universiti putra malaysiapsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/fpp 2015 72ir.pdf · motivasi untuk...

31
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM WAN NUR IZZATI MOHAMAD IDRUS FPP 2015 72

Upload: trinhbao

Post on 03-Jul-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM

WAN NUR IZZATI MOHAMAD IDRUS

FPP 2015 72

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA DALAM

KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM

Oleh

WAN NUR IZZATI MOHAMAD IDRUS

Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra

Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Master Sains

Februari 2015

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

HAK CIPTA

Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia

kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam

tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta.

Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu

yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia.

Hak cipta © Universiti Putra Malaysia

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

i

Abstrak tesis ini dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai

memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains

MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA

DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM

Oleh

WAN NUR IZZATI MOHAMAD IDRUS

Februari 2015

Pengerusi : Nur Surayyah Madhubala Abdullah, PhD

Fakulti : Pengajian Pendidikan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motivasi untuk terlibat dalam badan sukarela iaitu

Kelab Penyayang dalam kalangan pelajar universiti di sebuah Universiti Awam (UA)

dalam konteks penglibatan dalam kesukarelawanan sebagai satu pendekatan

pendidikan moral. Reka bentuk kajian ini ialah kajian gabungan iaitu kajian kuantitatif

dan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan deskriptif dan kaedah kajian

kes. Instrumen kajian diubahsuai berdasarkan Volunteer Function Inventory (VFI) oleh

Clary dan Snyder (1999). Sampel kajian soal selidik terdiri daripada 76 orang pelajar

UA yang terlibat dalam Kelab Penyayang yang dipilih secara persampelan bertujuan.

Manakala 9 orang pelajar UA yang memegang jawatan dalam Kelab Penyayang dipilih

menjadi responden kajian dalam kaedah temu bual. Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa dimensi motivasi paling utama untuk terlibat dalam Kelab Penyayang dalam

kalangan pelajar UA adalah dimensi motivasi nilai peribadi (M = 4.39, SP = 0.397).

Selain itu, dapatan soal selidik turut mendapati bahawa sub dimensi motivasi

tanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan adalah sub dimensi

motivasi paling utama bagi pelajar UA untuk terlibat dalam Kelab Penyayang (M =

4.54, SP = 0.502).

Dapatan temu bual pula menunjukkan bahawa bahawa dimensi motivasi nilai peribadi

adalah tema utama untuk pelajar UA terlibat dalam Kelab Penyayang. Antara sub tema

dimensi motivasi nilai peribadi yang mendorong mereka terlibat adalah nilai

tanggungjawab, rasa belas kasihan, kepercayaan agama dan nilai membantu. Terdapat

juga tema dan sub tema bagi dimensi-dimensi motivasi seperti pembelajaran, sosial,

kerjaya dan peningkatan diri yang turut mendorong responden kajian terlibat dalam

Kelab Penyayang. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa pembentukan dan

dorongan tingkah laku moral terutama penglibatan pelajar universiti dalam

kesukarelawanan perlu dipertimbang dari aspek dimensi dan sub dimensi motivasi

untuk terlibat dalam kesukarelawanan.

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

ii

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of

the requirement for the Degree of Master of Science

MOTIVATION TO VOLUNTEER IN VOLUNTARY ORGANIZATION

AMONG STUDENTS IN PUBLIC UNIVERSITY

By

WAN NUR IZZATI MOHAMAD IDRUS

February 2015

Chair : Nur Surayyah Madhubala Abdullah, PhD

Faculty : Educational Studies

This study aims to investigate motivation to volunteer in voluntary organization namely

Penyayang Club among university students in Public University (PU) in the context of

participation in volunteerism as an approach to moral education. The design of this

study is a mixed-method study of quantitative and qualitative research using a

descriptive approach and case study method. The instrument used in this survey is a set

of questionnaire adapted from Volunteer Function Inventory (VFI) by Clary and

Snyder (1999). The sample of survey consisted of 76 PU students involved in

Penyayang Club and were selected by purposive sampling. While 9 of PU students who

hold positions in Penyayang Club were selected as interview respondents. The findings

of this research shows that the main dimension of motivation to volunteer in Penyayang

Club among PU students is personal values (M = 4:39, SD = 0.397). In addition, the

findings of the questionnaires also found that the responsibility to help those in need is

the most important sub-dimensions of motivation to participate in Penyayang Club

among PU students (M = 4.54, SD = 0.502).

Interview data also show that the dimension of motivation of personal values is the

main theme for PU students to be involved in Penyayang Club. They further explained

that there are several subthemes of personal values that encourage them to be involved,

namely the responsibility, compassion, religious beliefs and to help. However, there are

also the themes and sub themes for other dimensions of motivation such as learning,

social, career and enhancement that motivates respondents involved in Penyayang

Club. The findings of this study implies that the formation and encouragement of moral

behavior especially volunteering among university students must be considered in

terms of dimensions and sub dimensions of motivation to volunteer.

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih

Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat limpah kurnia dan dengan izinNya, telah

memberikan kesihatan yang baik, kesabaran dan semangat untuk saya

menyempurnakan tesis ini. Pada kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan saya

iaitu Dr Nur Surayyah Madhubala Abdullah selaku penyelia utama dan juga Dr

Nurzatulshima Kamarudin atas segala nasihat, dorongan, bimbingan dan keprihatinan

semasa saya masih dalam proses menyiapkan tesis ini. Bimbingan, pandangan dan

tunjuk ajar yang dihulurkan kepada saya banyak membantu kepada kejayaan penulisan

tesis ini.

Tidak lupa juga dihulurkan rasa penghargaan buat Prof Emeritus Dr. Abdul Rahman

Md. Aroff, Prof Dr Turiman Suandi, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Prof

Madya Dr Ismi Arif Ismail dan Prof Madya Dr Azizan Bahari atas ilmu dan bantuan

yang diberikan sehingga memungkinkan tesis ini diselesaikan. Saya juga ingin

berterima kasih kepada pihak Centre for University Social Responsibility

(CENSERVE) UIAM terutama Puan Merhamah Md Iza kerana mengizinkan saya

menjalankan kajian rintis dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang keberadaan

saya di UIAM. Terima kasih juga saya tujukan kepada Encik Sharudin Sahrani dari

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Muhammad Farhan Abdul Rahman dari

Kelab Penyayang kerana memberikan kerjasama dan bantuan kepada saya sepanjang

proses pengumpulan data kajian.

Penghargaan istimewa diberikan untuk keluarga terutamanya buat ayahanda dan bonda

tercinta, Mohamad Idrus Daud dan Wan Rohanah Sheikh Mohamad di atas

pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Abah dan mama, terima kasih kerana sering

berada di samping anakmu ini di saat suka dan duka. Terima kasih juga buat adik-

beradik saya iaitu Nur Aisyah Mohamad Idrus dan Wan Alia Safiah Mohamad Idrus

yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan. Tidak dilupakan juga penghargaan

ini ditujukan buat teman-teman seperjuangan terutamanya Syafinaz Zainol, Rahimah

Che Man, Maizura Yasin, Norzihani Saharuddin, Noor Zulina S De Asildo dan

Mailadiniah atas nasihat, pandangan dan buah fikiran kalian. Akhir sekali untuk semua

yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam membantu menyiapkan penulisan

tesis ini. Terima kasih saya ucapkan.

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

v

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima

sebagai memenuhi syarat kepada keperluan untuk ijazah Master Sains. Ahli

Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:

Nur Surayyah Madhubala Abdullah, PhD

Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Nurzatulshima Kamarudin, PhD

Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

______________________________

BUJANG BIN KIM HUAT, PhD

Profesor dan Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh:

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

vi

Perakuan pelajar siswazah

Saya memperakui bahawa :

tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli;

setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas;

tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak

dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di

institusi lain;

hak milik intelek dan hakcipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti

Putra Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia

(Penyelidikan) 2012;

kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam

bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul, prosiding,

tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul

pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah

Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012;

tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integriti ilmiah telah

dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah)

2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia

(Penyelidikan) 2012. Tesis telah diimbaskan dengan perisian pengesanan plagiat.

Tandatangan:_____________________ Tarikh: __________________

Nama dan No. Matrik:________________________________________________

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

vii

Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan:

Dengan ini diperakukan bahawa:

penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami;

tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Universiti

Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah

dipatuhi.

Tandatangan: _________________ Tandatangan:__________________

Nama Pengerusi Nama Ahli

Jawatankuasa Jawatankuasa

Penyeliaan _____________________ Penyeliaan ___________________

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

viii

SENARAI KANDUNGAN

Halaman

ABSTRAK i

ABSTRACT ii

PENGHARGAAN iii

PENGESAHAN iv

PERAKUAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.2.1 Latar Belakang Kelab Penyayang 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 6

1.7 Definisi Operasional 6

1.7.1 Kesukarelawanan 6

1.7.2 Dimensi-Dimensi Motivasi untuk Terlibat 7

dalam Kesukarelawanan

1.7.3 Sub Dimensi Motivasi untuk Terlibat dalam 7

Kesukarelawanan

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.9 Ringkasan 9

2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 10

2.2 Penglibatan dalam Kesukarelawanan Sebagai 10

Pendekatan Pendidikan Moral

2.3 Konsep Kesukarelawanan 10

2.4 Motivasi untuk Terlibat dalam Kesukarelawanan 13

2.5 Kajian Lepas 15

2.5.1 Kajian Dimensi-Dimensi Motivasi untuk 15

Terlibat dalam Kesukarelawanan

2.5.2 Kajian Sub Dimensi Motivasi untuk 18

Terlibat dalam Kesukarelawanan

2.6 Teori Asas 21

2.6.1 Teori Fungsi oleh Katz (1960) 22

2.6.2 Teori Perkembangan Moral oleh Bebeau, Rest 22

dan Narvaez (1999)

2.6.3 Teori Tindakan Sosial oleh Fred Newmann (1975) 22

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

ix

2.7 Kerangka Teoritikal Kajian 24

2.8 Ringkasan 25

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.2.1 Kerangka Konseptual Kajian 28

3.3 Populasi 29

3.4 Lokasi Kajian 29

3.5 Persampelan 29

3.5.1 Teknik Persampelan 30

3.5.2 Pemilihan Sampel Kajian Kuantitatif 30

3.5.3 Pemilihan Sampel Kajian Kualitatif 30

3.6 Instrumen Kajian 31

3.6.1 Soal Selidik 32

3.6.2 Protokol Temu Bual 34

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 35

3.7.1 Kesahan 35

3.7.2 Kebolehpercayaan 36

3.8 Prosedur Menjalankan Kajian 37

3.9 Kajian Rintis 38

3.10 Kajian Sebenar 40

3.11 Analisis Dapatan Kajian 40

3.11.1 Analisis Soal Selidik 40

3.11.2 Analisis Temu Bual 40

3.12 Rumusan Analisis Dapatan Keseluruhan 42

3.13 Ringkasan 42

4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Latar Belakang Responden Kajian Soal Selidik 43

4.2.2 Latar Belakang Responden Kajian Temu Bual 45

4.3 Dapatan Kajian Kuantitatif (Analisis Deskriptif) 46

4.3.1 Apakah dimensi motivasi paling utama untuk 46

terlibat dalam Kelab Penyayang dalam kalangan

pelajar UA?

4.3.2 Apakah sub dimensi motivasi paling utama 47

untuk terlibat dalam Kelab Penyayang dalam

kalangan pelajar UA?

4.4 Dapatan Kajian Kualitatif: Mengapakah dimensi motivasi 51

paling utama mendorong pelajar UA terlibat dalam Kelab

Penyayang?

4.4.1 Dapatan Kajian Kualitatif: Dimensi Motivasi 51

Nilai Peribadi

4.4.2 Dapatan Kajian Kualitatif: Dimensi Motivasi 56

Pembelajaran

4.4.3 Dapatan Kajian Kualitatif: Dimensi Motivasi 57

Kerjaya

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

x

4.4.4 Dapatan Kajian Kualitatif: Dimensi Motivasi 58

Sosial

4.4.5 Dapatan Kajian Kualitatif: Dimensi Motivasi 59

Peningkatan Diri

4.5 Perbincangan Dapatan Kajian 60

4.5.1 Persoalan Kajian (1): Apakah dimensi motivasi paling utama 60

untuk terlibat dalam Kelab Penyayang

dalam kalangan pelajar UA?

4.5.2 Persoalan Kajian (2): Apakah sub dimensi motivasi paling 61

utama untuk terlibat dalam Kelab

Penyayang dalam kalangan pelajar UA?

4.5.3 Persoalan Kajian (3): Mengapakah dimensi motivasi paling 61

utama mendorong pelajar UA terlibat

dalam Kelab Penyayang?

4.6 Ringkasan 64

5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Kesimpulan Dapatan 66

5.3 Implikasi Kajian 67

5.3.1 Implikasi Teoritikal 67

5.3.2 Implikasi Terhadap Pendekatan Pendidikan Moral 68

5.4 Cadangan 69

5.4.1 Cadangan kepada Pihak Berkepentingan 69

5.4.2 Cadangan bagi Kajian Masa Depan 69

5.5 Penutup 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 77

A Soal Selidik 78

B Soal Selidik Asal 84

C Transkrip Temu Bual 85

BIODATA PELAJAR 102

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

xi

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

3.1: Justifikasi Penambahan Item bagi Dimensi-Dimensi Motivasi 33

untuk Terlibat dalam Kesukarelawanan

3.2: Nombor Item dalam Soal Selidik Kajian bagi Dimensi-Dimensi 34

Motivasi untuk Terlibat dalam Kesukarelawanan

3.3: Alfa Cronbach bagi Setiap Dimensi Motivasi untuk 39

Terlibat dalam Kesukarelawanan

3.4: Analisis dapatan berdasarkan persoalan kajian 42

4.1 : Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 44

4.2: Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa 44

4.3: Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Berdasarkan Tahun 45

Pengajian

4.4: Latar belakang responden kajian temu bual 45

4.5: Skor Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai bagi Dimensi-Dimensi 46

Motivasi untuk Terlibat dalam Kelab Penyayang dalam Kalangan

Pelajar UA

4.6: Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Item-Item Dimensi Motivasi 47

Nilai Peribadi

4.7: Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Item-Item Dimensi Motivasi 48

Pembelajaran

4.8: Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Item-Item Dimensi Motivasi 49

Kerjaya

4.9: Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Item-Item Dimensi Motivasi 49

Sosial

4.10: Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Item-Item Dimensi Motivasi 50

Peningkatan Diri

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

xii

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

2.1 : Kerangka Teoritikal Kajian 24

3.1 : Kerangka Konseptual Kajian 28

3.2 : Langkah-langkah Melaksanakan Kajian 37

Page 15: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

xiii

SENARAI SINGKATAN

BHEP Bahagian Hal Ehwal Pelajar

DPBN Dasar Pembangunan Belia Negara

IBM Indeks Belia Malaysia

IPPBM Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

UA Universiti Awam

VFI Volunteer Functions Inventory

Page 16: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

Page 17: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penglibatan dalam kesukarelawanan merupakan salah satu pendekatan yang penting

dalam pendidikan moral. Hal ini kerana melalui penglibatan seseorang individu dalam

kesukarelawanan, segala pengetahuan yang dipelajari terutama berkaitan nilai-nilai

murni dapat diaplikasikan sekaligus memberikan sesuatu yang berharga dan bermakna

kepada masyarakat (Sharifah Fatmah, 2008). Penglibatan dalam kesukarelawanan oleh

golongan belia terutamanya para pelajar di peringkat universiti adalah sangat penting

untuk memastikan pembentukan sahsiah mereka demi keharmonian dan kemakmuran

negara. Kepentingan pembentukan tingkah laku bermoral dalam kalangan pelajar

universiti telah ditekankan melalui Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN) dan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. DPBN yang telah

diperkenalkan sejak tahun 1985 dan dikaji semula pada tahun 1997 bermatlamat untuk

mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang baik dari aspek rohaniah,

akliah dan jasmaniah. DPBN juga diwujudkan bagi melahirkan belia yang

bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi

penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara. Antara

contoh strategi DPBN ini ialah perlunya pembentukan sikap positif dan kreatif yang

dapat dipupuk melalui penerapan nilai-nilai murni yang dapat dilaksanakan melalui

pelan tindakan yang telah digariskan di dasar tersebut. Pelan tindakan yang perlu

dilaksanakan bagi mencapai strategi yang dirancang ialah dengan meningkatkan

semangat kesukarelaan dan patriotisme melalui kerja-kerja amal dan kebajikan dan

kemasyarakatan (Kementerian Belia dan Sukan Malaysia). Manakala PPPM 2013-2025

pula menzahirkan hasrat negara Malaysia untuk melahirkan rakyat yang pandai dalam

menghayati nilai seperti telah dipelajari dari alam persekolahan supaya dapat

diamalkan dalam kehidupan seharian. Contoh aplikasi penghayatan nilai dalam

kehidupan seharian adalah melalui pelaksanaan tingkah laku sivik seperti penglibatan

dalam kesukarelawanan bagi keharmonian dan kemakmuran masyarakat (Kementerian

Pendidikan Malaysia).

Berdasarkan pengenalan kepada DPBN dan PPPM 2013-2025, dapatlah disimpulkan

bahawa pendekatan pendidikan moral melalui penglibatan pelajar universiti dalam

kesukarelawanan adalah sangat penting. Oleh kerana itu, penglibatan pelajar universiti

dalam kesukarelawanan perlu digalakkan bagi menjadikan pendekatan pendidikan

moral lebih efektif untuk diaplikasikan pada masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Seseorang individu terutama dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam

kesukarelawanan dapat menjadi agen moral yang efektif di mana mereka

membincangkan tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada dalam situasi yang

Page 18: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

2

berkonflik (Boss, 1994). Menurut Dewey (1939) dan Kohlberg (1971) seperti dipetik

daripada Boss (1994), penglibatan dalam kesukarelawanan adalah sangat penting bagi

perkembangan moral seseorang individu kerana dapat memberikan pengalaman

sebenar dalam berhadapan dengan isu-isu moral seperti penyalahgunaan dadah,

pembuangan bayi, pembunuhan, isu buli dan gangsterisme. Hal ini juga turut diakui

oleh Nucci (1985) seperti dipetik daripada Boss (1994) yang berpendapat bahawa

penglibatan dalam kesukarelawanan yang menumpukan kepada isu-isu kehidupan

sebenar pelajar dapat menghasilkan perbincangan tentang isu-isu moral yang lebih

berkesan.

Pendidikan moral memfokuskan kepada usaha untuk membentuk seseorang individu

supaya menjadi insan yang bermoral. Menurut Lickona (1991), untuk menjadi

seseorang individu yang bermoral, seseorang itu perlu mengetahui kebaikan,

menginginkan kebaikan dan melakukan kebaikan. Dalam kajian ini, penglibatan dalam

kesukarelawanan merupakan salah satu tindakan yang menggalakkan seseorang pelajar

universiti untuk melakukan kebaikan di samping dapat memupuk mereka dengan nilai-

nilai moral. Hal ini kerana penglibatan dalam kesukarelawanan seperti program

khidmat komuniti dapat menghubungkan pelajar universiti secara lebih dekat dengan

nilai-nilai murni dan pengetahuan moral (Vishalache, 2009). Hal ini turut diakui oleh

Serow (1991) yang berpendapat bahawa penglibatan dalam kesukarelawanan

merupakan penambah nilai dalam pendidikan moral berbentuk konvensional yang

dapat menghasilkan perkembangan positif seperti rasa tanggungjawab dan prihatin

kepada orang lain. Dalton dan Crosby (2011) juga mempunyai pendapat yang sama

bahawa penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan dapat menggalakkan

mereka menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan bersetuju bahawa pelajar

universiti juga dapat dipupuk dari segi nilai altruisme dan kasih sayang. Manakala

Youniss dan Yates (1999) menegaskan bahawa penglibatan dalam kesukarelawanan

dapat memupuk nilai keprihatinan yang dianggap sebagai salah satu bentuk tingkah

laku moral. Maka dapat dikatakan bahawa penglibatan seseorang individu dalam

kesukarelawanan dapat menjadikan seseorang itu menjadi agen moral disamping dapat

mendedahkan mereka dengan isu-isu moral yang berkaitan dengan kehidupan serta

dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Oleh yang demikian penglibatan seseorang individu dalam kesukarelawanan

terutamanya oleh pelajar universiti adalah sangat penting. Ini kerana mereka

merupakan pelapis masa hadapan negara dan seharusnya lebih aktif dan bersemangat

untuk menyuarakan pandangan dan idea serta menyumbangkan tenaga dan kemahiran

mereka untuk membangunkan masyarakat di Malaysia. Pelajar universiti juga

merupakan golongan belia yang mempunyai potensi hebat dari segi idea, pengetahuan,

keinginan dan pengalaman untuk menyumbang kepada negara (Turiman, 2009).

Namun begitu, peringkat pelajar universiti juga merupakan peringkat yang paling

kritikal dalam hidup seseorang manusia. Hal ini kerana di peringkat tersebut, mereka

mempunyai potensi yang tinggi untuk diarahkan sama ada pada kebaikan mahupun

keburukan bergantung kepada corak pendidikan yang diterima dan suasana

persekitaran yang membentuk (Azimi, 2005; Sidek Baba, 2006). Oleh kerana itu,

penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan dilihat sangat penting supaya

mereka dapat mengaplikasikan potensi mereka ke arah kebaikan demi untuk

menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Terdapat beberapa kesan positif yang terhasil melalui penglibatan pelajar universiti

dalam kesukarelawanan. Antaranya seperti dapat meningkatkan tahap penaakulan atau

Page 19: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

3

pemikiran moral pelajar universiti (Boss, 1994). Penglibatan pelajar universiti dalam

kesukarelawanan membolehkan kemahiran sosial dan keyakinan dibentuk selain dapat

menghalang pelajar universiti daripada terlibat dengan masalah sosial (Turiman, 2009).

Selain itu, penglibatan dalam kesukarelawanan juga dapat mencegah tingkah laku

antisosial dan memberi kesihatan fizikal kepada seseorang individu (Wilson, 2000).

Penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan dapat menjadikan mereka supaya

lebih peka terhadap isu semasa seterusnya mengurangkan sikap mementingkan diri

sendiri (Eyler & Giles, 1999; Youniss & Yates, 1997). Flanagan et al. (1998) pula

berpendapat bahawa kesan positif bagi penglibatan belia dalam kesukarelawanan

adalah dapat menghubungkan belia kepada masyarakat, membantu belia untuk lebih

memahami prinsip kewarganegaraan dan memberikan belia rasa kepunyaan dalam

sesebuah komuniti. Menurut Astin dan Sax (1998), penglibatan pelajar universiti dalam

kesukarelawanan menjadikan mereka lebih komited membantu orang lain dan

bersemangat dalam memperbaiki masalah yang dihadapi masyarakat.

Walaupun begitu, penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan dilihat masih

lagi kurang memuaskan. Hal ini kerana berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas

responden kajian yang terdiri daripada golongan belia mendapati bahawa, hanya 18.2

peratus belia yang menggunakan waktu lapang mereka dengan aktiviti

kesukarelawanan. Manakala hanya 15.0 peratus belia yang berumur 15 hingga 25 tahun

dan 12.1 peratus belia yang berumur 26 hingga 40 tahun yang menyatakan bahawa

mereka berminat untuk terlibat dalam kesukarelawanan (Institut Penyelidikan

Pembangunan Belia Malaysia). Berdasarkan dapatan-dapatan kajian tersebut

menunjukkan bahawa masih ramai lagi golongan belia seperti pelajar universiti yang

masih kurang berminat untuk terlibat dalam kesukarelawanan. Permasalahan berkaitan

kekurangan penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan yang berlaku pada

masa kini telah menimbulkan persoalan tentang faktor yang dapat menggalakkan

penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan. Melalui kajian-kajian lepas yang

telah dijalankan seperti oleh Francis (2011), Holdsworth (2010) dan Ghose dan Kassam

(2012) mendapati bahawa penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan dapat

didorong oleh motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan.

Oleh yang demikian, untuk memastikan matlamat dasar-dasar negara seperti DPBN

dan PPPM 2013-2025 dapat dicapai, maka faktor yang mendorong dan menggalakkan

penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan terutamanya berkaitan dengan

motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan perlu dikaji dengan lebih lanjut.

1.2.1 Latar Belakang Kelab Penyayang

Kajian ini melihat Kelab Penyayang sebagai salah satu badan sukarela yang memberi

peluang kepada pelajar universiti untuk terlibat dalam kesukarelawanan. Kelab

Penyayang merupakan inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di mana kelab

tersebut telah ditubuhkan di beberapa buah Universiti Awam (UA) di Malaysia. Secara

umumnya, terdapat beberapa objektif penubuhan Kelab Penyayang iaitu (1)

mengenalpasti dan mengambil sebuah rumah kebajikan seperti rumah anak yatim,

rumah warga tua atau rumah kanak-kanak istimewa sebagai rumah angkat untuk

memberikan bantuan berterusan secara sukarela kepada rumah tersebut, (2) membantu

pelajar UA memahami cara pengurusan rumah kebajikan supaya pelajar UA dapat

Page 20: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

4

menyumbang kepada rumah-rumah kebajikan yang memerlukan kepakaran selepas

mereka menamatkan pengajian, (3) menggalakkan pembentukan sahsiah pelajar UA

yang mempunyai sikap penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain dan

(4) membudayakan aktiviti kesukarelawanan (Kelab Penyayang).

1.3 Penyataan Masalah

Pendekatan pendidikan moral melalui penglibatan pelajar universiti dalam

kesukarelawanan merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai dalam DPBN

mahupun PPPM 2013-2025. Namun begitu, melalui satu tinjauan yang dilakukan ke

atas belia di Malaysia pada 2011 oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia

Malaysia (IPPBM) mendapati bahawa, hanya 27.1 peratus belia berminat untuk terlibat

dalam kesukarelawanan. Tinjauan tersebut mendapati bahawa hanya 18.2 peratus belia

menggunakan waktu terluang mereka untuk terlibat dalam kesukarelawanan (Institut

Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia). Peratusan penglibatan belia dalam

kesukarelawanan juga turut menunjukkan penurunan berdasarkan laporan Indeks Belia

Malaysia (IBM) pada tahun 2011. Laporan IBM tersebut mendapati bahawa skor

penglibatan belia dalam kesukarelawanan pada tahun 2011 adalah 65.4 peratus iaitu

lebih rendah berbanding skor penglibatan belia dalam kesukarelawanan pada tahun

2008 iaitu sebanyak 67.4 peratus (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia).

Senario masalah kekurangan bilangan belia untuk terlibat dalam kesukarelawanan juga

turut diakui oleh Samsudin (2007) seperti dipetik dalam Dzuhailmi, Haslinda, Azimi,

Ismi, Ezhar, Abdul-Lateef, Sarjit, Nobaya dan Turiman (2012) yang mana penglibatan

belia khususnya di dalam persatuan belia seperti Majlis Belia Malaysia (MBM)

menunjukkan peratusan yang rendah. Hal ini kerana, daripada 6000 persatuan belia

yang berdaftar di Malaysia hanya 3000 sahaja persatuan belia yang aktif sekaligus

menunjukkan bahawa kurangnya penglibatan belia dalam kesukarelawanan.

Berdasarkan kepada permasalahan ini telah menimbulkan persoalan kepada pengkaji

tentang mengapa bilangan belia khususnya dalam kesukarelawanan semakin rendah

dan berkurangan?. Permasalahan ini tidak seharusnya berlaku memandangkan

golongan belia terutamanya pelajar universiti merupakan golongan cerdik pandai yang

mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara. Melalui

permasalahan ini telah membawa pengkaji kepada persoalan tentang apakah yang

mendorong belia khususnya pelajar universiti untuk terlibat dalam kesukarelawanan?

Mengapakah dorongan tersebut menjadikan belia khususnya pelajar universiti untuk

terlibat dalam kesukarelawanan?

Menurut Omoto dan Snyder (1995), penglibatan seseorang individu dalam

kesukarelawanan didorong oleh motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan di

mana mereka menekankan tentang betapa pentingnya padanan antara motivasi dengan

kesukarelawanan supaya dapat menggalakkan lebih ramai individu untuk terlibat dalam

kesukarelawanan. Namun begitu, kebanyakan kajian lepas berkaitan motivasi untuk

terlibat dalam kesukarelawanan yang dijalankan di dalam dan di luar negara adalah

berbentuk kuantitatif (Francis, 2011; Ghose & Kassam, 2012; Hwang, Grabb & Curtis,

2005; Khoo & Engelhorn, 2007; Tajul Arifin & Aishah Nadirah, 2013). Sesetengah

pengkaji pula hanya menggunakan pendekatan kajian kualitatif untuk melihat dorongan

terhadap kesukarelawanan contohnya kajian oleh Jones dan Hill (2003), Hart dan

Fegley (1995) dan Chen dan Chen (2011). Walaubagaimanapun, kajian oleh

Page 21: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

5

Holdsworth (2010) sahaja setakat ini yang hanya menggunakan kaedah gabungan

(mixed-method) dalam mengkaji motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan. Oleh

kerana itu, kajian yang menggunakan kaedah gabungan perlu dilaksanakan bagi

mengenalpasti dan memahami motivasi belia khususnya pelajar universiti untuk terlibat

dalam kesukarelawanan.

Selain itu, beberapa kajian luar negara telah mengkaji tentang dimensi-dimensi

motivasi bagi pelajar universiti untuk terlibat dalam kesukarelawanan contohnya

seperti Francis (2011), Holdsworth (2010) dan Ghose dan Kassam (2012). Walaupun

kajian-kajian tersebut mengkaji tentang dimensi-dimensi motivasi pelajar universiti

untuk terlibat dalam kesukarelawanan namun, semua kajian tersebut adalah kajian luar

negara. Oleh itu, kajian tentang dimensi motivasi pelajar universiti untuk terlibat dalam

kesukarelawanan dalam konteks di Malaysia perlu dijalankan kerana kajian seumpama

ini masih lagi kurang.

Walaupun kajian seperti Planalp dan Trost (2009), Hwang, Grabb dan Curtis (2005),

Okun (1994) dan Surjit Singh (2004) telah mengkaji motivasi untuk terlibat dalam

kesukarelawanan namun, kajian-kajian tersebut dijalankan dalam kalangan orang

dewasa dan orang tua. Oleh itu, kajian yang menggunakan sampel kajian yang berbeza

iaitu dalam kalangan pelajar universiti perlu dijalankan supaya dapat mengenalpasti

dan memahami motivasi mereka untuk terlibat dalam kesukarelawanan.

Manakala Teori Fungsi oleh Katz (1960) telah menerangkan bahawa suatu tindakan

yang dilakukan mempunyai motivasi tertentu. Namun begitu, teori ini tidak

menjelaskan dengan lebih khusus tentang apakah motivasi yang mendorong seseorang

individu untuk terlibat dalam kesukarelawanan. Selain itu, teori tersebut tidak

menerangkan mengapa motivasi tertentu mendorong sesuatu tindakan yang dilakukan

oleh seseorang individu khususnya dalam motivasi untuk terlibat dalam

kesukarelawanan. Maka, satu kajian perlu dilakukan bagi mengkaji dengan lebih lanjut

tentang persoalan apakah motivasi belia khususnya pelajar universiti untuk terlibat

dalam kesukarelawanan dan mengapakah motivasi tersebut dapat mendorong belia

khususnya pelajar universiti untuk terlibat dalam kesukarelawanan.

Oleh kerana terdapat pelbagai kekurangan dari segi pengetahuan kajian-kajian lepas

dan teori maka, satu kajian tentang motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan

dalam kalangan belia khususnya pelajar universiti perlu dijalankan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini ingin mengkaji tentang motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan

dalam kalangan belia khususnya pelajar universiti. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji

dengan lebih lanjut melalui kajian kes tentang motivasi untuk terlibat dalam

kesukarelawanan menerusi badan sukarela iaitu Kelab Penyayang dalam kalangan

pelajar di sebuah Universiti Awam (UA).

Page 22: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

6

Secara khusus objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Memperihalkan dimensi motivasi paling utama untuk terlibat dalam Kelab

Penyayang dalam kalangan pelajar UA.

2. Mengenal pasti sub dimensi motivasi paling utama untuk terlibat dalam Kelab

Penyayang dalam kalangan pelajar UA.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif di atas, berikut adalah persoalan kajian yang perlu dijawab:

1. Apakah dimensi motivasi paling utama untuk terlibat dalam Kelab Penyayang

dalam kalangan pelajar UA?

2. Apakah sub dimensi motivasi paling utama untuk terlibat dalam Kelab Penyayang

dalam kalangan pelajar UA ?.

3. Mengapakah dimensi motivasi paling utama mendorong pelajar UA untuk

terlibat dalam Kelab Penyayang?

1.6 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan yang ditetapkan dalam kajian ini. Pertamanya kajian ini

mengkaji tentang penglibatan pelajar dalam kesukarelawanan di sebuah Universiti

Awam (UA). Oleh kerana itu kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua

pelajar dari UA yang ada di Malaysia. Batasan kajian yang kedua adalah kajian ini

mengkaji tentang penglibatan pelajar UA dalam kesukarelawanan menerusi badan

sukarela iaitu Kelab Penyayang di sebuah UA. Maka, kajian ini juga tidak boleh

digeneralisasikan kepada keseluruhan pelajar UA yang terlibat dalam Kelab

Penyayang. Ketiga, kajian ini mengkaji tentang dimensi-dimensi motivasi untuk

terlibat dalam kesukarelawanan dalam kalangan pelajar UA. Oleh itu, kajian ini

memfokuskan hanya kepada pemboleh ubah ini sahaja.

1.7 Definisi Operasional

Dalam kajian ini, terdapat beberapa konsep yang perlu diberikan definisi khusus

mengikut konteks kajian bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terutamanya

buat pembaca tesis ini. Berikut adalah konsep tersebut:

1.7.1 Kesukarelawanan

Surjit Singh (2004) mendefinisikan kesukarelawanan sebagai suatu tindakan untuk

menyediakan khidmat atau membantu tanpa ada bayaran yang diterima dan dilakukan

secara sekali-sekala mahupun kerap. Tindakan tersebut dilakukan dalam bentuk masa,

Page 23: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

7

khidmat atau kemahiran kepada badan bukan kerajaan contohnya masyarakat,

komuniti, kebajikan, pendidikan, politik dan kelab. Azizan Bahari (2005)

mendefinisikan kesukarelawanan sebagai suatu khidmat atau sumbangan yang

dilakukan secara sukarela iaitu dengan rela hati, tanpa paksaan serta dengan niat ikhlas

tanpa mengharapkan ganjaran material.

Oleh itu dalam kajian ini, kesukarelawanan dimaksudkan sebagai suatu tindakan untuk

membantu atau sumbangan yang dilakukan secara sukarela oleh pelajar UA iaitu

dengan rela hati dan tanpa ada bayaran serta dilaksanakan melalui sebuah badan

sukarela di UA iaitu Kelab Penyayang. Maksud kesukarelawanan dalam kajian ini

tidak mengambil kira kerja sukarela yang dilakukan secara informal atau care-giving

yang membantu individu, rakan dan saudara-mara dalam tempoh masa yang lama atau

sementara.

1.7.2 Dimensi-Dimensi Motivasi untuk Terlibat dalam Kesukarelawanan

Motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan bermaksud sebab atau alasan yang

diberikan oleh seseorang individu untuk terlibat dalam kesukarelawanan (Clary &

Snyder, 1999). Berdasarkan kajian Rehberg (2005), dimensi-dimensi motivasi untuk

terlibat dalam kesukarelawanan bermaksud kumpulan sebab diberikan oleh belia untuk

terlibat dalam kesukarelawanan. Manakala kajian oleh Gage III dan Thapa (2012)

mendefinisikan dimensi-dimensi motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan

sebagai kategori sebab yang diberikan oleh pelajar UA untuk terlibat dalam

kesukarelawanan yang terdiri daripada nilai peribadi, sosial, peningkatan diri,

pembelajaran dan perlindungan diri. Dalam kajian ini, dimensi-dimensi motivasi untuk

terlibat dalam kesukarelawanan bermaksud kumpulan sebab yang diberikan oleh

pelajar UA untuk terlibat dalam Kelab Penyayang. Terdapat lima dimensi motivasi

untuk terlibat dalam kesukarelawanan yang diambil kira dalam kajian ini iaitu dimensi

motivasi nilai peribadi, kerjaya, sosial, peningkatan diri dan pembelajaran.

1.7.3 Sub Dimensi Motivasi untuk Terlibat dalam Kesukarelawanan

Merujuk kepada Rehberg (2005), sub dimensi motivasi untuk terlibat dalam

kesukarelawanan didefinisikan sebagai sub kumpulan sebab untuk terlibat dalam

kesukarelawanan berdasarkan kumpulan sebab yang tertentu. Maka dalam kajian ini,

sub dimensi motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan didefinisikan sebagai sub

kumpulan sebab yang diberikan oleh pelajar UA untuk terlibat dalam Kelab Penyayang

berdasarkan kumpulan sebab yang tertentu. Contohnya seperti sub dimensi motivasi

nilai membantu adalah merupakan salah satu dimensi motivasi nilai peribadi.

Penerangan lebih lanjut mengenai kelima-lima dimensi dan sub dimensi motivasi

tersebut adalah seperti berikut:

Page 24: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

8

a) Dimensi Motivasi Nilai Peribadi

Didefinisikan sebagai penglibatan seseorang individu dalam kesukarelawanan kerana

nilai-nilai yang penting dalam diri seseorang individu seperti sub dimensi motivasi nilai

kemanusiaan dan kepercayaan agama (Clary & Snyder, 1999; Gage III & Thapa, 2012;

Holdsworth, 2010). Dalam kajian ini, dimensi motivasi nilai peribadi merujuk kepada

penglibatan pelajar UA dalam Kelab Penyayang kerana nilai-nilai yang penting dalam

diri seseorang individu seperti nilai kemanusiaan dan contohnya seperti sub dimensi

motivasi nilai membantu, rasa belas kasihan, tanggungjawab, keprihatinan dan

kepercayaan agama.

b) Dimensi Motivasi Kerjaya

Didefinisikan sebagai penglibatan seseorang individu dalam kesukarelawanan kerana

sub dimensi motivasi untuk mendapat pengalaman dan persediaan pekerjaan pada masa

hadapan di samping menyediakan kemahiran berkaitan kerjaya (Clary & Snyder, 1999;

Francis, 2011). Dalam kajian ini, dimensi motivasi kerjaya merujuk kepada penglibatan

pelajar UA dalam Kelab Penyayang kerana sub dimensi motivasi untuk mendapat

pengalaman, persediaan pekerjaan masa hadapan dan menyediakan kemahiran

berkaitan kerjaya.

c) Dimensi Motivasi Sosial

Didefinisikan sebagai penglibatan seseorang individu dalam kesukarelawanan kerana

sub dimensi motivasi untuk menjalinkan hubungan sosial dengan kenalan sedia ada

mahupun dengan kenalan baru (Clary & Snyder, 1999; Rehberg, 2005). Seseorang

individu juga terlibat dalam kesukarelawanan kerana sub dimensi motivasi pengaruh

persekitaran di sekeliling mereka seperti ahli keluarga, rakan, kenalan, masyarakat,

institusi pendidikan, institusi keagamaan, laman sosial dan media massa

(Bronfrenbenner, 1977).

Dalam kajian ini, dimensi motivasi sosial merujuk kepada penglibatan pelajar UA

dalam Kelab Penyayang kerana sub dimensi motivasi untuk menjalinkan hubungan

sosial dengan kenalan sedia ada mahupun dengan kenalan baru dan pengaruh

persekitaran di sekeliling mereka seperti ahli keluarga, rakan, kenalan, masyarakat,

institusi pendidikan, institusi keagamaan, laman sosial dan media massa.

d) Dimensi Motivasi Peningkatan Diri

Didefinisikan sebagai penglibatan seseorang individu dalam kesukarelawanan kerana

sub dimensi motivasi meningkatkan dan memperkembangkan perasaan positif bagi

tujuan perkembangan peribadi dalam diri mereka sendiri (Clary & Snyder, 1999;

Francis, 2011; Gage III & Thapa, 2012). Dalam kajian ini, dimensi motivasi

peningkatan diri merujuk kepada penglibatan pelajar UA dalam Kelab Penyayang

Page 25: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

9

kerana sub dimensi motivasi meningkatkan dan memperkembangkan perasaan positif

bagi tujuan perkembangan peribadi dalam diri mereka sendiri antaranya seperti

meningkatkan harga diri dan mengurangkan perasaan sedih.

e) Dimensi Motivasi Pembelajaran

Didefinisikan sebagai penglibatan seseorang individu dalam kesukarelawanan kerana

sub dimensi motivasi mempelajari sesuatu pengetahuan, kemahiran dan mendapatkan

pengalaman baru (Clary, Snyder, Ridge, Copeland, Stukas, Hauge & Miene, 1998;

Francis, 2011). Dalam kajian ini, dimensi motivasi pembelajaran merujuk kepada

penglibatan pelajar UA dalam Kelab Penyayang kerana sub dimensi motivasi

mempelajari sesuatu pengetahuan, kemahiran dan mendapatkan pengalaman baru.

1.8 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini meliputi dua aspek iaitu pertama, sumbangan dapatan kajian

adalah untuk perkembangan ilmu dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan

moral. Kedua, sumbangan dapatan kajian kepada pihak tertentu yang berkaitan dengan

penglibatan pelajar universiti dalam kesukarelawanan. Kajian ini dijangka dapat

memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu khususnya untuk menjadikan

penglibatan dalam kesukarelawanan sebagai salah satu pendekatan pendidikan moral

yang lebih efektif. Seterusnya kajian ini amat penting dalam membantu pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) di

peringkat universiti untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan pelajar

universiti dalam kesukarelawanan. Kajian ini juga diharapkan akan dapat membantu

pihak yang terlibat dalam badan sukarela di Malaysia supaya dapat merancang strategi

yang yang bersesuaian bagi mendorong lebih ramai pelajar universiti untuk terlibat

dalam kesukarelawanan.

1.9 Ringkasan

Ringkasnya, dalam bab ini telah dibincangkan mengenai tujuan kajian dijalankan yang

dapat difahami melalui penerangan dalam bahagian penyataan masalah. Beberapa

subtopik juga telah dihuraikan iaitu mengenai latar belakang kajian, objektif kajian,

persoalan kajian, batasan kajian dan definisi operasional kajian. Selain itu, bab ini juga

telah menekankan betapa pentingnya kajian ini dijalankan terutama sumbangan kajian

ini dalam pendekatan pendidikan moral secara secara lebih efektif dan kepada pihak-

pihak yang berkenaan untuk mengatasi kekurangan bilangan pelajar universiti yang

terlibat dalam kesukarelawanan pada masa hadapan.

Page 26: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

71

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi

perubahan dan cabaran alaf baru. Utusan Publications & Distributors Sdn.

Bhd, Kuala Lumpur.

Allison, L. D., Okun, M. A., & Dutridge, K. S. (2002). Assessing volunteer motives:

A comparison of an open-ended probe and likert rating scales. Journal of

Community and Applied Social Psychology, 12, 243–255. DOI:

10.1002/casp.677

Astin, A. W., & Sax, L. J. (1998). How undergraduates are affected by service

participation. Journal of College Student Development, 39, 251-263.

Azizan Bahari. (2005). Menghayati kerja sukarela. Qarya Sdn. Bhd Petaling Jaya.

Azizan Bahari. (2007). Becoming a volunteer. International Youth Centre

Foundation & Qarya Sdn. Bhd.

Azimi Hamzah. (2005). Helping Malaysian youth more forward: Unleashing the

prime enablers. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Azhar Md Adnan. (1998). Corak penglibatan ibu yang menyumbang terhadap

kebolehan membaca kanak-kanak tahun satu di sekolah-sekolah rendah

luar bandar di daerah Miri, Sarawak. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.

Universiti Putra Malaysia.

Bebeau, M. J., Rest, J. R., & Narvaez, D. (1999). Beyond the promise: A perspective

on research in moral education. Educational Researcher, Vol. 28, No. 4,

pp. 18-26. DOI:10.3102/0013189X028004018

Boss, J. A. (1994). The effect of community service work on the moral development of

college ethics students. Journal of Moral Education 23(2): 183-198.

Bronfenbrenner, U. (1977). Toward an experimental ecology of human development.

American Psychologist, 513-531.

Bruyere, B., & Rappe, S. (2007). Identifying the motivations of environmental

volunteers. Journal of Environmental Planning and Management, 50:4,

503-516. http://dx.doi.org/10.1080/09640560701402034.

Chen, Li-Ju., & Chen, J. S. (2011). The motivations and expectations of international

volunteer tourists: A case study of ‘‘Chinese Village Traditions’’. Tourism

Management, 32, 435–442.

Clary, E. G., Snyder, M. & Stukas, A. (1996). Volunteers Motivations: Findings from a

National Survey. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly 25(4): 485–

505.

Page 27: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

72

Clary, E. G., Snyder, M., Ridge, R. D., Copeland, J., Stukas, A. A., Haugen, J., &

Miene, P. (1998). Understanding and assessing the motivations of volunteers:

A functional approach. Journal of Personality and Social Psychology, 74(6),

1516–1530.

Clary, E. G., & Snyder, M. (1999). The motivations to volunteer: Theoretical and

practical considerations. Current Directions in Psychological Science, 8(5),

156-159. DOI:10.1111/1467-8721.00037

Creswell, J. W., & Miller, D. L. (2000). Determining validity in qualitative and mixed

methods approaches. 2th Edition. Thousand Oaks: Sage.

Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among

five approaches (2nd ed). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Creswell, J. W., & Clark, V. L. P. (2007). Designing and conducting mixed methods

research. Sage Publications, Thousand Oaks, Calif.

Dalton, J. C., & Crosby, P. C. (2011). Core values and commitments in college: The

surprising return to ethics and character in undergraduate education.

Journal of College & Character, Vol 12.

Dzuhailmi Dahalan, Haslinda Abdullah, Azimi Hamzah, Ismi Arif Ismail, Ezhar

Tamam, Abdul Lateef Abdullah, Sarjit S. Gill, Norbaya Ahmad & Turiman

Suandi. (2012). Malaysia Youth Council (MBM) and its Relevance to Youth

Development. American Journal of Applied Sciences 9 (7): 974-978, 2012.

Eyler, J., & Giles, D. E., Jr. (1999). Where’s the learning in service-learning? San

Francisco: Jossey-Bass.

Flanagan, C., Bowes, J., Johnson, B., Csapo, B., & Sheblanova, E. (1998). Ties that

bind: Correlates of adolescents’ civic commitments in seven countries.

Journal of Social Issues, 54, 457–475.

Francis, J. E. (2011). The functions and norms that drive university student

volunteering. International Journal of Nonprofit and Voluntary Sector

Marketing, 16, 1-12. DOI: 10.1002/nvsm.390

Gage III, R. L., & Thapa, B. (2012). Volunteer motivations and constraints among

college students: Analysis of the volunteer function inventory and leisure

constraints models. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly, 41(3) 405–

430. DOI: 10.1177/0899764011406738

Ghose, T., & Kassam, M. (2012). Motivations to volunteer among college students in

India. Voluntas. DOI 10.1007/s11266-012-9327-4.

Habibah Elias & Rahil Mahyuddin. (1990). Psikologi pembelajaran. Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 28: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

73

Handy, F., Hustinx, L., Kang, C., Cnaan, R. A., Brudney, J. L., Haski-Leventhal, D.,

& Zrinscak, S. (2010). A cross-cultural examination of student volunteering:

Is it all about resume building?.Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly,

39, 498-523. DOI:10.1177/0899764009344353.

Hart, D., & Fegley, S. (1995). Prosocial behavior and caring in adolescence:

Relations to self-understanding and social judgment. Child Development,

66,1346-1359.

Haski-Leventhal, D., Meijs, L. C. P. M. & Hustinx, L. (2010). The third party

model: Enhancing volunteering through governments, corporations and

educational institutes. Journal of Social Policy, Vol 39, pp 139-158. DOI:

10.1017/S0047279409990377

Holdsworth, C. (2010). Why volunteer? Understanding motivations for student

volunteering. British Journal of Educational Studies Vol. 58, No. 4: 421–

437. http://dx.doi.org/10.1080/00071005.2010.527666

Holstein, J. A., & Gubrium, J. F. (1995). The active interview. Thousand Oaks, CA:

Sage Publications.

Hustinx, L., Handy, F., Cnaan, R., Brudney, J. L., Pessie, A. B., & Yamauchi, N.

(2010). Social and cultural origins of motivations to volunteer: A comparison

of university students in six countries. International Sociology, 25(3), 349–

382. DOI: 10.1177/0268580909360297

Hwang, M., Grabb, E., & Curtis, J. (2005). Why get involved? Reasons for

voluntary association activity among Americans and Canadians.

Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly, 34 (3),387–403.DOI:

10.1177/0899764005276435

Jones, S. R., & Hill, K. E. (2003). Understanding patterns of commitment: Student

motivation for community service involvement. The Journal of Higher

Education, Vol. 74 No 5.

Katz, D. (1960). The functional approach to the study of attitudes. Public Opinion

Quarterly, 24,163–204.

Khoo, S., & Engelhorn, R. (2007). Volunteer motivations for the Malaysian

Paralympiad. Tourism and Hospitality Planning & Development, Vol 4,

No.3, 159-167. doi.org/10.1080/14790530701733413.

Lickona, T. (1991). Educating for character : How our schools can teach respect

and responsibility. New York: Bantam.

Lincoln, Y., & Guba, E. (1985). Naturalistic inquiry. New York: Sage

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan

kualitatif. McGraw-Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Page 29: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

74

Merriam, S. B. (2001). Qualitative research and case study applications in

education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti

Teknologi Malaysia Skudai.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur.

Newmann, F. M. (1975). Education for citizen action: Challenge for secondary

curriculum. McCutchan Publishing Corporation, Berkeley, California.

Omoto, A., & Snyder, M. (1995). Sustained helping without obligation: Motivation,

longevity of service, and perceived attitude change among AIDS

volunteers. Journal of Personality and Social Psychology, 68, 671–687.

Omoto, A., & Snyder, M. (2002). Considerations of community: The context and

process of volunteerism. American Behavioral Scientist, 45, 846–867. DOI:

10.1177/0002764202045005007

Othman Lebar. (2012). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan model.

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Okun, M., A. (1994). The relation between motives for organizational volunteering

and frequency of volunteering by elders. Journal of Applied Gerontology,

13, 115. DOI: 10.1177/073346489401300201

Padgett, D. K. (1998). Qualitative methods in social work research: Challenges and

rewards. Thousand Oaks, CA: Sage Publications

Patton, M. Q. (1990). Qualitative research & evaluation methods. Thousand Oaks,

CA: Sage Publications Inc.

Penner, L. A., & Finkelstein, M. A. (1998). Dispositional and structural determinants

of volunteerism. Journal of Personality and Social Psychology, 74, 525–537.

Penner, L. A., Dovidio, J. E., Piliavin, J. A., & Schroeder, D. A. (2005). Prosocial

behavior: Multilevel perspectives. Annual Review of Psychology, 56, 365–

392.

Penner, L. A. (2002). Dispositional and organizational influences on sustained

volunteerism: An interactionist perspective. Journal of Social Issues, Vol 58,

No 3 pp. 447-467.

Penner, L. A. (2004). Volunteerism and social problems: Making things better or

worse? Journal of Social Issues, Vol 60, No 3 pp 645-666.

Phellas, C.N., Bloch, A., & Seale, C. (2012). Structured methods: Interviews,

questionnaires and observation. Dalam Seale, C (Eds), Researching society

and culture (3rd Edition). Sage Publications: UK

Page 30: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

75

Planalp, S., & Trost, M. (2009). Reasons for starting and continuing to volunteer for

hospice. American Journal of Hospice and Palliative Medicine, Vol. 26 No.

4. DOI: 10.1177/1049909109333929

Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi pendidikan: Pendekatan

kontemporari. McGraw Hill, Kuala Lumpur.

Rehberg, W. (2005). Altruistic individualists: Motivations for international

volunteering among young adults in Switzerland. Voluntas: International

Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations, Vol. 16, No. 2, June

2005. DOI: 10.1007/s11266-005-5693-5.

Serow, R. C. (1991). Students and voluntarism: Looking into the motives of

community service participants. American Educational Research Journal,

Vol. 28, No. 3, pp. 543-556. DOI: 10.3102/00028312028003543

Sharifah Fatmah Alhabshi. (2008). Dalam Chang Lee Hoon., Norani Mohd Salleh.,

Wan Hasmah Wan Mamat & Vishalache Balakrishnan. Asia-Pacific moral,

civic and citizenship education: New vision and new realities. University of

Malaya.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis.

Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

Snyder, M., & Omoto, A. M. (2008). Volunteerism: Social issues perspectives and

social policy implications. Social Issues and Policy Review, 2, 1–36.

Surjit Singh S/O Uttam Singh. (2004). Volunteerism among retirees: A potential

resource for community development. Tesis PhD yang tidak diterbitkan.

Universiti Putra Malaysia.

Surjit Singh S/O Uttam Singh, Rahim M. Sail, Bahaman Abu Samah, Raja Ahmad

Tajudin Shah & Linda A. Lumayag. (2005). Debunking the myth: the

involvement of Malaysian retirees in volunteerism. Pertanika Journal Social

Science and Humanities, 13 (2), 159-171.

Tajul Arifin Muhamad & Aishah Nadirah Mohd Alauddin. (2013). Motif penglibatan

sukarelawan sukan Institusi Pengajian Tinggi terhadap tahap kepuasan diri.

Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2), 51-59

Turiman Suandi. (1991). Commitment of 4-B (Malaysia) youth leaders towards

volunteerism. University Microfilms International, Ann Arbor.

Turiman Suandi. (2009). Volunteerism: Expanding the frontiers of youth

development. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia Press 2009.

Twynam, G., Farrell, J. & Johnston, M. (2002). Leisure and volunteer motivation at a

special sporting event. Leisure/Loisir, 27, pp. 363–77.

Vishalache Balakrishnan. (2009). Pendidikan moral: Untuk universiti dan kolej. Arah

Pendidikan Sdn Bhd.

Page 31: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIApsasir.upm.edu.my/id/eprint/59805/1/FPP 2015 72IR.pdf · MOTIVASI UNTUK TERLIBAT DALAM BADAN SUKARELA ... logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah

© COPYRIG

HT UPM

76

Wilson, J. (2000). Volunteering. Annual Revision Sociology, 26: 215-40.

Yin, R. K. (1981). The case study crisis: Some answers. Administrative Science

Quarterly, Vol. 26, No. 1, pp. 58-65.

Younis, J., & Yates, M. (1999). Youth service and moral-civic identity: A case for

everyday morality. Educational Psychology Review, Vol 11, No 4.

Youniss, J., Yates, M., & Su, Y. (1997). Social integration into peer and adult

society: Community service and marijuana use in high school seniors.

Journal of Adolescence Research, 12, 245– 262. DOI:10.1177/07435548

97122006.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Universiti Putra Malaysia. Diakses pada 2 Mac 2013

daripada http://www.hep.upm.edu.my/.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Diakses pada 22 Februari 2013

daripada http://www.ippbm.gov.my/index. php?lang=bm.

Kelab Penyayang. Diakses pada 10 April 2014 daripada http://www.penyayang

.org.my/bh-kelab.php.

Kementerian Belia dan Sukan. Diakses pada 4 November 2012 daripada

http://www.kbs.gov.mydokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan/

%20Belia%20Negara.pdf.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses pada 9 Mac 2013 daripada

http://www.moe.gov.my/.

Sidek Baba (2006). Kecelaruan identiti remaja banyak sebabnya. Utusan Malaysia.

Diakses pada 13 Januari 2012 daripada http://www.utusan.com. my/utusan

/info.asp?y=2006&dt=0119&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_

agama&pg=ba_02.htm&arc=hive.