universiti putra malaysia page 1 of 1 - core · 2018-04-09 · “kita perlu mencabar peranggu...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, September 09, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Realisasikan Taman Ilmu dan Pemikiranberasaskan pengertian ihsan Oleh Azman Zakaria Foto oleh Marina Ismail SERDANG - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris mahu semua warga universiti sama-sama berusaha merealisasikan citra UPM sebagai Taman Ilmu dan Pemikiranberlandaskan kepada pengertian ihsan untuk kecemerlangan universiti. Katanya, adalah menjadi impian beliau untuk menjadikan UPM sebagai sebuah Taman Ilmu dan Pemikiranyang bersandarkan ihsan, bukan sekadar institusi yang mengeluarkan graduan sebagai tenaga kerja semata-mata, tetapi melahirkan insan yang berkeperibadian unggul yang mampu bersaing di peringkat global. Penekanan konsep ihsan sebagai tonggak kecemerlangan UPM akan menjadi usaha berterusan untuk memastikan warga UPM betul-betul memahami falsafah ihsan dan menghayatinya dalam kehidupan dan tugas harian,katanya pada majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor UPM, di sini. Perutusan itu bertemakan Ihsan Tonggak Kecemerlangan. Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) , Prof. DatoDr. Mohammad Shatar Sabran; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dato Dr Mohd Azmi Mohd Lila dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo serta staf dan pelajar. Prof. Datin Paduka Dr. Aini berkata tempoh 100 hari memegang jawatan Naib Canselor memberi ruang kepadanya untuk merenung dan bermuhasabah, termasuk sama ada pencapaian dan perancangan selama ini membawa kepada fungsi universiti yang sebenar, dan sama ada nilai dan budaya kerja mencapai tahap kualiti yang tinggi untuk menghasilkan kecemerlangan. Persoalan ini tentunya memerlukan jawapan dan kesedaran betapa pentingnya aspek seperti kualiti, kesempurnaan, ketelitian kerja dan kecemerlangan dalam budaya kerja kita,katanya. Dalam tradisi keilmuan Islam, katanya, aspek itu diperjelaskan, difahami dan diungkapkan dalam satu istilah yang disebut sebagai ihsan. Secara umum, pengertian ihsan merangkumi setiap amal perbuatan atau pekerjaan yang baik, yang dilaksanakan dengan betul, mahir, efisien dan cekap, dengan tujuan mencapai kesempurnaan, mempunyai kualiti yang tinggi, serta kecemerlangan. Dalam konteks kerjaya dan pentadbiran, aspek ini sering diungkapkan sebagai profesionalismeatau kecekapan kerja yang tinggi serta berkualiti untuk menghasilkan kesempurnaan,katanya. Beliau berkata, ia bertentangan dengan tabiat melakukan pekerjaan asalkan siapatau melepaskan batuk di tanggayang menyebabkan hasil kerja menjadi tidak sempurna atau mediokriti(mediocrity). Sehubungan itu katanya, kepemimpinan dan warga universiti wajar memahami konsep ihsanyang akan menjadi seumpama pendinding kendiri(self-guard) yang dapat mendorong untuk melaksanakan pekerjaan dengan penuh integriti, sekali gus memagari diri daripada melakukan kerja secara sambil lewa atau bertentangan dengan etika. Katanya, integriti bukan sahaja melibatkan isu penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan tetapi juga pengabaian dalam melaksanakan tanggungjawab serta pembaziran dalam penggunaan sumber. Ia juga meliputi sikap menghargai serta memelihara kepentingan universiti dan pelanggan, tidak mencemarkan nama baik universiti, dan meletakkan kepentingan universiti melebihi kepentingan diri sendiri. Prof. Datin Paduka Dr. Aini turut meminta warga UPM menjadikan amalan hijau sebagai budaya hidup ke arah kelestarian universiti dan masyarakat kampus yang prihatin. Kita perlu mencabar peranggu minda (mindset) dan paradigma kita dalam merencanakan kelestarian hijau, sejajar dengan pengertian ihsan yang merujuk kepada keharmonian hubungan kita dengan alam persekitaran, dan tanggungjawab manusia untuk mentadbir alam dengan sebaik-baiknya,katanya. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 09 Sep 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 9/9/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/imageupmbm

Upload: others

Post on 09-Feb-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Putra Malaysia Page 1 of 1 - CORE · 2018-04-09 · “Kita perlu mencabar peranggu minda (mindset) dan paradigma kita dalam merencanakan kelestarian hijau, sejajar dengan

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Jumaat, September 09, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Realisasikan ‘Taman Ilmu dan Pemikiran’ berasaskan pengertian ihsan

Oleh Azman ZakariaFoto oleh Marina Ismail

SERDANG - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris mahu semua warga universiti sama-sama berusaha merealisasikan citra UPM sebagai ‘Taman Ilmu dan Pemikiran’ berlandaskan kepada pengertian ihsan untuk kecemerlangan universiti.

Katanya, adalah menjadi impian beliau untuk menjadikan UPM sebagai sebuah ‘Taman Ilmu dan Pemikiran’ yang bersandarkan ihsan, bukan sekadar institusi yang mengeluarkan graduan sebagai tenaga kerja semata-mata, tetapi melahirkan insan yang berkeperibadian unggul yang mampu bersaing di peringkat global.

“Penekanan konsep ihsan sebagai tonggak kecemerlangan UPM akan menjadi usaha berterusan untuk memastikan warga UPM betul-betul memahami falsafah ihsan dan menghayatinya dalam kehidupan dan tugas harian,” katanya pada majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor UPM, di sini. Perutusan itu bertemakan ‘Ihsan Tonggak Kecemerlangan’.

Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) , Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dato Dr Mohd Azmi Mohd Lila dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo serta staf dan pelajar.

Prof. Datin Paduka Dr. Aini berkata tempoh 100 hari memegang jawatan Naib Canselor memberi ruang kepadanya untuk merenung dan bermuhasabah, termasuk sama ada pencapaian dan perancangan selama ini membawa kepada fungsi universiti yang sebenar, dan sama ada nilai dan budaya kerja mencapai tahap kualiti yang tinggi untuk menghasilkan kecemerlangan.

“Persoalan ini tentunya memerlukan jawapan dan kesedaran betapa pentingnya aspek seperti kualiti, kesempurnaan, ketelitian kerja dan kecemerlangan dalam budaya kerja kita,” katanya.

Dalam tradisi keilmuan Islam, katanya, aspek itu diperjelaskan, difahami dan diungkapkan dalam satu istilah yang disebut sebagai ‘ihsan’.

“Secara umum, pengertian ihsan merangkumi setiap amal perbuatan atau pekerjaan yang baik, yang dilaksanakan dengan betul, mahir, efisien dan cekap, dengan tujuan mencapai kesempurnaan, mempunyai kualiti yang tinggi, serta kecemerlangan.

“Dalam konteks kerjaya dan pentadbiran, aspek ini sering diungkapkan sebagai ‘profesionalisme’ atau kecekapan kerja yang tinggi serta berkualiti untuk menghasilkan kesempurnaan,” katanya.

Beliau berkata, ia bertentangan dengan tabiat melakukan pekerjaan ‘asalkan siap’ atau ‘melepaskan batuk di tangga’ yang menyebabkan hasil kerja menjadi tidak sempurna atau ‘mediokriti’ (mediocrity).

Sehubungan itu katanya, kepemimpinan dan warga universiti wajar memahami konsep ‘ihsan’ yang akan menjadi seumpama ‘pendinding kendiri’ (self-guard) yang dapat mendorong untuk melaksanakan pekerjaan dengan penuh integriti, sekali gus memagari diri daripada melakukan kerja secara sambil lewa atau bertentangan dengan etika.

Katanya, integriti bukan sahaja melibatkan isu penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan tetapi juga pengabaian dalam melaksanakan tanggungjawab serta pembaziran dalam penggunaan sumber.

Ia juga meliputi sikap menghargai serta memelihara kepentingan universiti dan pelanggan, tidak mencemarkan nama baik universiti, dan meletakkan kepentingan universiti melebihi kepentingan diri sendiri.

Prof. Datin Paduka Dr. Aini turut meminta warga UPM menjadikan amalan hijau sebagai budaya hidup ke arah kelestarian universiti dan masyarakat kampus yang prihatin.

“Kita perlu mencabar peranggu minda (mindset) dan paradigma kita dalam merencanakan kelestarian hijau, sejajar dengan pengertian ihsan yang merujuk kepada keharmonian hubungan kita dengan alam persekitaran, dan tanggungjawab manusia untuk mentadbir alam dengan sebaik-baiknya,” katanya. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 09 Sep 2016

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

9/9/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/imageupmbm