan perkataan „kasi“ yang merujuk contoh ayat

seperti „Kasi barang itu kepada saya“ yang mempunyai maksud yang tersirat.

b) Dengan siapakah biasa anda menukar atau mencampur kod (menukar bahasa lain)?

Responden Pertama: Kawan dan keluarga.

Responden Kedua: Dengan ibubapa, adik beradik, keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan

kadang-kadang dengan orang yang tidak dikenali juga akan melakukan percampuran kod.

Responden Ketiga: Dengan kawan-kawan, dirumah dan di situasi yang tertentu.

c) Apakah yang menyebabkan anda untuk menukar atau mencampur kod dalam sesuatu

perbualan? Boleh anda berikan sebab-sebabnya?

Responden Pertama: Kurang mengetahui perkataan dalam sesuatu bahasa

Page 31: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

Responden Kedua: Ia memudahkan individu tersebut untuk lebih faham. Kadang-kadang

pertukaran kod akan membuatkan komunikasi itu akan lebih afektif.

Responden Ketiga: Sebab pertama mempelajari pelbagai bahasa seperti saya boleh bertutur 3

bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Apabila bertutur dengan

kawan lain tiba-tiba saya lupa perkataan yang hendak diberitahu oleh itu saya menggunakan

bahasa lain. Kalau saya tahu satu bahasa sahaja mungkin saya tidak akan melakukan

percampuran kod. Sebab kedua, berkawan dengan kepelbagaian bangsa.

d) Apakah pandangan atau persepsi anda terhadap orang yang melakukan pertukaran atau

pencampuran kod?

Responden Pertama: Orang tersebut memahami pelbagai bahasa

Responden Kedua: Tiada masalah, kerana sebagai contoh di Malaysia adalah negara

Multilingual. Jadi bagi saya ianya penting.

Responden Ketiga: Ia adalah satu kenyataan yang semua orang menggunakan percampuran

kod kerana ia menjadi kebiasaan, tetapi percampuran kod perlu dikurangkan kerana ia boleh

menghilangkan keunikan bahasa tersebut.

e) Adakah faktor umur dan profesion memainkan peranan dalam pertukaran dan

pencampuran kod di kalangan masyarakat?

Responden Pertama: Tidak

Responden Kedua: Ya

Responden Ketiga: Ya, faktor umur seperti golongan remaja kerap menggunakan

percampuran kod kerana mereka menggunakan media sosial yang berlebihan. Faktor

profesional tidak sangat ketara dan ia lebih formal.

Page 32: Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya

f) Mengapa anda melakukan pencampuran kod dan tidak hanya menggunakan satu bahasa

sahaja?

Responden Pertama: Saya memahami banyak bahasa.

Responden Kedua: Kerana Malaysia ialah negara multilingual dan kawan-kawan saya

berbilang bangsa dan bercakap banyak bahasa. Jadi, ia mempengaruhi saya untuk

berkomunikasi.

Responden Ketiga: Mungkin ia menjadi satu kebiasaan mengikut keluarga dan kawan-kawan

untuk melakukan percampuran kod tetapi ia perlu dikurangkan untuk menjaga sesuatu

bahasa.