suhaila binti juhod - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/fpp 2019 35 upm...

37
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUBUNGAN ANTARA ESTIM KENDIRI, EFIKASI KENDIRI KEPUTUSAN KERJAYA DAN SOKONGAN SOSIAL DENGAN KEMATANGAN PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR PRINSIP PERAKAUNAN SUHAILA BINTI JUHOD FPP 2019 35

Upload: others

Post on 14-Aug-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA ESTIM KENDIRI, EFIKASI KENDIRI KEPUTUSAN KERJAYA DAN SOKONGAN SOSIAL DENGAN

KEMATANGAN PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR PRINSIP PERAKAUNAN

SUHAILA BINTI JUHOD

FPP 2019 35

Page 2: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

1

HUBUNGAN ANTARA ESTIM KENDIRI, EFIKASI KENDIRI

KEPUTUSAN KERJAYA DAN SOKONGAN SOSIAL DENGAN

KEMATANGAN PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR PRINSIP

PERAKAUNAN

Oleh

SUHAILA BINTI JUHOD

Tesis yang dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra

Malaysia, sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains

Julai 2018

Page 3: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

2

HAK CIPTA

Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia

kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam

tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta.

Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu

yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia,

Hak cipta © Universiti Putra Malaysia

Page 4: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

i

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai

memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains

HUBUNGAN ANTARA ESTIM KENDIRI, EFIKASI KENDIRI

KEPUTUSAN KERJAYA DAN SOKONGAN SOSIAL DENGAN

KEMATANGAN PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR PRINSIP

PERAKAUNAN

Oleh

SUHAILA BINTI JUHOD

Julai 2018

Pengerusi : Soaib Bin Asimiran, PhD

Fakulti : Pengajian Pendidikan

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara pembolehubah-pembolehubah

kematangan kerjaya di kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata

pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) Prinsip Perakaunan. Pelajar dalam bidang

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) khususnya yang mengambil

aliran teknikal sering dikaitkan dengan masalah membuat keputusan kerjaya serta

memilih laluan kerjaya yang jelas. Masalah yang berlaku ini berkaitan dengan

kematangan kerjaya yang rendah dalam kalangan pelajar PLTV. Kematangan kerjaya

dapat menentukan keupayaan seseorang dalam membuat keputusan kerjaya yang

bakal dipilih agar mereka dapat menceburi bidang pekerjaan yang diingini pada masa

hadapan. Dalam kajian ini, estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sosial

telah dikenal pasti ada hubungannya dengan kematangan kerjaya.

Kajian kuantitatif ini melibatkan 357 orang pelajar Prinsip Perakaunan di sekolah

menengah harian biasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Teknik persampelan

rawak mudah digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal

selidik dimana tahap kematangan kerjaya diukur menggunakan Career Maturity

Inventory Form C (CMI). Manakala bagi pembolehubah tidak bersandar, soal selidik

yang digunakan adalah Rosernberg Self –Esteem Scale bagi mengkaji tahap estim

kendiri, Career Decision Self Efficacy Scale-Short Form (CDSE-SF) bagi mengkaji

tahap efikasi kendiri keputusan kerjaya dan Multidimensional Scale of Perceived

Social Support bagi mengkaji tahap sokongan sosial pelajar. Analisis statistik yang

terlibat pula adalah ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi pelbagai.

Berdasarkan kajian rintis, nilai Alpha Cronbach untuk kebolehpercayaan soal selidik

adalah lebih besar dari .80 (r >0.8).

Page 5: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

ii

Analisis deskriptif menunjukkan tahap kematangan kerjaya pelajar adalah rendah

iaitu M = 7.41, SP = 3.73. Estim kendiri juga berada pada tahap rendah iaitu M = 2.17

dan S.P = .65 manakala tahap efikasi kendiri keputusan kerjaya adalah tinggi iaitu

M = 3.79 dan S.P = .39. Tahap sokongan sosial pula adalah sederhana tinggi iaitu dan

M = 5.07 dan S.P = .98. Seterusnya, Ujian korelasi Pearson menunjukkan wujudnya

hubungan positif yang lemah antara estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya

dan sokongan sosial dengan kematangan kerjaya. Secara keseluruhannya dalam kajian

ini, didapati efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sokongan sosial bukanlah peramal

kepada kematangan kerjaya. Sebaliknya hanya pembolehubah estim kendiri

merupakan peramal paling signifikan bagi kematangan kerjaya.

Dapatan kajian memberi implikasi bahawa bahawa faktor estim kendiri, efikasi

kendiri keputusan kerjaya dan sokongan sosial berupaya memberi kesan kepada tahap

kematangan kerjaya pelajar Prinsip Perakaunan. Tahap kematangan kerjaya yang

tinggi diperlukan dalam memastikan permintaan dan keperluan terhadap pekerja

mahir dalam pelbagai sektor perindustrian terutama dalam bidang PLTV tercapai.

Oleh yang demikian, pengetahuan mengenai kemahiran kerjaya wajar disampaikan

semasa proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPC) berlangsung. Guru dan

kaunselor boleh bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kerjaya supaya

pelajar lebih matang dalam memilih kerjaya masa hadapan sekaligus dapat

meningkatkan kematangan kerjaya dalam bidang PLTV khususnya.

Page 6: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

iii

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment

of the requirement for the degree of Master of Science

RELATIONSHIP AMONG SELF-ESTEEM, CAREER DECISION SELF-

EFFICACY AND SOCIAL SUPPORT WITH CAREER CHOICE

MATURITY IN PRINCIPAL ACCOUNTING STUDENTS

By

SUHAILA BINTI JUHOD

July 2018

Chairman : Soaib Bin Asimiran, PhD

Faculty : Educational Studies

This study was conducted to look into the relation between the variables of career

maturity among the form four students taking the professional elective subject (MPEI–

Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas) Principles of Accounting. Students in Technical and

Vocational Education and Training (TVET), especially those who are in the technical

stream often have problems in making career decisions as well as choosing clear career

paths. The problem which occurs is related to low career maturity among the TVET

students. Career maturity can determine one’s ability in making decisions about the

career that will be chosen so that they will be able to obtain employment in the field

that they wish to pursue in the future. In this study, self-esteem, career decision self-

efficacy and social support have been identified as being related to career maturity.

This quantitative study in the form of a survey involved 357 students of the Principles

of Accounting in the normal daily secondary schools in Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur. The simple random sampling technique was used in this study. Data was

collected using questionnaires where the level of career maturity is measured using

the Career Maturity Inventory Form C (CMI). Whereas for independent variables, the

questionnaire used was the Rosernberg Self –Esteem Scale to study the level of self-

esteem, Career Decision Self Efficacy Scale-Short Form (CDSE-SF) to study the level

of career decision self- efficacy and Multidimensional Scale of Perceived Social

Support to study the level of social support for students. Statistical analysis involved

the one way ANOVA, Pearson correlation and multiple regression. Based on the pilot

study, the Alpha Cronbach value for the reliability of the questionnaire is larger than

.80 (r >0.8).

Page 7: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

iv

Descriptive analysis shows that the career maturity level of the students is low (M =

7.41, SD = 3.73). The mean and standard deviation for self-esteem and level of social

support is medium which is M = 2.17 and S.D = .65 and M = 5.09 and S.D = .98.

Whereas the career decision self-efficacy level is high which is M = 3.79 and S.D =

.39. The Pearson correlation test shows the existence of a weak positive relation

between self-esteem, career decision self-efficacy and social support with career

maturity. The findings of the study also show that there is no significant difference in

career maturity between gender, stream and the desired job title. Overall it is found

that career decision self-efficacy and social support is not a predictor of career

maturity. Instead the self-esteem variable is the most significant predictor of career

maturity.

The findings suggest that self-esteem factors, career decision self-efficacy and social

support can affect the maturity level of accounting Principles students. A high level of

career maturity is needed to ensure the demand and needs of skilled workers in various

sectors of the industry especially in the field of PLTV are achieved. As such,

knowledge of career skills is delivered during the learning and facilitating process

(PdPC). Teachers and counselors can work together in carrying out career activities

so that students are more mature in choosing future careers as well as improving career

maturity in the field of PLTV in particular.

Page 8: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

v

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tesis ini.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan

Malaysia kerana memberi peluang cuti belajar bergaji penuh sepanjang pengajian

master saya di Universiti Putra Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi

Jawatankuasa Penyeliaan Tesis iaitu Dr. Soaib Bin Asimiran dan Prof. Madya Datin

Dr. Ramlah Binti Hamzah selaku ahli jawatankuasa penyeliaan tesis di atas segala

tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat dan cadangan yang diberi sepanjang

tempoh penyeliaan tesis ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian

berdua.

Buat suami tercinta, Mohd Hafiz Bin Mohd Hanafi terima kasih di atas kesabaran,

pengorbanan, doa, semangat dan dorongan yang diberikan sepanjang penulisan tesis

ini. Begitu juga buat anak-anak tersayang, Alya, Zahrah, Damia dan Yusuf, semoga

usaha mama ini memberi inspirasi kepada kalian untuk terus menimba ilmu tanpa

jemu.

Tidak lupa buat ibuku Hathiyatini Binti Hj Reduan, kedua ibu dan bapa mertuaku

Nooryati Binti Din dan Mohd Hanafi Bin Meli serta adik beradik dan ahli keluarga

tersayang, terima kasih atas doa dan sokongan sepanjang melanjutkan pengajian.

Tidak ketinggalan buat kakandaku Zuhaidah Binti Juhod dan suami Kader Nazir Bin

Haja Kamaludin atas kesudian menanggung kos penghasilan tesis ini. Buat rakan-

rakan seperjuangan, Fazillah, Martini, Norashikin, Kartini dan Abas, motivasi

daripada kalian menjadikan saya bersemangat untuk menyiapkan tesis ini. Moga kita

semua dirahmati Allah SWT.

Akhir kata, Al-fatihah buat Allahyarham Juhod Bin Baharum, Haja Kamaludin dan

Kalitha Meera Hussin. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam

kalangan orang yang beriman. Amin.

Page 9: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

Page 10: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

vii

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima

sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Master Sains. Ahli-ahli

Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:

Soaib Bin Asimiran, PhD

Pensyarah kanan

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Ramlah Binti Hamzah, PhD

Profesor Madya

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

ROBIAH BINTI YUNUS, PhD

Profesor dan Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh:

Page 11: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

viii

Perakuan pelajar siswazah

Saya memperakui bahawa

tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli;

setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas;

tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini dan tidak dimajukan serentak dengan

ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi lain;

hak milik intelek dan hakcipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra

Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan)

2012;

kebenaran bertulis daripada penyelia dan pejabat Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovosi) hendaklah diperolehi sebelum tesis ini diterbitkan

(dalam bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul,

prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota

kuliah, modul pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam

Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012;

tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integriti ilmiah

telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian

Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra

Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis ini telah diimbaskan dengan perisian

pengesanan plagiat.

Tandatangan : Tarikh:

Nama dan No. Suhaila Binti Juhod, GS42101

Page 12: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

ix

Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyelidikan

Dengan ini diperakukan bahawa:

penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah selian kami;

tanggungjawab penyelian sebagaimana yang dinyatakan dalam Universiti

Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah dipatuhi.

Tandatangan:

Nama Pengerusi

Jawatankuasa

Penyeliaan: Dr. Soaib Bin Asimiran

Tandatangan:

Nama Ahli

Jawatankuasa

Penyeliaan: Profesor Madya Dr. Ramlah Binti Hamzah

Page 13: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

x

JADUAL KANDUNGAN

Muka surat

ABSTRAK i

ABSTRACT iii

PENGHARGAAN v

PENGESAHAN vi

PERAKUAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.3 Penyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan kajian 8

1.7 Skop dan batasan Kajian 8 1.8 Definisi Operasional 9

2 TINJAUAN LITERATUR 11

2.1 Pengenalan 11 2.2 Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Sebagai Salah Satu

Bidang PLTV di Sekolah Menengah 11 2.3 Peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

(PLTV) ke Arah Kematangan Kerjaya Pelajar Prinsip

Perakaunan 12

2.4 Teori dan Model Kematangan Kerjaya 14 2.4.1 Teori Perkembangan Kerjaya Super (1971) 14

2.4.2 Model Kematangan Kerjaya Crites 16 2.4.3 Teori Kerjaya Kognitif Sosial (Social Cognitive

Career Theory) 16 2.5 Kajian Kematangan Kerjaya 18

2.6 Kajian Estim Kendiri dengan Kematangan Kerjaya 21 2.7 Kajian Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya dengan

Kematangan Kerjaya 23 2.8 Kajian Sokongan Sosial dengan Kematangan Kerjaya 24

2.9 Kerangka Konseptual Kajian 27 2.10 Rumusan 27

3 METODOLOGI 28

3.1 Pengenalan 28 3.2 Reka Bentuk dan Kaedah Penyelidikan 28

3.3 Populasi 28

Page 14: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

xi

3.4 Persampelan 29 3.5 Instrumen Kajian 30

3.6 Kesahan Instrumen dan Kebolehpercayaan 34 3.6.1 Kesahan Instrumen 34

3.6.2 Penterjemahan 34 3.6.3 Kajian Rintis 35

3.7 Tatacara Pengumpulan Data 36 3.8 Analisis Data 36

4 DAPATAN KAJIAN 38

4.1 Pengenalan 38 4.2 Demografi 39

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 1 40 4.4 Dapatan Persoalan Kajian 2 42

4.5 Dapatan Persoalan Kajian 3 44 4.6 Dapatan Persoalan Kajian 4 47

4.7 Dapatan Persoalan Kajian 5 50 4.8 Dapatan Persoalan Kajian 6 50

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN

CADANGAN 52 5.1 Pengenalan 52

5.2 Ringkasan Kajian 52 5.3 Perbincangan 53

5.3.1 Demografi 53 5.3.2 Tahap Kematangan Kerjaya pelajar Prinsip

Perakaunan 53 5.3.3 Tahap Estim Kendiri 55

5.3.4 Tahap Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya 56 5.3.5 Tahap Sokongan Sosial 56

5.3.6 Hubungan antara estim kendiri dengan kematangan

kerjaya dalam kalangan pelajar 57

5.3.7 Hubungan antara efikasi kendiri keputusan kerjaya

dengan kematangan kerjaya 57

5.3.8 Hubungan antara sokongan sosial dengan kematangan

kerjaya dalam kalangan pelajar 58

5.3.9 Faktor peramal yang mempengaruhi kematangan

kerjaya pelajar Prinsip Perakaunan 58

5.4 Kesimpulan 59 5.5 Implikasi 60

5.6 Cadangan Kajian 60 5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 61

RUJUKAN 62

LAMPIRAN 70 BIODATA PELAJAR 84

Page 15: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

xii

SENARAI JADUAL

Jadual Muka surat

2.1 Senarai Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) 12

3.1 Rumusan Bagi Min Purata Estim Kendiri 32

3.2 Rumusan Bagi Min Purata Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya 33

3.3 Pengiraan Nilai Skor bagi penentuan tahap Sokongan Sosial 33

3.4 Nilai Cronbach Alpha Bagi Menentukan Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian 35

3.5 Ujian Statistik Bagi Penganalisaan Data 37

3.6 Pekali Korelasi Pearson 37

4.1 Demografi Responden (N=340) 40

4.2 Perbezaan Min dan Sisihan Piawai Skor Kematangan Kerjaya 41

4.3 Frekuensi dan Peratusan Item Kematangan Kerjaya 41

4.4 Frekuensi, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Estim Kendiri 43

4.5 Tahap Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya Berdasarkan 5 Konstruk

(n=340) 45

4.6 Min dan Sisihan Piawai Item Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya 46

4.7 Tahap Sokongan Sosial Berdasarkan Tiga Kumpulan Iaitu Keluarga,

Rakan Dan Pendorong Utama 48

4.8 Frekuensi, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Sokongan Sosial 49

4.9 Analisis Korelasi Pearson Bagi Estim Kendiri, Efikasi Kendiri

Keputusan Kerjaya, Sokongan Sosial Dan Kematangan Kerjaya 50

4.10 Jadual Kekuatan Korelasi (Cohen, 1988) 50

4.11 Analisa Regresi Pembolehubah Bebas dengan Tahap Kematangan

Kerjaya(n=340) 51

Page 16: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

xiii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka surat

A Borang Soal Selidik 70

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia

80

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

81

D Ujian Normaliti 82

D1 Plot Normal Q-Q Bagi Kematangan Kerjaya 82

D2 Plot Normal Q-Q Bagi Estim Kendiri 82

D3 Plot Normal Q-Q Bagi Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya 83

D4 Plot Normal Q-Q Bagi Sokongan Sosial 83

Page 17: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

xiv

SENARAI SINGKATAN

ADTEC Pusat Latihan Teknologi Tinggi

BPTV Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum

CDMSE-SF Career Decision Making Self Efficacy Scale Short Form

CMI Form C Career Maturity Inventory Form C

CM-R Career Maturity Inventory Revised

DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

EPRD Education Planning and Research Division

IKBN Institut Kemahiran Belia Negara

ILO International Labour Organization

JPWP Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah

M Min, Mean

MPEI Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas

MPET Mata pelajaran Elektif Teknikal

PLTV Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

RMKe-11 Rancangan Malaysia Kesebelas

SP Sisihan Piawai

SPSS Statistical Package for Social Science

UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural

Organization

Page 18: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

1

BAB 1

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan latar belakang kajian serta pernyataan masalah mengenai

hubungan antara estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya, sokongan sosial

dengan kematangan kerjaya. Bab ini juga menjelaskan objektif kajian, persoalan

kajian, kepentingan kajian, batasan kajian serta definisi operasi yang turut dihuraikan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Persaingan yang hebat dalam pasaran pekerjaan pada masa kini memerlukan

seseorang individu melengkapkan diri dengan pengetahuan serta perancangan dalam

bidang pekerjaan yang ingin diceburi. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan

Vokasional (PLTV) di Malaysia merupakan salah satu peranan penting dalam

pembangunan modal insan ke arah menjadi sebuah negara maju. Bagi mencapai

permintaan dan keperluan terhadap pekerja mahir dalam pelbagai sektor perindustrian

terutama dalam bidang PLTV, Malaysia masih kekurangan sebanyak 1.5 juta pekerja

untuk memenuhi keperluan ini (Unit Perancang Ekonomi, 2015). Masalah tenaga

kerja yang kurang ini khususnya yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional

perlu diberi perhatian serius. PLTV boleh menjadi penyumbang utama untuk

melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif seterusnya menjadi penggerak kepada

perkembangan kesejahteraan dan ekonomi negara sekiranya penambahbaikan dalam

sistem pendidikan negara sentiasa dititikberatkan (Abdullah, 2011).

Selari dengan senario di atas, salah satu agenda negara dalam Pelan Transformasi

Pendidikan Teknikal dan Vokasional termasuklah menekankan laluan kerjaya dalam

bidang PLTV. Dari sudut aliran kerjaya, PLTV dapat membuka peluang dan pilihan

kepada murid yang mempunyai kecenderungan serta minat ke arah pendidikan sains

dan teknologi sekaligus mengisi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri

yang ada di negara ini. Pihak kementerian sentiasa memastikan sistem pendidikan di

Malaysia mempunyai laluan yang jelas termasuklah dalam bidang PLTV. Pendidikan

vokasional membolehkan murid tertumpu ke arah kerjaya yang khusus dan

berorientasikan kerjaya. Manakala pendidikan teknikal pula membolehkan murid

menyambung pelajaran dan kerjaya dalam bidang yang professional seperti bidang

kejuruteraan dan sebagainya.

Pendidikan berbentuk teknikal turut memerlukan asas akademik yang kukuh yang

membolehkan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini jelas

menunjukkan bahawa dalam laluan akademik yang disediakan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) pendidikan teknikal juga tidak ketinggalan diiktiraf

dalam laluan akademik. Bagi pelajar aliran teknikal, mereka boleh mengambil salah

Page 19: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

2

satu pilihan dalam subjek elektif teknikal yang merangkumi bidang kejuruteraan

awam, prinsip perakaunan, sains pertanian dan lain-lain (KPM, 2015).

Pendidikan perakaunan telah lama bermula melalui penubuhan sekolah perdagangan.

Dalam sistem pendidikan sekolah menengah harian biasa di Malaysia, Prinsip

Perakaunan merupakan antara mata pelajaran teknikal yang diterapkan dalam aliran

akademik sebagai salah satu mata pelajaran elektif. Di sekolah, Prinsip Perakaunan

juga merupakan salah satu daripada mata pelajaran di bawah bidang Teknik dan

Vokasional. Pelajar yang telah menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu

memilih aliran pengkhususan dan mata pelajaran elektif semasa di tingkatan empat.

Pada ketika ini, sepatutnya pemilihan mata pelajaran elektif haruslah menjurus ke arah

bidang kerjaya yang diingini. Pemilihan mata pelajaran elektif kadangkala berbeza di

setiap sekolah dan bergantung kepada keputusan PT3. Terdapat juga kemungkinan

pelajar yang terikut-ikut dengan ajakan rakan dalam memilih aliran. Oleh itu, pelajar

sepatutnya telah mengambil kira kesesuaian aliran serta mata pelajaran elektif yang

diambil dengan kursus yang bakal ditawarkan di institusi pengajian setelah tamat

persekolahan seiring dengan kerjaya yang bakal mereka pilih.

Secara umumnya, pelajar-pelajar mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke

institusi pengajian tinggi dan mendapatkan pekerjaan. Walau bagaimanapun

sebahagian daripada pelajar menghadapi halangan untuk melanjutkan pelajaran atau

gagal mendapatkan pekerjaan (Mansor & Tan, 2009). Oleh itu, masalah pengangguran

dikalangan graduan masih menjadi satu perkara yang perlu diambil berat. Satu perkara

yang perlu diberi perhatian yang berkaitan dengan perkara ini adalah keupayaan

seseorang untuk membuat keputusan kerjaya. Kegagalan untuk menentukan pekerjaan

yang ingin dilakukan dikenali sebagai ‘Career Indecision’ atau teragak-agak untuk

membuat keputusan terhadap kerjaya yang ingin diceburi. ‘Career Indecision’

menggambarkan tahap Kesediaan Kerjaya (Career Readiness) atau Kematangan

Kerjaya (Career Maturity) seseorang pelajar tersebut (Maznizam Mansor dan

Abdullah, 2013).

Isu mengenai kesukaran mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian harus

dipandang serius. Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2016,

kadar pengangguran belia berada pada tahap membimbangkan kerana jumlahnya

apabila adalah kira-kira tiga kali kadar pengangguran orang dewasa, dan lebih dua kali

kadar pengangguran global. Kadar pengangguran tertinggi pernah dicapai pada tahun

2013 iaitu 13.2% dianggarkan kekal tinggi sebanyak 13.1% pada tahun 2016. Angka-

angka ini merangkumi lebih 70 juta anak muda di seluruh dunia yang menghadapi

masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation, ILO)

melaporkan bahawa trend pengangguran belia akan meningkat lagi pada tahun 2017,

khususnya dalam kalangan negara sedang pesat membangun, selepas pulih sedikit

antara tahun 2012 hingga 2015. ILO juga merujuk kajian-kajian yang mendapati

bahawa pengangguran belia pada usia muda mempunyai kesan negatif jangka panjang

yang serius ke atas pendapatan dan risiko pengangguran pada masa hadapan,

Page 20: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

3

terutamanya bagi belia yang menjadi pengganggur sebaik sahaja memperoleh ijazah

daripada universiti. Isu yang timbul ini berkait rapat dengan kurangnya kematangan

kerjaya dalam kalangan pelajar semasa di peringkat sekolah lagi seterusnya memberi

kesan terhadap jangka masa panjang walaupun telah bergelar seorang graduan.

Minat kerjaya seseorang individu sepatutnya berkembang daripada satu tahap ke tahap

seterusnya melalui peringkat-peringkat perkembangan dimana tugas kerjaya perlu

diselesaikan pada satu peringkat sebelum meneruskan ke peringkat yang lain (Super,

1963). Jika individu tersebut tidak dapat menyelesaikan tugas pada peringkat tersebut,

pertumbuhannya akan tergendala dan memberi kesan kepada peringkat perkembangan

seterusnya. Keadaan ini boleh menyebabkan berlaku pertukaran dalam pekerjaan,

kegagalan pekerjaan, perubahan kerjaya serta pengangguran (See, 2009, Tan, 2005;

Super, 1963). Isu diatas berkait rapat dengan kurangnya kematangan kerjaya dalam

kalangan pelajar semasa berada di sekolah menengah hingga menyebabkan mereka

sukar untuk membuat keputusan memilih kerjaya setelah tamat persekolahan.

Berdasarkan senario ini, usaha membuat keputusan berkaitan pilihan kerjaya

seharusnya dilakukan dari peringkat awal terutamanya bagi golongan pelajar sekolah.

Dalam membuat pilihan kerjaya yang tepat, seseorang individu perlu menunjukkan

tahap kematangan kerjaya yang tertentu (Coertse & Schepers, 2004). Kematangan

kerjaya menjelaskan sejauh mana kesediaan seseorang individu untuk memperolehi

maklumat, usia yang sesuai untuk membuat keputusan kerjaya serta persediaan dalam

menghadapi tugas terhadap pembangunan kerjaya (Patton. W & Creed, 2003;

Savickas, 1999). Savickas dan Porfeli (2011) menegaskan bahawa seorang individu

di anggap bersedia untuk membuat pilihan kerjaya apabila telah prihatin (concern)

tentang kerjaya masa depannya, merasai kawalan (control) diri terhadap kerjaya,

keinginan (curiosity) untuk meneroka peluang serta merasa yakin (confidence) untuk

merancang dan melaksanakan pelan pekerjaan masa hadapan. Berdasarkan definisi

tersebut, boleh di anggap seseorang individu yang bersedia untuk menempuh alam

pekerjaan telah melengkapkan proses penerokaan dan perancangan kerjaya,

memperolehi maklumat yang lengkap berkaitan kerjaya pilihan mereka serta mampu

membuat keputusan berkenaan kerjaya masa hadapan. Walau bagaimanapun beberapa

kajian dalam dan luar negara oleh Fazillah Musa (2017), Maznizam Mansor dan

Abdullah (2013), Mansor dan Tan (2009), Emerson (2017) mendapati kematangan

kerjaya pelajar masih berada pada tahap rendah.

Menurut Widjaja (2010), kematangan kerjaya bukan sahaja dilihat pada tahap

persediaan seseorang dalam membuat pemilihan kerjaya tetapi termasuk juga pilihan

menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Pelajar sepatutnya perlu

memilih aliran yang betul dari peringkat sekolah lagi supaya mempunyai hala tuju

bidang pengajian serta pilihan kerjaya yang akan disambung setelah tamat

persekolahan. Menurut Feller (2003), pembangunan kerjaya diperlukan dalam

membantu pelajar dari sekolah menengah dalam merancang alternatif selepas tamat

persekolahan. Selain itu, menurut beliau lagi penerokaan kerjaya harus bermula dari

peringkat sekolah rendah, berterusan hingga ke sekolah menegah dan seterusnya.

Pandangan ini disokong oleh Jarvis & Keely (2003) yang mendakwa bahawa

Page 21: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

4

kemahiran pengurusan kerjaya perlu dimulakan seawal dari sekolah rendah,

menengah, pasca menegah hingga ke alam dewasa.

Dalam hal ini, kesedaran dan bimbingan terhadap laluan pendidikan dan kerjaya

sangat dititikberatkan dalam sistem pendidikan di Malaysia khususnya dalam bidang

PLTV. Guru dapat membantu murid merancang laluan pendidikan yang betul

seterusnya memilih hala tuju kerjaya yang diingini. Pemilihan pekerjaan adalah satu

proses yang berterusan iaitu sebelum pelajar meninggalkan institusi pendidikan dan

berterusan sepanjang kehidupan mereka. Melalui pengalaman pendidikan dan

pendedahan kepada pelbagai jenis pekerjaan, pelajar boleh membuat keputusan dan

menyediakan diri mereka untuk kerjaya pilihan tertentu (Ab. Rahim Bakar, 2011).

Namun begitu, peranan ini kurang diberi penekanan. Guru dikatakan masih belum

bersedia untuk dalam membimbing murid ke arah merancang laluan pendidikan dan

kerjaya mereka (KPM, 2013). Walaupun terdapat kepelbagaian pemilihan laluan

pendidikan dan kerjaya tetapi murid dan ibu bapa dilihat masih kurang mendapat akses

kepada maklumat tersebut. Ini disokong oleh kajian Vineta Sirohi (2013) yang

mendapati kematangan kerjaya bagi pelajar yang menerima maklumat pekerjaan

berada pada tahap yang tinggi berbanding pelajar yang tidak diberi bimbingan

kaunseling.

Selain guru, kajian oleh Abdullah, Ab.Rahim, Soaib & Loh (2009) mendapati

kaunselor kerjaya di sekolah lebih cenderung untuk menjalankan intervensi kerjaya

berbentuk kumpulan berbanding individu. Amalan ini disebabkan kaunselor kerjaya

(yang juga merupakan kauselor psikologi di sekolah) di bebani tugasan yang banyak.

Dapatan kajian tersebut juga mendedahkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA

(58.12%) dan Sekolah Sains (58.33%) didedahkan dengan intervensi kerjaya yang

lebih banyak berbanding pelajar sekolah harian biasa (40.23%) dan pelajar di institusi

PLTV (35.33%). Ini menunjukkan aktiviti pembangunan kerjaya PLTV khususnya

pelajar di sekolah menengah perlu dipertingkatkan lagi.

Super (1957) dalam Teori Kematangan Kerjaya beliau telah mengemukakan lima

tahap dalam perkembangan kerjaya iaitu peringkat pertumbuhan (0 hingga 14 tahun),

peringkat penerokaan (15 hingga 25 tahun), peringkat penubuhan (26 hingga 45

tahun), peringkat pengekalan (46 hingga 65 tahun) dan peringkat penurunan (65

hingga meninggal dunia). Berdasarkan konsep yang diperkenalkan oleh Super (1955),

beliau menjelaskan kematangan kerjaya sebagai satu tahap perkembangan atau tahap

yang dicapai dalam kontinum perkembangan vokasional dari peringkat penerokaan

sehingga peringkat penurunan. Kematangan kerjaya juga boleh dijelaskan sebagai

kejayaan pelajar dalam proses membuat keputusan kerjaya, pemilihan matlamat,imej

kendiri, pengetahuan tentang pekerjaan dan perancangan serta kemahiran

menyelesaikan masalah (Tan,2005 ; Crites & Savickas, 1995). Di Malaysia, pelajar

tingkatan empat di sekolah menengah atas berada dalam purata umur 16 tahun dan

berada pada peringkat penerokaan. Secara umumnya pada peringkat ini, pelajar harus

dapat menentukan bidang untuk meneruskan pelajaran walaupun mereka masih belum

dapat membuat keputusan muktamad tentang pemilihan kerjaya yang ingin diceburi.

Page 22: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

5

Estim kendiri seringkali dikaitkan dengan kematangan kerjaya dan pembuatan

keputusan kerjaya. Ini kerana estim kendiri memainkan peranan yang amat penting

dalam membentuk proses pemikiran dan aspirasi dalam kerjaya dan kehidupan

seseorang terutama bagi golongan remaja. Remaja mengukur dan menilai diri mereka

dengan satu tahap yang dipengaruhi oleh orang-orang di sekeliling yang membentuk

diri mereka (Halimah, 2008). Tahap harga diri rendah, sederhana atau tinggi akan

memberi kesan kepada kehidupan seseorang (Mcleod, 2012). Kajian lepas (gardner,

1981; Holland, 1985;Super, 1980) menerangkan bahawa remaja yang mempunyai

estim kendiri yang tinggi mempunyai konsep yang lebih cerah terhadap diri mereka

sendiri terhadap minat kerjaya dan pembuatan keputusan kerjaya berbanding pelajar

yang mempunyai estim kendiri yang rendah. Individu yang mempunyai estim kendiri

yang tinggi menunjukkan mereka lebih bersedia untuk menguruskan proses adaptasi

pembangunan minat kerjaya dan membuat keputusan berkaitan kerjaya (Patton,

Bartrum & Creed, 2004).

Terdapat satu lagi elemen yang perlu diambil berat dalam kematangan kerjaya iaitu

efikasi kendiri keputusan kerjaya. Pelajar harus mempunyai kepercayaan serta

keyakinan dalam membuat keputusan kerjaya yang bakal diceburi. Pelajar yang

mempunyai kematangan kerjaya yang tinggi akan lebih yakin dalam membuat

keputusan kerjaya (Patton et. al, 2003). Oleh itu, pelajar harus mempunyai tahap

efikasi kendiri keputusan kerjaya yang tinggi kerana kepercayaan dan keyakinan

individu untuk mengambil tindakan yang sepatutnya diperlukan untuk memperoleh

kejayaan (Paulsen & Betz, 2004). Seseorang yang mempunyai kemahiran yang lebih

besar serta sikap positif terhadap keputusan kerjaya diperlukan untuk mendapatkan

tahap efikasi kendiri keputusan kerjaya yang tinggi.

Pada peringkat remaja, sokongan sosial daripada ibu bapa, guru, rakan-rakan dan

orang yang berada disekelilingnya dapat membantu mereka meneruskan kehidupan.

Sokongan sosial ini akan memberi kesan terhadap psikologikal kehidupan seseorang

apabila menghadapi sesuati konflik. Selain itu sokongan sosial dilihat dapat membantu

meningkatkan memberi perlindungan dan peningkatan kesihatan serta peningkatan

estim kendiri, nilai dan keyakinan diri serta kesejahteraan dalam hidup (Nestmeann &

Hurrelmann, 1994). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa sokongan sosial ini memberi

pengaruh terhadap kehidupan seharian remaja termasuklah dalam kematangan kerjaya

mereka.

Pelajar juga perlu mempunyai matlamat, keyakinan dan penghargaan diri atau estim

kendiri yang tinggi selain melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran

sebagai persediaan untuk melangkah ke bidang pekerjaan. Oleh yang demikian,

berdasarkan isu-isu yang timbul berkaitan kematangan kerjaya, satu kajian yang

merangkumi faktor estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sokongan

sosial perlu dijalankan untuk merungkaikan isu-isu tersebut.

Page 23: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

6

1.3 Penyataan Masalah

Pemilihan kerjaya yang tepat dan sesuai dengan cita rasa individu adalah penting

dalam menjamin kesejahteraan masa hadapan seseorang individu. Walau

bagaimanapun, kematangan kerjaya pelajar institusi PLTV di Malaysia masih berada

pada tahap yang rendah (Fazillah Musa, 2017; Maznizam dan Abdullah, 2013).

Apabila diteliti statistik kadar pengangguran mengikut kumpulan umur pada 2015,

peringkat umur 15-24 tahun menyumbang kepada peratus yang tinggi iaitu sebanyak

61%. (Jabatan Perangkaan Malaysia). Masalah ini mungkin terjadi kerana berkait

rapat dengan pelbagai isu yang dihadapi oleh pelajar seperi tidak mempunyai cita-cita

yang jelas dalam kerjaya masa hadapan.

Pada masa kini, pelajar sekolah menengah tidak mempunyai kecekapan dalam

menentukan kerjaya yang sejajar dengan kebolehan dan minat yang ada. Memilih

kerjaya yang betul telah menjadi masalah kepada pelajar sekolah menengah,

terutamanya mereka dalam tingkatan empat, yang belum banyak terdedah kepada

pembangunan kerjaya atau maklumat mengenai kerjaya (Sidek Mohd Noah, 2002).

Kebanyakan pelajar masih samar-samar mengenai membuat pilihan mengenai kerjaya

mereka akan menceburi masa depan (Hashim & Amnah, 2006). Rata-rata pelajar pada

hari ini membuat pilihan kerjaya mengikut kriteria yang ditetapkan oleh keluarga,

rakan sebaya atau pihak yang menaja pengajian mereka (Hashim & Amnah, 2006).

Kegagalan dalam menentukan sesuatu pekerjaan yang ingin dilakukan atau teragak-

agak dalam membuat keputusan kerjaya yang ingin diceburi menggambarkan tahap

kematangan kerjaya seseorang pelajar tersebut (Maznizam Mansor & Abdullah,

2013).

Secara umum, pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan atau subjek Perdagangan

akan mempunyai kecenderungan untuk memasuki bidang perakaunan di peringkat

yang lebih tinggi (Hezlina & Abdul Mutalib, 2015). Namun begitu, sehingga kini

jumlah akauntan bertauliah yang dapat dilahirkan di Malaysia masih tidak dapat

memenuhi kehendak pasaran. Perkara ini juga tidak seiring dengan matlamat Malaysia

menjelang tahun 2020 bagi mencapai sasaran jumlah akauntan bertauliah seramai

60,000 orang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2015 terdapat 30,000 profesional

perakaunan di Malaysia, dan hanya 28 peratus daripadanya adalah akauntan bertauliah

(Bernama, 2015).

Berdasarkan senario di atas, jika dilihat perbezaan antara jumlah sedia ada dan jumlah

yang ingin dicapai masih ketinggalan jauh serta masih tidak dapat memenuhi

permintaan yang diingini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang stabil

dan kukuh. Perkara ini seharusnya tidak terjadi kerana bilangan akauntan bertauliah

yang boleh dihasilkan adalah bergantung kepada kapasiti pelajar bagi setiap jurusan,

keperluan dan kehendak semasa dalam memenuhi tuntutan global. Isu di atas

menggambarkan bahawa pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran

Prinsip Perakaunan tidak semestinya menyambung pengajian dalam bidang yang sama

dan sebahagiannya mengambil mata pelajaran ini disebabkan pengaruh dari faktor-

faktor lain.

Page 24: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

7

Pembangunan estim kendiri merupakan fasa yang kritikal untuk remaja yang berumur

14 hingga 17 tahun (Demo, 2001). Menurut Kanfer, Wanberg & Kantrowitz (2001),

tahap estim kendiri yang rendah akan memberi kesan kepada penolakan diri, perasaan

tidak puas hati terhadap diri sendiri dan penghinaan diri. Sokongan sosial daripada ibu

bapa, guru atau kaunselor dan rakan sebaya juga sangat penting dalam memberi

maklumat , bimbingan dan nasihat supaya keputusan kerjaya yang tepat boleh dibuat

dari peringkat awal lagi. Menurut Chan (2014), remaja yang mempunyai tahap

kematangan kerjaya yang rendah tidak bersedia untuk membuat keputusan kerjaya

kerana mereka dengan mudahnya dipengaruhi terutamanya oleh ibu bapa kerana ibu

bapa dianggap sebagai individu yang penting dalam mempengaruhi keputusan remaja.

Di sekolah pula, guru bukan sahaja dikatakan belum cukup bersedia dalam

menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbing serta membantu murid dalam

merancang dan memilih arah tuju laluan pendidikan termasuklah bidang kerjaya

(KPM 2012).

Oleh yang demikian, satu kajian untuk mengenal pasti tahap kematangan kerjaya

mereka perlu dijalankan. Kebanyakan kajian tentang kematangan kerjaya di Malaysia

lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar dari institusi PLTV dan pengajian tinggi.

Justeru, kajian ini dijalankan berdasarkan kepentingan semua pembolehubah bagi

mengkaji hubungan antara estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan

sokongan sosial dengan kematangan kerjaya yang ada dalam kalangan pelajar

tingkatan empat elektif Prinsip Perakaunan di sekolah menengah harian biasa.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap estim kendiri, efikasi kendiri

keputusan kerjaya, sokongan sosial dan kematangan kerjaya dalam kalangan pelajar

tingkatan empat yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan. Kajian ini juga

menentukan sejauh mana perkaitan antara estim kendiri, efikasi kendiri keputusan

kerjaya dan sokongan sosial dengan kematangan kerjaya pelajar.

1. Mengenal pasti tahap kematangan kerjaya, estim kendiri, efikasi kendiri

keputusan kerjaya dan sokongan sosial dalam kalangan pelajar.

2. Mengenal pasti hubungan antara estim kendiri, efikasi kendiri keputusan

kerjaya dan sokongan sosial dengan kematangan kerjaya dalam kalangan

pelajar. 3. Mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi kematangan kerjaya

pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap kematangan kerjaya pelajar?

2. Apakah tahap estim kendiri pelajar?

3. Apakah tahap efikasi kendiri keputusan kerjaya pelajar?

4. Apakah tahap sokongan sosial pelajar?

Page 25: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

8

5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara estim kendiri, efikasi

kendiri keputusan kerjaya dan sokongan sosial dengan kematangan kerjaya

dalam kalangan pelajar?

6. Apakah faktor peramal yang mempengaruhi kematangan kerjaya pelajar?

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini menumpukan kepentingan kepada kerajaan terutama Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam usaha untuk memastikan pelajar dapat membuat pilihan

mata pelajaran serta aliran yang betul semasa di tingkatan empat lagi supaya selari

dengan keputusan kerjaya mereka. Kandungan dalam mata pelajaran itu sendiri boleh

diperkukuhkan oleh penggubal kurikulum supaya menepati matlamat untuk

melahirkan pelajar yang mampu memenuhi bidang pekerjaan profesional setelah

tamat pengajian.

Kajian ini turut memberi kepentingan kepada kaunselor dan guru yang merupakan

individu penting dalam memberi pendedahan kepada pelajar terhadap aliran yang

sesuai dengan latar belakang, minat dan kebolehan pelajar. Pelajar perlu diberi

maklumat dan kefahaman yang betul sebelum memilih aliran dan jurusan yang selari

dengan minat dan kebolehan mereka sebagai pengetahuan dan membuat keputusan

yang betul terhadap mata pelajaran elektif yang akan diambil di tingkatan empat.

Selain itu, hasil kajian ini dapat membuka minda dan kesedaran kepada ibu bapa dan

masyarakat dalam memberi dorongan dan galakan kepada golongan remaja khususnya

pelajar menengah atas untuk membantu mereka membuat keputusan kerjaya

seterusnya memilih kerjaya yang sesuai dengan jurusan mereka.

1.7 Skop dan batasan Kajian

Kajian kematangan kerjaya dilakukan di kalangan pelajar sekolah menengah harian

biasa. Pembolehubah bebas yang dikaji adalah estim kendiri, efikasi kendiri keputusan

kerjaya dan sokongan sosial yang mempengaruhi kematangan kerjaya (pembolehubah

bergantung).

Terdapat beberapa batasan dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Antaranya

kajian hanya melibatkan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah harian biasa

yang mengambil mata pelajaran elektif Prinsip Perakaunan. Dapatan kajian pula

terbatas kerana hanya melibatkan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan hanya boleh diaplikasi terhadap pelajar tingkatan empat.

Page 26: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

9

1.8 Definisi Operasional

Terdapat beberapa istilah yang penting dan seringkali digunakan di dalam kajian ini.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan kesalahan pemahaman pembaca, definisi istilah

yang digunakan dijelaskan seperti berikut:

Kematangan Kerjaya

Menurut Super (1984) kematangan kerjaya didefinisi sebagai kematangan seseorang

individu dalam membuat keputusan kerjaya. Secara umumnya pula kematangan

kerjaya didefinisikan sebagai individu yang telah mempunyai umur yang sesuai untuk

membuat keputusan kerjaya serta boleh menghadapi tugas pembangunan kerjaya

(Savickas 1999).

Dalam konteks kajian ini, kematangan kerjaya merujuk kepada kemampuan seseorang

individu untuk membuat keputusan kerjaya seterusnya menentukan bidang kerjaya

yang tepat.

Estim Kendiri

Menurut Coopersmith (1967), estim kendiri merupakan penilaian seseorang individu

terhadap dirinya sendiri. Estim kendiri merupakan keperluan psikologi yang

merangkumi aspek kepercayaan diri, keperluan tentang suatu keberhasilan,

pengetahuan, keperluan ekonomi, dan berkemampuan melakukan sesuatu (Poland,

1974).

Dalam konteks kajian ini, estim kendiri didefinasikan sebagai penilaian, penghargaan

dan kepercayaan seseorang terhadap potensi yang ada dalam diri sendiri berkaitan

pemilihan kerjaya.

Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya

Efikasi kendiri keputusan kerjaya ditakrifkan sebagai kepercayaan individu bahawa

dia mempunyai kecekapan dalam menyelesaikan tugas-tugas yang perlu untuk

membuat keputusan kerjaya (Taylor & Betz, 1983). Efikasi kendiri keputusan kerjaya

termasuklah kaedah mengumpul maklumat kerjaya, menyelesaikan masalah serta

membuat pilihan kerjaya (Nan Zhang, 2005).

Dalam konteks kajian ini, efikasi kendiri keputusan kerjaya adalah perasaan

kepercayaan serta keyakinan dalam diri seseorang pelajar dalam mengurus tugas-tugas

berkaitan pilihan kerjaya masa hadapan.

Page 27: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

10

Sokongan Sosial

Menurut Lent, Brown dan Hackett (1994) dalam Social Cognitive Career Theory

(SCCT), beberapa faktor telah digabungkan seperti psikologi, sosial dan ekonomi

untuk menerangkan tentang pembangunan kerjaya seseorang. Mereka juga membuat

tanggapan bahawa faktor persekitaran seperti diskriminasi pekerjaan dan campur

tangan keluarga atau orang-orang penting berkait secara langsung dalam

pertimbangan membuat pilihan kerjaya.

Dalam konteks kajian ini, sokongan sosial merujuk kepada pengaruh keluarga, rakan

dan pendorong utama dalam membuat keputusan kerjaya di masa hadapan.

Page 28: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

62

6 RUJUKAN

Ab. Rahim Bakar. (2011). Preparing Malaysian Youths for the World of Work: Roles

of Technical and Vocational Education and Training (TVET). Serdang:

Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Ab. Rahim Abd. Rashid. (2006). Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia

dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Mat Rashid. (2011). Pendidikan dan Latihan Vokasional sebagai Enjin

Menjana Perkembangan Ekonomi. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional,

2 (1), 1-6.

Abdullah, M.R, Ab. Rahim, B., Soaib, A., & Loh, P.T. (2009). Career Development

Interventions in Secondary Schools in the State of Terengganu, Malaysia.

European Journal of Social Science, 8(1), 62-67.

Abdullah & Ab. Rahim (2010). Career development interventions implemented by

secondary school counsellors in Malaysia. 1-10.

Abu Talib., et al (2014). Kesan Modul kembara kerjaya ke atas kebolehan merancang

kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan kematangan kerjaya pelajar Kolej Komuniti.

PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ary & Rakan (2002). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan (3rd ed). Skudai

Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Ali, U., & Shah, E. (2013). Career Decision Difficulty as a Predictor of Environmental

Mastery and Self Esteem in College Students. Procedia - Social and Behavioral

Sciences, 84, 1119–1123.

Betz, N. E. (2004). Contributions of self-efficacy theory to career counseling: A

personal perspective. The Career Development Quarterly, 52, 340-353.

Betz, N. E, Klein, K. & Taylor, K. (1996). Evaluation of a short form of the Career

Decision Self-Efficacy Scale. Journal of the Career Assesment,4, 47-57.

Betz, N. E, Klein, K. & Taylor, K. (2006). Manual for the career decision self-efficacy

scale and CDSE- Short Form. Department of psychology, Ohio State University,

Colombus.

Betz, N. E., & Hackett, G. (1981). The relationship of career-related self-

efficacyexpectations to perceived career options in college women and men.

Journal of Counseling Psychology, 28, 399-410.

Betz, N. E., & Taylor, K.,M. (2001). Manual for the Career Decision Self-Efficacy

Scale and CDMSE-Short Form. Colombus : Department of Psychology, The

Ohio State University.

Page 29: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

63

Brown, D. (2003). Career information, career counselling and career development.

8th ed. USA: Pearson Education.

Bollman. L.M (2009). An Examination of the Effect of a Career Exploration Course

of the Career Decision Self-Efficacy of Traditional-age Undecided College

Students.

Cobb, S. (1976). Social support as moderator of life stress. Psychosomatic Medicine,

38, 300-314.

Chan, C. (2014). Influence of perceived parenting styles on students career maturity.

Tesis ijazah sarjana, Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Chen, L. S., & Liew, S. A. (2015). Factors Influencing Career Decision-Making

Difficulties among Graduating Students from Malaysian Private Higher

Educational Institutions. Proceedings of 8th Asia-Pacific Business Research

Conference(February).

Cohen, J. W.1988. Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd

ed)Hillsdale,New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates.

Creswell, J.W. (2012). Research design. Sage Publication : London

Cheung, H. Y. (2013). The influence of parental style on career decision-making

difficulties of university students. International Journal of Comparative

Education and Development, 33–50.

Chin-Tsu Chen., Chun-Fu Chen., Jin-Li Hu., Cheng-Cai Wang (2015). A study on the

influence of self concept, social support and academic achievement on

occupational choice intention. Asia- Pacific Edu Res. 24(1) : 1-11

Chung, B. C. (2002). Career decision-making self-efficacy and career commitment:

Gender and ethnic differences among college students. Journal of Career

Development, 28, 277-284.

Coertse, S. & Schepers, J., M. (2004). Some personality and cognitive correlates of

career maturity. SA journal of industrial psychology, 30 (2), 56-73.

Coopersmith, S. (1967). The antecedents of self esteem. San Francisco : Freeman

Creed, A. P, & Patton, W. (2003). Predicting Two Components of Career Maturity in

School Based Adolescents. Journal of Career Development, Vol 29, no 4, 277-

290

Demo, D. H. (2001). Self-esteem of children and adolescents. In T J. Owens, S.

Stryker, & N. Goodman (Eds.), Extending self-esteem theory and research:

Sociological and psychological currents. New York: Cambridge.

Emerson, H.C. (2017). A longitudinal study of career decision-making self-efficacy of

rural secondary scholl students. Tesis ph.D, University of Florida

Page 30: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

64

Fazlinda Ab Halim (2013). Kemahiran kebolehgajian, estim kendiri dan efikasi

kendiripelajar teknikal dan vokasional yang bermasalah pendengaran di

Politeknik dan Kolej Komuniti, Malaysia. Tesis Ph.D, Serdang: Universiti Putra

Malaysia.

Fazillah Musa (2017). Kesan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan

pembelajaran berasaskan kompetensi terhadap kesediaan membuat pilihan

kerjaya pelajar kolej vokasional. Tesis ijazah sarjana, Serdang: Universiti Putra

Malaysia

Feller, R. W. (2003). Aligning school counselling, the changing workplace, and career

development assumptions. The Professional School Counselling, 64 (4), 262-

271

Fluori, E. & Buchanan, A. (2002). The role of work related skills and career role

model in adolescent career maturity. The Career Development Quarterly,51,1.

Gall, Gall & Borg (2005). Participant observation : A methodology for human studies.

Applied Social Research Method Series, vol.15. Newbury Park, Carlifornia :

sage

Germeijs, V., Verschueren, K., and Soenens, B. (2006). Indecisiveness and high

school students’ career decision-making process: longitudinal associations and

the mediational role of anxiety. J. Couns. Psychol. 53, 397–410.

doi:10.1037/0022-0167.53.4.397

Gyun Heo & Taesung Kim (2016). Autoregressive cross-lagged modelling of the

reciprocal longitudinal relationship between self-estemm and career maturity.

Journal Of Career Development. 43(3) 273-288.

Hasrin Mahadi, Norida Abdullah, Lee, Mei Ph’ng, Hazmilah Hasan & Hafzan Ariffin

(2015). Self-Esteem, Social Support, And Career Decision-Making Among

Technical Engineering Students. International Conference on Technology

Management, Business and Entrepreneurship 2015. Hotel Kings Melaka, 24-25

November 2015.

Hackett, G. (1995). Self-efficacy in career choice and development. In A. Bandura

Self-efficacy in changing societies (pp. 232-258). New York: Cambridge

University Press.

Hezlina & Abdul Mutalib (2015). Parental and Peer Influences upon Accounting as a

Subject and Accountancy as a Career. Journal of Economics, Business and

Management,3(2).

Hirschi, A. (2009). Career adaptability development in adolescence: Multiple

predictors and effect on sense of power and life satisfaction. Journal of

Vocational Behavior, 74,145-155. http://doi.org/dtnjdt

Im, H., & Kim, N. (2011). The effects of students’ experience of school activities on

their career maturity. Studies on Korean Youth, 22, 261–281.

Page 31: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

65

Jabatan Perangkaan Malaysia (2015). Kadar pengangguran. Dimuat turun daripada

https://www.statistics.gov.my/#

Jarvis, P. S., & Keeley, E. S. (2003). From Vocational Decision Making to Career

Building: Blueprint, Real Games, and School Counselling. The Professional

School Counselling, 64 (4), 244-250.

Kim, J., Hwang, M., & Kim, A. (2011). The mediating effects of positive self-

observation and intrinsic work value between experiential activities and career

maturity. The Journal of Vocational Education Research, 20, 1–23.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

20132025. Dimuat turun daripada http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/art

iclefile/2013/articlefile_file_003107.pdf

Kanfer, R., Wanberg, C.R., & kantrowitz, T.M. (2001). Job search and employment:

A personality-motivational analysis and meta-analytic review. Journal of

Applied psychology, 86, 837-855.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research

Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Lee, J. R. (2008). Trajectories of change in internalizing and externalizing problems

in elementary school students atent growth curve modeling. Journal of Korean

Council for Children & Rights, 12, 503–523.

Leah, W. A. (2012). The Relationship Between Self-Esteem and Career Choices

Amongst African American High School Students. Howard University.

Lent, R. W., Brown, S.D., & Hackett, G. (1994). Toward a unifying social cognitive

theory of career and academic interest, choice and performance. Journal of

Vocational Behavior, 62,101-118.

Lent, R. W,. Brown, S. D., & Hackett, G. (1994). Toward a unifying social cognitive

theory of career and academic interest, choice, and performance. Journal of

Vocational Behavior, 45, 79-122.

Lent, R. W., Brown, S. D., & Hackett, G. (2002). Social cognitive career theory. In D.

Brown (Ed.), Career choice and development .Vol. 4. Pp.255-311. San

Francisco: Jossey-Bass.

Li, X., Hou, Z.-J., & Jia, Y. (2015). The influence of social comparison on career

Decision-making: Vocational identity as a moderator and regret as a mediator.

Journal of Vocational Behavior, 86, 10–19.

http://doi.rg/10.1016/j.jvb.2014.10.003

Lundberg, D. J., Osborne, W. L., & Miner, C. U. (1997). Career maturity and

personality preferences of Mexican-American and Anglo-American adolescents.

Journal of Career Development, 23(3), 203–213.

Page 32: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

66

Lynch, R. (2000). High School Career and Technical Education for the First Decade

of the 21st Century. Journal of Vocational Education Research, 25(2),1-34.

Diakses dari

http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.561.3859&rep=rep1

&type=pdf

M Ranjit S. (2009). Make yourself employable. How graduate can hit the ground

running. Kuala Lumpur: TQM Consultants Sdn. Bhd.

Mansor, A. T., & Tan, K. A. (2009a). Predictors of Career Indecision Among

Malaysian Undergraduate Students. European Journal of Social Sciences, 8(2),

215–224.

Mansor, A. T., & Tan, K. A. (2009b). Influence Of Gender On Career Readiness

Among Malaysian Undergraduates. Australian Journal of Career development,

18(2), 33–45.

Maznizam Mansor & Abdullah Mat Rashid (2013) Career Indecision: A Cross-

Sectional Survey among Students of National Youth Skills Training Institutes.

Middle-East Journal of Scientific Research, 17 (8): 1073-1079.

doi:10.5829/idosi.mejsr.2013.17.08.12297.

Mcleod, S. (2012). Low self esteem. Retrieved from self esteem:

www.simplypsychology.org/self.esteem.html

Mohd Faizal Mohd Isa & Mohd Azrul Jaafar. (2015). Kematangan Kerjaya Pelajar -

Pelajar Tahun Akhir di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

SkillsMalaysia Journal, 1(1), 33 – 46. Diakses dari

http://www.ciast.gov.my/journal

Mohd, F., Salleh, A. M., & Mustapha, R. (2010). The influence of contextual aspects

on career decision making of Malaysian technical students. Procedia - Social

and Behavioral Sciences, 7(2), 369–375.

http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.10.050

Mohd Jahidi Rosdi, Jasmi Abu Talib, & Norwaliza Abd. Wahab. (2016). Self-Efficacy

career and the career maturity of teenagers at the exploration stage. International

Journal of Science and Research (IJSR), 5(4) ,1522-1527. Diakses dari

https://www.ijsr.net/archive/v5i4/NOV162921.pdf

Mohd Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan (8th ed). Kuala

Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

Mohd Sani Ismail, Abdul Hakim Abdullah, Aman Daima Md Zain, Mohd Hasrul

Shuhairi & Mohd Rahim Ariffin. (2018). Kematangan kerjaya pelajar :

Implikasinya terhadap kaunseling kerjaya. Journal Islam dan Masyarakat

Kontemporari.18 (1), 45-55.

Page 33: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

67

Murphy, L., & Lambrechts, F. (2015). Investigating the actual career decisions of the

next generation: The impact of family business involvement. Journal of Family

Business Strategy, 6(1), 33–44. http://doi.org/10.1016/j.jfbs.2014.10.003

Nan Zhang Hampton (2005). Testing for the structure of the career decision self-

efficacy short-form among Chinese college students. Journal of Career

Assesment.14 :312

Norida Abdullah. (2012). A Model Of Self-Esteem, Job-Search Intensity and Career

Decision-Making Self-Efficacy For Graduating University Students. Universiti

Teknologi Malaysia.

Nur Aslasiah (2014). Kemahiran employability dan penghargaan kendiri dalam

kalangan pelajar kejuruteraan, UTHM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Oleksiy, K. (2009). Career Decision Making Self-Efficacy among high school

students in selected public and private schools in Bangkok, Thailand.

Park, E. H. (2006). The relationship between self-esteem, parents’ rearing attitudes

and career maturity (Unpublished thesis). Ewha Womans University, Seoul.

Pallant. J (2006). SPSS Survival Manual. A Step by step guide to data analysis using

SPSS (4th ed). Australia

Patton, W. Lokan, J. (2001). Perspectives on Donald Super’s Construct of Career

Maturity. Internat. Jnl. for Educational and Vocational Guidance 1: 31–48.

Patton, W., dan Creed, P. A. (2002). The relationship between career maturity and

work commitment in a sample of Australian high hchool students. Journal of

Career Development, 29 (2), 69-85.

Patton, W., Creed, P.A., & Watson, M. (2003). Perceived work related and non-work

related barriers in the career development of Australian and South African

adolescents. Australian Journal of Psychology, 55(2), 74-82.

Patton. W, Bartrum, D. A, Creed, P. A. (2004). Gender differences for optimism, self-

esteem, expectations and goals in predicting career planning and exploration in

adolescents. International Jnl. For Educational and Vocational Guidance 4:

193-209.

Paulsen & Betz. (2004). Basic confidence predictors of career decision making self

efficacy. Career development Quarterly, June 2004.

Powell, D. F., & Luzzo, D.A. (1998). Evaluating factors associated with the career

maturity of high school students. The career Development Quarterly, 47, 145-

158.

Rohana Abdul Rahim (2010). Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya,

kemahiran employabiliti, dan pilihan kerjaya pelajar vokasional pertanian di

Semenanjung Malaysia. Tesis Ph.D, Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Page 34: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

68

Savickas, M. (1999). The transition from school to work: A developmental

perspective. The Career Development Quarterly, 47(4), 326–336.

Savickas, M. L. (1984). Career Maturity: The Construct and Its Maesurement. The

Vocational Guidance Quarterly, 35, 222-231.

Savickas, M. L., & Porfeli, E. J. (2011). Revision of the career maturity inventory: the

adaptability form. Journal of Career Assessment, 19(4), 355–374.

doi:10.1177/1069072711409342

See, Boon Ping (2009). Determinants of career maturity of final-year undergraduates

in selected Malaysian private higher education institutions. Tesis ijazah sarjana

yang tidak diterbitkan, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Seon, H. Y., & Kim, K. H. (2008). The difference of the parents’ involvement styles

according to the properties of parents and children in adolescent career decision

making. Asian Journal of Education, 9, 161–179.

Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya Teori & Praktis. Penerbit

Universiti Putra Malaysia.

Soon, K. C. (2000). Young Accountants Convention: Welcoming speech. Organized

by Malaysian Institute of Accountants. www.mia.org.my

Super, D. E. (1955). Dimensions and measurement of vocational maturity. Teachers

College Record, 57, 151–165.

Super, D.E. (1963). Career development : Self-concept theory. New York: College

entrance examination Board.

Super, D. E., Savickas, M.L., & Super, C.M. (1996). The life-span, life-space

approach to careers. In D. Brown, L. Books, & Associates (Eds.), Career choice

and development (3rd ed., pp. 121-178). San Francisco: Jossey-bass.

Sun, Ah Lim & Sukkyung You (2017). Long- term effect of parent’s support on

adolescents’ career maturity. Journal Of Development. 1-14

Tan, Swee Chen & Rosnah Sutan (2013). Faktor-faktor sokongan sosial yang

mempengaruhi penghargaan kendiri remaja sekolah menengah daerah Melaka

Tengah. Journal of Social Sciences and Humanities. 8(1):020-029

Tan, Wat Jin. (2005). Kesan pelaksanaan modul kerjaya terhadap kematangan kerjaya

pelajar sekolah menengah di Selangor. Tesis ijazah sarjana yang tidak

diterbitkan, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Taylor, K. M., & Betz, N. E. (1983). Applications of self efficacy theory to the

understanding and treatment of career indecision. Journal of Vocational

Behavior, 22, 63-81.

Page 35: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

69

Touma, & Korrapati B. Raghu (2000). Career maturity in high school. Allied

Academies National Conference Proceedings of the Academy of Educational

Leadership, 1(5),77-81.

Unit Perancang Ekonomi (2015). Rancangan Malaysia Ke-11, 2016-2020. Jabatan

Perdana Menteri. Putrajaya. Diakses dari

http://rmk11.epu.gov.my/index.php/bm/

UNESCO & ILO. (2002). Technical an school students: An indian experience. 1st

Annual International Interdisciplinary d Vocational Education and Training for

the Twenty-First Century: UNESCO and ILO Recommendations. Diakses dari

unesdoc.unesco.org/images/0012/001260/126050e.pdf

Vineeta Sirohi (2013). Vocational guidance and career maturity among secondary

Conference, AIIC. 1, 381-389.

Widjaja, A. M. (2010, Maret 18). Hubungan antara efikasi diri dengan kematangan

karier pada remaja. Skrips.UNIKA Repository. Diakses dari:

http://eprints.unika.ac.id/3094/

Zimet, G.D., Dahlem, N.W., Zimet, S.G., & Farley, G.K.(1988). The

multidimensional scale of perceived social support. Journal of Personality

Assessment 1988;52:30-41.

Page 36: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM

84

8 BIODATA PELAJAR

Suhaila Binti Juhod dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 15 September 1984

dan merupakan anak ke lima dari lapan orang adik beradik. Mendapat pendidikan

awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Padang Tembak (1), Kuala Lumpur sebelum

menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn,

Kuala Lumpur. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)

jurusan perakaunan selama setahun. Seterusnya menyambung pengajian di Universiti

Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah dalam program Ijazah Sarjana Muda

Pengurusan Perniagaan. Setelah tamat pengajian, mendapat pekerjaan sebagai

Process Trainer di sebuah syarikat perindustrian selama hampir dua tahun sebelum

mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Kemahiran Hidup di

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama setahun.

Memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan di SMK Puteri Wilayah, Kg.

Baru, Kuala Lumpur pada tahun 2009. Seterusnya meneruskan perkhidmatan di SMK

Seri Selayang pada tahun 2017 sehingga kini.

Page 37: SUHAILA BINTI JUHOD - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/85556/1/FPP 2019 35 UPM IR.pdf · Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon,

© COPYRIG

HT UPM